kita2.... ;-p

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

raya aidilfitri 2014

Assalamualaikum….

Hello peeps!!..

Minggu kedua Syawal dah neh. Tp cerita raya dari saya blom ada satu pun lagi kan. Sebenarnya hajat di hati, nak update blog bila dah transfer gambar raya. Tp ntah bila la nak transfer. Laptop ada kat klinik. Kamera ada kat rumah. Asik lupa nak angkut camera DSLR yg gabak tu ke klinik. Nak angkut laptop balik rumah? xde maknanya hoi. Jadi, marilah kita bercerita raya dgn hanya menampal sekeping dua gambar raya yg ada dlm handset cabuk ni.

Raya tahun ni, giliran kat Rantau Panjang Kelate. Saya x tahu lah org Kelate lain mcm mana, tp family Arjuna, raya puasa mmg derang x beriya sgt. Tak meriah. Takde bersungguh2 rempuh jem untuk beraya ke rumah semua sanak saudara dan kawan. Malah xde pun yg buat rumah terbuka. Derang banyak lepak kat rumah saja. Bosan la jugak. Bukan bosan la jugak..Mmg bosan..Tp oleh kerana mahu adil, mahu bertimbang rasa, kena sudi2kan hati, lapang2 jiwa utk balik beraya kat Kelate jugak if dah sampai giliran balik Kelate kan.

Tambahan pula tahun ni, MIL masih x sihat. Suam2 kuku saja sambutan raya kami. Utk makan raya pertama, my SIL tempeh nasi komok saja. Tau x nasi komok?..Google je la. Hihi… MIL mmg x sentuh dapur langsung. Biasanya, MIL akan buat ketupat palas, tapai pulut, nasi impit dan nasi dagang. Tp tahun ni x de semua tu. Ada nasi impit je yg saya usahakan dgn SIL. Kalo x masak langsung, mmg x rasa raya la kan.

Pagi raya, kul 6.30am lagi dah kejut anak2. Nak gi solat sunat Aidilfitri. Nak serap bahang raya sket. Seb bek derang behave. Sgt memberi kerjasama. Kami solat kat masjid besar Rantau Panjang. Lebih dikenali sbgai masjid Beijing sbb senibinanya kot.






Punya la awal sampai masjid sbb nak chop tempat tepi dinding..Ye la kan..Takot anak meragam..Qisya dgn saya. Qasyaf dgn dedi.

Usai solat, otw balik rumah, cari ais dulu. Ishk, ishk, pagi raya baru thegeh2 cari ais. Ada je kedai buka. Balik rumah, makan2 dan makan2. Layan tetamu makan2 dan makan2 lg. Qasyaf mcm excited benor  sbb sepanjang hari ada makanan thidang atas meja. Asik makan je. Qisya plak tido dr lepas balik masjid sampailah kul 2ptg kot. Lama kan..Dia ratu tido.

Ramai jugak tetamu dtg rumah. Sbb derang tau MIL sakit kan. Dtg tengok org sakit la kiranya. Sambil2 beraya. Petang baru ada masa bergambar sekeluarga.

Hari raya kedua, pun x best jugak…Separuh hari lepak di rumah. Then pergi beraya rumah kawan Arjuna. 2 buah rumah je.

Hari raya ketiga, sepagi Arjuna duk sebok baiki paip rumah. Kul 2ptg, kami bergerak balik KT. Otw, singgah Pasir Mas. Beraya rumah kawan saya sorang, beraya rumah kawan Arjuna sorang.

Hari raya keempat saya dah selamat buka klinik dan Alhamdulillah, rezeki hari tu murah.

Haaaa, itu je lah cerita raya saya. Tak best kan.

Tp kalo x cite kat sini kang, tahun depan nak recall balik x ingat dah. Hehehe..

Saya macam nak buat rumah terbuka je. Tak pun nak ajak kawan2 buat potluck. Kami geng dentist Terengganu blom berjumpa dan beraya pun lagi neh. Tgk la macam mana.

Itu saja. Daaaaa!

Wednesday, September 4, 2013

syawal belom habis

So, masih boleh la kalo nak cite pasal raya hari tu kan. Hehe..

Saya bukannya bz sgt. Cuma, bila ada dua org budak kecik yg suka menempel dengan maminya, suka join sama apa yg maminya buat, saya nak buka blog pun susah. Usahkan nak taip blog sendri, nak baca cerita kawan2 pun x dapat...Adanya je yg kaco. Kesian blog. Dah nak dekat sebulan x disentuh. Padahal, banyak sgt benda saya nak kongsi, nak luah..Kadang tu kan, bila ada sesuatu isu, atau sesuatu perasaan yg mcm wajib tulis kat blog, rasa bkobar2 sgt nak tulis kat blog, sekali ada gangguan, terus hilang idea dan mood. Itulah kuasa budak kecik bernama Qasyaf dan Qisya. Haha...

