kita2.... ;-p

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

bilakah umur yang sesuai untuk berkahwin??

Hip hip hoorayyy buat kedua2 follower baru iaitu Kasut Pink dan 2 H@t! Men j@d! 1. Thanx a lot sbb sudi singgah di blog ni. Nice knowing you both!

Tales About White Lace And Tiara bukan menyimpang dari tajuknya yang sebenar. Cuma, kekurangan penglibatan dalam persiapan perkahwinan membuatkan saya lebih selesa dan senang bercerita mengenai kehidupan seharian. Nak menulis ni, lebih mudah jika benda itu dekat dengan kita. Barulah ada feel. Tak gitu? Mungkin selepas ni, saya akan banyak menulis tentang perkahwinan. Sekali lagi. Kali ini untuk adik saya pula. Maklumlah, saya yang akan perah idea untuk majlisnya nanti. Tuan punya badan memang bagi kepercayaan kat kakaknya ni. Jadi, mulai dari sekarang, lebih banyak info tentang kahwin yang boleh korang dapat dari sini. InsyaAllah..

Ok, cakap2 pasal kahwin ni, kepada anda semua, berapa umur korang masa korang kahwin? Haaa... Best tak soalan?? Bilakah sebenarnya umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga??..Jeng jeng jeng... Kalau diikutkan lumrah alam semesta di Malaysia ni, lazimnya, makcik pakcik akan sibuk bertanya bila nak kahwin, bila seseorang tu habis belajar. Macam dah termaktub dalam kamus hidup, mula2, masuk tadika, pastu masuk sekolah rendah, pastu masuk sekolah menengah, kalau ada rezeki, sambung belajar sket lagi. Dah bhenti belajar je kene kahwin cepat2. Betul x?. Tapi, what is the exact correct time to get married?

Hurmmm, saya yakin, xde siapa yang boleh bagi jawapan yang tepat. Begitu juga diri saya. Saya tiada jawapan. Jika mengikut hukum, memanglah ada 4 hukum berkahwin dalam Islam iaitu;
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab jika berkahwin.
Namun, tidak tetapan umur yang tertentu yang telah digariskan. Cuma, pada pendapat saya, ia bergantung kepada individu dan keadaan semasa.

Ada yang bercinta zaman belajar. Ke hulu ke hilir berdua merpati sejoli. Rasanya memang elok berkahwin setelah tamat belajar. Halalkan ikatan yang terjalin. Jika tiada kekangan wang, apa salahnya cepatkan sesuatu yang baik. Betul x? Owh, jika beruntung mempunyai ibu bapa yang berada, kahwin saja walaupun belum habis belajar. Yang penting, kene pandai bahagikan tanggung jawab sebagai suami @ isteri dan tugas seorang pelajar. Tapi, jujur saya katakan, jika ibu bapa orang seadanya, tolong jangan buat begini. Sebab bagi saya, tidak adil untuk mereka. Dah la menangung kita belajar, kene menangung perkahwinan kita plak. Kemudian kene tanggung menantu. Sedih !. Tidak semua orang dilahirkan kaya raya. Jadi, jika korang bukan dr golongan itu, tolong jangan susahkan ibu bapa.

Jadi, kahwin saja setelah tamat belajar. Setelah berkerja dan mampu pegang duit sendiri lebih bagus. Sebab kita kahwin atas usaha sendiri. Jika ibu bapa mahu top up sana sini, itu namanya rezeki. Jangan menolak. Mereka juga ada hak atas perkahwinan anak mereka bukan? Persoalannya pula, berapa lama nak kerja baru kahwin? Juga tiada jawapan yang tepat. Tp sekali lagi, jujur dari hati saya, saya rasa, biarlah orang tua kita merasa dulu pemberian anaknya. Seperti yang saya katakan tadi, mungkin ada di antara kita yang lahir dalam sangkar emas. Tapi, sebenarnya pemberian kita kepada ibu bapa kita bukan untuk lebih menkayakan mereka. Pemberian kita sekadar membuat mereka gembira. Tanda kasih dan sayang mereka dihargai. Tanda mereka punya anak yang berjaya. Biarlah mereka merasa dulu hasil didikan mereka. Bagi yang dari kecik tinggal di asrama, kemudian universiti, sudah lama jauh dari keluarga, masa inilah untuk kita bermanja kembali dengan ibu bapa. Sebab selepas berkahwin, keutamaan kita adalah keluarga baru kita. Iaitu suami @ isteri kita. Selepas kita berkahwin, ibu bapa pasti akan merasa "hilang". Jangan menidakkan kenyataan ini. Sebab ia memang berlaku. Cuma berbeza penilaiannya. Lebih2 anak lelaki dalam keluarga. Pasti ibu bapa merasakan hero mereka sudah dimiliki orang lain. Jadi, tepuk dada, tanya selera.

Hurmmmmm..... Itu bagi korang yang ada kekasih hati. Bagaimana pulak bagi yang single mingle? Bila nak kahwin ni???!!!... Rasa macam tak nak jumpa orang je kan sebab asik soalan tu yang ditanya. Lebih2 kalo umur dah banyak. Takde la banyak sangat pun. Banyak sket je dari budak form 5. Hehe..Jadi, bila nak kahwin? Kalau jawab 'umur 25 saya kawen'. Karang, umur 25 tak jumpa calon, nak jawab apa pulak kan. So, kesimpulannya,juga takde jawapan. Sebab benda ni mmg susah nak dijelaskan.

Cerita saya? Saya sendiri memang takde steady boifren masa zaman belajar. Jadi, masalah nak kahwin masa masih bergelar student tak timbul langsung. Bila masuk zaman berkerjaya, jumpa lebih ramai orang. Kenal lebih ramai orang. Sangkut sorang dua tapi you just know he's not the right person kan. ( eh, bab ni kene tulis entry lain la..sbb cam byk bnda je nak ckp..hihi). Jadi, tetap takde jawapan nak kawen umur brapa kan. Setelah hampir tiga tahun berkerja, setelah banyak manja2 dengan ibu di rumah, akhirnya saya kawen masa umur 27 tahun 10 hari. Sekian. Korang pulak????

Gambar sekadar hiasan.Tengoklah genggaman tok kadi yang kuat tu..Sampai berkerut tangan Arjuna.

Tuesday, June 1, 2010

coming wedding

Jom menari ballet untuk Elya Elmo sbb dah tambahkan lagi geng Kita2....Hepi!
Bila ada org ajak saya teman gi window shoping survey brg2 kawen, atau tinjau2 bridal boutique, they asked the rite person!..hehe…Alkisahnya, lastwiken, saya tinggal arjuna kat rumah ma, then, kuar gi tengok2 kedai pengantin dgn kakak ipar saya..Dia bakal bertunang this cuti sekolah…Nak kawen plak lepas raya ni…Sgt ad-hoc ok!!!...Mebe tkena penangan teringin nak kawen sbb tgk adik kawen…Apala Arjuna, langkah bendul..Hehe…Tak de lah..Itu semua jodoh…Tuhan yg tentukan…Awal atau lambat, semuanya adalah rahsia Tuhan..Hijab bg kita…Yang penting, doa….Dan nmpknya doa ma nak tgk Kak Ni kawen, bakal tmakbul…Seisi rumah nmpknya gembira bila Kak Ni setuju nak kawen….Saya plak, excited lebih la bila Kak Ni ajak teman dia gi survey2….U know I love wedding rite?..Hehe..
So, pagi sabtu, kami seberang Sungai Golok…( ms ni arjuna teman la…takot seh nak gi sama pmpuan je)..Kak ni nak book pelamin dari negeri sebelah..Cheap & simple..Yet beautiful….Kak Ni ckp, pelamin tunang je nak yg sana punya..Sbb kalo pelamin kawen belah sana, aiyooo, kerusinya kebanyakan cam raja siam…Dgn berukir2nya..Dgn kuning emas menyala2 nya…Tak kuasa den….Setel hal tu, kami singgah mkn2 kat gerai….Saya xde pics la plak nak tayang sini..Tp kami mkn something yg saya sendri xtau nak sebut…Yg sy tau, som tam je…Semuanya masam & pedas…Sakit perut gue!
Petang pas Zohor, saya & Kak Ni merayap di sekitar KB…Dia nak cari kain lining tuk wat baju tunang & baju khatam Quran. (saya xde mjlis khtam Quran pun hari tu..huhu)…Beli kain lining je…Sbb lacenya, dia guna lace yg saya hadiahkan..Ole2 from medan…Suke..Hihi…
Then, kami kuar masuk bridal boutique….Fuyooooo!!....Saya xtau plak pasaran perkahwinan kat area KB mahal2…I tot sama dgn KT je…Rupanya harga agak tbeliak mata jugak..Ke kami masuk kedai hebat sgt?..Ntah la…Patot la tuk pelamin tunang, Kak Ni prefer yg tanah seberang punya….Tapi xpe…Br sket je tu kami survey….
I don know why, tp saya rs sgt teruja bila nengok2 brg kawen ni…Sbb semua cantik kot…owh, I really dream to have my own wedding shop..Hihi…
Dan untuk hari tu, di salah sebuah kedai pengantin jiwa saya telah terpegun dgn baju ni…Yes!...Warna kuning lembut…Beads yg lebat di dada, bahu, lengan, kaki baju & kaki kain!!...Kainnya chiffon…Lembut dan beralun…Macam nak beli !!!..Tarik price tag..RM950….Sekian terima kasih!…Bukan baju Hatta Dolmat pong…So, pas belai2 lengan baju tu buat kali terakhir, saya pun blah…huhu
Sampai rumah dah malam…Terlepek penat!

Tuesday, March 16, 2010

hehehehe

sedang sengeh bahagia......
tgk pic kawen sendri walaupun br 1 pic yg op upload kat fb....
nak tgk jugak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, March 15, 2010

ALHAMDULILLAH.................

ALHAMDULILLAH...SEMUA SELESAI.....SAYA SUDAH BGELAR ISTERI...
ni br balik dr outdoor mlm sbenarnya...kunun2 buka lappy sbb nak cr design sireh junjung....tp sempat lagi buka blog.....hehehe...tp broadband hampeh la mlm ni,,...dr td xle upload pic..haisshhh..
xpe la....t saya update k....esok sanding...daaaa!!!!!!!!!!!

