Untuk entry pertama blog private ini, saya nak kongsi sesuatu..... Tentang harapan.... Saya dan Arjuna tercinta sudah lebih 8 bulan berkahwin. Kami bahagia. Gembira walaupun gaduh2 kecil dan merajuk itu sudah menjadi sebati dalam diri saya. Di awal perkahwinan, sama macam kamu semua. Dihujani soalan "dah preknen ke?".. Rimas kan soalan sebegitu. Tapi saya cuba buat selamba dan pekakkan diri. Hari berganti. Bulan berganjak. Soalan sebegitu masih diajukan kepada kami. Tp yang buat saya terasa, yang buat saya berfikir panjang adalah nada soalan tersebut sudah berubah. Dulu, dalam nada mengusik. Sekarang, lebih kepada nada simpati. Orang tetap mahu bertanya tetapi ada riak kasihan pada muka mereka. Seolah2 ,"kesiannya dia,dah lama kahwin tp belum dapat anak"...Owhhh, adakah ini perasaan saya semata? Atau kamu semua yang lambat dikurniakan rezeki yang satu itu turut terasa seperti saya???..Sungguh..Ini semua buat saya makin tidak suka bertemu makcik pakcik di kampung. Malah tidak suka duduk berbual kosong dgn staf. Tak suka!
Dua minggu lepas, saya merasakan ada perubahan pada diri. Saya demam. Tidak teruk tapi amat memenatkan. Keluarga mertua kata saya bawa budak. Saya tidak mahu percaya. Tetapi,selera makan saya membuak2. Jeans dan baju kurung moden yg mmg saya buat muat2 badan tu tiba2 macam mengetat sana sini. Paling ketara, breast saya sakit bila tersentuh. ( Hanya perempuan saja yg ada di sini kan)..Alaaa, sakit yg mcm kita mula nak period dulu kot. Kemudian, saya rs loya masa gosok gigi pagi2. Perut saya selalu sakit. Tetapi bukan sakit senggugut. Sekejap rasa mcm kembung. Sekejap rasa mcm senak. Sekejap rasa macam pedih. Period saya lewat. Sehari. Dua hari. Saya curi2 buat UPT tanpa pengetahuan Arjuna. Sbb kami sama2 tahu, lewat period 2 hari ,walaupun pregnant, tak akan dapat detect by UPT biasa yg beli kat farmasi tu. Dan ya, mmg result nya -ve. Saya sabar. Lewat period lagi. Hari ketiga. Hari keempat. Hari kelima. Owhh, ada sedikit harapan. Sebab sebelum2 ni, hanya sekali saya lewat period. Bulan puasa yg lepas. Jadi, mungkin saya pregnant? Ada masa lapang, saya buka blog kamu2 yang bakal jadi ibu. Saya baca balik mcm mn mula2 kamu tahu kamu pregnant. Saya juga cari makluamat tentang tanda2 awal pregnant.
Hari keenam, masih tidak period. Saya buat UPT lg dan -ve. Tapi perut saya sakit semacam. Saya tahu, bukan sakit senggugut. Saya ambil keputusan utk bjumpa Dr. Risau tentang masalah perut saya. Arjuna dan ibu dah byk membebel paksa saya jumpa Dr. Saya bukan takut jumpa Dr. Saya bukan segan jumpa Dr. Dr tu pun kawan sekerja saya. Apa yg susah sgt kan? Ada sebab kenapa saya malas jumpa Dr walaupun klinik kesihatan tu bbrp langkah je dr klinik saya. Sebabnya? Saya xsuka jadi buah mulut staf!!!!!...Byk tanda seruan di situ. Ya..Sebab kalau saya jumpa Dr, walaupun utk masalah yg lain, staf saya mahupun staf kesihatan ttp akan buat spekulasi yg saya pergi jumpa Dr kerana nak buat buku merah! Buku ibu mengandung. Dan bila saya menafikan mereka akan buat muka kasihan lagi..Saya tak suka!!!..Tp saya gagahkan diri. Lebih baik pekakkan telinga buat bodoh tentang apa orang nak kata. Jadi, hari tu, semasa waktu lunch hampir tamat, saya terjah bilik Dr Klinik Kesihatan tanpa appoinment. Malah, saya masuk dgn muka manis, melepasi kaunter tanpa mendaftar diri. Mereka yg ada di situ boleh anggap saya masuk kerana urusan kerja kan. Ok..Dr tu layan saya dgn baik. Saya bagitau apa masalah saya dan dia terus scan perut saya. Hurmm, xde apa2 pun. Tp katanya, scan klinik kerajaan, scan zaman raja mana ntah. Scan lama. Tak dapat kesan kalau di awal pregnancy. Dan katanya, apa yg saya alami mungkin tanda2 awal pregnant. Owh..Satu harapan!..Dalam masa yg sama, Dr tu bagitau, kadang2 kita dpt simptom pregnancy bila hormon progestron dlm badan meningkat. Hormon progestron meningkat tak semestinya pregnant. Pulak dah..Hurmm...Dr tu suruh saya dtg balik utk scan 2 minggu lagi.