Masih dalam mood raya?..Jom la kita sikit pasa raya..Tahun ni, giliran beraya kat Terengganu ok. Makanya harus beraya di Terengganu, no compromy. Padahal kan, raya keempat ada kenduri rumah makcik sebelah ayah. Jika saya baik hati, lemah jiwa, patutnya balik beraya Kelantan dulu pun xpe kan. Tak pun, raya pertama kat Terengganu, raya kedua or ketiga baliklah Kelantan.Then, raya keempat balik la Terengganu balik. Tp saya xnak!..Mmg la x jauh mn Kuala Terengganu-Rantau Panjang, tp amik masa 3 jam jugak..Kalau jem, xke sampai 5,6 jam...Maka, saya putuskan balik Kelantan lepas kenduri rumah makcik belah ayah tu. No compromy sbb giliran Terengganu kan..Gila dictator keputusan..Ye lah, bila giliran raya Kelantan, dia pun dictator gak..Tahun lepas, raya kelima baru boleh salam sedara mara belah Terengganu..Hampeh!..Kali ni, biar saya yg hampeh..Ikot giliran siapa..Org tu la yg bkuasa tentukan perjalanan raya...Hahahah..


So, raya pertama kami tahun ni temanya ungu..Ungu manggis gitu..Sampai anak menantu cucu, semua ungu.. Cuma baju ibu je kaler lari sikit sbb xjumpa baju ungu manggis yg grand katanya..Mak i jangok tau..Jangan main2..Hihi...
 

Inilah keluarga kecil saya. Ok la kan gambar ni..Di sebalik tabir gambar ni, Tuhan saja yg tahu. Susahhhhnyaaa nak bgambar. Ni percubaan yg ntah ke berapa. Qasyaf la buat hal..Org suh posing, dia sebok nak tolong amikkan gambar. Nak main kamera..Haishhh!...

Biasalah, raya di Terengganu, banyak aktiviti. Gi umah org, org datang umah kami..Gi mkn yg org masak, masakkan utk org...Of kos la semuanya kat umah ibu ayah. Walaupun duduk dekat dah skang ni, umah sewa saya ditutup ok. Acik siap suruh letak notis kat pagar “sila ke tok kaya”..Tok kaya tu kampong rumah ibu ayah la..Hahaha..Mmg umah sewa saya umah tertutup utk tahun ini, tahun depan sehinggalah xtau bila. Gelas pun ada 6 bijik je, camne nak layan tetamu beraya oi!..Haha..

 
Blogger Asna pun dtg beraya kat rumah ibu ayah. Tp alahai, Qasyaf tunjuk perangai baikkkk punya masa tu..Ada ke dia nak duk atas riba,xnak bg mami pergi mana2..Gerammm betul!..Tp boleh la jugak bgambar kenang2an...Haaa, buktinya..Inilah jadinya bila dah bgelar mak beranak dua..Mak beranak tiga xtau la mcm mn..Huuuu...
Balik Rantau Panjang, xde aktiviti sgt pun..Tak meriah la raya kat Kelantan. Derang lagi memeriahkan raya haji. Ye ke? Apa kata org Kelantan.Hehe...

Tp, sempatlah jugak saya pergi jumpa kawan2 lama. Haaaa, ini kawan sekolah rendah...Berapa tahun dah kami berkawan?..Kalau kenal masa darjah satu, sampai skang masih kawan, brapa tahun dah?Kira sendri..Heee....
Minggu kedua syawal, Arjuna dah kerja dah. Saya kembali kepada rutin asal. Satu benda yg saya rasa rindu slps resign ni adalah jamuan hari raya!..Ms still keje kerajaan dulu, musim ni la musim tebalkan lemak di badan. Tiap hari ada jamuan raya/rumah terbuka. Hari ni department tu, esok jabatan tu, lusa klinik tu, tulat klinik sendri. Bulan syawal, semua aktiviti bkerja dikurangkan, tp perbanyakkan aktiviti beraya.Haha..Itu yg saya rindu..Yg lain x rindu..Kahkah...
Then, sempat jugaklah kami geng2 doktor gigi yg start kerja tahun 2007 ni buat gathering..Chehh, bukan la besaran pun..Juz bjanji tuk bkumpul beraya kat rumah seorang kawan ni. Thanx Qoy sbb sudi buat open house..Kalau x janji mcm ni, mmg susah nak bkumpul ramai2 mcm ni...Geng ni, semua dah kawen...Kalau ingat balik, masa 2007 tu, 2,3 org je yg ada boifren kan..Kihkih...


Ok lah..Itu jelah cerita raya tahun ni..At least ada jugak yg tcoret kat blog ni kan.
Kepada pengomen pertama entry hari raya saya, email saya tau..  nurharzlena@yahoo.com  tak tau la nak bg hadiah apa..Tp ada la hadiah sbb sudi jd pembaca tegar. Hari raya pun buka blog i..Tenkiu!..Haha..
Itu saja..Daaaa!!!
 