Sunday, March 7, 2010

a step closer

Fuhh fuhh fuhh......Opsss, saya bukan nak ganti Awal Asyaari sebagai pengacara...Tu saya tiup habuk2 pada blog kesayangan saya ni... Blog tak ber update, tak berusik almost 1 week...Kesian..Kawan2 pun ada yg tny, xde progression ke?..Eh bukan...Saya terlalu busy la..Sangat la x sempat nak jengok blog kesayangan nih... Sebelum saya terus melepas rindu pada blog ni, jom sama2 dgn saya, kita alu2kan geng Kita2 yg ke 43 iaitu Squarecut Ring…Sungguh unik la nama camtu….selamat join Kita2 ye….
7 hari lagi…..A step closer…..Ok, ok…mcm mn nak mula yea?...Ermmmm, apa yang dah setel dan belom setel?..Saya pun dah mcm x reti nak mengupdate… Ermmmm, last Thursday was public holiday 4 negeri Terengganu sbb hari Keputeraan Sultan kami iaitu Sultan Mizan….And also, it was my besday….My 27th besday….Owhhh, sudah 27 rupanya Harzharun ni…dah tua ek?...Nope… I rasa I muda lagi la u..hehehe…And sangat sesuai tuk kawen kan..hahaha…Apa2 pun, besday ni besday yg terakhir sebagai gadis single..Chewah!...Besday tahun ni, mebe agak suram….No celebration with arjuna tersayang pun…Hanya dapat bisikan ucapan di telinga ( dlm telipon la yea )….Hadiah besday & hadiah kawen dah ada katanya..Tunggu jumpa je..Tapi kami jumpa time kawen la nanti….On my besday hari tu, I was sick…Demam sket & batuk2….Campur dgn senggugut..Tapi xla kuat mn..I dun know la, mmg x berapa sakit ke, atau saya yg jadi kebal sbb ada byk keje yg nak kene setel…So, on that day,saya lepak kat rumah je…Hias hantaran…Saya mmg tak berseni la…Main buat je…It might be different from hiasan2 yg selalu kita tgk kat kedai, but saya sendiri xle nak kata..Cantik ke x….I want it juz a simple hantarn but nice…Mmg simple tp xtau la nice ke x..Ermmmm,t saya tunjuk pic post mortem, korang komen la byk2 t…Ni saya tunjuk sket je sbb belum siap sepenuhnya ok….

Petang, dalam kul 5, saya paksa diri jugak tuk keluar..Kemalasan tuk drive sgt memuncak, tapi, saya kuar jugak sbb nak amik baju nikah kat tailor…Saya buat jubah puteh for akad nikah…Everything is ok…Tp cam longgar sket la…Tak pe la, nm pun jubah…Baju tu lom setel sepenuhnya pun, sbb saya sgt bercita2 tinggi..Nak jahit manik sendri…DIY!!!....
Pastu, saya, ibu & adik pegi lepak Secret Recepi…Celebrate besday la kununnya…
Makanan menggemukkan…..Pic blur la..sbb guna handset lama…
Itu cerita on my besday…Seterusnya, apa lg yg setel?.....
1) Saya dah hias semua hantaran…Tinggal nak touch up…Yang belum siap juz pulut kuning+bunga telor & juga sireh junjung…
2) Sekarang, every nite duk jahit manik kat baju….
3) Kek kawen dah tempah, tapi deco tempat potong kek still bercelaru
4) Tudung puteh 4 akad nikah dah beli..Juz tudung Ariani biasa je..Cuma gi upah letak batu2 swaroski ( betul ke eja? )…
5) Barang2 tuk masak, ibu setelkan, saya juz jd drebar ibu hantr ibu ke kedai sbb susah nak parking kalo ibu gi sorang2
6) Baju sutera batek tuk ma & abah dah beli <--- saje nak bg hadiah kat PIL 7) Cuti dah apply -------> 14 MAC 2010 – 25 MAC 2010
8) Nighties dah beli…..br 2..hehehe…
9) Poster kawen amik hari ni….( setelah suh baiki 6x….cerewet kah aku?...)
Ermmmm, mcm tu je setakat ni…..Sehingga bertemu lagi!!

Saturday, February 20, 2010

ISNIN????

ISNIN !!!...Kenapa Isnin?...Soalan ni di tanya oleh semua org….Siyes!....Semua org tny ni…Sampai kadang2 tu, sebelum diorang tny, saya dah tulun jawab..Sampai rasa nak tampal je kat dahi ni jawapan kenapa Isnin supaya org x tny lagi…..Kat Terengganu Kelantan ni, selain hujung minggu, biasanya org akan buat kenduri hari Khamis je…Atas alasan apa?..Saya pun x pasti…Mungkin sbb hari Khamis waktu bkerja hanya separuh hari kot..Kot je la…Ini hari Isnin? Kenapa ya?
Ok, sila baca ok….
Majlis kenduri kesyukuran perkahwinan saya insyaAllah akan diadakan pada Isnin, 15 MAC 2010…Upacara akad nikahnya pula insyaAllah, malam sebelum itu iaitu Ahad, 14 MAC 2010…Saya merupakan anak sulung dalam keluarga..Juga merupakan cucu sulung tok di sebelah keluarga ibu..Secara x langsung merupakan anak sedara sulung kepada pakcik2 & makcik2 adik beradik ibu…Majlis walimah terakhir dalam keluarga kami yang pernah diadakan ialah, majlis perkahwinan Paksu saya iaitu lebih kurang 10 tahun yang lalu. Itu pun merupakan majlis sambut menantu iaitu sambut Maksu saya la…Jadi, sudah lama keluarga kami tidak menganjurkan sebarang majlis perkahwinan..Untuk perkahwinan saya ini, semua org di sebelah ibu sangat teruja...Semua pakcik2 & makcik2 saya mahu terlibat secara langsung dan bukan hanya datang makan2..Semua mahu melihat dan turut sama dalam upacara akad nikah & persandingan..Ibu juga sangat memerlukan mereka iaitu adik beradiknya serta ipar duainya…Bukan la di sebelah ayah xde adik beradik..Tapi, disebelah ayah, perkahwinan dah hampir setiap tahun diadakan…Keluarga ayah besar, sepupu sepapat saya sebelah ayah ramai dan saya ni dah ntah ke berapa yang nak kawen..Jadi, keterujaan mereka tidak sama dgn yang di sebelah ibu..Lagipun, kebanyakan pakcik2 & makcik2 sebelah ayah dah sibuk dgn cucu masing..Yang belum bercucu sibuk dgn anak2 besar panjang mereka..Kiranya diorang pakcik2 & makcik2 yang dah berumur la..Biasanya akan membantu di dapur sahaja..Tidak seperti sebelah ibu..Ibu la kakak dan akan menjadi bos kepada adik2nya untuk membantu itu ini..Hahaha…Tambahan pula, adik beradik ayah hanya tinggal setempat iaitu Kuala Terengganu..Tetapi adik beradik ibu yang merupakan orang kuat majlis semasa berlangsung nanti, tinggal di Johor..
Ya, ini lah org2 kuat majlis saya nanti… Makteh..2nd mak andam..Bakal membantu menyiapkan saya..Bakal membawa saya keluar dari bilik semasa majlis…Bakal tukang bagi cincin masa upacara batal wuduk..Bakal tukang baiki tudung & veil kalo senget..Bakal pemantau pemberian doorgift..Bakal pengarah tukar2 barang hantaran..Bakal pemantau org naik merenjis or bergambar dan bmacam tugas lagi bakal disandang… Suaminya ..Ayah teh…Pengurus majlis….Yang akan memastikan majlis flow dgn baik..Apa ek lagi tugasnya?..Tengok2kan lauk kat bawah khemah sentiasa topup ke x..Tengok2kan deejay jgn main lagu ntah apa2..Tengok2kan perarakan pengantin..Tengok2kan budak2 basuh pinggan duk basuh pinggan ke duk borak2..Dan mcm2 lagi la…Dan yang paling utama, deko garaj rumah..Sebab Ayah teh dah biasa buat, so, mintak tlg dia la… Along Izul..Anak sulong mereka…Biasala…Tukang basuh pinggan…Long, ko muat x agaknya T-shirt penanggah kak long ni?!! Anak bongsu mereka..Ika….Tugas plg penting!...My bridesmaid!!!!....Dik Ka, baju adik dah ready yea…
Of kos la ada lagi bakal2 org kuat mjlis saya..Semua yang akan membantu akan amat dihargai..Tapi yang menjadi sebab majlis hari Isnin ni adalah, family Makteh tinggal di Johor Bharu..Izul & Ika masing2 nak exam SPM & PMR tahun ni..Ika duk asrama..Jumaat baru last day sekolah..Sabtu baru diorng nak bertolak balik KT…Sampai lewat petang or malam..Macam tu jugak Paksu..Paksu sekeluarga pun duk JB..Anak2 sekolah.Cuti sekolah plak seminggu je…Sebab tu la majlis saya x boleh buat pada Jumaat @ Sabtu…Kenapa tidak Ahad?..Sebab akad nikah nak diadakan malam sebelum kenduri..Kalau kenduri Ahad, Sabtu malam akad nikah, habis, dan dan diorang sampai terus saya akad nikah? Macam mn dgn persiapan majlis? Kami buat sendiri semua? Sedangkan pertolongan geng2 Johor ni la yang kami perlukan jugak..Geng2 yang xkan tido malam ni tau..
Ada lagi…Yang paling jauh…Kak Ngah.. My adik la ni…Of kos org kuat juga..Boleh tolong siapkan apa2 yang patut…Mesti ada punya benda2 yang last minute lom siap!..Kak Ngah cikgu yang mengajar di Sabah…Seorng cikgu yea…Macam jugak budak sekolah, kene tunggu sekolah habis…Jumaat baru last day sekolah…Dia bukan di Kota Kinabalu yang boleh terus ke lapangan terbang pas habis sekolah..Tapi dia di Matupang,Ranau….Kene ke KK dulu, kemudian terbang ke KL kemudian terbang lagi ke KT pula…Jauh…
Itu la sebabnya..Lagipun, mmg Terengganu bekerja pada hari Ahad..So, sm je kalau buat hari Isnin pun..Kata ayah, baik amik berkat hari Isnin sbb dah x boleh amik berkat penghulu hari iaitu Jumaat…Mungkin atas sebab itu jugalah org lain buat hari Khamis kot…Amik kelebihan hari Khamis…Tapi alasan hari2 baik ni,semua tu sampingan je…Yang menjadi sebab utama itu la…Kepulangan ahli keluarga yang jauh..Ahli keluarga yang merupakan org kuat majlis..Ahli keluarga yang begitu teruja dengan perkahwinan saya..
Maka dgn itu, terjawab kah persoalan kenapa Isnin?...Cuma 1 je la sal hari Isnin ni…Hari bekerja..Rumah saya mmg di Bandar KT…Saya keje juga di sini..Sure waktu lunch semua org klinik ( kwn2 & staf saya ) & org spital ( kwn2 & staf2 ayah ) dtg sekali gus…Dan mmg saya plan bersanding pun sebelum Zohor…Tengok la macam mana jadinya nanti…Doa2kan semua berjalan lancer yea…Dan udah2 la tanya sal kenapa Isnin..Tapi kalo tok2 @ nenek2 yang tny nape Isnin, nak suh buka blog ni jugak?..Ishhkkk..

