kita2.... ;-p

Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

Tetiba

Tetiba baju raya i banyak plak tahun ni.
Tak beli awal takot sold out.
Bila beli, keluar iklan design baru release pastu rasa nak beli lagi.
Ah sudah.
Nak taip sambungan kisah Qasyaf sunat sebenarnya.
Tapi tetiba teringat bilangan baju raya.
Semua dress lak tu.
Aiseh.
Nak tulis status kat fb xboleh.
Nanti Arjuna baca.
Blog dia x baca.
Masa dia jeling i asik berbaju baru nanti, buat2 xtau je la.
Bai.

Saturday, May 2, 2015

Wasiat?

Hari ni news feed kat fb duk ulang tayang kes kemalangan maut yg melibatkan kematian sepasang suami isteri dan baby derang. Sekelip mata, dua org lg anak mereka jadi yatim piatu. Sungguh merentap jiwa rasanya bila memikirkan si cilik yg yatim piatu itu. Gerun. Sebak. Takut sgt seandainya itu yg berlaku ke atas anak2 saya. Nauzubillah hi min zalik.

Tapi kan andai itu takdirnya, mcm mana yea? Korang pernah terfikir x? Terfikir siapa yg akan jaga anak korang jika ditakdirkan korang meninggal awal?

Sesetengah org xnak pikir pasal benda. Sebab takot. Sebab risau. Sebab sedih.

Ada org kata, apa yg nak jadi tu, semua ketentuan Allah. Kita hanya perlu berdoa dgn yakin sahaja.

Tapi, sbb kisah kemalangan tu mcm memberi kesan mendalam kat saya, mcm terpanggil pulak nak coret something kat sini.

Jika ditakdirkan saya pergi dulu, biarlah anak2 saya dijaga oleh Arjuna dgn bantuan ibu dan ayah saya sendiri. Saya percaya Arjuna mampu dgn bantuan ibu dan ayah.

Jik ditakdirkan saya dan Arjuna sama2 pergi dahulu, saya nak anak2 saya dijaga oleh ibu dan ayah saya sendiri. Ya, saya mahu ibu dan ayah jaga. Ibubapa mertua boleh menjenguk bila2 masa yg mereka mahukan tetapi soal menjaga, mendidik, member pendidikan, saya mahu ibu dan ayah saya yg lakukan. Jika ibu ayah tiada, biarlah adik2 saya membela anak2 saya. Sebab saya yakin dgn acuan kami. Saya yakin dgn pegangan dan prinsip keluaga saya. Saya yakin didikan keluarga saya. Menjadikan kami 5 beradik yg hari ini. Saya mahu keluarga sebelah saya yg jaga anak2 saya bukan keluarga Arjuna. Ini bukan soal penting diri sendiri. Nak penting apanya saya dah mati waktu tu. Ini soal membesarkan khalifah Allah. Saya yakin inshaaAllah, anak2 saya mampu jadi anak yg soleh dan solehah. Cita2 saya, doa mereka untuk saya dimakbulkan Allah. 

Fuhhh xnak la fikir benda ni dalam2 sgt. Cuma sedikit coretan. Kita tidak tahu masa depan kita kan. Doa banyak2 semoga dipanjangkan umur yg berkat, semoga sempat melihat anak2 berjaya. InshaaAllah.

Thursday, January 1, 2015

sedikit di 1 januari 2015

1 januari 2015.

Buku baru yang helaiannya masih kosong.

2014 saya kurang menulis. Hanya mencatat kejadian penting cukup sekadar buat ingat ingatan. Itupun travelog Sarawak bersama seluruh anak menantu cucu ibu ayah tidak sempat dicoretkan. Tengoklah, jika ada kelapangan masa, kemudahan internet yang laju, in shaa Allah, saya cerita yea.

2014 saya tidak berkongsi perasaan di blog. Bagaimana rasa menjaga Qasyaf dan Qisya di klinik, bagaimana rasa murung kerana pernigaan masih merangkak, bagaimana rasa lemas dihimpit panggilan bayaran hutang piutang, bagaimana rasa sedih kerana tidak mampu mewahkan ibu ayah adik beradik seperti bekerja di kerajaan. Ya, klinik saya masih merangkak. Kata seorang penasihat, beginilah situasinya untuk 3 tahun pertama perniagaan. 3 tahun? Saya baru menginjak ke tahun ke2. Saya perlu terus bersabar.

Namun begitu, keajaiban pertolongan Allah tidak ada siapa pun faham. Kalau ikot kiraan matematik, memang kewangan kami sempit. Tapi, masih boleh makan sedap, pakai lawa. Jika itu keberkatan rezeki yang halal, syukur Alhamdulillah.

Setelah dibelek belek tulisan 2014, saya tidak berazam di awal tahun 2014. Tidak tahu kenapa. Lupa untuk imbas balik. Mungkin kerana saya sudah berazam besar awal tahun 2013.Mungkin juga saya berazam, tapi tidak mencoret di blog. Yang pasti, saya berazam ketika menyambut hari lahir saya pada Mac 2014. Saya mahu jadi muslimah yg lebih baik. Menutup aurat dgn sempurna. In shaa Allah, akan diteruskan.

Jadi, tahun ini perlu ke saya berazam?

Ntahlah.

Apa yang saya tahu, saya mahukan beberapa perkara dicapai tahun ini.
1) Kurus – paling utama setiap awal tahun. Mesti letak di carta pertama. Tolong jangan gelak yea. Azam ni tak akan berubah. Kali ni, saya mahu cuba atkins diet. Hari ni hari pertama. Kita tengoklah berapa lama boleh bertahan. Haha.
2) Vernis alma untuk harijadi ibu 11 oktober 2015.
3) Tissot untuk harijadi Arjuna 21 julai 2015.

Impian perlu tinggi. Usaha kena kuat. Doa dan redha.

Apabila 2 dan 3 tercapai bermakna saya lega dari kekangan hutang.

In shaa Allah. Semoga 2015 klinik saya sibuk, rezeki melimpah ruah. Doakan yea. Amiinnnnn…

Saturday, August 23, 2014

ringgit yang sama,nilai yang berbeza



 Bukan nilai bandingan hari ini dengan zaman 80an yang saya ingin bualkan.  Sebab, memang jauh bezanya nilai ringgit di waktu itu berbanding sekarang. Ibu kata, dulu, RM10 boleh beli sekilo gandum, sekilo gula, sebiji kelapa dan sepaket minyak masak. Sekarang RM10 tu budak sekolah buat belanja seharian di sekolah saje. Memang lumrah duniawi, semakin pesat membangun Negara itu, semakin tinggi kos sara hidupnya. Siapa kita untuk menyangkal. 

Nilai bandingan yang saya mahu coret di sini adalah bezanya saya yang dulu dan saya yang sekarang. Saya bukan mengeluh, jauh sekali mempertikaikan rezeki saya. Cuma sekadar coretan agar satu hari nanti, apabila saya belek kembali kisah2 di blog sendiri, tahulah saya, di awal perniagaan memang penuh jerih dan lelah.
Ya, ini bahana membelek intagram menelek satu persatu apa sahaja yang dijual di laman itu. Naluri saya, naluri membeli. Hakikat sekarang tidak boleh boros kerana perniagaan masih terumbang ambing. Bila menyekat nafsu sendiri, mula la tiba rasa gundah, rasa tertekan. Payahnya hidup apabila duit menjadi kekangan.

Tambahan lagi, usai Aidilfitri seakan semua org tidak berduit. Mungkin ada yang sakit gigi. Mungkin ada yang perlukan rawatan. Tapi ditahan keinginan tunggu tiba gaji dahulu. Maka saya juga kerjanya menunggu sajalah. Tunggu tunggu, datang la seorang pesakit. Tunggu lagi, layan anak2 makan. Tunggu lagi, ajar Qasyaf tulis A. Tunggu lagi, datang lagi seorang pesakit. Tunggu lagi, buka facebook. Tunggu lagi, buka instagram. Cetak skrin. Buat nota di mental, nanti kalau pendapatan  hari ni banyak ni, nak beli la skirt ni. Kalau pendapatan banyak ni pulak, nak bli la dress ni. Hujung hari, pendapatan tak capai target, skirt tak boleh beli, dress apatah lagi, mula la nak marah2 rasa tertekan. Sampai qasyaf dan Qisya pun jadi mangsa. Bukan mangsa dera. Mangsa bebelan je. Bila hati gembira, anak2 buat sepah, bebelan dalam sepuluh patah. Bila hati gusar, anak2 buat bising, bebelan boleh jadi seratus patah perkataan. Betul tak?

Untuk memenuhi nafsu membeli, saya tidak minta pada Arjuna. Kesian dia. Dia bayar sewa rumah, tanggung segala bil, beli brg dapur, belanja hal2 rumah dan anak, malah duit untuk saya isi minyak kereta pergi kerja pun Arjuna beri. Kami disiplinkan diri untuk tidak usik duit hasil klinik. Sebab hutang klinik besar. Kan saya dah cakap, modal klinik gigi ratusan ribu. Usia klinik belum pun sampai setahun. Jadi boleh agak la kan, banyak mana lagi hutang saya. Overhead bulanan pun tinggi. Mana yg lebih2 buat bayar gaji staf, byr hutang pinjaman, bayar sewa kedai, bayar hutang supplier, saya tarik la sikit2 buat ubat nafsu membeli atas talian. Kalau takde lebih, duk diam, tarik nafas hembus tarik nafas hembus sajalah.

Berbeza sungguh rasanya masa zaman kerja gomen dulu. Kuasa membeli di tangan saya! Tengok sajalah gadget Qasyaf masa tu. Carseat dia, stroller dia. Masa tu saya hanya kenal snuggbaby. Sbb tu beli snuggbaby. Kalau tahu adanya TULA, kompem dah beli TULA. Hurrmmmm…Berbeza sungguh nilai ringgit dulu dgn sekarang.
Dulu, boleh selamba belanja adik2 . Tgk sajalah baju2 adik bongsu saya.
Dulu, setiap hari pos laju hantar barang ke klinik. Semua benda saya beli. Itu belum masuk shopping complex sekala sekala.  Nasib baik sekali sekala je kan. Sbb sini takde shopping complex. Harap bila merayap ke KL sajalah. Sekarang, kalau nak beli apa2, mmg fikir 4 kali. Perlukah beli? Nanti guna berapa kali? Tak membazir ke? Ni kalau guna duit klinik ni, kan supplier mintak hutang xle bayar plak…Kne fikir semua tu..Dah 2 tahun saya tak beli handbag tahu! Lagipun dah janji dgn diri sendiri. Tak nak beli handbeg selagi tak mampu beli designer handbag. Eh, cita2 kne ada. Baru lebih kuat berusaha. 

