Adat berniaga. Ada masa untung, ada masa, rugi. Ada masa, ramai pelanggan, ada masa, takde pelanggan. Kelmarin, saya boleh senyum sebab klinik dapat sambutan. Tapi semalam, takde langsung orang datang.
Kawan2 suh buat banner or bunting. Sbb ramai lagi yg xtau klinik saya dah dibuka. Rakyat2 dlm fb tau la. Blogger juga tau. Tp org kampung sekeliling ni yg x tau kot. Rakyat tempatan x perasan klinik dah buka. Sbb, ada yg dtg tu ckp, laaa, bila buka..Saya duk belakang ni je, tp x perasan pun buka.
So, Arjuna dah tempah banner dan bunting. Dah siap pun. Cantik x?
Cantik saja x guna. Yang penting dpt sampaikan msg. Ye, siap tulis nama dlm kurungan. Sbb ramai jugak patient yg dtg, ckp laaa, ingat klinik cina. Ok ok...Saya rasa nama klinik mcm a bit catchy...Tp org ingt klinik cina la plak. Nama klinik sah2 xle tukar sbb dah daftar kan. Sbb tu kne tulis nama tuan dia.
Banner dan bunting ni, xle gantung sebarangan mcm gantung bunting kawen. Bunting kawen mmg nak pakai sekejap je kan. Gantung mlm ni, mlm besok, majlis bandaraya cabut pun dah x kisah dah sbb wedding dah selesai. Jadi, kne la mohon lesen dgn malis bandaraya. Kne isi borang, bagi contoh poster dlm bentuk A4, dan fotostat lesen perniagaan dr majlis bandaraya yg dpt masa daftar nak buka kedai dulu. Nanti derang akan bg sticker tuk tmpal kat bunting dan banner. Barulah selamat, x kne cabut. Majlis bandaraya Terengganu ni aktif benor. Rajin benor gi cabut iklan2 x berbayar tepi jalan tu.Huuuu...
Bunyi mcm banyak la jugak kerja nak kne buat kan. Semua urusan kne buat on weekdays. Klinik saya ni beroperasi on weekdays kecuali Ahad. Tp this coming Sunday, hari sanding adik lelaki saya. Tak kan org nak bsanding, saya nak pergi panjat tangga majlis bandaraya kan. Jadi, hari ni, Arjuna dgn lapang dada amik cuti. Dia ckp biar dia setelkan.
Tup tup, mlm tadi something happen. My biras kol Arjuna. Katanya my BIL jatuh, kepala terhantuk pagar yg pisahkan ruang tamu dan dapur rumah derang. Pagar tu tuk budak2. Derang ada 3 org budak kecik under 5 years old dan my biras sedang sarat preknen anak ke 4. Dah la ada anak kecik2, peknen lg, peknen kali ni plak bnyk masalah,so my biras xle bgerak bnyk nnti bleeding. Suami plak kemalangan. Malang mmg tidak berbau.
My biras bgtau, abang Arjuna tu jatuh kat rumah, kebetulan masa tu kawan dia ada dtg rumah, terus kawan bawa gi hospital. My BIL x bawa handphone. My biras plak xde no kawan2 suaminya. ( eh, saya pun xde no phone kawan2 suami saya. Korang ada?.Penting la sebenarnya kan)....
Jadi, my biras x tau apa keadaan suami dia sekarang. Dia kena masa nak margrib, masa my biras kol Arjuna, org tgh azan Isyak. Masa tu, Arjuna dgn anak2 semua tgh lepak kat klinik. Arjuna balik kerja, amik anak2,malas nak balik rumah, derang dtg klinik.
Kami pun bergegas ke hospital. Saya minta staf tutup je klinik. Saya mmg ikot sama la sbb of kos Arjuna tak tahu nak tuju ke mana. Plus, suami saya ni, gerun sikit bila dgr perkataan Trauma dan Kecemasan. Kalau dulu, mmg dia x pergi langsung la. Sejak kawen dgn saya baru dia belajar jejak kaki kat bahagian Trauma dan Kecemasan. Sbb terpaksa teman saya oncall dulu. Kalau tunggu dalam kereta kat parking lot hospital tgh2 mlm, lg seram kan. So, tpkasa lepak kat ruang menunggu Trauma dan Kecemasan. Dan tnampak la patient2 kemalangan keluar masuk. Kihkih.