Wednesday, February 10, 2010

prosedur perkahwinan.....terengganu

Salam & hi aweks2 cun semua….Nak tanya u all ni, my blog ni berguna tak?..Hehehe…Sebenarnya, saya cipta blog ni as my wedding diary..Disamping tu nak kongsi2 idea & maklumat with all beloved B2B..Tapi berinfomasi x my blog ni?...Saya mintak maaf banyak2 kalau, tulisan2 saya hanya menyemak je & xbest langsung…I try to put some info especially for B2B sekitar Kuala Terengganu ok…Tapi kalau dah terbanyak cerita sal my own wedding yang membosankan korang, nak wat camne kan..Sbb tu my passion skang…So, kali ni saya tinggalkan dulu about my wedding prep ok…Tak banyak progression pun…Lagi saya fikir sal benda yang belum siap, lagi la tensen..
Meh kita cita2 sal prosedur perkahwinan..Saya rasa nak tulis sal ni sebab saya sendiri, sebelum ni, mmg blurrrr yg teramat sal segala prosedur..Masa kawan2 sibuk nak kawen, saya malas nak amik tau sbb masa tu kan tak nak kawen lagi…Bila dah tiba masa, mula la gelabah…
Ok, proses yang pertama dlm urusan perkahwinan ni adalah mencari calon suami la….Hahaha..Common!..So, xnak la cite sal tu..Nanti dlm kursus kawen, korang akan dengar lagi sekali..
Ok, kita jump terus sal prosedurnya ok…Nak kawen ni, yang paling utama, kene lulus kursus kawen..Atau dalam bahasa bijaknya, kene menghadiri dengan jayanya Model Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam…Kursus kawen ni hanya diadakan selama 2 hari…Dan dilaksanakan pada hujung minggu di setiap daerah..So, kene la korbankan 1 wiken tuk kursus yea…Xyah dating2 la wiken tu…Hehe..Satu Mesia ni, sama je isi kandungan kursus…Mmg selaras…Yang terbaru yang saya pergi Januari lalu, dlm kursus tu ada 3 bahagian iaitu ; 1. Asas Pembinaan Insan – yang cite sal akidah, ibadah akhlak dan prosedur pkahwinan…. 2. Pengurusan Keluarga dan terakhir…3. Pengurusan Masalah Dalam Keluarga…Saya xyah la membebel sal kursus tu panjang2 ek sebab korang semua akan melaluinya..Cuma satu je yang saya pesan, jgn la lambat2kan pegi kursus tu…Sebab takot menyukarkan urusan selepasnya…Jangan risau sal boring ke x, best ke x..Sebab byk ilmu yng boleh kita dpt tau…Masa saya kursus hari tu, yang diulang2 bjuta2 kali oleh kebanyakan penceramah ialah sal Wali…Naik boring plak saya..Tapi, lepas saya baca blog sorng B2B sal dia cr ayah dia tuk walikan dia, saya rs insaf sgt..Menyesal plak ada perasaan tu..Baru saya sedar kesusahan B2B yang tak tinggal dgn ayah mcm org lain..Baru saya sedar, ada yg mempunyai masalah wali ni…Wali amat penting sbb ia menentukan sah @ tidak 1 perkahwinan itu..Bayangkan, kalau dah kawen, dah ada anak, baru tau tsilap wali..Nauzubillah!...
Tu cite sal kursus..Opss 1 lagi…Kursus ni x de exam pun yea..Lulus apabila menghadiri semua sesi dia je la…Dan jgn dtg lambat!!!...Kalo lmbt 15 minit, xkan diberi sijil, dan tpaksa mengulang sesi yg dtg lambat tu je di wiken yg lain…
Dah dapat sijil, boleh la ke proses seterusnya….Borang nikah…Borang nikah boleh diambik kat pejabat agama masing2…Saya lebih senang bercerita sal negeri saya ek.Terengganu tercinta...Sbb negeri lain saya tak tau..* tu la motif tajuk entry kali ni *..Hehehe…Tapi lebih kurang je mn2 negeri pun kot…
Borang nikah harganya RM1 je…HANYA DALAM TULISAN JAWI !.(negeri lain ada dwi tulisan).So, masak la sapa2 yang xreti baca jawi tu…Kene isi dalam dua salinan…Boleh dan digalakkan isi dlm rumi sbb takot ada spelling error…Ok, untut perempuan. Kene isi borang tu lengkap2 la…Kene ada nama, tanda tangan dan salinan IC wali…Kene pastikan juga nama juru nikah nanti..So, sblm apa2, kene inform kat juru nikah tu la yg korang nak jadikan dia juru nikah..Jgn suke2 ati 2 je letak nm mn2 juru nikah..
Then, kene lampirkan juga borang saringan HIV…Ujian saringan HIV ni boleh dibuat kat Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja…x susah pun..Hanya 15 minit…Borangnya ada kat klinik ya..Bukan pejabat agama..Pegawai yg bertugas hanya akan cucuk sket kat jari manis kita ni, & dropkan darah pada alat tuk mengesan kehadiaran virus tu..Korang mebe x le tgk camne prosesnya la kot sbb dah kene kuar bilik pas kene cucuk tu..Tapi saya kan “org spital”..Saya tgk je la kat c2..Darah yg didropkan pada alat tu akan dicampurkan sket dgn secenis cecair..Kemudian bbrp minit, bacaan pada alat tu akan keluar…Suspen giler tau masa nak tunggu bacaan dia tu..Bukan sy ni penagih or mengamalkan seks rambang la..tp sebab kerja saya mmg tdedah dgn pesakit2 HIV..mn la nak tau kan, ada yg dtg cabut gigi tu pesakit HIV..Mmg la Aids akan bjangkit melalui darah je tapi gerun gak wei…Dalam borang tu, sekarang dah xde mention +ve HIV ke x….Just mention telah menjalani ujian saringan je..Sebab, kalau +ve, mmg kita x akan diberi salinan borang tu langsung. Di Terengganu, borang saringan yang dah ditanda tangan pegawai bertugas akan dimasukkan dlm envelope Urusan Sri Paduka Baginda dan di seal dgn seal bercop Kementerian Kesihatan..Kalau sampai ke pejabat agama seal tu terbuka @ dibuka, kene wat sekali lagi!!!...Owh, sgt particular!..Saya ingt semua mcm tu.Rupanya x..Arjuna buat kat Melaka..Dia bg borang saringan dia togel gitu je kat saya…Xde envelope pun…Ni mebe cara Terengganu menjaga kebajikan dan kerahsiaan B2B kan…Ok, bg yg ujian saringannya ada keraguan, kene la diamik darah bayak sket..Bukan kat jari dah..Kat lengan..resultnya kene tunggu at least 2 weeks…Sbb tu la x bleh at ujian saringan ni lambat2 2,3 minggu sebelum kawen..Takot ada masalah…..Tapi xble wat awal sgt jugak..Sbb result ujian saringan hanya laku 3 bulan yea..
Pas semua beres, kepilkan borang HIV tu bsama borang nikah..Jgn lupa surat akuan bujang dari majikan jika berkerja..Bagi yg x keje, amik dari ketua kampungla..* yg ni sy muyskil….mn la ketua kampong kompem kita bujang ke tidak kan..huhuhu *…
Lepas tu bila dah setel semua,bagi pasangan 1 negeri, no hal la..Boleh terus hantar borang perempuan & borang laki sama2..Borang yg kene hantar sama2…Dikepilkan borang laki & pmpn sama2..X semestinya korang bdua yg pergi menghantarnya bsama2..Saya punya, borang saya & arjuna, ayah yang hantrkan..Hahaha..
Bagi yang berlainan negeri, si lelaki kene la dptkan kebenaran berkahwin luar mukim dari pejabat agama daerahnya..Bila dah dpt, barulah bagi borang tu kat perempuan & baru leh hantar..Bayar RM5 untuk prosesnya dan boleh siap dlm masa 1-2 minggu..Pegi amik sendiri la borang yang dah siap proses tu dr pejabat agama..Jgn tunggu..Xde sp nak hntr..hehe..
Tu la prosedurnya..Panjang plak saya tulis..Tp, kalau ada yg mcm tertinggal, nak tny, sy ready nak menjawab ok…
Haaa, 1 lg,..ms nak akad nikah nnti, baru bagi gambar passport kita & arjuna, blatar belakangkan biru kat juru nikah..Juga wang RM113…Dari poket si lelaki la tu kan..Duit tu untuk kad kawen & gaji juru nikah la kot…
Sehingga berjumpa lagi…..Daaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Saturday, February 6, 2010

