kita2.... ;-p

Showing posts with label cerita kahwin. Show all posts
Showing posts with label cerita kahwin. Show all posts

Monday, November 11, 2013

wedding acik part 3

Bahagian terakhir...
Malas eh nak review banyak2...
Kita cite sikit2 dah..
Heee...

Here we go....
Majlis bertandang iaitu majlis di rumah kami..
Tema gold, kuning...Takde baju gold, pakai je baju kuning..Qasyaf and Qisya, xde dua2. Acik janji nak belikan. Tp sampai sudah x jumpa katanya..Haishhh...Kalau saya yg cari, kompem jumpa..Ni, dia yg ckp dia yg nak belikan. Jadi, saya x beria2 la nak beli sendiri. Makanya Qasyaf dan Qisya tak ngikut tema ler...

Acik xnak sanding2. Dia ckp, kat rumah pengantin perempuan dah sanding. Buat apa nak sanding bnyk2 kali. Lagipun, org yg nengok nya pun org sama...Derang kan satu tempat belajar...Satu tempat kerja...Kawan yg sama...Staf yg sama..Jemputan yg sama...Heeee

Ibu ckp, ok lah kalo xnak sanding..Tp kne ada mini dais jugak tuk amik gambar...Tempat makan beradap pun, kne la ada...
 
Ini lah dia tempat makan beradap yg simple.

DIY by ibu.


 Takde bajet nak balut kerusi, kita pakai ikat reben saja kat semua kerusi. Eh, anak sapa tu tetiba interprem?..Hahah..

 Hiasan meja tetamu. Bekas tisu dan balang kuih.

Ada kuih siput, karipap kecik, kerepek, bauhu, kacang, dan rempeyek. Yg mn dtg dgn kengkawan tu, mmg buat2 lupa diri la..Borak sakan sambil mkn kuih muih ni...Org lain xde tempat nak duduk..Muahahaha....

Majlis kawen rumah kami kali ni mmg bnyk makanan... Kat meja mmg ada kuih2 kering mcm sy ckp tadi..Kemudian ada mee kari, mee hon goreng, mee goreng, laksa, puding koktel, cendol selain nasi minyak dan nasi putih. Air plak, ada oren, bandung dan tebu..Air tebu tu guna tebu yg ayah tanam tepi rumah hoi..Kelas gitu..Haha...


Ini plak doorgift...Potpuri in the jar. Siapa yg hias botol tu? Ibu, Is dan Acik.Sapa yg buat riben beribu2 lemon kat klinik masa xde patient? Saya...
Fuhh, bekerjasama betul kami...Heeee

 The doorgift.

Ini plak mini dais nya..Secara jujur, saya x puas hati sgt..Ni tempah ni...Setakat mcm ni, DIY pong boleh kan..Tp tuan punya badan ckp, kalo DIY lg bnyk modal,dan tukang DIY xde masa, ikot je la..Huuu..
Sekali lg anak sapa la interprem ni?

pic kredit to s'rol photography 
This is tuan punya badan.

 pic kredit to s'rol photography 

This is the pengantin

pic kredit to s'rol photography
 
Dan ini kami sekeluarga. Free style la konon...Ayah tu buat gaya apa?..Gangnam?..hahahaha...

Ok..dah habis dah cerita...
Bai...



Saturday, November 9, 2013

wedding acik bahagian 2

4 hari berturut2 saya balik rumah dgn tersenyum. Bukan untung ribu2. Cuma, rasa berbaloi la jugak tinggal anak2 sebab pergi mencari rezeki kan. Boleh senyum. Tp hari ni, skang dah pukul 3pm, sorang customer pun xde lg. Takpelah. Sabar. Rezeki itu kan rahsia Allah.

Tp hairan jugak, mana pergi semua org eh? Takde org sakit gigi hari ni? Ke, semua org pergi kenduri?

Dah alang2 sebut pasal kenduri, meh la kita sambung kisah kawen acik.

Gambar x bnyk pong. Saya amanahkan Is utk pegang dslr saya. Alih2, boleh pulak dia tinggalkan dslr tu dlm bilik dia, dia pergi bawa body saja. Huhhh!

Kita layan gambar dari handset sajalah. Itu pong x bnyk.
Kita curik gambar dari fb OP la. Minta izin ye tuan OP.

Bahagian 2.
Majlis sanding rumah pengantin perempuan.

Kami semua bkumpul di hadapan masjid Marang. Plan asal, nak suh budak muda anak teruna trang tang tang yg bawa brg hantaran. Memula tu, mmg dah cukup ah semuanya tuk bawa 9 dulang hantaran. Sekali, bila tiba waktu, yg ini ada kelas, yg itu gi kem, yg sana plak gi mn2 ntah. Maka terpaksalah amik budak muda tak berapa nak teruna dah.



Terpaksa la anak muda tak berapa nak teruna ni suh org lain dukung anak, diri sendiri pegang hantaran. Baju pun terpaksa la tukar, x match dengan bini dah. Ibu suh Arjuna pegang sirih junjung. Amin,my adik ipar, pegang bunga telor. Eh, sori kak ngah, muka abg ngah x nmpk la plak.

Haaaa, pic ni nmpk muka abg ngah.Kihkih...Ensem la dedua org..Menantu sapa la ni?...Hahaha
Kenapa baju kuning? Sebenarnya tu baju tuk penanggah lelaki masa majlis rumah kami. Nak senang dan nak jimat kan, kne la bli bnyk2..Majlis kami tema gold , kuning..Masa ke rumah belah perempuan, tema kami yg menghantar ni, biru turquoise..Tp, nak beli t shirt kaler biru, macam leceh la plak..So, sekali harung kuning... 

 pic kredit to s'rol photography

Pengantin perempuan bersama adik beradik perempuannya...Cantik la baju adik beradik dia wei...Lace gitu mana nak cari eh?..Kenapa saya x pernah jumpa?..Ke sbb saya x pernah gi Bandung?..huuu...


 pic kredit to s'rol photography

Salam, salam...Jgn x salam...Berdasarkan pengalaman, masa ni lah ketiak paling berpeluh..Tengah panas hoi...OP plak," kejap2, salam lama sket"...Huuu

pic kredit to s'rol photography

pic kredit to s'rol photography
 
Belah perempuan, dayang2 pink gitu..i like!...Hehehe....Suwet je nampak...Dan sebaya lak tu semua..N mcm satu saiz je semua...Mn la derang cekau dayang2 sama saiz ni ek..Hahaha...


