kita2.... ;-p

Showing posts with label adat. Show all posts
Showing posts with label adat. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

perutku dilenggang lenggang

Hello people.
Assalamualaikum.

Adat melenggang perut. Pengalaman baru bagi saya. Dan saya pasti, kamu juga tertunggu2 ulasan pengalaman saya itu kan. Sebab bukan semua daripada kita melaksanakan adat ini semasa tempoh hamil. Tapi bagaimana mahu bercerita ya? Sbb saya takut cerita saya ini memberi tafsiran buruk antara kita. Lihat saja pada entry lepas. Saya cuma memetik sumber Google tentang cara2 adat melenggang perut. Tapi awal2 lg saya mendapat teguran tentang adat ini boleh membawa kepada khurafat dan syirik. Nauzubillah. Saya sesekali tidak akan menyekutukan Allah!

Saya perempuan Islam yang moden. Memang tidak percaya dengan perubatan tradisional yang tiada penjelasan saintifik walaupun saya percaya yg makhluk halus iaitu jin dan syaitan itu wujud atas kuasa Allah. Tapi, kadang kala, dalam situasi tertentu, kita tidak boleh dan tiada daya menolak lebih2 lagi jika keluarga mertua beriya2 mahu melakukannya.

Jadi, begini cerita saya....MIL saya orang Kelantan. Masih tinggal di kampung yg banyak adatnya. MIL beriya2 mahu buat majlis melenggang perut untuk saya memandangkan saya hamil anak sulong. Saja2 katanya..Sbb mahu melupakan terus adat, rasa x sedap pula katanya.. Takot apa2 berlaku di belakang hari. Saya tidak pasti apa yg dimaksudkannya...Mungkin dia takot saya mengalami masalah bersalin jika x buat adat melenggang perut tu..Tp, jauh di sudut hati saya, awal2 saya sudah tanamkan keyakinan bahawa, apa jua masalah yg timbul nanti, bukan bgantung pada buat atau tidak adat melenggang perut ni..Semuanya kuasa Allah..Itu yg saya percayai dan pegang kukuh dlm jiwa..Saya ingatkan diri saya, saya hanya menurut kata MIL demi menjaga hatinya juga menjaga perhubungan kami sebagai anak dan menantu..Saya tidak mahu dia bkecil hati. Saya tidak mahu dia menganggap saya sombong. Mentang2 Dr, terus mahu melupakan cara tradisi. Sungguh, saya tidak mahu jadi begitu.Sebab itu saya ikotkan saja.


Saya sendiri agak saspen dan nerves sepanjang menunggu saat majlis lenggang perut itu. Sbbnya, yang pertama, bidan yg bakal melaksanakan proses itu nanti bidan kampung. Ya, mungkin dia berpengalaman..Tak perlu scanner canggih tuk tgk baby dalam perut..Cuma perlukan kepakaran tangan dan naluri.. Tapi, saya kan perempuan moden.. Agak ragu dgn perbuatan yg tiada penjelasan saintifik..Terer sgt ke bidan tu nanti sampai boleh bgtau baby ni laki ke pompuan.Terer sgt ke bidan tu nanti sampai boleh ckp baby duduk betul ke x?.. Haishh!.. Saspen!..Yang kedua, MIL duduk Rantau Panjang. Korang tau Rantau Panjang? Sempadan Malaysia Thailand. Dipisahkan hanya sebatang sungai iaitu Sungai Golok. Secara tidak langsung,sudah pasti akan ada unsur Siam dalam adat dan majlis itu nanti..Owhh, saya mmg sgt tidak suka pada jampi yg karut marut!!!!..Sbb itu saya saspen dan nerves...

Nak x nak, suka x suka, majlis itu tetap berlangsung demi menjaga perasaan byk pihak..Kalau korang sendiri, sanggup ke menolak majlis yg MIL buat semata2 untuk korang? Dalam keadaan rumah MIL yg tunggang langgang kerana masih dlm proses renovate, dia masih lg beriya2 dan susah payah buat mjlis tuk menantunya ni..Sanggup menolak?? Huhu.. Saya tidak sanggup..Ikotkan saja...