Thursday, August 8, 2013

salam aiditfitri

Salam aidilfitri...
Pohon ampun atas segala khilaf...
Doakan semoga kita semua dpt bertemu kembali Ramadhan tahun hadapan.





Sapa 1st komen entry ni di hari raya pertama, saya akan bg hadiah hari raya yg best!...hihihi...k bai,cepat komen...


Ada x agaknya org buka blog ni di hari raya pertama?

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 1433H saya....

Tidak sakan.
Memenatkan.
Mendebarkan.

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri. Hari ini 10 Syawal. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yg sudi baca blog ni. Mohon ampun dan maaf sekiranya saya dgn tidak  sengaja pernah mguris perasaan kamu semua sepanjang penulisan saya di sini. Macam mn dgn raya kamu semua? Saya masih dlm mood raya dan bharap agar mood ini semakin best walaupun semakin ke penghujungnya. Ya, saya bharap mood raya ini tidak berakhir cepat sbb di awal aidilfitri, raya saya sedikit kurang sempurna dan hambar rasanya. Semoga,Syawal yg bbaki ini,boleh buat saya merasa raya dgn lebih gembira.

Tahun ini,buat pertama kali dlm hidup,saya beraya di tempat orang. Giliran beraya di kampung Arjuna di Rantau Panjang Kelantan. Mungkin itu sbb utama kenapa saya rasa raya saya tahun ni tak sakan kot.Heee...Bukan raya di rumah mertua x meriah. Meriah sungguh. Cuma,bila mengenangkan ibu ayah di rumah pertama kali beraya tanpa anak2 perempuannya buat saya sedih. Lily,adik perempuan saya juga beraya di rumah mertua kerana kebetulan belum habis pantang dan babynya masih dirawat di hospital.

Saya pulang ke Rantau Panjang selepas solat Jumaat. Ingatkan jalan jam,rupanya tidak. Tenang sahaja mungkin sbb ramai org dah mula balik sejak hari Rabu dan Khamis lagi. Hari Sabtu, kami tiga beranak ronda2 di KB. Pun tidak jam. Pelik jugak. Mlm raya, MIL dan SIL sibuk memasak juadah hari raya. Saya ada juga menolong sikit2.Tp agak tbatas la sbb si Qasyaf asik nak menempel dgn saya.Tmbh pulak saya sendri dah boyot sgt ni hah untuk bgerak aktif di dapur.Hehehe..Bunyi mcm alasan yg best kan..Hehe.Tp betul lah..Bila seharian melayan Qasyaf,menjelang petang,dr pinggang ke bawah ni rasa mcm lenguh2 dan cramp!..Penat melepek!..

Raya pertama,awal pg lg siapkan Qasyaf dulu. Tak pergi solat sunat Aidilfitri pun sbb Qasyaf la.Malas nk bawa dia sbb kompem dia akan buat hal kat masjid. Juadah rumah MIL,nasi dagang kuah gulai ikan tongkol dan gulai ayam.(kalo kat Terengganu,nasi dagang mkn dgn gulai ikan tongkol shj)..Ada juga nasi impit kuah kacang,ketupat pulut dan tapai. Semua MIL yg sediakan. SIL tlg2 je.Pagi,sebelum org pergi solat sunat Aidilfitri,saya dulu yg menyantap semua juadah tu. Hehehe...Lepas solat je,rumah dah penuh dgn tetamu. Bduyun2 org dtg. Sekali lg alasan tgh sarat pregnant dan Qasyaf xnak berenggang buat saya xyah susah2 kne basuh pinggang mangkuk kat dapur.Cuma layan2 tetamu je..Hahaha..Kat rumah PIL ni,xde la plak tradisi beratur salam raya mintak maaf sesama ahli keluarga. Bermaafan dan salam2 secara x formal shj. Kat rumah saya plak,bukanlah formal pun. Cuma ada la sesi beratur sapa salam sapa dulu tu. Sambil2 amik gmbr   semua tu.Ptg raya pertama,lps Asar,barulah jalan2 rumah jiran tdekat.Malam melepek kepenatan.

Raya kedua,kebiasaan rumah PIL ni,xde dah juadah special. Juz mkn biskut raya je la. Tak mcm rumah ibu saya,setiap hari dlm minggu pertama raya,mesti ada menu special tuk tetamu yg dtg. Contoh,kalo 1st day dah nasi dagang,2nd day mee kari pulak.Then soto ke..Then nasi ayam ke..Paling koman pun bila juadah utama dah hbs tp tetamu stil dtg sampai mlm,ibu saya akan buat mee goreng. Takdelah kne mkn biskut raya semata2..Jadi,bila kat rumah PIL ni,mak buyong ni mcm kebulur la jgk nk mkn juadah yg bmacam2.. Hahaha..Tu salah satu sbb rasa raya ni x sakan kot..Heee..Raya kedua pun,stil lepak kat rumah tunggu tetamu dtg je.Ptg br jalan2 ke rumah kawan Arjuna yg dekat2.Mcm tu la suasana raya Aidilfitri kat Kelantan kot. Bg saya,x meriah mana. Raya haji baru la berjalan sakan ke sana ke mari sbb kebanyakan sanak saudara yg buat korban,akan buat makan2 dan jemput semua org dtg makan.3 hari raya haji,barulah gi rumah org dan makan,gi rumah org dan makan lg..Raya Aidilfitri ni mcm x sakan sgt la.

