kita2.... ;-p

Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Monday, January 21, 2013

makna nama anak

Assalamualaikum dan hello preety people.
 
Hurrrm,1st of all,hari ni,nak minta maaf kepada semua readers sbb saya jarang sgt balas komen2 korang sekarang ni kan. Dulu,rajin je balas satu persatu. Sekarang dah makin kurang membalas. Bukan blagak diva ke apa ok..Im juz,xpelah,xyah balas balik la kalau komen2 itu bkn dlm bentuk ptanyaan. Sbb x ramai pun kan yg akan singgah balik,buka my entry tuk tgk apa yg saya balas kan.Lebih baik masa yg ada tu saya guna tuk melawat blog kawan2 semua drpd balas komen kan. Betul kan. Ke x betul?..Heee...Tp kalau ada masa,saya akan balas jugak..
 
Untuk last entry,saya dpt satu komen dlm bentuk pertanyaan. Saya lebih suka jawab pertanyaan tu dlm bentuk entry baru sbb nanti org lain pun boleh tahu juga. Bagus apa berkongsi ilmu.Bak kata Thalha,sharing is sexy! :-P
 
One of the readers, cha ada bertanyakan apa maksud nama Qisya. Then,suddenly saya baru perasan,saya x pernah bagitau makna nama anak2 saya kan. Tenkiu cha (Shasha) for asking. And,i already add u in my blog list. Selama ni x kenal u. Nice knowing ya cha..So,here we go...
 
Eh,sebelum tu,oleh kerana saya sedang rindu sgt2 sgt2 kat Qasyaf,petang ni baru nak amik dr rumah my parents,apa kata korang layan saya tatap gambar Qasyaf yg suka sgt nak riba Qisya sekarang ni. Gambar ni diambil satu ptg minggu lepas. Adik dah siap mandi,abang blom lagi tp sebok nak riba adik..
 
Daddy,nak riba adik boleh?
 
Mommy jangan sebok ok...Qasyaf nak riba adik ni...
*nape muka adik cam kartun tu..kihkih*
 
Mommy!..No camera plezzz!!
 
Mommy sebok je kan dik..Kita nak bermesra berdua x boleh kan..Kacau la mommy ni..
 
Sayaaaaangg adik...Adik sayang abang x?
 
Meh sini abg peluk.
 
 
 
Hihihihihi...Mesti korang yang ada anak sorang terus rasa nak beranak lagi kan bila tgk pic derang berdua. Kan kan..hihihi....
 
 
Okeh,maksud nama anak2 saya.
 
 
Muhammad = yang terpuji
Qasyaf = ilham yg diturunkan kepada alim ulama (kalau ilham yg diturunkan kpd rasul,kita sebut wahyu kan)
Qusyairy = nama seorang ulama yg terkenal, seorang yang handal bermain kuda
 
 
Qaseh = xde maksud. Maksudnya kasih la. Bahasa melayu ni. Saja maknya gedik nak letak nama Qaseh.
Qisya = hidup dalam keadaan baik
Qairina = kebaikan
 
 
Okeh..Dah tau kan..Jenuh tau reka nama..Hihihi...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sebelum mengakhiri,
 
Ya,hari pakai heels...Sudah lama x pakai heels.Hari ni buat ceramah kat sekolah je,maka haruslah berheels.Cabut gigi,mak x sanggup pakai heels.Dulu,lps beranakkan Qasyaf,boleh lg nak cabut gigi pakai kasut tinggi. Sekarang,xboleh. Karang bukan gigi yg tcabut,tp pinggang saya yg tcabut..Sign of aging....huuuuuu........
 
And...
 
Btw,..........
 
 
 
 
 
 
Qiesh,ko kata muka aku licin?...
Cuba close up,tidakkah ko nmpk freakle sedang mbiak?!!!!....
Stress hokey!..
Skang gi kerja saya x pakai make up langsung. Juz secalit lipstik sahaja. Kulit muka saya hanya sapu skin care. Dalam proses merawat kulit dr dalam,so no make up plez...
 
Tapi pagi tadi,nak bg ceramah,muka nampak pucat dan tak berseri. Plus tgh piyed skang ni (yeahh,kompem bulan 9 thn ni i x beranak lg..Dah 2 tahun i branak bulan 9..kihkihkih). Maka pagi tadi letak la bedak nipis2...
.
Lama mak beranak dua ni x camwhore kan..Heeee...
 
 
 
Thats all for now..Daaaaa!!!

Thursday, June 3, 2010

dari kerana bulu mata pelsu.....

Ok ok....dah...jgn sedey2 lg.... Kita tinggalkan dulu sal last entry tu yea...X ble nangis byk2...Nanti mata bengkak...X cantik....Satu gi, saya ni, kalo nangis2 sambil tido, esoknya mesti sakit kepala..So, jom kita bhenti menangis...Kita pulihkan mata kita yg sembab dan lebam ni....Ok,untuk raikan geng Kita2 yang baru,Balqish jaffri, apa kata kita main make up2 mata....Nak?