So, sampai di HSNZ, Arjuna tunggu dalam kereta dgn anak2,saya turun gi tny kat kaunter triage dulu. Derang ckp my BIL still kat yellow zone. Then saya masuk yellow zone, cari, dah nmpk dr jauh, saya keluar. Masuk kereta balik, park kereta kat tempat best sikit which is x la menyeramkan. Arjuna pun masuk terus ikot arahan yg saya beri. Senang la..Tak yah dia tcari2 ttinjau2 sampai nmpk kes2 yg dasat kan..Dia tu penakut.Heee...
Teruk la jugak my BIL. Kalau kemalangan jalan raya xyah cite la kan. Ni jatuh kat rumah je. Hidung berdarah, dahi benjol dan pipi belah kiri sakit. Doc suspect patah tulang pipi. Dada pun sakit. Leher plak kne pakai cervical colar.
Lepas setengah jam, Arjuna dtg. Kami balik rumah dulu dan Arjuna pergi balik hospital teman abang dia tu. Pagi td, Subuh baru dia balik rumah.
Malam tadi, ingt Arjuna nak balik, Saya pun masak la ala kadar2. Sekali dia ckp x balik. Dengan saya sekali tak rasa nak mkn. Mls plak nak mkn. Diet weh!..Hehe...Anak2 semua behave je. Lagipun derang dah siap mandi kat rumah ibu. Saya pun prepare la makanan tuk bekal anak2.
Kali ni nak masak ayam blackpaper.
Cincang isi ayam, gaul dgn bawang putih dan lada hitam yg telah ditumbuk lumat. Perap semalam. Tak perap lama pun xpe. Ni saya nak buat tuk pagi esoknya.
Letak sayur sikit.Cincang carrot dan tomato. Yg mcm bunga rampai tu, kailan la. Hihi..Takde sayuran hijau lain kat rumah, kita guna kailan la.
Pagi tadi, terus masak2. Tumis bawang besar yg dicincang, masukkan ayam,goreng sikit, tambah air, masukkan sayur2, kicap sket nk bg ada rasa masin (saya x letak garam), biar lama sket bg kuah kering sket. Kalau nak sedap, letak la sos tiram. Tp Qasyaf elergik, so, saya x letak. Gambar menu anak hari ni pun xde jugak sbb lupa la nak amik.
Saya dan Arjuna sarapan nasi putih dgn lauk mlm td yg tak terusik, anak2 makan ayam blackpaper dgn nasi lembik. Qasyaf makan banyaaakkk...Siap mkn lauk mami dedi. Qisya makan 4 suapan sahaja!..Suapan ke5, dia luah balik. Suapan ke6, dia luah, siap amik dgn tangan lempar2..Eeeeee!!...
Menu hari ni x berjaya buat Qisya mkn bnyk. Tapi saya bekalkan jugak ke rumah ibu. Kot2 tgh hari nnti dia lapar, dia nak makan.
Masa nak kluar rumah, basuh pinggan dulu, tgk ada roti. Buatkan french toast tuk Qisya. Saya buat 2 keping je. Siap buat bentuk bulat kecik lagi nak Qisya senang pegang.
Habisla 2 keping besar ni. Selebihnya mami makan. Offer kat Qasyaf, Qasyaf mkn sikit je. Kenyang sgt la maknanya tu.
Thats all for now. Sakang dah dekat pukul 11 pagi. Mana patient ni hoi?!...
Showing posts with label Solid food. Show all posts
Showing posts with label Solid food. Show all posts
Thursday, October 31, 2013
Wednesday, October 30, 2013
masak makanan anak
Masa kerja gomen dulu, saya jadikan rutin, tiap pagi, mesti masak makanan anak2 untuk dibekalkan ke rumah babysitter. Tak pernah miss!..Anak2 saya tidak pernah kenal rasa nestum, puree dlm botol atau biskut baby tu. Semua homemade. Bila saya resign, duduk rumah, mula2 tu, saya amalkan buat benda yg sama. Pagi2, masak utk anak2 dulu, bila derang bangun, suap. Layan diorang mkn sampai habis.
