kita2.... ;-p

Tuesday, December 29, 2009

Makan damai.....

Ada sesiapa x kat sini yg tfikir, what im going to talk about dis time?..Makan damai ialah istilah yang diguna pakai oleh org Terengganu for makan beradap.Sebenarnya saya memang mencari bahan tuk post makan damai ni since entry pasal pelamin hari tu..Tapi belum sempat saya tulis, Qistin Fadzin dah tulis.Tapi xpe lah..Here, saya coret2 sket from the view of me plak ok...
Dalam wedding ceremony, biasanya selepas acara bersanding, renjis merenjis, akan ada sesi makan2 pengantin bersama ahli keluarga terdekat. Selalunya dengan ibu dan ayah kedua2 belah pengantin la.Meja makan pengantin ni memang disediakan khas, dan biasanya lauk pauknya pun meriah sket la daripada org ramai.Kalau zaman dulu2, org ramai dijamu secara makan bhidang, bsila di lantai, pengantin pun makan macam tu la.(pengantin perempuan of kos la duk bsimpuh ye..xkan nak bsila plak).Saya pernah menghadiri majlis perkahwinan yang org ramai, mkn buffet di laman, tetapi pengantin dan keluarga yg menyertai perarakan pengantin mkn di dlm rumah, dengan bersila beramai2..Unik kan. Namun, sekarang ni, yang biasa dibuat adalah pengantin menjamu selera di meja makan beradap.Yg telah dihias khas.Cantik dengan background yang indah.Meja yang digunakan adalah meja panjang..Itu antara contoh yang selalu kita tengok kat kenduri kawen.Kalau laman atau koridor rumah tidak luas,meja dan backdrop tersebut akan dipasang di bawah kanopi.Biasanya acara suap menyuapa blaku la di meja itu..Hehehe..
Saya pun bercadang nak buat meja beradap mcm tu la sebenarnya.Dah tempah dengan vendor canopy tuk meja beradap dan backgroundnya.Tapi bila difikirkan, nanti, hiasan meja dan backdrop saya tak sedondong plak dengan pelamin nanti, saya pun cancel booking dengan vendor canopy.Saya pergi la plak booking dengan vendor pelamin.Dah ada dalam kepala hiasan meja yang mcm mana yang saya inginkan.


Ya,mcm gambar2 tadi, saya memang suka konsep meja panjang yang boleh mengadap antara satu sama lain mcm tu..Baru la boleh bertentang mata..Kan kan..hahah..dan saya sangat suka pada konsep bunga besar gedabak di ats meja mcm tu.Masa ni juga fotografer kene bijak memainkan peranan la kalau nak mengcapture gambar pengantin.Jangan x nampak muka pulak sebab terlindung dek bunga besar tu..
Tapi kan, semakin saya melayari internet, makin berubah2 la plak keinginan saya..Tiba2 rasa nak tukar style la.Saya nak meja makan beradap bulat.Yang duk sama2 dgn meja makan org ramai..Tapi hias lebih sket la, sbb khas tuk pengantin.
Ya..center piece nya tetap bunga..Saya suka bunga..hehehe...Cantikkan...
Satu meja tu kita makan dengan ibubapa kita & ibubapa mertua..Cuma kerusi pengantin kita buat lain sket la..baru la kita special sket.Jadi, backdrop meja xde la..Juz lebih2kan hiasan meja makan tu.Ni akan jadi lebih mudah sebab xyah bsusah payah cari space nak letak meja panjang & backdropnya..Juz duk sama2 bawah canopi tempat makan2 tu...Best kan..
Selain tu, center piece meja, boleh jugak kalo xnak letak bunga yg gedabak2 tu...Sweet juga kalau letak lilin kan...

Tapi bagi saya, konsep lilin lebih sesuai tuk ceremony yang diadakan pada waktu malam.Barulah ada aura romantiknya...
Ok la, tu saja kot sal makan damai..(pasni, kalo saya nak tukar rancangan plak,kakak vendor, tulun jgn marah ek..hehehe)

