kita2.... ;-p

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

banyak perkara x tulis kat blog

Sebab xde kemudahan laptop dan internet yg best ditambah pula sentiasa ada gangguan dari 2 org budak kecik,maka terbiar la blog ni. Tak terjaga dan terurus macam dulu. Cerita pun xde. Apatah lagi gambar. Huuuuu...

Selepas family day felda pejabat wilayah Terengganu hari tu,ada la beberapa event blaku. 19/9/2014,buat besday celebration utk Qasyaf,Qisya dan ayah. Mmg mcm tu la kot every year sbb mmg baby Bulan 9 la katakan.. Maka besday akan disambut sekaligus je. Senang kan.





Tak de nak btema2 sgt. Juz,semua org diwajibkan berpakaian putih. Sapa yg wajibkan?..mami Qasyaf ler...heeee

Saya bake kek pisang,khas utk Qasyaf sbbdia kan elergik to dairy product. Then tempah pizza and, mix berry pai..Ibu masakkan nasi beriani,daca dan ayam goreng berempah...

Kami celebrate tepi rumah ibu ayah je. Arjuna xjoin sbb dia kerja. So,tahun ni xde gmbr besday kami berempat la. Huuuu...

Itu cerita besday.

Then cerita raya haji plak.

Sepatutnya raya haji tahun ni kat K.T. Tapi Arjuna nak jugak balik kampung dia. Alasan,ma abah dia sakit. Seminggu babe saya makan hati. Bab raya mana boleh mengalah!!!. Tapi akhirnya kami balik jugak Kelate. Sehari je.  Untuk raya haji pertama je. Malamnya terus balik KT sbb esoknya ada kenduri akikah anak acik. Oh ya. Adik lelaki saya dah ada baby girl. Bertambah lagi cucu ibu ayah. Hehehe.






Lambing golek sedap hoi...Hahaha....

Ok....habis situ.

10/10 plak celebrate besday ibu. Besday ibu sebenarnya 11/10. Tapi semua bz on that day,kita celebrate awal sket. Gi mkn steamboat. Saya order walnut butterscoth cake and victoria sandwich slice. Haishhh,apasal la suka sgt cake n sweets neh... Gemoks!



Semua anak cucu menantu ada kecuali yg kat Kuantan...Heheeh...

Ok lah...itu sajalah dulu. Cite gi Penang next entry ya. Penat la taip pakai hset neh. Bai...

Friday, July 25, 2014

selamat hari lahir Arjunaku

Arjunaku ialah suamiku...
Arjuna si Fynn Jamal ialah anak dia. Heeeee..

Mcm janggal pulak bila dengar lagu Fynn Jamal tu. Sbb mmg saya bahasakan en.suami sebagai Arjuna sejak dari mula blog ni tercipta kan. Sapa yg baca blog ni dari mula mmg tau sgt la. Hihi..

Besday Arjuna yg ke 32 adalah pada 21/7/2014 yg lepas. Si isterinya ni, x buat apa2 celebration pun sbb Arjuna x reti celebrate besday neh semua. Nak belikan hadiah, xdak duit. Sbb bila tanya Arjuna, dia cakap nak hadiah jam tangan. Tak kan bagi jam tangan limaploh hengget. Baik dia pakai je jam dia skang ni kan...Heeeee...

Saya ajak celebrate besday makan2 kat restoran westeng, dia ckp, aik?,besday sapa ni?...Arjunaku itu x minat sgt westeng2 neh. Apatah lagi utk buka puasa.

Maka, saya masak nasi ayam je utk berbuka hari tu. Marbeles tau nasi ayam i. Arjuna siap pesan suh mask lebih sebab dia nak bawa bekal balik kampung dia. Nak buat bersahur dgn abah dia katanya. Oh ya, pada pagi 21/7 tu, my MIL warded untuk buat prosedur buang batu karang. Arjuna balik Kelate selepas buka puasa. Saya tak ikot pun. Klinik kan xle tinggal selalu. Mcm mana nak maju.

Alhamdulillah, esoknya, MIL selamat buat prosedur buang batu karang tu. Arjuna terus balik sini selepas berbuka jugak. Dia pun banyak sgt kerja kat opis. Saya pun agak bz di klinik. Nak raya dah kan, org dtg nak cantikkan gigi la...Tp, sempat la saya curi masa setelkan cari baju raya Qasyaf.

