kita2.... ;-p

Showing posts with label rasa hati. Show all posts
Showing posts with label rasa hati. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

jom sembang!

Lama x sembang kan. Rindu x? Hahaha, bajet ramai readers.

Assalamualaikum. Hari ni dah 5 Ramadhan. Kejap je masa bergerak. Rasa mcm baru je raya, dah nak raya pulak. Dan rupanya sebulan lebih dah saya x bekerja. Sbb tu lah lama x sentuh blog. Takde masa nak celah tuk tulis blog. Sbb, bila nak taip skit, ada je org sebok nak taip sama. Heee...Tp sempat la jugak buka blog kawan2. FB tu, x tinggal la. Hari2 buka. Maunya x. Jadi katak bawah tempurung la aku. Btw, a big congratulation to Yanie for her 2nd girl. Seronok pulak tgk kawan2 tambah anak ni. Sbb dah 2 tahun berturut2 beranak lepas raya kan, mcm pelik la pulak tahun ni x beranak.. Hahaha..Boleh gitu?





As for Qisya, dia dah besar dah oi. Few days lagi, masuk 10 bulan. Haaaahh, tengok, dah boleh berdiri sendiri dah. Asik nak merayap dan memanjat saje. Tp, mcm terbatas la jugak pergerakan dia, sbb ada “abang besar” yg melarang dia nak buat itu ini.

“adikkkk, anganlah..atuh!”

“adikkkkk, epi lah !”

“adikkk!!!”



Mak aih, sebuk benor melarang adik buat itu ini. Nak adik baring je kot. Biar dia je yg melasak.

Tu bila sifat “keabangan” menebal..Bila kenakalan menebal plak, dia tolak adik, dia cuba duduk atas belakang adik bila adik merangkak. Nak pengsan rasanya mommy ni. Mana x penat layan dua org ni. Mcm2 ragam. Tu belom masuk bab berebut toys. Qasyaf tu, kalau dia geram, dia cakar je adik. Setakat ni, adik dah ada 3 parut halus cantik punya kat muka.Huhuhu..Kesian adik. Kadang2 tu, mendidih jugak hati ni bila Qasyaf buat onar mcm tu. Kadang, laju je tangan ni automatic lepuk tangan Qasyaf kalau dia buat adik. Bila dia nangis, peluk ciom balik. Siap salam dan angguk2 janji bila mommy bg nasihat. Esok lusa buat balik..Aduhai...Nama pun budak..

Satu benda yg saya belajar ms sepenuh masa jaga anak2 ni adalah, kita kne perhatian kat mereka sepenuhnya 100% tanpa kompromi. Setiap waktu!..Sbb, kalo kita buat benda lain, then, diorang cuba amik perhatian kita dgn  buat sepah atau nakal, kerja yg kita nak buat tu terganggu, dan kita akan naik angin. Mula la nak marah2 terjerit2. Kalau kita berada dlm keadaan sentiasa bg perhatian kat derang, xde la rasa nak marah sgt pun kalo derang nakal. Ok je pun.

Tak bermakna kita x boleh buat kerja lain. Of kos la boleh, dan mmg kne buat pun. Kalau masak, kne redha je la anak main dgn senduk periuk kita sekejap kat dapur tu. Karang,siap masak,kemas la balik. Kalau lipat kain, kne redha je la korbankan sehelai baju bersih yg nak dilipat tu bg anak lipat sama,then dia buat lap perabot dgn baju tu. Kalau vacuum rumah, kne redha je la bila dia nak tolong sama. Macam tu lah rutin saya. Nak tunggu derang tidur baru wat kerja, xde maknanya..Sbb saya pun tidur sama..Hahaha...

Selepas resign gomen hari tu, saya kne keluar kuaters. Seminggu lepas resign, kami dah pindah rumah sewa kat Kuala Ibai ni. Kira dekat la dengan klinik saya kat Chendering tu nanti. Arjuna pula, still kerja tempat yg sama. Dia pegawai Felda, mmg ada kuaters. So, Arjuna stay kuaters dia la. Pagi Ahad, lepas subuh, dia bertolak gi kerja. Petang Selasa, dia balik la. Then, pagi Rabu pergi semula, balik petang Khamis. Begitu lah rutin setakat ni. Tp dlm kadang2, dlm seminggu, 2,3 kali jugak dia balik tidur rumah sewa kami. Jarak adalah dlm sejam setengah hingga dua jam. Hari penat, dia lepak kuaters je. Hari rajin, dia balik la.

Masa Arjuna xde, saya lari balik rumah ibu ayah yg jaraknya hanya 15 minit dr rumah sewa kami. Hehehe...
Lepas Subuh Arjuna bertolak gi kerja, dalam kul 10 pagi atau tgh hari, saya pergilah rumah ibu ayah. Kalau Arjuna x balik, kami 3 beranak ni, tidur rumah ibu ayah je.Begitulah kehidupan setakat ni.

Sekali sekala tu, pergi jenguk klinik yg tgh reno. Lebih kurang 3% lagi nak siap kot. Tengah buat laminated flooring dan pasang pintu. Kalo ikutkan esok lusa siap dah reno kot. Cuma dental chair nya belom sampai. Kne tunggu lagi. Biasalah, banyak je benda yg x dijangka dan over bajet kan. Mcm buat rumah la. Bajet 100k, bila siap, kira bajet jadi 150k..Betul x?