Kemudian, ntah mcm mana, saya berhenti buat semua tu. Sebab anak2 saya dah besar kononnya. Sebab anak2 saya dah makan makanan org dewasa. Dari masak utk anak setiap hari, jadi selang sehari. Lama2, x masak langsung!. Anak2 saya juz makan makanan org dewasa. Utk Qasyaf, mungkin bagus. Sebab dia boleh terima semua benda. Dia mampu kunyah semua benda sebab gigi hampir tumbuh penuh. Ayam, ikan, sayur dan buah semua dia boleh makan. Tetapi saya lupa pada Qisya. Saya layan dia sama mcm Qasyaf. Apa yg saya makan, saya bagi Qasyaf, bg Qisya jugak (kecuali all the junk food la). Padahal, kalau makan nasi, Qisya xle telan pun lauk pauk, sayur yg kasar2 tu. Akhirnya dia mkn nasi dgn kuah je. Sama jugak dgn mee dan kuetiaw. Takle nak mkn lauk pauk dlm mee dan kuetiaw. Sbb Qisya baru ada 5 batang gigi depan. Mcm mn dia nak kunyah makanan kan. Akhirnya, Qisya mula kurang makan. Kalau makan pun hanya makan nasi kosong dgn kuah.
Dua tiga hari ni, Qisya xnak minum susu. Qisya masih lagi breastfeed, tp dia tolak mentah2 ebm. Saya cuba kenalkan Qisya kpd susu kambing. Susu kambing adalah makanan sunnah dan zat dia adalah yg paling hampir dgn susu ibu. Qisya minum la 2,3 teguk. Lepas tu xnak dah. Isk, budak tgh pesat mbesar amat memerlukan susu kan. Dah la makan x berapa.
Jadi, mlm td, balik dr klinik, saya singgah kedai runcit. Beli susu kotak dan keju cedar tuk Qisya sebagai bekal kat rumah ibu.
Dan berazam sungguh2 tuk masak kembali utk anak2, setiap pagi mcm masa kerja gomen dulu.
Pagi td, mata rasa mengantuk sgt. Masa Arjuna nak pergi kerja, dia kejutkan. Bini dia ni x bgn pun, juz hulur tgn nak salam, lepas tu sambung tidur balik. Hampeh punya bini kan. Haha.
Pukul 6.45am baru tsedar. Lepas solat Subuh, terus masuk dapur. Nak masak utk anak2 hari ni. Mulanya ingat nak buat bubur ayam je. Tp anak2 saya sekarang suka something yg spicy sket. So, saya masak nasi putih dgn air yg sgt bnyk, biar nasi betul2 lembik. Sbb saya fikir, mungkin juga Qisya x selera mkn sbb nak tumbuh gigi baru kan. Lagipun, ibu kata Qisya prefer nasi lembik.
Lauknya plak, saya buat ala2 stew ayam. Saya nak anak2 saya dpt semua zat makanan. It would be easy and much faster kalau ada homemade puree. Takpe lah, hujung minggu nanti saya akan buat puree tuk masukkan dlm lauk makanan. Jadi, tadi, saya juz cincang semua benda.
Stew ayam ringkas ;
-bawang besar
-bawang putih
-buah tomato
-carrot
-bunga kubis
-ayam
-sedikit garam
-sedikit sos tomato (kalau dah ada puree tomato xyah la letak)
Saya tumis bawang besar dan bawang putih, kemudian masukkan buah tomato cincang. Masukkan ayam yg juga telah dicincang halus2. Ada lebihan tulang ayam sikit2, saya x cincang, tp masukkan juga. Air tulang ayam akan jadikan kuah lebih sedap. Dah nmpk mcm ayam masak sket, masukkan carrot dan bunga kubis. Masuk ssedikit garam sebab anak dah lebih setahun, boleh la nak mkn garam. Masukkan sos tomato. Gula x yah hokey... Tambah air masak segelas,biar masak dengan api yg kecil. Saya sengaja masak lama sikit sbb nak bg carrot dan bunga kubis tu betul2 lembut. Senaang nak gaul dgn nasi dan senang Qisya nak telan. Sbb tu saya ckp, kalau ada puree sayur2 semua tu lg senang. Tak yah nak cincang2 dan masak lama sgt.