Baju raya Arjuna still xde. Tengoklah, malam ni kita pergi cari selai dua t shirt. Setakat nak John Master, Polo dan Levis tu, ada je kat K.Tganu ni. Jgn pandang rendah tau!...Huuuuu

Semalam, ada jamuan buka puasa kat tempat kerja Arjuna. Kecik2 je. Berbuka dgn staf2 dia je. Sekali derang buat seprise sambut besday Arjuna. Kekok benor nampak Arjunaku itu..Kihkih...Maklumla, dia x reti seprise2 n celebrate2 neh...

Staf dia x ramai pun...Arjuna kan bos kat outlet Sawari Terengganu..Staf dia tu, budak2 promoter la...Bbrp org dah balik kampung...Tinggal yg tu je...

Kek secret recepi tu...Hahahaha...Arjuna x makan kek hokey..Apatah lagi kek yg fancy..Dia reti makan kek pisang kedai runcit je oi...Bini dia ni peminat kek..especially kek mahal...Kihkih...Bila staf potong nak bg dia makan, dia ckp, dia kenyang sbb mkn banyak masa berbuka..Dia ckp kongsi dgn wife je la...Eh eh, saya nak makan sorang,xnak kongsi...Haha...Arjuna buat2 makan je sikit2...Dia mana la suka...Seb bek buka cheesecake...Kalo x, dia kemam dlm mulut, pastu buat muka masa nak telan...Hahahaha...

Qasyaf pun xle makan kek sbb elergik...makan ceri je la sayang oi....Qisya geng mami...Semua benda boleh makan dan suka makan...heeeee....

Oklah, itu je la nak cite...Rasanya ni entry terakhir tuk Ramadhan kali ni...

Kalau ada salah dan silap sepanjang penulisan saya, saya mintak maaf banyak2 ye...Sehingga berjumpa lagi lepas raya...Saya beraya kat Rantau Panjang tahun ni....Klinik still buka hingga esok (sabtu)...Tengoklah, kalo patient ramai, kami balik kampung hari Ahad je...Kalo xde org, petang Sabtu balik lah...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin....
Daaa!!

Wednesday, March 5, 2014

31

Semalam 4 Mac 2014. Saya genap 31 tahun. Masha Allah, dah 31 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdullilah.

Malam sebelum hari lahir,saya terfikir,apa yg belum saya capai di umur 31 ini. Saya belum ada rumah sendiri. Saya belum pakai Gucci. Klinik masih merangkak2,ntah bila nak maju.

Esoknya,bangun pagi , saya dpt ucapan hari lahir dari Arjuna. Saya solat subuh. Usai solat, saya terfikir,kenapa mahu kira apa yg belum saya ada. Lebih baik bsyukur atas apa yg saya sudah miliki. Alhamdullilah, saya punyai suami dan rumah tangga yg bahagia, saya punyai anak2 yg sedang mbesar dgn sihat dan bijak. Saya punyai ibu ayah yg kuat menyokong saya dan mbantu saya lebih2 lg sejak saya berbisness ni. Saya punyai adik2 yg selalu mengagumi saya. Saya masih punyai sahabat baik yg mengirim ucapan selamat hari lahir.  Syukur Alhamdulillah atas segala kurnian Allah.

Doa saya, semoga setiap nikmat yg Allah kurniakan ini akan kekal untuk 31 tahun lagi.

Doa saya, semoga saya menjadi muslimah yg lebih baik.

..............................Selesai solat subuh, saya ke dapur. Ibu ada beli kelapa parut,tp dia tertinggal,lupa nak bawa balik. Ibu suruh saya guna je kelapa tu. Hurmmm,Arjuna suka makan nasi berlauk pada waktu pagi. Gigihla saya perah kelapa parut tu. Manually guna tangan ok...Owh dah lama sgt x perah kelapa. Biasanya saya bli santan je. Perah kelapa,potong ayam,dung dang dung dang siap  kari ayam. Alang2 cili padi ada bnyk,tumbuk cili plak. Letak garam,gula dan cuka. Arjuna panggil sambal jantan. Sbb pedas mengganas mcm jantan kot. Hahaha...kalo kat rumah ibu,tumbuk cili padi mesti letak belacan...Baru nama sambal belacan. Tp Arjuna xsuka. Dia suka sambal jantan.