Bila ckp pasal bajet, satu hal nak bagitau, sesak napas oi xde gaji!... Org yg biasa bekerja, lebih2 lg gaji mmg lumayan, bila xde gaji, sgt lah sesak napas. Sesak napas kepanasan..Hahaha...Dan rasa sgt2 la inferior bila xde duit plus, asik duk umah je jaga anak..Rasa sgt aduh, sgt kerdil diri ini. Hahaha...Baru faham perasaan isteri2 x bekerja yg mmg xde education, yg hidup mmg mengharapkan pemberian suami..Bila suami buat hal, cari perempuan luar, sanggup tutup mata pendam perasaan sbb takut hilang tempat bergantung diri dan anak2..Baru faham..Eh, apa lak melalut sampai ke situ ni?..heeee...Tp ye lah..Nak ckp mcm tu lah..Perasaan xde gaji plus xde duit. Yg jadi xde duitnya sbb saya kan berhabis2an sbb nak buka klinik..Mmg dpt pinjaman..Tp, luak jugak saving sendri. Bukan Arjuna x bagi nafkah...Bil, sewa rumah, duit belanja semua dia bagi..Duit joli sakan je xde..Hehehe..Sbb saya kan biasa belanja sendiri..Buka FB, buka blog, buka website, cantik je beli..Sale je beli..Promosi je beli. Baju anak beli. Tudung 3 tingkat beli. Shawl lawa beli. Krim ke,pis perut? Beli jugak. Tepung serbaguna wat masak2 pun beli. Org wat cookies, terus whatsapp nak beli. Tu belum masuk bab, nak gi bli brg dapur, tetiba ternampak ada butik baru tepi jalan. Tak beli pun terbeli jugak. Sbb tu, bila xde duit sendiri ni, mau nya x sesak napas. Haha...Duit joli tak kan mintak Arjuna kan. Kne consider la jugak. Arjuna kne tampung bil2 tuk 2 buah rumah. Kuaters dia dan rumah sewa kami. Dan duit minyak berulang alik lagi kan. Maka, sabar je lah...

Tp kan, Alhamdulillah, di tengah2 sesak napas tu, duit tunggakan U48 saya masuk..jeng jeng jeng...Perasaan best mula kembali..Hahaha..Cuma kne sedar diri la..Sbb klinik blom buka, nanti bulan2 seterusnya nak pakai duit kan..Sabar2..Takpe..Tahun ni je xde handbag raya..Tahun depan i nak tayang microguccisima u!
Ok lah, panjang pulak cerita bab duit. Hihi..

Qasyaf dan Qisya makin manja dgn saya. Qasyaf tu, mmg xle hilang saya. Tinggal sekejap kat ibu sbb saya nak gi bank atau setel urusan klinik, mula dia mencari. Momi,momi,momi. Jenuhlah tok ibu nak memujuk. Qisya pulak definitely rejek botol..Sanggup tahan dahaga x minum ebm. Mommy balik baru bf. Ok la kot sbb skang dia dah mkn mcm2 dan saya pun xde la tinggal lama2 sgt. Cuma risau bila saya dah kerja balik je. Mcm mn la yea. Ingat nak hntr taska je budak dua org tu. Qasyaf tu of kos la xnak dah dgn pengasuh baru sbb dia mmg xnak dgn strangers. Saya fikir, hntr taska mmg pilihan terbaik la kot sbb nak bg dia belajar dan aderun plak budak2 lain,xde lah dia teringat kat mommy..Kot la..Ntah..

Hari tu saya mmg dah beriya survey taska. Niat di hati, nak hntr taska yg islamik skit. Yg ajar ngaji, ajar hafal Quran. Tp kat sini, kalo taska mcm tu, sgt la doif. Takde bantuan. Mmg sgt doif la dr segi bangunan dan suasana. Kesian wei nak tinggal anak kat tempat mcm tu. So, sy cari taska biasa. Adala amik borang 3,4 taska ni. Tp sampai sudah x submit. Risau sebenarnya. Sebab Qasyaf is super duper manja. Mmg xle hilang mommy langsung. Asik nak berkepit je. Kat rumah pun, kalau saya ke dapur,.dia ke dapur. Saya ke bilik,dia ke bilik. Saya mandi, dia sebut ketuk pintu bilik air. Haiilahh!..
Satu lagi, Qasyaf kan alergik pada dairy product. Tu mcm susah kot kalo hantar taska. Tp xde pilihan lain dah. Tengok la mcm mn..Lepas raya la fikir...Heeee....

Ok lah...Dah panjang dah sembang...Nanti ada masa saya hapdet lg yea...
Daaaa!!!!

Monday, March 5, 2012

my birthday

Patot ni entry semalam. Tp dah nama pun duk umah parents, lupa segala nak berblog.   Im leaving the twenties. Not thirty yet, but leaving twenties as time running so fast. Dah tua rupanya aku. Dulu, masa mula2 grad, mula2 kerja, org selalu ckp, muda lg doctor ni.. Sekarang xde sapa nak ckp saya ni muda. But Alhamdulillah, xde plak org teka umur saya lebih 30 tahun. Ok lah tu.. Tak la awet muda, juz rupa seiring dgn umur sj..Hehe   Hopefully saya menjadi tua dgn bergaya. Tak mahu selekeh2. Tak mahu muka penuh jeragat. Owh, kne rajin pakai krim malam. Krim malam adalah "ibu" segala skin care. Ni, asik upa je. Kena ubah perangai kalo mahu tua dgn cantik. Mkn juga kne jaga. Kurangkan fast food. Itu sgt penting!. Mahu tua dgn bergaya, cantik dan sihat. Bukan begitu?   Dulu masa mual2 kerja, saya xde boifren. Cuak babe. Lagi2 bila org kata, xde sapa berani ngorat doctor. Tahun kedua kerja pun xde boifren lg. ada kenalan pong, ada yg men tarik2 tali sbb konon saya kerja besar. Betullah kata org tu. Makin kerja best, makin kurang saham perempuan. Masa tu, saya pernah berazam, masuk umur 30 nanti, aku mesti ada salah satu. Master atau suami. Syukur alhamdullilah. Rezeki Allah itu luas. Dia ada perancangan dia sendri. Belum 30, saya punyai suami yg amazing dan anak yg wonderful.   Semoga hidup saya sentiasa diberkati Allah. Semoga saya tabah dan sabar menempuh setiap ujian Allah selagi diberi nafas ini. Hepi besday to me!..
Allah sentiasa beri kita hadiah tanpa kita sedari..Syukur alhamdullilah....