Masuk bidang perniagaan ni mmg fikiran dan jiwa pun berbeza dari dulu. Dulu macam tak terasa rezeki tu datang dari Allah. Kerajaan yg beri gaji kan. 25 haribulan dapat gaji. Banyak pulak tu. Belum cerita waktu dapat bonus. Mmg suka hati betul la. Apabila kerja sendiri, buat saya betul sedar. Rezeki itu Allah yang beri. Patutlah nabi berniaga. Patutlah 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Dgn berniaga, kita meminta pada Allah. Dgn berniaga, kita memohon pada Allah. Ya Allah, datangkan lah rezeki buatku. Jika ia di langit turunkanlah. Jika ia di bumi keluarkanlah. Jika jauh dekatkanlah. Jika sukar, pemudahkanlah. Jika haram, halalkanlah. Betul2 mengharap dan buat kita merayu pada Allah. 

Bila berdoa dan merayu pada Allah, buat saya malu untuk pandang rendah pada kewajipan tutup aurat sepenuhnya. Buat saya malu bila tinggalkan al quran. Ye la, kita minta pada Allah, tp yg disuruhNya kita tak buat. Tak malu ke?. Syukur, walau hidup lebih sukar sekarang ni dek kekangan kewangan, saya lebih berusaha untuk dekat pada Allah. Cuma satu, saya belum berjaya solat malam. Rahsia org cemerlang adalah solat malam. Payahnya nak bangun solat tahjud. Itu azam saya yg satu. Semoga Allah permudahkan.

Doakan saya kuat. Berniaga bukan mudah. Tapi ia sunnah nabi kan. Senyum !

Tuesday, May 27, 2014

tinggal serumah tapi tak berjumpa

Amboi tajuk entry. Boleh timbulkan spekulasi tu. Hihihi...

Last entry cerita pasal kerja Arjuna kan. Kali ni pun sama. Alkisahnya, tempat kerja Arjuna iaitu outlet Sawari Kuala Terengganu belom dirasmikan lagi. Esok ,Rabu 28 Mei 2014 baru majlis perasmiannya... Arjuna punya bz dasatnya lahaiii... Staf dia xramai... Jurujual tu ramai la.... Staf bhgn pengurusan 2,3 org je.... Perasmian ni program yg besar jugak la. Serba serbi kne grand. Bnyk benda nak kne urus dan buat. Lagipun,derang dpt short notice pasal perasmian ni... Jadi,seminggu ni ,Arjuna balik pukul 11-12 mlm... Sewaktu kami semua dah lena diulit mimpi.

Pagi2, kul 7am dah gi kerja. Saya plak tgh period. Bad habit,kalu period je amik peluang bangun lambat sbb xyah solat Subuh kan. Makanya pepagi,Arjuna bsiap sorang2, then kiss anak2 dan isteri... Isteri salam dalam keadaan sedar xsedar...heeeeee...

Malam,saya siapkan iron baju kerja Arjuna siap2... Then lepak atas katil tunggu dia balik. Tp seharian kepenatan kat Klinik,melayan anak lg,mmg mata ni xle tahan lama la....

Tgh malam rasa mcm nampak kelibat suamiku itu....Rasa mcm tny abg dah mkn?... Rasa mcm dia tny OK Klinik hari ni?...tp xpastilah betul2 ke dlm mimpi....hahahahah....

Esoknya sambung situasi yg sama.
Adola....

Nak btanya kbr dlm phone pun xle ckp lama2....Ada je gangguan sebelah Arjuna tu....Bz benor !!!!!

Cepatlah habis program perasmian tu.


Saturday, May 10, 2014

orang cakap klinik cina

Len.
Ah Len?
Len Seng?

Len singkatan from Lena la.....!!!!!!

Stress nya aku!!!!..

Stress bila org cakap, org x dtg klinik saya sebab ingat klinik cina. Tp klinik yg betul2 cina kat bandar nun, ada jugak melayu yg pergi. So, what is the problem??...

Kawan saya yg sorang ni insist suh tukar nama. Rebranding katanya. Buat promosi balik, letak banner balik. Tukar mentaliti penduduk setempat katanya. Hurmmm.....

Apa pendapat korang??

Betul ke ia soal nama?

Klinik saya ni bukanlah x laku langsung. Cuma very slow. Modal besar babe... Bukan puluhan ribu.. Tapi ratusan ribu...Jadi, income sebulan harus lebih daripada bisnes jual tudung,ye dak?...Jangan pikir dentist kaya sebab crown 600ratus sebatang, bridge beribu sebatang... Bukannya ada patient crown bridge tiap hari kan. Dan, ingat, modalnya ratusan ribu...Huuu...

Satu lagi sebab ada pesaing yg very otai kot..Klinik gigi satu lagi belah belakang ni je. Susah sket nak tackle customer dia.  Eh,bukan nak curi pelanggan,rezeki masing2 kan..

Saya rasa saya mahu bertahan. If selepas setahun klinik beroperasi, income masih di bawah par, mebe kne rebranding.

Skang, saya mahu bertahan. Saya lancarkan bbrp stategi dulu. Nextwiken nak jemput blogger buat review klinik. Saya akan bg rawatan scaling percuma. Sapa nak????

Sapa yg baca entry ni, tolongla sebarkan ini klinik melayu islam muslimah gitu. Dan doakan saya dpt melepasi saat genting dlm berbisnes ni. Kdg2, benda mcm ni buat saya stress, mudah nak marah,mudah terasa. Begini rupanya hidup berbisnes.

Doakan saya yea.




Wednesday, May 7, 2014

suami isteri kena selalu gadoh

Tak percaya statement tu? Baca neh....


Haaaaa....So meh ikot saranan tu kalo nak rumah tangga kekal sampai akhir hayat...Hihi...

Saya lah isteri yg rajin bergaduh dan senang bergaduh lebih2 lg time klinik x laku. Otak dah la pening pikir hutang klinik keliling klinik (bukan keliling pinggang sbb klinik xde pinggang dan klinik yg bhutang bukan saya...huahahaa), hati dah la gundah sbb income slow, tengtiba laki komplen gulai ikan saya cair!....sebak mak tau...huhuhu....

Hurmmm,ni kisah 2 hari lepas...Penat2 saya gulai ikan Arjuna komplen cair x cukup santan ke?...Mmg la saya x buh semua santan RM2 tu sbb santan tu nmpk mcm pekat sgt...Dan mmg la gulai saya cair...Tp xyah la tegur...Makan je la oi...Katanya,kalo x tegur bila nak ada improvement...Lahaiii...Org tgh depress setahun xbli handbeg tetiba Atia tayang Speedy 30 balik umah kne tegur pasal masakan plak...heeeeee..Arjuna tu,pantang kalo sy nangis...Bukan dia nak pujuk,dia makin marah adalah sbb benda kecik pun nak nangis katanya...

Malam tu saya majok la konon xnak mkn...Saya tido awal...Baju kerja Arjuna pun x gosokkan..Seb bek dia ada selai kemeja yg xyah gosok...Langsung x konyok walau basuh dgn washing machine. Baju tu la yg Arjuna akan cari dan pakai if bini dia x gosok kemeja kerja sbb tgh bergaduh...Nasib ada selai je. Kalo x ,banyak hari la kami gaduh...Haha...

Seharian kat klinik,Arjuna x kol or wasap langsung. Biasa,kalo x gaduh dia akan kol or atleast wasap. Saya dah tekad,if dia x dtg klinik slps kerja tuk amik anak2 mcm biasa, saya akan teruskan pergaduhan. Tak kira,kali ni xnak mntak maaf sbb dia yg guriskan hati saya.

Sekali petang tu,dia dtg klinik dan amik anak mcm biasa. Ngeh ngeh... Kebetulan saya ada patient,so,tiada komunikasi la. Dia juz amik anak bawa balik rumah...

Oleh kerana mood masak blom dtg lps kne komplen,saya juz bli nasi kerabu pasar mlm je tuk dinner mlm semalam. Anak2 pun makan nasi ayam pasar malam... Utk mlm ni, Arjuna dah bli lauk siap...Selamat, xyah masak dah... Lagipun lauk mentah xde dah kat rumah...

Hurmmm,minggu lepas kami gaduh sbb Arjuna terasa saya ckp dia asik gembira sengsorang gi program Gino.

Dua minggu lepas kami gaduh sbb saya marahkan dia marah Qasyaf.

Jadinya mmg kami gaduh tiap minggu sepeeti disarankan... Haahaha...

Ok lah... Itu je nak cite. Bai...

Friday, February 7, 2014

macam-macam hal

Seminggu ni macam2 hal berlaku...

1) Saya dah tamatkan perkhidmatan babysitter. Dah cakap elok2 kenapa nak stop. Ngam2 sebulan je la dia keje. Masa nak bgtau nak stop tu punyalah saspen. Saya ni nampak je garang,suara tegas bak kata Athi. Tp hati lembut seh. Dalam hati ada taman bunga. Haha. Bukan apa, takot bs salah anggap. Nnti dia ingat kita benci dia. Atau saya takot dia frust jobless lg. Mcm2 pikir tau nak jaga hati org neh. Taknak dia bawa mulut bukan2. Satu lg sebenarnya sbb saya x reti la nak slow talk dgn org,bgtau tpaksa stop kan perkhidmatan dia. Takot org xle terima. Tp alhamdulillah bs ok je. Dia pun ckp dia mcm xbuat pape kat klinik sbb Qasyaf and Qisya xnak sgt dia layan. So,ok lah. Tamat kisah bs. Mari lah btungkus lumus sendri jaga anak sambil bkerja.

2) Tooth mousse sgt laku. Ada je order masuk. Skang stok dah habis. Tinggal satu je lagi kat klinik,itu pun perisa mint. Bila berniaga on9 ni ,kne btungkus lumus pergi pos laju la plak. Maka tpaksa la angkut budak dua org tu. As always,dukung Qisya,pimpin Qasyaf. Gigih x?  Tp x jugak kurus. Huuuu...

3) Eh,dah tau mcm mana nak kelentong org dlm IG suh muka nampak kurus bila selfie. Hahaha. Skang gian on9 shoping dah dtg balik. Nak bli handbeg blom mampu. So,beli blouse and shawl sajalah. Semua IG jual baju jual shawl yg Balqiesh letak kat blog dia tu saya follow. Ada la selfie dgn shawl baru sekali tu,ramai org komen kurus. Haha. Alasan kukuh neh nak bli shawl lagi. Haha. Lagipun bosan dah tudung btingket2 tu. Btw, sapa nak follow my IG, sila la. Nama harzlen.

4) Arjuna plak sejak keje kat KT,bz manjang. Hamik kau. Takle nak komplen byk la sbb  saya yg suruh mntk pindah kan. Skang miting jauh2 dah. Malam tadi br balik dr KL. Exhausted la jugak menguruskan anak2 dr pagi sampai malam sorang diri. Huuuu...