Maka btambah2 Arjuna makan. Haishhh....Special plak breakfast dia. Beriya kari dgn sambal. Besday sapa sebenarnya ni?..he he. Qasyaf pun mkn nasi. Saya konon xnak nasi,nnti obes pepagi dah ngadap nasi. Saya makan roti canai segera. Cicah kari ayam. Sedap mjilat jari 2 keping roti canai saya telan. Skang,siapa yg obes? Hahahah...

Lepas sarapan,bermula la sesi mengemas rumah. Kan Arjuna dah pindah tmpt kerja. Kerja kat KT skang. Masa kat Kerteh,dia ada kuaters sendiri. Ada la bbrp barang Gino dia simpan kat kuaters tu. Bila pindah,angkut semua,lambak kat rumah sewa ni,x kemas pun lg. So,pagi semalam mengemas la kami laki bini dgn bantuan anak2...heeeeee...

Eh,lupa plak nak bgtau, setiap tahun,4 Mac cuti ya.. Besday I sama dgn sultan Terengganu...hihi

Tengah hair,lunch kari ayam pagi tadi je. Goreng telor dadar as lauk tambahan. Lps lunch Arjuna pergi kerja. Bz hoihh cutti pun kne kerja. Saya dan anak2, masuk bilik, buka ekon, tido sampai petang. Amannnnn...Haha..

Malam lepas Margrib keluar celebrate besday... Alaaa, mkn2 he... Kami pergi Tappers. Kat Pulau Warisan.





Ala2 full house la konon.... He he... Kat KT pun ada tau. Hihi...

Lepas makan terus balik.

Alhamdulillah untuk hari lahir yang ke 31 ini saya gembira.

Ok...itu saja.... Daaaaa!

#gigih taip guna talipong.

Thursday, October 17, 2013

org berniaga x boleh cuti lama2

Bila dah kaya raya nanti baru boleh cuti lama.
Nak cuti sebulan pun xpe. Kata Arjuna.
Cheh, semangat berkobar2 tu. Sanggup balik raya haji kat kampung dia 2 hari je.Kalau x, maunya 3,4 hari. Org Kelantan kan sambut raya haji lebih meriah dari raya puasa.

Tapi tahun ni, raya haji kami hambar je. Sbb tak korban. Ntah miscomunication mcm mana ntah, alih2 tak dpt nak korban. Jadi, tak ralat sgt la balik kampung Arjuna 2 hari je...Takpelah, in shaa Allah, tahun depan jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dapatlah kami menjalankan ibadah korban.

Sehari sebelum raya haji, saya terima patient istimewa. Heeee...

Tadaaaa....Dot @Fida...My blogger friend...Masa 1st time jumpa dulu, kami masing2 beranak sorang..Skang dah jadi mak beranak dua. Tp xdpt temukan Akid dgn Qasyaf dan Ayra dgn Qisya sbb anak2 saya lepak kat rumah je dgn daddy masa tu....Ayra sgt sedap baunya hokeh. Mencuit hati tuk beranak lg la hoi..Eh?..hihi..

Thanx Dot for coming. I really need support from beloved frens skang ni. Bisnes masih slow. Semua org suh bsabar. Dot pun bg bebelan seround suh sabar..Baru bbrp hari buka klinik kan. Tak kan la patient tetiba datang serbu ramai2 nak buat treatment..Sabar...Thanx Dot!...

Hurmmm, xde apa nak cite pun la..Gambar raya haji pun xde. Aiseh man..huuuu...

Meh la letak gambar kami celebrate besday ibu.

Hari tu, 11 Oktober, besday ibu. Kebetulan semua adik beradik saya ada. So, saya sebagai kakak sulong arahkan adik2 buat celebration besday ibu. Kami pakat belanja satu family makan steamboat. Owh, secara jujur, saya x suka steambot. Pertama sbb bila order dah sampai, xle mkn terus.Kita kne masak sendri pulak. Kedua, bila kne masak sendri, mula la panas, bpeluh2 cair make up.Ketiga, bukan sedap pun mkn lauk celop2 dlm tomyam dlm sup gitu..Owh, i dont like!..