Wednesday, December 28, 2011

i'm addicted !!!

OMG!!..
Macam dah ketagihan melampau dah..
Arghh!! Arghh!! (bayangkan saya tgh melawan katagihan..Alaa, mcm adegan tv yg penagih kne simbah dgn air sejuk tu..Huuuuuuuuuuu)...

Im addicted to on9 shopping!!!..

Hampir tiap2 hari ada brg sampai kat klinik..Sampai staf perasan. Sampai kadang2 brg2 tu tlajak pergi kat klinik kesihatan sebelah..huuu...Saya sengaja guna alamat klinik saya ni sbb saya kan duk kuaters..Maka, hampir setiap hari lah abg posmen dtg klinik gigi..Bukan tuk cabut gigi..Tp hntr brg..kihkih..

No tel org pos laju, org skynet, org kangaroo, fedex, semua saya ada..Sampaikan pakcik kangaroo currier dah jd besfren saya dah sejak 2,3 hari lepas sbb dia tolong trace brg yg lmbt sampai.. Bagus betul pakcik tu sbb follow up masalah customer..

Arjuna plak, tiap kali balik kerja, asik "aikk?..shoping lg?..udah2 la tu yang..sabor"..huuu...

Adola..mmg addicted..Lagi2 sbb hari2 duk buka group yg jual barang kat fb...Nak2 pulak skang senang..Semua di hujung jari..Tak yah susah payah gi bank in ke apa..Juz transfer duit melalui internet je..Zaman dah moden..Hehe..

Sebelum ni, saya pernah on9 shoping authentic handbeg je..Sbb jauh lebih murah..Tp kena hati2 jgn kne tipu barang tiruan lah.., Skang, mostly barang Qasyaf..Lepas jumpsuit, romper..Then beanie hat..Then MJ hat..Then jacket..Then jumpsuit balik..Romper balik..Topi2 balik..Tak habis2!..Sampai beribu2 dah habis..Brg Qasyaf xla beribu..Beribu sbb handbeg...huhu..Ni, ada yg "jahat", tag beg ni kat fb saya..

COACH diaper bag!!!...
Daddy..ni bukan utk mummy pun..Ni tuk Qasyaf...Boleh la daddy..Huuu..

Siap ada nappy changing pad lagi tu!!..Meleleh air liur Qasyaf tgk ni..Eh x..Air liur mak Qasyaf..Kah kah!... Ni my fren ofer.. Hubby dia dulu my classmate..Keje pilot.. I pernah kirim handbeg kat dia dulu.. Ni, hubby dia fly, bawa balik benda alah ni, sesuke hati dia je tag saya kat fb..Sbb dia tahu saya mesti suke!.. Harga much much low than actual price kat butik COACH..Kan beli direct dr US..Pilot lak tu tlg beli..Tlepas segala cukai mak nenek...Aduyai.. Mmg mgoda jiwa...Nih, kalo transfer duit, esok lusa tiba di telapak tgn la nih..Aduyai lagi!...

Tapi hari ni, dah nekad..Nak atasi ketagihan ni..Tengah hari tadi saya dah keluarkan semua duit yg mmg dah tinggal sikit tu dr bank..Masukkan ke bank lain yg khas tuk saving..Sbb akaun bank tuk saving saya, Arjuna larang sama sekali buat internet banking nya...Huuu..Bagus x kenekadan saya tu..Syabas tuk diri sendri..Tp, macam lah saya x boleh wat keluar balik duit tu dan soping in realiti kan..hihi..Tp xpelah, at least, kurang sket mengarut nya asik nak transfer duit kat org..

Tp, ralat la plak keluarkan semua duit..Sbb td gi cari storage botol sbb semua storage botol kat umah dah penuh susu..Tp 1 Paka ni xde jual storage botol..Kedai yg selalu jual tu dah hbs stok..Aiseh...Tinggal RM13 je dlm bank yg ada internet banking tu..Kalo x leh bli on9 kan kan..Huuu...So, td tpaksa beli botol susu..Jenama fiffy kot..Plg murah kat kedai tu..Beli 3 botol dulu..T ptg2 ni ke, mlm ni ke, gi cari storage botol kat tempat lain lak..huuu..

Dan untuk COACH diaper bag tu, insyaAllah, kalau ada rezeki Qasyaf a.k.a mummy, sampailah ke tangan ini..huuuuu....