Itu sajalah gambar dr fb OP...Huuuuu.....Saya sendiri plak, bila dah nmpk candy bufet, lupa dah nak amik gambar..Duk menyebuk nak makan candy la plak..Ada coklat fountain weh..Saya kan jakun..Haha...

Sudahnya, gambar saya sendiri xde sekeping pun dalam handset ni. Gambar ibu, ayah, kak ngah, anak2, Wafiq, semua xde...Harunya...

Yang ada, gambar ni je...Ni masa nak makan ni...Baju saya kaler sama macam headband Qisya tu la...heeee, tu je la boleh bagitau...Hahah...

Kalau tunggu gambar2 dr OP br nak cite kat blog, maknanya, sampai sudah la x cite..Mcm cite kawen kak ngah..Sampai sudah x cite kan...Kesian...Heeee...

Ok lah..Tu je..Bai..
Patient, dtg la oi!...



Tuesday, November 5, 2013

wedding acik bahagian 1

Sabtu, 2 Nov 2013.

Siang nya, saya masih bkerja macam biasa. Anak2 duk dengan daddy nya kat rumah. Saya harap semua org faham. Bukan saya tak nak tolong apa yg patut kat rumah ibu tu. Bukan saya xnak bersama beriuh rendah dengan ahli keluarga ibu yg balik dari jauh utk wedding acik. Cuma, saya terpaksa buka klinik. Klinik saya baru nak bernafas. Banner sana sini digantung, tulis klinik beroperasi 9am-9pm setiap hari kecuali Ahad. Jadi, kalau tutup x best la kan. Org baru nak kenal klinik.Saya x kata org dtg bduyun2. Tp, at least, kalau buka klinik tu, dpt la 2,3 hinggit kan. Tak buka x dpt langsung. Betul x?

Acik akad nikah selepas Isya'. Saya tutup klinik dalam pukul 7.10pm. Sekarang kan waktu solat mmg awal. Saya sengaja solat Margrib kat klinik. Sbb xnak kelam kabut. Kalau balik rumah baru nak solat, tergendala la sekejap sbb Qisya, kalau tengok muka saya je terus "nak...nak.." sambil selak2 baju saya. Heee...

Sampai rumah, Arjuna baru nak mandikan anak2. Sementara dia mandikan Qasyaf, saya bf Qisya dulu. Kami pun siap2. Terus bertolak ke tempat berkumpul.

Saya pulak yg rasa berdebar2. Masa kak ngah nak kawen dulu, saya x rasa berdebar pon. Mungkin sbb bukan kak ngah yg nak jawab akad nikah kan. Kali ni, acik yg nak jawab.

Tp, tuan punya badan relax je. Adik lelaki saya ni jenis "nolo" org tganu kata. Maksudnya nakal yg suka buat lawak bodoh tu. Hahaha....

Masa tunggu semua org kat tempat berkumpul depan masjid Marang, dia asik "aku terima nikahnya dot dot dot"....Ulang2 sambil berjoget la...Elok2 tgh bcakap benda lain pun, tetiba, "aku terima nikahnya dot dot dot".....Heeee..

Sampai je rumah pengantin perempuan, sedang elok tok kadi sampai. Lama la plak tazkirahnya. Panjanggg...Ayah sampai tertido. Ada dlm gambar ayah bersila, mata pejam. Hahaha.

Pastu tok kadi tu suh acik praktis jawab lu beberapa kali. So, bila akad nikah, mmg sekali lafaz je la. Jelas dan nyata. Sbb pakai microfon kan..Ayah pengantin perempuan sendiri yg nikahkan derang.

Gambar xde banyak pun. Gambar dr OP, 2 bulan kawen blom tentu dapat kan. Seb baik la bawa kamera sendiri. Tp, guna kamera ni, malas plak nak transfer ke komputer kan. Ini gambar yg saya cilok dari fb adik saya Is..

 Ibu dan ayah with pengantin


 Kami with pengantin


Kak ngah dan famili kecilnya with pengantin


Gambar kami semua sekeluarga xde dlm kamera kami..Ada dlm kamera OP je. So, xdapat la nak tayang.

Selepas semua nya selesai, balik rumah, pengantin pergi buat outdoor photoshoot. Semua adik2 kak long tiru kak long. Kak long yg mula dulu buat outdoor photoshoot malam2..Semua ikot..Sungguh memberi inspirasi la kak long ni..Adik2 suka tiru...Hahaahahah...


Update : OP, s'rol photography baru letak pic kat fb..So, meh kita curik letak sini...

 Ayah pengantin perempuan sendiri yg nikahkan...


 Inilah keluarga kami...Yeayyy, ada gambar sekeluarga....Tambahan ahli keluarga sket...Yg sebelah ibu yg paling kanan tu makteh...Sebelah saya yg duduk pegang tablet tu anak paksu...Heeee...



K bai!...

 

Monday, September 3, 2012

BFF wedding...

Or now they call it FFL?

Ya...Musim perayaan sekarang ni bagaikan sudah sinonim dgn majlis kahwin. Ramai yang ambil kesempatan cuti pada musim perayaan digunakan untuk buat kenduri kendara. Senang katanya. Saudara mara makcik pakcik yg jauh pulang ke kampung untuk beraya boleh sekaligus menghadiri majlis perkahwinan.