21 Julai 2011..Besday Arjuna..Juga hari majlis melenggang perut tuk saya.. Maaf yea..Tak dpt letak gambar sbb gambar adalah x cantik..Saya yang berkain batik kelihatan gemoksss dan huduh,rumah masih renovate,x sesuai la plak nak tmpl kat sini..Hehe...Majlis bermula selepas Zohor..FIL menjemput bbrp orang untuk buat solat hajat mintak dipermudahkan saya bersalin.Selepas solat hajat, tetamu dijamu dgn nasi komok..Haaa..Makanan org Thailand nih..Nak tau rupa Google sendiri yea..Haha...Kemudian, lepas tetamu solat hajat balik, dlm pukul 3pm,Arjuna pergi amik mak bidan...Mak bidan saya tu umur dlm lingkungan 60++ thn kot..Saya dah siap mandi dan solat...Berkain batik pinjam MIL punya..Hihi...

Mak bidan tu minta MIL sendiakan sejemput pulut kuning,telur rebus sebiji, air solat hajat tadi, sejemput beras, sedikit bedak sejuk, minyak, arang dalam bekas tuk perasap kemenyan!, duit syiling 20sen!,dan ada lg tp saya x ingat..Mak bidan sendiri bawa kain 7 helai berlainan warna! dan bbrp utas benang yg dibuat gelung!...(tanda ! sebab sy mcm saspen bila tgk benda2 yg mcm nak jampi menjampi tu semua..huhuhu)

1st of all, saya disuruh duduk berlunjur membelakangi mak bidan..Ikatan rambut saya dibuka, dibiar rambutku yg ikal mayang panjang mengurai tu lepas bebas...Kalau cantik xpe..
Masalahnya rambutku bagai singa..X cun langsung dlm gmbr!..Sbb tu malas nak letak gmbr kat sini..Then, mak bidan baca Al-Fatihah kuat2...Saya ok je...Sbb dia mulakan dgn ayat suci Al-Quran dan selawat...Tapi tetiba, dia mula menjampi!!!...Oh no!...Tak suka!..Nak ketawa pun ada sbb jampinya dlm bahasa Kelantan dan saya faham apa dia kata..Cuma xleh nak ulang balik je sbb bersambung2 dan berlagu2 mcm dikit barat..Hahaha...Dalam hati saya selawat byk2 dan ckp dgn diri sendiri, lantak la apa yg mak bidan tu nak jampi,lantak la apa yg mak bidan tu nak buat...Saya hanya percaya kepada Allah..Saya hanya percaya kepada kuasa Allah..Lepas habis jampi, dia lalukan kemenyan yg berasap tu kat sekeliling saya 3x...Habis rambutku bau kemenyan..Huuu...

Then, saya disuruh baring atas kain 7 warna yg dah dibentang siap2 atas tilam..Kain tu kain panjang...Lebar dlm 1 kaki je..So, bila saya baring, kain tu duk betol2 bawah pinggang la..Then, mak bidan tu tanya saya, "ni dah 7 bulan ke?"...Saya ckp la saya dah 8 bulan..Then, dia mula rasa, tekan2 perut saya..Katanya saya dah 9 bulan hamil..Sbbnya baby dah duk kat bawah..Ditekan2nya area ari2 saya sambil bgtau dia pegang kepala baby!!!..Aiseh!... Mesti baby ckp "woi woi..Sapa plak sekeh kepala aku nii!"..hehe...Then, mak bidan tu urut2 perut saya guna minyak....Huhuhu...Tak stuju sgt2 dia wat g2..Takot jadi pape kat baby...Dlm hati doa byk2 supaya baby ok...Dia jugak sapu bedak sejuk kat perut saya..Then, pas urut2 perut, dia mula lenggang2kan perut saya dgn kain tadi sehelai demi sehelai...Mcm mn lenggang tu?..Ini yg susah nak explain nih..Dia mcm angkat kain tu, pegang kedua2 hujung kemudian, goyang2 kain..Korang bayangkan macam kita main buian kat playground sambil baring..Haaa, g2 la kot perumpamaanya...Lepas siap 7 helai tu, saya disuruh duduk bersila mengadap dia plak..Ms ni dia jampi lg mcm td..Sekali lg rasa kelakar sbb bunyinya cam dikir barat...Hbs jampi dia lempar beras, benang dan duti syiling 20 sen ke atas kepala saya...Kemudian dia suruh saya masuk dlm gelung benang mula dr kepala, keluarkan kot kaki 3x...

Dah setel acara tu, mak bidan dijamu dgn nasi komok tadi..Saya plak disuruh makan pulut kuning & telur rebus yg disedia awal2 tadi..Air solat hajat & air jampi mak bidan kena buat minum dan mandi... So, begitulah serba ringkas ceritanya..

