kita2.... ;-p

Monday, October 18, 2010

hari bahagia dia

Segalanya sudah selamat. Kawen jugak akhirnya si romeo Malaya ni. Dia gembira. Jadi, saya pun gembira. Walaupun malam sebelum tu, saya kerap terjaga dari tidur tanpa sebab. Dia yang nak kawen, saya pulak yang cuak? Hurmm, saya memang begini. Boleh tenang dan mengawal keadaan. Tak kisah la, nak exam ke, nak btunang ke, nak kawen ke, atau apa2 event besar yg akan berlaku, saya tak akan kelihatan runsing. Cuma, bila tidur, fikiran saya seakan berkerja tanpa kawalan. Membuatkan saya kerap terjaga dari tidur tanpa sebab. Atau mungkin sebab bermimpi. Mimpi yang saya sendiri tidak dapat ingat. Hurmm, tapi, seingat saya, inilah kali pertama saya kerap terjaga dari tidur dalam satu malam selepas selesai majlis kawen saya dulu. Lepas kawen, mmg lapang sangat. Tidur pun nyenyak je..Kali ni, mungkin, otak saya fikir, perkahwinan dia sesuatu yang besar jugak kot. Sebab tu la membawa ke tidur.

16 Oktober 2010. Pagi, usai sarapan yang dah agak lewat tu, kami sekeluarga bersiap2 untuk ke majlis dia. Mmg umi & ayahnya menjemput ibu & ayah saya untuk turut serta sebagai keluarga pihak lelaki. Saya & arjuna sendiri pun di sebelah pihak pengantin lelaki. Walaupun si pengantin perempuan kawan saya sendiri, walaupun undangan perkahwinan yang saya terima dari pihak perempuan, saya suka berada di pihak pengantin lelaki. Sebagai rombongan keluarga dia. Dia sendiri pula, sudah pasti mahu saya di pihak dia juga. Dia segak berbaju melayu putih. Tapi, alahai, semakin kurus. Mungkin sangat kuat berkerja cari duit menjelang majlisnya. Sebab dia kerja sendiri. Ijazah yang ada, sebagai hiasan sahaja. Sebab tak mahu berkerja di bawah orang lain. Itu ideologinya. Sampai hari ini saya tak faham. Malas nak faham sebenarnya.

Akad nikah di rumah pengantin perempuan. Masuk saja dalam rumah, saya terus amik tempat duduk. Dekat dengan pengantin perempuan. Betul2 depan dia. Terima kasih buat Hana yang memahami. Hana la yang bagi ruang pada saya untuk duduk di tempat paling strategik. Dr tempat saya, mmg saya boleh lihat dia dgn jelas. Dia juga boleh nampak saya dengan jelas. Sekali sekala, dia akan senyum, angguk dan angkat kening untuk saya. Ya, saya gembira kerana saya tetap jadi saksi untuk dia. Saya tahu jatuh bangun dia. Dan di depan saya, dia mulakan hidup baru dengan isteri tercinta dengan sekali lafaz. Lantang dan yakin. Dia kini suami orang. Saya bahagia dia temui teman hati yang baik.

Seisi keluarganya seakan terlalu terhutang budi dengan saya. Kerana menemukan dia dengan isterinya. Kerana memperkenalkan dia dengan cintanya sekarang. Segan pula rasanya. Sebab saya tak buat apa2 pun. Saya hanya kenalkan dua kawan saya sahaja. Mcm saya kenalkan orang lain. Tp, jodohkan kerja Tuhan.

Malam, ibu & ayah meraikan mereka di rumah. Sekadar ambil peluang beramah. Lagipun, umi & ayah serta keluarganya belum pulang. Suka rasanya bila melihat dia datang bersama isteri. Arjuna melayan dengan baik. Tapi saya tahu, hatinya ada detik cemburu pada dia. Sbb dia rapat dengan saya. Ahh, wahai Arjuna. Kau pujaan hatiku. Tak perlu disangsi lagi. Dia cuma sahabat yang pernah akrab.

Kepada Alimin Hafizi & Najihah, semoga cinta kalian mekar wangi hingga hujung nyawa.


**saya tak ada gambar yang banyak sebab kamera habis bateri**

3 comments:

  1. semoga mempelai kekal bahgia hendaknya

    ReplyDelete
  2. selapengantin baru..moga cepat2 dapat cahaya mata!

    ReplyDelete
  3. its a small world.. hehehe. kak najihah tu senior sekolah saye dulu.. huhu. moge berbahgia hendaknye.. ^_^

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)