Wednesday, November 3, 2010

tom yam yang sedih

Saya bukan jenis perempuan yang lemah lembut sopan santun pijak semut tak mati. Memang bukan dlm kategori ayu seakan perempuan Melayu terakhir. Saya bukan jenis yang laid back. Boleh terima dan telan apa saja orang nak kata, nak tuduh atau nak buat. Masa kita sekolah dulu, dalam subjek sains, fisiologi secara tepatnya, kita ada belajar, dalam tubuh kita, ada dua tindakan reflex yang semulajadi apabila badan mengenal pasti ada bahaya yang datang. Flight or fight. Lari atau lawan. Dalam tak sedar, reflex badan saya kebanyakkannya adalah fight. Lawan. Malah, saya sendiri tak ingat bila masanya reflex saya menjadi flight. Lari. Mungkin pernah. Mungkin juga tidak. Sbb tu, ada yang kata saya garang. Saya cepat menjawab. Lebih2 lagi kalau mmg saya yang betul. Kadang2 selalu jugak menyesal selepas menjawab atau melawan. Perangai macam ni kononnya bagus. Sebab boleh mempertahankan hak. Tidak akan dipijak oleh sesiapun. Tak tahu lah betul ke tidak.

Dalam fight, dalam menjawab, dalam garang, org kata, saya juga manja. Senang terguris. Senang menangis. Masa kecik2 dulu, kalau saya nak sesuatu benda, tp ibu tak bagi, saya akan menangis. Masa kat sekolah menengah pun, saya masih menangis kalau tak dapat apa yg dihajati. Mungkin itu cara fight secara tersirat kot. Perangai tu makin berkurang bila meningkat dewasa. Mujur. Tapi, bab2 menangis ni, tentang perkara lain, mmg saya masih tak boleh nak kontrol. Cerita tv yang menyayat hati, boleh buat saya menangis. Kisah tv yang manis juga boleh buat saya sebak. Tapi, kenalah cepat2 sorok air mata. Malu kalau orang nampak. Ratu air mata rupanya saya.

Bila gaduh dengan Arjuna, lagi la senang nak keluar air jernih ni. Mulalah pergi kerja dengan mata bengkak. Nasib baik boleh cover dgn eye shadow dan kacamata. Hurmm, semalam, balik kerja, saya bertungkus lumus kat dapur. Pertama kali nak masak tom yam untuk Arjuna. Mmg dari mula agak cuak. Sbb Arjuna pakar buat tom yam. Konon2 nak lawan masakan dia la. Tp, tetap mintak resepi dia. Awal2 lg Arjuna pesan, jgn kedekut sgt letak bahan2 dlm masakan. Eh, mn ada saya kedekut. Dia tu yang kalau masak suka letak lebih bawang, lebih asam, lebih cili. Membazir. Saya mestilah letak yang sedang2 saja. Tapi, dah dia kata mcm tu, hah amik ko. Saya letak lebih perencah tomyam. Lebih bawang. Lebih serai. Bila dah siap masak, Arjuna tanya, perencah tom yam letak berapa sudu?.Saya jawab dua. Amboi byknya. Kata dia pula sambil sengeh.. Haishh, saya tiba2 panas telinga. Terus melawan. Td pesan jgn kedekut. Skang ckp letak byk la pulak. . Sambil air mata dah berjujuran. Alahai. Senang betul air mata saya keluar. Boleh jadi pelakon air mata. Mungkin sbb saya rs inferior dlm bab memasak kot. Kurang pandai. Jadi, itu yg buat saya sedih bila ada orang kondem. Arjuna terus jawab balik,Kan abang tanya je. Sbb selalunya sayang letak sikit. Belum habis Arjuna bkata2, saya balas balik,Semua xkene. bla bla bla dan bla. Air mata terus keluar. Kemudian Arjuna pandang je saya. Saya otomatik diam. Kenapa suka cari gadoh dengan abang..Abang tanya je tadi. Kemudian dia blah dan mandi. Lepas mandi dan solat margrib, Arjuna terus baring. Tido. Tp saya tau dia x tido. Dia marah. Kalau marah, mmg dia akan diam. Alamak. Menyesal la pulak. Tengok, saya selalu menyesal selepas menjawab.

Saya tunggu bbrp ketika. Saya tahu, saya sepatutnya tunggu dia sejuk. Tp, mcm biasa. Saya bukan reti nak sabar. Saya kejut Arjuna. Walaupun dia tak tido pun. Tapi, dia tak bangun. Saja mengeras kat katil. Peluk2 pun dia tak layan. Nampak dari riak muka yg separuh tu,(sbb separuh muka lg dia sembamkan kat bantal), Arjuna mmg marah. Saya tak tau nak buat apa. Nak geletek mcm biasa kang xpasal2 kena pelempang sulung. Sebab mmg dia nmpk marah sangat. Saya pun tunggu je. Baring sama dgn dia. Tp tiba2 keluar lagi air mata. Huhu.. Arjuna tetap membatu. Keras hati betul dia kali ni. Sebab dia tak salah. Ya, itulah suamiku. Kalau dia tak salah mmg dia tak akan pujuk saya. Bila marah pula, dia akan diam. Saya berhenti menangis sendiri. Saya ajak dia makan. Pujuk dia makan. Kalau xmkn pun xmati. Tiba2 keluar satu ayat tu dr mulut dia. Saya rasa sgt sedih. Tiba2 saya meraung2 mcm org gila. Tiba2 juga dia bangun dan merenung saya. Suruh saya bhenti menangis. Tapi, tangisan saya makin kuat. Mula saya melalut katakan yang dia mmg x suka saya, x perlukan saya. Kemudian Arjuna pegang tangan saya, gosok bahu saya. Abang geram tadi. Sakit hati. Tu yang terkeluar mcm tu. Dia memujuk. Saya pula, menangis menjadi2. Makin sedih. Sbb, saya yang mula cari pasal, saya yang salah, Arjuna yg terasa hati,Arjuna yang marah, tp alih2 dia jugak yg pujuk saya. Bila dah menangis macam tu, susah pulak nak break. Mcm tak boleh nak bhenti. Sampai sakit dada. Kronik kan saya. Mcm orang gila. Arjuna gosok belakang saya dan peluk saya sampai saya tertido. Penat menangis sampai tertido. Bila saya tjaga semula, Arjuna tengah selimutkan saya. Dia pun dah nak tido. Abang dah mkn? Tny saya. Belom. Tak lapar la. Jawab Arjuna. Tp, dia tak mkn apa2 dr petang td. Dia yg suruh saya masak tom yam tu. Mestilah dia lapar kalau ikot logik. Sambil pejam mata sbb mata dah sembab sgt, saya bagitau saya lapar. Cara mcm tu je la boleh buat dia ada mood nak makan..Sbb kesian bininya ni. Arjuna bangun semula. Buka lampu. Saya dengar dia ke dapur. Panaskan lauk tadi. Kemudian, masuk bilik semula, ajak saya makan. Saya bangun. Tengok jam, dah pukul 10.30pm. Kami pun makan dlm diam. Dia mkn dua kali tambah. Mata saya masih bengkak. Tp dlm hati, hehehe.

