kita2.... ;-p

Showing posts with label Qasyaf. Show all posts
Showing posts with label Qasyaf. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Qasyaf sudah berkhatan part 2

Cheehhh ada part 2 pulak.
Ye la.
Penat tau nak taip.
Mementum seorang blogger dah lari banyak neh.
K kita sambung ek.

Pagi tu, Arjuna nampak mcm cool je. Tapi saya tau dia buat2 cool. Tak tahulah apa yg dirisaukannya. Mebi dia risau part post op. Dia risau Qasyaf tak dpt tahan sakit. Qasyaf kan super duper manja. Saya sendiri pun buat2 cool. Saya risau part sedation. Qasyaf kan banyak elergik. Dan mmg sblm sunat tu, berkali2 la saya tekankan apa yg Qasyaf elergik. Saya bagitai nurse daycare. Saya bagitau nurse anest, saya bagitau pakar anest. Berulang2. Pakar anest sendiri take note benda ni dan ada jugak terkeluar dr mulut dia "risau pulak saya elergik mcm2 ni". Huuuu.

Qasyaf dan mami di ruang menunggu. Masa ni dedi pergi tenangkan diri kat warung dgn adik. Derang sempat makan nasi kerabu lagi. Mami pulak tak makan apa2 sbb temankan Qasyaf yg tak boleh makan apa2.

Nurse suruh tunggu kat bed dlm ward daycare. 


Surgeon yg akan sunatkan. Bukan Dr biasa. bukan tok mudim tau. Hahaha.





Meronta2 tak nak pakai baju tu. Besar la. Busuk la. Sejuk la tak pakai seluar. Macam2 alasan.

Ni sementara tunggu pakar anest datang. Misi anest siap buat belon guna glove. Semua org kacau2 dia. Dia buat derk je. Pastu bisik kat mami, "boring la". Hehehe.

Masuk je bilik operation muka Qasyaf makin pucat. Ye la. Mesti dia rasa saspen. Rasa pelik. Pastu dia xnak org pegang2 dia. Makanya, mami la yg kne angkat dia dr streacher ke katil bedah. Mami jugak yg bagi gas nitrous oxide tu kat Qasyaf. Memula pakar anest tu nak bg, tapi Qasyaf dah meleleh air mata. Pakar ckp mami la bagi sendiri. Then saya pun tekup la mask tu kat Qasyaf sambil dia memeluk erat leher saya. Beberapa saat lepas tu, dah tak sedar. Saya pun keluar. Dedi dgn adik tgh tunggu kat sofa.

Tak lama lepas tu ibu ayah sampai. Borak2, setengah jam lepas tu dengar suara Qasyaf menangis. Then pintu operation dibuka, saya terus masuk. Qasyaf stil mamai. Biasalah, org br tersedar dari sedation, mesti akan stress. Bukan budak je, org dewasa pun mcm tu. Qasyaf marah2. Ngamok2 tapi mata still pejam. Cakap "tumbuk kang tumbuk kang". Hahaha. Time mcm tu, kalo budak biasa mencarut memang keluar habis carutan2 tak senonoh sbb derang mcm separuh sedar lagi. Tak dapat nak kawal perasaan lagi. Qasyaf juz meronta2 dan tak nak org lain tengok dia kecuali mami, dedi dan adik. Menangis2 mengamok2 tapi mata mcm tak buka sepenuhnya. Then saya peluk dan riba bagi dia tidur semula. Bila dia lena balik baru letak atas katil balik.

Tukar baju dia, dan baringkan dia elok2. Bird terdedah macam tu je la. Surgeon tak balut pun. Nampak terus la. Cantik jahitan surgeon. Semua pakat telek. Tuan punya badan tak sedar pape. Haha.

Sementara tu, barulah mami boleh makan. Mami puasa sama dgn Qasyaf la dari malam x makan. Ibu ada bawakan meehun goreng siap telor mata lagi khas tuk anak dia ni. Siap makan, Qasyaf tak tjaga lagi. Suh Arjuna belikan nasi kukus ayam goreng tuk Qasyaf.

Tak sempat Arjuna balik semula, Qasyaf dah terjaga. Bius setempat dah nak habis kot sebab bila terjaga, dia pandang bird dia kemudian cakap "adoooooiii sakit, konek Qasyaf darahhhhh".
Pastu pujuk2 dia ofer nak nasi tak dia cakap nak. Lapar katanya. Uihhh ingatkan konek darah tak lalu nasi. Hehe.

Part nasi satu hal. Qasyaf ni suka makanan pedas dan berkuah. Ibu cakap lepas sunat takle makan kuah. Ibu suh suap nasi dgn ayam goreng je. Tu pun ayam belah isi dlm. Jangan bagi ayam yg kne minyak direct. Aiseh. Sambil makan sambil nangis nak kuah dan ayam yg belah rangup. Makan nangis makan nangis. Last2 habis sebungkus. Then dia cakap nak balik rumah. Hehe.

Balik, dedi dukung tatang macam tu je la.   Bird dia tak tutup pun sbb dia ketakutan xnak pakai apa2 kain takot sakit. Hihihi. 

Ok stop stakat ni dulu la ek. Kisah jaga org sunat kat rumah saya taip lain kali la kalo ada masa. Jumpa lagi.
Daaaaa.

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436h

Alhamdulillah.
Syukur, diberikan peluang lagi untuk meraikan bulan ibadah kali ini. Sekejap je kan masa berlalu. Rasa mcm baru je lagi raya, dah puasa pulak dah. Harap2 Ramadhan tahun ni lebih baik dari yg lepas2 dari segi checklist ibadat yg dilakukan.

Dah 4 tahun berturut2 saya puasa penuh tak tinggal walau sehari. Penangan peknen dan menyusu. Period tak teratur dan x jatuh pada bulan puasa. Syukur. Tahun ni xtau la mcm mn ni. 

Nak cite pasal terawih malam pertama ke? Hehe jom la tgk pic bebudak ni.

Ngam2 pos laju hantar telekong ni petang rabu. Terus try terus amik gambar. Malamnya terus pakai gi terawih.

Anak2 maminexcited nak g masjid. Lepas mandi petang terus bersiap. Pastu adik mulalah terkial2 dgn kain nya tu yg labuh. Last2 dia xnak pakai kain. Nak pakai telekong sj.

Sedikit buah tangan untuk jemaah masjid. Separuh, saya minta Is bagi kat jemaah Masjid Kubang Ikan. Separuh lagi Arjuna letak kat Masjid Raja , Chendering. Kami sekeluarga solat kat Masjid Raja. 

Qisya memula bukan main bersemangat nak solat. Selesai solat isyak, "adoiiii penatnya semayang"...hahaha.
Masa solat terawih dah mula main2.

Balik rumah, terus kemaskan dapur, goreng meehun tuk sahur. Kalo bangun sahur baru nak goreng maknanya makan biskut sajalah. Hahahah. Tak yakin dgn diri sendiri boleh bangun masak sahur.

So, mcm tu lah malam Ramadhan pertama tahun ni. Ni Qasyaf dah pergi sekolah. Arjuna dah pergi kerja. Klinik buka kul 10 bulan puasa ni. Haishhhh, sambing tidur la kejap. Hihihi.

Tuesday, June 9, 2015

Qasyaf sudah berkhatan



Khatan ke khitan ek?
Mana satu term yg betul?
Senang cakap, Qasyaf dah sunat. Hehehe.

Kisahnya macam ni.

Sejak2 Qasyaf dah tak pakai diapers, dia dah pandai tahan2 kencing. Tak tahulah kenapa. Mebe sebab dia malas nak ke toilet. Atau dia tak reti bila nak tahan kencing, bila boleh kencing kot. Sebab kalo pakai diapers, kadang budak ni tak sedar pun bila dia kencing kan. Terkeluar macam tu je kencing dia kan. So, bila kerap sgt kot main tahan2 kencing ni, dia mula sakit perut. Then dia cakap dia sakit bird dia. Memula tu saya ingat dia sakit perut sbb tahan kencing. Tapi lelama dia ckp dia xnak kencing sbb sakit bird. Aik, pelik pulak kan.