wedding doorgift

Helo aweks2 semua....For all wifey, hows ur wiken life as beautiful wife?Ada masak sarapan tuk Mr Husband?..Ada kemas rumah sama2 Mr Husband?..Ada basuh2 kete sambil simbah2 air dgn Mr Husband?..Hehehe...
For all B2B pula,hows ur wedding prep?..Me?
Sakit pinggangggg!!!!!!
Sebab?
*
*
*
*
*
Mengikat riben pada 700 lebih kotak doorgift!!....
Itu doorgift yg dah dibeli..Of kos lom cukup...Nak kene beli lg..Bmakna?...Mengikat lagi!!...
~~~~bila nak habes nih?~~~~

Ini la doorgift nya....Tiada doorgift VVIP or VIP or XVIP...Semua dpt sama sbb kami buat majlis kesyukuran perkahwinan sahaja...Cuma mebe dpt lain patern sbb kedai x jual byk yg mcm saya nak...

Tuesday, February 2, 2010

ermmmmm.....

Hi ShalinzZ85...Thanx sbb sudi jadi geng Kita2...CHEEEERRRRRSSSS!!! untuk awak..Saya suke pic utama blog awak tu tau...

Yup...40 days to go!!!....Masa mcm wat drift je kan...Cepat semacam..Tinggal 40 hari saja lagi...Im not in the mood of blogging sebenarnya..Sbb tgh mogok dgn arjuna & sgt xde mood!!!..
Tapi, syg plak nak biar diari ni tbiar..Padahal ada sedikit progression dlm my wedding prep..Diulang..Sedikit..Bmakna sedikit la...Huhuhu...
Tadi, kakak kedai kad kawen kol bgtau 2nd draft for wording dah siap..Design kad pun dah siap...Rasa cam lmbt nak tunggu ptg..So, tgh hari waktu lunch break saya terus memecut ke kedai kad yg mmg agak jauh dr klinik...Ok,design kad cun..Saya suke...(nak hepi sebenarnya tp gadoh dgn arjuna pasal kad la..so xberapa dpt absorb sgt kehepian ni...xpe la..simpan hepi ni bila kad dah siap la.. <-----boleh ke g2?)...Wording plak, ni yang lemah..Mata saya dah cek & rasanya dah xde yang salah...KOTTTT...Dah cek betul2 dah....Kalau salah lagi mesti teruk kene marah..Huhuhu...So, kad dah boleh proceed....
Lagi?...Bunga telor..Beres!!!...Selesai sudah...Tapi kan my ibu is thinking about to add more bunga telor!..DIE la nak DIY lagi!!!
Lagi?...Kain2 tuk kazen2 tdekat jadi ahli kumpulan nasyid dah beli...
Lagi?...Xde dah...tu je la...
To be continue..........

Sunday, January 31, 2010

any update??

Meh saya update sket sal improvement of my wedding prep…
Sekarang ni kat majlis kawen,trend pakai sedondon sekaler seirama kan…Tuan rumah biasanya mcm ahli kumpulan nasyid je…Saya pun duk terfikir jugak nak belikan kain2 tuk org kuat majlis saya nanti….Last weekend dah bli kain tuk baju kak ngah & adik…Ibu punya, ibu nak pakai jubah…Ayah, pakai baju melayu or baju batik…Adik2 laki plak pakai baju melayu or t-shirt..Xla nampak cam nasyid sgt tp saya pastikan warna mereka mestilah sama iaitu coklat…Pengapit saya nanti, sepupu saya Ika..Imported from Johor..Dah pesan dah suh wat baju kaler coklat…
Ni soal makcik2 yg mbantu plak ni…Ada makcik saya ni..Kol ibu tny sal x nak bg pakai sama ke semua?..Ibu saya jawabla nak…Kemudian makcik tu ckp, dia pny xyah beli la sbb dia nak pakai jubah..Tapi dia akan beli warna tema yg sama..Lorrrr..pulak dah..Mcm2 hal la makcik saya tu…Tapi semalam, saya pegi la jugak belikan kain tuk ahli kumpulan nasyid saya..hehehe…
Itu sal kain….Seterusnya sal bunga pahar or bunga telor….Im not gonna have tempat bunga pahar yg lubang2 tu tuk letak kat kiri kanan my pelamin nanti…Sebab ibu nak letak pulut on both side…So, bunga telor akan dipacakkan pada pulut kuning yg dipadatkan dlm mangkuk seperti zaman dolo2….Kene wat 3 la pulut kuning berbunga telor tu…Satu as hantaran kepada arjuna….X nak amik yg kat pelamin bg kat rombongan arjuna sbb nnti xsimetri plak my pelamin nanti…..
Saya dah beli bunga telur Kristal yang togel tanpa kain net kat SSF dulu….
Kene letak kain net sendiri la…Kalo x camne nak letak telor pada bunga telor tu…
Setelah letak kain net, saya rasa cam togel lagi…
Saya pun dgn rajinnya tambah riben plak kat bunga telor Kristal saya tu…
So, sepanjang malam minggu lepas, tu je la keje saya…Wat riben dah satu hal lama…
Amik ko, seme nak buat sendiri..

Friday, January 29, 2010

wiken dulu wiken skang...

Wiken...ms tuk bgn lambat....ms tuk mkn2...ms tuk malas2...ms tuk tido ptg...ms tuk bli mbeli belah tingkap.... <------- itu dulu..Sebelum digelar tunangan org...Semasa masih single mingle... Sekarang???
Bila bgn lambat ---- kedengaran suara merdu ibu ..dah x lm lg dah nak jadi bini org..wat perangai budak2 lg!!...apa salahnya pas subuh x tido?!!..blajar2 la masuk dapur pagi2!!...bla bla bla n bla..
Bila nak mkn2 ----- aiseh, xble mkn byk ni..nnti btmbah gemookkkk..
Bila nak malas2 ----- tpandang hiasan hantarn yg separuh siap, tnampak bunga telor n bunga pahar separuh terusik, tlihat doorgift blom ikat riben...alaaa!!!!!
Bila nak tido ptg ----- teringat kad lom siap, tfikir doorgift still x cukup...bilik pengantin lom kemas..alahai x aman nak tido!!
Bila nak membeli belah tingkap ----- poket kosong daaa!!!...

Thursday, January 28, 2010

guest list

Hari ni dah Khamis semula..Bestnya Khamis sbb sini, esok dah cuti..Tapi cuti je, byk keje yg menunggu...Ermmm..Ok la, kita alu2 kan dulu geng kita2 yg ke 26 dan 27 iaitu Myrule & Asna cute..Dua2 si cantik ni dah mmg duk selalu komen2 my blog, tp baru nak klik kat geng kita2 ni..Hehehe..Apa2 pun, CHEEERRRSSSS!!!! untuk awak bdua..Myrule dah sebulan lebih kawen & tgh mhitung hari nak haneymoon tu..Selamat bermesra2an yea..Asna cute plak B2B..4 bln lg kan..
Saya pulak?...Owhhh, ticker menunjukkan 45 hari lagi akan menjadi hak milik arjuna sepenuhnya....Sesungguhnya, debaran belum masih terasa..hehe..Perasaan skang? Ahh, x byk ms lagi nk siapkan semua preparation!..Sempat x ni?...
Kalau dihitung mengikut haribulan, sudah genap 2 bulan saya & arjuna mengikat janji...2 bulan bertunang..Tapi kan, nape ticker daisy path tu tulis 1 month 4 weeks & 2 days?..Tak ke 4 weeks tu 1 month?..Musykil la..Tak kisah la...Yang penting hari ni 28 Jan 10..Saya tunang 28 Nov 09..dah cukup 2 bulan...Happy 2 months aniversarry Abang.....*arjuna x bc ni pong*
Kami bertunang x lama...Sejak bertunang, mcm bz sgt hari2 yg saya lalui...Mlm2 duk tbongkok2 DIY apa2 yg patot..X pun duk plan itu ini..Sampaikan cam lm dah x lepak dgn geng2 gigi kat KT ni..Dan skang ni sy duk kira2 sal tetamu yg bakal diundang...*aishhh, lmbtnya kad siap, x sabar nak mjemput ni..*
Tetamu dr golongan sanak saudara, diserahkan pada ibu & ayah la tuk menjemputnya.. Part saya, kawan2 yg tsayang...Barisan hadapan yg ada dlm list ialah ;
~geng aweks2...*u know who u r*..
~Kemudian, kawan2 Sekolah Rendah kebangsaan Sri Suria 1 yg rapat sampai skang,
~kawan2 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja yg geng sampai sekarang,
~kawan2 MRSM Pengkalan Chepa yg masih bertanya khabar sampai sekarang,
~kawan2 Matrikulasi Melaka yg kebanyakannya dah kawen,
~kawan2 UM yg pernah sama2 merasa penat lelah zaman belajar,
~kawan2 yg kenal sejak kerja ni,
~bos2,
~staf2 dan
~kenalan2 yg pernah masuk dlm diari hidup saya ini...
Ermmmm cam ramai kan..xde la...Bukan 1 sekolah tu kenal sy..bukan 1 matrix tu tahu sy..bukan 1 UM tu kwn sy...Tapi, rsnya tetap kene buat list sbb takot ttinggal...Sbb, bg saya mmg x best la kalo x dijemput ke majlis kawen kan..X dpt dtg tu lain cerita, tapi, jemput itu mesti sbgai tanda saya masih mengingati mereka dan mahu mereka sama2 meraikan dan mendoakan pkahwinan saya..Jadi, saya mesti bbaik2 dgn Facebook yg dah jarang2 dilayan..Juga kene go tru list dlm phone book...

Monday, January 25, 2010

tentang KASUT

Semalam dah mbebel kat sini..Hari ni mbebel lg..Hehe..Maklumla, ada ms terluang...Saya nak alu2kan geng Kita2 yg ke 24 iaitu Lynda..Juga merupakan B2B..Dlm ms 4 bulan sj lagi akan bgelar isteri org...CHEEEERRRSSSS!!!!...untuk Lynda..
Ok,lastwik arjuna dah fitting baju yg nak dipakai time reseption rumah saya & rumah dia nanti…Kat rumah saya, temanya kan koko + pink..Asalnya saya cadang nak pakai koko ms sanding..pengapit plak kaler pink…Kaum kerabat pun diarahkan pakai pink…Tapi kan, my Mak Teh merangkap bakal 2nd mak andam ckp, t, si pengantin x berseri pulak..tenggelam dek kesuwetan pink si pengapit….Ye jugak kan…So, sy pergi la tukar balik..Sy & arjuna pakai pink, org lain pakai koko..hehehe..i dun mind..bcoz I love pink..hihihi…