Selepas mkn, kami lepak depan tv sekejap. Nak bagi nasi turun ke perut sebelum tido. Masing2 masih tak bsuara. Dia xde mood, saya pun xde mood. Pagi tadi, mcm biasa, lepas tutup alarm handset, dia cium pipi saya. Bertubi2. Mcm hari2 biasa. Macam sebelum2 ni. Macam tak ada apa2 pun yang berlaku malam tadi. Dia bgurau mcm biasa pagi tadi. Dalam kereta nak pergi kerja. Fikiran saya melayang. Saya bersyukur dikurniakan suami yang sabar. Kalo nak diikutkan perangan fight+manja saya ni, bukan semua orang boleh tahan. Lelaki lain yang panas baran, mesti dah sepak terajang. Dan saya berjanji pada diri sendiri. Tak akan menguji kesabaran Arjuna. Sebab saya tahu setiap orang ada tahap sabarnya. Bagaimana Arjuna layan saya, dah cukup buat saya tahu yang dia sayang saya. Dan saya juga sayang Arjuna...............


*tajuk entry mcm tu sbb xtau nak buat tajuk apa..huhu*

Sunday, October 10, 2010

how do u know he is ur MR RIGHT

Helo beautiful people.Hows ur day? Hurmm, skang saya dah tak boleh say hi to gurl saja. Sebab dah ada beberapa pengikut lelaki nih. So, welkam to my newest male follower iaitu Wan Gerard. Thanx a lot ya sbb sudi singgah sini. Kadang2 , kita memang perlukan jejaka untuk tinggalkan komen kat sini. Becoz they have different view of thought. Walaupun tak semua pandangan mereka kita setuju. Betul tak? Tapi kan, Arjuna tak baca pun blog ni. Dia tahu kewujudan blog ni. Cuma dia tak minat nak baca sbb katanya saya tulis panjang. Banyak perkataan. Dia mmg tak suka membaca pun. Surat khabar je dia baca. Kalo saya suruh dia baca blog, dia ckp, apa susah, ceritakan je la saya tulis sal apa. Hampeh ok. Tapi kadang2, im glad that he doesn't read my words. Tak yah nak segan2 kalau saya ada tulis yang mushy mushy..Hehe... Yet, he doesn't need to read rite. Becoz we can always talk. Also, thanx a lot to Maa and Malia & Faizal sebab juga sudi ikot blog ini.... To Maa, plez give me ur blog link ya... To Malia & Faizal, heppy e-day!!!..Selamat masuk ke alam darah manis..Hehe..

Entry lepas nmpknya mdapat bbrp komen yang best. Saya baca semua komen tau. Sbb tu saya setting supaya semua komen diapprove dahulu sblm dipublish. Saya xnak saya tertinggal sebarang kata2 dr korang semua. Tapi, again, i choose not to comment back. Sbb saya nak mengulas panjang dalam entry ni pula. Kiranya ini rentetan dari tajuk kita yang lepas la yea.

Kadang2, kita mmg sudah berada di umur yang paling sesuai untuk berkahwin. Punyai kerjaya, sudah mampu menggembirakan ayah ibu. Duit pun dah cukup. Malah, sudah ada teman istimewa di sisi. Namun, ada sesuatu tentang dia yang buat kita ragu2 untuk ke langkah seterusnya. Mungkin, ragu2 itu petunjuk Tuhan tentang dia bukan untuk kita. Mungkin juga ragu2 itu adalah permainan syaitan yang bencikan ikatan yang halal. Semua tu kita x tahu kan. Tapi saya yakin, ada antara kita pernah melalui perasaan ini. Pasangan kita mungkin orang yang paling baik yang pernah kita jumpa. Orang yang paling memahami jiwa kita. Orang yang terlalu sayangkan kita. Namun, ragu2 dan tawar hati yang berbekas dalam diri ini, membuatkan sesebuah perkahwinan itu dilambat2kan. Tak tahu kenapa kan.