Satu hari ticer dia call saya, ckp Qasyaf asik duk ngadu sakit perut and sakit bird.  Then kat skol seharian dia x kencing. Mandi tengah hari pun Qasyaf xnak kencing. So hari tu, saya amik Qasyaf awal sket dr skol. Terus bawa dia jumpa Dr kat klinik bawah skol dia. Kebetulan klinik tu klinik panel dedi. Bila bgtau Dr masalah Qasyaf, Dr cek, Dr tanya saya, masa anak kencing ni, pernah perhatikan bird anak x? Yaaaa, sejak2 Qasyaf mengadu sakit masa kencing, saya mmg perhatikan bird Qasyaf masa dia kencing. Then saya bagitau Dr tiap kali Qasyaf nak kencing, bird dia akan menggelembung dulu. Bila dia teran lagi, barulah terpancut keluar air kencing. 

Dr cakap, haaaaa itu dia.

Dr tu terus amik kertas tulis "phimosis". Dr ckp Qasyaf ada phimosis iaitu lubang keluar air kencing tu sgt2 halus. Menyebabkan seakan2 tersumbat. Bila Qasyaf mula kontrol kencing sbb x pakai diapers, air kencing terkumpul banyak dlm pundi kencing. Bila tiba waktu kencing, air kencing tu berlumba2 utk keluar tp lubang sempit. Air kencing tu berkumpul dulu kat bird sebelum dpt keluar kot lubang kecik tu. Sbb tu sakit bila nak kencing. Bila sakit bila nak kencing, budak2 akan tahan kencing. Bila tahan kencing, air kencing yg terlalu banyak akan back flow. Sbb tu jd sakit perut which is actually sakit area ari2. Bila kerap sangat back flow, akan sebabkan jangkitan kuman area ari2 tu. Jika dibiarkan lagi, back flow itu akan ke kidney. If ada infection kat kidney, maka msalah besarrrrr la tu. Huuuuuu gerun kan. Masa jumpa Dr tu, Qasyaf dah pun terkena infection kat saluran kencing dia. Dr bagi pain killer and antibiotik tuk hilangkan infection tu. But itu tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah sebenar adalah lubang kencing tu kecik. 

Utk selesaikan masalah, kne besarkan lubang kencing Qasyaf which is melalui pembedahan iaitu kata mudahnya bersunat. Qasyaf ni 4 tahun, mustahil dapat disunatkan macam tu je. So, Dr suggest buat under sedation.Dr suh saya balik google dulu pasal phimosis, then sunat secepat mungkin. Sbb bila dah ke buah  pinggang, sgt lah haru kan. 

Then saya balik terus google terus tny kawan2 MO. Semua suh sunat. The best treatment adalah sunat. Tapi, as always, bila masuk soal pembedahan, soal hospital, Arjuna mmg akan gerun sket especially bila libatkan anak2. My MIL suh usahakan cara lain dulu. Heeeee. Saya ni mami, and i do research by myself, I understand well about Qasyaf condition, so, keputusan biar saya yg buat. Ya, Qasyaf kne sunat under sedation. Dedi hnya perlu dapatkan GL je sbb nak buat kat private hospital. Jenuh jugak la explained kat Arjuna yg Qasyaf mmg kne sunat. Nak bg dia faham. Dan dia mmg faham pun cuma dia takot. Terpaksa la saya guna cara ugutan sket. " kalo benda ni jd makin teruk sampai kne buah pinggang, abang nak tanggung?!"...heeeee...Akhirnya dpt jugak GL. Terus jumpa peads kat Kuala Terengganu Specialist. Peads refer kat surgeon terus set date tuk sunat. Sebelum sunat, sempat la lari bercuti ke Cameron Highland jap. Heee tu cite lain kali la. 

Maka pada 28 Mei 2015, pukul 8.30 am kami berempat pun tiba kat Kuala Terengganu Speacialist. Kami pilih buat awal pagi sbb Qasyaf boleh je puasa dr tgh malam kan. Kalo lambat2 sgt, dia mntk nasi pulak kang kne tunggu 6 jam pulak lepas makan nasi.

Adooiiii penat ah taip pakai phone. 
Bersambung lah.
Bai.

Sunday, April 19, 2015

Besday dan kisah alergik Qasyaf

Budak zaman sekarang celebrate besday kat skol.
Budak zaman skang, celebrate besday bg hadiah kat kawan2. Bukan kawan2 yg bg hadiah kat dia.

Qasyaf sekalu bawa balik paperbag hadiah dr kawan yg celebrate besday.
Dgn muka teruja tunjuk kat mami.

"Mami, mami tgk ni kawan qasyaf bg".

Qasyaf jenis yg buka hadiah kat rumah. Dia simpan tuk tunjuk kat mami. Dia simpan tuk buka depan mami.

Buka paperbag, keluarkan satu, wafer coklat. Dia bg adik.
Keluarkan satu, muffin coklat. Dia bg adik.
Keluarkan satu, cupcake coklat. Dia bg adik.
Keluarkan yg last, gula2. Dia bg adik.

Akhirnya dia menangis kecewa semua xle mkn.
Adik suka dpt bnyk jajan.

Tak apalah qasyaf. Semua tu x healthy. Tak yah sedih sgt. Nanti mami suap nasi sup ayam ada tomato ada carrot lg sedap kan.

Adik pulak, xpayah nak suka sgt. Makan satu cukup. Nanti gigi buruk.

Sekian kisah anak2.


----------------------------------------------------------------------------------------------------


Itu status fb saya sekejap tadi.
Maka, dpt lah komen2 dr kawan.
Komen tersebut membawa pula kpd cerita sy tentang Qasyaf yg alergik teruk dgn dairy products.
Kelmarin saya makan aiskrim depan Qasyaf. Dah tau dah dia x akan mintak sbb dia pun takot nak makan. Tapi dia nak pegang bekas je. Saya pun bagilah. Sekejap tu terus gatal2. Dia pegang mata, mata merah n gatal. Dia pegang hidung, hidung merah n gatal. Siyes!. Dasyat kan.

Pastu adalah 2 org kawan ni sugest suh buat aiskrim sendiri. Best betol la kawan saya kan. Derang ni readers blog ni dr zaman rajin berblog dolu2 kottt...Hihihi...

Resepi pertama


Resepi kedua...

Both nampak best kan...


Ok mmg nak try neh...

K lahhh tu je nak ckp... 
Janji update kan.
Daaaaaa

Monday, April 13, 2015

aku tanya apa khabar

Rasa macam janggal weh nak menaip untuk bercerita kat sini.
4 bulan lebih tinggalkan blog.
Blog pun dah tak kenal tuannya.
Seb bek saya ingat password kan.
Heyyyy sbb tu buat password sama untuk semua akaun.
Sbb dah tau diri sendiri jenis pelupa.

Ni nekad ni, lepas ni nak rajin tulis blog macam dulu.
Nak curi jugak masa tulis blog.
Daripada duk telek instagram buang duit baik tulis blog dan baca blog kannnn.
Aktiviti baca blog pun dah lama tak buat.
Dah lost.
Sedih betul.

So, whats up?
Dalam 4 bulan ni apa yg berlaku ek?