5) Vocab Qasyaf bnyk sgt skang sampai x terlayan. Kadang cakap teganu,kadang ckp kelate,kadang ckp standard. Tp mmg pandai bodek la. Mntk itu ini. Cakap itu ini,penat mami nak layan. Hehe....Selalu la buat mami marah. Tapi tetap nak peluk ciom mami dan skang langsung xle berenggang.Mmg nak ngikot mami je la.

6) Salah seorang staf saya dah bhenti keje secara kurang ajar. Yes,penggunaan kata kurang ajar tu. Sbb langsung xberadab, tak sopan sedangkan dia nmpk sgt lembut dan sgt baik. Nak tau cite? Heee mmg nak cite ni. Staf saya ni, smlm shif ptg. Patut masuk keje kul 3pm. Tp kul 3.30pm lom sampai. Saya msg tak balas. Then saya kol,masuk voicemail. Ptg kul 5pm saya kol lg, masuk voicemail lg. Ishk,takot ada kemalangan or kecelakaan je. Risau jugak kan. Malam, kul 10pm saya kol,masuk voicemail jugak. Saya pun msg staf lg sorang mntk tlg dia cover lg tuk hari ni. Staf saya dua org je. Pastu staf saya reply katanya tadi staf yg mhilang tiba2 ni dah on phone. Ahhh,ini menimbulkan syak wasangka. Tgh mlm, sambil tunggu Arjuna sampai dr KL says kol lg. Dia x angkat. Saya kol lg dah masuk voicemail balik. Saya pun msg tny ada masalah apa,kalo xnak keje,pulangkan kunci klinik. Dia x reply. Pagi tadi saya ke rumah dia. Berpuluh kali bagi salam tp xde org keluar sedangkan saya mmg tnampak mak dia tgh sidai baju kat blakang,tengok saya, cepat2 lari masuk menyorok. Lama saya tunggu konon pikir dia nak tukar baju ke pakai tudung ke apa kan. Tapi x jugak keluar. Haishhh sgt geram. Mau je aku goncang pagar sambil mjerit. Tp saya ada akal bukan mcm dia xde akal kan.huuuu... Saya pun ke klinik . Tak lama,staf tu sampai. Masuk dgn muka pucat tp berani. Siap bawa adik lelaki teman. Dia mntk maaf. Ckp nak bhenti kerja sbb tiba2 dpt kerja lain. Smlm x bgtau sbb   dlm keadaan bingung katanya xtau nak pilih keje mana. Sepatah msg pun x bgtau sbb dlm keadaan bingung. Bingung ke bengong ?!.Huuu...  dan dtg ni sbb nak pulangkan kunci klinik. Being me,tindakan refleks saya bila ditindas atau dibuli adalah fight back kan. Saya pun fire,sembur dia btubi2. Tp x pandai maki. Ibu ayah saya x ajar maki. Suara je bergema...
 Dia juz minta maaf minta maaf. Saya bkn  marah dia bhenti keje. Tp saya marah dia buat kami mcm org bodoh yg ttanya2 mana dia pergi. Kenapa dia dan mak dia x buka pintu masa saya pergi rumah dia. Saya, Arjuna, ibu ayah,Mak bapak staf sorang lg pun semua tlibat la. Dah semua pelik mana dia mhilang. Mak bapak staf sorang lg pun heran la apasal anak dia kne keje pg sampai mlm sedangkan biasa satu shif je kan. Hishhh mcm2 jenis manusia la. Nampak luar sgt sopan dan baik...Eeee boleh blah!

6) Ni tgh cari pekerja baru. Menyusahkan aku je. Dugaaaannnnn...

Saturday, January 25, 2014

perancangan Allah lebih baik

Saya pernah cakap kan..Arjuna kerja Felda. Pegawai rancangan tanah. Kena jaga ladang. Dia grad dulu pun pasal ladang2 pertanian2 neh. So, dia selalu ckp, mmg kije dia sampai bila2 pun akan di tanah rancangan saja selagi dia kerja dgn Felda. Peluang nak kerja pejabat utama kat ibu negeri mmg xde langsung..Kalo ada pun dlm 5% gitu je. Dan mmg susah sgt la pejabat utama nak tarik pegawai ladang kerja opis unless dia sambung belajar, jadi bos besar sket dah tentu2lah kena duk opis kan.

Walaupun tahu mcm tu, saya tetap berhenti kerja. Buka klinik sendiri. Berjauhan dgn suami. Masa klinik blom siap dulu, Arjuna akan balik ke KT 2,3 hari sekali dlm seminggu. Dia sendri pun ada kuaters kat Felda. Ni, sejak buka klinik, dia sanggup berkorban masa dan tenaga tuk berulang alik tiap hari demi anak2. Klinik saya beropersi sampai 9pm. Tugas uruskan anak, jaga anak, layan anak, Arjuna la amik alih selepas dia sampai dr tempat kerja pukul 6.30/7pm...Arjuna akan masak nasi, prepare siang lauk siap2..Saya balik, saya terus masak je. Kadang tu, dia setel masak semua sekali. Saya balik je kami makan sama2.

Mcm tu lah rutin kami....Penat mmg la..Saya penat sbb keje lagi, jaga anak lg...Arjuna penat sbb ulang alik KT-Paka...Tapi, perancangan Allah siapa yg tahu..Kita wajib berdoa saja. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tanpa diduga, pejabat utama Felda wilayah Terengganu ni nak buka SAWARI (satu wilayah satu industri)..Derang perlukan pekerja dari jawatan bos, kerani, driver sampailah jurujual. Derang buka interview. Saya pun suruh Arjuna pergi...

Arjuna ni jenis tak ambitious. Dia jenis seadanya...Takde la passion nak tukar kerja, nak tukar ke pangkat lebih tinggi...Dia jenis laid back. Jenis cukup apa yg ada...Bila dia dgr kerja sebagai bos SAWARI ni lebih busy, lebih bnyk outstation, lebih bnyk urusan berbanding kerja sebagai pegawai rancangan tanah, mmg dia tawar hati la...Tp dlm masa yg sama, dia penat nak berulang alik tiap hari.

Saya la bg semangat..Saya kan jenis ambitious..Sikit2 nak perubahan..Nak sesuatu yg baru...Saya dah ada kehidupan baru dgn adanya klinik, Arjuna pun eloklah beralih angin jugak kan..Saya suruh jugak dia pergi interview...Arjuna ckp, lepas ni, kalo dpt kerja ni, jgn bebel if dia busy..Jgn merungut if dia selalu outsation...Alaaah, xkan la tiap minggu outstation kan...Yg penting xyah dah berulang alik, jimat duit petrol, kurangkan risiko bahaya di jalan raya..Betul x?

Masa kne interview tu, penemuduga tanya kenapa nak jawatan tu, dia ckp isteri saya suruh.. Hahahaha...Hampeh kan..Nampak sgt x berminat...

Tp, oleh kerana dia lebih layak dr segi kelulusan dan pengalaman kerja, alhamdulillah, akhirnya dia dapat jugak kerja tu...

So, Arjna dah dpt surat rasmi..Rabu lepas lapor diri...Pergi lapor diri pukul 8am, pukul 7pm baru muncul di klinik...Hari pertama pun dah sgt busy sampai x sempat tanya khabar anak bini...Biasanya Arjuna akan kol dan wasap..Sehari adalah 3,4 kali..Huuuu...

Tp xpelah...Mula2 ni je kot sgt busy...SAWARI ni mcm hypermarket la...Derang pasarkan produk hasil Felda yg komersial mahupun hasil kecila2 peneroka2 seluruh Malaysia...Kira mcm Giant? Mydin?Tesco?..Haaa..Lebih kurang mcm tu la...Tp produknya, produk Felda...

Mula2 ni mmg busy sbb nak mula dari zero kan..Yg ada hanya bengunan je skang..Kena masukkan rak2 barang, susun barang jualan, letak tanda harga, key in bar code...Mmg banyak kerja la....Arjuna as a bos, kne pantau semua la...

Ni, hari ni, derang duk bergotong royong kemas kedai dulu sbb esok barang2 jualan nak sampai...Sepatutnya wiken mcm ni, anak2 duk dgn dedi..Tp dedi busy, saya hantar derang ke rumah ibu...Qasyaf pun bosan asik duk klinik....Biarlah duk dgn ibu,boleh bgurau senda dgn chudik dan tok ayah kan..Hehe...

Masa mula2 nak resign, amik keputusan nak buka klinik kat KT, x terfikir pun Arjuna akan dpt pindah dgn mudah. Redah je buat keputusan..Hanya minta pada Allah yg terbaik...Semua berlaku dgn lancar, in shaa Allah, betul la tu keputusan yg terbaik...

Sama jugak dgn soal sambung belajar...Dua hari lepas, kluar keputusan biasiswa kerajaan tuk doktor kerjaan sambung belajar..Most of my colleague yg se batch dgn saya yg apply biasiswa tu, berjaya dapat...Kawan saya ckp, tahun ni tahun batch kita...Kalo kita apply pun mesti dapat punya...Tp kita ni apply awal sgt dulu..Baru 3,4 tahun kerja dah apply, mmg xde sapa nak bg la kalo interview so so je....Kalo apply bila dah kerja 6,7 tahun, interview gitu2 je pun dah dapat..Sbb mmg ikot seniority kan...

Saya ckp, xpe lah...Rezeki kita di sini...Rezeki kita buka klinik gigi...Takpe lah...

Ya, saya pernah bercita2 nak sambung belajar..Pernah apply biasiswa...Masa tu baru beranakkan Qasyaf...Tp, nasib x baik tahun tu, course yg saya apply, sorang pun xdpt biasiswa..Takde bajet ke xde kuota ke apa xtau la...Malas dah eh nak apply lg...Bukan semangat dah pudar, cuma malas nak menunggu lg tuk biasiswa..Tunggu maknanya kne stay kerajaan..Bosan dah eh nak keje kerajaan jawatan sebagai officer biasa..Bosan!..

Maka, di sini lah saya hari ini..

Esok lusa, nasib saya, keadaan klinik saya, xde sapa yg tahu...Kita hanya wajib berdoa minta Allah berikan yg terbaik je...

Ok lah...Itu saja nak coret..Daaaaaa!!!! 


Wednesday, November 6, 2013

rezeki datang dari Allah

Itu la yg sering diulang oleh Kak Nadia. Jangan takut. Buat je. Dan doa.
Rezeki datang dari Allah. Bukan kerajaan yang bagi rezeki. Bukan majikan yang bagi rezeki. Malah, bukan patient yang bagi rezeki. Semua datang dari Allah.

Tazkirah hari ini. Heeee....