Jika diikutkan hati dan nafsu, mmg semua dari kita mahukan Mr Perfect. Saya sendiri pernah mengulas panjang tentang ciri2 jejaka idaman dlm Blog lama saya. Kalau rajin, klik la yea. Tapi, semua ciri tersebut belum tentu menjanjikan kebahagian hingga hujung nyawa. Kalau ada orang tanya saya, mcm mn nak buat keputusan nak kawen?. Sungguh, saya xde jawapan yang tepat. Cuma, pada saya, yang plg utama, keyakinan hati kita terhadap pasangan. Pasangan kita mungkin pernah jadi milik orang lain. Pernah melukakan hati orang lain. Tapi, itu tak bermakna dia juga orang yang salah untuk kita. Mr Wrong untuk orang lain itulah mungkin Mr Right untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu lah, kadang2 kita jelak melihat perangai sorang laki ni. Tp dlm masa yang sama, kita tgk pasangannya gembira je hidup dgn dia. Jadi, jgn menilai orang dgn apa yang dia ada. Nilai dgn hati kita. Sbb kita yg nak kawen dgn dia kan.

So, apa pula kata korang. Mcm mn korang tahu dia Mr Right korang???

Sedang menunggu MR RIGHT...buwekkk!!..haha

Ia terjadi tanpa kita sedari...Dia yang menunjukkan cintanya kepada kita. Dia yang meluahkan sayangnya kepada kita... Dia yang mahu bertanggung jawab ke atas diri kita. Dia yang sentiasa mengambil berat. Dia yang membuat kita ketawa. Dan, dia juga yang mampu mbuat kita menitiskan air mata. Yang pasti, kita yakin dengan diri dia. Yakin dia mampu membahagiakan sehingga akhir waktu nanti. Maka, dialah MR Right.



Monday, October 4, 2010

can boy & girl be "a bestfren?"

Kepada Mia-Ina dan Adlyn, thanx a lot sbb sudi tambah ahli blog ni. Nice knowing you & i hope we can share sumthing right here.

Hurmmm......

Entah kenapa. Sukar nak gambarkan perasaan saya tika ini. Saya baru terima sekeping kad jemputan perkahwinan. Wangi. Saya tahu siapa yang mengirim. Saya tahu siapa yang bakal berkahwin. Malah, saya memang menunggu kad tersebut walaupun dari mula, saya memang dijemput. Tiada yang mengejutkan tentang undangan dan kad tersebut. Tetapi, melihat saja kalimah yang terukir pada kad tersebut, ada perasaan aneh tiba-tiba menjalar dalam diri. Jatuh saja pandangan saya pada nama bakal pengantin lelaki yang terlakar di situ, hati saya jadi sukar dijelaskan. Dengan tidak semena-mena, saya tidak mampu mengungkap kata. Mahu saja saya khabarkan pada dia, kad yang saya nantikan sudah selamat saya terima. Namun, saya sendiri jadi kelu untuk berbicara. Kenapa ya?

Dia lelaki. Dia kawan baik saya.

Ya. Kawan baik. My bestfriend. My BF. And i dun mind if people wrong interpret that "BF" as boyfriend.

Asalnya dia bukan kawan sekolah saya. Bukan juga kawan seuniversiti. Malah bukan kawan sekerja. Kami kenal di Yahoo Mesengger. Perkenalan yang terbina secara tidak sengaja melalui seorang kawan saya. Rupa-rupanyanya dia banyak berkawan dengan rakan2 sekolah lama saya. Jadi tidak sukar untuk saya cepat mesra dengan dia. Tidak susah untuk saya mudah percaya pada dia. Kami berkawan di YM untuk bbrp ketika. Kemudian beralih ke Facebook. Kemudian calling2 & jumpa. My 1st impression, he is brilliant guy. Because he speak philosophy, fact and difficult-to-understand ideology. Plus, he can be a ustaz too. Tapi bila dah lama kenal, he such a normal guy. With joke & dirty thought sumtime. Few said he's charming, but no,he is not my type ;-p

Time goes by. We are so close until he can read me without seeing my face. And i can feel him even juz in phone. We laugh, we cry. We fight. But WE ARE NOT A LOVER. I dint fall for him. And im very sure he dint fall for me as well. Saya kenal dia sebelum kenal Arjuna. Dan dia tahu segalanya tentang saya dan Arjuna. Malah, dia tempat saya mengadu sekiranya bergaduh dengan Arjuna. Namun, setelah bergelar isteri, saya tahu, saya tidak boleh mengadu pada dia lagi. Saya tahu batas seorang isteri. Dia juga banyak berpesan supaya jangan buka aib suami isteri. Saya masih ingat, sewaktu dia datang kenduri kahwin saya. Sebelum balik, dia salam dengan Arjuna. Peluk dan tepuk belakang Arjuna, berpesan supaya Arjuna jaga saya, bimbing saya elok2. Dan pesan dia untuk saya, jaga dan patuh pada suami.



Saya mintak, jangan ada sesiapa salah anggap tentang perasaan ini. Saya cintakan Arjuna sepenuh hati sampai bila2. Tapi, dengan lelaki ini, saya sayang dia sebagai kawan baik. Its a different feeling. Masa jadi tunangan Arjuna dulu, ibu selalu pesan supaya jangan terlalu rapat dengan dia. Takut mengguris hati Arjuna. Tapi saya harap Arjuna faham. Arjuna cinta hati saya. Dia kawan baik saya. Oh ya, parents saya dan perents dia pun dah saling kenal. Keluarga dia pernah tolong keluarga saya. Silaturrahim yang terjalin itu semuanya sebab kami berdua.