Qasyaf.
Qasyaf dah sekolah dah. Masa 1st day kat scholl mami dedi hantar. Mami tunggu sekejap je dlm setengah jam. Memula, kat rumah dia bukan main excited. Sampai sekolah muka mmg pucat lesi mata berkaca2. Ada budak lain awal2 dan meraung, Qasyaf tengok je. Sikit pun x berkata apa2. Then sy decide untuk tinggalkan. Apa2pun anak mami kne kuat. I know he juz 4. Tapi tuntutan duniawi sekarang. Semua budak sekolah seawal 3,4 tahun. Mami takot jika mami tidak ikot arus, anak mami akan ketinggalan. Mami tak yakin boleh ajar anak mami sendiri di klinik dan di rumah.
Masa nak berpisah dgn mami, apalagi menangis meraung la Qasyaf. Mami serahkan segalanya kepada teachers. InshaaAllah pilihan mami tuk masukkan Qasyaf kat sekolah tu x salah. Mami bukan main daftar je. Mami survey satu2 tau Qasyaf. I dont care about silibus. Mami tgk cikgunya. Dan rasanya cikgu sekolah Qasyaf ni menambat hati mami.
Qasyaf menangis on off the whole day.
2nd day, Qasyaf menangis masa memula sampai kat sekolah je. Then dia menangis waktu tengah hari sbb ada budak lain balik tengah hari. Qasyaf ni saya amik pukul 4.30 ptg sbb nak dia join kelas mengaji dan fardu ain pulak. Kalau dia balik tgh hari pun, duk melepak kat klinik je ptg tu asik main dan bergaduh dgn adik je xde faedah jugak kan.
After 1 week Qasyaf dah boleh terima kenyataan yg mami hanya akan amik pukul 4.30pm.
Dannnnnn sampai skang menangis tiap kali bangun pagi. Tak apalah Qasyaf, mami pun nangis jugak bangun pagi masa kecik2 dulu. Sampai darjah 3 kot nangis bangun pagi.
Sejak sekolah ni, maka, keraplah jugak demam. Bila demam duduk je la kat klinik dgn saya. Pencapaian terbesar sejak sekolah adalah tak pakai diapers lagi. Dia sendiri yg request xnak diapers. Ada la 2,3x terkucil. Pastu ok je. Haishhhhh saya mmg x sangka semudah ini nak potty train Qasyaf. Sbb sy mmg malas dari awal lg. Rela bayar diapers bulan2. Hahaha.
Kat sekolah Qasyaf boleh berdikari sendiri. Paling paling penting dia tahu apa makanan yg dia boleh makan dan tak boleh makan. Setiap kali ada besday celebration kat sekolah Qasyaf, teachers wasap gambar kat dlm group parents , maka akan kelihatan la Qasyaf menjauhkan diri dari sekumpulan kanak2 yg tgh menikmati kek coklat. Sedih kan bunyi nya. Ya,Qasyaf masih elergik kpd semua dairy products. Tak apalah Qasyaf, its a good thing xyah la makan manis2 tu semua kan.


Qisya.
Still duk menempel dgn mami setiap hari di klinik. Talk a lot. Full of drama. Kadang rasa bingit la telinga asik bertanya, bercakap, siap buat dialog berlakon2. Menyanyi, selawat. Mmg x behenti la mulut tu. Buka mata terus bercakap. Takde la perangai moody mcm abang. Mmg beza la kemanjaannya. Abang still juara manja.
Qisya still selim melim. Makan ala2 je. Tapiiiii suka sgt kek coklat, roti coklat, ais krim semua tu. Mentang2 la dia x alergik. Tapi of kos mami kontrol. Malu beb anak dentist gigi karat. Hahaha.
Qisya skang dah pandai lawan abang. Kadang bila gaduh, dia yg menang. Haishhhh..

Arjuna.
The biggest thing Arjuna lakukan pada awal tahun ini adalah menghadiahkan saya iphone 6+ masa besday bulan 3 hari tu. Hihihihi..Surprise u. Siap balut beriben lagi. Ishhhhkkkk, ni bukan tetiba terbuka hati nak buat surprise ni. Ni sebenarnya.......Saya pernah majuk sbb dia wat besday celebration tuk staf dia end of last year.. Tp bukan Arjuna pun yg buat actually..Staf2 yg duk pakat..Its farewell party sebenarnya. tetiba jd surprise besday party. Bukan main derang plan. Siyes i jeles tau. Mmg majuk ah. Sekali tahun ni dpt surprise. Lain kali nak majuk lagi lah. Kahkah.
Hadiah tu sekali dgn hadiah aniversary. Kira sekaligus la kata Arjuna.
Saya sendri xde bg apa2 pun kat dia. Selepas Arjuna bg iphone br teringat dia pernah sebut nak beli kasut Adidas Porshea kaler merah. Tapi x cukup bajet. Maka, bila teringat tu, jenuh la saya mencari dan mintak Idah tlg carikan jugak. Idah cakap kat KL mmg xde dah sbb design tu last season. Kat Sabah, ada satu. Tapi saiz xkena. Musnah harapan ku nak buat surprise jugak. Ni last wik baru mintak tlg ex classmate darjah 6 dulu carikan. Ni ex classmate ni lelaki. Harap lelaki lebih luas la pencariannya sbb dia mmg minat cari kasut. Mintak2 la ada. Boleh buat hadiah besday Arjuna nanti.

Klinik Pergigian Dr Len.
January and February treated me so well dr segi bisnes klinik. Tetiba Mac xdak org dtg klinik sgt. Mebe sbb gap org dapat gaji ms tu terlalu jauh kan. Bisness pun slow. Ni masuk April tetiba ada construction jalan depan klinik. Lagiiiiii la bisness slow. Haihhhhh...Dugaan.


So, itulah dulu yea buat masa ni. Rumusan kisah 4 bulan pertama 2015. Ok bai!

Monday, June 16, 2014

ada la cite sikit2

Bila dah jarang2 tulis blog ni kan, mula ada perasaan malas nak layan kat blog. Mmg la ada benda nak cerita, tapi bila asik tertangguh, terus lupa nak tulis apa. Bila ready nak menulis plak, dah tak tau nak mula dari mana. Begitu lah saya.

Sayang la kalo tinggalkan blog. Kat mana lagi nak simpan kisah suka duka seharian kalo bukan blog. Nak tulis diari?..Kuno nya ko..Pastu bila simpan lama2, lipas pun makan diari tu. Huuuu.

Jadi skang ni, meh la paksa diri menulis sedikit sebanyak. Nak cerita pasal apa dulu ek? Pasal anak2 la.

Qasyaf dan Qisya berada di fasa bercakap dgn banyak skang ni. Qasyaf sgt pelat tapi org sekeliling yg dah biasa dgn dia, boleh je faham. Qisya lebih fasih menyebut perkataan cuma x bnyk la vocab dia berbanding Qasyaf. Masing2 berebut nak bercakap. Kalau dua2 lepak kat klinik dari pagi sampai malam, mmg saya akan rasa exhausted teramat sgt walaupun patient xde la ramai pun. Exhausted sbb melayan karenah 2 org tu. Kalau bercakap, dua2 berebut nak bgtau benda yg sama. Kalau btnya soalan pun mcm tu..Abang dah tanya, mami dah jawab, adik plak tanya. Benda sama je pun. Kalau derang bercanggah pendapat, abang kata "bukanlah dik".....Adik pun jawab "huhhhh!!!!", terus jadi pergadugan tampar menampar cubit mencubit. Skang Qisya gemar tarik rambut abang. Melalak2 si abang tu. Kalau xde mood nak melalak, dia akan kejar Qisya dan bg cubitan kat mana2 bahagian yg sempat dicapai. Lepas tu adik pun meraung...Adolaaaa...

Sbb tu ibu prefer saya hantar Qisya ke rumah dia. Barulah dua2 x sakit katanya...Tp, kalau bawa Qasyaf sorang, mmg dia bosan. Mmg dia akan masuk ke bilik rawatan kalau saya ada patient. Bila ada adik, reti plak derang dua org main2 dalam bilik. Kadang dgr la pgaduhan dan tangisan..Tp saya biar je. Yang bahaya bila derang diam je. Ada la tu projek besar derang kerjakan. Macam lastwik, derang dua org main dlm bilik. Saya ada patient 3 org berturut2.. Mmg lama la nak handle patient kan. Bila setel patient, saya masuk bilik, rupanya derang tgh kerjakan crayon...Qasyaf berjaya buka laci meja. Keluarkan crayon...Derang patah2kan, derang conteng sofa dan meja dgn jayanya. Grrrrrrrrr...

Nasib baik boleh hilangkan kesan crayon tu. Saya mintak staf tolong lap dgn chemical tuk basuh barang dental. Hilang xde kesan pun. Nasib baik...Kalo x, dedi pulak akan marah mami. Dedi tu mana boleh ada contengan di dinding, kotoran di sofa. Huuuu...

Sbb tu saya xde masa nak jenguk blog. Asik uruskan anak2. Skang Arjuna balik kul 11pm selang satu malam. Time dia balik lewat tu, mmg kami xle nak tunggu dah. Sbb sgt penat. Kami?..Eh, bukan kami. Anak2 boleh je btahan aktif sampai kul 12 mlm pun. Mami ni hahhh keletihan...Selalunya, balik je dr klinik, mandi, masukkan kain dlm mesin basuh, terus panjat atas katil. Lepak2 tido..Bila mami tido,anak2 pun tido la. Masak dinner pulak tgk atas permintaan. Bila Arjuna balik awal, masak la. Tp dia pun bosan makan luar..Sanggup tahan lapar balik kul 11pm baru makan kat rumah...Terpaksa la jugak masak sbb suami request nak mkn kat rumah kan.