Lepas majlis semua selesai, Arjuna asik duk tny je saya ok x?.. Sakit perut x?..Sbb risau efek baby dlm perut kan...Saya adalah rasa sakit sikit2 kat luaran perut..Bekas urutan padu mak bidan..Baby,alhamdulillah ok...Aktif bergerak...Malam tadi saya br je pergi scan baby...Penjelasan saintifik tru scanner ckp, baby masih lg dlm kedudukan yg betul..Masih dlm minggu ke 34 bukan dah masuk 9 bulan...

Thursday, July 21, 2011

adat melenggang perut

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Sumber


Melenggang perut atau di sesetengah tempat digelar sebagai `kirim perut' menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat Melayu silam dalam usaha mereka mengenal pasti jantina bayi yang dikandung. Upacara yang menjadi amalan `orang lama' ini biasanya dilakukan apabila tempoh kehamilan sudah menjangkau tujuh bulan dalam usaha memastikan kedudukan bayi berada di tempat sepatutnya dan mengelakkan kelahiran songsang yang mungkin akan memberi kesan terhadap ibu mahupun bayi. Di sesetengah negeri, adat melenggang perut hanya membabitkan proses mengurut ibu yang hamil bagi memastikan kandungan mereka berada pada kedudukannya, manakala ada juga yang meneruskan tradisi penggunaan buah kepala bagi mengenal pasti jantina bayi. Percampuran antara proses mengurut dan penggunaan buah kepala dalam penentuan jantina bayi ini menyebabkan sesetengah pihak melihatnya sebagai adat yang terpesong daripada kepercayaan agama Islam. Ada juga yang melihat tradisi ini tidak perlu diteruskan memandangkan perkembangan sains dalam dunia moden membolehkan jantina bayi dikenal pasti dengan menggunakan ultrasound dan kebiasaan bacaannya tepat. Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Dr Dr Hashim Awang, melihat adat melenggang perut sebagai persediaan awal bagi sesebuah keluarga untuk menerima kehadiran orang baru. "Adat ini hanya dilakukan untuk kelahiran anak sulung dan ia satu keperluan sosial kepada ibu yang melenggang perut kerana beliau akan berasa lega dan tenang apabila mendapat perhatian daripada keluarga meskipun dalam keadaannya sebegitu," katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain itu, adat terbabit dilakukan sebagai usaha untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung dan majlis sebagai penyeri dan sekadar ritual bagi mengurangkan tekanan kepada ibu yang hamil, tanpa menafikan risiko bersalin hanya ditentukan Allah SWT. "Amalan ini masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan apa salahnya ibu yang melalui adat ini diberi sokongan moral kerana ia episod penting dalam kehidupan bakal ibu dan bapa yang baru pertama kali melalui peristiwa bersejarah dalam hidup mereka," ujarnya. Beliau berharap amalan melenggang perut diteruskan oleh masyarakat Melayu yang semakin melupakan adat resam mereka dan ia boleh dimanfaatkan sebagai medan untuk menguatkan hubungan kemasyarakatan yang semakin pudar ekoran tuntutan memenuhi keperluan hidup.
Sumber


**So girls, im at Arjuna's hometown now...My MIL nak buat melenggang perut tuk i hari ni...Agak saspen jugak becoz in not used to benda2 tradisional neh...Apalagi melibatkan perkara2 perubatan yg tiada penjelasan sains..Doakan semuanya ok...Will stori mori later okay! **


pssstt: HAPPY BIRTHDAY ARJUNAKU!

Sunday, October 24, 2010

merisik dan bertunang....apa ada pada adat?

24th of October... Setahun yang lalu, ada seorang jejaka. Datang dari jauh bersama keluarganya. Ke rumah si gadis pujaan jiwa. Membawa hajat di kalbu, ingin menyunting gadis tersebut sebagai suri di hati. Jejaka itu ialah Arjuna..Si gadis pula tentulah saya!...Hikksss!!... Ok, kalau rasa nak lepak2 baca kisah hari merisik saya, sila klik entry lama ni yea. Sudi2 kan yea...