Tp ibu suka..Adik bongsu saya sgt suka. Ayah pun suka sbb bukan makanan barat. Jadi, bedal sajalah steamboat pun.

Semua anak,menantu ,cucu ibu ayah ada malam tu. Keluarga kami masih kecil. Kami 5 beradik. Menantu 2. Cucu 3...Awal bulan 11 ni, br nak tambah menantu sorang lg..Otomatik tahun depan btambah cucu kot. Kalau bukan menantu baru yg beranak, saya sendri yg beranak pun xpe..Haha...

Tengok anak dara ku berbunga kuning atas kepala..Bukan main suka lagi. Hihi...

Ok lah..Itu saja nak membebel hari ni.

Nah, tgk budak besar yg dah tak takot pantai ni..

Mmg dah besar sgt dah...Tp masih menjuarai carta paling manja antara cucu2 Bebu (tok ibu), malah antara cucu Moma(tok ma)  jugak.

Budak ni pun dah besar..Dah muat pakai baju abang..

Saturday, September 21, 2013

sambutan hari lahir

Bagi sesetengah orang, memang wajib sambut hari lahir. Malah, ada yg bergaduh laki bini sbb salah seorang tak ingat hari lahir pasangan. Biasanya lelaki la yg selalu lupa. Tapi sekarang, mereka dibantu oleh alarm dari handset. Awal2 lagi dah set tarikh hari lahir pasangan dan anak2. Takot kne marah sebab lupa.

Soal sambut tak sambut pulak, rasanya, bergantung kepada cara didikan keluarga masing2. Mcm Arjuna, keluarga dia tak kenal apa itu sambutan hari lahir. Malah, tak ingat tarikh hari lahir tu, perkara biasa bagi mereka. Arjuna ckp, dalam seumur hidup dia, tak pernah diorang adik beradik sambut hari lahir. Jadi, bila dia tak reti, tak beriya2 nak sambut hari lahir saya, hari lahir anak2, tak adil la kan kalau saya nak marah2, mengamuk tak tentu pasal. Dah mmg dia tak pandai nak buat benda2 celebrate2 ni.

Tapi keluarga saya lain. Kami ingat tarikh hari lahir semua org dlm keluarga. Walaupun kami takla buat majlis besar2an, tp sambutan tu tetap ada. Buat biasa2 saja. Kadang bli kek, bli KFC mkn satu keluarga kat rumah. Kadang mkn ais krim dgn bnyk pelbagai perisa kat pantai. Kadang pergi mkn pizza satu keluarga. Kadang mkn sate n kerepok lekor je kat rumah. Sambutan dan ucapan tu tetap ada. Kadang tu, bukan buat on that exact birthday pun..Kalau masing2 bz, kami sambut 2,3 hari selepas tu. Mcm tu lah.

Ok, intro panjang. Hihi...
Jadi panjang sbb nak cite Arjuna tak reti nak sambut birthday je..Itu je pointnya..Haha...

Baca tak entry lepas?
Idea belon helium plus kelambu kat taman tak menjadi la.
Pertama sebab Arjuna tak nak panjat gantung kelambu kat taman. Kedua sebab takde belon.

Saya ke kedai belon pd petang Khamis. Salegirl tu ckp, belon helium tak tahan lama. Kalo nak guna petang Jumaat mmg tak boleh la sbb belon tu tak akan naik dah. Dan kedai tu plak, tutup hari Jumaat. Lorrr..Bli belo biasa je la.

So, petang Jumaat, lepas Asar, kami sekeluarga pilih satu tempat kat Taman Kuala Ibai ni tuk picnic sambut birthday. Sambut sekaligus birthday Qasyaf, Qisya and my beloved ayah.

Hurmmm, jom layan gambar....


 Menunya sate, nasi impit, mee hon dan pulut kuning. Special tu ada pulut kuning layered by serunding siap ada pacak batang happy brithday lagi tu atas dia..Hihi..
 
 
 Kami picnic kat taman kat masjid terapung tu je. Mulanya nak lepak tepi lagoon kat org mandi manda, sekali penuh sangat. Takpelah, tepi tasik masjid pun jadilah...
 
 
Adik with tok ayah and bebu...Qasyaf la panggil bebu...Tok ibu?...Jadi bebu?..Alahai...
 
 
 Acara makan2...Arjuna amik gambar, so dia tiada dlm gambar..
 