Monday, December 28, 2009

shopaholic ties the knot


Itu adalah antara buku yang paling saya suke..dah lama baca buku tu.Tapi bila dah masuk zon B2B ni, rasa nak bc sekali lagi pulak.Sebab terasa berlaku pada diri sendiri..Hehehe..About how the shopaholic choose the gown..How the shopaholic test the cake..How the shopaholic have "crisis" with her mother about wedding preparation.Saya pasti, pengalaman sama yg dilalui oleh semua B2B..Hanya jalan cerita je berlainan kan..
Tapi saya bukan nak stori mori sal buku kali ni..Ni sal gi pusing2 shoping2 barang2 hantaran la..hehe..Arjuna hati balik kampung last wiken.Cam ni la LDR..Sekali sekala je dpt jumpa.Dan jumpa kali ni, kitaorng g memburu barang2 tuk dijadikan hantaran nanti.
1st, perfume..Alahai,saya memang sangat cerewet dengan perfume.Tidak semua perfume yang bau sedap di hidung kita itu, sesuai dengan foremon kita..Ingat tu kawan2..Kadang kala, perfume yg wangi yang kita suka, bila bertindak balas dengan badan kita, baunya akan jadi memeningkan kepala!..Malah mebe jadi busuk plak..huhu..jadi, sgt2 lah penting tuk pilih perfume yg betol2 sesuai dengan badan kita.Ermmm, i used to wear Estee Lauder, DKNY and paling sesuai dgn diri sendiri ialah Lancome Hypnose. Pernah try Zen by Shishedo, tapi end of the day rasa cam bau minyak angin plak..I want to go for Hypnose tapi kan, tuk hantaran ni, rasa cam nak try yang lain la. Baru la special sket kan. Hypnose tu dah memang2 saya duk pakai masa bujang trang tang tang. Hehe..1 lagi problem saya ms pilih perfume ialah saya suka pada botol yang cantik. Maka, terpusing2 lah kami menghidu bermacam2 jenis perfume sebab nak cari yang botol cantik dan bau best. Dalam 2 jam jugak hidung kami bkerja dengan gigih.Hahaha.Arjuna plak, cakap konon tak kisah sgt.Sebab katanya dah nama pun perfume, mesti lah semua wangi..Ishk, konon je tu, dia pun memilih lama jugak sebenarnya.Akhirnya berjaya jugak beli perfume sorang satu.Actually saya punya 2 perfume..Same brand tapi bau lain2..Kan Krismas promotion, dua2 perfume tu dah dibungkus cantik2.Best2!..Untuk arjuna jugak, sy suh promoter tu wrap siap2...(tapi kalo saya tetiba cam nak tukar kaler riben nnti, saya buka la balik..hehe...saje nak mnyusahkan promoter tu..hahah)..
Then we went to sessi memilih my handbeg..Saya sememangya seorng pengumpul handbeg.I have a collection of handbeg sejak dua tahun lalu.Sejak berkerja la.Saya memang suka pergi keje tukar2 handbeg.Saya dah ada kaler hitam, coklat, cream, hijau, merah, biru, ungu, kelabu, oren,pink dan semuanya ada la dlm berbelas2 kot.Yang dah lama sket dan dah puas diuli, tersadai dalam almari je...huhu...Memang giler handbeg.Lagipun, kan masa single mingle, duit memang tak banyak nak wat apa2, so bila masuk shoping complex je, terus la sambar.I like Guess the most.Dah dicop peminat setia kot.(Of coz la I adore Prada,Gucci,CD,Coach & LV or at least Anya Hindmarch, Marc Jacorbs & Miu Miu kan...)Tapi saya masih belum mampu nak bli benda alah yang susah nak eja tu semua.Kalau mampu sekalipun, terasa sayang plak nak habis ribu2 kat 1 handbeg je.Tapi saya tetap bcita2 nak rembat 1 daripada jenama selebriti Hollywood tu..Suatu hari nanti..Ermm, btw, berbalik kepada cerita shoping, saya tak ambil masa yang lama pun nak beli handbeg.Sebab i went straight away to the brand yang saya suka.Pilih2 terus dibayar oleh arjuna.I choose purple dis time.Ada diomond2 kat label dia.Hehehe.Sangat puas dapat shoping.Kepuasan dalaman g2.Hahaha.
Lepas tu, kami dah tak larat dah nak pilih2. Juz pusing2 bersantai je. Then we have mkn2 at Kenny Rogers bersama my BFF.Dia lom bertemu muka dengan tunang tersayang.So,dia sangat beriya nak jumpa.(ke U rindu I sebenarnya ni?..hihi). Anyway, thanx MON for the treats.
2nd day,saya dan arjuna meneruskan aktiviti pengeluaran duit kami.Saya nak mencari kasut or sandle sebenarnya.Tapi sgt susah nak berkenan.Sebab dalam kepala nak brand & kaler yang sama dgn handbeg.Arjuna jugak sngt cerewet dlm memilih kasut.Ada sebab jugak.Sebab dalam kepala dia dah berkenan pada Kasut Adidas limited edition ntah apa ntah.Memang tak jumpa sampai sudah la.I juz buy kemeja, seluar n wallet&belt je tuk dia hari tu.Selebihnya, kami pusing2 lepak2 dalam kereta sampai bergaduh.Owh, dah macam hobi saya plak gadoh2 ni.Dalam phone gadoh, jumpa pun gadoh.Dia cakap saya sengaja cari pasal.Hey, tulun sket, banyak lagi kerja saya selain cari pasal dgn dia!Saya sangat geram waktu tu.Dan untuk menunjukkan kegeraman itu, saya diam.Membatu diri.Biar dia bercakap sorang2.Dia memujuk sebenarnya tapi saya memang bg gred F kat arjuna bila masuk bab pujuk memujuk ni.Huh, sgt x terer!Last2 dia pun diam.Sama2 diam dlm kereta tu.Dan bila sampai, saya keluar dengan mencuka, amik barang2 shoping, terus blah tanpa bye2...Huhu..Ending yang sgt xbest. Pagi esoknya dia dah balik Melaka.Huhuhu....
The end tuk kisah beli barang tuk hantaran.......