Kata org lama, biar mati anak, jangan mati adat...Tapi saya sebagai 'org baru' ni nak kata, kalau anak mati, sapa yang nak teruskan adat?..Fikir2 kan..... Merisik juga antara adat Melayu yang masih diteruskan hingga hari ini. Kalau dulu2, merisik membawa maksud, bertanya khabar.. Bertanya status si gadis sudah berpunya atau belum. Keluarga si jejaka akan ke rumah si gadis untuk menyiasat latar belakang si gadis. Biasanya, bukan ibu bapa si jejaka sendiri yang pergi. Kerana dikatakan tidak manis 'ambush' secara nyata begitu. Sebab, kalau nak pergi merisik, tak perlu bagitau tuan rumah dulu. Juz pergi mcm kunjungan biasa. Jadi, dilantik lah wakil dari keluarga lelaki sebagai pemain peranan. Kedatangan ke rumah pengantin perempuan pula, bukan dengan tangan kosong. Tepak sireh dibawa sebagai simbolik. Pihak keluarga si gadis akan menerima tepak sireh tersebut jika si gadis belum berpunya. Jika sudah berpunya atau sudah dipinang org lain, perantara dari pihak lelaki tadi akan membawa pulang semula tepak sireh tersebut. Melihat tepak sireh yang dikembalikan itu, maka, fahamlah keluarga lelaki yang hajat mereka tidak akan kesampaian. Amat halus kan pekerti Melayu dahulu kala. Sangat tersurat hanya dalam tingkah laku.

Jika si gadis belum berpunya, dan keluarga si gadis suka pada risikan yang datang itu, maka proses seterusnya adalah meminang. Bukan si gadis yang pergi meminang yea. Adat Melayu, keluarga si jejaka akan dtg meminang. Kali ini, ibu bapa si jejaka akan turut serta dalam rombongan. Membawa hajat dengan simbolik sebentuk cincin belah rotan. Tahu x mcm mn cincin belah rotan? Alaaa, cincin yg kosong xde diamond bling2 tu... Cincin tu diberi tanda meminang si gadis. Cincin tersebut hanya diberi begitu sahaja. Bukan disarungkan ke jemari si gadis. Selepas ada kata sepakat, majlis pertunangan pun berlangsung. Kali ini, wanita dari pihak si jejaka, biasanya ibu si jejaka, akan menyarungkan cincin ke jemari si gadis. Saya masih keliru jari manakah yang patut kita hulur masa upacara sarung cincin tunang..Kamu tahu?..Boleh bkongsi di sini?...Saya nak jawapan yg bpandukan adat tau..Sbb saya sendiri dulu, disarungkan ke jari manis sebelah kanan..Betul ek?.. Semasa majlis pertunangan, kedua2 pihak saling btukar buah tangan atau hantaran. Hantaran bergantung kepada adat sesebuah negeri. Mungkin ada yang beri sireh junjung dan tepak sireh sekali lg semasa majlis pertunangan. Itu saya juga x pasti. Selain itu, semasa majlis berlansung, si jejaka tidak turut serta. Hanya menunggu di rumah sahaja. Itulah adat Melayu. Penuh kemanisan dan tatasusila.

Tapi, apa jadi dengan adat sekarang? Saya sendiri akui, saya tidak terlalu mengikut adat. Memang ada upacara merisik dan bertunang, tapi saya laksanakannya sekadar mencipta keseronokan dan kemeriahan proses perkahwinan. Kalau diikutkan, buat apa nak merisik saya lagi? Dah sah sah saya sudah berpunya. Kepunyaan Arjuna lah. Dah tau bertanya pula?.Hehe..Majlis merisik yang saya lalui dahulu, sebenarnya lebih sesuai dikatakan sebagai majlis suai kenal keluarga saya & keluarga Arjuna. Cincin risik yang saya dapat pula, hanya sekadar suka2 dan tanda bahawa kami mahu ke tahap lebih serius. Itu saja rasanya. Yang lain, hanya upacara makan2 dan ketawa2 sahaja.

Majlis pertunangan pula, mmg tersasar sedikit dari adat dahulu kala. Kerana Arjuna hadir dlm majlis tersebut. Siap berpakaian sedondon dan disarungkan cincin oleh ayah saya!..Kalaulah org dr zaman Melayu Melaka masih hidup dan tgk mjlis tunang saya, pasti amuk satu kampung kerana tidak mengikut adat. Hehe..Bukan tu saja, saya & arjuna juga ada bgambar bsama. Tapi hanya beberapa keping sahaja sbb mahu simpan pose yang best untuk mjlis kawen.

Hurmmm, begitu la yang berlaku pada saya..Kalau boleh, mahu mengikut adat. Tapi, resam sekarang, banyak perkara mahu dipermudahkan. Ada pula, dilebih2kan supaya lebih meriah. Semuanya bergantung pada individu. Kita kan boleh memilih... Sehingga jumpa lagi...Daaa!!!