 
 Sambut birthday 3 org kesayangan saya ni la.
 
 
 Eh, kenapa ada cahaya pelangi2 tu?..Ini adalah shoot dr amatur. Nak shoot gambar ada bubble la konon.Haha..
 
Bebu memeluk cucu kesayangan. Eh, kang jeles plak adik and Wafiq kalo saya ckp Qasyaf cucu kesayangan..Hihi..Tp kan, anak sulong apatah lagi cucu sulong bukan ke selalu menjadi kesayangan?.hahaha...Statement nak buat adik2 i cebek mulut...Hahaha..
 

 Acik pun ada...Acik yg belanja sate tu...
 
 
Qasyaf tak habis2 dengan pistol bubble nya..

Budak ni pulak, dr awal sampai sudah duk pegang kepok lekor..Sampai lunyai..Hahaha..
 
And last but not least.....

 Kami berempat!...
 
Mami dah puas hati dah. Picnic mcm ni pun xpe, asal ada sambutan...heeee

Thursday, April 25, 2013

terima kasih

Terima kasih kepada semua kawan blogger yang bagi kata semangat dan doa. Saya mmg sangat berdebar2 hokey. Sbb keputusan letak jawatan dr kerja kerajaan yang salary nya memuaskan adalah satu keputusan yang besar dan bukan mudah. In shaa Allah, saya akan sentiasa perbetulkan niat dan bertawakkal...

Hurmmm,part saspen dan bdebar dah habis dah sebenarnya...Skang,ada perasaan lain.. Cuba teka apa dia..Cuba teka apa yg saya tengah fikir,selain fikir nak beli barang2 tuk klinik sendri,apa lg saya fikir?..Apa agaknya saya rasa?.. Nak start buka klinik ni, apa agaknya yg boleh buat saya berangan?..Rasanya kalau kawan baik,teman blogger yg rapat dan dah "kenal" saya ni,boleh agak kot..Ce teka ce teka what im looking for??...Hihihi...

Btw, nak tayang hadiah anniversary plus hadiah besday yg sebulan di postpone boleh?..
Hihihihi...

Kan nak collect emas every year kan..
Kan nak cincin besar mcm tokey kosmetik pamoga vida beauty kan..
Heeee....


Tadaaa....

Hiksss....
Kawan saya cakap,mcm cincin makcik...Ahhh,x kesah lahhh...Asal besar ala2 tokey pamoga..Tp tokey pamoga punya lg besar...Saya baru nak jd tokey gigi,besar ni cukuplah...Hahahaha...
Btw, terima kasih Arjuna ku!
Itu saja..Daaa!!..
Nak buat e filing nih!

Tuesday, March 5, 2013

Semalam birthday saya

Senyum...

Syukur alhamdullilah. Diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati keindahan hidup ini.

Senyum lagi...

Eh,patut xle senyum sgt la..Sbb Arjuna belom bagi hadiah. Huuu..
Tahun lepas dpt gelang mas..Hadiah besday merangkap hadiah anniversary. (nasib la,besday & anniversary bulan yg sama)..
Tahun ni mcm nak emas lg..Nak cincin la..Cincin besarrr punya mcm yg tokey pamoga vida beauty tu pakai..Hahaha..
Idah,ko dah kenal tokey pamoga tu belom?..Ko kne gugel CEO vida beauty baru kuar kot..Hahahaha...
Mak2 la sgt saya ni kan nak cincin emas..Kompem la makin tua sbb perangai dah mcm mak2..haha..


Semalam juga merupakan public holiday untuk negeri Terengganu. Hari ulang tahun pertabalan sultan. Tgk,satu negeri celebrate besday saya..Hehe..

Semalam,saya hantar anak2 ke rumah bs mcm biasa. Tp lewat sikit la. Sbb plannya nak gotong royong suami isteri bersihkan rumah. Rumah kami berhabuk tebal 5 inci hokey!..Dan kain yg dah siap basuh ada 2 guni x berlipat. Dapur plak, berminyak kotor..Kalau nak bersihkan rumah dgn jayanya,terpaksa hantar anak2 ke rumah bs,barulah xde gangguan. Plannya,lps siap bersihkan rumah,nak gi tgk wayang & makan2 kat Mesra Mall.