*i tetap nak guna perkataan arjuna walaupun bunyi gediks..ahakss..
*gadoh...dah minta maaf pun...sbb mmg sy slh..huhu




*suasana sebelom gadoh..huuu

Wednesday, December 23, 2009

singgah sana anganku....

Hello geng....Erm, sejak2 blog ni tercipta, saya x pernah plak nak alu2kan n ombak2 kan pembaca2 saya cam Xora selalu buat kan.Jadi, meh kita sama2 tepuk tangan kat kita-kita yg ikut saya ni, nurulshigim,hazelsyaz,cik belle,fazrul hanim abd satar,faratul,@mira,zLa,nad nazira,fatrina,nona,bunda 'izzah,yanie,nnurina,emira_elissya,diyana yop,husna,mon dan ita...serta geng2 yg sudi singgah sini tanpa sy sedar...juga yg sudi link tanpa sy sedar...kalo boleh kawan2 letak la diri anda kat kita-kita supaya sy pun sedar tentang korang & ble link korang ek..


Ok la..sebenarnya hajat di hati, hari ni nak share2 sal "singgahsana nan indah" ataupun pelamin la...Saya sendiri dah gi book vendor tuk my wedding nanti. Booking tu kiranya chup tarikh je.Takut kalau lambat2, tarikh yg sy nak tu dah penuh.Sy dah gi byr deposit about 2 weeks ago dah.Tapi kata putus sal design pelamin, sampai sekarang lom ada.Saya ckp kat kakak tu nanti dulu.Biar saya mkaji dan bfikir dulu.Then i will come out with my dream dais.Tapi kakak tu dah tunjuk pun design yg dia dah pernah buat n siap pesan kat sy, kne bgantung pada material yg dia ade jugak...Erm...ini yg agak susah ni..Kalau sy over, nnti dia xle nak buat plak..Nak g tempah yg memang custom made cam yg artis2 selalu buat, of kos la di luar kemampuan diri.Jadi terpaksa lah sy linient sket kan.Ada la beberapa design yg saya dah jatuh cinta.Saya lebih suka yg banyak bunga tp simple.Yang penting ada kerusi sofa yang kedabak dua bijik tu.Antara yang buat saya nganga mulut luas2 ialah zaifie zainal.Dah kontek dia awal2 sebenarnya tp dia ckp dia xwat outstation..Huhu.. Cantik kan,dengan pomander ball bgantungan cam2...

Yg ni pelamin hafiz..budak sekolah sy dulu..rupanya dia guna khidmat Zaifie zainal...
Waaaa...sgt suci kan...look expensive.....
Kain yg bsilang2 kat blakang tu pun nampak elegan..Suke sgt dgn kipas bulu2....


Meh kita tgk style Armacouture plak...

Sangat kreatif dgn hiasan bunga kat 1 side gerbang pelamin g2,n candle kat tepi plak menyuntik gaya romantik.Chewahhh..

Fullamak...nice kan...
Ya....saya sgt berkenan pada pelamin yg berkerusi besar sebegitu.Ada sesetengah pendapat, kerusi besar akn menghalang pandangan pada hiasan tabir yg indah.Membazir sahaja hias lawa2 tapi terlindung dek kerusi tinggi dan besar mcm tu.Jadi ramai yg lebih gemar guna kerusi "sampan" supaya apa yang ada dibelakang masuk dlm gambar.Terutama kalau memilih backdrop bunga2an seperti idea2 dari Nas di bawah ni..