Demam raya kami anak beranak which is mmg betol2 demam yg panas dahi,batuk dan selsema mulanya buat saya mahu abaikan saja undangan perkahwinan sahabat baik merangkap partner klinik masa zaman belajar ni. Tapi,ntahlah..Ada perasaan ingin turut sama meraikan. Ada perasaan bertanggung jawab untuk hadir untuk mgembirakan lagi dia. Jarak kami bukan dekat. Mau 4,5 jam perjalanan juga. Mujur rumah mertua juga di Kelantan. Boleh la kiranya berehat semalaman sebelum menghadiri majlis. Dgn sisa demam yg masih berbaki,sampai juga kami ke majlis walimah Shida. Saya sengaja tidak bjanji untuk hadir. Juga tidak bpakat dgn teman2 yg lain untuk hadir sbb saya sendri tak pasti sampai ke tidak kami ke majlis Shida. Arjuna ckp,nasib ni wedding Shida. Kalau wedding org lain dia x layan dah. Lgpun minggu pertama Syawal kami kan sgt hectic dan memenatkan (dah cite dlm entry lps kan)..

So,jom la layan bbrp keping gambar..Untuk kamu si B2B (owh,lama x taip huruf ni) yg kot2 la ada lg yg rajin singgah blog ex-B2B yg dah jd mak budak ni..Juga untuk kamu kawan Shida dan kawan saya sendri (i know u read my blog lah)...

 Empunya blog in end of 35 weeks...Hihi...Bkn nak interprem..Tp nak tunjuk pelamin la...hihi

 Ok,lebih jelas gambar pelamin kan..temanya ijo...

 Mommy and Qasyaf and Cik Shida..

 With Yana..Kawan zaman belajar jugak.. Sempat jumpa Yana je..Yg lain dtg ptg..

Semoga Shida dan Firdaus bahagia hingga hujung nyawa. Dan semoga cepat dapat baby ek Shida.. Aku nak stop dulu pasni..Bagi peluang kat ko dulu..Nanti ko kejar la aku yea..Jgn takot2!..Hahaha..Enjoy your married life ! (u know what i mean!)..

Ok lah..Setakat itu saja..Daaaa..

Wednesday, July 14, 2010

Jurugambar professional perkahwinan

Assalamualaikum semua…. (Jarang benar saya bagi salam sebelum memulakan sessi bercerita kan..Selalunya duk hai2 je..Hehe)..Arjuna dah ok....Dah gi kerja..Alhamdullillah...Ok, dah lama saya tak ckp2 sal wedding prep kat sini kan..Asyek duk berpanglipur lara sal kegiatan harian je…Meh, ubah topic sket…Kita amik mood B2B yang duk giat buat persiapan kawen masing…Setelah menyerap mood Ally (17 Julai 2010),wanie (18 Julai 2010), Thalha (25 Julai 2010), Huda (31 Julai 2010), Xora, Nawal dan lain2 lagi ( semua dlm list beautiful B2B saya la ek, x larat nak taip semua…Tapi yang saya sebut tu,nak dekat dah tarikh mereka kan..),saya rasa nak berkongsi sedikit tentang jurugambar professional (OP) untuk perkahwinan…It based on my true story..Apa yang saya alami dan apa yang saya pelajari..Kita kongsi2 yea…(sambil2 layan saya yang sambut 4th months aniversary dgn menatap pics kawen sendri...Heee...:-D )

Bagi saya, OP ialah individu yang sangat2 penting semasa majlis perkahwinan berlangsung…Sebab peranan OP adalah kekal..Dengan adanya OP, majlis kita jadi abadi dalam memori…Chewah…Boleh g2?..hehe…Tapi, mcm mana nak jadikan memori tu betul2 bermakna?..Apa yang penting dalam pemilihan OP?...
1… Cara gambar diambil – Lain org, lain ragam, lain citarasa…Ada org suka gambar yang melodramatic…iaitu berposing meliuk lentuk di hadapan kamera persis sang model…Cara ini amat sesuai bagi yang fotogenik…Sbb dia xkan nampak keras di dlm gmbr walaupun semasa mengambil gambar tu, dia sebenarnya xbnafas pun! (I tau la, korang mesti selalu gak tahan nafas masa bgambar nak suh perut nampak kempis kan..haha)…Cara macam ni lebih mudah untuk OP sendri sbb masa mengambil gambar tu, pengantin pegun…Posing gaya ni, snap…Tukar posing gaya tu, snap…Berlakon peluk2 sket, snap…Mudah kerja OP..Tapi mcm saya kata tadilah, si pengantinnya mesti pandai meliuk lentuk…Br gambar jadi hidup…Cara ini juga amat sesuai kalau ingin mengabadikan fesyen baju pengantin korang….Ala, senang kata, bgambar macam dalam majalah tu….
Ada org lain pula, suka gambar2 candid…Diambil secara tidak disedari…Ini bagus untuk pengantin kaku seperti saya…Saya sendri gemarkan cara ini…Secara peribadi, saya rasa gmbr candid lebih tepat menceritakan kisah perjalanan majlis perkahwinan saya…Ia boleh memperlihatkan apa yang sebenarnya berlaku sekitar majlis…Mmg ini yang saya pesan pada OP saya…Banyakkan gambar candid…Biar muka saya nampak separuh je sbb x pandang kamera…Saya xkesah…Sbb saya suka begitu…Saya suka wajah saya di celah2 kegembiraan org ramai…Saya suka wajah saya disebalik deco2 majlis…Saya suka gambar saya yang x tgk lensa DSLR tu…Tapi, kalo nak pilih cara ni, mesti betul2 kene pilih OP yg betul2 mahir….Sbb x semua OP boleh mengambil gambar candid secara berjaya…X semua OP boleh m’capture perasaan org dlm gmbr…. Saya akui, mmg ramai yg boleh amik candid..Tp x ramai yg boleh buat kita merasi perasaan org dlm gambar tu kan…Kalau rajin, cuba buat research (B2B mmg patot rajin buat research!!) …Tgk pages OP2 hebat…Pasti korang boleh bezakan gambar yang ada jiwa dan gambar kaku…
Satu lagi, ada orang suka gambar yang diedit…Jerawat batu kat dahi dihilangkan…Langit gelap jadi cerah….Hidung pesek jadi mancung….Lipstik merah jadi pink dan macam2 lagi lah….Cara ini sesuai tuk menutup cela…Jika kita xdpt nak hindari kecacatan yang berlaku pada majlis kita secara live tu, ubah saja pada gambar…Zaman IT ni, mcm2 boleh buat kan…Kalau kita rasa majlis kita x cantik, sekurang2nya, ia nampak cantik dlm gambar..Tidak salah pun…Ikut kemahuan masing2..
Cara saya?...I vote for candid picture…nasib baik saya pesan pada OP supaya banyakkan candid..Sbb gmbr posing saya mmg agak kaku la…Dan saya pesan pada OP, jgn edit ok….Let it be just like the real one…X kesah la saya nmpk berjerawat pun…I want it original..Heeee….
Muka berjerawat halus…Inilah kulitku yang sebenar….