Sekali, ada org kol ajak jumpa tuk merealisasikan azam no 1 saya. Dekat kul 12 pm bgegas la kami ke KT..
 
Ini pic dlm kereta. Siap pakai cun melecun sedondon (xle nak tunjuk la plak baju sbb xde org nak amik gambar),konon lps jumpa org tu nak gi celebrate my besday...Tp,kul 4.30pm br setel semua benda..
 
 
Kol bs,bs ckp ebm Qisya dah habis. Qisya minum bnyk la plak..Kul 4.30pm dah habis 5 botol 3-4oz..Alamak cuak!..Arjuna pun terus memecut balik Paka...
 
Sampai rumah bs pukul 6.15pm sbb kami bhenti solat dulu...Terus bf Qisya ..Sian dia kelaparan...Seb bek bs x bg fm or air masak...Seb bek bs tu jenis takut sket nak bg anak2 saya apa2 tnpa tnya saya dulu..
 
 
Malam gi mkn western..Arggghhh!!..Stress hokey,kat Paka ni xde kedai western yg best.. Dinner mlm td mmg xbest langsung..Nak masak western sendri la esok lusa..Huuuu...
 
So,xde besday celebration sgt pun..Saya x kisah pun..Asal dpt cincin emas besar..Eh?..Haha...Bila nak dpt ni?..
 
 
 
 
 
Btw,..
 
Arjuna masih lg sakit tekak. Luka operate hari tu x berapa sembuh lg. Doc pesan suh mkn benda2 lembut dan makan benda2 sejuk especially ais krim..Tp doc x pesan pun suh ajak bini teman makan..Bini yg sebok nk mkn benda sejuk jugak..Layankan Arjuna mimun ais,mkn ais krim, susu saya drop!...Ishk ishk...Selalu leka dan lupa diri!!!...Sekali pam dpt 6oz paling bnyk..Itupun bila breast betul2 engorge..Ayaaakk!!..
 
Jadi,sejak 3 hari lepas,saya insaf..No more cold drink & ice & ice cream!
Arjuna makan ABC yg sgt menyelerakan pun,saya tgk je...
Asik minum milo panas.
Carrot susu pun mintak carrot susu panas..
 


 
Alhamdulillah...Sessi pertama pagi tadi. Meriah balik dah..Banyak ni la saya selalu dapat bila jg makan..Qisya minum 5-6 botol 3-4oz sehari kat rumah bs..Melihatkan stok ebm yg ada, in shaa Allah, boleh complete 6 bulan penyusuan susu ibu secara ekslusif..Dan saya bcita2 nak susukan sampai dia umur 2 tahun..In shaa Allah....

 
Eh,cepatnya adik besar...Hari tu mommy pakaikan topi ni,xmuat lg..Longgar lg..Semalam,mommy pakaikan,dah muat2 kepala dah..Dik,jgn lah cepat sgt besar..Mommy x puas gomol adik lg..Nanti kalau dah besar abang,mommy nak gomol pun susah sbb dia yg gomol mommy..Haha...

Wednesday, November 21, 2012

cerita besday qasyaf

Hello pretty readers! Yes, I still have my own readers. Seperti dijanjikan, the 1st reader yg komen entry lepas akan dapat one of my fav book which is REMEMBER ME by Sophie Kinsella. And the winner is….. DOT ! aka puan Fida mama Akid. Hehehe… Boleh lihat kat ruangan komen entry lepas yea, Dot org pertama yg komen. So Dot, whatsapp me your address,nnti aku pos novel tu. Tp kan,novel tu ada my signature. Mmg aku sain semua novel aku dan tulis tarikh beli. Tak pe kan.. Kenangan dr owner TALES ABOUT WHITE LACE AND TIARA. Hihi.. Tp jgn risau,novel mmg in very good condition sbb I love novels a lot. #owhh,rindu nak baca novel# .. Kepada readers lain, berminat lagi x kalo saya sekali sekala bagi goodies mcm ni. Mcm seronok la pulak kan. Idea ni kluar tiba2 je ms duk perah otak nk tulis entry lepas. Dan hadiah tu pun tfikir secara tiba2 je..hehe..

Ok. Entry ni pun xle nak ckp bnyak la. Ni pun curi masa buka lappy masa Qisya tgh tido sbb tpaksa hantar paperwork kat staf. Ishkk,kejam! Cuti bsalin belum habis dah kena wat paperwork bagai. Cari paperwork lama je la. Then suh staf edit. Tak kuasa mak nak layan!