Siap masak, terus kejutkan anak2. Basuh muka, dan suap makan.Alhamdulillah, Qisya makan banyak.Telan semua lauk pauk tu. Sambil makan, sambil belajar mengira. Suka sgt. Maknya ni la yg suka bila anak makan. Qasyaf kita tok sah cite. Dia juara makan. Hahaha...
Ada lebih lagi lauk dan nasi, saya bekalkan ke rumah ibu. Bersama susu kotak dan keju. Harap Qisya berselera balik lepas ni dan harap dia boleh terima susu kotak dan keju sebagai pembekal kalsium dia.
Saya pulak x sempat nak makan. Lagipun xde benda yg nak dimakan. Tak masak tuk diri sendiri pun. Sampai rumah ibu, baru mkn meehun goreng black paper ibu..Yummy!..Biasalah, anak mesti nak mkn yg mak masak kan..Anak saya makan apa yg saya masak. Saya makan apa yg ibu saya masak. Heeee...
Menu anak hari ni x sempat nak snap gambar pun. Kelam kabut la tadi.
Esok nak masak apa pulak yea?

Sunday, June 10, 2012
pisang campur oat
Qasyaf asik mkn bubur nasi je...
Sori yea,pic siap bakar lupa nk amik...Sebiji pisang sederhana besar dpt la 4-5 jejari...Qasyaf mkn 1 je...Bukan x suka tp dia tcekik sbb xde gigi kan..Dia mmg x pandai nak control mknana kasar lg...Mommy tpaksa cicah air bg lembuk sket br dia leh mkn...Selebihnya,mommy n daddy yg ngap...Takpe,t nak letak kurma plak n lembikkan sikit dooh tu...Biasa la..Nama pong baby kan..Tak semua yg kita masak dia leh terima or mkn...Jgn putus asa n jgn malas tuk mcuba resepi baru...Yang penting,homemade food!...
Tiap2 hari bubur nasi...
Kadang2 mommy bosan jugak asik buat bubur nasi...
Mommy cuba beri oat kat Qasyaf...
Bukan quacker oatmeal tahu..Itu baby x boleh mkn...
Tp mommy beli organik oat which is a bit kasar teskturnya...
Mommy beli sekilo u!..Sbb xde pack kecik...
Siap blend siap2 bg hancur halus sng nak msk bl Qasyaf nak mkn...
Qasyaf mcm suka je oat (dia suka semua benda kot.hehe)...Tapi bila mkn oat Qasyaf mesti muntah...Adoyai..
Makanya x luak la oat kat umah tu...
Untuk mhabiskan oat,mommy tpaksa cari resepi lain,masak oat dlm bentuk bukan bubur,dan bg Qasyaf mkn...
Last few days,mommy try buat jejari pisang mcm dlm belog Margfarah...
![]() |
Amik sebiji pisang dan lenyekkan |
Tuesday, May 29, 2012
cucur mommy, bubur Qasyaf
Anak mommy yang sorang ni, pandai betul. Time Qasyaf duk main2, tjerit2 gembira bila kne agah, mula la dia pun sebok nak tendang2 mommy. Tak sabar nak join Qasyaf la tu. Dan bila Qasyaf meragam buat hal, dia behave sgt. Duk diam2 je. Pandai betul. Tak nak susahkan mommy kan. Sayang anak mommy..
Hurmm, pregnancy kali ni mmg xde masalah pun setakat ni. Macam masih x percaya je preggy lg. Mmg xde alahan,penat pun xde lah sgt selain sbb kne dokong Qasyaf sambil buat kerja. Kalau x ada tendangan kecil dlm perut ni, mmg sampai ke beranak kot x perasan preggy. Haha. Bagus betul anak mommy yang sorang ni kan. Dia bg peluang mommy jaga Qasyaf dulu. Tp satu je, bila tau je preggy, tetiba tekak rasa nak mengidam. Ok. Ngengada. Hikksss. Macam pregnancy dulu,saya xde lah mengidam yg pelik2. Juz rasa nak mkn,dan kne terus dptkan,kalo x,tbayang2 di mata. Macam tadi, saya sarapan biskut dgn air milo je.. Belom tengah hari dah lapar sesangat. Terasa nak mkn cekodok ikan sbb teringat kat rumah ada lebihan ikan goreng semalam. Apalagi,belum kul 1, terus cabut balik rumah,perisi ikan goreng tu, cincang bawang besar sket, campak dlm tepung,buh telor,buh garam,goreng dan ngap mcm org kebulur. See,senang je pun benda yg saya rasa nak mkn kan. Hehe..