Baju arjuna tuk rumah saya nanti, mmg dah elok2 dgn badan dia…Tapi, tuk rumah dia, besar gedoboh la plak….Dah xde saiz yg lebih kecik..Kalau nak, keler lain la..Alaaaa, saya nak pakai songket puteh ms bertandang nanti..Arjuna pun kene puteh la..Arjuna x kesah pun pakai baju besar tu..Nanti dia akan suh kakak sulungnya jahit sembat sket lengan tu…Nape dia x suh saya ek?..(saya br tfikir ni)…Xpe, biar saya jahit!...Saya pun terer…
Saya x fitting lagi baju..Sbb kat KT ni, on 12-15 Feb 2010 nanti, ade carnival pengantin. My vendor ckp, byk baju baru time tu…Boleh la kalo rs nak tukar baju..Hehe..So,my reception dress tunggu dulu yea…Tp ntah mcm mn saya gatal mulut nak tny sal kasut pengantin….Saya pun try la kasut2 yg ade…Alamak!!...X muat!!...Kenapa la derang x sediakan kasut besar sket tuk pengantin berkaki besar cam saya ni!...Saya dah cuak..Tapi kakak tu ckp, nanti dia cari kasut besar khas tuk i….Boleh pakai ke kata2 dia ni..Karang, bila tiba masanya, saya x berkasut…
Ok, talking bout shoes, sebenarnya saya xkisah sgt pun kalo xde kasut sanding..Sebab saya boleh beli kasut ikot citarasa saya sendiri..Hihihi…Tapi kene ckp awal2 la kan..Jgn last minit…Ermmm, selalunya kasut pengantin mesti ada labuci2 n manik2 kan..Design plak lebih kurang sama je…Mesti high heels dgn ttutup kat depan…..Klise!...
Kalau la my vendor x dpt cari kasut pengantin tuk saya nanti, saya nak beli sendiri la…(harap2 ada masa)..Design yg macam mana yg saya nak ek? Perlu ke terikat dgn labuci2 tu?..My besfren Fara, hari tu katanya beli kasut satin kosong..Then letak keronsang rama2 untuk jadikan kasut tu kasut pengantin..Idea yg best kan..Tp saya sendiri lom tgk hasil idea dia tu..Cepat yang, upload gambar!...Satu lg, kasut sanding mesti bertutup kah?...Selalunya macam ni la kan…
Tertutup dgn sopan, supaya cantik bila duduk bersanding atas singgah sana nanti…Juga untuk mengelakkan nampak jemari kaki…Tapi apa salahnya kan kalu nmpk kaki..Asalkan kuku kaki tu cantik tidak panjang bertahi kan…..X pun pakai kasut bertutup, tapi selak kain mcm kat atas tu..
Hahaha….semata2 nak tunjuk kaki yg cun…
Kasut bertutup g2, yg sesuai dijadikan kasut pengantin, x byk pilihan kat kedai kan,…Yg banyak, dan menarik di mata ialah kasut2 seperti ini….
Ok, ok…yg paling utama kene pastikan kasut2 tersebut user friendly….Jgn menyeksa kaki..Jgn sampai melecet!..Itu penting!!!...
Saya tertarik dgn entry Xora menganai kasut keler2…Idea yg best!...Since saya dah tersalah beli kasut untuk hantaran, jadi, saya bercadang nak wat outdoor fotoshoot pakai gaun puteh dgn kasut purple saya tu..Suke….Dan since tema rumah arjuna nanti adalah merah puteh, saya nak pakai baju songket puteh saya nanti, dgn kasut merah!..Yeay..suke lagi…
Itu antara kasut merah yg mgoda jiwa..Owhh..sungguh mgoda...Tapi yg ni xyah la...Cam pelakon filem porno jerk..

Sebenarnya, saya dah biasa dah pakai kasut kaler menyengat pandangan ni..Saje gedikss..hehe..Kalo terasa baju or handbeg x cun, mmg saya akan sarung kasut kaler2…xpe la duk di kaki pun..Yang penting saya rasa best…Hahaha..Ini kasut merah kesayangan saya...
Pasni nak kene cr tuk reception rumah arjuna plak..
Ok…..bertambah lagi keje…masukkan dlm list – cari kasut for reseption!....Ermmmm….

Sunday, January 24, 2010

update sket2...

Namaste kwn2 readers semua…Apahal plak sy tiba2 namaste ni?..Owh, sy ialah peminat no 1 hindustan..X dpt dichallenge lg oleh geng2 sy di UM dulu..hehehe…lama dah x mengadap Hindustan n sebenarnya br pas tgk salman khan ni..Sebab tu masih berada dlm mood Hindustan. Nanti sy cite kenapa sy begitu giler Hindustan. Dalam entry yg lain la yae.. Skang jom kota sama2 alu2kan geng kita2 yg ke 22 dan 23 iaitu Dee Renjis dan Nashays…….SALAM NAMASTE yae awk bdua..…
I wish I could write more on my beloved blog…Kalau boleh nak update tiap2 hari..Biar my wedding prep journey dicatat dgn baik untuk tatapan hari muka..Juga untuk kwn2 readers yg mungkin blog sy ni boleh tolong mereka sedikit sebanyak..Tapi apakan daya, ada tugas lain yg perlu saya dahulukan..So, for last few days, apa ek kisahnya?...Ermmm….i was very bz with audit last weeks..Ibu yg byk setelkan benda. Ibu dah belikan kelambu at Kedai Kain UB yg kat deretan kedai Paya Keladi tu (mention ni special 4 kwn2 sekitar K.Trganu)..Harga dia RM150..Ada kaler puteh & krim sahaja…Ibu juga dah beli langsir rambu2 tuk letak as tirai tempat sy duduk sementara arjuna akad nikah nanti..Beli kat Kamdar harga ntah berapa. Lupa..RM40 kot…Ibu jugak yg setelkan deko deko deko rumah sy nanti dgn beli bunga2 n dgn rajin sekali gubah2 dlm pasu.(will talk bout deco on next entry)….
Arjuna pula balik kampungnya kat Rantau Panjang Kelantan on Monday nite..Dia sgt la suke drive mlm2..Katanya jalan x jam, x panas dan yg pasti xde JPJ..Alahai…Tapi tu yg wat sy risau..Dah la drive sorng2…Sampai je hometown, dia memulakan operasi wedding prep…Pas tido sket, terus kuar dgn ma n adik dia ke Kota Bharu…Beli rantai tuk batal wuduk nanti, beli set bilik tidur kami…hehehe..Rabu, dia setelkan semua sal borang2 kawen..Mood dia sgt la baik n dia kedengaran sgt teruja wat itu ini sal kawen ni…Tapi I spoil it…Ntah mcm mn ntah, saya leh naik angin dgn dia mlm tu..Gadoh…Saya yg marah2 & of kos la sambil nangis…End up dgn saya meletakkan phone dgn jayanya semasa dia still lg berkata2…Oh sungguh jahat diri ini…Rasa sgt bersalah..Arjuna msg, kata dia kecik ati dgn sikap sy…Huhuhu….Tambah bersalah rasanya…Tapi saya ni degil. Tak nak kol balik…Msg pun saya x reply..Jahatnya saya!!.. :-(.
Esoknya Khamis…Kami plan nak berdating sambil uruskan hal kawen…Saya dah bersalah mlm td…Mula la tfikir2 dia jd dtg x…Alaaa…kene la mengalah la…Awal pagi lagi saya dah msg dia gud morning…Tny nak dtg kul bp…dia reply marah lagi x?...Saya sememangnya dah cool dah.…So,saya jawab la lek lok… Karang dia still terasa dgn saya, x jadi dtg pulak..Rupanya dia mmg dah siap2 nak dtg…Hihihi….
So, Khamis lepas kami setelkan hal kad…Berjaya jugak saya memujuk dia tuk wat kad poket..hehe…(Dia mmg jaga mood sy dan saya pun dah insaf….Nak layan arjuna dgn baik sekali)…Selepas tu kami ke butik pengantin. Arjunaku fitting baju…Ada 2 buah tempat kami pergi sbb saya terpaksa sewa baju dia kat tempat lain jugak sbb baju yg saya nak xde kat my main vendor…
Kami juga gi kedai batik..Arjuna nak beli baju batik tuk pakai ms kerja..Kan kami org kerajaan,kene pakai batik on Thursday…Mula2, arjuna request nak jdkan kemeja batik tu as hantaran.Tapi saya x setuju..X suke la..Tapi, belikan jugak…Cuma x wat hantaran je…
Then, arjuna bg borng2 dia tuk dikepilkan bsama borng sy...Nampaknya dia dah bereskan hal2 yg penting..Saya ni, ujian HIV & akuan bujang lombuat lg...Xpe, t sy buat...Rs best sgt sbb arjuna plak yg excited lebih wat wedding prep..hihihi
Pas pusing2, mkn2, dah Margrib…Arjuna pun balik ke hometown dia..Alahai, cam sekejap je jumpa..Dah la duk jauh2, sekali sekala je jumpa…Cam ni la LDR..huhuhu…

Monday, January 18, 2010

yang dirancang & tak dirancang....

Assalamualikum….Erm, saya x pernah bg salam sebelum ni kan. Sedangkan memberi salam itu sunat yang lebih besar pahalanya dari menjawab salam… Sekali lagi…Assalamualaikum.....
Minggu lepas saya memang bz dgn kerja. Ada beberapa miting dan report kene setel selain tugas hakiki kat klinik. Tapi saya juga kene setelkan urusan kawen saya. Hari minggu adalah hari yg plg lapang untuk saya. Tapi, kat Kuala Terengganu ni, kebanyakan kedai x beroperasi pada hari minggu. Kalau buka pun, hari sabtu. Tapi, blom tentu hari sabtu saya boleh spent 100% untuk wedding prep. Jadi, dlm kesibukan keje, saya tekadkan diri untuk ambil cuti. Saya dgn jayanya setelkan report dan terus cuti hari rabu lepas.
