kita2.... ;-p

Showing posts with label hari2 madu. Show all posts
Showing posts with label hari2 madu. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

travelog - penang

Ok fine. Tak sampai hati nak tinggalkan 2014 tanpa mengabadikan kisah hidup dalam blog. Eh, blogspot ni abadi ke? Agak2 la kan, 20 tahun lagi blogspot masih available ke? Heeeeee…
Tak kisah la ada org baca ke tidak. Saya tulis ni untuk saya sendiri baca balik suatu hari nanti. Diari kan. Jadi, moh la kita marathon menaip. Juz taip je la. Entry mungkin tiada perasaan. Tiada feel. Hahahaha .

Travelog Penang. 19-21 sept 2014.

Perghhh... Tajuk tu.
Bajet nak suh blog ni keluar dulu bila org search pasal Penang. Kahkah.

Travelog lah sgt.

Kami ke Penang sbb saya ada conference kat sana. Sambil menyelam minum air. Saja pilih untuk berconference di Penang. KL dah selalu sgt dah kan. Sendiri pilih, sendiri bayar. Haishhh, time kena bayar ni la teringat kat gomen. Rindu nak keje gomen. Sbb boleh join conference, duk hotel mahal2 , naik flite FOC. Itu je yg best. Haha.

Ada 2 sebab utama join conference ni. Pertama, dah buka private clinic ni, tetap kne dengar lecture dan collect points. Kalo points x cukup, xboleh sambung lesen tahun depan. Elok jugak derang buat macam tu. Takde lah berkarat sangat kepala otak kan. Takde lah outdated sgt pakai ilmu zaman uni. Sbb kedua adalah sambil menyelam minum air..Saja nak jalan2. Kalau xde conference, xde alasan nak bercuti ditambah pula dgn kesesakan duit neh.


Kami bertolak dari Rantau Panjang. Dah alang2 nak lalu jalan Jeli kan. Lebih afdal singgal jengok mertua. Betul x. Pagi Jumaat tu, Arjuna sempat lagi basuh kereta dia. Padahal tgh hujan rintik2. Tak paham aihh...

Kami bertolak dlm pukul 10.30am...Hujan je sepanjang perjalanan. Tapi xde lah lebat. Jalan Grik tu kan hutan. Atas bukit. Eh, atas banjaran titiwangsa sebenarnya. Pastu siap ada tasik kat area Hutan Belom tu. Siyes babe, rasa mcm kampung Bella & Edward je. Kahkah...

Kami juz singgah minum2 kat kedai mamak apa ntah kat area Grik tu. Pastu x berhenti dah. Terus ke Penang. Arjuna mmg buta terus jalan Penang tu. Seb bek ada waze. Tapi sebenarnya jalan kat Penang senang je pun. Kalau tahu nama tempat dituju, ok je. Takyah berwaze bagai pun.


Kami cek in Bayview Resort Hotel kat Batu Feringgi. Rupanya Penang ni ada 2 Bayview. Beriya saya call hotel book bilik . Sekali salah hotel. Hihi...Conference ni buat kat yg Batu Feringgi. Seb bek ada bilik kosong. Senang la. Saya dgr lecture, Arjuna jaga anak2 kat atas bilik kan. Haishhhh, dulu masa kije gomen xnak appreciate bila dpt pergi conference. Skang bila semua kne bayar sendiri baru lah sedar begitu berharga nilai utk cari ilmu.


Dah siap check in, rehat2 lu. Anak2 explore bilik hotel.Pegang sana, sentuh sini. Tarik barang tu, tolak brang ni. Buat jakun. Padahal, sejak baby mami dedi bawa gi travel ke sana ke mari.


Dah relax2, solat, kami turun gi makan kat gerai depan hotel. Lapar seh tengah hari tak makan. Lepas makan kol Giehah dan husband dia Mon. Ajak gi beli diapers Qasyaf. Cheh, sampai ke Penang ko cari diapers. Heeee, kebetulan habis la. Kami naik satu kete je. Senang. Seb bek ada Mon. DIa mmg kenal jalan di Penang tu. Kami ke shopping kompleks nama apa ntah. Siyes xle nak recall nama apa. Haishhh, travelog apa kebenda mcm ni. Muahahaha...

Dah pusing2 mall. dah lapar balik, kami lepak makan2 kat tepi laut tu. Siyes xle nak recall jugak nama tempat tu apa...Kahkah.Buang karan je travelog...