Apa hal ni?...Muka serabut sbb Arjuna byk kali kol bgtau rombongan dia xle nak paking sbb area rumah saya dah full….

Hey, mana kipas?..Tala la kat sini…Panas ok…

Arjuna yang gubra sbb xlepas2 jawab nikah…Ayah yang bdebar…Saya yang bdoa dlm hati semoga dipermudahkan…

Owhhh, sgt hepi bsuapan2 kek…Idah la ni duk wat lawak….
Hurmmm, saya mmg suka candid2 itu….Gmbr yg hidup….

Ini adalah kayu yang kaku….Mebe sbb br lepas akad nikah kot…Masih malu nak daring2…Tgk la tgn Arjuna…Nape keras g2??!!!!

Oohh tidak!...Sungguh x reti berlakon!!!!!....Saya x letak dlm album pun pic ni tau…Korang je dpt tgk..Korang mmg special la dpt tgk my pic yg x menjadi ni…Lengan saya pun nape sebegitu besar?...huuuu…

It supposed to be romantic scene…Tp saya nmpk mcm sgt takot pada Arjuna kan…Mcm “hey hey, ko nak wat apa kat aku nih?!”…..
Sbb tu la saya lebih suka candid!

2… Tahu kehendak anda – Pastikan korang tahu apa yang korang mahu…Nak OP amik gambar sewaktu bila?..Nak amik dari celah mana…Nak amik kot kiri ke, kot kanan ke, nak amik kot blakang?...Nak amik details kat baju ke, nak amik detail yang atas kepala…Macam saya, saya nak ada gmbr saya tgh pakai kasut..Nak gmbr saya tgh bsiap…Nak gambar inai di jari…Nak gambar baju tergantung…Nak gambar turun tangga mcm princess..Nak gambar saya tgh butangkan baju ( gambar wajib ada kalo pakai baju berbutang….Saya tau Qis particular sal ni sbb dia nak gambar dr belakang yang menampakkan tangan suaminya memeluknya dan dlm masa yang sama nampak tali2 pengikat korset tu…Betul x Qis?..Hehe…I suke gambar u tu tau!..)..Dan macam2 lagi la…
Apa motif gambar ni pun saya x tau….Yang saya tahu, posing cara ini in trend okeh..haha..

OMG….giler suke pic Aween ni!!!!...Jatuh hati habis pada scene ni…Saya dah pesan pada OP nak macam ni…Tp OP saya big saiz sket…Tak muat nak masuk belakang pelamin daaaaa…..Maka, angan tinggal angan sahaja…..

3… Pakej OP – Hohoho…OP gempak malatop habis mmg harganya pun malatop bom bom…Setimpal dgn kerja la kan…Juga setimpal dgn nama yang telah mereka ukir dlm industry amik2 gambar ni….Tp, bg B2B yang biasa2 macam saya ni, jgn putus harap yea…Sekali lagi, research!...Cari Mr Google…Jgn malu tny org….Masih ada OP mentah yang sgt berbakat di luar sana yang baru nak mencorak nama …Cuma luangkan sedikit masa untuk duduk berbincang dgn mereka tentang konsep korang…Jelaskan kehendak korang…Teliti kerja2 dia yang terdahulu….Pasti ada yg korang berkenan….
Selain tu, cari pakej yg betul2 dapat memenuhi tuntutan tempoh majlis…Perlu diingatkan, ada pakej yang terhad batas waktunya…Biasanya dlm 3-4 jam sahaja…Jika lebih masa, maka kene keluar lebih duit jugakla…Tapi ada jugak OP yang available sepanjang hari..Bergantung pada jadual OP masing2 la…Yang penting, kene tentukan dr mula korang nak pakai diorang brapa jam sbb xnak blaku pkara yang x diingi nanti..Contonhnya, majlis korang lmbt start, tp OP dtg ontime…Pastu, pas 3jam dah nak balik padahal majlis lom habis…Tak nak g2…Haru biru kelabu nanti….
Pastikan juga pakej OP tsebut memenuhi tuntutan acara majlis dan lokasi….Sbb ada OP yang xnak buat outdoor fotoshoot jauh2 selepas majlis akad nikah or sanding… Ada yang nak buat sekitar kawasan rumah je…Kalo dah kene travel sket, ada yang mintak bayar lebih…Jadi, sblm gadoh2 masa hr kenduri tu, baik discuss awal2…
Ada jugak OP yang buat pakej berasingan untuk majlis akad nikah, sanding dan outdoor…So,kena timbang tara la soal bayaran untuk semua tu…
Plg penting, bgtau OP pjalanan majlis korang…Biar dia faham dan sentiasa alert…
Saya mmg tekankan soal komunikasi dgn OP ni…Diskuss awal2 segala benda yea…Sbb ada bbrp kawan saya yang x puas hati dgn OP lps mjls blangsung…Semuanya pasal x discuss detail2…Biar la dicop cerewet pun..Sbb bila gambar kita cantik dan kehendak kita tcapai, kita jugak yg gembira kan…
Saya sendri mmg sgt susah nak pilih OP dulu…Sbb selera saya besar…Poket saya je yang kecik…Saya nak OP ada bersama saya sepanjang majlis..Dr psiapan sampailah tutup pintu rumah selesai majlis….Saya nak wat outdoor fotoshoot siang dan malam sbb saya tamak…Hahaha…Tp kalo g2, mampos lah kene bayar bjuta2 lebih kat OP…Jadi sudahnya, saya pilih OP merangkap kawan saya yang saya kenal masa kat UM dulu…Dia bukan nama besar dlm industry amik2 gambar ni…Tp saya tau hasil kerja dia…Saya dah pernah kelihatan cantik dlm gmbr diner final year yang dia amik dulu..Hehe..So, saya pilih dia…Cuma saya perlu byk bincang tntang kehendak saya supaya dia tahu mahu bkerja macam mana…Lagipun saya import dia dr KL…Jadi dia mmg xble nak balik cepat2 kan…Dia available untuk saya selama 2 hari…Sbb tu la saya boleh guna khidmat dia habis2an sampai dia penat giler…Hehehehe….