So, rabu lepas……..Pagi2 lagi saya n ibu kuar rumah. Singgah sekolah adik jap. Intai dia wat latihan sukan tuk sukeneka darjah 1. Pastu patah balik ke rumah. Amik surat dari Bank Simpanan Nasional yg tertinggal. Terus pegi BSN tuk claim hadiah Sijil Simpanan Premium. Saya menang cabutan BSN!!!...Hadiahnya -------------------------> Sijil Simpanan Premium sbyk--------------------------> RM100. Hahahahaha!!!!...Masa dpt surat BSN tu kan, ayah ibu bukan main x sabar tunggu saya buka. Sebab diorng sendiri dah bertahun2 simpan, tebus, simpan balik, x pernah dpt apa2..Ni saya, br je awal tahun lepas simpan, dah dapat. Maka, sy dgn excitednya pun buka la surat tu..Ayat intro dia, baekk punya..Tapi dpt RM100 je...Ayah kata ingatkan dpt Mercedes sebuah..Hahaha..Alangkah bagusnya kan..dapat Tv plasma pun dah cukup syukur…Tak pun, dpt sijil RM10k..Mmg btukar habislah plan kawen saya ni…Gerenti lagi walaaa!!!...Tapi apakan daya, RM100 je…So, sy x tebus la duit tu. Juz amik sijil dia je. Mana la tau, kot2 yg tu nanti dicabut nombornya dan lebih bertuah 1 hari nanti kan.
Lepas g BSN, terus gi Kamdar. Direct je tuju kat tempat kain ela yg murah. Nak bli kain tuk wat scallop garaj nanti. Mulanya cadang nak sewa je scallop tuk garaj rumah. Tapi bila fikir balik, pagar n tangga dlm rumah pun nak kene hias jugak,so,beli sekaligus je la. Tapi scallop canopy sewa sekali dgn canopy la. Maka, dah bli la kain tu..Bli kaler koko sekayu n kaler pink sekayu. Kan tema koko + pink.
Kat Kamdar tu cr jugak kain songket nak wat lining kain lace yg sy menang menulis Majalah EH tu. Tapi xde yg berkenan. Terus gi Laila Rawas iaitu cawangan Jakel Trading. Jumpa!!..Songket puteh yg agak nipis, sesuai wat lining baju lace. Xkan la nak bli songket asli Terengganu plak kan…Beriban2 plak nanti.
Pas bayar, straight away pegi Winnie. Nak tempah baju. Dah la paking susah. Kedai tingkat atas. Susah2 panjat tangga, Winnie xde la plak. Yg ada pekerja2 dia je..Ada ramai..dlm 5 org..Cam hebat je Winnie ni…Dah bosnya xde, kami turun balik. Terus pegi kedai barang kawen. Biasala, saya n ibu..Xkan cukup pny ms sepagi tu je nak cr barang.. Dah tengah hari. Kene gi amik adik. Pas amik adik balik rumah. Ayah dah ada kat rumah, tgh lunch. Seb bek ibu dah masak awal2 pagi. Ayah plak mmg xsuke nasi panas2..Elok sgt la tu.Hehe.
Pas makan n solat, kuar semula. Terus pergi satu butik pengantin ni. Sebab seingat saya, masa survey2 dulu, butik tu je ade sepasang songket lelaki keler puteh yg cun. Kat vendor pakej pengantin sy sendiri pun xde. So, sampai sana, mmg betul la ade. Saya pun book la songket puteh tu for my arjuna shj. Nak pakai masa majlis bertandang nanti. Saya punya, saya nak upah jahit.
Area tu jugak ade kedai kad kawen. Tapi, alahai, nape la kad kawen kat KT ni x best sgt. Harga x berbaloi dgn design!!..Rupa x seberapa tp mahal!..Postpone lagi kad kawen.
Then, kol Winnie. Dia ada kat kedai. Terus pegi. Tunjuk design kat dia( sy mmg blur psl design kali ni…xde lg fanatic nak baju Maya Karim cam hr tu…wat baju biasa je), dia pun ukur la. Saya cadangnya nak wat baju kurung moden belah tengah dr pinggan ke bawah, tuk akad nikah (lace puteh, lining satin puteh) n baju kebaya tuk bertandang (lace krim pekat yg menang majalah EH, lining songket puteh). Cam dah berangan je baju bertandang tu akan cun habis la sbb mmg lace tu berat dan sarat manik. Tgh2 duk ukur tu, ibu tny, upah berapa?..Dia kata, yg baju kurung moden tu RM280. Bahagian kain x wat lace sbb lacenya 2 meter je. So, Winnie akan tambah manik dan potong lace sket letak kat bahagian kain yg kosong tu. Ok… Kebaya plak? Yg kebaya dia kata………..RM550…hahhhh!!!..Upah RM550????!!!!!!!!! Terkejut beruk saya. Beruk pun x terkejut mcm sy kot..Xtau la kalo mmg kat luar, tu harga biasa. Tapi ni mmg over my budget. Dan dia hanya tailor jalanan ok! (Ye la, dia ada butik, but she’s not Syaiful Baharim!!)…Dia kata nak wat baju tu rumit sgt. Dia kene buang semua manik2 yang sarat tu, gunting, jahit dan bila dah siap, pasang semula manik2 tadi..Sebab tu la jadi mahal upahnya..Ishhhkkk!!...Saya x sanggup nak spent sebanyak tu juz untuk baju yg dipakai bbrp jam…Lebih baik sy beli handbeg!( xhbs2 dgn handbeg)…Ntah la nape otak saya masa u agak ligat. Akhirnya, saya jadikan lace puteh lining songket puteh as baju bertandang, dan kain satin tadi wat jubah as baju akad nikah. Idea ni cpt dtg sbb saya mmg teringin nak pakai jubah puteh suci murni masa akad nikah. Cuma silapnya saya dah rambang mata terbeli lace puteh tu awal sgt (sebelum tunang)..Tp, bila jadi cam gini, tercapai la jugak hajat tu. So, apa jadi dgn lace krim pekat meriah manik pemberian majalah EH tu?...Arjuna ckp, kita wat selimut la. Huh!
Habis stori sal baju. Kami terus ke kedai barang hiasan pengantin lagi. Xde yg best la. Nak balik, br pukul 5. Jalan2 lagi. Masuk 1 kedai cenderamata ni. Terpandang mug cun yg dah siap2 duk dlm kotak. Kotak tu kaler pink. Sebelah muka kotak tu lutsinar, so nampakla mug nya kat dlm..Harga pun cun…Terus, “tokey, mug ni ada berapa dlm stok. Saya nak borong semua..”….Dah setel..Sebanyak 730 biji mug telah dibeli untuk dijadikan doorgift. Tinggal nak letak riben n thank you tag je..(DIY lagi…aisehhh!!)…Mmg x cukup tu…tp xpe la, for the time being, isu doorgift dah setel sket. Pasni, beli je la kalo2 tjumpa mug yg sewaktu dgnnya as tmbhn…Mug ni saya angkut 2x ke rumah sbb x muat kete..pas Maghrib la trip yg kedua sbb ptg tu dah x sempat, lom solat Asar..
Maka, begitulah seadanya kisah hari rabu sy yg lalu….Rasa lega sket sbb ada improvement dlm my wedding preparation….Sekali lagi, ulangan dr entry lepas……ITS NOT A BIRTHDAY PARTY OK!!....
Ok,sbb lm xupdate blog,sy update sekaligus la...Jumaat plak we went for ribbon hunting..Cr riben pun susah kat KT ni...dua tiga buah kedai je buka...I want organza ribbon tuk ikat mug tu...I need 700meter riben..Masak jugak tu nak mcari yg harga berpatutan...End of the day, x terbeli lagi...Malamnya, rs stress semacam lg..Msg je arjuna sbb cam xde mood nak bckap..Tp dia duk kol jugak..Bila angkat, tumpah lg air mata ku ni sbb rs sebak semacam je bl ngadu sal riben kat dia..(hobi sekarang ialah menangis!)...Kesian arjuna..Dia jugak yg m'cool'kan saya..
Sabtu, ibu tiba2 ingatkan,yg PA system lom book lagi..Aiseh,camne boleh tertinggal ni..Kat vendor pelamin xde PA system...terus buka semula pamplet2 yg dah dikutip ms survey2 dulu...Jumpa la yg best..Terus pergi kedai tu and book...Setel bahagian tu...
Ok, dis wik saya bkerja keras for kad kawen..Akan setel hujung minggu ni jugak!!!!!!
Tarik nafas...relax.......

Sunday, January 10, 2010

wiken updates

Owhhh…saya mmg byk keje dis week. Bos nak report ASAP. Sekolah plak dah buka, maka saya kene kembali ke sekolah tuk bg treatment kat budak2 skolah menengah yg dah besar panjang dan terer mjawab tu. Tiba2 driver balik bg surat kene attend miting audit dis Selasa plak sedangkan reportnya lom siap2..Huhu…Patient kat klinik lg..Sekali lagi huhu…Tapi saya xnak mbebel la kat blog kesayangan ni…Biarkan keje ku itu.Nak melepas rindu kat blog jap..Ok, sebelum tu ,meh kita sama2 cheerskan geng Kita2 yg tbaru…Iaitu Cik_Rara dan Zahra Ashiqin. CHEEEERRRRRSSSSS!!!!!..Terima kasih ya sbb sudi jengok page sy ni.
Last entry saya tulis psl body scrub kan..Pas ni nak tulis sal spa, make up, skin care, hair care dan lain2 sal beauty & health plak. Br la dpt rs cam editor majalah Eh!. Hehehe…boleh ganti Asiah Mion..Saya bg free je magazine tu kat Cik Belle (peminat no 1 katanya)..Ok..stop berangan! Cepat update laju2…
Last Thursday, pas keje, sy dengan penuh bsemangat bgegas ke Ezez Beauty & Spa tuk wat body scrub. Dah kol booking awal2 lg…Sebab saya xnak jd mcm last two weeks, sampai sana, pelanggan ramai dan sy kene balik sebab x sempat dah. So, sampai je, sy terus bukak baju..Opsss..hahaha..tang tu pun nak sebut. Ermmm, mmg best la kene sental ni. Dapat plak beaution yg ramah tamah. Lagipun saya dah selalu kat c2 tuk buat facial. Diorng mmg dah kenal la.Imah yg menyental sy hari tu pun B2B..Apa lg, kami bkongsi2 dan btukar2 pendapat la. Umur plak sebaya..Memang kene la. Sejam lebih disental x terasa lama pun.. Cuma saya terasa sejuk sampai mgigil je…Hidung pun cam block je..Oh, dah lama x demam..Rupanya nak start demam ni,.Tapi,rs demam tu cam dilupakan plak sebab seronok dpt rs kulit cam licin semacam je…Maklumla,sebelum ni, duk wat kat rumah je..