Tapi saya tetap nak kerusi besar @ kebanyakan vendor kat sini panggil "kerusi Mawi" sebab Mawi yang mula guna kerusi tu kot.Ntah.Tapi saya x dipengaruhi Mawi ok.Hahahaha.Cuma sgt suke pada pelamin begitu.Indah di mata saya lah.Saya ni kalau dah kata nak yg tu...yg tu lah.Susah dah nak ubah2.Saya rs sgt best bila bersanding atas kerusi sebegitu.Macam betol2 king & queen kan.Barulah raja sehari namanya.Hehehe.Itu pendapat peribadi saya la.Lain org lain citarasanya kan.Jadi,tuk my wedding nanti, sy memang memerlukan juru gambar yg terer mengcapture gambar dr pelbagai sudut supaya walaupun saya guna kerusi besar, hiasan belakang tetap masuk dlm gambar.

Pemilihan pelamin ni bergantung pada individu masing2.Mengikut selera dan tebal mana poket kita.Kadang2 kita mahu fresh flower 100% tapi kalau dah kosnya tinggi tak tercapai dek akalmu,lebih baik bersederhana sahaja.Jangan la sampai berhutang anak tiga pun belom habis bayar semata2 nak pelamin gah.Kebahagian sesebuah perkahwinan tidak bergantung pada mewahnya pelamin.Ingat tu....Ok...(Nasihat untuk diri sendiri jugak!)

Ok..ini Nahwal punya....simple yet beautiful...Sesuai tuk akad nikah...

One more thing,my wedding reception akan diadakan di kediaman saya..Rumah saya agak luas tetapi tidak la seluas dewan.Sudah tentulah xdpt nak merasa pelamin 3 panel seperti gambar kat atas tu. Dalam kepala, masih berkira2 mahu sesuatu yg lain dari yang lain walaupun hanya diadakan di rumah dan hanya mendapat khidmat vendor biasa.Ermmmm.......mungkin begini....
Idea tempat kawen org puteh...hehehe..Hanya perlu tambah kerusi besar..Ye la, xkan nak berdiri, sarung cincin pastu kiss2 kan..Hahaha

Yes!!!...sukeeee sgt!.... :-D


Thursday, December 17, 2009

what about dental check up?


Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dalam kesibukan membuat persiapan majlis walimah impian,saya sangat pasti ramai antara kita cuba curi2 masa untuk memanjakan diri masing2.Mahu dinobat sebagai ratu sehari, kalau boleh biarlah cantik dan nampak sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki kan.Muka mahu semulus licin bak telur dikupas.Rambut pula ingin beralun cantik dan lembut.Malah kuku tangan dan kaki juga dirapi sebaik mungkin.Itu pasti.Dalam senarai semak apa-perlu-buat memang ada tertulis "facial", "spa" , "manicure dan pedicure" .Temujanji ke pusat kecantikan dan spa tentu ada terselit dalam diari masing2.Malah ada yang menjadikan rawatan seluruh tubuh mereka ini sebagai satu rutin 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan meraka.
Tapi apa yang saya perasan, sangat jarang bakal2 pengantin ini memasukkan temujanji "dental check up" dalam wedding diaries mereka.(Owh, pasti kawan2 yang kenal saya akan ckp "ko ni x habis2 dgn gigi")..Eh, mesti la.Sebab satu tahu perkara yang satu ini.Saya tahu keadaan dalam mulut orang. Sangat pincang rasanya kalau baju lace indah berlabuci bertatah berlian, muka cun melecun tapi gigi?...adoi!..tak terjaga!.
Saya bukan nak mengutuk siapa2 kat sini.Tapi memeriksa kesihatan mulut memang kerja saya.Dan memang ramai yang saya temui, mata ber"eye shadow" smoky eyes, pipi ber'blusher" pink, lipstik berkilat tapi gigi berlubang2.Lagi teruk kalau nafas juga berbau.Ada kawan2...Jangan kata tak ada.Saya lah yang mengadap ini semua.Realiti.
Jadi, saya sangat2 nak berpesan kat semua B2B mahupun yg belum nak kawen atau dah kawen pun,buat la dental check up.
Saya dah selalu memberi ceramah. Kepada budak sekolah, juga golongan ibu mengandung. Sebab itu memang tugas saya.Rasa cam boring plak nak ceramah sekali lagi kat sini.Tapi memandangkan isu ini penting, maka saya sudikan diri memberi ingatan kat kawan2 sket. Ya, jangan lupa berjumpa doktor gigi anda.Memang la kita gosok gigi sekurang2nya dua kali sehari.Tapi itu x menjamin apa yg kita tak nampak dan xtahu apa yg berlaku dlm mulut tu. Kalau boleh, biarlah gigi kita sempurna.barulah senyuman menawan.Betul x.
Ok,antara rawatan yg plg common adalah tampalan(sekarang dah byk klinik guna tampalan berwarna putih iaitu warna gigi), scaling(cuci / membuang karang gigi) dan cabutan(last choice!!!)...Antara yang advance sket plak, crowning, bridge dan implant.Apa2 pun masalah gigi anda, doktor gigi pasti boleh tolong. All B2b, plez do visit ur dentist yea.Kita x nak la bakal suami kita tu xlalu tengok mulut kita kan.hehe..
Dan yang paling penting wahai B2B, TOLONG PAKSA BAKAL SUAMI ANDA BERJUMPA DENTIST.Ni espesiali untuk lelaki2 perokok tegar di luar sana.Kalau anda tahu keadaan mulut dan gigi mereka yg merokok ini, pasti anda x sanggup untuk dicium pd malam pertama nanti.Hahaha!!!...Jadi, paksa mereka servis mulut n gigi dulu yea!..
* kalau ada pertanyaan boleh kemukakan yea...Saya sedia membantu anda..heheh