Kat situ kami merasa pasembur, char kuewtiaw, cendol dan sotong bakar. Then, tetiba hujan...Terus balik hotel. Main buih dlm bathtub and golek atas katil.




Esoknya, bermula la conference.


Breakfast dulu . Owhhh, saya suka buffet breakfast hotel. Sbb tu gemoks. Siap makan, saya masuk hall, Arjuna bawa anak2 main playgound. Hurmmm, anak2 saya x layan pool. Qasyaf, kami x ajar sgt sbb kulit dia sensitif. Qisya lak takot. Makanya derang tgk pool xde perasaan.

Habis conference petang tu, sebenarnya x habis pun lg.Kalo tunggu habis, bila lak nak explore Penang. Makanya ponteng 2 lecture petang tu..Kami berempat ke Bukit Bendera. Arjuna jakun x pernah naik kabel car Bukit Bendera. Saya pun jakun. Sbb dulu masa pergi dgn parents ms sebelum kawen, time cuti sekolah. Ramai giler beratur nak naik. Maka kami malas nak tunggu. So, kali ni xde org sgt dapatlah merasa naik kabel car Bukit Bendera.




Hujan renyai2 masa tu. Tapi belasah jugak. Haaaa, ada ke org lain pakai dress naik Bukit Bendera?...Haaaaaaa, kes x sempat tukar baju weh.


Turun dr Bukit Bendera, kami ber waze mencari nasi kandar Line Clear. Wallawehhhhhh, gitu je kedainya. Selekeh je. Campur plak dgn hujan lecak2, nampak selekeh giler. Tp apasal glamer sgt ek? Kalo diingatkan balik, kembang jugak tekak nak g makan tempat mcm tu. Haishhhhhh...Arjuna ckp sedap. Nak dtg lg. Saya rasa biasa je sbb enviroment sgt2 la tak memuaskan. Huuuuuuu....

Siap makan, balik hotel dan berehat.

Esoknya, sambung conference. Ambik sijil before lunch, check up terus ponteng lg lecture petang. Ruginya duit sendiri. Duit gomen xpe. Heeeeee....

Kami ke Queensbay Mall...Hihihi, ingt pulak nama mall ni. Then jumpa my old awek cun, Wanie and her family. Giler hepi. Sejak grad, nilah 1st time jumpa Wanie.



My sexiest fren ever. My bff. My roomate masa kat UM. Sekarang dah berubah. Alhamdulillah, dah berhijrah pakai tudung. Anak pun dah 3 org wei. Hows time flies.

Lepas makan, terus balik kot 2nd bridge. Mula la Arjuna pening. Datang jalan lain, balik jalan lain. Heeeeee...

Oklah..Itulah serba sedikit travelog ntah pape. Bai...

Monday, January 16, 2012

life at new year...

Sebenarnya testing taip blog guna samsung Galaxy Tab 7.0 plus...Hihihi...

Sebenarnya jugak td sebelum buka blog nak recap sal tahun 2011..Sekali mls la plak..Lagipun dah ptengahan Januari dah pun..dah byk yg saya lalui dan buat dan BELI untuk thn br ni....

Masuk je new year, kami 3 branak nek KL..Temankan arjuna..Dia ada pjumpaan Gino kat putrajaya...

Arjuna at pjumpaan Gino...Pjumpaan tahunan tu..Sanggup attend tiap2 thn...

Arjuna jmpa geng dia,saya jgk jumpa geng saya.Kawan2 blogger. Hehehe... Seronok!. Dah jd mommy ni, jumpa kwn blogger ckp sal anakje... Mcm mak2 kan...Mmg mak pon! Haha.
With Dot & Farrah...Also Akid, Qasyaf & Iqy...At Alamanda..

Then,Rabu lps nek KL lg..Interview ok ok sj.. Result interview bln 4.. Tak kisah lah dpt ke x. But i really enjoy the rama2 dlm perut ms tgh tunggu turn tu. Yg best lps interview dpt lepak dgn my bff aka Idah kat Jonny's Alamanda walaupun sekejap. Tp x snap gmbr la plak..Ya,hobi gi Alamanda....hehe...Tmpt plg senang Arjuna nak tinggalkan bini dia ni..Saya window shoping dgn Qasyaf,arjuna gi menambah sesakkan kete dia.