Last 2 wiks dah cite pasal kami balik kampung kan. Lastwik balik lg. Sbb MIL sakit. Ingat xnak ikot sbb sayang nak tutup klinik. Tp dah dgr MIL menangis2 kesakitan macam kurang ajar sgt la plak x ikot balik kan. Alhamdulillah ada kawan boleh locum kat klinik saya. Tak perlulah tutup klinik. Kadang, bila fikir, kerja sendri mcm ni lah... Kita rasa takot nak memberi sbb kewangan sesak, rasa takot nak cuti jumpa saudara sbb nnti income hari tu xde. Tp, bila kita buang semua rasa negatif tu, Allah gantikan dgn rezeki yg lain.

MIL sakit sbb dia xnak jumpa doktor..Mmg payah kan...Tp lastwik Arjuna berjaya pujuk mak dia. Bawa gi Hospital Perdana Kota Bharu. Buat ct scan mmg ada seketul batu saiz 1cm kat salur antara buah pinggang dan pundi kencing. If x buang, buah pinggang akan rosak. Hurrrmmmm.....Satu hal pulak nak pujuk buat operation...Tgk lah mcm mn, sapa dlm 5 org anak MIL tu bjaya pujuk. Skang btahan dgn ubat sahaja.

Klinik masih lagi terumbang ambing. Last month income drop. Tak tahu kenapa 2 minggu pertama bulan Mei patient kurang...Huuuu....Harapnya bulan ni akan naik balik la. Saya nak mula provide rawatan betulkan gigi yg x teratur tanpa perlu pakai braces. Nak tahu lebih lanjut boleh usha blog kpdrlen . Atau buka fb klinik pergigian DR Len...Usha my personal IG Harzlenaharun pun buleh.

Ok lah....Itu je lah dulu sedikit sebanyak...Daaaa!!!



Thursday, June 5, 2014

balik rumah tok ma dan tok abah

Lama sgt x balik kampung Arjuna.Bukan kebizian saya yg membataskan kepulangan ke kampung. tapi kebizian Arjuna sendiri yg sebabkan kami x sempat balik kampung. Ya, tatabahasa baru di situ. perkataan kebizian. Hahahaha...

Bizi sungguh suamiku sampai wujud perkataan kebizian neh. Malam perasmian Sawari, ayah nak belanja semua anak2, menantu2 dan cucu pun Arjuna x dpt join. Kami semua gi lepak minum2 air buah je. Lepas minum2, kami pergi jengok Sawari. Spotcek Arjuna betul ke bizi buat kerja. Kahkahkah..Padahal Arjuna yg beriya suh kami singgah. Nak show off kebizian kah?..Heeeee...

Malamnya saya dan anak2 tido rumah ibu je sbb Arjuna ckp mebe dia balik sgt lambat. Oleh kerana saya tido rumah ibu, Arjuna tukar plan. Dia tido kat Sawari terus.

Esoknya Alhamdulillah program perasmian Sawari berjalan lanjar. Siap masuk beberapa surat khabar lagi. Nak tempek gambar kat sini lembab la plak...Malas dah retry,,,Ada la seketul muka suamiku dpt masuk paper. Tajuk berita tu, Sawari akan dibuka di London. Wahhhh, berangan terus la mak oi.... Lompat bintang pat puluh kali la kalo Felda suruh Arjuna uruskan Sawari yg kat London. Klinik?...Ahhh, xpe...Kita suh acik cuti tanpa gaji tolong kerja kat klinik saya. Adik lelaki saya tu kan dentist jugak. Management klinik buleh suh ayah setel..Ayah kan pencen bulan 9 ni......Ambikkk kau, kalo bagi kat saya bab berangan, mmg lengkap full episod la buleh angankan..Hahahahaha....

So, Jumaat, lepas issue gigi palsu seorang customer tetap neh, kami pun bertolak balik kampung... Biasanya perjalanan 3jam setengah mcm tu, saya akan lena diulit mimpi la at least sejam.. Tp oleh kerana lama xdpt borak dgn Arjuna, duduk serumah tapi bertemu muka sekejap2 je apatah lagi nak borak kosong, maka, sepanjang perjalanan balik kampung tu, kami borak saja. Macam2 cerita keluar.. Semua cerita penting yg xsempat nak bgtau sebelum2 ni. Heeeee...Sadis sungguh...

Kat rumah PIL ada my SIL yg baru beranak...Eh, xbaru la..Dah habis pantang dah pun... Baby boy Ariq Eshan demoks mcm Qasyaf dulu...Baru 43 hari umurnya tp berat 5kilo!..Semangat sungguh.. Si kakak nya Marissa baya Qisya...Tp Marissa lahir bulan 4, Qisya bulan 9... Marissa punyalah nak sgt berkawan dgn Qasyaf n Qisya....Tp Qasyaf buat sombong... Saya suapkan nasi tuk Marissa pun Qasyaf x bagi..Mengamuk2 xbagi mami suap sepupu dia tu..Suap adik xpe katanya...Haishhh, nampaknya Qasyaf boleh terima Qisya je...Mcm mana mami nak beranak lagi ni?..hihihi...

Owh ya, masa balik kampung tu, MIL xberapa sihat..Ada batu dlm buah pinggang..Tp MIL sgt takot nak pergi spital...Dah ada surat refer dr klinik swasta pun dia xnak pergi. MIL pergi berubat kat sorang tok bomoh ni. Dia buat "pembedahan"... Dia konon belah area buah pinggang dgn jari dia..Gosok2 sambil jampi2...Sekali keluar batu tu....Ajaib kan....Huuuuuu....Ada la batu tu kat rumah...Kalo nak tau betul ke x, kne gi scan lg la...And lg bagus kalo bawa batu tu gi test kat makmal kan....Huuuuu...Well im not into this...Saya xpercaya bab bomoh ni...Sbb saya ada medical base kot..So, mcm xle terima situasi yg xde penjelasan saintifik..Kalo kne rasuk ke,santau ke, lain la..Boleh cari perubatan Islam kan...Tp ntah la..Semua kehendak dan kuasa Allah...Wallahualam....

Pagi Sabtu, aktiviti kait buah mempelam...Ada mempelam epal dan Mas Hitam...Mas hitam tu manis, boleh makan...Mempelan epal masam, kne makan dgn colek kata org Kelantan...Owh, saya x gemar sgt masam2 neh..Tp FIL beriya suh Arjuna kait..Maka ini hasilnya.....


Siap ada peristiwa yg xdpat dilupakan lagi...Qasyaf jatuh tangga!!!...Ada 10 anak tngga kot semuanya...Dia jatuh dari atas, 3 anak tangga lagi nak sampai ke tanah.. Ni sebab nak sambut buah mempelam yg dedi kait punya pasal...Haishhhhh.....Nasib baik xde pape...

Ahad kan klinik mmg tutup..Saya ingatkan kami akan balik Ahad...Rupanya Arjuna xle cuti..Kerja banyak katanya...

Sampai je KT, kami singgah Sawari...Sementara tunggu dedi setel kerja, anak2 main playground..Tgk tu Qisya...Tak padan dgn pakai gaun..Lincah sungguh!...Ya,saya selalu guna pkataan lincah tuk Qisya..Sbb dia kecik, lasak tp comel..So nmpk sgt lincah...Hahaha...

Lepas singgah rumah ibu tuk hntr mempelam,Margrib,  kami terus ke klinik plak...Huihhh, gigih kan laki bini bekerja... Selagi usia muda, selagi badan sihat, marilah bekerja dgn gigih...Bnyk hutang nak kne setel neh oi....Arjuna pun sgt berminat dgn kerja dia sekarang...Tak mengeluh pun walaupun bizi...Mebe dia minat bisness jugak kot...

Oklah..Tu je nak cite....Bai...

Thursday, May 22, 2014

kerja dedi

Thanx kawan pbaca yg sudi drop komen utk entry lepas...Saya sgt mhargai setiap komen dan cadangan. In shaa Allah, saya akan berusaha majukan klinik....