Wednesday, December 16, 2009

anda di KUALA TERENGGANU?

Haloo haloo halooooo..Ada sesiapa x kat sini yg menetap tetap atau bmastautin di Kuala Terengganu? Kalau ada, saya tahu u all semua mesti mengalami problem mcm saya. Kita dah menetap di sini, jadi kena lah book vendor yang dekat2 sini jugak. Kalaupun kita sanggup nak bayar lebih tuk vendor yang jauh, xde nya vendor2 itu sanggup turun ke tempat kita kan. Jadi, setakat barang2 kecik yang boleh dibeli dan diurus sendiri sajalah boleh kita cuba2 cari di luar bandar kita. Betul x? Kat sini pilihan butik pengantin agak terhad. Bukan tak ada, boleh dikatakan berlambak2 jugak. Kalau dari rumah saya kat Chabang Tiga hendak ke tempat kerja di Bukit Payong, ada la 5 hingga 6 kedai pengantin kot. Cuma bagi yang berselera "walaaaa!!", susah sket la. Kalau mengimpikan pelamin cam sentuhan NAS GREAT IDEA, baju ala2 RIZALMAN, memang kene rajin2 la mgoogle dan buat muka xmalu btanya sana sini. Jadi, itulah kerja saya sepanjang seminggu dua ni. Terpusing2 dgn ibu di hujung minggu mencari butik pengantin. Naik turun tangga dan keluar masuk kedai. Kalau di hari bekerja, tiba2 rs rajin, saya akan keluar waktu lunch tuk melilau2 melihat baju2 lace dan contoh pelamin. Semacam hobi baru pulak rasanya. Hehehe.
Kalau nak diikutkan, memang banyak kedai dan vendor yang saya jumpa. Tapi kat sini saya juz nak letak antara yang menangkap mata saya je. Ada lagi kot yang saya tertinggal..Tp yang ni harap2 boleh tolong kawan2 yg seangkatan la yea..
~Butik pengantin
DER-jalan kuala berang
Impian Bridal-sebelah SMK TUN Telanai
Citrasara-Padang Midin
Pengantin Gaya Gallery-Kompleks Perhentian Bas
Aura Chendana-flat sri kolam------->ada freelance dais designer for fresh flowers yg walaaaa!!!!
Seseri Pengantin-Kg Laut
~Make up cun
surihafiz-------->sukeee!
~OP hebat
Itu je la hasil "terpusing2" saya. Yang sal doorgift, bunga telur, bunga manggar & lain2 tu lom lg ok...
Daaaa!!!!


(lambang Terengganu yg kerap dijumpai sbgai sticker kereta)

Sunday, December 13, 2009

Pada hujung minggu yang lalu....