4… Pasukan OP – Ini juga penting bagi majlis yang diadakan secara besar2an… Seorang OP tidak cukup nak cover semua ok…Korang perlukan pasukan…Mungkin 3-4 org dlm satu pasukan…Atau paling tidak pun, dua org…Mjlis saya bukanlah mjlis besar…Tp, rasanya kalo ada pasukan lagi bagus…Bila OP pertama duk amik gmbr pengantin pmpuan tgh make up dlm bilik, OP kedua boleh amik gmbr org yang dah dtg duk dlm khemah or dewan…Tu kalo korang nak cover semua la…Untuk mjlis saya, rumah saya dua tingkat…Dr dlm rumah, org duk kat atas boleh nmpk org kat bawah…Saya nak sgt gmbr suasana majlis saya yang diambil dr ats…Masa akad nikah..Masa sanding…Tp OP saya sorang…Kalo dia duk ats, sapa plak nak amik gmbr kat bawah…So, xdela pic idaman saya tu….Jadi, kalo korang suka berangan macam saya, carilah OP yg berpasukan…Harga pun lain la kot babe!...

5… Kepelbagaian gambar – Haaa, ni kreativiti masing2 la…Saya pun xreti sgt…Yang saya tau, ada gmbr palaroid….Ada gambar hitam puteh….Ada gambar fish eye…Macam2 la…Xle nak ulas sbbb x terer…hihi…Tp cuba tny OP korang yea…
Ermmmm apa lagi ek?...Ada nak tambah x? Eh, cam dah pnjg giler je saya membebel….Ada x yang baca ni?..heee….Xpe la…Ini untuk ingatan pada diri saya jugak…Mana tau, leh guna untuk adik2 plak…Ok….salam sayang….Daaaaa!!!

*thanx to Khairuzzaman Abd Razak for the fabulous moment captured by you*En.Kerol xde blog ke website ke apa...Dia hanya ada sekeping fesbuk...so,xdapat la saya nak iklankan dia kat sini...Tp dia ni laku la di kalangan budak UM


nota kaki : ( harap membantu yea )
Juru gambar profesional perkahwinan di sekitar Terengganu :
ahmadfairus
fazrien
hasbifelix
markless
photoaura

Wednesday, June 23, 2010

My beautiful wedding .... amateur video

Helo helo helo....Selamat dtg dlm group Kita2 buat Ilyana dan Miyoko Tachibana ( Jepun seh!)....Dah cukup 110 org dah....Hip hip hooraayyyy....Meh kita raikan dgn menonton video kawen saya yg serba kekurangan nih..Jom!!



Fakta menarik tentang video ini...
1) Plg menarik adalah.....................ini video kawen saya. Saya rs menarik la..Hahaha

2) Video man amatur.... Xde duit nak upah video man profesional..Plus, mmg tlepas dr fikiran tuk hire videoman pro...huhuhuhu...Saat akhir, bila tgk video2 kawan2 blogger yg lain br teringin nk video jugak.....Masa tu duit dah xde..So, suh Is, my brother je yg belasah amik video ni...Dia plak, xreti guna handycam kot...Tu yg blurr semacam je video saya..huhuhu....& video man kedua ialah Idah...Sepasukan la tu..heee..

3) Movie don by myself...Without any experience...Ni yg ptama saya buat tau...Belasah je...

4) Waktu akad nikah, mmg Arjuna xnak pakai microfon sbb dia seorang yg gelabah...Sudahnya, sore pak imam je kuat..Sore Arjuna xdgr langsung!!!!!...

5) Saya asik duk mengelap titisan peluh di muka sbb mmg panas weh!..

6) Krim kek sedap kot masa tu..Tu yang kami duk cubit2 n jilat2..Hehehe

7) Suasana masa makan kelam kabut sbb masa tu waktu puncak tetamu tiba..Videoman pun cam xle mcelah amik shoot...

8) Semua org yg saya sayang ada dlm video ni... :-D

9) Walaupun kabur, at least i have sumthing to stare at bila windu2 kat Arjuna..Selain dr gmbr dlm album yg pegun tu la...