Raya ketiga saya dah tak tahan.Apa kes hari raya main duk rumah tunggu org dtg je. Ishk,x seronok betul!..Awal2 pg dah ajak Arjuna keluar ke mana2 la yg boleh la. So,kami tiga beranak pun keluarlah. Mula2 gi rumah kawan2 Arjuna. Then pergi tgk Izni,member lama saya yg baru bsalin. Kemudian sempat jugak pergi wedding Farra,partner katil saya masa kat MRSM . Then pergi rumah kawan2 Arjuna lg. Menempuh jam dan panas...Hahhh,itu barulah raya namanya!.Malam,ada aktiviti BBQ bsama adik beradik Arjuna. Barulah rasa cam terisi skit hari raya saya.

Raya keempat,pg2 lg bsiap tuk balik KT...Yeayy,kita sambung raya di KT plak..Tak sabarnya nk collect duit raya tuk Qasyaf lg sbb kat KT sure bleh gi jalan beraya kat rumah lebih ramai sedara dan kawan2 saya. Tapi,tup2 ibu kol, ckp ibu nak ke Kuantan segera sbb baby Lily kne masuk ICU. Ibu dah bunyi mcm kelam kabut dan sebak. Baby adik saya tu,lahir x cukup berat. Juz 1.7kg je..Mmg belum keluar wad sbb nak pantau berat dia dulu..Then tetiba didiagnos ada penyakit jantung kongenital. Sebelum ni stabil je tp ntah kenapa tiba2,baby asik menangis je..Bila byk menangis,oksigen dlm badan akan drop dan baby tu akan kebiruan.Kne masuk ICU...Ibu mmg dah xle tunggu lama dah. Risaukan cucunya. Kesiankan adik saya jgk sbb sorang2 kat Kuantan tu.(Ya,mmg adik saya ada keluarga mertua kat sana,tp well,u still need ur own mom kan)..So,ibu terus ke Kuantan dgn adik2 saya yg lain.

Saya plak,dah otw blk KT ni,singgah dan join la jugak majlis tunang sepupu Arjuna sekejap...Dalam masa yg sama,Qasyaf dah mula nmpk mcm x sihat. Muntah dalam kereta 2x..Hbs baju daddy..Baju saya x kena sbb saya pandai elak.Heee...Mulanya ingat nak terus ke Kuantan jugak. Tp Qasyaf nmpk mcm x larat sgt. Nangis je. Arjuna pun mcm keletihan. Maka,kami singgah la kuaters kami kat Paka dulu. Rehat2..Basuh baju. Tido semalaman,mkn ubat, pagi Khamis, pagi raya kelima tu,barulah ke Kuantan.Kami x ke hospital pun.Sbb bukannya buleh gi tgk baby tu.Parents je dibenarkan melawat baby dlm ICU. Kami juz lepak kat rumah Lily. Tak buat apa pun. Juz lepak borak2. It a moral support la kan,satu family bkumpul. Takdelah biarkan adik saya suami isteri bdua je layan perasaan sedih dan risau derang.

Malamnya,lps Margrib,saya bawa adik2 keluar pusing2 bandar Kuantan...Lily lepak kat rumah dgn ibu. Ibu tolong barut dan tungku kan dia. Dia baru 14 hari bsalin seh!..Pas pusing2 bandar Kuantan,blk rumah ,terus tido. Tetiba dalam kul 2.30am,ibu kejutkan saya. Ibu bgtau baby Lily kne hntr IJN segera time2 tu jgk. Menyirap darah bila dgr. Terus segar rasa mata ni. Saya pun kejutkan Arjuna. Kami mcm xtau nak buat apa. Adik saya dgn suaminya dah kelam kabut bsiap. Kemudian,hospital kol lg bgtau salah seorang parents baby kne naik ambulan jgk.Kne iring baby.. Masa tu, kesian sgt tgk Lily dan suaminya. Lily dah x ingt dah dia still dlm pantang. Si suami plak mcm org yg xle nak bfikir. Nmpk serabut dan mcm xboleh nak bcakap dah. Derang dua org mcm ingt nk ke hospital tgk baby semata.Lupa dah bnda lain. Pas derang keluar rumah,kami yg melihat ni barulah boleh bfikir skit.Td blur semacam sampai biarkan Lily suami isteri ke hospital bdua je. Lps tu barulah tfikir nak temankan derang. Arjuna pun terus ke hospital dgn adik lelaki saya. Saya dan ibu tunggu dulu di rumah.