Isnin, masa majlis kenduri kawen sebelah kami, klinik saya tetap buka. Saya minta Najihah locum. Saya janji pada dia, saya akan bayar 40% daripada income hari tu. Tp saya x bg minimun payment. Andai kata xde patient langsung, dia x dpt apa2 la. Najihah cakap ok, aku locum, tolong kawan katanya.Tengah hari, saya bg kelonggaran la. Tutup klinik, dtg makan kenduri rumah saya.

Petang, saya bagi kelonggaran lagi. Boleh la kalau nak tutup klinik awal. Najihah whatsapp. Katanya patient ada sorang je sepanjang hari tu dan buat scaling saja. Saya kan tengah promosi scaling. Hanya RM30. 40% drpd RM30 adalah RM12. Najihah kata, xpayah la Len..Aku sedekah je la. Buat amal tolong kawan. Heeeee...

Esoknya, iaitu semalam, hujan turun dari pagi. Sejukkkk...Lepas solat subuh, saya menyelinap dalam selimut balik. Tidur. Pukul 9am, saya gagahkan diri bangun, mandi dan bersiap utk pergi kerja. Kalau ikotkan hati, mmg malas sgt. Dah la suami dan anak2 masih lena diulit mimpi. Tp, saya pergi jugak ke klinik. Staf saya mmg buka klinik pukul 9am. Sekarang, saya dah serah kunci pada diorang.

Cuaca sgt sejuk. Hujan x berhenti, kadang2 lebat, kadang2 renyai. Tp, tahu berapa org patient semalam?..9 org!..Siapa sangka kan. Kalau tgk pada cuaca, pada jalan raya yg basah dan lengang, ingatkan xde patient langsung. Tp, rezeki dan datang dari Allah.

Memang la 9 org tu x ramai. Tp, ye lah. Ia sesuatu yg boleh buat saya senyum juga. Saya kan baru nak bertatih, baru nak belajar.

Semalam, Arjuna cuti. Dia yg jaga anak2 kat rumah. Lepas Zohor, saya balik rumah. Bf Qisya, prepare lauk tuk dinner. Sejam jugalah saya di rumah. Dah pesan awal2 kat staf, kalau ada patient, kol saya dulu tuk beritahu ada patient. Sambil tu register la patient dan layan borak. Saya akan sampai dlm masa 5-10 minit. Heeee...

Masa saya kembali ke klinik, Arjuna bawa anak2 lepak rumah abang dia yg masuk spital hari tu. Sebab MIL dan PIL ada sana. Derang di sana sampai la petang. Dekat margrib derang sampai klinik. Lepak kat klinik sampai habis waktu operasi.

Ibu plak kol, bagitau jadi la nak buat BBQ mlm tadi jugak. Hujan xpe kata ibu, kita buat bawah garaj. Tutup klinik, terus ke rumah ibu. BBQ ni juz libatkan makcik pakcik sepupu sepapat belah ibu je. Tak ramai pun. If ajak yang belah ayah, namanya kenduri sekali lagi la. Belah ayah, ramai sgt. Heee...

Pukul 12 mlm baru balik rumah sewa.

Itu saja nak cite..

Daaaaa...

p/s: bff dah balik dari Italy...Tayang Gucci, LV dan Prada. Saya tumpang seronok tuk derang. Jujur, saya seronok tgk derang. Tak jeles, tak envy. Hanya simpan angan. Satu hari, saya akan miliki jugak. Yes, one fine day.
Kalau belom resign, bonus sebulan gaji saya Januari nanti, mmg mampu sangat nak bli LV sebiji. Tp ini yg saya pilih kan. Saya x menyesal. Saya hilang kepentingan sebagai penjawat awam, saya peroleh kebebasan berkerja, mencorak sendiri masa.
Kalau kerja kerajaan, balik rumah mengular sejam, gaji kompem x berkat kan. Heeeee...

p/s lagi : yes, i do love designer handbag. Benda lain saya x kisah. Saya kisah beg mahal hokey. Bai. :-)


jgn lupa klik sini



 

Wednesday, October 23, 2013

sakit hati, marah pada suami

Kena banyak istigfar.
Jgn ikotkan sgt bisikan syaitan.
Syaitan suka sgt kalau laki bini bergadoh.

Dua, tiga hari ni, kami agak stress. Bisness sgt slow (ada sbb knp bisness sgt slow, bila dah setel semua baru saya bagitau eh). Dan kelebihan penjawat awam Felda dari segi kewangan digantung sementara. Dengan kata lain kami stress dek kekangan wang.

Nak kata tpaksa bergolok bergadai atau sampai terpaksa pinjam along tu, xde lah. Bil2 bulanan masih mampu bayar. Cuma ye lah, bila soal xde duit, semua org akan jadi sesak nafas kan. Dari boleh soping on9, skang kne tahan nafsu. Jengok page jual barang pun x sanggup. Dari boleh main kereta, beli barang kereta tiap bulan, skang, kne pejam mata bila kawan offer barang baik. Sbb tu masing2 rasa stress kot. Nafsu dan kehendak duniawi tersekat kan. Stress la.

Bila dah stress mula la cari point utk gaduh.

Last Monday, klinik xde sambutan langsung. Takde patient langsung. Zero!. Saya hanya duk melangut kat klinik dari pagi sampai malam. Rasa sgt terbeban di dada. Lebih2 lg bila terkenangkan anak2 yg terpaksa menumpang manja dgn ibu bila saya pergi kerja. Sedangkan, saya x betul2 kerja pun. Menunggu patient yg x kunjung tiba.

Balik rumah, Qasyaf sgt excited bila jumpa saya. Mcm happy sgt. Takle nak control. Mmg tarik perhatian saya sepenuhnya. Ntah mcm mana, dlm happy terkinja2 tu, dia tjatuh atas perut Arjuna. Arjuna lepuk paha Qasyaf. Saya tahu Qasyaf x sengaja. Arjuna juga x sengaja sbb tindakan reflex bila perut sendri dah senak. Qasyaf tu 18kg hokey. Saya plak emo lebih. Terus menjerit marah,terpekik siap bderai air mata. Mmg dlm hati dah nak menangis dr tadi, stress xde patient kan. Ni ada peluang menangis, amik peluang la. Hahaha...

Terus ajak Qasyaf masuk loundry room. Cheh, rumah sewa ada loundry room tu.Hihi. Irom baju kerja Arjuna 2 pasang. Sambil sisa2 air mata masih mengalir. I kan ratu air mata. Qasyaf relax je main dgn hanger mcm xde apa yg berlaku. Qisya plak menjerit2 ketuk pintu sbb saya tutup pintu loundry room tu. Dah agak dah, Arjuna sengaja lepaskan Qisya.Td elok2 je Qisya duk main dlm bilik tidur.

Arjuna, as always, bila gaduh, membatu lebih keras dr patung batu. Geram weh!..

Esoknya, masih membatu.
Dia gi kerja macam biasa.Tp x minum pun nescafe o yg saya buatkan. Sebenarnya saya nak kol nak panjangkan pergaduhan. Nak tny kenapa x minum air. Tp bila menyahkan bisikan syaitan, baru perasan. Air panas mendidih hoi. Masak air,terus tuang air panas semua se mug. Tak tambah air masak pun. Kihkih..Patut x minum.Kalau nak hirup nescafe o tu secara santai, alamak punch kad merah la laki aku.Hahaha...

Then, sepagi tu, xde pun msg or kol dr Arjuna.Kalau tidak, jap2 msg,jap2 wasap, jap2 kol. Soalan sama je, "ada patient x ?"..

Bila tgh gaduh, hati saya x tenang tau. Nak je kol or msg. Padahal, kalau x gaduh, xsedar pun hari berlalu tanpa kol or msg dr suami.Kihkih.

So, terpaksa la saya yg wasap dulu. Lupa dah sy tny apa. Buat mcm xde apa yg blaku.
Bunyinya mcm masih dingin.
Satu hal Arjuna ni, pantang sungguh kne tengking kat bini. Rajuknya lama. Bini plak suka menengking.Muahahaha...

Tp, bila bnyk soalan dr saya.Lelama ok gitu je. Walau pun ada la sikit lagi mcm mls nak bcakap,masih nak mbatu.Huhhh..

Petang, balik kerja,Arjuna terus amik anak2 dr rumah ibu. Anak2 plak, letih sgt bermain kot, tertido dlm kereta. Sampai rumah,Arjuna wasap bgtau anak2 tido, dia nak masak. Dia ckp nak masak telur kicap dgn ayam goreng kunyit.

Ok,terus dtg perasaan menyesal. Apasal la tengking laki mlm td kan. Insaf insaf.

Balik rumah, anak2 semua baru bangun. Breastfeed Qisya. Sementara tu Arjuna hidang makanan.

Setel puaskan Qisya, terus ngadap meja makan.

Telor kicap?!!!!

Eh, nak tanya ni, bukan ke telor kicap tu org masak mcm ayam kicap. Tumis bwg. letak kicap then letak telor mata kan. Gitu kan.

Versi suamiku, tumis bwg putih, merah, letak kicap sos tiram,air sikit, pastu pecahkan telor. Haikkkk?!!!...Itu namanya kuah kicap bertelor hancur. Ye x?

Geli hati bila tengok kuah kicap tu.Tp org dah baik hati ringan kan tugasan isteri kan. Layan je la. Tp sempat la jugak ketawa mengejek.Kahkah...

Ok la. Tu je nak cite.
Doakan bisness sy maju ye kawan2. Semua org suh sabar. Biasalah, 4,5 bulan mmg nazak.Semua org ckp camtu. Ye la,ye la. Habis tu, tahun bila la saya boleh pakai Gucci ni?!!!!!

p/s: kalau saya kerja kerajaan, dgn gaji U48. hujung tahun ni kompem ble pakai Gucci. Tapi xpe lah. Tak menyesal pun. Sikit pun tak menyesal.

p/s : hutang bulanan: kereta 800,personal loan sbb beli tanah 1200, hutang PUNB 3500, sewa kedai 2000. Tak ke sesak nafas senak perut tu?!!!...Skang ni bertahan sbb duit pinjaman bisness saya x guna sepenuhnya lagi.Ada lagi balance buat tampung hutang bulanan. Setakat ni duit pinjaman bisness blom guna utk urusan hutang peribadi mcm kereta n personal loan. Harap2 x perlu guna langsung la utk urusan peribadi.

Sekian. Saja tulis kat blog. Satu hari, boleh kenang balik kesusahan di awal perniagaan.

Rezeki itu dari Allah.

Saturday, October 19, 2013

bukan hanya tumbangkan kambing dan lembu

Berkorban lebih dalam maksudnya.

Saya tinggalkan anak2 untuk pergi kerja. Itu satu pengorbanan.
Arjuna sanggup jadi surirumah di kala isterinya pergi kerja. Itu juga satu pengorbanan.