Pas wat body scrub, terus memecut ke kedai kad kahwin kat area Muzium Losong. Dpt info sal kedai tu dr Imah la. Dia kata kad kat c2 ok dan murah. Melilau jugak cari kedai kad tu. Rupanya kedai tu specialist tuk banner, sign bord n printing yg besar. Try la jugak masuk n tny sal kad kawen. Ermmm…design dia xde la da boom sgt. Tp mmg ikut trend terkini la jugak..Ada la bkenan sekeping dua. Harga mmg murah. Tapi yg plg menarik hati sbb bunting dia murah bbanding kedai lain. Juz RM20 tuk 2x4 kaki…Letak la nak letak words n pics byk mn n design mcm mn pun, hrga tetap sm…Tp ye ke murah g2 kawan2? Plez fed back me ya!
Malam, saya terus pengsan.X larat sgt2..Hidung berair, kepala pusing. Tak mandi pun (sbb dah mndi kat spa), terus tukar baju n tido…Terkulat2 arjunaku mlm tu sbb sy x angkat dia kol..Pas tgh mlm sket br sedar ada byk miskol n sy pun kol la dia blk. Bckp la spatah dua n pastu pengsan lagi sampai pg.
Pagi Jumaat, rs berat sgt kepala..Malas yg teramat tuk bgn!..Tp otak msih ligat mengingatkan..Kursus kahwin hr ni! !!...Dgn iltizam yg jitu, sy pun pegi la kursus kawen..Biasa la, pceramah kursus kawen, mesti ade lawak2 lucu n lucahnya..tp nak senyum pun sy x larat..Malam tu, sy pengsan sekali lg..
Esoknya, sekali lg pegi kursus kawen. Bersama2 dgn arjuna.. Owh,alangkah bestnya kalau betol2..Mmg la arjuna pun pegi kursus kawen pd hari yg sama…Tp dia kat Melaka…huhuhu….Plan asal tuk g kursus sm2 x jadi sbb dia sgt bz dgn keje..Ni pun br kol bgtau xtau lg boleh blk x nextweek sbb bos dia msuk spital patah tgn n dia kene cover….Ishhhkkkk!!!
Setelah berjaya mgenggam ijazah kawen, dgn tbatuk2, sy pegi plak pusing kedai bunga dgn ibu. Ibu sungguh x sabar nak bli bunga tuk wat as centre piece meja mkn ms kenduri nnti. Yes, sy bjaya memujuk ayah untk tidak mggunakan meja mkn pengantin bsama backdrop sperti yg kebiasaan tu..Saya bakal mgunakan meja bulat tnpa backdrop..Biarlah backdropnya adalah suasana meriah majlis saya..So,semalam, dah beli bunga serta 1 bekas besar tuk letak bunga kat my meje pengantin dan beberapa lg bekas kecik tuk diletak kat meja org ramai..Mlm tu, ibu terus melaksanakan minatnya tnpa blengah lg..Gubah2 dan gubah..Pg td sy tgk dah beres pun bekas2 tsebut diisi dgn bunga…Owhhh..best2!!!!..
*tambah sket.....
Ini my flower girl nanti yea...Im sure, pengantin mmg kalah la kalo nak lawan posing dgn dia..Hahaha..ada sp nak pinjam adikku ni x wat tukang bwk bunga n lempar petals?..hehehe
Ni khas tuk JarJar..Tp of kos la org lain ble kongsi gak...Referring to ur entry..Dear, ni lah gelas yg i ckp tu.I dpt ni as doorgift rumah Rinda(refer previous entry)..Gelas tu kosong je..I tgk kt SSF, RM2.80 kalo x silap..Then dia hias manik2 kristal..Dlm tu letak lilin..Look esklusif kan...Kalo gni, u dah x yah wrap2 dgn apa lg..juz hias dgn riben sket...
Haaa...cam ni la bunga yg sy beli smlm...Gmbr sy snap kat SSF hr tu...sgt adore la..Tapi mahal,so ,smlm beli yg sm kat KT.Nape purple sdngkan my theme nnti Koko+pink?..Ntahla..rs ni yg cntik dan bseri..Mmg besar centre piece ni..My OP kene mnunjukkan ketereannya la dlm mcapture pics kan supaya muka sy ttp nmpk elok di celah2 bunga2 itu....








Nak jugak tayang...(*_*) ngeee ngeee

Sunday, January 3, 2010

their wedding....

Disember, musim plg byk org wat kenduri kahwen..Saya pun dpt byk invitation...Tapi x semua dpt saya hadiri..Sebenarnya entry ni sy dah draft lm tp xpublish sbb nak masukkan sekali sal wedding NAD..Saya ingat saya dpt meraikan Nad tp apakan daya, on that day saya ada kes oncall sampai ke mlm...Sori Nad. :-(
Ok lah...Meh kita wrap up cite2 sal kawen yg blansung around Desember 2009...1st, wedding Rinda & Ben..Rinda is my ex neighbour masa kat taman perumahan kat Tanah Merah Kelantan dulu.Sekarang family diorng dah pindah Besut, n i attend dat wedding kat Besut la.Together with my family.Rinda ni anak bongsu, so wedding dia mmg meriah.Mesti g2 kan..Anak bongsu n anak sulung,mesti meriah lebih kan..Sebab kununnya pas ni dah xde majlis kat rumah tu(tuk anak bongsu) dan kununnya ni 1st time majlis kat rumah tu(tuk anak sulong)..Itu pendapat peribadi la.Dari jauh dah nampak arabian canopy nya yg dihias scallop pink..Oh..tema pink yea...Sampai2 je ,maka bpeluk2an la ibu n makcik Zah..Jejak kasih ahli mesyuarat tingkap zaman dulu2 la katakan..Hehe...Kami sampai, pengantin tengah makan beradap.Air sirap bandung..Sama kaler dgn tema..Muka Rinda plak nmpk cam lain la..I dun know la sbb make up or sebab dia dah besar..(dulu ms bjiran, kami still budak sekolah)..Lepak rumah dia lama jugak..Sebab tunggu dia wat outdoor photoshoot kat depan rumah dia..Sawah padi beb!..Cun..Xyah g jauh2 pun..Pastu baru la bpeluang bgambar dgn pengantin....Doorgift dia cantik.Saya suka..Gelas yg dihias manik kristal dan dlm dia ada lilin..(nanti sy tunjuk dlm enrty doorgift).Food pun sedap..Siap boleh ratah ayam berempah tu dgn jayanya..Hehehe.
Ok..Jom kita ke wedding seterusnya..Majlis perkahwinan Yaya & Tahir...Ni wedding yg saya xsabar nak pergi ni..Pertama sebab K yaya mmg baik dgn saya dan sanggup jumpa saya tepi jalan bg her wedding card by hand bila dpt tau kad yg dia pos kat sy xsampai2..Kedua sebab majlis family dia mmg walaaaa!!! n buat kita berangan nak jugak..Saya pernah attend majlis adik dia..Baju by Radzwan Razdwil...Fulamak..Mengelip2..N i tot K yaya pun akan wat dgn designer tu kali ni..Tp x..Baju K Yaya done by Saiful Baharin this time...Cun sgt..Saya suke pada style tudung dia..Sanggul tinggi dan selendang tu dilepaskan kat belakang..Ermm,need to discuss dis with my vendor also la..(haa, kan dah ckp, boleh buat kita berangan)..Hehehe..Family K yaya memang ramah tamah..senyum je si adik2 dia yang jadi pelayan..Semua lengkap pakai sedondon.Kaler silver..Kontra with pengantin..Doorgift pun best..Dia bagi buku surah2 amalan harian yg besar tapak tangan,letak dalam net bonjut...Lain dr kebiasaan..Pelamin simple but sangat la lawa...Suke..Dengan fresh flower putih..Yang kat tepi pelamin mmg saya bkenan sangat la..Huda,mesti u pun suke kan... Seterusnya majlis perkahwinan Nilah & suami (alahai, camne ble lupa nama husband dia)..Nilah ialah adik kepada Hanan, my close fren sejak berkerja ni...Ayah Hanan pun bos my dad...Tapi kami pergi berasingan..Hehe...Wedding Nilah ni, cam artis..tunang pagi, terus akad nikah & sanding..hehe..Rumah diorng sgt luas dan ada kompartmen2nya..Jadi, majlis pertunangan ble wat satu sudut, akad nikah, sudut yg lain pulak..Sanding kat sudut lain jugak..Malah. boleh makan beradap dlm rumah sbb byk space!..Sebenarnya Nilah ni melangkah Cik Hanan..hehe..Tapi xpe la kan Nan, u pun on the highway kan..Boleh i post pic majlis tunang u kat sini?..Hehehe..Biasnya kalau ikutkan adat, kalau adik perempuan melangkah bendul, si kakak akan dapat sumthing dari pengantin lelaki.Kadang kala dapat barang kemas serba satu cam pengantin perempuan pulak.Tapi rasanya adat ni dah x diikut sgt zaman skang..Saya ada jugak bertnya Hanan dia dpt apa, tapi dia gelak je...sebenarnya saya duk cucuk2 Hanan suh wat majlis sekali dgn Nilah, tapi minah tu xnak..Baru berkenalan la katakan...Nak mengenal hati budi dulu..Adiknya yg btahun2 bcinta sejak sekolah lg xle nak mnunggu Hanan lagi..Makanya, xkisah la...Setiap org ada jodoh dan rezekinya..Kan Hanan (I sebenarnya x sabar nak tgk u plak..dah la i lom kenal si dia..)..Food rumah Hanan pun best..Tempat makan selesa sebab halaman juga luas...Saya xde pic ms bsanding sebab sampai lambat..Pengantin dah siap mkn pun..Habis sal Nilah, beralih plak sal my kazen wedding.Suria & Mat..Both of them muda lagi..22 years old kalau x silap..Wedding diaturkan oleh family..Bercintan cintun semasa bertunang la kot.Kalau sebelah ayah, wedding mesti panggil ramai org..Seluruh pelusuk negeri kot..hehehe..Wedding hari tu memang ramai la yang dtg..1 problem bila jemput ramai2 ni, takot food x cukup kan..Benda yang plg ibu xnak blaku dlm wedding sy nanti..Kene berhati2 juga dlm mjemput ni..Biar selari dgn budget makanan..Nikah Suria wat pas Zohor..Baju nikah memang cun habis...Pas akad nikah terus bergambar kat pelamin without tukar baju.Plus xde acara renjis merenjis.(Kat Terengganu, jarang ada upacara renjis merenjis ni)..Pelamin simple but nice..Lebih kurang je pelamin belah perempuan n rumah lelaki.SEbelah Suria kaler Putih pink, sebelah Mat kaler gold.Nak komen sket pasal pelamin..Juz sebagai panduan saya dan kawan2..Perasan x mcm dlm pic kat bawah ni..ada benda yang bjurai2 tgantung depan pelamin tu kan..Cantik kan..Dalam gambr pun nampak cantik..Tp ada masalah bila nak posing berdiri..Benda tu akan menggangu pengantin..Akan melindungi muka pengantin bila pengantin berdiri..So,fikir2kan lah yea kalau nak letak benda tu.Itu lah sedikit sebanyak cerita kawen2 yg sempat saya hadiri...Selamat pengantin baru semua!!!