Lebih kurang kul 4am,Arjuna dan adik lelaki saya balik rumah. Katanya derang dah btolak ke IJN. Lily naik ambulan. Suaminya plak follow blakang dgn abah dia sendri. So,kiranya kami menyusul pagi soknya la..

Pagi Jumaat tu,kami sekeluarga pun btolak la ke KL. Terus ke IJN. Masa tu blom boleh melawat baby. Tp baby dah stabil. Ceritanya, tiub yg duk dlm mulut baby tuk bantu pnafasan baby tercabut. Org hospital duk pam oksigen tp oksigen x masuk2..Mmg la,dah tiub tu tcabut. Baby x selesa,so,x bhenti menangis la. Bila menangis,oksigen dlm badan drop. Derang duk pam2 lg..Oksigen x masuk2 jgk..Last2 derang kata jantung baby dah teruk,terus ke IJN. Sampai IJN,pakar cek,benda ptama dia buat,buka tiub yg tcabut yg duk dlm mulut tu..Baby selesa. Baby tenang. Terus x nangis. Oksigen dlm badan pun naik semula. Ok. Sgt hampeh kan!

Masa kami melawat baby ptg tu,baby dah ok dah..Juz pakai 1 wayar halus yg lalu hidung tu tuk bnafas. Kata Lily,bersih je nmpk baby sbb kat IJN,derang mandikan baby. Siap mntk bawa showel gel,losyen, bedak bagai. Dan baby kne pakai baju,mitten & booties mcm biasa. Bukan sekadar pakai diapers mcm kat wad hospital kerajaan biasa tu. Bila tgk semua dah stabil, malamnya,kami terus balik Kuantan rumah Lily semula. Lily dan suaminya sajalah yg stay. Lgpun 2 org kakak suaminya mmg duk KL.Kami ni hah yg kne balik kerja,sekolah semua.

Sabtu, ingt nak btolak blk pepagi lg. Tp semua org mcm penat. Bgn lambat. Tgh hari baru btolak balik. Saya ke Paka. Ibu ayah dan adik2 ke KT. Malamnya pulak,ingt nk berehat golek2 atas katil je,ada tetamu la plak. My SIL singgah otw blk KL dr Rantau Panjang. Pagi Ahad baru derang sambung pjalanan ke KL. Saya dah start keje. Hari pertama hari cabutan selepas raya,klinik mmg laku la. Bduyun2 la jgk org dtg nk cabut gigi. Fuhhh,penat!...Begitulah ceritanya minggu pertama Syawal tahun ni. Baby adik saya dah makin stabil. Dah duk kat wad biasa dan kne pindah balik semula ke hospital Kuantan. Juz nak pantau berat badan je la. Bila berat badan dah naik ke tahap yg ideal, baru gi IJN balik tuk wat operation jantung dia. Semoga Muhammad Wafiq AAmily cepat sembuh dan boleh main2 dgn Qasyaf....


Kami tiga beranak di petang hari raya dah..Comot dah...Pagi2 ms cun org ramai sgt dtg rumah x sempat nak bgambar... Ok lah..Itu saja.. Daaaa!!!

Thursday, August 16, 2012

Selamat hari raya

Selamat hari raya kepada semua yg sudi baca blog ni..
Hati2 di jalan raya yea.
Jgn mkn byk sgt nnti rosak diet.
Jgn lupa pada yg kurang bernasib baik.

Kita jumpa lg seminggu selepas raya okeh!

Saturday, September 3, 2011

menunggu sakit...

Assalamualaikum readers...

Owhhh, lama juga saya tinggalkan blog..Langsung tidak bersentuh. Tidak ber'update'. Raya sakan ke sibuk sbb beranak? Dua2 pun bukan. Huuu... Raya kali ini disambut seadanya..Tidak sakan berkunjung rumah sanak saudara dan sahabat handai pun. Konon takut tersekat dlm jem & susah la kalau tetiba nak beranak. Kononnya la. Tp sudahnya, hari ini sudah 5 Syawal, baby masih sedap bersenang lenang dlm perut mummy..Huhu...Alahai, bila la baby nak keluar ni.. Tak sabar plak.. Semua orang tunggu baby keluar..Makcik pakcik yg duk jauh pun dah frust sbb tpaksa balik ke tempat masing2 tanpa sempat tgk baby..Adik2 pun dah nak balik kerja & belajar sorang demi sorang mulai esok..Dan Arjuna sendri dah mula bkerja mulai esok..Aiseh!..Baby, cepat keluar!..

Sedar atau tidak, inilah satu2nya sakit yg ditunggu2..Semua org x mahu sakit..Tapi sakit yg satu inilah yg amat ditunggu2 oleh saya. 9 bulan membawa nyawa ini dirasakan sebentar saja..Tp, nak menunggu si dia keluar, mcm satu penyiksaan pulak..Asik meraba perut suruh baby keluar cepat2..Hehehe..Mungkin baby ni punctual. Nak keluar ikut EDD 6 Sept ni..Siapa tahu kan..