Masa pregnancy yg dulu,kerap jugaklah saya masak benda yg x pernah dimasak sbb tekak teringin nak mkn. Kerap jugak buat pudding,siap baking kek lg. Masa sarat dlm bulan puasa dulu,rajin jugak lah buat kuih2 tradisional. Rasa nak mkn yg homemade. Tak yg beli. Tp kali ni,x nyempat sgt nak blama2 di dapur. Dpt masak yg basic utk kenyangkan perut Arjuna pun dah cukup. Si Qasyaf tu mn boleh berenggang dgn mommy lama2 kan. Wiken plak,duk sebuk ke sana ke mari,xdenya nak spent masa kat dapur. Gilir2 la,ada masa saya masak,ada masa Arjuna masak,ada masa org kedai masak, Tp,untuk Qasyaf, mmg khas kne homemade food. Saya betul2 disiplinkan diri. Kne bg homemade saja tuk Qasyaf. Mahu jauhkan dia dari segala additive makanan, garam x sepatutnya,gula x sepatutnya,lemak x sepatutnya dr awal lg.
Rutin saya setiap hari bkerja adalah bangun kul 6.15am,terus masuk dapur dgn mamai2, buat bubur tuk Qasyaf, tinggal je masak atas dapur,gi solat,gi mandi,gi pakai baju kembali ke dapur tuk prepare masukkan dlm bekas bg bs. Begitulah sejak Qasyaf 6 bulan dulu. Saya duk kuaters. Jalan bp langkah dah sampai klinik. Rumah bs pun dekat je. Drive 5 minit dah sampai. So,saya xde lah perlukan masa yg lama or kelam kabut sgt nak sedia food tuk Qasyaf tiap2 pagi. Saya mmg x guna yg frozen. Semua fresh saya buat pagi tu jugak.
Macam pagi tadi, saya buatkan bubur nasi tuk Qasyaf. Saya letak ikan kembong (salmon susah nak cari kat sini), carrot dan sawi. Ikan kembong pastikan amik isi sahaja. Tulang semua tu buang siap2. Carrot cincang la sikit bg cepat masak. Sawi plak amik daunnya sj,batang buang atau omaknya sajalah yg mkn. Bawang besar dan halia tu juz sebagai xnak bg hanyir sangat. Bawang besar dan halia tu saya juz masukkan g2 je. Tak perlu la nak cincang ke tumbuk. Cara masaknya plak,basuh 3 sudu besar beras,then campakkan bahan2 tu semua,then tinggalkan je gi la solat or mandi. Saya biasa buat g2 la. Dan api kne kecikkan supaya x membuak tumpah atau hangit. Saya dah biasa buat ni,so,mmg saya tau la nak budget masa nak tinggalkan bubur tu atas dapur dan pergi siapkan diri. Korang yg x biasa,kne adjust masa sendri la kot. Karang hangit pulak bubur anak. Psssstt,saya dah 2x hangitkan bubur dgn periuk2 sekali.heee.
Pas siapkan diri,kembali ke dapur, ni la rupa bubur Qasyaf. Saya akan kutip buang bawang besar dan halia td. Yang lain saya blendkan sekali gus. Kalau ada masa,saya biasanya kutip dan blend carrot dgn sawi dulu bg hancur,then masukkan bubur nasi dgn ikan,blend kasar. Sbb Qasyaf dah 8 bulan lebih. Dah kne ajar mkn kasar2 sket. Tp pg td x sempat. I menyolekkan diri lama la pulak. Hihi. So,saya blend je sekaligus semua.
Masukkan dalam food termos. Hidangan gini,kalau tuk Qasyaf,2x mkn la kat rumah bs. Balik rumah ptg karang, kalau dia nmpak lapar or nak mkn bila kita mkn,saya bg pisang or keledek rebus or lenyek nasi sikit2 je. Sbb setakat ni Qasyaf betul2 mkn 2x sehari je. Kalo bg makanan berat 3x,dia akan muntah balik sbb kenyang kot. Mkn ptg dia juz buat2 rasa kat mulut je setakat ni lah.