Cerita pasal Qasyaf 1st birthday party adalah one of the entry yg ttangguh kan. So,meh la saya review sikit2. Ok, birthday party Qasyaf kononnya nk diadakan penuh gilang gemilang. Iyolah la sgt. Takde la gilang gemilang mn pun,tp well,anak pertama babe,dan 1st birthday lak tu,haruslah omaknya berangan lebih. Nak DIY itu ini sbb katanya mantan DIY bride. Aceh! Takde nya sempat nak DIY bagai. Die ada la. Tiap mlm melepek penat. Mlm kejadian,Arjuna yg kemas rumah. Dia yg vacuum rumah, mop lantai, susun kerusi meja dan yg paling sedih,kne suruh dia yg DIY backdrop. Dah baca entry dulu kan. Alaa,sal impianku nak gantung belon kat siling,nak backdrop mcm Batrisya punya tu kan. Bila bgn pagi,keluar bilik,hasilnya….Tadaaaaaa….
Sedih mak oi.. Backdrop anganku musnah..Ini dah mcm backdrop majlis akhir tahun darjah 3 Rajin ni.. Mcm budak sekolah rendah oi. Riben yg saya beli blambak2 tu x digunakan pun. Arjuna ckp,x reti nak buat. Lohhh! Hurmm,xpelah.. Redha. Lagipun,dia dah buat semua benda kan. Padahal yg beriya nak buat majlis ni bini dia ni.

Dalam kul 11.30am, food semuanya sampai. Ada sedikit drama jugak la. Org makanan janji nk hantar..Tetiba xle hantar. Tpaksa Arjuna gi amik. My brother acik,kata nak dtg tuk persiapan tempat. Semua dah beres baru sampai. Ishkk.. Menu hari tu, nasi beriani lauk ayam kurma, dalca, acar timun pedas, sambal. Then saya tempah jgk sate. Nasi impit gigih rebus sendri yea. Oh ya,baru teringat. Saya melepek kepenatan malam sebelum majlis sampai xleh nak DIY backdrop sbb saya btungkus lumus buat pudding. Saya buat 2 puding laici, 2 puding caramel dan 2 triffle.
Yeahhh, the quenn pudding of the day. Ramai org suka dan siap mintak resepi. Ada sorang stafnurse tu,siap salin resepi kot handset dia. Sedap benor la tu. Kihkih.

Tgh hari tu,staf2 klinik saya sendri dulu yg dtg mkn. Kemudian,staf kesihatan bgilir2 dtg.  Sampailah ke petang. Bbrp org kawan dtg. Bos pun dtg. Seronok la. Ni 1st time jugak jemput kawan2 makan2 kat kuaters ni…  Antara yang hadir.
Ni Qasyaf dgn chudiknya dan anak sedara bs nya.
Qasyaf dan Izzah,anak Mardziah. Qasyaf mulanya asik main je. Bila dah petang,mood pun dah swing,meragam la. Nangis je.. Lepas tido seround pun mood ke laut lg. Ptg,baru ibu ayah dan adik sampai. Ingat nak potong kek la. Ibu ayah adik semua dah cun melecun. Tp Qasyaf meragam serba tak kena.
Tok ayah pun tidurkan dia sekali lg. Makanya,dia tido sampai margrib! Bgn tido, mandi, baru mood ok.. Baju pun dah tukar baju tido..
Alahai Qasyaf! Tgk tu,blueberry cheesecake pun dah nk runtuh. Banner atas kek pun dah musnah sbb lom apa2,Qasyaf dah tarik. Mommy stressss!!!

Apa2 pun,majlis hari tu ttp dlm kenangan. Tahun depan,kita buat elok2 yea sayang. Boleh buat sekali dgn adik la. Qasyaf lahir 13 sept 2011. Qisya plak 18 sept 2012. Senang,buat birthday party sekaligus je. Hihi.

Tuesday, March 8, 2011

besday bash

4 Mac was.... my birthday....
A year older, hopefully a year wiser..Rite?

Tenkiu kepada semua yg wish..Kepada yg lupa nak wish atau xtau tu, sila wish sekarang ok...Hahaha!!