*lengkapkan ayat di atas menjadi sebuah karangan yang baik...
Pada hujung minggu yang lalu.......saya telah mengadakan perjanjian dengan kawan baik saya untuk menemani beliau mencari dan membeli kasut untuk persandingan beliau nanti. Beliau ialah FARRAH DIANA atau lebih dikenali sebagai FARA di alam maya ini. Sebelum ini beliau berkata, mahu singgah berjumpa saya pagi Jumaat, sementelah beliau dalam perjalanan pulang dari Paka ke Tanah Merah, Kelantan. Tetapi pada hari itu, beliau sampai agak lambat iaitu pada pukul 11.30 pagi. Setelah tersengeh2 tanda hi, saya pun memasuki keretanya dan menunjukkan jalan ke tempat kasut2 didapati di sekitar Kuala Terengganu ini...Selepas terpusing2, kami tidak menjumpai kasut idaman hatinya...(apalah yg ada di KT ini).., kami pun mula melencong..Mahu memasuki butik pengantin di atas Vincci tetapi apakan daya, setelah memanjat tangga itu, didapati, kedai tutup..Kami memasuki kedai yang jual barang hiasan hantaran pula. Saja, menjadi hobi la sekarang memasuki kedai sebegitu. Selepas itu kami menyegarkan diri menikmati ais krim goreng, sotong celup tepung dan mee bandung di laman selera PantaI Batu Buruk.
Sambil itu kami berborak2 dan berbual2 dan berketawa2. Tapi masa mencemburui kami. Beliau ingin meneruskan perjalanan ke kampung halaman manakala saya mahu menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Kami pun bersalam2an dan bercium2an. Saya sempat menghadiahkanya sesuatu yang saya tahu dia suka dan malu menerimanya sebagai hadiah perkahwinannya.
Kerana saya yang bekerja sebagai kuli ini terpaksa menghadiri sessi audit semasa majlis bahagia beliau dan mustahil untuk meraikannya. Jadi saya awalkan sambutan perkahwinannya itu dengan memberi hadiah terlebih dahulu.Begitu lah cerita pada hari minggu yang lalu saya...Hehehe...Daaa!!!!

Thursday, December 10, 2009

macam2..

1) Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi2 ucapan terima kasih buat anda semua yang sudi menjadi follower saya, yang mahu meletakkan blog saya dalam list blog-mesti-baca mereka, yang rajin memberi pendapat dan cadangan di sini dan juga rela membaca tulisan saya yang kadang2 ntah apa2 ni. Terima kasih tak terhingga kerana merasai kewujudan saya di alam maya ini....Chewah!..macam nak wat karangan berbentuk ucapan tuk exam SPM lak. Hihihi....
2) Sebenarnya mood aku dah ok hari ni. Kesedihan itu telah hilang. Aku faham, setiap yang di keliling aku terutama ibu dan ayah mahukan yang terbaik untuk aku. Termasuklah untuk majlis besar ini. Cuma, sekeping hati ini tidak dapat bertahan seketika kelmarin dan semalam. Mungkin sebab terpengaruh dengan hormon kewanitaan ini. Hehehe..Semoga aku lebih tabah dan terbuka selepas ini. Paling penting, tidak bertindak keanakan yang boleh mencacamarbakan semua orang.
3) Semalam arjunaku yang kerja kat Melaka tu, merajinkan diri ke ibu pejabatnya di KL sebab nak mohon pertukaran ke Terengganu *suke*. Alang2 ke sana dia merajinkan diri melilau dan tertinjau2 mencari BluInc Office sekitar PJ. Kenapa dia ke situ? Sebab tunangnya ini telah memenangi Ruangan Eh! Kata Wanita edisi Julai 09 terbitan Majalah EH! *sukeeeee*...hihihi...Sepatutnya aku kene menghadiri sesi penyampaian hadiah dan fotografi pemenang pada bulan lepas. tapi aku diberi short notis dan tak dapat la nak pergi sana. Kalau tak, muka ku ini dah terpampang di muka surat dalam Majalah EH! edisi December 09. tapi apakan daya, tiada jodohku nak glamour di magazine. Tak apala, yang penting hadiah tu aku dapat.
4) Esok majlis kahwen sepupu aku. Khabarnya besar2n jugak. Khabarnya juga pelamin D.I.Y. Aku sebagai sepupu ini belum sempat pergi tengok. Sangat bz dengan kerja. Petang ni kene melapangkan diri tuk gi cari hadiah untuk dia...Nak bg apa ek?
........so, itulah maksud post aku kali ini..macam2 sbb aku ckp macam2 kat sini...

Inilah hadiah yang aku menang.. kain lace!!!!..Macam tau2 aku nak kawen kan!
~sebenarnya aku x dpt pong lg kain ni..masih duk dgn arjuna...hhuhu~

Wednesday, December 9, 2009

pilu...

** menjeruk rasa **
** jiwa menangis **

Tuesday, December 8, 2009

citra warna

Bukan senang rupanya nak wat majlis kawen. Macam2 benda kene pikir & plan elok2. Mencari tarikh yg sesuai dah satu hal. Tarikh yang memudahkan family aku, family arjuna dan kaum kerabat serta sahabat handai kami tuk meraikan walimah kami. Tapi tu dah setel. Date dah tetap. Walaupun aturcara majlis masih kelam kelibut.