Muka yg ceria....Time ceria boleh bg senyuman yg sgt henshem!..Tp time bad mood,fuhh,mengah mommy...Si Qasyaf budak bijak ni, kalo nek stroller,nak org agah2 dia jugak...Nak org layan bcakap.Alahai, mommy nak window soping,cmne nak layan bcakap..Huuuu...Saya tpaksa jln sikit, bhenti dan bcakap dgn dia...Nak tgk brg pon susah..Nasib ms kat dlm Watson,ada 2,3 org salesgirl duk lyn dia bcakap..Boleh la mommy pilih skin care lama sket. Umor dah mningkat. Harus tukar skin care baru kan..Mengikut kematangan kulit....Konon la..Alih2 sy beli 1 set Simplicity...Mahal jgkkan Simplicity...Lebih mahal dr Loreal...

Mau 4 jam jgk sy lepak bdua dgn Qasyaf kat Alamanda hr tu. Sampaikan buat nursing room mcm bilik sendri.. Akhirnya Qasayaf tido kepenatan..Amik gmbr dulu sementara tunggu daddy....Lambat tol daddy....


Masa nek KL hr tu jgk lah beli tablet neh...Arjuna belikan. Itu yg best!....Lagipun my lappy kan skrinnya rosak...Still bolehguna,tp azab sket la kne tgk kesan retak tu..Mganggu pmandangan nak wat keje...Plus, ingat nak tukat phone br sb b. ...xde sbb pon. Sj gedik..Maka tbeli lah galaxy tab 7 plus ni...Ok x kalo guna sepenuhnya as lappy & hphone?..Kne bli bluetooth la plakkan...Tp ok je ltk kat pipi besar gabak gnie...Trend katanya....Hahahaha!

K la..itu sj..daaa!!

Tuesday, May 3, 2011

konvoi kameren

Oh hi...
Baru balik dr cameron highland ni..Hurmmm, konvoi dgn kete kecik comey..Not bad...Cuma, pjalanan lebih lama sbb x speed & lebih banyak berhenti2.. Dah tu kalo bhenti mesti mau kat tempat lapang sbb nak susun kereta...Macam ni...Ni kat Shell Kuala Krai...Saya, mcm biasalah...Lelap dlm kete...Sedar bila dah bhenti je...Bila kete bhenti, posing sket...Macam ni...Haha...perut menyorok sket....Arjuna ckp, geng kete kecik Terengganu ni x sistematik sket...Lambat..Kurang disiplin..Haha..Nak disiplin tang mana la tu...Saya pun xtau...Sbb masa dia dgn geng2 Melaka dulu, saya xpernah join konvoi2...Maklumla...Belum jadi isteri...Ibu x bagi ikot...

Mungkin betul kurang disiplin..Sbb janji nak btolak kul 9am,kul 11am baru thegeh2 bgerak...So, lambat la sampai..Kami lunch di Gua Musang pukul 4pm!...Dah la saya mkn sekeping roti canai je pagi tu...Baru lepas lunch...Pic tgh makan xdpt disiarkan kerana nmpk pelahap...Haha...Nampak perut x dr jauh???hehe...

Setelah adegan kereta rosak,kereta berasap (kereta org lain la), akhirnya sampai kat Cameron dlm kul 8pm...Sebok cari hotel pulak!..Aiseh...Kata dah ada org uruskan hotel..Tetiba xde la plak..Kne cari sendri...Kami amik keputusan tuk bpecah, duk hotel asing2 sbb semua hotel dan fully book..Akhirnya kami suami isteri dapat hotel ni..Itu pun available tuk 1 malam je...Ni kat Brincang...

Amboi..Special kan Gino ni...Tak nak duk basement..Parking depan hotel...Leh pantau dr bilik hotel lak tu..Ishk2...

Pas check in dan mandi, terus keluar nak terjah pasar malam Cameron..Tp, org dah kemas2 nak tutup...Masa tu pukul 10.30pm dah...Maka malam tu x beli pape..Stoberi cicah coklat pun x sempat rasa lagi...Makan malam kat area2 hotel je...

