Tales About White Lace And Tiara bukan menyimpang dari tajuknya yang sebenar. Cuma, kekurangan penglibatan dalam persiapan perkahwinan membuatkan saya lebih selesa dan senang bercerita mengenai kehidupan seharian. Nak menulis ni, lebih mudah jika benda itu dekat dengan kita. Barulah ada feel. Tak gitu? Mungkin selepas ni, saya akan banyak menulis tentang perkahwinan. Sekali lagi. Kali ini untuk adik saya pula. Maklumlah, saya yang akan perah idea untuk majlisnya nanti. Tuan punya badan memang bagi kepercayaan kat kakaknya ni. Jadi, mulai dari sekarang, lebih banyak info tentang kahwin yang boleh korang dapat dari sini. InsyaAllah..
Ok, cakap2 pasal kahwin ni, kepada anda semua, berapa umur korang masa korang kahwin? Haaa... Best tak soalan?? Bilakah sebenarnya umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga??..Jeng jeng jeng... Kalau diikutkan lumrah alam semesta di Malaysia ni, lazimnya, makcik pakcik akan sibuk bertanya bila nak kahwin, bila seseorang tu habis belajar. Macam dah termaktub dalam kamus hidup, mula2, masuk tadika, pastu masuk sekolah rendah, pastu masuk sekolah menengah, kalau ada rezeki, sambung belajar sket lagi. Dah bhenti belajar je kene kahwin cepat2. Betul x?. Tapi, what is the exact correct time to get married?
Hurmmm, saya yakin, xde siapa yang boleh bagi jawapan yang tepat. Begitu juga diri saya. Saya tiada jawapan. Jika mengikut hukum, memanglah ada 4 hukum berkahwin dalam Islam iaitu;
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab jika berkahwin.
Namun, tidak tetapan umur yang tertentu yang telah digariskan. Cuma, pada pendapat saya, ia bergantung kepada individu dan keadaan semasa.
Ada yang bercinta zaman belajar. Ke hulu ke hilir berdua merpati sejoli. Rasanya memang elok berkahwin setelah tamat belajar. Halalkan ikatan yang terjalin. Jika tiada kekangan wang, apa salahnya cepatkan sesuatu yang baik. Betul x? Owh, jika beruntung mempunyai ibu bapa yang berada, kahwin saja walaupun belum habis belajar. Yang penting, kene pandai bahagikan tanggung jawab sebagai suami @ isteri dan tugas seorang pelajar. Tapi, jujur saya katakan, jika ibu bapa orang seadanya, tolong jangan buat begini. Sebab bagi saya, tidak adil untuk mereka. Dah la menangung kita belajar, kene menangung perkahwinan kita plak. Kemudian kene tanggung menantu. Sedih !. Tidak semua orang dilahirkan kaya raya. Jadi, jika korang bukan dr golongan itu, tolong jangan susahkan ibu bapa.
Jadi, kahwin saja setelah tamat belajar. Setelah berkerja dan mampu pegang duit sendiri lebih bagus. Sebab kita kahwin atas usaha sendiri. Jika ibu bapa mahu top up sana sini, itu namanya rezeki. Jangan menolak. Mereka juga ada hak atas perkahwinan anak mereka bukan? Persoalannya pula, berapa lama nak kerja baru kahwin? Juga tiada jawapan yang tepat. Tp sekali lagi, jujur dari hati saya, saya rasa, biarlah orang tua kita merasa dulu pemberian anaknya. Seperti yang saya katakan tadi, mungkin ada di antara kita yang lahir dalam sangkar emas. Tapi, sebenarnya pemberian kita kepada ibu bapa kita bukan untuk lebih menkayakan mereka. Pemberian kita sekadar membuat mereka gembira. Tanda kasih dan sayang mereka dihargai. Tanda mereka punya anak yang berjaya. Biarlah mereka merasa dulu hasil didikan mereka. Bagi yang dari kecik tinggal di asrama, kemudian universiti, sudah lama jauh dari keluarga, masa inilah untuk kita bermanja kembali dengan ibu bapa. Sebab selepas berkahwin, keutamaan kita adalah keluarga baru kita. Iaitu suami @ isteri kita. Selepas kita berkahwin, ibu bapa pasti akan merasa "hilang". Jangan menidakkan kenyataan ini. Sebab ia memang berlaku. Cuma berbeza penilaiannya. Lebih2 anak lelaki dalam keluarga. Pasti ibu bapa merasakan hero mereka sudah dimiliki orang lain. Jadi, tepuk dada, tanya selera.
Hurmmmmm..... Itu bagi korang yang ada kekasih hati. Bagaimana pulak bagi yang single mingle? Bila nak kahwin ni???!!!... Rasa macam tak nak jumpa orang je kan sebab asik soalan tu yang ditanya. Lebih2 kalo umur dah banyak. Takde la banyak sangat pun. Banyak sket je dari budak form 5. Hehe..Jadi, bila nak kahwin? Kalau jawab 'umur 25 saya kawen'. Karang, umur 25 tak jumpa calon, nak jawab apa pulak kan. So, kesimpulannya,juga takde jawapan. Sebab benda ni mmg susah nak dijelaskan.