Tu je la kot...So kpd B2B yg suke berangan mcm saya, simpan duit n cari videoman pro cepat2 tau....Daaaa

Thursday, June 17, 2010

My beautiful wedding... of poster & t shirt

Hi hi hi Zanaidea...Thanx sbb sudi klik pd Kita2..Tapi saya x dpt cr link awak la...Tell me back ya!...

Okeh, as i said before, saya masih x puas bcakap sal mjlis kawen saya..Masih terasa bahangnya...Hehe...Macam br semalam..Padahal dah tiga bulan..Tp mcm yg saya sebut dlm entry yg lepas, saya hanya akan cite sal mjlis saya mengikut keadaan semasa..Kali ni saya juz nak respon sal Farah Fatihah yg duk mening2 fikir sal banner or bunting kawennya...

Saya inginkan sedikit kelainan..Sebuah poster perkahwinan..Bukan bunting mahupun banner.Saya dah pernah pos mengenai idea poster kawen kat sini..Kalo nak jengok sila la yea..Tetapi ada sedikit kesulitan yg saya terpaksa lalui. Angan saya tidak menjadi..Mimpi saya tidak tcapai...Sebab?....
1) Saya tiada sesi fotoshoot pra perkahwinan...Tidak berkesempatan nak posing2 mengikut tema dlm dunia hanya kami berdua seperti kebanyakan kawan2 blogger yg lain...Mmg tidak punya masa waktu tu...Persiapan hanya 3 bulan dan kerana keterbatasan jarak antara saya dan arjuna...Sudahnya, saya hanya menggunakan gmbr sewaktu pertunangan.
2) Kat Kuala Terengganu ni, xde byk pilihan kedai cetakan...Yang saya jumpa ni pun, murah bbanding kedai lain ( setelah saya round 1 KT cr kedai), kualiti bunting & banner sgt bagus, tetapi designernya x berapa kreatif..Idea2 yg dia beri pd saya sgt klise...Dan dia x fhm kehendak saya..Setelah 5x tukar design, saya fedup.
3) Akhirnya saya yg jakun photoshop dan hanya pakar guna microsoft word ni, tpaksalah design sendri..Mmg la x nmpk cam movie poster pun..Tp at least its my own touch kan..Dan hasilnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaa!!!!!

Hehehe...nak tgk dgn lebih jelas klik pd pic yea...Nnti no tiang lampu tu sekali yg jelas..hehe...Saya main belasah jerkkk...Saya sengaja tulis pnjg2 tu sbb pada fikiran saya, kalo org tgk, org akan kata "apa tu tulisan byk2"...Maka derang akan baca...Secara x langsung derang mdoakan kami..Itu doa tu yg pnjg2 tu...

Di kedai tu jugak saya print t shirt penanggah..Saya beli t shirt tu kat Giant je...Tema pink + koko.It suppose to be bright pink & dark koko...Tp ms tu xde t shirt dark brown, saya beli je light brown..Belasah lagik...hihi....

Inilah dia...Printing with pink colour...Ok la tu kan...My pakcik siap posing tu..Saya tempah 24 helai..Habis licin..Ramai la plak penanggahnya..Sampai nak bg kat arjuna selai sebagai kenangan pun x cukup...

Hurmmmm...Itu la kisah cebisan dr angan2 dan impian saya...Jgn tlalu keras bpaksi pd angan2..Pijak la pd realiti...Kerana hakikat itu milik kita dan ia lebih manis...Dan sekali lg, senyumlah atas apa yg dimiliki...Tp, jgn bhenti berangan tau..Kan berangan tu indah..hehe..Daaaa!!!

Tuesday, May 18, 2010

My Beautiful Wedding ….. Final episode

Hi peeps.....ok ok ok..tau korang bosan baca telenovela kisah kawen saya..Tp saya nak habiskan gak!...Tinggalan sejarah yg berharga ni tau...So, wahai blog ku, telenovela di sambung......





Ok...Pic x cun sbb bukan OP walaaa...I byr OP walaaa tuk rumah i je ok...Budget semput.....
Ringkasan cite......
-KT - Rantau panjang = 3jam lebih
- kami btolak ke Rantau Panjang awal giler sbb makcik2 sy excited nak gi shoping2 pas majlis...walhal prep kat rumah arjuna lom setel g...apa2 je la makcik2 ku...huhuhu
-oleh kerana kekecohan nak bertolak awal, saya tertinggal bunga tangan merah menyala yang saya gubah sendiri....
- kete pengantin dipandu oleh pengantin sendri....arjuna bawak, saya kat sebelah sambil mkn mee hoon goreng sbb xsempat mkn kat rumah...& tiap kali jumpa polis yg wat road block mesti dpt wish selamat pengantin baru..
- tema merah menyala + puteh
- saya make up sendri
- masakan sedap sgt...lebih sedap dr rumah saya...
- dee jay pasang lagu dikir barat n hindustan manjang <---- mmg pesen ore kelate weh..
- sepupu arjuna jatuh motor...huhu...skang dah ok...
- pesanan ibu tuk arjuna masa nak tinggal saya ... " jaga dia betol2 ek....dia ni mmg bekeng (garang), tapi manja...senang terasa..senang menangis"
-pesan ayah pd arjuna plak..." jaga dia elok2 ek....byk bsabar'... * erkk..aku ni byk songeh sgt ke?*

Ermmm...tu je kot....Malas dah tulis bjela2...Ok...last but not least.....

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah





p/s: untuk siaran ulangan...klik sini yea...

Tuesday, May 4, 2010

My Beautiful Wedding ….. Episode 8…

Dear wedding diary...nak nyambung cite nih...