Next morning, breakfast di hotel...Tempat makan dekat dgn tempat parking kete tu...Nmpk la bbrp org posing kat kete Arjuna...Laku jugak kete tu..Hahaha...Pas mkn terus check out dan jalan2 soping...Saya xde la rasa teruja sgt nak gi ladang teh @ stoberi @ kebun bunga...Sebab dah jelajah Cameron ni last 2 years dgn kawan2...Rasa mcm br je lagi...Takde perubahan pun..Sama je kan..So, aktiviti lebih kepada keluar masuk kedai...Haha..Masih x nampak perutku...Pakai hitam baru nmpk kurus sket...Our family....Me, Arjuna, Gino & Qaseh / Qashaf ( masih dlm perut)...Hahahah!!

Tuk malam kedua kami check in sini...Not recomended!!!..Sbb hotel cikai yg patut harga RM70 tetiba sbb highly demand, jadi RM200..Sangat hampeh...Tp nak wat camne dah xde hotel lain dah....Tapi pancake dia sgt sedap!...Atau saya yg kebulur?..Sbb seharian tak makan sbb sakit perut..Mesti tmakan benda basi ni...Suspect, kedai makan kat Gua Musang tu..Huhu...Petang baru pekena pancake yg yummy!


And this is me in 22 weeks of pregnancy....hehehe..Baby besar ke banyak lemak????..Hurmm, tu je la cite skit2...Malas la nak cite sal lawat2 ladang plus geng kete asik lepak & posing......Itu saja...Daaaaa!!!!

Monday, January 24, 2011

di sini dan di situ

Your Pregnancy: Week 8
Playing host to an ever-growing embryo does take a toll. Heavy fatigue may be setting in, along with abdominal cramping and tender breasts. Treat yourself gently, and it doesn't hurt to remind your partner to do the same. Though it's not showing yet, you're growing a little person in there!


Hello..
Nampak tulisan merah di atas? Itu satu penegasan. Heavy fatigue!!Ya... Saya sangat penat. Tak tau kenapa penat sedangkan tak buat apa2 yg memenatkan pun.

Lastwik, ada tcakap kat ibu yg saya makan mee kari kat satu jamuan perpisahan staf. Mee kari tu langsung tak sedap walaupun orang lain mcm berebut2 nak tambah. Tiba2 rasa nak mkn mee kari yg ibu buat. Balik rumah last wiken, hari Jumaat, ibu terus buat mee kari. Sangat sedappp!!.. Saya nak mkn byk, tp tak boleh sbb tekak raya loya2. Tp loya saja. Tak muntah pun. Pelik. Makan masakan ibu dua hari tu, langsung tak muntah walaupun loya. Biasanya, pas makan, terus muntah. Huhu...

Balik wiken tu, byk jugak benda yg saya dan ibu bincang. Apalagi kalau bukan pasal wedding kak ngah. Lambat lagi. Hujung bulan 11 nanti. Tapi, memandangkan selepas2 ni saya akan sibuk dengan satu anugerah Tuhan ini, saya terpaksa buat prep seawal mungkin. Ibu pun dah risau2. Takut saya tak dapat nak tolong uruskan wedding kak ngah. Jadi, balik baru ni, kami mulakan langkah. Saya dah buat buku sal wedding prep kak ngah dah pun. Langkah pertama adalah buat bunga pahar. Kenapa nak buat?Kenapa tak beli je. Entahlah. Dah jadi habit. Semua benda nak DIY. Hurmm... Ada 100 bunga pahar yg nak kne buat. Kalau buat 2 batang setiap malam, perlukan 50 hari tuk siapkannya...Hurmm...Kali ini, saya masih mahu guna kristal. Dah tau mcm mana nak buat dgn lebih cepat dan mudah. Cik Belle dah tolong ajarkan. Siap ada video lagi. Masa saya buat tuk hantaran saya dulu, saya tak tfikir pun nak guna gam supaya kelopak2 kristal tu lebih kukuh. Thanx to Cik Belle sebab kongsi idea.

Seterusnya, bincang dgn ibu sal design kad kahwin. Kali ni kami nak buat awal2. Tak nak kelam kabut last minit mcm saya dulu. Dah serik. Huhu..Ibu sgt jatuh hati dgn design kak kahwin Huda..So, Huda, aku mintak izin guna idea ko yea...

Kemudian, T-shirt untuk penanggah. Pun ibu dah beli. 12 pasang je. Tak cukup tu. Kne tambah lagi. Tp dah habis stok. Kne tunggu stok baru. Tp baju tu mmg sangat mengikut tema! Suke!.