Cerita saya? Saya sendiri memang takde steady boifren masa zaman belajar. Jadi, masalah nak kahwin masa masih bergelar student tak timbul langsung. Bila masuk zaman berkerjaya, jumpa lebih ramai orang. Kenal lebih ramai orang. Sangkut sorang dua tapi you just know he's not the right person kan. ( eh, bab ni kene tulis entry lain la..sbb cam byk bnda je nak ckp..hihi). Jadi, tetap takde jawapan nak kawen umur brapa kan. Setelah hampir tiga tahun berkerja, setelah banyak manja2 dengan ibu di rumah, akhirnya saya kawen masa umur 27 tahun 10 hari. Sekian. Korang pulak????
salam:)
ReplyDeletehai...sebak lak baca entry neh...sedih nak tinggal mak & ayah bila dah kawen nanti..
huhu betul sy juga takda jawapan bila umur yang sesuai nak kawen.heeeee
hmm..bercakap pasal bila umo sesuai nak kawen..sy ponn tak leh nak bg komen.sbb saya antara golongan kawen awal (xla awal sgt,23 thun jer.hikhik
ReplyDeleteantara sbb saya kawen, dah 8thun knl tp baru 4thun couple. and bila couple ngan hubbie, i just know he's the right person kan?heeheh lari tajukk pulakkk..n sbb 1 lagi lagi, usia ktorg beza 8thun. takkan nak tggu hubbie nk masok late thirties baru i nak kawen?
sbb tu pas belaja, i terus kerja. dh kumpol duit kawen (takkan nak bebankan bakal husband sorang kn?), kawennlaa.. :)
pastu baru i decided nak sambong belaja balik. ni la sbb dok LDM skrg ni.
hmm, jadi, terpulang kpd masing2..dan bila decide nak kawen bukan mudah tau. byk bnda kena amik kira. nak kawen ngan org, bukan kawen ngan dia je..tp 'kawen' sekali ngan family dia. kwn2 dia..n kehidupan dia..so, B2B di luar sana...buatlah keputusan dgn berhati2 & semoga perkahwinan nanti menjanjikan kebahagiaan!!!
chewahhh
Umur yg sesuai untuk berkahwen?? ermm.. bergantung pd soal jodoh kot.. Mcm sy sendiri dulu konon2 target kawen umur 25.. Alih2 skrg dah 27 br bertunang & Insyallah next year kahwin pd bulan kelahiran sy & genaplah 28 tahun. Dlm sejarah keluarga mmg dah lewat. Syukur sbb sy bertubuh kecil & tak nmpak mcm usia sy skrg (org ckp) & dpt jodoh pon lelaki yg muda 3 tahun dr sy..
ReplyDeletebelle aim nak kawen umo 27-30..last2 umur 24 dah nak kawen..hehe..
ReplyDeletekita merancang, allah yg tentukan
sudah tersasar dari target masa sekolah menengah....mungkin sb jodoh blum mai lagi..=(
ReplyDeleteWaktu yg sesuai utk berkahwin:-
ReplyDelete- Cukup umur, ahaha!
- Ready mental & physical utk memikul tanggungjawab menjadi suami/isteri
=)
dulu masa sy blaja lg mak sy slalu ckp kena kawen umur 24.. skrg dh 25 dan sy telah dapat tekanan yg maha hebat utk berkahwin.. adoiiiiii
ReplyDeletehehehe dulu bajet nak kawen umo 25..dah kira lewat gak la tu..tp alih2 umo 26 plak heheh apa2 pun jodoh dah ditentukan...=)
ReplyDeleteasna xpenah aim nk kawin umur berapa. asna berserah pada takdir. Tp alhamdulilah. tak terfikir pun nak kawin seawal umur 23 nie. But, asna bersyukur sgt2 sebab bertemu jodoh awal. =))
ReplyDeleteinsyaALLAH saya kawin pada usia 26 tahun 9 bulan 6 hari, tapi D berusia 25 tahun 11 bulan 25 hari. ok je
ReplyDeletemia pulak budget nak kahwin umur 27..alih2x umur 27 tunang & 28 tahun ni..br nak kahwin...tp kena pd aim fiance nak ikat pd umur dia 29tahun..hehe....jodoh ni pulak kdg2x x di sangka...yg best tu dr mia kenal2x semuanya bukan org negeri mia...tetiba jodoh dgn negeri asal mia gak...haha..mcm tau2x je nk suruh mia blk ke tempat asal..
ReplyDeletetulah pasal.. plan nak kawen umur 27.skrg dah 27..tapi cik bunga stil solo..macam mana tu? hehe
ReplyDeleteSalam...dear....too bz nak godek2 blog u skang la...makin lama makin sibuk...ur last part....bg sesiapa yg xde jodoh... i cadangkan..apa kata u sediakan satu ruangan...sebagai matchmaker... skang ni.....sgt ramai yg xjupe calon yg sesuai....:)..
ReplyDeleteP/S : btw...u mesti xtau lagi kan... i eksiden kat sg. tong pagi marim... 1 second from death.....i langgar umah pakcik tua...then bumbung porch jatuh atas kete.......
very subjective. susah nk cakap. btul tu yg dah ade steady bf/gf mmg takde masalah. hanya perlu fikir ready atau tak mentally and financially.
ReplyDeletetapi yg masih belom jumpa calon sesuai, tak adil utk letak kan had umur kat derang. stress kan bile takde bf! nak-nak pulak kwn sekeliling sorang-sorang naik pelamin! urghh aku dh rasa dulu.
alhamdulillah, setelah menunggu begitu lama..aku kawen jugak umur 27 tahun 4 bulan 6 hari ;)
mmg tak pernah terfikir nak kahwin awal.. jodoh kot.. dlm plan asal pas degree.. keje 2 tahun pas 2 nak sambg master sampai la PHD.. alih2, kerja setahun dh kahwin pada 25 thn, 1 bulan 10 hari
ReplyDelete