Malam, xde aktiviti dah….Pas margrib, arjuna pegi airport hantar OP…Saya x ikot..Penat + malas… Saya juz mandi manda & makan..Owh?..Ye, aku makan sorang2..Lupa yg aku ni dah bsuami..Huhu…Bbrp org makcik yg still ada kat dapur menegur,”mana abg?”.. ”x ajak abg mkn?””mkn sorng2?”…… Aiseh….mmg saya xsedar pbuatan saya tu…Ok, bila dah bgelar isteri ni, kene jaga makan minum suami…Amik tau suami lapar ke x…Harus itu…Tp masa tu, saya lom biasa kot..Ampun bang..hehe…Arjuna balik, terus I layan dia makan tau….
Pas mkn, aktiviti mengemas rumah..si jejaka2 kene mberus periuk belanga kat luar rumah…tmasuk la arjuna…Xde pics derang meyental periuk ek..Sbb OP dah balik..& adik2 mls nak ngamik gambar dah….
Saya plak, kat dlm rumah, kemas la sket2…Expecially kat ruang tamu….Sepah seh!!!!....Dgn beras kunyit yg wat merenjis tu btaburan kat karpet…Budak mn ntah yg wat jatuh tu..Haishhh!...Idah pun tlg vacuum…siyes Idah…khadiran ko kat wedding aku mmg sgt aku hargai!!!!!...
Then, acara buka2 hadiah…Hohoho, banyak betul hadiah yg saya dpt…Ni sebahgian je…yg kat bawah..Selebihnya duk dlm bilik..maka, acara buka hadiah pun bmula…Antara yg saya dpt, baju tido seksi dan tlampau seksi ( aweks2 ni mmg nakal! ), lampu tido, kipas, oven (nak suh aku rajin wat kek la tu), cerek, sandwich maker, pinggan mangkuk gelas tu wajib kan…hehe…dan byk lagi..Penat gak mbuka hadiah nih…Tapi Idah ttp setia di sampingku…Juga sepupu2 kecilku…Tp PA @ pengapit dah pengsan kepenatan….
Ok, 1 yg best sal my sepupu ni….sepupu lelaki la yea…Pas bpenat lelah menolong untuk kenduri di siang hari, mlmnya derang akan pau pengantin, mintak blanja main futsal…Pengantin la yg bayar 1 court futsal tuh..Mmg mcm tu spupu2 saya…habis je sental pinggan periuk blanga, derang gi serang futsal…xkira la kul brpa pun…Sama la dgn kenduri saya..Team spupu sbelah ayah lawan team spupu sbelah ibu.…Derang semua siap bkemas lebih kurang kul 11mlm…Saya dah layu dah ms tu..Acik (adik saya ) dtg mintak duit nak byr court & nak blanja spupu minum2…Saya pun bg la..kejap tu, arjuna plak masuk bilik bgtau dia nak kene hntr budak2 tu gi main futsal…Kat area gong badak..Jauh tu!..dlm 20 minit dr rumah gak…Apa la derang ni….Pilih court jauh2..dah la tu, suh pengantin laki plak hntr..Arjuna kununnya baik la tu, gi hntr adik2 & sepupu main futsal tgh2 mlm pertama!..ishkk…
Saya ingatkan arjuna join main sama..Or tunggu derang main..rupanya x..Arjuna balik!..hahaha…Tp br je nak kiss2 ( untuk pbacaan org sudah bkahwin sj..hihi ), acik dah kol ckp dah siap main..derang x larat nak pulun main lama2..pulak!..Arjuna dgn baik hatinya, pegi la amik derang plak….Saya, setia menunggu arjunaku pulang……Dah stop…tetttttttt!!!!!!!!....

p/s: untuk siaran ulangan...klik sini yea...
episod 1
episod 2
episod 3
episod 4
episod 5

Monday, May 3, 2010

My Beautiful Wedding ….. Episode 7…

Hi sayang2 semua....Ooo, korang tgh blog hoping ya....singgah sini?....Ok, sila la layan telenovela-tak-tau-nak-habis-bila ni yea...tu pun kalo korang x boring la..hehe...

15 Mac 2010….Saya amik peluang tido balik selepas solat subuh…X habis2 kan dgn perangai x elok ni..Tp saya sgt mengantuk…& saya xnak sakit kepala..Sbbnya, biasanya saya akan sakit kepala kalo xcukup tido..So, saya tido jap lps solat…Mlm tu saya tido dgn kak ngah..Masih nak peluk kak ngah la..Hehe..Sbb pastu dah peluk org lain plak..Hihi..gelak gatai!..
Saya xde la bgn lmbt giler…Dlm kul 8am kot saya bangun…Terus gi mandi manda..Masa tu, kak ngah otw gi airport..Sbb amik acik..Iaitu adik saya merangkap pengapit pengantin lelaki..Br sampai seh..From Medan…Saya pun kol budak 2 ketul tu..Suh singgah kedai kek, amik kek…Baki harga kek kak ngah yg bayar…”Ngah, kak long x byr lg kan kek tu..Kira belanja la tu kan..kihkihkih”….Saya plak, di rumah, uruskan bbrp perkara y blom setel…Soal dapur, langsung saya x amik peduli sbb ramai dah org yg uruskan…Saya juz tgk2 keadaan di dalam dan luar rumah….Tgk my bunga pahar..Haiyakkk!!..sapa la yg buat pulut kuning ni…Cucuk bunga kat atas dia, dah penyek….Huhu…Nmpak x?..Bunga pahar saya jd rendah…Close upnya..Blobang2 sbb bunga berat n pulut x padat…so, peringatan kepada B2B, pastikan org yg wat pulut kuning korang org yg terer..Kalo x, ayah guna pulut…Guna stand bunga pahar tu je ok…

Kat luar…Ermmm apa lg yg x setel ek?..Hah, tu dia!..Kerusi makan tuk pengantin masih togel..Saya sengaja x balut kerusi pengantin..& saya x guna kerusi biasa yg selalu org buat tuk mkn beradap tu…Saya juz amik kerusi makan kat dapur je..& saya hias ikot citarasa saya…Alaaa, not 100% my own idea pun…Tp saya kan rajin mgoogle…so, hasilnya macam ni la…
Ok, kelakar…..dah londeh2 dah bila tiba time kami mkn beradap…haishhhh….