Masuk hari ni, dah 2 minggu lebih saya bekerja kembali. Sebelum raya haji baru ni, saya hanya buka klinik dari 9am-5am. Ni, habis je cuti raya haji, kami mula beroperasi seperti yg dijadualkan iaitu jam 9am-9pm.

Sebelum ni, Arjuna yg kerja jauh di Kerteh hanya akan pulang 2x dlm seminggu bekerja. Kesian jugak nak minta dia berulang KT-Kerteh sevtiap hari. Perjalan pergi balik dalam 3 jam lebih jugak. Tp, bila klinik dah buka 12 jam gini, Arjuna cakap, biarlah dia berulang alik tiap hari. Kesian anak2 katanya. Jadi, weekdays, Arjuna akan bertolak ke tempat kerja seawal 6am, saya hantar anak2 ke rumah ibu jam 8am, Arjuna tiba dr Kerteh petang dlm pukul 6.30pm @7pm, terus amik anak2 dari rumah ibu. tengoklah, ada masa derang akan lepak klinik tunggu mommy habis kerja. Tak pun, derang akan balik rumah mandi dan tunggu mommy di rumah je.

Wiken, Arjuna akan jaga anak2 di rumah je. Wiken saya sekarang x sama dgn wiken org Terengganu. Derang cuti Jumaat Sabtu. Saya cuti Ahad.

Setakat buka 9am-9pm ni, Arjuna belom masuk kerja lg. Saja dia ambil cuti nak lepak dgn anak2. Maklumlah, mommy bz kerja la kan kononnya.

Jadi, bangun pagi, saya akan siapkan sarapan. Kalau budak2 kecik chomel tu bangun awal, saya sendri akan suapkan derang sarapan. Kalau derang bangun lambat, saya akan tinggal mcm tu je la. Then Arjuna akan mandikan, suapkan makan dan layan main. Sampailah tgh hari. Derang akan dtg klinik saya. Saya breastfeed Qisya. Arjuna beli makanan, kami makan di klinik saja. Kemudian derang balik rumah. Biasanya petang2 budak2 tu tido je.

Malam, sebelum balik, saya akan kol Arjuna mintak dia masak nasi dan keluarkan lauk mentah dr peti ais. Sampai rumah je, kelentang kelentung saya bjoget di dapur kejap dan kami makan sama2. Masak yg simple2 je. Bawang, cili semua saya dah blend awal2 masa wiken. So, cepatla jugak sesi memasaknya tu.

If xde lauk, juz bli lauk siap je. Senang. Tp mmg kne jaga2 la sikit sbb Qasyaf alergik, senang naik gatal2 merah2. Mlm td, bli tomyam je. Lepas mkn, Qasyaf gatal kat muka dan leher. Tak taulah dlm tomyam tu letak apa.Alahai, sian Qasyaf.

Bila mommy xde ni, tak tau lah anak2 buat apa. Arjuna ckp, semua ok. Harap2 mcm tu lah. Arjuna lelaki jenis yg pandai handle anak. Tak kekok mandikan anak, pakainkan lampin, suapkan anak. Mmg dr mula2, Qasyaf dlm pantang lagi dia dah handle Qasyaf. So, mmg saya percayalah. Cuma suami saya tu, pembersih orgnya. Mainan sepah2 xpe. Jgn makanan sepah2. Nanti semut katanya. Dan Qasyaf plak, suka makan keropok, kerepek kat ruang tamu. Budak kan, kalo makan x sepah, ajaib tu. Itu je la. Saya selalu pesan, saya xde, jgn marah Qasyaf nak mkn..Biar je la. Nanti sapu. Itu yg berkali2 saya pesan. Hahaha...

Petang, bila saya xde, anak2 bosan, Arjuna bagi derang main kat laman.

Pastu amik gambar, whatsapp kat saya. Saja nak buat saya rindu la tu. Alahai. Tahan hati. Balik rumah nanti, kita bgomol ye anak2 ku. Ini gambar semalam....

Hurmmm, itu saja la nak cite. Kehidupan setakat ini. Bila income dah stabil sikit nanti, saya kerja 9am-5.30pm je la. Selebihnya, adik saya akan ambil alih. Nasib ada adik doktor gigi jugak. Heee...

Ok la..Daaa!







# 4.45pm, daddy wasap pic ni...
Haishhhh, kang mommy tutup klinik lari balik rumah baru tau!

Friday, October 11, 2013

berangan la lagi....


10 Okt. 13

Mmg hari ni dlm sejarah sgt.

Entry ni ditaip pada 10 Okt. 13, mungkin akan publish esok atau lusa. Sbbnya? Sbbnya sila baca sampai habis.

Ok. Bila weekdays mcm ni, Arjuna akan bertolak ke tempat kerjanya seawal 6 pagi. Saya pula, kalau ngantuk akan sambung tido. Dan hari ni saya sambung tido sampai pukul 7.15 pagi. Kelam kabut kejutkan anak2. Anak2 sgt sgt behave hari ni. Ada la sikit2 ragam bila kne paksa mandi awal pagi kan. Tapi semuanya ok bjalan lancar.

Saya malas nak iron baju bagai, juz sambar sehelai dress hitam polkadot merah tanpa lengan. Kemudian amik cardigan rona coklat. Ishk, bosan la pakai mcm ni. Pakai smart sikit la. Tukar cardigan dgn jaket hitam. Haaa, baru la bergaya sikit. Packing barang anak2, terus ke rumah ibu. Semasa saya bkerja, Qasyaf tinggal dgn ibu. Hari ni, Qisya pun nmpk sgt baik. Ibu ckp, tinggal je la Qisya. Boleh main dgn Qasyaf. Lagipun masa tu derang tgh makan nasi goreng ibu suapkan. Elok je anak2 bye maminya yg nak gi kerja ni. Sebelum tu, saya sempat minta ibu sediakan barang2 nak buat bunga telor tuk majlis kahwin acik nanti. Saya dah siap buat 43 kuntum. Ibu suh tambah lagi 7 kumtum nak cukupkan 50. Ibu pun siapkan barang2, letak dlm plastik. Saya terus letak plastik tu dlm kereta dan cepat2 tinggalkan rumah sebelum anak2 kesayangan saya tukar fikiran nak ikot saya pergi kerja.

Pukul 8.40 pagi di kuala terengganu, jalan agak lengang apatah lagi bila shortcut guna jalan kampung. Sorang2 dlm kereta tanpa mulut bising Qasyaf, tanpa rengekan Qisya, kepala ni mula la menerawang jauh. Berkira2 tentang promosi klinik. Mencongak2 pendapatan yg perlu capai dlm sebulan. Dan terbayang2 handbeg mana yg akan jd handbeg pertama yg akan saya beli guna hasil titik peluh bisnes sendri. Serious saya tak tipu. Mmg saya berangan soal handbeg masa tu. Sbb saya dah berjanji dgn diri sendiri. Saya tak mau beli handbeg selagi bisnes terumbang ambing. Bila bisnes dah stabil, saya akan reward diri sendiri dgn apa yg saya suka. Berkhayal jenama apa ye akan jadi hadiah pertama tuk diri sendiri. Mungkin tak perlu terus menggapai Chanel. Mungkin boleh mula dgn Gucci atau LV yg paling murah. Otak saya mmg tidak fokus pada jalan raya.

Sedar tak sedar, saya sampai di klinik, terus parking kerta di bawah paras kurang sedar sbb kepala masih berangan. Ambil semua barang dari kereta. Tutup pintu kereta dan hulur kunci klinik kepada staf yg tiba lebih awal dan sedang menunggu. Tiba2 seakan tanyangan drama di tv yg berhenti secara tiba2 dek putus bekalan elektrik. Gambaran dlm benak saya automatik terpadam. Saya pandang dlm kereta, ya Tuhan, kunci kereta masih di dlm. Kereta saya yg sememangnya pintunya bermasalah terkunci dgn sendri. Kereta sudah terkunci rapat dan kuncinya masih di dalam!.

Takpe, relax. Nanti boleh kol ibu. Minta ibu datang amik saya dan bolehlah amik kunci kereta spare kat rumah sewa saya. Tapi, nanti sekejap. Ooooo ok...Kunci rumah sewa juga terletak elok dekat handbreak kereta. Seolah2 tersenyum melambai2 ke arah saya.

Relax..relax..terpaksa la kol ibu bagitau tak dpt balik tengah hari tuk breastfeed Qisya. Ibu pandai2 la bg dia makan kenyang2 dan minum air masak. Qisya skang totally reject ebm.

Saya masuk ke klinik, letak barang. Buka penghawa dingin ke mode plg sejuk. Nampak je relax tp dah berpeluh2 ni sebab terperanjat dgn kejadian tertinggal kunci. Perut pun macam kecut semacam je sbb saspen. Saya buka handbeg,satu lagi kejutan. Handset xde!..Bila recall balik, baru teringat, handset ada kat atas katil rumah sewa. Sekian terima kasih drama pagi ini!!!...

Kaku sekejap. Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus.

Pinjam handset staf, mintak nak hantar satu msg pada Arjuna. Arjuna plak lambat kol balik.

Tarik nafas. Hembus.

Setengah jam lepas tu, Arjuna kol handset staf saya. Fuhh...

Tak kne marah pun..Manusia mmg lalai dan pelupa kan.

Mintak Arjuna kol ibu bagitau kisah saya.

Lega sikit rasanya bila dah inform musahakah saya kepada Arjuna dan harap Arjuna cepat2 bagitau ibu.

Klinik baru, pesakit pun xde lg, jom kita buat bunga telor la. Saya pun buka plastik yg ibu isi barang2 nak buat bunga telor. Aik?..Mana lidinya..Aduhai...Lidi xde mcm mn nak buat. Simpan balik plastik tu dan melangut renung laptop di meja.

Dan sekarang, saya menaip cerita pagi ini di laptop yg tidak mempunyai line internet.

Sekian, wassalam.

 

 

# bagaimana kalau Qisya yg berada dlm kereta bersama saya tadi?..Kalau Qasyaf, in shaa Allah xpe sbb dia dah pandai dengar arahan dan pandai buka pintu yg berkunci dari dalam..Kalau Qisya?... Nauzubillah hi min zalik..Ya Allah, mintak dijauhkan!..Seriau bila terfikirkannnya.

 

Tuesday, October 8, 2013

Tarik nafas....Sabar...

Dan doa banyak2...

Itu pesan Arjuna....

Tp kadang2, dia jugak yg merungut...Bila saya kerut kening, dia ketawa...   ...

Ye ye..Klinik masih baru..Tak kan lah hari pertama dah berduyun2 orang serbu kan. Lagipun, ini klinik gigi..Bukan klinik ibu dan anak. Org, kalau sebut pasal gigi, dengar doktor gigi, mmg kecut perut kan..Bila dah terdesak sgt baru menyerah diri. Itu masih lg pemikiran most of penduduk tempatan kat sini la. Tp mungkin x semua.  ...