Malam, saya rasa tak puas hati lagi. Saya ajak Arjuna ke klinik panel ofis dia. Nak dapat nasihat dr private clinic pulak kononnya. Lagipun, ofis Arjuna yg bayarkan..No hal lah..Arjuna ikutkan je walaupun dia mcm tak berapa setuju. Dia prefer tunggu lagi 2 minggu yg mcm Dr tadi cakap. Tp saya degil. Nak jugak ke klinik. Arjuna ikutkan je. Maka kami pun ke klinik swasta. Dr situ wat UPT lagi. -ve. Then dia bg saya ubat gastrik. What??...Gastrik??..Gastrik tu mcm penyakit terakhir yg saya tfikir blaku kat saya kot. Sbb saya kan selalu makan. Tp mebe sbb saya suka makan cili jugak. Cili kecik tu, saya boleh je kunyah dgn hepi. Huu..
Hari ketujuh. Masih bebas tanpa period. Kat klinik saya, mcm yg saya sangka, staf mula tny."Dr..dengar2 dah buat buku merah..Betul ke?"..Kejam kan soalan itu. Serkap jarang habis. I juz tell them the truth. Sakit perut biasa. Gastrik. Full stop.
Malam, perut saya rasa lain mcm. Rasa yg mcm bila nak mula period tu. Rasa sgt hampa. Tapi saya bagitau Arjuna awal2 supaya dia tak letak harapan lg. "Takpelah sayang..Tu semua bukan kerja kita..Kerja Tuhan"..Pujuk Arjuna. (Im cying bila teringat part ni...Arjuna selalu tenangkan hari saya...Ya Allah..Sedih sgt rasanya nak imbas..But i have to write it here..)...And, saya pun ckp kat Arjuna yg saya bersedia kalau period. Malam, sebelum tidur, saya gi toilet. Ya, saya dah period. Dan tanpa disangkan saya menangis tanpa henti. Saya ingat saya bersedia tp rasa sayu sangat. Saya tidur dalam tangisan.
Esoknya, saya bangun dengan keadaan yg sangat down. Kepala berdenyut. Mood xde langsung. Arjuna pun saya tak hiraukan. Saya text staf saya yg saya x pergi kerja hari tu sbb demam. Terus, sambung tidur dgn hati yg hiba. Bangun pukul 10.30am, saya ingat saya dah ok. Rupanya tak. Saya menangis lagi. Tak tau kenapa sangat sedih. Kat meja makan, dah ada nasi lemak yg Arjuna belikan. Saya makan. Basuh baju. Mandi. Text Arjuna yg saya nak keluar. Arjuna terus balik rumah. Ofis dia dgn kuaters kami sgt dekat. Dia x bagi saya keluar dgn keadaan begitu tp saya yakinkan dia saya ok. Then, saya keluar. Tak ada apa pun di sini. Takde shopping complex atau tempat hiburkan diri yg best. Saya hanya drive ke Dungun dan tjumpa kedai jahit. Oh, saya dah lama perap kain tuk dibuat baju tuk pakai masa adik saya tunang nanti tu dalam kereta. Jadi, saya juz upah baju kat situ. Lace ok. Dr indon lagi. Dan tailor tu,saya sgt tak tau hujung pangkal hasil kerja dia. Dan sekarang saya mcm ingat2 lupa je jalan nak gi kedai jahit tu!.Pathetic!
Lepas upah jahit baju, saya balik. Otw, saya singgah kedai perabot. Saja nak tengok2. Dan saya terbeli satu almari kasut yg agak besar! Begitu saja. Macam beli gula2.
Sgt berkenan dgn pemegang pintu almari kasut tu. Lepas beli, rasa sgt lega. Releif. Bukan kasut yg saya beli. Almari kasut. Tapi tetap rasa sedikit gembira dan puas. (Saya bercita2 nak buat almari kasut mcm Erra Fazira punya bila dah ada rumah sendiri nanti. Dia terlalu byk kasut, sampai kene buat katalog. Dan diletakkan nombor pada almari kasutnya.Pernah tengok?huu)..Sampai rumah, saya terus kemas rumah. Vacuum dan susun semula perabot di ruang tamu supaya ada tempat untuk letak almari kasut. Tak lama, lori pun sampai dan wujudlah almari kasut yg pertama di kuaters kami. Huhuu..
Malam, saya dah mula macam biasa. Arjuna ckp, belajar terima hakikat. Tuhan masih belum mahu beri rezeki yg satu tu. Tuhan kan lebih tahu apa yg terbaik untuk kita................