Setel hal kerusi, saya uruskan hal bunga kek plak…Saya dah tempah kek tanpa sebarang hiasan..Hanya kek coklat biasa yg dilitup dgn sapuan coklat…Sbb saya dah ada idea nak hias kek tu dgn bunga hidup…Tapi, bunga tu belum beli lagi…So, dgn keizinan ibu dan ditemani acik, saya ke kedai bunga di bandar…Masa kuar tu, telah tpampang penanda arah di simpang2 utama nak ke rumah..Ini plak my banner....Hehe..bagus budak2 ni…Sp lg kalo bukan Is & Along…Sampai je kedai bunga, mak aihh, byk giler bunga hidup yg br sampai!...Sukeee…Tapi nak buat apa, hiasan wedding saya semua dah setel…So, saya beli untuk kek je la…Of kos pink roses…Cpt2 bayar sbb masa tu dah kul 10 lebih…
Otw nak balik, makteh kol suh beli batang penyapu untuk pacak kat bunga manggar..Hah?..belum ada lagi?..Bukan ke kak ngah dah beli?..huuu, tanpa byk soal, kami singgah kedai apa ntah kat tepi jalan & beli penyapu terus… ( Rupanya kak ngah beli batang penyapu plastic yg pendek tu!!..Xprnh dibuat org!..X tfikir ke batang mcm mn nak wat pemegang bunga manggar? ...Ishkkk!!...<-----btg penyapu tu mjadi lawak jenaka sampai skang,,haha) Sampai je rumah, MUA dah menunggu..Alamak!..Sekali lagi saya kelam kabut…Basuh muka, terus ngadap MUA…Br je bbrp minit make up, Kak Asma sampai bsama2 2 org anak dia yg comey…alahai, awalnya…Makanan pun x siap lg..Tp katanya, dia ada kerja, tu yg kene dtg awal tu….. Xlama pas2, Idah sampai bsama OP…Seb bek…Pics sedang disolek kan pics wajib ada….Ok, yg tu lakonan semata2..haha…

Ermmm...ye la....mesti la my little princess pun mesti la nak kene make up jugak..seb bek ada Idah....

Siap make up, tetamu dah ramai yg datang..Saya jenguk keluar tingkap, nmpk staf2 berbaju puteh memenuhi kawasan rumah…Yea, Dr gigi, misi gigi dan semua staf gigi sekitar KT & marang dah serang kampungku…hehehe….Masa ni la, ada staf yg nak balik awal, naik bilik saya sbb nak jumpa saya…Bilik sgt sesak….Tp of kos, I tetap maintain sengeh lebar…Staf klinik gigi swasta tempat saya selalu wat locum pun semua dtg….Suke…Suke….Juga my beautician (Owh sungguh ku rs cam artis plak ada beautician sendri)..Lagi suke…diorang ni la yg duk menyental saya bbrp bulan sblm kawen ni…hehe..
Ok, org semakin ramai…Arjuna hmpir tiba..Turun la…Rasa cam puteri raja..ahhh...berangan kan best!!..

Dekat kul 1pm, rombongan arjuna sampai….Kul 1pm wei…Panas terik seteriknya…Buktinya…
Hahhhh, mmg panas!!!! * Idah..ko x kesah aku ltk pic ni kan..kat sini je..kat FB aku x tayang…hehe *
.Nape kami pilih kul 1pm?..sebabnya, saya wat mjlis ni pd hr bkerja..Isnin…Dan jemputan kebanyakannya keje…Diorng akan kuar ofis @ klinik pd waktu lunch je….& of kos la diorng nak tgk pengantin kan..Maka, tengahari la yg dipilih..Mmg sgt sesak ms tu…Tp tetamu yg hadir, dpt tgk kami…Masa berarak pengantin, kami jemput adik2 sekolah pondok berhadrah(paluan kompang pengantin tp cam paluan dlm nasyid tu) mengiringi kami…Selepas tu adik2 tu bernasyid plak….Nanti saya upload videonya yea..skang kita layan pic dulu..
K, kemudian, sesi sanding menyanding..

Kejap je…Pastu, acara potong kek..jeng jeng jeng…Potong kek atas bangsal…..
100% idea ibu…best kan my ibu..hahaha...Susah gak nak naik ni..Dah la kain sempit..Kene naik bontut lu br mengengsot sket2...hihi.My wedding cake..Simple je....

Seterusnya acara makan2...Masa tu tetamu masih ramai...Biasa la..Pengantin mesti mkn x kenyang kan...Lauk je meriah...
ya...inilah meja pengantin...Saya guna meja bulat..Saje je..nak suh sama dgn tetamu..Cuma meja saya bunga centrepiece nya gedabak la bbanding meja lain...
Ok, pastu kami masuk dlm rumah semula....Bposing2 dgn family....Laku betol jd pengantin ni kan...Ramai org nak bgambar..hehe....
Petangnya, pas solat Asar, kami keluar ke area Masjid Tengku Zaharah atau lebih femes dgn panggilan Masjid terapung....Wat outdoor fotoshoot...Masa ni saya dah x pakai MUA...Make up sendri je...i tot dah terang, tp bila masuk dlm pic, pucat seh....OP ku, sila edit pic outdoor elok2 yea...Ni sket saya tunjuk sini....

Azan margrib, kami pun balik cpt2..Sbb OP dah nak kene fly ke KL kul 9pm...Fuhhh, mmg penat habis OP ku itu..Thanx a lot yea Kerol!!
Malam plak.........Sambung nnti la yea...
Daaaaa!!!!
p/s: untuk siaran ulangan...klik sini yea...
episod 1
episod 2
episod 3
episod 4
episod 5
All the pics dr OP..tp without editing yet....