Arjuna ckp raya tahun ni la paling bosan sbb x ke mana2..Terperap kat rumah menunggu baby je..Haha..Nak buat mcm mn bang...Tahun depan kita raya sakan di Kelantan ok...So, macam mn raya anda?

Ini raya saya... :-)




:-)

Wednesday, September 22, 2010

Syawal 1421 H

Thanx to Jaja Butterfly sebab sudi menambah bilangan geng Kita2. Orang Kelate yea Jaja... Ramai jugak blogger dr Kelantan kan...Mn ni rakyat Terengganu.. Tak kan saya sorang je yg giat dlm aktiviti memblog sal kawen2?..Common gadis2 Terengganu...If u have wedding blog like me, let me know u ya!....To Jaja, sila hantar kad jemputan kawen u kat i ok..Kelate tu kg Arjuna..InsyaAllah boleh pergi...mmg x malu suh org jemput...boleh i jumpa blk ur bakal bridesmaid tu..Hehe...

Hurmm....Apa cite korang ek?... Saya x sempat khatam lg kisah2 korang di minggu raya.. Ahad lepas saya kerja..Tp dgn xde mood sbb nak start demam...Isnin, masih mantap pergi kerja walaupun bhingus...Tp, menjelang tengahari, saya sakit kepala..Bdenyut2..Tak tahan, terus jumpa jiran sebelah ( org Kesihatan).. Dr tu bg MC terus saya blk rumah...Maka, Isnin saya MC separuh hari, Selasa pun MC..Hr ni, dtg kerja balik....Tp patient xde la ramai pun...Boleh la berfoya2 di blog ini...

So, saya nak coret sket sal Aidilfitri tahun ni dlm diari serba canggih ni...Check it out !!

Tema kami ungu...Ungu muda... Ungu lavender... Tak plan pun nak pakai kaler ni. Tp saya kan gi borong kain lace masa hanimun kat Medan hari tu.. Antara yg saya beli, lace ungu untuk diri sendiri, kak ngah & adik. So, ibu ckp, buat je baju raya.. Pakai lining ungu lavender supaya xde la gelap sangat. So, jejaka2 pun kene ungu lavender jugak la. Cuma kak ngah & ibu pakai kaler gelap sket.Arjuna, ahli baru dlm keluarga... Pun pakai kain sekayu dgn ayah, acik & Is. Hehe....Langsir umah, tak tukar pun..Pakai yg wedding saya hari tu je..Tak larat den nak manjat2 tukar langsir...

Kak Ngah saje buat lining gelap sebab xnak sama dgn Abg Long...Karang dia lak yg sedondon dgn abang iparnya tu..Hihi...Ok...Dlm pic ni sapa lagi cun?...hehe..

Hehe...Suka la pic ni...Sbb mcm pic OP kan...Saya la yg tukang amik nih....Dua org tu blakon semata2....

Menu utama hari raya pertama, nasi dagang...Dgn gulai ikan tongkol & acar timun. Perghh..Sedap... Ibu yg buat semuanya...Saya tolong2 je....

Hurmmm...ok lah...Tu je lah cite...Sikit je...Hahaha....

Wednesday, September 8, 2010

lagu raya yang saya suka

Thanx to Layla Yuki sbb sudi jadi follower...Rock habis seh blog dia...Gue lu lagi..hahaha... U suka Hujan x?...Amik lagu ni...hehe...

Saya amat2 suka dgn lagu "salam Aidilfitri Ayah Bonda " by Hujan feat Raihan !!!!...Lagu ni kuar last year...Tp sampai skang saya suka...Bg saya this is the one & only new raya song yg boleh setanding dgn lagu lama....*adakah sbb saya suka Hujan?*...Tp siyes, lagu ni cool, syahdu, penuh bmakna....Enjoy!!!




Kalo x le buka video ni....Klik sini je la....

Tuesday, September 7, 2010

secebis kisah

Hari raya... Makin dekat...
Ramadhan...Makin meninggalkan kita...
Hurmmm, tahun ni, bapa kali je saya pergi terawih. Bukan malas, tapi....Owh, kalau bukan malas alasannya, apalagi?...Alasan penat la...Ya..Penat... Dulu, duk hostel... Surau tepi bilik je... Jalan dua tiga langkah dah sampai..Mcm sgt kejam la plak kalo tak terawih betul x?..Tp skang, masjid bukannya jauh pun...Tp, tetap susah nak pergi..Apalah !..Semua penat punya pasal..Balik kerja, masak2..Pastu dah tgolek depan tv tunggu azan Margrib... Mmg rajin sket la nak masak sejak2 duk sendri ni...Malam, tjelepok dpn tv lg...Arjuna duk membebel gak ajak gi terawih..heeee... InsyaAllah, tahun depan, kalau panjang umur, saya kan berterawih dgn lebih byk....