Bubur nasi letak ikan ni adalah feveret Qasyaf. Tp dgn syarat ikan tu fresh. Kalo dah 3,4 hari dlm peti ais,maka badannya akan naik gatal. Kalau awal2 beli lg ikan nmpk lembik atau mata merah,mmg xboleh bg jgk. Dia akan naik merah2.
Untuk mommies yg x sempat nak spent masa mcm saya pagi2 tu,jgn risau. Ada caranya. Korang boleh blend semua benda siap2. Lagi mudah sbb xyah basuh blender tiap2 hari. Caranya :
--beras-basuh kemudian toskan. Kemudian goreng tnpa minyak tuk buang saki baki air. Kemudian,blend kering sampai hancur. Simpan dalam bekas kedap udara.
--ikan - siang dan basuh ikan. Buat stok ikan dgn cara merebus ikan dgn bawang dan halia. Bawang dan halia tu kalau nak tumis dulu pun boleh tp guna sikit sj minyak zaiton atau unsalted butter. Rebus guna air yg byk lama2 sampai ikan hancur. Atau nak rebus kejap then nak blend ikan tu pun boleh. Sejukkan. Kemudian letak dlm bekas buat ais tu. Bekukan.
--carrot,sawi,kubis,bayam - stimkan biar lembut kemudia blend sampai jd puree,sejukkan,simpan dlm bekas buat ais,bekukan.
Bila nak masak pagi2,amik la bbrp sudu beras hancur tadi,campur dgn 1 kiub stok ikan,campur dgn 1 kiub sayur2.. kejap je masak sebab semua bhn dah hancur. Senang kan. Saya mmg x guna yg frozen sbb saya ada masa. Bg mommies yg xde masa,buat je yg frozen. Pagi2 tinggal campak2 dlm periuk je. Itu jauuuhhh lebih sihat dari nestum yg kilang buat. Saya sendri buat yg frozen bila kne travel. Siap bawa rice cooker masuk hotel. Jgn jd kan alasan x boleh buat. Hendak seribu daya kan.
Enjoy making baby food mommies!!!

Friday, May 25, 2012
Qasyaf suka makan..ngeee
Allah is the best planner.
Terima kasih banyak2 kepada kawan2 yg bagi komen dan ucap tahniah kat entry lepas. Alhamdullilah, dah x stress dah pasal ckp2 org skang ni. Stress benda lain pulak. Stress sbb mcm dah x sabar rasanya nak soping barang newborn lagi. Hikhik.. that is sooo me lah kan. Nak buat mcm mana. Hehe..
So, kali ni nak stori mori sikit sal solid food Qasyaf. Qasyaf dah mula mkn sejak beberapa hari sebelum masuk umur 6 bulan. Omaknya x sabar sgt nak tunggu genap 6 bulan. Masa tu dah masuk group HSFFYB kat facebook dah. Dah buat research apa yang boleh dimakan, apa yang x boleh, cara penyediaan makanan, cara simpan makanan,semua dah belajar dah masa tu. Tp sampai skang pun masih belajar lg. Dalam hati masa tu mmg kuat sgt semangat “say no to kilang food”. Dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, Qasyaf hanya makan homemade food saja. Qasyaf xkenal mcm mana rasa nestum yea. Ini bukan isu kedekut or xde duit nak beli nestum. Ini isu nak bagi makanan bkhasiat untuk anak. Macam mana kita susah payah jayakan kempen breast feeding, begitu jugalah kita kne usaha jayakan kempen homemade solid food ni. Bayangkan, hisap susu, beriya isap susu ibu, sekali bila time makan,gi makan makanan dalam tin. Oh tidak elok tu. Makanan dalam tin dari kilang. Kilang yang proses. Hilang dah semua zat2 makanan. Kita sendiri pun kan, kalo mkn tuna dlm tin tu or kari segera dlm tin tu hari2 mau btimpa2 dtg penyakit. Betul x? Mari sama2 buang pmikiran lama yg nak bg anak makan nestum jenama tu jenama ni. Mari kita sambut kempen homemade solid food for your baby. Yeaahhh!!!