U all suke solek2 x?... Saya suke....Sejak2 keje, rajin lak i nak makeup2....Dulu mls...Plus sayang nak guna duit biasiswa tuk bli barangan persolekan kot...Skang, suke je try2 apa saja sal make up ni....Hehehe...I still dun master to makeup ada shading2...Apa yg saya tau basic make up..And i love thick & long eye lash!!!...Suke la....Kalau saya tgh treat patient pong, sempat gi usha kalo patient tu ada bulu mata yang lebat memikat...Kalau patient tu kanak2, saya msti nak usik2.." Alolo, lebatnya bulu mata"..sambil pegang2..Hahaha...Tp masalahnya saya ni x bbulu lebat dan x bbulu mata lebat..Hehehe...Maka, kene la berbaik2 dgn maskara kalo nak melaram....
Ermmm, pengalaman pertama saya pakai fake eyelash adalah masa annual diner final year dulu...Amik ko...Masa student lg tu...Saya menyanggupi diri untuk disolek oleh MUA x btauliah iaitu member saya sendri...Tp hasilnya not bad!..Cun jgk..
Pastu dah x pakai2 dah...I juz comfortable with maskara.....Ya, inilah maskara yg rajin menemani saya..Saya dah try yg lain tp plg suke Loreal ni...Sbb dia leh pnjgkan bulu mata...Sapu yg puteh tu dulu tuk panjangkan kemudian br yg hitam tu...Paling penting, senang nak basuh...Juz tekapkan tisu muka yg basah, bulu mata yg panjang td akan patah...Kemudian basuh cam biasa..
Plg terkini, saya pakai fake eyelash masa kawen la...
Owhhh, sungguh pelsu bulu mata itu..Apa pengalaman bulu mata korang lak?...Owh ya, fake eyelash tu sebenarnya boleh diulang pakai bp kali?...Sila jawab dua soalan ni yea...
Sebelum mengakhiri.....biarlah sepelsu mana pun bulu matamu, asalkan pandangan kamu tidak pelsu....renung2kan dan selamat try!!!
Daaaa!!!!!

Wednesday, January 27, 2010

Nak manja2?

CHEEEERRRSSSS!!!! buat Hana Yoriee yg mjadi geng kita2 yg ke 25...Thanx dear sbb sudi join..Ya, saya mahu menulis lagi hari ni kat blog kesayangan ni...Sebenarnya, i have some progression on my wedding prep..Tapi mls lagi nak letak dlm diari kawen ni sbb, progression tu bjalan agak lambat..Nanti bila dah setel, saya akan coret dgn detail kat sini untuk tatapan saya di hari muka..Chewah...
So, now, im actually thinking about nak memanjakan diri lg.Br teringat, dah lm x manjakan diri..Seb bek bc entry Fasha...Thanx Fasha sbb dgn x sengaja mengingatkan ok..Ni sy tgh bkira2 & duk tgk date & waktu, bila masa yg sesuai nak dibelai lg...Owh, jgn salah anggap pulak...Im thinking about going to Beauty Spa la..Hari tu kan bukan main berazam lagi nak jadikan pusat kecantikan sbgai besfren...Tp semenjak entry pasal Body Scrub hari tu, br sekali je pergi...So, bila lg ek nak pegi?... *tgh berfikir*
Ok la, bila pegi kat beauty spa tu, nak wat pe ek?...Most common treatment mesti la, facial, scrup, massage, rawatan spa aromaterapi, mandi bunga & so on..Lets talk bout spa today ok..Saya dgn rajinnya menemui En Google bbrp minggu yg lepas.(masa nak tulis sal body scrub tu la)..Jumpa la sedikit sebanyak sal spa ni..Tapi ni baru nak post this enrty..hehehe...Sorry!
En Google kata, perkataan "spa" adalah singkatan daripada perkataan `Solus Per Aqua' daripada bahasa Latin yang bererti penyembuhan dengan air, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, iaitu pada zaman Hipokrates. Pada zaman itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang.Fuyoo, dah lama giler..Ingatkan benda alah ni, benda org moden kan..
Spa tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali hingga kini, yang membuktikan kemujaraban dan populariti mata air panas semula jadi itu sebagai bahan terapi.
Di Bath, England, spa dikatakan sudah wujud sejak kurun ke-18, menggunakan mata air panas semulajadi dengan tahap suhu setinggi 120 darjah Fahrenheit. Kebanyakan spa di benua Eropah yang dibuka pada kurun ke-18 dan 19 dikelilingi pemandangan indah seperti gunung dan tasik.
Di Amerika Syarikat, spa tertua terletak di Saratoga Hot Springs, New York, yang pada asalnya digunakan oleh kaum pribumi Mohawk di Amerika Utara. Pada sekitar 1970, spa itu telah dikomersilkan dengan penyediaan beberapa kemudahan seperti penginapan dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Hohoho, omputeh la dah lama duk bkecimpung dgn spa ni...
Kalo kat Asia plak, spa masih lagi pada peringkat pengenalan, dan pembangunan sektor ini belum begitu ketara. Namun begitu, telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Asia mengunjungi kawasan kawah atau mata air panas semulajadi untuk mandi dan berendam kerana dipercayai sumber air panas ini mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit.
Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy)Haaa..bestnya kalo dpt berendam dlm ni kan..,Ada juga terapi panas (thermotherapy)Uih, jgn sampai melecur sudah...Saya belum pernah try yg ni?..Ada kawan2 yg dah pernah rasa?..Best x?..Bsama En Google jugak, sy terjumpa sal terapi elektrik (electrotherapy)..Saya yg jakun ni br 1st time dgr..Jgn jd cam kat bawah ni sudah...Haha.. Yang paling femes pulak of kos la terapi urutan dan refleksologi mcm pic bawah ni kan..
Selain itu ada jugak terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.
Apa yg saya dah faham skang,spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.
Errrmmm, kalo mcm ni, nak gi spa selalu la...