Raya tahun ni macam byk aktiviti je... Awal2 lg saya amik cuti raya..5 hari you...2 hari sebelum raya iaitu Rabu & Khamis. Jumaat sampai Ahad cuti free... Saya sambung lg cuti Isnin sampai Rabu...Khamis cuti free lagi...Jumaat seterusnya dah weekend balik...Mmg sakan la...

Skang adik2 semua dah kat rumah.. Hati ni dah melonjak2 nak balik jugak.. Tp Arjuna xble cuti.. So, dgn izin Arjuna, saya yg balik kampung dulu ptg ni.Arjuna yg hantar..Pas buka nanti, dia blk Kerteh semula la...Ala, sehari je Arjuna buka puasa tanpa saya...Nanti Khamis dia balik la...Khamis br boleh buka puasa sama 1 keluarga...Mesti seronok...Tak sabarnya....

Dalam kita teruja nak sambut raya, ada ketika, kita perlu ingat pada org yg baru kehilangan. Saya sebenarnya xsuka sgt cite sal sedih2 ni..Dah la td cite Fara...Tp, kadang kala, kita perlu merenung diri..Jgn ingt raya, ingat hepi je...Hurmmmm.....Empati kita yg melihat, pasti x sama dgn lirih duka org yg mengalaminya sendri. Ini pula kisah kawan baik saya sendiri. Najihah kehilangan ayah tersayang pada 25 Ramadhan 1431H. 5 hari sebelum tibanya Syawal. Dan plg syahdu, 46 hari sebelum dia bergelar isteri. Tak terbayang kesedihan dia. Saya sendri sebagai kawan, tidak tahu mahu respon bagaimana bila dia memberitahu. Asalnya hari tu, kami rancang tuk berbuka sama2.. Saje, lepak2 dgn kawan2 yg jarang berjumpa. Saat akhir, dia bgtau ayahnya kat hospital.Tenat.Tak berapa lama, bakal suaminya yg juga merupakan kawan baik saya SMS tentang pemergian arwah. Innalillah...Kepadanya kita dtg, kepadanya jua kita kembali...

Masa tu, betul2 br lepas azan Margrib. Dapat berita tu, saya bgtau Arjuna di sebelah.. "sian dia...dah la nak dekat raya...dah la nak dekat kawen"...Itu ucap Arjuna...Saya kelu. Tak boleh nak respon....

Malam, bsama ibu dan Arjuna, kami melawat dia. Dlm duka, dia dan keluarga masih tersenyum menyambut kami. Nampak bekas2 tangis pada wajah. Namun, senyuman tersebut begitu nyata memberitahu yg kedatangan kami dihargai...Malah, Najihah sempat menyebut, dia bersyukur sebab ayahnya pergi dalam bulan yg penuh keberkatan...Owhhh... Itu lah rahsia insan yg diuji tuhan...Kita mungkin melihat dgn penuh rasa simpati...Tp, dia yg diuji, amat redha dgn ketentuan Ilahi...

Ayah solat jenazah keesokkan harinya..Ramai yg dtg...Itu lah kelebihan org yg bjasa... Semoga roh arwah dicucuri rahmat..Al-Fatihah....
:
:
:
:
:
:
:
Itu secebis kisah yg dekat dgn diri saya.. Saya tahu, di luar sana, lebih byk cerita yg menyayat hati..Soal kehilangan..Kemiskinan...Sebab itu, kita yg serba ada ini perlu bersyukur...Jgn lokek untuk menghulur seringgit dua pada yg menadah.. Jujur saya katakan, saya sedikit bhati batu..Kalau org mintak sedekah, mesti terfikir, ni ada sindiket ke?..Tp kalo peminta sedekah tu kanak2, saya mmg xle tahan..Mesti rs sedih..Mesti rs nak bg...Kalau org tua mintak, susah sket saya nak bg..Tak tau nape...huuuuu...

Walau macam mana pun, rajin2 la bsedekah....Dan jgn lupa bayar zakat tau...!!!...Itu saja renungan dari saya.....Daaa!!!

Monday, September 6, 2010

kad raya

Untuk artzlyind , naniE dan chloe , sejambak bunga terima kasih untuk anda bertiga sebab sudi klik pada ruangan follower. Selamat berkenalan yea.

Hari ni, 27 Ramadhan. Sekejap je rasanya. Dah nak habis pun bulan puasa tahun ini. Tapi, sekeping kad raya pun saya tak terima. Sudah pupuskah kad raya di alam ini. Atau mmg tak siapa peduli nak hantar kad raya kat saya? Macam saya sendiri. Tak amik pusing pun soal nak beli kad raya dah hantar kad raya pada kawan2. Saya pun tak tau mengapa. Makin malas la nak melayan benda2 sebegitu. Sedangkan, dulu, waktu zaman skolah, saya lah hantu kad raya. Hantu kad raya yea, bukan hantu raya..Hehehe...