Saturday, January 2, 2010

shopaholic ties the knot 2....

Saya masih nak guna tajuk yg sama tu...Sebab nak cite sal shoping lagi kali ni..Kalau baru ni saya shoping barang hantaran dgn arjuna, last 2 days, saya shoping barang hiasan hantaran dgn ibu pulak.We go straight to SSF.Plan asalnya nak cari bunga telur, bunga pahar, doorgift dan hiasan hantaran serta hiasan rumah.Saya dan ibu berlegar2 kat situ dalam 4 jam...Menelek2, angkat2 letak, pikir2..Macam x nak balik plak.Adik dah keboringan dan nak nangis2..Seb baik kak ngah ada.Ble la jugak melayan adik.Memang saya dah ibu memerlukan masa yang lama tuk shoping.Dalam berlegar2 kat SSF tu la, kepala otak berfikir2 tentang konsep, budget,tema dan lain2..Huhuhu..Susah rupanya nak wat majlis ni.
Setelah adik mengalami keboringan yang teramat sangat, akhirnya saya berjaya jugak beli beberapa perkara.
1) pinggan putih- tuk digunakan sebagai bekas hantaran2) bunga telur dan bunga pahar - saya beli yang manik2 kristal, lom ada tempat nak letak telurnya kat c2, jadi kene rajinkan diri ikat kain net at dat bunga...Saya beli sama je tuk bunga telur tuk diletak kat pulut kuning dan tuk letak kat pahar kiri kanan pelamin.Nasib baik ada stok.
3) manik2 kristal tuk digunakan sebagai hiasan pinggan hantaran
4) riben, flower tape, kain net, dawai
.............hahhh!!!, itu je yang saya beli 4 jam tu?...Aiseh...
Selain tu, kami juga ke Parkson.Saya terpusing2 jugak sebab nak cari kasut tuk hantaran.Akhirnya saya berkenan pada kasut ni..kaler purple..High heel Sandle actually...Saya pun beli la..Balik rumah...haiyaaa!!!.....lain sangat purple kasut tu berbanding handbeg hantaran saya..Eeee!!!...Dah cantik dah kasut tu...Suka sangat kasut tu..Tapi terpaksa la cari kasut lain kalau nak kaler sama.Tak pe la, kasut tu boleh pakai jugak kan.(Alasan org suke mbeli belah)..
Saya jugak dah beli jam tangan tuk arjuna sebagai hantaran nanti.Hari tu, tak beli bersama dengan dia sebab kunun2nya nak surprise..Hehehe..Tapi kan, saya dah ter'split out'...Aiseh..mulot ni mmg murai....
Saya jugak telah beli cincin kawen 4 arjuna..Dia akan beli rantai 4 me..Memang bab ni, kitaorg x nak beli sama2..Biar dia pilih dgn Ma dia, biar saya pilih dgn ibu saya..Setakat ni, pilihan dia tak la menghampakan..Tapi saya ada masalah sket dgn cincin tuk dia..Tunang hari tu, saya bg cincin perak.Dah plan,tuk kawen i go 4 suasa puteh or paladium..Sebab design dia cantik dan moden..Ada klass g2..Tp arjuna request dia nak suasa biasa yg warna kekuningan tu.Katanya nanti makcik2 dia tny lak nape kaler silver..Mesti makcik2 dia ingat murahan punya..Ini yang saya xsuka..saya yg belikan..Bukan makcik dia..Tapi ibu suh saya ikotkan je..Ibu kata,kalau boleh, kita cuba buat org lain(kaum kerabat saya dan dia) TAK bising2..Biar semua org hepi dengan majlis kita..Huhuhu...Saya pun pilih la 1 cincin zamrud ni..dah xle lari la, design cincin suasa mmg "design pakcik2".Saya bagitau arjuna, dia ckp,"xpe la, abang pun akan tua nanti..Nak pakai cincin tu sampai jadi datuk"..Ishk,zaman tu nanti, dia sorng je pakai cincin zaman dulu..Kan kan..Tapi saya dah beli pun.Sama jugak dengan emas putih.Semua "org zaman sekarang" tau emas putih lagi mahal dan cantik..Tapi ibu tetap nak emas kuning.Timeless...huhu..Ikot je la...
Wiken, saya x ke mana2 sebab kene stand by oncall.Tapi saya gigihkan diri membuat hiasan hantaran..Ok, jom kita tengok apa yang saya buat.




Haa.....sangat gigihkan..sampai sakit2 tangan duk pulas dawai tu...Kene buat ketat2, kalau tidak, manik kristal tu bergerak dan x stay..Bunga nanti, jadi terkulai..X cantik...setelah berhempas pulas,saya berjaya siapkan..............br 1 pinggan!!!!...Tulun!..Sakit tangan dah!!










Kak ngah & adik yg sempat berposing...

Tuesday, December 29, 2009

Makan damai.....

Ada sesiapa x kat sini yg tfikir, what im going to talk about dis time?..Makan damai ialah istilah yang diguna pakai oleh org Terengganu for makan beradap.Sebenarnya saya memang mencari bahan tuk post makan damai ni since entry pasal pelamin hari tu..Tapi belum sempat saya tulis, Qistin Fadzin dah tulis.Tapi xpe lah..Here, saya coret2 sket from the view of me plak ok...
Dalam wedding ceremony, biasanya selepas acara bersanding, renjis merenjis, akan ada sesi makan2 pengantin bersama ahli keluarga terdekat. Selalunya dengan ibu dan ayah kedua2 belah pengantin la.Meja makan pengantin ni memang disediakan khas, dan biasanya lauk pauknya pun meriah sket la daripada org ramai.Kalau zaman dulu2, org ramai dijamu secara makan bhidang, bsila di lantai, pengantin pun makan macam tu la.(pengantin perempuan of kos la duk bsimpuh ye..xkan nak bsila plak).Saya pernah menghadiri majlis perkahwinan yang org ramai, mkn buffet di laman, tetapi pengantin dan keluarga yg menyertai perarakan pengantin mkn di dlm rumah, dengan bersila beramai2..Unik kan. Namun, sekarang ni, yang biasa dibuat adalah pengantin menjamu selera di meja makan beradap.Yg telah dihias khas.Cantik dengan background yang indah.Meja yang digunakan adalah meja panjang..Itu antara contoh yang selalu kita tengok kat kenduri kawen.Kalau laman atau koridor rumah tidak luas,meja dan backdrop tersebut akan dipasang di bawah kanopi.Biasanya acara suap menyuapa blaku la di meja itu..Hehehe..
Saya pun bercadang nak buat meja beradap mcm tu la sebenarnya.Dah tempah dengan vendor canopy tuk meja beradap dan backgroundnya.Tapi bila difikirkan, nanti, hiasan meja dan backdrop saya tak sedondong plak dengan pelamin nanti, saya pun cancel booking dengan vendor canopy.Saya pergi la plak booking dengan vendor pelamin.Dah ada dalam kepala hiasan meja yang mcm mana yang saya inginkan.


Ya,mcm gambar2 tadi, saya memang suka konsep meja panjang yang boleh mengadap antara satu sama lain mcm tu..Baru la boleh bertentang mata..Kan kan..hahah..dan saya sangat suka pada konsep bunga besar gedabak di ats meja mcm tu.Masa ni juga fotografer kene bijak memainkan peranan la kalau nak mengcapture gambar pengantin.Jangan x nampak muka pulak sebab terlindung dek bunga besar tu..
Tapi kan, semakin saya melayari internet, makin berubah2 la plak keinginan saya..Tiba2 rasa nak tukar style la.Saya nak meja makan beradap bulat.Yang duk sama2 dgn meja makan org ramai..Tapi hias lebih sket la, sbb khas tuk pengantin.
Ya..center piece nya tetap bunga..Saya suka bunga..hehehe...Cantikkan...
Satu meja tu kita makan dengan ibubapa kita & ibubapa mertua..Cuma kerusi pengantin kita buat lain sket la..baru la kita special sket.Jadi, backdrop meja xde la..Juz lebih2kan hiasan meja makan tu.Ni akan jadi lebih mudah sebab xyah bsusah payah cari space nak letak meja panjang & backdropnya..Juz duk sama2 bawah canopi tempat makan2 tu...Best kan..
Selain tu, center piece meja, boleh jugak kalo xnak letak bunga yg gedabak2 tu...Sweet juga kalau letak lilin kan...

Tapi bagi saya, konsep lilin lebih sesuai tuk ceremony yang diadakan pada waktu malam.Barulah ada aura romantiknya...
Ok la, tu saja kot sal makan damai..(pasni, kalo saya nak tukar rancangan plak,kakak vendor, tulun jgn marah ek..hehehe)