Haishhhh,hajat nak tulis blog at least seminggu sekali x tcapai jugak. I busy la u olls. Hehehe... Busy melayan karenah dan perbualan budak kecik 2 org tu. Busy menjadi referee pgaduhan budak cilik 2 org tu. Lepas tu,kalo ada patient lebih sket,penat dan malas la plak nak buka blog nak menulis walaupun dalam kepala rasa nak cerita macam2.

Ok...Hari ni free sket. Qasyaf duk rumah bebu. Qisya tgh tido dalam buai. Tadi dah taip surat nak apply jd klinik panel bbrp buah company. Ni free meh la kita menulis blog. Jap lagi kul 3pm xle diganggu dah. Sbb nak tgk Angeline vs Heidi. Hahahaha... Sapa tgk?

Ni nak cite pasal keje Arjuna. Arjuna skang xkeje di tanah rancangan dah. Dah x masuk ladang dah. Still under Felda,tp dia skang menguruskan outlet Sawari. Satu wilayah satu industri. Outlet Sawari ni mcm seven eleven,mcm kedai mesra petronas tu la. Bezanya Sawari hanya menjual barangan hasil Felda dan peneroka Felda.

Sawari Terengganu ni baru wujud bulan 1 hari tu...So,Arjuna start keje situ masa tu la. Tp memula,derang x ramai staf lg. Jurujual ada 3 org je...Start lastwik,jurujual bertambah kepada 9 org. Makanya,Sawari Terengganu diarah beroperasi siang malam. Malam tutup kul 11pm. Oleh kerana Arjuna bos,dia kne la kerja sampai malam jugak. Arjuna kne gilir dgn assistant dia. Kne stay back pantau anak buah selang semalaman sorang. Jadinya skang Arjuna balik kul 11pm selang sehari. Huuuu....

Dah la tu,skang kalo miting,asik nek KL...Sbb bos bahagian Sawari ni duk main office KL. Bos kat sini uruskan tanah rancangan je...

If saya merungut dia asik busy,nanti dia ckp,saya jugak yg suh dia apply jawatan tu....huuuu... Mmg la....baik mcm ni kot daripada Arjuna duk berulang KT-Kerteh everyday kan....

Tp dia mmg busy la skang... Dulu,masa kerja tanah rancangan,ade je benda remeh temeh dia whatsapp.  Tak pun kol tny benda remeh temeh. Skang xde!...Ada jugak...Tp bila dia kurang busy la.  Saya tgk whatsapp pun dia x on9... Selalunya whatsapp last seen pagi2 sblm start keje. Pastu gigih benor bkerja nampaknya...Hehehe...

Last Friday nite kami mengikot dedi gi kerja. Stock barang baru sampai. Frozen food blambak kne simpan dan masuk rekod. So,hujung minggu pun kne keje.

I
Tengok.... Assistant comeyy...Haha...Nyebok sungguh.... 


Ni mami paksa duduk kejap sbb nak amik gambar. Pastu sambung berlari ke sana sini. Malas eh nak kejar. Suka hati ler..... 
Ni sekali lagi mami suh berhenti berlari sbb nak  amik gambar...Tgn tu buat peace tu. Hahaha

Mami plak,lepak je kat area kafe,ratah benda alah ni....Kuih lipat?...kuih kapit???..Apapun namanya ia adalah sgt sedap...Lama dah x makan...

Balik rumah dlm kul 12am...Mami paksa basuh badan dulu sebelum tido...Melompak tguling2 xkan xnak mandi dulu kan. Heeee....

K lah...Itu je nak cite... Malam ni dedi baljk kul 11pm...Huuuuu

Wednesday, April 30, 2014

sama2 cuti

Saya tutup klinik hanya pada hari Ahad. Arjuna pulak kerja kerajaan...Cuti wikennya Jumaat dan Sabtu. Jadi,cuti kami selalu x sama. Time Arjuna cuti,dia akan jg anak kat rumah atau lepak2 di Klinik. Time saya cuti,saya buat housecore dan buat projek memasak yg canggih sket. Takpun,saya akan lari ke rumah ibu cari masakan paling best di dunia. He he.

Ahad lepas kami sama2 cuti. Org kerajaan cuti sbb hari keputeraan sultan Terengganu.  Ada la masa kami bkumpul sekeluarga. Eh,mmg tiap2 mlm pun bkumpul,cuma nak dpt seharian bersama mcm ni susah tau.he he...

Pagi,Arjuna basuh kete dia. Saya vacuum lap mop satu rumah. Dgn rajinnya masak nasi ayam, then keluar cari barang rumah sket.  Tak makan kat luar pun sbb nasi ayam sedap sedang menunggu. Hihihi...Mmg sedap tau my nasi ayam. Sapa lg nak puji kalo bukan diri sendri. Haha.

Lepas lunch, kami tutup pintu bilik, Padang ekon,masuk dlm comforter dan tidooo....

Dlm syok tido tetiba Arjuna tarik comforter jerit suh semua bangun. Maka ,baangunlah semua askar...

Lepas solat asar,kami ke pantai belakang masjid terapung... Saya pun xtau pantai tu nama apa...Pantai Kuala ibai kot.... Lepak2,makan kopok,makan aiskrim...Qasyaf dgn Qisya,lepaskan perasaan... Lari sana sini. Lompat dgn penuh perasaan... Main naik turun tangga. Suka hati la anak...




Gambar bnyk lg...Tp malas nak upload...heeee....

Malam, masing2 dah kenyang, tak masak pun. Juz makan mempelam yg manis sedap yum yum...

Sebelum tido,anak2 meneruskan aktiviti melompat atas katil pulak. Aduyai... Kenapa x reti letih...

Fav port,kepala katil... Naik atas tu lps tu lompat... Lepas tu lepak situ... Hurmmm

Ok lah...Itu saja bai!


Saturday, April 26, 2014

hepi besday maminoh

Heeee.... Kami bahasakan adik saya kak ngah dgn panggilan mami ngah..Tp Qasyaf sebut maminoh...Hahaha...Belasah je la....

Hari ni besday maminoh yg ke 29 tahun..Wahhh sudah tua adikku...Aku lg tua..Huuu...

Hari ni ada autoshow kat Kuala Krai Kelantan. Di mana ada autoshow, di situ ada Arjuna. Biasalah kan. Huuu...So, kul 7am lg Arjuna dah kluar rumah bertolak ke Kuala Krai. Saya mcm biasa, uruskan anak2 bawa gi klinik. Hari ni hari Sabtu. Org gomen baru dpt gaji. Konon ramai la patient hari ni. Takot x terkawal anak2, saya minta ibu hantarkan chudik. Rutin ibu ayah setiap pagi Sabtu adalah pergi masjid dengar ceramah haji. Kebetulan hari ni ibu ayah banyak jemputan kenduri kawen. Chudik mmg malas nak ikot. Maka chudik jadi babysitter anak sedara je la.

Bila ada chudik, lega la sket saya. Derang pakat duk menempel, memanjat, main dan buli chudik. Lapang mami buleh buat kerja dgn aman.

Lepas ceramah haji, ibu ayah singgah klinik.

Chudik lepak sampai petang..Ingat nak hantar chudik lepas tgk hindustan...Sekali kul 4.30pm, hindustan diberhentikan sbb tv3 tunjuk rancangan khas ketibaan Obama...OMG,plez la....Stress hokey...Tak tau ada sambung x hindustan lps tu sbb kul 5.45pm saya kluar pergi hantar chudik ke rumah ibu ayah. Qasyaf dan Qisya pun stay sana tunggu dedinya amik otw balik dr autoshow...Sbb tu saya ada masa tulis blog ni...Hehe...

Owhh ya, Gino menang 1st price lg. Hehe....Ni kali kedua Gino masuk autoshow selepas accident hari tu...Dua2 dpt 1st price...Dan sejak accident hari tu, saya x pernah drive Gino lagi...Gerun mak...Huuuu...

Ok lah...Tu je nak cite...Ni dah dpt rentak update blog balik...Sehingga jumpa lg...Daaaa!!!!

Tuesday, February 25, 2014

cegah dari awal...xyah jumpa dentist

Heeee..... Eh,kne jugak jumpa dentist skali skala. Cek kot2 ada lubang pd gigi yg xnmpk dgn nganga saja depan cermin.. Tp at least,kalo dapat mcegah dari rumah,xde la tiap tahun perlu ngadap dentist kan.

Jadi,sila la beli tooth mousse. Hihi.