Imej by Saifunang

Saturday, March 13, 2010

renjis-renjis dipilis

Renjis-renjis di pilis......
ditepungi si daun tawar......
hai beras kunyit ditabur......
disiram si air mawar......

Haaaa....jom nyanyi....Saya sebenarnya duk dating dgn Mr Google ni sbb nak cari bahan2 apa yg digunakan tuk adat merenjis...Dah dpt pun...Antara bahan yg biasa digunakan ialah, daun pandan yg dihiris halus2, beras yg digaul dgn kunyit ( xkuning ke tgn nanti wei?), bunga2 yg dihiris halus (sbgai pewarna sbb nak gaul sama daun pandan tu), air mawar ( nak dpt dr mana ni?..Perfume boleh?), dan inai (dicalit pada daun sireh yg diletakkan di tapak tangan pengantin)...Hah, tu je bahan basic nya...Then, dah nm pun google kan, byk la benda lain yg saya jumpa sal adat merenjis ni...Isu antara adat dan agama la yg plg byk dibahaskan..Meh saya share sket tentang adat merenjis atau nama lainnya menepung tawar ni...
Sebenarnya, asal usul merenjis ni adalah adat masyarakat yg beragama Hindu. Bertujuan untuk menolak bala dan sebagai doa kepada pasangan pengantin supaya hidup bahagia, bkekalan sepanjang hayat...Dalam upacara perkahwinan mereka, merenjis ni adalah salah satu amalan agama yg mesti mereka buat..Kiranya cam x sah la kalo x buat..
Tapi, upacara ni dah diserap masuk dlm masyarakat Melayu..Dah terpatri sbgai adat dlm sebuah perkahwinan...Cuma, ada pencanggahan pendapat di sini sbb ia dikatakan meniru perbuatan kaum lain.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia termasuk dalam gulungan mereka"
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).
Rasulullah S.A.W menegaskan lagi dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).
Namun begitu, ada pula yang berpendapat,upacara merenjis dalam perkahwinan adalah simbolik kepada keluarga merestui kedua-dua mempelai dengan harapan supaya pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.Istiadat merenjis dilakukan sebagai pelengkap dalam atur cara majlis perkahwinan. Jika dirujuk, amalan ini sebagai menambah kemeriahan dan keceriaan majlis di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga sebagai menghormati keluarga yang lebih tua.Jadi penyelesaian yg diambil oleh sesetengah pihak adalah dgn berpegang pada pendapat ini...
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan.
Jika dibuat secara terbuka dengan tujuan untuk memperkenalkan pasangan pengantin kepada para jemputan, perlu memenuhi beberapa syarat tertentu; kedua pengantin dan jemputan perlu menutup aurat... ...
Haaa, tepuk dada, tny iman..Apa sebenarnya tujuan u all buat upacara merenjis ni?..Sebab, kalau boleh, kita xmau la melanggar hukum hakam agama kan..Dan x mau juga mematikan adat...
Ni saya terjumpa maksud tersurat adat merenjis ni..Nak baca penuh sal adat boleh klik sini. Ni sy pinjam sket sal merenjis yea tuan punya blog..Dia kata ---- Alatan merenjis ialah daun si tawar yang menyejukkan (di Aceh di sebut sebagai peuseujuk) diules tepung (beras yang digiling halus) di renjis ke pilis (dahi) sehingga dapat menjadi penawar - mengelak kepanasan. Air mawar dan beras kunyit lambang kesyukuran, punca rezki, jangan pula ditabur sesukahati tapi dijemput ke telapak tangan pengantin lelaki dibawa ke telapak tangan pengatin perempuan. Mak andam haruslah mengutip beras kunyit tadi dan dimasuk kembali ke dalam batil. Kemudian dijemput bunga rampai diletak ke telapak tangan ke dua-dua pengantin sebagai maksud tetamu menampung suka.. Inai pula dijalit ke tapak tangan yg dah dilapik daun sireh...Kemudian pengantin akan menelangkupkan tangan sebagai tanda hormat.
Selesai acara menginai atau merenjis ini, maka dihulurlah bunga + telur sebagai lambang terima kasih pengantin yang bakal mengembang zuriat.
(catatan: usahakan bunga + telur sebagai tanda terimakasih, bukan gula-gulu atau coklat yang tidak melambangkan punca zuriat) ----- Ermmm....fikir2kan dan selamat beramal...hehehehe...Photoaura

P/s: Ooooooohhhhhh, i heart this pic so muchhh!...Jgn marah ye Aween, i letak hasil keje u ni...sbagai iklan free jugak nih!