Mulanya, last wiken tu, Arjuna plan nak bawa FIL & MIL pergi Melaka. Berubat sakit batu karang. Saya malas nak ikut sbb rasa Melaka tu cam jauh sangat2.. Nak duk dlm kete bjam2 mcm sgt x rela la. Lagipun, sah2 nak pergi berubat kan. Bukan nak pergi bshoping2an.. Jadi, mmg saya tak nak ikut la.. Frust jugak sbb xdpt nak sambut besday buat pertama kali sbgai wifey. Tapi nak buat mcm mn..Waktu tu ma abah dia lebih memerlukan dia.. Tup tup, derang tak jadi pergi.. Sbb my biras accident patah tulang bahu.. Yeayy!..Bukan bsorak sbb my biras accident. Tp sbb Arjuna milikku di hujung minggu itu.. Hehe...Tepat kul 12 malam Arjuna kiss wish besday. Bgn solat subuh dapat kiss besday lagi..Baru lah syok kan..Hehe..

Kami stay kat rumah je on that wiken. Saya yg pemalas ini amik peluang bgn lambat pg Jumaat tu.. Dah brapa SMS masuk wish besday pun saya tak layan..Saya layan tido sampai pukul 10.30am..Keh keh..Btuah punya mommy to be kan.. Arjuna ttp bgn mcm biasa. Dia tak suka bgn lmbt.. Bgn2 je dia belikan sarapan tuk bini pemalas dia ni & terus gi gotong royong bersih kawasan kuaters dgn jiran2..Kebetulan hari tu ada gotong royong perdana yg Felda anjur...Ala, takpe lah saya mbuta pun kan..Bukan saya leh gotong royong buat kerja berat kan..Kan preggy..Hihi..

Dah siap mandi & sarapan, kena la rajinkan diri. Jadi cam bini org sket. Basuh baju, jemur & lipat. Pas Zohor baru gi celebrate besday.. Kami pergi ke sini.Opsss..bukan Starbucks...Tak rasa nak mkn2 di Starbucks pun...Tp, setentang dgn Starbucks..Iaitu...Ya, ya.. Secret Recepi.. Sini mana ada Bubba Gump ke, Full House ke, Johnny's ke apa ke..So, jgn byk songeh ok..
My forever favret... Cheese Choc..... Saya rasa cam dah try semua kek dlm Secret Recepi tu..Tp, yg tetap jadi pojaan lidah adalah Cheese Choc... Dan pilihan itu tak berubah walaupun tgh preggy...Hehehe.... Yummy... Sedap sampai makan pejam2 mata...Haha..
Then, saya order tomyam ni hah...Tak pernah2 lak sebelum ni masuk Secret Recepi mkn tomyam...Biasanya saya order western..Ntah lahh... Tekak rasa mual tgk western hari tu....Black paper chicken for Arjuna...Rasa tumpang rasa skit saje...Sbb tak rasa nak mkn...Hari tu, tgk Farrah letak pic kat FB, bkn main tliur...Sampai gi buat sendri...Ni,bila ada dpn mata, tak nak pulak dah...Pelik tol perasaan org peknen kan..Heeee...Licin ko!...Isinya, Arjuna yg tlg habiskan sbb saya dah xle nak telan...Cuma, kuahnya, mmg saya yg hirup habis2an...Arjuna pun mkn sampai licin..Hehe...Kulit udang tu, sbb dia yg kupaskan kulit tuk saya...Kata besday girl..Peknen lak tu..Harus manja2 kan...
Pas kekenyangang tu, pergi plak TGV...Sbb nak mkn pop corn TGV...Hey, tempat i ada TGV tau...Seme ni sbb tgk Awan Dania...Dania makan pop corn dgn bestnya, so, mengidam...Seb bek dia mkn pop corn TGV,leh gak gi beli...Kalo dia mkn pop corn GSC, xkan saya kene nek KL semata2 nak cari pop corn kan..Haishhh...Hihi..

Last but not least, presenting to you, HARZHARUN 13 weeks pregnancy!Muka yg bulat tanpa sebarang make up...Malas nak bermake up skang ni...Huhuhu...Tak puas hati tgk separuh je...Ok... Ya...Lenganku, bahuku, pehaku, membesar bagai juara!!!

That all for now...Daaaa!!!!