Apa la yg hebat sgt dgn tooth mousse ni? Dah la mahal kan.

Hey,hebat tau tooth mousse ni. Ia diperbuat dari susu. Mengandungi kalsium dan fosfat. Bertindak maksima dgn kehadiran air liur. Mewujudkan persekitaran mulut yg beralkali,sbb nak lawan pembentukkan asid. Asid kan boleh menghakis gigi. Menyebabkan gigi blubang(karies) atau menyebabkan gigi sensitif.

Haaa,itulah kelebihan tooth mousse.

Habis tu,apa beza tooth mousse dgn ubat gigi biasa?

Lebih kurang je fungsinya.
Cuma ubat gigi biasa tu bahaya kalo asik tertelan. Pedas plak tu. Berbuih mcm sabun lak tu,xkan nak pakai buat sapu kat gigi kan.

Kalo rasa berani,amik la ubat gigi biasa pastu sapu kat gigi pastu tinggalkan xyah kumur. Sbb nak dapatkan kesan maksima ubat gigi yg mcm duk iklan dlm tv yg kata ubat gigi ini hebat, ubat gigi tu bagus.Haaa ada beran?hihi.

Jadi,sbb tu lah kne beli tooth mousse ni. Cara guna tooth mousse adalah dgn amik sikit sebesar kacang pea. Sapu pada gigi,main2kan dgn lidah.... Pastu tinggalkan.....Jgn makan jgn minum jgn kumur at least setengah jam. Bestkan. Segala khasiat tooth mousse dpt diserap oleh gigi tanpa rasa tak selesa. Tooth mousse ni sedap,ada perisa stoberi, melon, tutifruti,vanilla dan mint. Sbb tu selesa je nak tinggalkan dlm mulut xyah kumur xmcm ubat gigi biasa.

Jadi,apa lg,cepatlah beli.

RM70 + postage RM6 (semenanjung) /RM9(Sabah/Sarawak)

Msg / whatsapp 012-3876051


Nak tgk budak gigi cantik?





Itulah dia budak 24/7 menempel dgn mami je..... Dua2 baru baik demam... Tu yg nmpk mcm kurus sket Qasyaf tu. Mami dia plak?....
Asal pakai shawl baru je selfie...Tp IG buat dajal.... Asik weng je.... Lama day xle log in....huuuu OK la.... Kita cita2 lain kali ek. Taip kat phone je ni. Daaaa....

Thursday, January 9, 2014

sepenuh perhatian dua puluh pat jam!

Saya x tahu la anak org lain mcm mana. Tp anak saya, adola, selalu buat saya penat emosi, penat jiwa raga.

Saya bercakap pasal Qasyaf..Bukan keduanya sekali..Hanya Qasyaf..Dan saya bukan nak mengeluh, cuma saje nak meluah di sini..Dgn harapan, kawan2 dapat bg nasihat, bg cadangan, bg tips..Juga, dgn harapan, bila Qasyaf besar nanti, dia baca blog ni. Nak bagi dia tau sikit yg dia selalu buat mami sakit otak. Selalu buat mami mendidih. Baru la dia menyesal sikit.Baru la dia rasa bersalah dan terus minta maaf siap bagi hadiah handbeg Channel kat mami sebagai hadiah nak tebus kesalahan. Haha...

Letak lawak bodoh sikit di situ sbb nak hilangkan stress...Huuuu

Qasyaf.
Qasyaf.
Qasyaf.

Sekarang, panggilan kat rumah adalah UU...Chudik yg memula panggil UU. Sekarang semua org panggil dia UU...

Panggilan manja, bunyi pun sgt manja kan.Patut la tuannya over manja.

Nak perhatian 24 jam, 7 hari seminggu..Kne serah sepenuh jiwa raga kat dia je.Tak leh buat benda lain!..Yes!..Mmg 24 jam hokey..Sbb kalau dia tjaga tengah malam pun, dia akan suh saya atau Arjuna gosokkan belakang dia..Biar dia syok je dibelai...Banyak ensem kan muka Qasyaf tu...Huuuu..

Kat internet mcm2 artikel la, bg tips, bg nasihat suh bg perhatian kat anak...Saya ni, dah lebih dr bg perhatian dah..

Masa masak, elok2 main kat dapur, saya bg peluang sepahkan bekas2 plastik, dia mintak air la...Mintak biskut la..Tu boleh layan lg...Dah penuhi kemahuan dia, sekali mintak nasi...Mami tgh masak nasi la ni...Bila ckp elok2 mami tgh masak, nasi x masak lg, tu panas dlm periuk, tetap nak nasi, nasi, nasi..Menangis2...Bjurai2 air mata...Tu ok lagi...Boleh sabar lagi..Saya suruh dia pergi main dulu...Tp tetap nak nasi, menangis2...Bila saya biar je dia menangis, mula la amik perhatian  dgn lempar2 barang pulak...Haaaa, naik angin la saya wei...Jerkah, cubit seketul di betis, barulah, 'nasi x masak agi?', dia tny kita balik...'haaa, x masak lg..pergi main dulu'..Saya jawab dgn garang, barulah thegeh2 sambung main balik.

Bila time mkn plak, dia tgk nasi berasap panas, nangis lg..Dok kata panas, panas.. Padahal adik dah telan dua tiga suap dia stil menangis panas panas..Jerkah sekali, atau sumbat je nasi dlm mulut, baru diam, 'x panas?' dia akan tny dgn nada elok x menangis...Part nak lauk plak...Suap lauk kne suap yg dia tunjuk..Padahal sama je...Peha ayam jugak..Tp nak yg bahagian dia tunjuk...Ikan goreng jugak, nak bahagian yg dia tunjuk...Haiilahh...Masa makan mmg terjerit2 la..Selang seli suara dia menangis menjerit, suara mami dedi pujuk elok2, atau jerkah garang....Adik, relax je makan...Mcm xde apa berlaku...

Masa main, asik nak menang je..Tak nak kongsi mainan dgn adik...Tapi, yg adik main, selalu dia rampas..Kalau ada lawan, adik kne cubit...Dah menangis adik pulak...Masa main tu, kalau boleh, nak duduk atas riba mami, nak suh mami layan dia je..

Paling saya geram bila dia bosan main, dia pun mula la lempar2...Bila suruh simpan, senang je ckp, 'xnak...Adik simpan'...Eeeee, rasa mendidih je perasaan.Bila pujuk, tetap xnak simpan..Bila jerkah, siap cubit betis, siap heret dia pergi balik kat mainan yg dia lempar, barulah nak amik..Barulah simpan dgn juraian air mata...Tiap kali main macam tu..Tak tau dah nak ajar macam mana...Adik plak, rajin benor menyimpan nya..Saya xnak la biar adik simpan bila abang buat sepah..Nanti sampai besar mcm tu...Mcm mn nak buat ek???

Qasyaf ni, dah tahap kena jerkah, marah2, barulah nak buat...Tp, karang2, adegan lempar, nangis, jerit berulang lagi...Penat la tiap2 hari mcm ni...

Pastu, nak bertempel dgn mami 24 jam jugak...Mengekor je mana mami pergi...Kalau kat rumah ok la..Ni kat klinik, tiap kali ada patient, mami masuk bilik rawatan, tiap kali tu la dia meraung mami mami...3 minit je meraungnya..Pastu mengekek ketawa main dgn pengasuh...Tp, not nice la kan..Patient dengar, patient tengok..Huuuu....

Bila mami keluar bilik rawatan, sambung balik menempel dgn mami...rejek terus pengasuh...Mula la mengarut balik nak itu la, nak ini la...Adolaaa...Penat!..

Ok ok ok..Tarik nafas...Ye la..Bukan tiap hari Qasyaf mcm ni....Tp, oleh kerana hari ni rasa sgt stress sbb dr celik mata pagi tadi Qasyaf buat hal, jadi, nak luah jugak kat sini...

Pagi tadi, Qisya bangun awal..Masa dedi nak gi kerja kul 6am, dia dah bangun..As always, bff mami ni, sgt ok...Mami boleh solat, baca Quran, alter sikit baju baru beli on9 (saya ni, kalo pakai yg saiz biasa ketat, kalo bli kategori pluzsize, gedoboh la plak, kne alter..Susah nya!..Ok, tu kite cite lain kali)...Sempat jugak panaskan sup tulang malam tadi..Qasyaf x dinner mlm tadi sbb dia tido awal...So, panaskan je la sup sbb Qasyaf suka je sup...