Tp, ye lah..Nak bagitau progression bisness sgt slow la..   ...

Ok ok..Baru lagi..Sabar...Banyakkan bersabar dan doa..   Tp, sementara tunggu patient, buka internet, buka fb, ternampak iklan sale handbeg, mcm tgugat la jugak iman..Kenapa aku resign?!!!!!....Ye ye..Ada senior ckp, perasaan tu mmg akan wujud..Its not regration..Cuma, bila hati kita teringin bermewah sedangkan bisness blom maju, ada la bisikan syaitan yg ganggu hati nak suh kita menyesal x sudah..Syaitan mmg jahat..Nama pun setan kan...   ...

Sabar...sabar...Dunia saya sekarang lain..Dunia bisnes bnyk cabaran. Kerja kerajaan jugak banyak cabaran. Cuma cabarannya saja berbeza.   Sebelum saya resign lg saya dah kne warning dr kebanyakan org..Its not dat easy..Apa ko ingat tahun pertama buka klinik dah mampu pakai Chanel?..Oh tidak...Tidak semudah itu...  ...

Sabar...sabar....   Yg dtg bertandang tu nafsu semata2..Nafsu nafsu...  ...

Bersyukurlah sbb masih cukup makan pakai..Hutang bulanan masih mampu bayar tanpa perlu pinjam dari ibu ayah adik beradik...Jadi, sabar...   ...

Adala tu rezeki dlm bisness..Kata Arjuna lg...   ...

Ok bang...Saje je bang bini mu ini meroyan...Sbb awal tahun hari tu beriya nak kirim Gucci kat bff yg nak ke Italy x lama lg..Sekali, bila tiba masa, terpaksa duk diam2 tak bersuara.  ...

Sekian, luahan perasaan pagi ini..   Kepada pembaca budiman, sila jenguk blog ini yea.. .

www.klinikpergigiandrlen.blogspot.com   Daaa!

Tuesday, July 30, 2013

harap2 FELDA bg bonus banyak

Eh, eh...Nextwik raya dah kan...Kejapppp sgt rasa Ramadhan tahun ni...Sekali pun tak berterawih di masjid. Huuu...Dah janji dgn Qisya dah, in shaa Allah, jika dipanjangkan umur, nak berterawih di masjid tahun depan..Nak bawa Qisya..Masa tu Qisya kan dah besar skit..In shaa Allah, dia behave..Qasyaf plak boleh ikut daddy..

Bulan puasa tahun ni, xde sgt persiapan raya tuk diri sendiri. Kelmarin baru Arjuna tanya, baju raya sayang bape pasang?..
Mana ada baju raya..Sepasang je la yg sedondon semua tu..Nak pakai hari raya pertama...
Laaa, yang duk keluar dgn ibu hampir tiap hari tu beli apa?
Saya sengeh..

Ya..Saya x beriya sgt pun pasal baju raya. Sbb baju mcm dah bnyk kot..hihi...Ms SIL nak kawen last month, dah beli 2 pasang baju. Hari tu nak kenduri rumah sapa ntah, dah beli baju. Nanti acik nak kawen, nak kena beli baju lagi..Akad nikah baju lain, sanding baju lain, majlis belah pempuan baju lain..Ya, dah tua2 ni, baju gi kenduri lg penting dr baju raya..Haha...

Lagipun tahun ni, jiwa lebih kepada persiapan nak buka klinik. Org duk sibuk beli perabot baru tuk raya, saya sibuk beli perabut tuk letak kat klinik. Org duk pilih karpet tuk raya, saya duk pilih karpet tuk klinik. Mmg nampak ke sana ke mari, bukan untuk urusan raya tp urusan klinik. Kejap gi bank in duit kat supplier. Kejap gi jenguk klinik. Kejap gi amik barang kat currier sbb currier xle nak hntr klinik belum bukak..Tapi baju si budak cilik comel dah setel dah. Qisya dah setel dr hujung rambut ke hujung kaki..Walaupun rasa nak beli lg sebab semua skirt dan gaun adalah supercute miut..Tahan nafsu hokeh..Ingat sikit, diri tu x bergaji..Huuu..Cuma Qasyaf belom ada songkok dan kasut baru.

Klinik dah siap renovate!..
Cuma dental chair belum sampai..Supplier janji dalam minggu ni..Bila siap pasang dental chair, boleh la panggil UKAPS datang cek..Haihh, berdebar2 hokeh...

Saya rasa berdebar2..Arjuna plak nmpk sgt excited...Mcm klinik dia plak...hihihi...
Tp saya biasakan panggil "klinik kita"...Sbb semua ni tak akan terjadi kalau xde Arjuna. Dia yg beriya kan...

Ok lah...itu saja..bai

Wednesday, June 5, 2013

surirumah mmg hebat

Ya...
Tetiba rasa ibu saya seorang yg sgt hebat. Mmg sebelum ni pun saya mengkagumi ibu...Tp kali ni, saya betul2 kagum dgn dia. Dia seorang surirumah. Antara adik beradik ibu, adik beradik ayah, rasanya rumah kami paling kemas, paling tersusun, pelbagai hiasan, pelbagai jenis bunga, kain alas meja ibu kait sendiri, gambar crostige (betul ke ejaan ni?) di dinding ibu buat sendiri, saya ada baju tido pelbagai fesyen yg ibu jahit sendiri dan tiap2 hari menu minum petang kami berubah2 sbb ibu buat mcm2 jenis kuih. Hebat kan. Sedangkan sewaktu kecil kami 3 beradik yg atas ni pun,mmg jarak umur rapat2, pelbagai karenah, bermacam ragam. Tapi kenapa ibu boleh sehebat itu?


Waaaahhh, kemain mukaddimah entry ni...Hahaha...


Ok, this is the 2nd week of pengangguran @ surirumah @ SAHM...

Minggu pertama xde la feel sgt sbb bz dgn wedding SIL. Kemudian bz pindah rumah. Ni masuk minggu kedua ni, cita2 nak buat home scholling belom tercapai apatah lagi nak masak food untuk anak2 guna bento.

Susah jugak jadi surirumah rupanya. Pagi2 bangun je, lepas solat terus buat food untuk anak2. Kalau anak2 pun bgn awal juga, maka berdramalah ko nak nyiapkan makanan, nak layan anak lg..Then suapkan makanan..Then mandikan anak..Pastu layan main..Bosan main, dia baling2 toys bawah kerusi sedangkan masa tu mommy tgh kemas rumah. Ayooo!..Pastu, nak alih perhatian xnak bg sepahkan rumah, bg dia mkn keropok ikan. Yum yum,keropok ikan Terengganu ni mmg feberet Qasyaf..Tp dia nak cicah sos la pulak..Pastu kesat2 sos kat baju..Dah kotor baju..Ajak gi mandi lagi..Siap mandi pakai diapers semua,duk kejap,adik pulak berak...Siapkan adik, Qasyaf pulak berak..Pas siap semua, dah tgh hari, mkn lg..Pastu merengek nak tido nak suh mommy dodoi..Ptg, bosan duk dlm rumah, ajak keluar pulak..Nak main kat luar...Kat luar rumah,semua nak pegang,kotor ke, basah ke,x kesah,janji boleh pegang..Mula la mommy terjerit2 mcm org sewel..Mlm pulak, ntah kenapa la asik main, asik kacau mommy nak lipat kain..Haaahhh, baru ko rasa..Penat hoi jadi surirumah...

Tak pe tak pe...Ni br 2nd week..Belum dpt rentak lagi..Nanti,dah dpt rentaknya, mesti ada masa tuk kait alas meja sendiri jugak..Hihi..Eh, berangan mcm jd surirumah selamanya plak...Haha...

Klinik masih lg on renovation..Suka hati derang la nak amik masa lama mana pun..Mak x kesah..Hihi..


Ok lah..itu saja coretan melepas gian nak berblog...

Kisah kawen SIL, kisah kemas brg pindah rumah sambil diarrhea dan Qisya demam panas dan naik campak kita cite lain kali la yea...

Daaaa.....

Thursday, May 23, 2013

hari terakhir

Sebagai penjawat awam.
Sebagai penerima gaji kerajaan.

Perasaan?

Ntah..Tak tau nak describe mcm mana.

Hari ni hari gaji. Kebetulan pulak kan. Lepas ni, xde dah tunggu tiba hari gaji mcm hari ni. Lepas ni xde dah perasaan seronok patient tak dtg appoinment. Sbb gaji tetap jalan. Lepas ni, patient x dtg appoinment, meh kita menangis.Hahaha...

Kebetulan hari ni, Timb Pengarah Kesihatan Pergigian Terengganu, datang Dungun. Semua officer diarahkan pergi ke perjumpaan dgn Datin tu. Nak bincang macam2 hal la tu. Saya, goyang kaki je la kat klinik. Buat apa nak pergi. Takde impak pun pada perkhidmatan kan. Semua klik dan staf dah pening2 dah sbb masa perjumpaan tu nnti,kne bentang prestasi. Saya, rasa aman je...Hihi...


Ramai jugak yg tny, klinik baru dah siap ke?..Belom la.
Habis kenapa cepat sgt resign?..Kenapa x tunggu klinik siap dulu?
Hurmmm.....

Kalo ikotkan hati, bulan 1 lg saya resign. Tak tahan dgn kebosanan rutin kerja. Tp, masa tu ada masalah dgn kenaikan pangkat. Saya kerja dgn gomen dah 6 tahun. Sepatutnya, masa tahun ke5 dah naik ke gred U48. Tp biasalah, proses lambat. Sekali, bila kawan2 satu batch dpt naik gred, nama saya pulak tercicir. Adola...Tak kan nak resign dgn jawatan U44. Sedangkan saya patut dah bergred U48 dr bulan 8 tahun lepas. Kalau saya resign tanpa menunggu kenaikan pangkat, yg berbulan2 saya kerja dr bulan 8 tahun lepas tu, tak dpt tunggakan gaji la..Sbb tu saya tungu dan tunggu dan tiap bulan kol Putrajaya tanya mananya surat kenaikan pangkat saya.

Akhirnya dapat. Bila dapat surat, terus tny kerani. Ni dah ada surat ni, kompem akan bayar kan tunggakan saya walaupun saya resign. Kerani ckp ya,akan byr..Apalagi,seminggu selepas dpt surat naik pangkat, saya resign..

Ada hikmahnya juga saya sabar tunggu U48 tu. Pertama, dpt tunggakan. Kedua, saya ada masa yg santai la tuk survey kedai tuk sewa buat klinik..Ada masa tuk survey dental equipment. Ada masa tuk ikot prosedur PUNB tuk buat pinjaman..Ok la kan..Kita hanya merancang, Allah lebih tahu yg terbaik..

