kita2.... ;-p

Sunday, January 31, 2010

any update??

Meh saya update sket sal improvement of my wedding prep…
Sekarang ni kat majlis kawen,trend pakai sedondon sekaler seirama kan…Tuan rumah biasanya mcm ahli kumpulan nasyid je…Saya pun duk terfikir jugak nak belikan kain2 tuk org kuat majlis saya nanti….Last weekend dah bli kain tuk baju kak ngah & adik…Ibu punya, ibu nak pakai jubah…Ayah, pakai baju melayu or baju batik…Adik2 laki plak pakai baju melayu or t-shirt..Xla nampak cam nasyid sgt tp saya pastikan warna mereka mestilah sama iaitu coklat…Pengapit saya nanti, sepupu saya Ika..Imported from Johor..Dah pesan dah suh wat baju kaler coklat…
Ni soal makcik2 yg mbantu plak ni…Ada makcik saya ni..Kol ibu tny sal x nak bg pakai sama ke semua?..Ibu saya jawabla nak…Kemudian makcik tu ckp, dia pny xyah beli la sbb dia nak pakai jubah..Tapi dia akan beli warna tema yg sama..Lorrrr..pulak dah..Mcm2 hal la makcik saya tu…Tapi semalam, saya pegi la jugak belikan kain tuk ahli kumpulan nasyid saya..hehehe…
Itu sal kain….Seterusnya sal bunga pahar or bunga telor….Im not gonna have tempat bunga pahar yg lubang2 tu tuk letak kat kiri kanan my pelamin nanti…Sebab ibu nak letak pulut on both side…So, bunga telor akan dipacakkan pada pulut kuning yg dipadatkan dlm mangkuk seperti zaman dolo2….Kene wat 3 la pulut kuning berbunga telor tu…Satu as hantaran kepada arjuna….X nak amik yg kat pelamin bg kat rombongan arjuna sbb nnti xsimetri plak my pelamin nanti…..
Saya dah beli bunga telur Kristal yang togel tanpa kain net kat SSF dulu….
Kene letak kain net sendiri la…Kalo x camne nak letak telor pada bunga telor tu…
Setelah letak kain net, saya rasa cam togel lagi…
Saya pun dgn rajinnya tambah riben plak kat bunga telor Kristal saya tu…
So, sepanjang malam minggu lepas, tu je la keje saya…Wat riben dah satu hal lama…
Amik ko, seme nak buat sendiri..

Friday, January 29, 2010

menjadi cleaner....

CHEEERRSSSS!!!! Buat b2b W.A.N.N.O.R.F.A.D.Z.L.I.N.A yg menjadi awek kita2 yg ke 28…
Wiken…Dalam kemalasan dan perasaan-mahu-bgn-tido-lambat, saya bjaya juga mbuat apa yg patot hari ini…Jumaat,saya memulakan hari seawal 9.00 pg..Eh awal ke?..hehehe..
Rumah saya dua tingkat..Ibu ayah bg kami adik beradik, bilik sorng satu..seme bilik adik beradik kat tingkat atas. (exclusion for adik kecik sbb dia mmg bkepit celah ketiak ibu lg)..Tapi oleh kerana adik2 xde kat rumah sbb keje jauh, blajar jauh, saya cam rs xbest la nak tido kat bilik sy sorng2 kat atas tu..So, selama ni, saya menyepah2kan dan bermaharaja lela di bilik tamu kat bawah..Jadi, sbgai psediaan bgelar isteri, saya nak kene kemas la bilik saya kat atas tu…Sian bilik tu, xtjaga….bilik tamu juga diarahkan untuk dikosongkan oleh ibu sbb nnti sng tetamu nak tumpang lepak..So, saya memulakan operasi…Perkara pertama adalah mbuang semua barang2 lama…Segala surat menyurat zaman sekolah yg sudah menjadi santapan lipas saya buang…Yg mlambatkan keje, saya ni suka baca balik semua surat2 & kad2 yg saya dapat..Boleh ketawa sorng2..Hehe..Maklumla, kan zaman tu kurang pgunaan internet..Hset langsung la xde..
Antara kad dari besfren….dia sorng je yg rajin mhantar surat & kad kat saya sejak kami tpisah bila saya masuk boarding school…Dear, u know who u r kan….Thanx for the great friendship u gave me!!
Ni plak surat amaran dr timbalan dekan..Dpt ms 3rd year….Ntah apa2 la!!!...Dlm sejarah betol!