Then, Qasyaf bangun... Ajak makan, dia ckp xnak, nak susu...Bg susu...Habis susu, saya ajak mandi..Dia ckp nak makan nasi..So, saya pun suapkan la nasi..Dia mcm main2 je nak makan..Siap naik basikal suh mami suap..Saya ikotkan je...Malas nak mulakan pergaduhan...Sekali dia luah balik..Suap lg, luah balik..Qasyaf nak makan x ni..Dia ckp nak..Saya suap lagi, dia luah lagi..Saya ckp, dah, xyah makan..Jom mandi..Terus menjerit2 nangis nak makan...Saya x peduli, terus bawa dia bilik air..Mandikan...Dia tetap menangis..Sengaja melambat2kan...Saya pun mandikan Qisya dulu...Marah2 dah ni..Ugut xnak kawan...Dia tetap bkeras xnak mandi..

Saya tutup pintu bilik air..Kurung Qasyaf..Siapkan Qisya..Meraung2 la dia dr bilik air..Setel siapkan Qisya, baru saya buka pintu bilik air..Saya tny nak mandi x, dia ckp nak..Terus diam x menangis...Lepas tu, ok je...Sampai klinik, Qisya mcm merengek..Mebe sbb dah mengantuk..Dia kan bangun awal...So, saya bf Qisya...Sekali Qasyaf mengamuk...Dia x bg saya bf Qisya, dia suh saya duk kat ruang menunggu la,dia marah2 pengasuh la..Macam2!...

Saya x layan..Saya tutup pintu bilik, biar je dia kat ruang menunggu..Jenuh la pengasuh dan staf pujuk dia..Makin pujuk, makin mengamuk....Qisya lena, saya masukka dlm buai, baru buka pintu bilik..Terus dia masuk cakap nak tidur jugak...Nak saya tepuk2...Adala 10 minit saya tepuk tp x lena2 jugak..Mcm mn la nak tlena, kan dia bgn lambat td...Pastu tetiba dia ckp lapar...Ok..Saya ajak dia gi bli makanan..Jalan kaki je..Tapau nasi lemak...

Time makan, buat hal lg..Memula nak telor, bg telur dia luah...Pastu nak sambal..Bg sambal dia ckp pedas...Saya bg nasi kosong, dia mintak sambal lg..Pastu mjerit2 pedas...Tp nak sambal..Saya bagi sikit, dia nak suh gaul sampai nasi jadi merah..Mana la x pedas..Last2 adik tjaga sbb bising sgt Qasyaf duk menangis menjerit...Adik pun nangis sbb x puas tido..Dah satu hal pulak...

Adik nak susu,nak susu..Minah tu dah pandai sebut nak susu skang ni..Bayangkan lah, saya riba adik, bf sambil suap Qasyaf makan...Dgn Qasyaf yg merengek itu salah ini salah, bg telor salah, x bagi salah, bagi sambal salah, x bagi salah..Haishhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

Qisya sgt baik..Dapat susu seteguk dua dah ok dah..Terus senyum...Nak makan nasi lemak jugak...Qasyaf makin buat hal, saya pun suap Qisya je..Sambil suap diri sendri bagi nasi lemak tu cepat habis..Senang..Basuh tangan, basuh mulut setel..Tak yah berperang pasal telur dan sambal dah...

Pastu, ajak Qasyaf main sticker..Konon homeschooling la..Dia bosan..Semalam kan dah main...Mula la merengek lagi..Nak duk atas riba...Aduhai...

Bila ada patient, di meraung2 nak ikot saya masuk bilik rawatan..Saya tinggalkan je...Kejap tu diam..Main dgn pengasuh..Setel patient, saya keluar, mula balik segala mak nenek merengek tadi...Ada la sekali dia mengamuk pasal apa ntah, terus saya kurung dia dlm bilik xray...Mesin xray xde pun lg...Biar 2,3 minit, kluar, barulah diam...

Letih sgt rasanya...

Tgh hari, Arjuna balik....Terus dia bawa balik Qasyaf...Tinggal adik je kat klinik...

Qisya kan sgt baik....Baik sgt..Langsung x nangis...Tgk video kat fb sama2 mami sampai tsengguk kepala sbb mengantuk...Terus tido...Senang sgt...

Ni, barulah ada masa saya buka blog dan meluah segala...

Salah ke cara saya didik anak?

Tbaca satu petikan kat fb hr ni...Jgn menjerit kat anak..Tp larang secara berbisik..Hap tui!..Tulis mmg senang...Baca lagi senang..Cuba ko buat...Boleh????...

Ke ada yg bjaya buat mcm tu?..Tolong la share kat sini...Sgt stress rasanya ni...

Btw, ni gambar aktiviti sepanjang anak2 duk menempel dgn mami 24 jam sehari...

Selasa, dah bosan sgt duk klinik, petang dlm kul 6pm, bawa derang tengok pantai...









Tengok je...Tak main pun sbb Arjuna xde...Payah plak nak melayan nanti...Derang ok je...Dapat ambik angin macam ni pun dah suka...Lepas tengok pantai, pergi pasar malam...Qasyaf tu, kalo pimpin dia bawa jalan, mmg suka sgt la..Dia perati je org ramai...Langsung x meragam...Anak2 saya mmg suka berjalan2 sambil membeli2..Haha...

Ini pulak aktiviti di klinik...

Rabu....Contengan Qasyaf dan Qisya...Yg ada tulisan dan lukisan tu of kos la mami yg buat..Hehe..




Qasyaf cepat bosan...Dia conteng dlm setengah jam je..Pastu nak simpan siap nak basuh tangan lagi..Dia mana boleh kotor2 tangan ni...
Petang, main sticker pulak..Qisya sangat seronok..Laju je dia tampal sticker tu...Qasyaf lak, memula seronok, pastu dah malas dah nak tampal..Dia tukang kopek then bagi adik duh tampal kat kertas..


Tengok...Macam dia plak cikgu...Tengah pantau adik..

Hari ni, Khamis, ingat nak buat calour sorting..Tp x jadi sbb Qasyaf asik meragam..Siap lambung2 biji gabus warna warni, macam mana nak colour sorting...Suh dia tampal sticker ikot lukisan huruf A yg saya buat pun xnak..Saya cakap ni A, dia ckp, BCDEF...Adola...Stress cikgu!..


Last but not least,
Semalam dapat kalendar yg ada fridge magnet dari patient..It juz small token..Tp, suka la, patient bg something...Return patient plak tu...Bila ada return patient/customer, rasa mcm lega sket..Rasa mcm, ok, im doing well..Rasa mcm ok, klinik ku mula mencipta nama, mula mbina pelanggan sendiri...




Itu saja la nak cite kali ni..Penat dah taip..

Daaa!!!!!!!


Tuesday, December 31, 2013

terakhir di 2013

Semalam adalah hari yg memenatkan. Bukan penat fizikal, tapi penat perasaan dan fikiran.

Tak sangka pula perasaan Arjuna pada anak2 sangat halus, sangat sensitif. Dalam masa 3 jam Qasyaf dan Qisya di taska, empat kali Arjuna pergi mengendap ikot pintu belakang...Yang kali ke empat tu, siap paksa saya ikut, terus ajak bawa balik anak2. Aduhai dedi.

Saya tak sangka langsung akan jadi begini. Sbb sebelum ni Arjuna tak kata apa2. Tiba2 malam semalam, dia ckp, dia nak ambil cuti. Nak hantar Qasyaf ke taska katanya..

Bangun pagi, dia gomol ciom Qasyaf dan Qisya..Layan Qasyaf makan sarapan dengan elok sekali. Gaya mcm nak hantar anak belajar jauh ke oversea dah aku rasa..Aduhai dedi..

Masuk je taska, Qasyaf meronta tak nak duduk, mula menangis, muka Arjuna mcm pucat semacam..Sikit pun tak senyum..Kebetulan saya tertinggal handset di rumah, lepas tinggalkan anak2 yg tengah meraung, Arjuna hantar saya ke klinik..Kemudian dia balik rumah amikkan handset..

Otw balik rumah, dia pergi mengendap taska..Kemudian kol saya, adik dan Qasyaf menangis katanya..Bercampur2 suara dgn budak lain yang menangis jugak...