Masa zaman skolah, nak plak duk asrama, aihhh, mmg bkeping2 la saya hantar kad raya kat kawan2 yg kononnya jauh terpisah. Ibu ayah dan adik2 pun dpt kad raya dari saya. Dan, mestilah saya sendri pun jadi macam artis. Bguni2 kad raya yg saya terima. Ya, tipu..Tak sampai bguni ok..Tp apa yg saya nak ckp adalah,dulu saya byk kirim kad raya dan byk juga terima kad raya. Seronok tau trima kad raya. Soalan2 dan ucapan2 lazim dlm kad raya plak ;

assalamualaikum...apa khabar?...puasa penuh x? baju raya bp pasang tahun ni? raya nanti jemputlah ke rumah.. saya nak amik kesempatan ni untuk susun sepuluh jari, mintak maaf byk2 kalo ada salah dan silap... 0-0 yea...

Hehehe...betul x ucapan korang pun mcm ni jugak?..Haha...Mcm tu lah budak2 kan... Seronok!..Pernah satu tahun, masa tu br habis SPM. Ayah baru pindah tempat kerja. Setelah 15 tahun kat tempat lama. Kami pun kene ikot pindah la. Bayangkan, saya tpaksa tinggalkan semua kawan2 lama. 1st time pindah lak tu. Sedih tau. So, sblm pindah, dah bg dah alamat rumah baru. Kot2 la diorang nak kirim kad raya. Tp, dah nak dekat raya dah, saya tak terima sekeping pun kad raya..Aikkk??..Heran..Tak kan kawan2 lama dah lupa kat saya. Tak kan kawan2 asrama sorang pun tak hantar kad raya?..Sangat ajaib.. So, hbis je raya, saya suh ayah gi pejabat pos..Kot2 ada kad2 yg tak terhantar dek posmen..Mn tau pos mesia ketandusan posmen kan...Er,,mmg betul pun...Hahhh, amik ko...Ayah buat balik setimbun kad raya untuk saya tau..Jenuh saya nak baca..Hehehe...

Itu cerita zaman skolah la..Tahun2 berikutnya, kad raya makin berkurangan.. Saya tak salahkan kawan2..Sebab saya sendri pun dah pandang agak sepi pada kad raya. Cuma, tahun pertama terpisah dgn kawan universiti, kami bertukar2 kad raya la..Ni dah lama terpisah, dan semakin dewasa, masing2 malas nak hantar kad raya. Bukan tak ada langsung..Ada la sekeping dua dari kawan baik yg saja nak mengada2...Padahal duk SMS & kol selalu dah..Hehe..Saje, nak serap kemeriahan hari raya.

Tahun lepas, dapat kad raya besar. Siap ada lagu raya. Sapa lagi yg bg kalau bukan boifren kan..Hehehe...Yang kelakar sket, Arjuna bg kad raya yg jiwang karat. Hahahaha... Saya ni bukan anti karat mahupun anti jiwang. Tp ye lah kan.. Bila jejaka berjiwang2 ni, ada la kelakar sket. Tp jiwang2 pun, kad raya tu lah duk tatap, ulang baca selalu. Betul tak? Alaaa, korang jgn x ngaku yea... Saya tau, mesti sama je kita ni..Normal lah..Hehe...

Saya pun ada kirim kad raya kat Arjuna. Mebe saya lg kelakar. Sbb saya hantar dua keping. Jiwa saya sgt berkenan pada kad raya comel, kecik, gambar kartun.. Suke sgt kad raya tu.. Saya pun hantar kad Arjuna. Tp bila fikir balik, Arjuna bkn main lg bagi kad raya meriah tuk saya, saya juz balas kad raya yang x sampai singgit. Gambar kartun lak tu. T dia kata saya keanak2an plak..So, saya pun hantar la lagi satu kad raya yg ada bunyi2..Hahaha...Sapa yg lg kelakar skang???

Hurmm, tahun ni plak, kat FB, org blumba2 hantar virtual kad...Malah, ada yg shoot pakai baju raya cantik2 lagi tuk buat kad alam maya tu..Saya sendri pun cadangnya nak buat jugak..I mudah tpengaruh ok...Tapi, mn ada masa nak bcantik2..Saya boleh la, pakai baju kerja & make up2...Tp xkan Arjuna xde angin xde ribut nak bersongkok bsamping kan..Hehe...So, xde la virtual kad bgambar kami ye..Cukuplah dgn ucapan selamat hari raya..Boleh x?..

Sebenarnya, bukan kad yg jadi pengukur keikhlasan ucapan selamat dan doa. Yang penting hati. Perlu setulus mungkin memohon maaf atas segala khilaf. Juga seikhlas mungkin memafkan org lain yg menyakiti kita. Dan plg penting, melupakan..Ya, melupakan semua yg keruh itu. Barulah kemaafan itu lebih bermakna.

Salam lebaran dari saya!!!





*owh, saya pun sudah obses kete kah?sampai kad raya pun letak pic kete...haishhh