Setelah jadi saksi dan pendengar jatuh bangun dia dalam bercinta, akhirnya dia akan kahwin. Dengan kawan saya sendiri. Perkenalan mereka hanya beberapa bulan. Tapi jodohkan kerja Tuhan. Saya tahu saya gembira dia bahagia. Cuma, ada sedikit perasaan pentingkan diri dalam jiwa ni. Kalau boleh, saya mahu dia stay single. Kalau boleh saya mahu dia sentiasa ada untuk saya. Kalau boleh saya mahu hanya saya yang paling rapat dengan dia. Dia pernah cuba tackle seorang perempuan ni. Of kos dia akan bercerita pada saya. Sungguh saya tak menyokong perkenalan mereka. Sebab perempuan itu saya tak kenal. Sebab perempuan itu bukan kawan saya. Sebab kalau dia jadi dengan perempuan yang tak saya kenali, pasti saya akan hilang dia. Tp, kalau dia dengan kawan saya sendiri, saya masih ada dia. Sellfish !!



Owhhh, how i wish he is my big brother !!!.... Arjuna is my soulmate..The one that i love till death..If Idah can be one of my soulsister. So, why not i call him my soulbrother??

To Alimin Hafizi; U, i dah dpt kad kawen u. I tau kad tu, mmg ur kad. Tak buka lg i dah tau itu kad kawen u.Tp ntah la, bila tgk je nama u, i jd sgt sebak. I dun know why...But this feeling sgt aneh. Mebe im too happy..Mebe im thinking dat im loosing u...I dont know...I juz....Oh God !...I cant imagine bila tgk u akad nikah nanti...Mesti kne sedia tisu byk2!!!!!....

Tuesday, August 24, 2010

DONT READ !!!!!....

KALO KO RASA BLOG AKU NI BOSAN,
JANGAN BACA!!!

KALO KO RASA BLOG AKU NI MENUNJUK2,
JANGAN BUKA!!!


Tapi ko baca jugak.... Ko buka jugak..... Common la... Ni blog aku... Suka hati aku la nak tulis apa... Tempat aku nak luah perasaan...Nak keluarkan apa yg ada dlm kepala aku... Tak kan kat blog aku, aku kene tulis benda2 yg ko suka je....Benda yg ko suka, ko tulis la sendri... Aku heran la dgn org yg rasa blog aku over, tapi tetap buka blog aku hari2...Tetap jadikan blog aku ni rutin...Heran..Heran...
Kalo rs menyampah dgn tulisan aku, shuihhhh !!!..Blah!!!




p/s : kawan blogger tsayang..plez help me... Camne nak halau org2 pelik ni?!!...Sedehh!Jom tolong saya sepak org2 pelik tu...Dushh!!!...

--------------------------------------------------------------------------------------

Hurmmmm....itu jeritan batin saya td... Marah !.. Sgt Marah!... Tp skang dah cool sket....

Dah byk kali saya ckp, saya tulis2 kat sini bukan nak menunjuk... Saya hanya nak coretkan apa yg saya alami, apa yg sy rasa, apa yg tbuku di hati... Soal gembira saya, sedih saya.. As my own diary.. Untuk saya buka dan baca balik satu hari nanti.. Supaya saya boleh jadikan tauladan dan panduan satu hari nanti... Ye, ada org kata, diari mana boleh bg org baca... Tp saya ada sebab saya sendri nape saya x privatekan blog... Sbb saya memerlukan pandangan dan teguran org lain juga..Tp biarlah kata2 korang semua itu boleh mbantu saya jd manusia yg lebih baik... Biarlah pesan2 korang semua itu boleh tolong saya buat keputusan bila saya dlm keadaan buntu... Biarlah komen2 korang semua itu boleh ceriakan hari2 sedih saya... Dan bila saya gembira, saya juga mahu bkongsi dgn kawan2 semua...

Ada benda yg x terluah dek kata2..Ada perkara yg lebih senang terungkap dlm penulisan.. Kadang2 menghambur kata2 pada skin komputer lebih senang..Lebih melegakan.. Sbb dlm realiti, apa2 perkara, kita mesti ingat yg perasaan org lain..Hati org lain..Sampaikan kita x terjaga perasaan dan hati kita sendri...Sbb tu saya pilih blog.... Saya boleh kata apa saja tanpa perlu takot itu ini...

Dan sepanjang sy menulis, saya rs saya belum pernah mengata sapa2...Kalo ada, saya mintak maaf...Saya hanya tulis mengenai diri saya..Sy mmg dah lama menulis.. Tp dulu saya tulis soal umum...Br je jinak2 dlm blog2 peribadi mcm ni.. Saya mula blog ni setelah saya buat keputusan untuk kawen.. Saya x tau pun sblm ni ada blog sal wedding prep dan benda2 seperti ini.. Selalunya saya duk cr apa2 idea melalui Google sj.. Fara yg tunjuk saya sal dunia wedding prep blog ni.. Dan mata saya tbuka luas... Banyak yg saya belajar. Saya dpt idea, dpt pengalaman, dpt cerita suka duka kwn2 blogger... Malah, saya dpt kawan rapat melalui ni....

Saya x pernah rasa yg seseorang tu menunjuk2 or over bila baca blog org... Apa2 yg dia lebih, saya amik panduan. Apa2 yg dia kurang, saya jadikan pengajaran.. Saya seronok baca impian org lain.. Tp nape ada manusia yg rs seseorang tu over bila baca blog org tu..Pelik..Kalo x suka, xperlu la baca..Dan nak ckp belakang, ckp la...Itu dosa masing2.. Mengumpat..Tp nape perlu mengata terang2an jugak?..Ingat saya akan tutup blog ni bila ada org x suka?..Owh, tidak..Saya masih dan akan tetap menulis...Ini hal saya..Ini blog saya...Selagi saya x jemu, saya x akan bhenti....