Sabtu, teman Arjuna gi beli gadget baru idaman kalbunya. Idaman kalbu saya jugak sebenarnya. Hehe..Petang, terus testing di Pantai Batu Buruk.
Budak ini sebenarnya yg beriya2 nak main pantai..Hepi sungguh muka dia kan. Hehe..

Abang2nya lah yg dipaksa buat sand castle..Untungnya ada abang2..Hahaha..

My brother acik, tiba2 balik dari Medan. Sbb rindu adik katanya. Ishk, mentang2 ada kakak2 yg boleh di paw, dia beli tiket flite mcm beli tiket LRT!


Model t shirt bandung bersama budak kecik...


Shoot by me..Yeahhh!!!...Suke tgk pic ni!..Haha..

Anak2 duk bermain, ibu ayah relax dating tepi pantai sambil makan keropok lekor..This is the ordinary scene at Kuala Terengganu..

One happy family...Tiada dlm gambar ialah kak ngah sbb jauh di Sabah...Jgn nanges ye kak ngah..Hihi..

Motif gmbr ni??Tak de pape..Saja test skill..Kot2 ada..Heee...

Begitulah cerita wiken. Kami balik ke Kerteh, malam pas suka suki di pantai tu. Esok pagi, saya sangat penat. Bangun solat Subuh. Kemudian nanges sbb sangat malas pergi kerja sedangkan Ahad adalah hari cabut gigi. Dalam tergolek2 di atas katil tu, berjaya dapatkan Dr untuk ganti saya cabut gigi hari tu...Owh, inilah kali pertama saya tak berdisiplin begini. Amik emergency leave sesuka hati. Tp nak buat mcm mn, badan sangat penat. Heavy fatigue! Saya tidur saja seharian suntuk. Huhuhu...

Arjuna suruh saya jumpa Dr. Nanti Dr bg suppliment kah supaya tak penat & tak malas?? Huhu..Saya tak tahu kenapa..Saya sgt susah nak pergi jumpa Dr. Kamu pelik? Saya sendri pun pelik.. Ni, dah bp kali bgn berazam nak gi jumpa Dr sebelah. Tp tetap x jadi. Owh, penyakit apakah ini? Bukan takut Dr. Cuma...Entah lah..Huhuhu...

Semoga kemalasan dan kepenatan ini berakhir dengan cepat.

Monday, December 13, 2010

Menikmati hari2 coklat..

Dear diary...I MISS U SO MUCH !!...Hehehe...Lama betul x update cerita kat diari maya saya ni. Bz benor nampaknya..Bz wat pe la agaknya??...Haaaa... Meh la..Nak cite ni...Hurmm...Sejak demam masa balik rumah my MIL yg lepas, batuk saya x hilang2 lagi. Dah makan ubat dah, tp x jugak hilang. Tapi demam dah ok dah. Tinggal batuk je. Batuk mmg susah nak sembuh kan. Tu la yg malas semacam nak update blog.. Tak de mood buat semua benda. Batuk mmg mganggu mood...Eh, sebenarnya xde mood nak buat semua benda sbb mood semuanya terbang menunggu hari cuti2 Mesia saya dan Arjuna. Hehe...

10-11 Dec 2010 Arjuna ada program Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) kat Putrajaya. Program ni untuk warga anak2 Felda sebenarnya. Tp, Arjuna pergi jugak sebagai pegawai pengiring la kununnya. Tp, niat di hati yg sebenar2nya adalah sebab nak masuk ptandingan Autoshow IKTIRAF..Hihi...Jadi, sebagai isteri yg setia, saya kenalah ikot sama..Betul x?.buleh soping2...Apa salahnya sambil menyelam minum air. Kan kan..