Wednesday, January 6, 2010

Body scrub


Helo kawan2. Meh kita sama2 cheers kat geng Kita2 yang ke 19 dan 20 iaitu Jaslin Jamaludin dan Miss Fiza...CHEEERRRRSSSS!!!..
Ok,hari ni nak cite sal kecantikan.Isu yang paling org perempuan suke kot.Ye ke?..Saya suke..hehehe...Sebab nak ckp sal ni ialah dalam kepala ni, plan nak gi spa.Dah lama plan tp xsempat2 la.Masa mencemburui daku.Chewah...Rasanya nak buat total body treatment.Hihi..Dah siap call butik kecantikan dah.Tapi xsempat katanya kalau nak wat waktu ptg..Tuk rawatan keseluruhan kene dari pagi.Aiseh..I dun have time la dis wiken..Sebab nak gi kursus kahwin (will talk bout kursus kahwin later).
So..i book for body scrub dulu la..Sebab dah x sabar nak tunggu other wiken..Ok, pengakuan di sini, saya x pernah wat treatment kat spa lagi..Huhuhu..Facial tu of kos la buat..Tp tang body, belum ade yg menyentuh..Hahaha..
Tapi,saya telah berazam baru,tuk jadikan spa n butik kecantikan sebagai sahabat sy bmula tahun ini..Hihihi( azam 2010 ni, lom pernah wat azam ni)..Ok la..Pada pendapat sy,body scrubs adalah cara terbaik untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit. Prinsip asasnya adalah ekfoliasi sel2 kulit mati. Biasanya kalau body scrub yang kita beli sendiri kat kedai tu, mesti ada 3 ingredients penting.
Pertama; exfoliant. Saya xreti la nak translate exfoliant tu. Ermm, boleh x kita panggil pengeksfoliasi? @, benda alah yg mgugurkan kulit.Eh, susah la nak alih bahasa. Ok la, exfoliant mengandungi bahan yang kasar (abrasive material) sprt garam, gula, serbuk beras, serbuk kopi,kulit limau, kulit apricot dan lain2. Tu semua boleh rub away sel2 kulit mati kat pmukaan kulit dan mhasilkan kulit yg lebih licin dan lembut...
Kedua; minyak.Minyak ni la yang mgaulkan semua abrasive material td supaya senang nak sapu kat kulit. Plus,bayangkan kalo xde minyak,mesti sakit la gonyoh2 kulit kita dengan garam sj kan.Minyak yg plg femes di dunia dan yg plg byk khasiatnya mestila olive oil kan.Ada jugak yg guna minyak almond n minyak macadamia.Tu minyak2 yg mahal la..
Yg ketiga; fragrance...of kos la nak suh bau wangi..
Ingredients yg lain2 tu,kdg2 ada skin-nourishing material, chemical exfoliants dan bahan2 kimia yg tambahan yg boleh menegangkan dan memantapkan lagi kulit.
Body scrub memang banyak dijual kat2 kedai2, farmasi dan juga di butik kecantikan.Harga bergantung pada kualiti dan jenama la. Tapi kan,saya ada terbaca, kita boleh buat sendiri body scrub nih..Hanya dari bhn2 yg ada kat dapur cam kopi dan garam tuh..ada x sp2 yg tau resepi dia? Bestkan kalo boleh buat sendiri kat rumah..Cuma perlu RAJIN!..Juga diingatkan, kalo wat sendiri xde la bau wangi2 kan..
As B2B ni, pe kata kita manja2 kan diri kat Spa . Kalau kat spa, body scrub boleh dibuat secara menyeluruh.Contohnya kat tempat yg susah kita nak sampai seperti belakang badan. Ada org kata, boleh lebih licin, sebab terapist tu duk rub2 kulit kita lama smpai dua jam kan.Kalau buat sendiri kat rumah, im sure malas punya nak gosok sampai 2 jam g2.(tu kalau saya la..hehehe)..Lagipun, kalau kat spa, ada combined sekali dengan sapuan lotion dan urutan..Wahhh..sungguh relax...So, mari kita jdkan amalan yea..Sekali sekala gi spa dan selalu2 wat kat rumah..Mesti kulit jadi mulus..Oh ya,jgn sesekali sapu body scrub kat muka!!!..Habisla mgelupas nanti...
Ok la..sehingga jumpa lagi...nak gi spa...
Daaaa!!!