kita2.... ;-p

Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

Monday, December 30, 2013

perasaan seorang mami bila anak pertama kali ke taska



Baru beberapa minit lepas hantar Qasyaf dan adik ke taska...Perasaan menekan di dada masih terasa walaupun dah treat seorang patient pagi ni...

Tarik nafas dalam2....Hembus....Fuhhhh....

Mami doakan Qasyaf dan adik dapat adapt dengan cepat, gembira di taska dan paling penting selamat daripada segala perkara yang tak diingini...

Yang buat dada mami rasa berat bagai dihimpit batu adalah kerana dedi...

Sebelum ni, bila mami bgtau dah survey taska, dah daftar taska, dedi mcm endah x endah je...Tapi hari ni, dedi amik cuti, nak hantar Qasyaf dan adik jugak..Paling mami x tahan, ekspresi muka dedi...Senyum tidak, masam tidak..Macam pusat lesi pun ada...Alahai dedi...
Bila adik meronta xnak cikgu dukong, bila Qasyaf meraung2 nak ikot mami dedi, dedi mcm nak bawa balik je derang...Huuu...

Ni baru sejam tinggalkan diorang kat taska..Dedi dah 2x pergi mengendap...Kali pertama, dedi ckp mcm ramai je yg menangis..Bercampur2 suara...Kali kedua, dedi ckp, Qasyaf dah diam..Budak lain pun dah diam..Tinggal suara adik je masih menangis..Dedi pergi mengendap ikot dapur taska...Alahai...

Mami kol ibu...Tanya pendapat..Ibu kata, biasa lah tu....

Mami tanya kawan2, kawan2 ckp biasalah tu...

Aduhh, sgt menekan perasaan mami sekarang ni...

Nanti mami pergi ambil awal la petang ni....