Kami bertolak pd hari Khamis. Kul 5.30pm. Sampai KL dlm pukul 11pm...Lambat gak sampai sbb bhenti buang air la...Bhenti makan la...Tp, to tell u the truth, pas je makan malam & makan ubat batuk kat area Cherating, saya dah kolaps. Sedar2 dah sampai Puchong. Haha..Hampeh punya isteri. Cakap nak teman suami. Huuu..Malam tu, kami bmalam kat umah my SIL. Esoknya, pagi2 lagi dah tpusing2 area Cheras & Kajang sbb Arjuna nak beli doubledin..Apa jadahnya tu?..Alaaa, senang ckp, tv dlm kete tu la...Dlm kepala saya, ingat nak gi Midvalley ke, OU ke, sbb nak mjayakan YES. Tp, xpelah..Teman je la Arjuna cari benda alah tu...Most of the time masa Arjuna survey kedai, saya tunggu dlm kete je. Baca novel "PS, I love U"...Sedih wooo cite tu..Baca buku lg feel lg tgk movie..We talk about that in next entry ya..Sambung...Akhirnya, jumpa jugak la tv dlm kete tu..Tunggu pasang pulak...
Masa tu dah petang..Tp saya ttp setia support Arjuna. 1st prize autoshow to RM2k tau..Kene make up Gino bsungguh2 ni...Karang, saya jugak gedik nak pau RM2k tu kan...Heee....Petang, gi amik handbeg baru yg saya pesan kat kawan saya..Fresh from US...Suke suke...!!

Malamnya, check in kat Hotel Metro Kajang...Kuar dgn member2 Arjuna...Esoknya, Gino is ready for the battle!...


Memang la nampak cam Arjuna wat kerja sorang2....Sebab saya yg amik gmbr...Saya tolong jugak tau...Tolong susun2, deko2 sket2...1st time saya join benda2 alah ni...Arjuna mmg dah selalu masuk autoshow...

Supportive wifey under the tree hiding from the sun...Panas weh!!..






Merah menbara...Panas ni...Hitam i!...


Akhirnya....Dapat no4 je...Dapat piala & RM400 je...Huhu..Boleh la...Melepas RM2k...Huuu... Kami kalah sbb kereta ni...

Ni tempat pertama..Tempat ke2 & ke3 pun jenis2 yg mcam ni...Biasanya, kalau autoshow, xkan campur kategori extreme sporty & klasik..Tp Felda nak jimat hadiah kot,derang bantai campur kategori je...Sbb tu kami kalah...Huhuhu...Kalau ikot kategori klasik, Gino no 1 dah...Huuu

Habis je autoshow, saya suh Arjuna hantar saya Alamanda. Mana boleh x soping apa2 kan...Maka, terembat la sedikit sebanyak item YES..Hehe..Puas jugak la hati walaupun sblm ni bcita2 nak joli dgn 1st prize RM2k tu..huhu...

Malam, belanja my SIL & hubbynya dinner kat Village View Restaurant Kajang...Makanan sangat sedap & service tip top!!...Saya sendiri pulak, dah mula bersin2 dan batuk makin teruk..Balik hotel, uihhh,demam la..huhu....Tp, tetiba Arjuna ckp,"Jom gi Bukit Tinggi esok"...Hah??..Saya dah lama ajak Arjuna jalan2 kat Bukit Tinggi..Tp belum bkesempatan...Esoknya, saya bgn awal dgn bsemangat..Kul 7.30am dah turun breakfast. Tp, betul2 rasa x larat. Saya naik hotel balik, makan ubat & tido. Huhu..Kul 10am br bgn, terus ajak Arjuna teruskan plan dia mlm td....Kami ke Bukit Tinggi utk bgambar2 je...Pastu, ke Genting Highland...Arjuna 1st time naik cabel car..Haha...So, enjoy the pics!!..



Pemilihan baju yg salah sama sekali..I look extremely fat!!..Ke mmg fat?? Ishk2...











Pic ala2 diambil oleh paparazzi.






















Alooo..Jauh la plak pic ni...Ni sbb suh org amik la ni...Lain kali mmg kne bw tripod...




















Gino pun sebok nak masuk dlm gambar..






Tiup bendera...Hehe



Ramai giler org beratur nak naik cabel car..Sejam jugak kami menunggu...







Jalan2 indoor je...Sbb mmg xplan nak main2.. Kne balik cepat..Tak sanggup naik cabel car malam2...











View kul 6.50pm..

Kul 7.30pm kami bertolak turun...Terus meneruskan pjalanan balik rumah..Singgah R&R Temerloh pekena gulai tempoyak ikan patin yg kaw...Masuk kereta dlm kekenyangan..Sedar2, buka mata, dah sampai depan rumah...Bertuah punya isteri!..Sian Arjuna drive sorang2..Hehehe.....

Itulah dia cerita hari coklat saya..Daaa!!