Saya kata x apa, nanti diam la tu..

Otw balik dari ambil handset, Arjuna singgah mengendap lagi. Kemudian kol saya. Qasyaf dah diam, tapi adik still menangis katanya..

Saya kata x apa..Mmg akan menangis dulu mula2 ni..

Kemudian saya suruh Arjuna setelkan beberapa perkara, dah alang2 dia cuti kan..Saya mintak dia bank in gaji pekerja, pergi renew lesen MBKT, then, Arjuna cakap dia nak gi JPJ nak cop geran Gino yg dah lama habis bayar, lepas tu nak tengok Gino kat bengkel cat katanya...

Saya pulak, alhamdulillah, ada la 3 org patient pagi semalam...

Tiba2 Arjuna kol, bagitau adik menangis lagi..Belom berhenti..Kuat plak tu..Owh, rupanya Arjuna pergi mengendap lagi...Buat kali ketiga dah ni...

Saya kata x apa, nanti bila penat, tidur lah tu..

Arjuna sampai di klinik..Dia serah lesen MBKT 2014 kat saya..Rupanya dia x jadi setelkan semua benda...Dia juz pergi renew lesen MBKT sj...Teringat2 kat adik katanya....Lepas tu ajak saya ke taska...

Jom la bawa balik adik..

Habis Qasyaf?

Qasyaf ok kot...Diam je tu...

Kami pun ke taska, mengendap ikot pintu belakang...

Jelas dengar suara adik meraung2...Tak lama kemudian, dengar suara Qasyaf menangis pulak...

Arjuna x senang duduk..Muka serius..Bawa balik la dua2 katanya...

Kami pun ke bahagian depan taska..Masuk taska, saya terus amik Qisya, dukung, automatik dia diam...

Qasyaf plak x perasan mami dedi dtg, dia tengah menangis tepi dinding...Cikgu nak pimpin dia bawa pada saya tp dia membebel2 cakap xnak sambil meraung2..Bila saya pergi dekat, baru dia perasan saya, baru lah datang peluk dgn air mata berjujuran...

Ah, jom la kita balik...

Yang kelakar sket, masa nak balik, Qasyaf siap marah2 kat cikgu minta beg skolah dia..Lepas tu siap suh cikgu pakaikan kat belakang..Padahal tengah menangis tu..Haha..

Dalam kereta, dua2 ceria...

Saya tanya, cikgu pukul Qasyaf?...Tak la..

Cikgu marah Qasyaf?..Tak la..

Habis tu kenapa nangis?...Tak nak school !!!...Nak gi nenek!! (klinik)..Nak itok(ikot) mami!...

Aduhai Qasyaf...

Kat klinik, kebetulan xde patient...Arjuna slow talk dgn saya...Tak yah la hantar taska..Kesian tengok anak2 mcm tu..Abang x boleh tahan la..Kesian...

Saya ckp, xpe, seminggu dua ni je...Kita tengok dulu mcm mana...

Anak kita kecik lagi la...Tak yah hantar taska..

Saya jwb lg, kan nak suruh Qasyaf belajar...

Arjuna balas, Chudik tu, x masuk taska pong..Bijak mengalahkan org lain je...

Chudik tu special...Dia mmg terer..

Qasyaf pun cerdik apa...Baka mami jugak..Anak sedara chudik jugak...

Adola dedi...Akhirnya saya diam...

Anak2 seronok sepahkan toys kat klinik, Arjuna sibuk sambungkan wayar tv klinik...Lepas lunch kat kedai, saya hantar anak2 sekali dgn dedinya balik rumah...Dua2 tertido dlm kereta....

Sampai je klinik semula, dapat whatsapp dr Arjuna...Mcm2 dia tulis...

Tak yah la hantar taska...
Kesian abg tengok anak2...
Penat tu menangis tadi...
Kecik lagi...
Mami sendri ckp, xyah push sgt soal belajar..
Kita cari babysitter je..Upah jaga kat klinik...

Tak tenang hati saya petang semalam memikirkan semua ni...Kol ibu, x angkat...Ibu biasanya tidur je petang2....

Tunggu lepas waktu Asar...Kol ibu lagi...Bgtau pendapat menantu sulong dia tu..Ibu setuju la plak...

Ibu suruh saya cari pengasuh je...

Saya berfikir lagi...

Kenapa saya mahu hantar Qasyaf ke taska?..Mahu dia belajar apa sebenarnya?...

Fikir..

Fikir...

Fikir...

Apa tujuan saya resign?...Mahu kebebasan masa mengurus anak2 dan rumah tangga kan...Supaya tidak terikat dgn arahan bos...Supaya boleh memilih mahu buat apa...Supaya lebih masa dgn anak2...

Fikir...

Fikir...

Tanya kawan2 sekerja...

Ada yg bagi pendapat, cari pengasuh, jaga di klinik..Buat clinic schooling...Gantian homeschooling...

Hurmmmm....

Mmg saya ada terfikir benda tu sebelum ni...

Nak ubah sikit bahagian ruang menunggu..Alihkan sofa,letak dlm bilik peribadi saya..Letak meja kanak2 di satu sudut ruang menunggu,Tempat Qasyaf dan Qisya belajar...Bila waktu tidur, tidur dlm bilik peribadi saya je...

Mmg saya pernah fikir itu semua...

Tapi, anak2 saya tu, tiap kali saya masuk bilik rawatan nak treat patient, diorang nak ikot..Panggil mami mami mami siap menangis lagi kalo badmood...Adolaaa....

Kne cari babysitter yg betul2 pandai jaga budak...
Dah satu hal plak dah...

Akhirnya, tekad lah..Keputusannya, Qasyaf dan Qisya tak yah masuk taska lagi...Kita tengok la mcm mn tahun 2015 nanti...Heeee.....

Jadi, misi terdekat ni, cari babysitter, ubah suai kedudukan perabot kat klinik, buat clinicschooling...Sebenarnya bahan homeschooling dah banyak sgt saya kumpul ni...Tinggal x praktikkan je lagi...Huuu...

Kalau azam no 1 2013 adalah buka klinik, azam 2014 nampaknya adalah........

Majukan klinik, dapatkan income lebih 20k setiap bulan disamping berjaya buat homeschooling anak2.... Agar, di penghujung 2014, saya boleh sandang Gucci disamping mempunyai anak2 yg tinggi motor skill nya, sensory skill nya, bijak dan ceria....

Eh, mcm panjang la plak azam letak dlm ayat macam tu...Hahaha....

And i want to be a better muslimah too....Mahu tutup aurat dgn sempurna...

In shaa Allah....



Monday, December 30, 2013

perasaan seorang mami bila anak pertama kali ke taska



Baru beberapa minit lepas hantar Qasyaf dan adik ke taska...Perasaan menekan di dada masih terasa walaupun dah treat seorang patient pagi ni...

Tarik nafas dalam2....Hembus....Fuhhhh....

Mami doakan Qasyaf dan adik dapat adapt dengan cepat, gembira di taska dan paling penting selamat daripada segala perkara yang tak diingini...

Yang buat dada mami rasa berat bagai dihimpit batu adalah kerana dedi...

Sebelum ni, bila mami bgtau dah survey taska, dah daftar taska, dedi mcm endah x endah je...Tapi hari ni, dedi amik cuti, nak hantar Qasyaf dan adik jugak..Paling mami x tahan, ekspresi muka dedi...Senyum tidak, masam tidak..Macam pusat lesi pun ada...Alahai dedi...
Bila adik meronta xnak cikgu dukong, bila Qasyaf meraung2 nak ikot mami dedi, dedi mcm nak bawa balik je derang...Huuu...

Ni baru sejam tinggalkan diorang kat taska..Dedi dah 2x pergi mengendap...Kali pertama, dedi ckp mcm ramai je yg menangis..Bercampur2 suara...Kali kedua, dedi ckp, Qasyaf dah diam..Budak lain pun dah diam..Tinggal suara adik je masih menangis..Dedi pergi mengendap ikot dapur taska...Alahai...

Mami kol ibu...Tanya pendapat..Ibu kata, biasa lah tu....

Mami tanya kawan2, kawan2 ckp biasalah tu...

Aduhh, sgt menekan perasaan mami sekarang ni...

Nanti mami pergi ambil awal la petang ni....