Sekarang masuk bab lain plak. Sebenarnya aku dah mula mensurvey beberapa bridal butik yg ada kat mesia ni..Ehh, bukan,,yg ada kat bumi Terengganu ni...Kebanyakan soalan pemilik kedai atau penjual, atau penjaga kedai, "apa kaler tema?"...adus...xtau nak jawab..Sbb xtau nak kaler apa. Rasanya masa aku koya2 dgn Nana (i know u r my silent reader),cam senang je. *koya=berangan* .Kaler puteh la. Kaler merah la..Nak pakai gaun strapless la(hehehe)...n mcm2 la. Tapi bl tiba masanya, aku dah xtau nak tetapkan kaler pa yg aku nak..my signature colour is PINK. Tapi masa tunang dah pakai pink. Arjuna ckp, udah2 la pink syg..huhu..Aku pun mahu beralih kaler sebenarnya. Tapi entah.....



tengok..1st pic aku paste..red!...(mmg aku xlari dr pink n red la)..


purple sbb tgk Fara Fauzana pakai kat anugerah skrin 09..cantek kan..


hijau cadangan arjunaku..mmg cantik..tp mcm bukan aku je kalo pakai kaler ijo!


lavender...romantik colour g2...sure susah nak cr pelamin , bj, n brg hiasan nih...


cik fara.biru ni kaler anda kan?..


=D

=D

Kenapa dua pic terakhir ade senyum besar?..Sebab aku sgt jatuh chenta pada kaler itooo...Masih ada unsur pink..Lagi2 pink!!

Sunday, December 6, 2009

tarikh itu....

Hola kawan2...rasanya mood pertunangan dah berakhir...Saya nak masuk mood baru plak...mood KAHWIN..Perkara pertama adalah penetapan tarikh perkahwinan. Masa majlis tunang hari tu, perbincangan santai keluarga saya dan keluarga arjuna, nak wat akad nikah dan persandingan pada 13 Mac 2010. Tapi setelah ditimbang tara,terpaksa berubah. kalau orang tua dulu2,nak tetap tarikh kahwin ni, mesti nak cari hari baik. Wujud ke hari yang baik?..Kalau kita wat keje kawen pada hari tak baik..apa akan jd?..huhu..kat sini aku paste kan sedikit yang aku jumpa berkaitan isu hari baik ni...
Tidak ada dalil yang secara jelas dan detail yang mengatur mengenai hari yang tepat atau hari baik untuk melakukan akad nikah. Dengan demikian, tidak ada pula ajaran untuk mencari hari baik di dalam Islam. Karena, pada dasarnya semua hari itu adalah baik, semuanya telah diciptakan oleh Allah swt. Namun, sebagai umat Islam kita memiliki seorang suri tauladan terbaik yang bisa dijadikan panutan dalam menjalani seluruh aspek kehidupan. Kita memiliki Rasulullah Muhammad saw yang merupakan suri tauladan yang terbaik, Uswatun Hasanah bagi seluruh umat manusia, khususnya bagi umat muslim itu sendiri.
Memang benar bahwa Rasulullah saw juga tidak pernah mengeluarkan sabda yang mengajarkan atau memerintahkan umatnya untuk memilih hari tertentu untuk melaksanakan akad nikah. Namun sebagai suri tauladan yang terbaik, hanya dialah yang patut kita jadikan panutan. Demikian pula mengenai masalah hari baik untuk akad nikah ini, sudah sepatutnyalah kita mengikuti jejak beliau Rasulullah saw. Karena sesuai perintah Allah swt di dalam Al Quran yang memerintahkan kepada kita untuk mengikuti Rasulullah saw, yang merupakan salah satu tanda cinta kepada Allah swt. Allah swt berfirman:
“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imraan: 31)
Demikianlah Allah swt memerintahkan umatnya untuk senantiasa mengikuti Rasulullah saw. Berdasarkan firman Allah swt tersebut di atas, maka sudah sepatutnyalah kita mengikuti beliau juga dalam menentukan hari atau waktu untuk akad nikah.
Dalam hal ini sederhana saja, bahwa Rasulllah saw telah menikahi beberapa dari istri beliau pada bulan yang sama, yaitu jatuh pada bulan Syawal. Dan jika kita menginginkan hari yang baik maka ikutilah jejak beliau, yaitu menikah pada bulan Syawal. Meskipun kita tidak tahu dengan pasti apa hikmah menikah di bulan Syawal yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw, namun Insya Allah itulah jalan terbaik yang diridhai oleh Allah swt. Dan dengan mengikuti jejak Rasulullah saw ini, yang pasti akan menghindarkan kita dari perkara musyrik.