Ok,ok…Mungkin ada yang kata, kita bkerja,xsempat nak masak makanan anak setiap hari. Sedangkan makanan kita pun kedai mali. Yea,saya akui itu semua. Saya juga bkerja. Tp saya xnak bandingkan dgn diri saya sbb psekitaran saya lain. Kuaters sebelah klinik je. Rumah babysitter x sampai 1km pun dari kuaters. Mmg xboleh banding dgn saya la sbb hidup saya mmg agak lapang. Tp,utk mommy yg hidup kat bandar besar yg sebok manjang, jem manjang, juga x perlu risau. Ada caranya nak prepare homemade solid food ni. Ramai mommy yg boleh buat. Tak caya, gi jenguk group HSFFYB kat facebook. Hehe. You can do it babeh. Tinggal rajin dgn malas je. Kalau malas tu,xyah cite panjang la. Blah je lah. Huuu
Baby hendaklah diberi makanan pejal bermula umur 6 bulan. Tak boleh kurang yea. Opsss,saya bg Qasyaf mkn bbrp hari sebelum dia genap 6 bulan. Dasar omak yg x penyabar. Haha. Makanan pertama mestilah puree buahan2 atau sayuran2 sahaja. Kenapa? Sbb usus baby masih belum matang. Dia x boleh nak proses makanan berat2 mcm karbohidrat or protein. Itulah secara ringkas penerangannya. Nak tahu lebih lanjut google sendri. Hihi. Kat bawah ni saya sertakan carta makanan baby. Carta ni lah yg jadi petunjuk saya dari Qasyaf umur 6 bulan hari tu.
Dan untuk memulakan bg mkn solid food ni, disarankan ikut 4 days rule. Iaitu, bg makanan yg sama selama 4 hari bturut2. Contoh, puree epal dari hr pertama hingga ke 4.. Kemudian puree pear dr hari ke 5 hingga ke 8,kemudian puree pisang dan seterusnya la. Kenapa? Sbb nak kenal pasti sama ada baby kita elergik pada makanan ttentu x. Sbb kalo kita selang seli makanan, nnti,xdpt nak detect baby kita elergik pada apa. Owhh,4 days rule ni sgt mbantu tuk Qasyaf sbb dia kan ada elergik. Kulit manja.
Setelah dikenal pasti my Qasyaf elergik pada
-all cow milk base food tmasuk keju, yogurt, roti, biskut, dadih, eskrim (bdasarkan tragedy susu dia dulu)
-ikan bilis (bdasarkan experience bila saya mkn ikan bilis pastu bf dia,naik bintik2 merah 1 badan)
-seafood (bdasarkan experience bila saya mkn ikan bilis pastu bf dia,naik bintik2 merah 1 badan)
-ayam (bdasarkan kejadian naik merah 1 badan mcm minum susu lembu bila my mom bg bubur campur dgn ayam..ayakkk!, ms tu Qasyaf baru 7 bulan, tp ibu dah bg bubur ayam…aiyokk!)
-kentang (bdasarkan experience mkn mash potato)
Makanya, bunyi mcm Qasyaf ni vege je kan. Aduhai, nak buat mcm mana. Yang lain tuhan bg sempurna. Bab mkn je masalah. InsyaAllah, Qasyaf akan ok setahun dua lg. Ni Qasyaf dah 8 bulan lebih. Saya dah introduce ikan. Salmon lah ikan yg disarankan oleh pakar pemakanan. Tp susah nak dpt kat sini. Saya bg je ikan kembong. Nasib kami duk tepi laut. Senang dpt ikan fresh dan alhamdullilah, Qasyaf x elergik ikan. Dgn syarat ikan tu fresh. Kalo ikan yg dlm peti ais dah 3,4 hari sori yea,naik bintik merah badan nanti. Ikan lain saya belum cuba lagi. Takot nak main cuba2 sesuka hati ni. Dan baru bbrp hari yg lps saya introduce telur kuning dan Qasyaf ok jugak. Telur puteh x boleh bg lg, baru 8 bulan. So, sekarang,xde lah buntu sgt nak masak food apa tuk Qasyaf. Boleh mkn ikan & telur,boleh la variasi sikit.
Qasyaf suka sgt bubur nasi dgn ikan. Biasanya saya letak juga carrot or bunga kubis or sawi or bayam. Masa masak tu, letak sekali bawang n halia tuk naik bau wangi sikit. Tp bila nak blend (Qasyaf xde gigi ok, kne mkn blend),buang la bawang n halia tu.. Owhh, kalau masak ni, mmg dia nganga je lah. Kita plak takot dia muntah sbb kenyang sangat. Hehe..
