Tak kisah la ada org baca ke tidak. Saya tulis ni untuk saya
sendiri baca balik suatu hari nanti. Diari kan. Jadi, moh la kita marathon
menaip. Juz taip je la. Entry mungkin tiada perasaan. Tiada feel. Hahahaha .
Travelog Penang. 19-21 sept 2014.
Perghhh... Tajuk tu.
Bajet nak suh blog ni keluar dulu bila org search pasal Penang. Kahkah.
Travelog lah sgt.
Kami ke Penang sbb saya ada conference kat sana. Sambil
menyelam minum air. Saja pilih untuk berconference di Penang. KL dah selalu sgt
dah kan. Sendiri pilih, sendiri bayar. Haishhh, time kena bayar ni la teringat
kat gomen. Rindu nak keje gomen. Sbb boleh join conference, duk hotel mahal2 ,
naik flite FOC. Itu je yg best. Haha.
Kami bertolak dari Rantau Panjang. Dah alang2 nak lalu jalan Jeli kan. Lebih afdal singgal jengok mertua. Betul x. Pagi Jumaat tu, Arjuna sempat lagi basuh kereta dia. Padahal tgh hujan rintik2. Tak paham aihh...
Kami bertolak dlm pukul 10.30am...Hujan je sepanjang perjalanan. Tapi xde lah lebat. Jalan Grik tu kan hutan. Atas bukit. Eh, atas banjaran titiwangsa sebenarnya. Pastu siap ada tasik kat area Hutan Belom tu. Siyes babe, rasa mcm kampung Bella & Edward je. Kahkah...
Kami juz singgah minum2 kat kedai mamak apa ntah kat area Grik tu. Pastu x berhenti dah. Terus ke Penang. Arjuna mmg buta terus jalan Penang tu. Seb bek ada waze. Tapi sebenarnya jalan kat Penang senang je pun. Kalau tahu nama tempat dituju, ok je. Takyah berwaze bagai pun.
Kami cek in Bayview Resort Hotel kat Batu Feringgi. Rupanya Penang ni ada 2 Bayview. Beriya saya call hotel book bilik . Sekali salah hotel. Hihi...Conference ni buat kat yg Batu Feringgi. Seb bek ada bilik kosong. Senang la. Saya dgr lecture, Arjuna jaga anak2 kat atas bilik kan. Haishhhh, dulu masa kije gomen xnak appreciate bila dpt pergi conference. Skang bila semua kne bayar sendiri baru lah sedar begitu berharga nilai utk cari ilmu.
Dah siap check in, rehat2 lu. Anak2 explore bilik hotel.Pegang sana,
sentuh sini. Tarik barang tu, tolak brang ni. Buat jakun. Padahal, sejak
baby mami dedi bawa gi travel ke sana ke mari.

Dah relax2, solat, kami turun gi makan kat gerai depan hotel. Lapar seh tengah hari tak makan. Lepas makan kol Giehah dan husband dia Mon. Ajak gi beli diapers Qasyaf. Cheh, sampai ke Penang ko cari diapers. Heeee, kebetulan habis la. Kami naik satu kete je. Senang. Seb bek ada Mon. DIa mmg kenal jalan di Penang tu. Kami ke shopping kompleks nama apa ntah. Siyes xle nak recall nama apa. Haishhh, travelog apa kebenda mcm ni. Muahahaha...
Dah pusing2 mall. dah lapar balik, kami lepak makan2 kat tepi laut tu. Siyes xle nak recall jugak nama tempat tu apa...Kahkah.Buang karan je travelog...
Kat situ kami merasa pasembur, char kuewtiaw, cendol dan sotong bakar. Then, tetiba hujan...Terus balik hotel. Main buih dlm bathtub and golek atas katil.
Esoknya, bermula la conference.
Breakfast dulu . Owhhh, saya suka buffet breakfast hotel. Sbb tu gemoks. Siap makan, saya masuk hall, Arjuna bawa anak2 main playgound. Hurmmm, anak2 saya x layan pool. Qasyaf, kami x ajar sgt sbb kulit dia sensitif. Qisya lak takot. Makanya derang tgk pool xde perasaan.
Habis conference petang tu, sebenarnya x habis pun lg.Kalo tunggu habis, bila lak nak explore Penang. Makanya ponteng 2 lecture petang tu..Kami berempat ke Bukit Bendera. Arjuna jakun x pernah naik kabel car Bukit Bendera. Saya pun jakun. Sbb dulu masa pergi dgn parents ms sebelum kawen, time cuti sekolah. Ramai giler beratur nak naik. Maka kami malas nak tunggu. So, kali ni xde org sgt dapatlah merasa naik kabel car Bukit Bendera.
Hujan renyai2 masa tu. Tapi belasah jugak. Haaaa, ada ke org lain pakai dress naik Bukit Bendera?...Haaaaaaa, kes x sempat tukar baju weh.
Turun dr Bukit Bendera, kami ber waze mencari nasi kandar Line Clear. Wallawehhhhhh, gitu je kedainya. Selekeh je. Campur plak dgn hujan lecak2, nampak selekeh giler. Tp apasal glamer sgt ek? Kalo diingatkan balik, kembang jugak tekak nak g makan tempat mcm tu. Haishhhhhh...Arjuna ckp sedap. Nak dtg lg. Saya rasa biasa je sbb enviroment sgt2 la tak memuaskan. Huuuuuuu....
Siap makan, balik hotel dan berehat.
Esoknya, sambung conference. Ambik sijil before lunch, check up terus ponteng lg lecture petang. Ruginya duit sendiri. Duit gomen xpe. Heeeeee....
Kami ke Queensbay Mall...Hihihi, ingt pulak nama mall ni. Then jumpa my old awek cun, Wanie and her family. Giler hepi. Sejak grad, nilah 1st time jumpa Wanie.
My sexiest fren ever. My bff. My roomate masa kat UM. Sekarang dah berubah. Alhamdulillah, dah berhijrah pakai tudung. Anak pun dah 3 org wei. Hows time flies.
Lepas makan, terus balik kot 2nd bridge. Mula la Arjuna pening. Datang jalan lain, balik jalan lain. Heeeeee...
Oklah..Itulah serba sedikit travelog ntah pape. Bai...