Ada juga yg tanya, dah istikarah nak resign ni?..Tak..Saya tak istikarah...Saya hanya ikot gerak hati. Setakat ni, smooth je perjalanan ini..In shaa Allah, itu yg terbaik..

Saya target, paling lambat klinik saya beroperasi, awal bulan 7 la..Iaitu sebelum puasa. I dont mind pun kalo lambat operasi. Sbb saya akan ada masa yg banyak utk anak2. Dalam kepala ni dah merangka nak buat home schooling la, nak rajin masak homemade food siap guna bento la..Besar kan cita2..Haha..Tp, kalau lambat sgt klinik beroperasi, karang lambatlah boleh pakai Gucci. eh?..Takdelah, kalau lambat beroperasi, sapa nak bayar hutang PUNB, hutang tanah saya tu oi!..Keperluan harian, kehendak yg biasa2 tu, boleh la Arjuna tanggung. Sewa kedai, hutang PUNB, hutang tanah, mana nak korek kan kalo klinik lambat mula.. Haishh, saspen jugak kalo memikirkannya...

Tapi, rasanya ok je kot. Tak nak la stress2..Saya akan cuba tuk santai je. Doa banyak2. Niat kena sentiasa betul...

Tak sangka weh, saya sampai ke tahap ini...Mmg xde impian langsung nak buka klinik. Ini semua dorongan Arjuna. He always support apa saja impian saya. Lps beranakkan Qasyaf dulu, saya semangat nak sambung master. Masa dlm pantang tu, dia la yg tukang hntr borang, fotostat itu ini. Dia jugak yg teman saya gi interview. Then, x berjaya. Saya tawar hati. Beranak lg sorang. Haha..Pas beranakkan Qisya, dtg mood nak buka klinik sendiri. Arjuna jugak yg beriya tny mcm mn nak buat pinjaman, beriya cari kedai, beriya hantar saya ke KL jumpa supplier. Mmg dapat support 100% la..

Saya ni, jenis yg bercita2 besar. Saya bukan jenis yg biasa2. Kalau pertandingan, mmg nak menang, walaupun kudrat x seberapa, knowledge x seberapa. Saya bukan jenis, xpelah,xmenang pun xpe, asal masuk pertandingan...No,saya bukan mcm tu..Saya jenis yg, ehhh, mestilah nak menang!..Outspoken je walhal, xde lah hebat pun..Hahaha..Senang kata, saya jenis bcita2 besar. Kadang, cita2 je besar, bertindaknya tidak pun..Haha..Cita2 besar tapi kurang usaha..Usaha jugak, tapi x bsungguh sgt kot lebih2 lg kalo ada halangan..

Arjuna pulak, jenis yg biasa2..Takpelah, gaji kecik,asal bahagia..Takpelah x jadi bos pun,xyah pening kepala..Takpelah x naik pangkat pun, bukan nak sgt pangkat tu..Haaa,dia mcm tu..Tp bila dia dah mulakan sesuatu benda, mahukan sesuatu benda, he is a bit pushing. Dia sgt bsungguh2 dan akan usaha selagi x dpt...Baru ni, tiap hari dia kol saya waktu kerja , suh tny pihak PUNB bila duit nak masuk sbb pinjaman lulus dah lama,duit je blom dpt. Hari tu, dia push saya suh kol Putrajaya bila la nak dpt surat naik U48. Dia jugak push saya suh push supplier supaya proses cepat2 hal bli equipment...Mmg jenis mendesak la kalo nakkan something...

Maka,.eloklah tu kan..Saya tukang suarakan kehendak dan cita2, Arjuna tukang usaha..Hehe...

Hurmmm,panjang pulak luahan di hari terakhir kerja ni kan...
Petang ni saya balik Rantau Panjang, my sil nak kawen esok malam..Sabtu, kendurinya...Ahad lepak berehat je,Isnin majlis belah lelaki. Dan Selasa kami balik Paka tu packing barang kemas rumah.

At the same time, my parents akan berangkat ke Tanah Suci Mekah tuk mengerjakan umrah. My little sister x ikot. So, kami as kakak, akan gilir jaga dia. Mula2 kak ngah dulu yg teman adik kat rumah ibu ayah. Then, bila buka sekolah, saya pulak, sbb saya dah tak kerja kan..So, kesimpulannya, blog ini akan menyepi dalam seminggu dua jugak kot.

Sehingga jumpa lagi..Bai!...


Adik dah besar...Dah boleh main2 dgn abang..

Wednesday, May 15, 2013

mencorak hidup sendiri

Semalam, saya balik kerja awal. Sbb Arjuna ajak pergi tengok rumah untuk disewa. Saya kan duk kuaters klinik kerajaan,bila berhenti kerja, kne keluar kuaters la. Klinik saya nanti dekat je dengan rumah ibu ayah. Dalam 15 minit perjalanan je. Tp,saya kan dah punya keluarga sendiri. Jadi, lebih baik tinggal sendiri. Lagipun, barang kami yang banyak ni nak letak mn?.Tak kan muat punya kalau nak letak rumah ibu ayah. Jadi,kami cari rumah sewa.


Rumah yg kami pergi tengok semalam sgt elok. Rumah baru. Belum pernah ada penyewa. Rumah berkembar dan rumah sebelah dah ada org. Tuan rumah pulak,org kampung yg mmg kaya kot. Yang ada bnyk tanah dan rumah sewa. Tuan rumah yg deal dgn kami,siap jemput kami ke rumah mak dia. Nak kenalkan pada mak dia katanya. Tapi saya tahu,derang sebenarnya nak tengok penyewa. Nak pilih penyewa jugak sebenarnya tu. Dapat penyewa yg mcm x mampu bayar or muka pecah rumah,derang jugak yg susah kan..


Selepas tengok2 dalam rumah, ok lah...Bayar deposit. Rumah tu mmg elok sgt. Suci murni lagi. Paling penting halamannya luas,muat tuk parking kereta kami dan kereta baru. Eh? ..heee... Cuma,rumah tu dalam kampung org la..Bukan taman perumahan. Kalau ikotkan hati saya,saya nak duk taman perumahan je..Tp mostly taman perumahan,laman kecik dan harga melampau. Takpelah..Duduk je la..Masa kunci rumah tu, Arjuna ckp "mcm ni hidup berdikari"...Pelan je dia ckp..Mcm ckp sendiri. Dan ayat itu buat saya berfikir sepanjang perjalanan pulang.


Apa ya maksud Arjuna.?


Kami berkahwin dan mempunyai sepasang anak yg comel. Lengkap hidup kami. Cuma,kami mahu mencari sesuatu yg lebih baik. Kami mencorak hidup sendiri. Keputusan nak berhenti kerajaan ni satu keputusan yg sangat besar. Dan keputusan tinggal berasingan suami ini adalah keputusan yg lagi besar. Kalau difikirkan, kadang2 goyah jugak hati saya. Mampu ke saya hidup berasingan dgn Arjuna. Ya,mungkin jarak kami cuma sejam setengah sj. Boleh je nak jumpa tiap hari. Cuma, nak hidup senang sentiasa berkepit mcm sekarang susahlah nanti. Mcm mn agaknya nanti yea.


Arjuna kerja dgn Felda. Dia pegawai ladang. Kat Kuala Terengganu,mana la ada ladang kelapa sawit. Cuma ada ibu pejabat. Jadi,kemungkinan yg dia boleh pindah KT adalah 5% sahaja kot. Kes2 tertentu saja yg melayakkan pegawai yg jg ladang boleh duk ibu pejabat..


Saya tanya Arjuna,sampai bila ek kita nak duk jauh2..Dia xde jawapan.


Dalam hati saya, saya ada rancangan sendiri. Saya akan kerja keras selagi masih muda,dan selagi saya mampu. Dan bila saya dah bosan nanti,dan sudah capai target tertentu nanti, saya masih lagi muda untuk mulakan sesuatu yg lain pula. Jadi, target saya, saya mahu kerja keras dalam bidang profesional saya untuk 5 tahun akan dtg. Selepas 5 tahun,jika diizinkan Allah, saya hanya jadi bos. Siapa nak kerja klinik saya, silakan..Masa tu, saya boleh mulakan sesuatu yg baru yg lain pula. Kan dah pernah cakap,saya mudah bosan. Jadi, untuk masa ini, selagi semangat berkobar2, saya akan usaha. Soal jauh dgn Arjuna, tak perlu fikir sgt kot. Nanti ada la caranya tu.


Yang penting, di hujung usia nanti, di kala anak2 mencorak hidup mereka sendiri pula, saya masih ada Arjuna. Kami sama2 pergi masjid solat berjemaah naik mini cooper. Sesekali pergi kelas agama dgn Audi. Dan boleh wakaf sebuah masjid untuk org ramai.  Setahun sekali, pergi umrah dan melawat tempat2 sejarah Islam...Di kala petang, duduk berdua di beranda sambil berborak bercerita susah payah untuk hidup senang dan lapang...Owh, indah kan berangan.


Ya Allah,berkatilah hidup kami.

Tuesday, April 30, 2013

jangan jadi manusia durjana oi!

Kau masuk kerja sini masa aku tgh cuti pantang.
Pastu,aku masuk kerja, 1st impression aku kat ko, ko ni jenis berani, pandai bercakap..Pandai buat orng yakin dgn ko..Jarang la driver berperwatakan macam ko..Driver biasanya low profile.

Lepas 2 bulan ko keje sini, musim tengkujuh. 5 hari ko x dtg keje alasan banjir. Tapi housemate ko boleh je dtg keje. Ko ckp kete masuk air. Aku terima la..Aku kan bos yg baik. Tak nak la syak wasangka.

Then ko cite2 sal rumah tangga ko yg porak poranda konon bini lari dgn jantan lain..Ko dlm proses cerai..Anak, sorang mak mertua jaga,dua lg mak sendri jg kat kampung.

Then,ko x dtg keje lg 5 hari..Msg je bgtau ada kes mahkamah nak stel hal cerai ko. Tak isi borang cuti pun..Msg aku je..Tetiba ada org bgtau aku,ko x pergi pong mahkamah,kes ko sebenarnya kne tunda..Habis tu,ko cuti gi mana?..Ko masuk keje,aku mls nak tny..Aku cuba faham,ko kan ada masalah rumah tangga..Aku kan bos yg baik..Aku faham..

Tak lama lps tu,ko cuti lagi. Tak isi borang lagi. Aku dah angin dah. Sbb ko tu driver. Ko cuti,org lain xle ke mana2..Lupa dah apa alasan ko. Skang apa saja alasan ko,aku dgr masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

Then, kerani kirim duit RM150 kat aku melalui ko..Biasa ah tu,mmg nak kirim apa2 melalui driver je. Ko ckp duit hilang. Ko dah cari merata..Tp x jumpa. Ko janji nak byr bila gaji. Aku ckp ok.