Saya amat mhargai dan mengalu2kan sebarang komen..Tp biarlah komen tu boleh buat saya jadi lebih baik...Dan kalo x suka, cuba ckp betol2, tang mn yg x suka...Biar jelas!

Dan siyes, komen2 yg selalu singgah kat blog saya ni, buat saya rs ada kawan baik !...Koranglah kawan baik itu.. Thanx semua!

Tuesday, August 17, 2010

Monday, August 16, 2010

Bride Wars

Princessamy1011... Thanx a lot sbb sudi join Kita2... Dan selamat bpuasa untuk awak yea... Kalo ada kesempatan give me ur link ... T kita leh share stori....

Ok.......

Cantik kan mereka... Kate Hudson & Anna Hathaway.... Di mata saya mereka mmg cantik...Tapi dlm gambar di bertambah2 cantiknya?..Kenapa ek?...Of coz it bcoz the strapless wedding gown & the wedding bouquet... Yes...Bcoz its about wedding!!...Everything about wedding mmg sgt cantik dan indah...

Bride Wars.... Pertama kali saya tengok filem ni adalah di bilik hotel. Bersama kawan baik saya..Br dua minggu lepas. Kami malas nak keluar selepas kursus, jadi buka saja tv, lepak atas katil... Ya, menonton filem tentang kawan baik, bersama kawan baik... Malah kami sama2 baru kawen...Dia kawen sehari sebelum saya kawen...Dia kawan baik saya tapi saya tak dpt attend wedding dia...Sama juga seperti dia...Sama juga dgn permulaan kisah filem ini...Korang dah tgk movie ni?..Mebe semua org dah tgk kan..Tinggal saya je yg tercicir...

Meh saya bagi sinopsis sket... Kate & Anne adalah best girlfren..Soul sister... Sejak kecik lagi.. Pada suatu hari di bulan Jun, masa derang kanak2, derang gi mkn2 kat sebuah hotel dgn mak masing2..Masa tu ada wedding reception yg sgt indah...So, dua2 memasang angan nak kawen kat hotel tu jugak bila besar nnti..Dan derang nak kawen dlm bulan Jun jugak sbb nak amik berkat kecantikan wedding yg derang tgk tu la kononnya...Bila dah besar,Kate seorang peguam..Selalu nak menang..Garang..Suka mendesak...Suka mengarah...Anne plak seorang cikgu...Lembut, baik hati, xtau wat keputusan sangat,selalu kene buli dan pemaaf... Kebetulan, masing2 ada boifren dan masing2 dilamar pada waktu yg hampir sama...So, derang plan nak wat wedding prep sama..Derang pun pergilah jumpa wedding planner yg plg femes...Dua2 book nak wat wedding kat hotel yg dulu tu pada bulan Jun..Bulan sama tp blainan hari...
Tp tiba2, wedding planner salah book...Dua2 di book pada hari yg sama...Apalagi, derang mengamuk la..Sbb Kate nak attend wedding Anne..Anne nak jadi bridesmaid Kate...Tp xble nak wat apa dah...Sbb dah book..Kalo x xle kawen dlm bulan Jun...So, Kate & Anne pun bg masa masing2 untuk mengalah...Kate harapkan Anne kawen bln lain, Anne harapkan Kate mengalah...Mulanya derang bengang sbb takot xle gi wedding masing2 je..Tp lama2, sifat xnak mengalah tu buatkan derang blumba2 bsaing wedding sp plg best..And the war begin.........

Cite ni cite humour...Tp sgt menyentuh hati saya..As i said before, perasaan B2B ni x habis lg la...Plus, cite tu buat saya teringat balik semua susah payah my wedding prep...Mcm mana kita berusaha nak yg tbaik, tcantik untuk wedding kita..Mcm mn kita deal dgn org sekeliling..Mcm mn kita rs stress sampai gadoh dgn tunang sendri...Dan macam mana kita "kehilangan" best girlfren....Ya,"kehilangan".... Saya xtau la korang alami x apa yg saya alami ni... But let me share what i feel ok....

Dulu, ms zaman belajar, saya ni single mingle... And i have a group of kawan2 awek2 single yg cantik manis.. Kami sgt rapat2.. Sgt2 la rapat sehingga kenal parents and adik beradik masing2..And we used to be macam adik beradik jgk... We share everything... Saya dpt rasa apa yg mereka rasa... Mereka dpt teka hati saya tanpa saya perlu bcakap pun.... Kami pernah ketawa tbahak2 bsama2, tguling2 atas katil bsama2, meratap meraung bsama2... Yes, we do fight...But we are sister rite?..

Then few things happen.. I said a few things..But i dun know what is it..At the same time i become very2 busy dgn wedding prep... Dr saat prep merisik, ke bertunang sampailah kawen... Mana x busy...Jarak merisik dgn tunang juz 1 month..Jarak tunang dgn kawen juz 3 months.. And the gap begin... Ntah la... kami dah jarang bgayut kat tepon cam dulu..Kalo x, ngalahkan boifren girlfren.. .Kadang2 saya rasa cam wedding la yg sbbkan gap itu... But, people change rite... Saya skang dah ada my soulmate.. Yang perlu saya cintai & bg perhatian sepenuhnya.. Saya sekarang dah ada my own life.. Yang perlu saya jaga dgn baik.... But i still love my gilrfrens... And i miss them...

So, girlfrens.... Xkesah la busy camne pun aku ni, xkira la apa pun hot story yg aku tertinggal, aku ttp ingat korang... Miss u all a lot !!!!.....

They fite...They hate each other...But they miss their frenship to.......