Saya juga telah mengtongsampahkan nota2 ringkas zaman belajar dulu..Nape la aku simpan…Bukannya baca balik pun..
Kemudian, saya menyaring semua baju2 saya…Baju2 buruk dan xsenonoh dipandang, akan dijadikan kain pengelap lantai..Baju2 yg sudah busan dipakai, insyaAllah akan didermakan pd yg memerlukan…Amik ko…2 karong!!...Eh, xde la 2 karong pun…2 plastik super besar je…
Selepas tu saya, memulakan aktiviti memasukkan baju2 ke dalam almari bilik atas..Mana baju yg perlu dilipat, saya lipat elok2…Tudung pun saya lipat dgn baik.(sebelum ni main gantung berjurai2 je dlm almari)..Almari saya yg besar tu dah nmpk senonoh sket la…Setel…Tiba2 arjuna kol…Saje je tu nak borak2 manja..Owh…arjuna, sila jgn mganggu..Saya byk keje..(Saya sgt suke sebenarnya apabila saya sgt bz, tiba2 arjuna kol or msg ajak sembang saja2…Sbb rs cam diingati dan diperlukan..hehehe…Lagi suke apabila saya sgt bz dan dia pun kat opis di waktu yg sgt bz tp dia kol saya sbb nak lari dr kepenatan kebizian dia…Sgt2 la rs diingati…Hehehe..Ok, sila muntah dgn statement gedikss ini….)..Saya pun layan la arjuna kejap cite sal kerajinan saya hari ini..Kemudia arjuna tny, “Space untuk baju abang ada x?”…Hohoho..Alamak..Saya lupa la yg saya kemas bilik tu sbb saya nak duk dgn dia nnti..Bilik dia jugak nnti ;-p Tapi semua ruang saya dah amik…Alahai, saya pun susun la balik…
Setel baju2, saya pun susun la semua barang2 lain yg masih nak disimpan…X banyak mn pun…Book worm?....No im not!!...Im novels worm..Hehe..Ini adalah antara koleksi saya….Bahan2 ini la yg mbantu saya mjadikan saya manusia kuat berangan selama ini..Hahaha…

Selesai buang2, susun2 & simpan2, saya pun mvakum (saya x suke menyapu) seluruh rumah..Owhh…sgt bagus budak ni hari ni kan…..Penatlaaa...Daaa!!!
Ini adalah bunga tangan majlis pertunangan saya…Asalnya warna pink & segar bugar..Setelah dua bulan berlalu, ia reput dimamah usia…Tapi tidak cinta kami..malah bertambah mekar…Ok, muntah la lagi..Hahahaha

wiken dulu wiken skang...

Wiken...ms tuk bgn lambat....ms tuk mkn2...ms tuk malas2...ms tuk tido ptg...ms tuk bli mbeli belah tingkap.... <------- itu dulu..Sebelum digelar tunangan org...Semasa masih single mingle... Sekarang???
Bila bgn lambat ---- kedengaran suara merdu ibu ..dah x lm lg dah nak jadi bini org..wat perangai budak2 lg!!...apa salahnya pas subuh x tido?!!..blajar2 la masuk dapur pagi2!!...bla bla bla n bla..
Bila nak mkn2 ----- aiseh, xble mkn byk ni..nnti btmbah gemookkkk..
Bila nak malas2 ----- tpandang hiasan hantarn yg separuh siap, tnampak bunga telor n bunga pahar separuh terusik, tlihat doorgift blom ikat riben...alaaa!!!!!
Bila nak tido ptg ----- teringat kad lom siap, tfikir doorgift still x cukup...bilik pengantin lom kemas..alahai x aman nak tido!!
Bila nak membeli belah tingkap ----- poket kosong daaa!!!...