Saya ni,xde la strict sgt pasal homemade solid food ni. Makanan kilang tu mmg a BIG NO la kan. Tp, kalau setakat ibu ke, mil ke, nak suap cucunya tu kuih muih ke,calit makanan org tua ke mulut Qasyaf sikit ke,saya x kisah pun. Buat apa la nak marah2 bising2 ngadu kat group fb. Bukan selalu pun kan. Nenek nak manjakan cucu sesekali jumpa,apalah salahnya. Pejam mata je lah. Bukan budak tu makan kenyang pun. Dan bukan karang,esok mkn tu lg. Sikit2,sesekali,biarkan lah je. Nak buat mcm mn,bukan semua org tua faham soal homemade baby food ni kan. Cumanya, kadang2 saya rasa, ada jugak baiknya si Qasyaf ni elergik itu ini. Sbb ibu, mil, bs dia mmg x berani la nak bg mkn sebarangan. Derang takot naik merah kang susah..Hehehe..Apa2, mesti tny saya dulu..Bagus jugak..Hehe..
Sunday, March 25, 2012
homemade food
Mahu yg terbaik untuk Qasyaf. Tak apalah susah sket pun. Jika susu ibu adalah susu terbaik, makanan yg dibuat di rumah pula adalah makanan terbaik!.. Say no to instant food! Selagi saya mampu, saya akan usaha masak makanan tuk Qasyaf. We are going for long vacation.. Bukan la long sgt.. Dlm 5 hari kot.. Jadi dlm gambar tu bekalan Qasyaf.. Beras yg dah di blend, apple puree, carrot puree, sawi + kismis... Bawa rice cooker kecik je, then, dlm hotel pun ble masak2 khas tuk Qasyaf. Mommy daddy kedai mali laaaaa.. Hehehehe... Yg penting Qasyaf dpt yg the best.. Say no to kilang food!..hehehe.. Semangat tol.. Perut Qasyaf kan muda lg... Tak nak la bg yg dlm tin or dlm botol punya.. Sila sokong homemade solid food yea kawan2!..
Thursday, March 1, 2012
ready for solid food

Kat atas tu gadget tuk sediakan solid food tuk Qasyaf. Blender tu blended baru. Arjuna dpt sbb menang lawan bowling last year..Belom pernah pakai. So, pakai je lah tuk blend food for Qasyaf. Blender yg sekali dgn steamer yg Philip Avent tu pospone lu. (walaupun dlm hati saya nakkkkk sgt benda alah tu..tunggu ada sale lah..)...Food termos bli kat Giant. Bkenan sgt kat food termos tiga tingkat yg kwn2 duk bli online kat fb..Tp dah xde stok.. Usha kat Giant ada yg biasa je.. Maka beli dululah yg gambar kartun2 tu..Lagipun tuk Qasyaf kan.Biar nmpk keanak2an sket.,heeee.. Then bli plastik yg nak wat ice cube tu..Utk letak puree nanti. Whisker saya x tau nape saya beli..Nak whisk bubur kot nnti..haha..Periuk xde la beli baru..Tp guna yg baru,yg belum pakai..Tak nak la nnti bubur Qasyaf bau kari kn..(Mcm la rajin msk kari sgt...haha)...Pisau, papan pemotong,senduk semua kalo ikotkn kne guna asing gak sbb takot bekas guna lada ke bawang ke apa. Tapi blom bli lg...
So, sbagai pmulaan, saya guna 4 days rule..Bg makanan yg sama selama 4 hari bturut2 tuk tgk Qasyaf ada elergik to certain food x.. Qasyaf dah mkn pisang. MIL suh bakar lu pisang tu sblm blender..Rumit!..Ada lekat hitam2 yg bekas kne bakar tu..Puree jd pahit sket. Qasyaf x suka. Mlm td br try puree pear. Qasayf suka..Dah bekalkan jugak puree pear tu kat umah bs..1st time Qasayf mkn kat umah bs..Harap2 ok...
Hurmmm..Lps ni byk lg resepi2 yg sy nk bg Qasyaf mkn..Semoga Qasayf mbesar dgn sihat dan cerdik!
Subscribe to:
Posts (Atom)