Sumber

Menurut Islam, semua hari adalah baik. Dulu pada jaman Jahiliyah, masyarakat Arab mempercayai bahwa menikah di bulan syawwal atau bulan-bulan haram seperti muharram akan mendatangkan malapetaka. Rasulullah s.a.w. kemudian mengikis kayakinan tersebut, beliau menikahi Aisyah r.a. pada bulan syawwal. Beliau juga menikahkan puterinya Fatimah pada bulan shafar dan sebagian riwayat mengatakan awal bulan Muharram.
Sumber

Jadi, dengan kata lain.kita tak boleh la percaya adanya hari2 baik dan hari2 tak baik ni...Kalau beriya2 nak wat majlis hari baik pun,tapi solat ditinggal2kan, jadi lagi tak baik kan..
Ada pula antara kita yang saja nak mengadakan majlis di hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat sebab banyak pahala sunat yang boleh kita dpt kan..Tapi yang penting di sini, biar la majlis walimah kita, dapat diraikan dengan mudah oleh kawan2 dan sanak saudara...Ok..setakat ni je la..sebab sy tak pandai la nak tulis la bab2 agama ni..Kureng arif la..
Sekarang dah kompem..majlis walimah saya..ialah pada
15 MAC 2010......InsyaALLAH...
Maka, ticker di sebelah pun berubah....
Ok..daaa!!!

Thursday, December 3, 2009

perayaan cinta


Musim cuti sekolah sangat sinonim dengan kenduri kahwin. Banyak pula jemputan yang saya terima sekitar hujung tahun ini. Kepada undangan walimatu urus yang tidak saya raikan, sejuta kemaafan dipohon. Bukan tidak sudi tetapi keterbatasan waktu dan jarak menyebabkan saya hanya mampu mengirim doa dari jauh. Semoga cinta kalian bersatu buat selamanya.
Ada juga majlis kahwin yang sempat saya hadiri. Suka rasanya. Tumpang gembira la katakan. Ye la,teman yang dulunya sewaktu zaman belajar kami sama-sama berangan, mencorak mimpi tentang majlis perkahwinan sendiri. Sekarang, sudah melalui saat paling gembira itu. Ada yang bersanding di pelamin dengan kekasih tercinta yang sudah bertahun-tahun mengikat janji. Ramai juga yang berkahwin dengan cintanya yang baru bertaut tidak sampai setahun. Malah di zaman ini masih ramai yang mengikut pilihan hati emak ayah mahupun makcik pakcik yang sememangnya selalu tidak senang duduk jika ada anak buah yang masih bujang.
Kahwin….menyebutnya senang saja. Mengagankannya juga mudah. Tapi saya percaya membuat keputusan untuk melayari alamnya bukan perlu sehari dua. Perlukan cinta yang mendalam, keyakinan yang tinggi, keazaman yang kuat tuk menikmati alam rumah tangga yang belum tahu hitam putihnya. Ada yang bercinta bertahun-tahun namun belum berani menjalin ikatan yang sah. Ada juga yang jatuh cinta pandang pertama,perkenalan secepat kilat lalu berkahwin. Ada pula yang bertahun-tahun mencuba mencari cinta, mendengar pelbagai jenis kata pujuk dan rayu,tetapi hati keras bak batu….susah benar hendak jatuh cinta. Malah ada yang ragu dengan cinta, keliru pada hati sendiri......Tidak kurang juga yang sering gagal dalam cinta....
Apapun bagi yang sedang meraikan perayaan cinta sekitar bulan ini :
28.11.09 - wirda (blogger)
29.11.09 - azrinda
05.12.09 - farhana (blogger)
12.12.09 - yaya
17.12.09 - farrah (blogger)<----bff zaman skulah..hehehe
26.12.09 - nad nazira (blogger)
27.12.09 - che mah

maaf kerana tidak menyebut semua......
.....semoga cinta kalian berbunga sehingga hujung nyawa....

Wednesday, December 2, 2009

YES !!!!!


Year End sale telah bermula!!...tapi diri ini telah kopak untuk sama meraikan dan memeriahkannya...huhuhu....terpaksa menahan nafsu soping2 sebab nak kawen..Memerlukan duit yang berkepuk2...huhu...My ayah, ibu, adik n kak ngah telah selamat menjayakan YES...Sangat sakan mereka itu. Kak ngah yang baru 1st time merasa YES dengan duit gaji sendiri sangat murah hati belanja satu family...Dan saya dapat purse pink ( pink lg!!) jenama feberet..Hehehe..seb bek ada orang kesian kat minah yang tak leh gi YES ni..THANX adikku!!