Lepas tu ko mcm kerap sgt lepak kat kaunter pendaftaran. Aku rasa biasalah tu. Sbb driver yg baik mmg akan tolong2 daftar patient.
Tapi, tetiba 2 org assistant aku masuk bilik mengadap aku dgn muka saspen. Bagitau duit hasil daripada bayaran dari patient hilang. Klinik ni dah wujud berpuluh tahun. Staf sini dah keje berbelas2 tahun. Yg plg baru pun dlm 5-6 tahun...Selama ni staf sini jeling pun tidak kat duit klinik. Malah duit sendri dan purse sendri main tinggal2 je atas meja..Takde sapa nak amik. Tetiba hari tu, duit hilang!..Padahal dah disimpan dlm peti besi. Cuma kuncinya simpan kat laci dlm kaunter pendaftran. Klinik ni pulak,tak pernah ditinggal x berkunci. Lagipun,mn pernah org luar masuk dlm kaunter pendaftran. Ko mmg disyaki. Tp aku ada budi bicara. Assistant aku,staf aku yg lain sgt baik budinya. Sbb kami x nampak,kami xnak bising. Takot jadi fitnah. Kami semua sepakat diamkan saja. Aku pun diam. Juz bgtau suami je. Dan duit klinik yg hilang tu aku ganti oi sbb aku bos yg baik kan..

Lepas pada tu,ko selalu xde..Tak lepak2 dlm klinik dah..Mcm tak mesra dah..

Hari gaji,ko mc..MC sakit mata kata ko..Gila alasan budak sekolah!
Lps hari gaji ko x dtg keje sbb kete xle start.
Lps tu ko x dtg lg xde inform pape kat aku.
Hari ketiga ko x dtg keje,ko menyepi jugak..Aku pulak yg msg ko dulu tny..Aku bukan amik berat kat ko pong.Aku juz tny sbb aku bos.Karang bos aku tny aku sal ko aku nak jwb apa kan...

Ko pun reka la kereta ko rosak enjin, radiator, kipas, rim bar bagai..Amboi...Ko pakai Pesona baru tang tang rosak sampai mcm tu sekali?..Sah x nak bayar duit aku!!!!..Aku x halalkan!..


**********************************************************************
 
 
Ini bukan soal duit sangat..Tp ini soal sakit hati..Saya rasa saya dah cukup baik sebagai seorang bos. Tp bila ada staf buat onar mcm ni, menyusahkan semua org, jadi sgt geram...Saya dah cerita semua dah kat pihak atasan..Lepas tanggung jawab saya. Tak nak simpan2 dah. Haishhh,cepatlah sebulan berlalu..Dah x nak jumpa dah pekerja kerajaan yg durjana mcm ni...Btw, sepanjang 6 tahun kerja,staf ni lah paling teruk...Yg lain biasa2 je..Tp makin lama stay kerajaan, makin bnyk jumpa benda mcm ni kot..Baik blah...Huuuuu..


Bila bdepan benda2 mcm ni,saya selalu ingatkan diri. Supaya sentiasa doa, biar anak2 saya jadi manusia berbudi, jadi khalifah Allah yg beriman...Nauzubillah dr terkena penyakit hasutan syaitan ni...Ya Allah,peliharakanlah anak2ku...

Monday, April 22, 2013

sampai di sini saja khidmat saya

Khidmat dalam kerajaan...

Ya,saya letak jawatan...

Dengan lafaz bismilahhirrahmanirahim, saya letak jawatan sebagai pegawai pergigian Kementerian Kesihatan Pergigian Malaysia.

Dan saya akan meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan menceburi bidang perniagaan pula.

Bukan jual korset PB yea (owhhh,ko ingat aku tak teringin jd mcm dealer PB boleh gilir pakai LV dgn Chanel setiap hari..heee), tp in shaa Allah, saya akan memiliki sebuah klinik di bawah nama sendiri.

Ini bukan tentang wang semata2..Kalau tentang wang, lebih baik jual korset PB. Modal x banyak,kalau usaha sungguh2 x kira masa dan tempat,dalam masa setahun dah boleh pakai LV Vernis Alma kot...(Teringin jugak,tapi saya xde kemahiran jumpa customer,promote jual barang gitu..Poor me..)

Ini tentang merubah kehidupan. Hidup saya bukan tidak baik. Hidup saya sangat baik. Malah saya berada di zon selesa. Pagi, hantar anak2 ke rumah pengasuh yang baik,petang amik anak2 dr rumah pengasuh, mereka sentiasa berada dalam emosi gembira, masak untuk suami, makan sama2,tiap malam kami empat beranak habiskan masa atas katil,depan tv bergurau senda. Sesekali ubah angin,makan malam di luar. Sesekali curi masa pergi bercuti,paling tidak balik kampung ziarah ibu ayah, ma abah.

Hidup saya sangat baik. Tempat kerja hanya beberapa langkah dari rumah. Begitu juga dgn Arjuna. Sesekali,kami suami isteri amik masa lapang waktu tengah hari untuk makan bersama. Kami gembira,kami selesa.

Kewangan juga tidak membebankan. Boleh menyimpan,boleh hulur pada org tua,boleh belanja adik2.

Jadi,mengapa saya mahu keluar dari zon selesa ini?

Saya punyai sebab tersendiri.

Saya tidak biasa tidak punyai matlamat dalam hidup. Dulu,masa sekolah, saya sentiasa ada matlamat. Masa sekolah rendah, mahu cemerlang dlm UPSR. Masa sekolah menengah rendah, mahu cemerlang dlm PMR..Kemudian SPM..Kemudian berusaha untuk grad tepat masa sewaktu di universiti. Sentiasa mempunyai matlamat. Sesuatu untuk dikejar. (Lepas belajar,matlamat cari suami pulak..kahkah)...

Tapi,di sini,dgn kerja di kerajaan ni,saya tak punyai matlamat. Hanya mengikut arus. Rutin semata2. Tiada apa yang perlu dikejar selain KPI yg tak pernah habis dan sentiasa berubah. Bosan!..Ya,mudah kata adalah saya bosan!..Bosan buat benda yang sama. Sudah 6 tahun saya mengulang buat benda yang sama. Setiap hari..

Saya sudah cuba untuk sambung belajar. Saya dah temuduga untuk sambung belajar. Saya hampir berjaya. Tapi, mungkin sbb salah sistem. Mungkin salah birokrasi..Tiba2 semua senyap begitu saja. Saya malas untuk mencuba lagi. Bukan putus asa, malah saya sentiasa melihat diri saya sebagai pegawai pakar. Yg sentiasa ada kajian terbaru,yang selalu berada di podium di persidangan saintifik membentangkan penemuan terkini. Tapi,jika saya mencuba lagi,memohon untuk sambung belajar,menunggu keputusan,semua tu akan amik masa yang lama. Semangat nak belajar tu pun dah hilang ntah ke mana. Yang ada hanyalah bosan!..

Sebab tu saya perlu berhenti, dan mencorak perjalanan mencari rezeki saya sendiri. Dan saya harap,jalan yang saya pilih ini, boleh merubah sesuatu dalam hidup saya yang tak akan dpt saya kecapi jika saya terus bertahan di kerajaan.

Saya harap,dengan membuka klinik sendiri,saya mampu menguasai masa dgn cara sendiri. Bukan terikat dgn mesyuarat yang panjang berjela sampai terlambat dari mengambil anak2 dari rumah pengasuh. Bukan terikat dgn arahan bos supaya menghadiri kursus sampai meninggalkan anak2 sampai 2,3 malam. Bukan terikat dgn jadual giliran oncall sampai tpaksa mengangkut anak2 dan suami menemani saya ke hospital jam 2,3 pagi. Biar saya yang menjadualkan hidup saya. Bukan sistem,bukan jabatan,bukan bos.

Saya harap dengan membuka klinik,saya boleh pantau perkembangan anak2 dgn lebih kerap dan dekat. Dalam kepala ni,dah merangka macam mana nak jaga anak nanti. Mungkin Qasyaf dan Qisya tak perlu pergi rumah pengasuh lagi selepas ni.

Saya harap dengan membuka klinik, jika ditakdirkan ibu ayah jatuh sakit (nauzubillah...Ya Allah,sihatkan mereka sentiasa) bila dah tua nanti, saya langsung tak kisah tinggalkan kerja tuk jaga mereka. Sbb jika klinik saya berjaya,kewangan kami sangat kukuh,saya tak berkerja pun xpe. Kesedaran ni saya dapat masa FIL jatuh sakit hari tu. Anak2 FIL kerja kerajaan. Berapa lama sgt la boleh amik cuti. Habis cuti,masing2 kne balik kerja. Masa ni,semua menangis sebak nak tinggalkan FIL kat kampung,tmasuklah Arjuna. Menangis2 mereka anak beranak. Tak kerja x boleh. Kita terikat dgn kerajaan. Nak amik cuti tanpa gaji,sampai bila?Nanti x mampu nak sara hidup pulak. Masa tu lah saya tanam azam. Saya perlu teruskan niat saya untuk berhenti kerja kerajaan. Saya ada kemahiran profesional. Saya boleh guna kemahiran profesional saya ni sebagai satu perniagaan. Saya boleh kerja keras untuk masa ini. Sebagai bekal pada masa depan. Pada masa ibu ayah perlukan saya nanti... Jika saya tak kaya sekalipun, tak mewah sekalipun, saya tetap tak ralat sbb saya mengusai masa. Siapa peduli jika saya tutup klinik sbb nak jaga ibu ayah. Saya tak terikat dengan sesiapa kan...

Dengan sokongan Arjuna, saya teruskan. Ia bukan mudah. Kami akan jauh sbb Arjuna masih berkerja di tempat asal. Ia bukan mudah sbb perniagaan ni memerlukan modal yang besar beratus ribu dan saya akan dikelilingi dgn hutang. Ia bukan mudah sebab saya perlu menguruskan semuanya, segalanya sedangkan sebelum ni,saya terima saja apa yg tersedia di dlm sistem dan di dalam klinik kerajaan. Ia bukan mudah.

Tp,in shaa Allah,saya akan berusaha.

Saya akan pastikan saya berjaya.

Doakan saya.
Doakan saya supaya perniagaan saya berjaya.
Doakan saya supaya perniagaan saya berkat.
Doakan saya supaya sentiasa iklas dan jujur dalam mencari rezeki.

Pesan saya pada adik2,jika satu hari nanti,kak long betul2 berjaya,betul2 kaya, betul2 mampu miliki walk in wardrobe,rak bertingkat penuh dgn Prada dan Gucci,tp saya lupa diri, lupa niat asal saya,leka dgn dunia,tolong lempang saya sampai saya sedar!






Surat perletakan jawatan notis 1 bulan. Kejap lagi nak serah pada bos. Berdebar2 hokey!