Thursday, January 28, 2010

guest list

Hari ni dah Khamis semula..Bestnya Khamis sbb sini, esok dah cuti..Tapi cuti je, byk keje yg menunggu...Ermmm..Ok la, kita alu2 kan dulu geng kita2 yg ke 26 dan 27 iaitu Myrule & Asna cute..Dua2 si cantik ni dah mmg duk selalu komen2 my blog, tp baru nak klik kat geng kita2 ni..Hehehe..Apa2 pun, CHEEERRRSSSS!!!! untuk awak bdua..Myrule dah sebulan lebih kawen & tgh mhitung hari nak haneymoon tu..Selamat bermesra2an yea..Asna cute plak B2B..4 bln lg kan..
Saya pulak?...Owhhh, ticker menunjukkan 45 hari lagi akan menjadi hak milik arjuna sepenuhnya....Sesungguhnya, debaran belum masih terasa..hehe..Perasaan skang? Ahh, x byk ms lagi nk siapkan semua preparation!..Sempat x ni?...
Kalau dihitung mengikut haribulan, sudah genap 2 bulan saya & arjuna mengikat janji...2 bulan bertunang..Tapi kan, nape ticker daisy path tu tulis 1 month 4 weeks & 2 days?..Tak ke 4 weeks tu 1 month?..Musykil la..Tak kisah la...Yang penting hari ni 28 Jan 10..Saya tunang 28 Nov 09..dah cukup 2 bulan...Happy 2 months aniversarry Abang.....*arjuna x bc ni pong*
Kami bertunang x lama...Sejak bertunang, mcm bz sgt hari2 yg saya lalui...Mlm2 duk tbongkok2 DIY apa2 yg patot..X pun duk plan itu ini..Sampaikan cam lm dah x lepak dgn geng2 gigi kat KT ni..Dan skang ni sy duk kira2 sal tetamu yg bakal diundang...*aishhh, lmbtnya kad siap, x sabar nak mjemput ni..*
Tetamu dr golongan sanak saudara, diserahkan pada ibu & ayah la tuk menjemputnya.. Part saya, kawan2 yg tsayang...Barisan hadapan yg ada dlm list ialah ;
~geng aweks2...*u know who u r*..
~Kemudian, kawan2 Sekolah Rendah kebangsaan Sri Suria 1 yg rapat sampai skang,
~kawan2 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja yg geng sampai sekarang,
~kawan2 MRSM Pengkalan Chepa yg masih bertanya khabar sampai sekarang,
~kawan2 Matrikulasi Melaka yg kebanyakannya dah kawen,
~kawan2 UM yg pernah sama2 merasa penat lelah zaman belajar,
~kawan2 yg kenal sejak kerja ni,
~bos2,
~staf2 dan
~kenalan2 yg pernah masuk dlm diari hidup saya ini...
Ermmmm cam ramai kan..xde la...Bukan 1 sekolah tu kenal sy..bukan 1 matrix tu tahu sy..bukan 1 UM tu kwn sy...Tapi, rsnya tetap kene buat list sbb takot ttinggal...Sbb, bg saya mmg x best la kalo x dijemput ke majlis kawen kan..X dpt dtg tu lain cerita, tapi, jemput itu mesti sbgai tanda saya masih mengingati mereka dan mahu mereka sama2 meraikan dan mendoakan pkahwinan saya..Jadi, saya mesti bbaik2 dgn Facebook yg dah jarang2 dilayan..Juga kene go tru list dlm phone book...

Wednesday, January 27, 2010

Nak manja2?

CHEEEERRRSSSS!!!! buat Hana Yoriee yg mjadi geng kita2 yg ke 25...Thanx dear sbb sudi join..Ya, saya mahu menulis lagi hari ni kat blog kesayangan ni...Sebenarnya, i have some progression on my wedding prep..Tapi mls lagi nak letak dlm diari kawen ni sbb, progression tu bjalan agak lambat..Nanti bila dah setel, saya akan coret dgn detail kat sini untuk tatapan saya di hari muka..Chewah...
So, now, im actually thinking about nak memanjakan diri lg.Br teringat, dah lm x manjakan diri..Seb bek bc entry Fasha...Thanx Fasha sbb dgn x sengaja mengingatkan ok..Ni sy tgh bkira2 & duk tgk date & waktu, bila masa yg sesuai nak dibelai lg...Owh, jgn salah anggap pulak...Im thinking about going to Beauty Spa la..Hari tu kan bukan main berazam lagi nak jadikan pusat kecantikan sbgai besfren...Tp semenjak entry pasal Body Scrub hari tu, br sekali je pergi...So, bila lg ek nak pegi?... *tgh berfikir*
Ok la, bila pegi kat beauty spa tu, nak wat pe ek?...Most common treatment mesti la, facial, scrup, massage, rawatan spa aromaterapi, mandi bunga & so on..Lets talk bout spa today ok..Saya dgn rajinnya menemui En Google bbrp minggu yg lepas.(masa nak tulis sal body scrub tu la)..Jumpa la sedikit sebanyak sal spa ni..Tapi ni baru nak post this enrty..hehehe...Sorry!
En Google kata, perkataan "spa" adalah singkatan daripada perkataan `Solus Per Aqua' daripada bahasa Latin yang bererti penyembuhan dengan air, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, iaitu pada zaman Hipokrates. Pada zaman itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang.Fuyoo, dah lama giler..Ingatkan benda alah ni, benda org moden kan..
Spa tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali hingga kini, yang membuktikan kemujaraban dan populariti mata air panas semula jadi itu sebagai bahan terapi.
Di Bath, England, spa dikatakan sudah wujud sejak kurun ke-18, menggunakan mata air panas semulajadi dengan tahap suhu setinggi 120 darjah Fahrenheit. Kebanyakan spa di benua Eropah yang dibuka pada kurun ke-18 dan 19 dikelilingi pemandangan indah seperti gunung dan tasik.
Di Amerika Syarikat, spa tertua terletak di Saratoga Hot Springs, New York, yang pada asalnya digunakan oleh kaum pribumi Mohawk di Amerika Utara. Pada sekitar 1970, spa itu telah dikomersilkan dengan penyediaan beberapa kemudahan seperti penginapan dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Hohoho, omputeh la dah lama duk bkecimpung dgn spa ni...
Kalo kat Asia plak, spa masih lagi pada peringkat pengenalan, dan pembangunan sektor ini belum begitu ketara. Namun begitu, telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Asia mengunjungi kawasan kawah atau mata air panas semulajadi untuk mandi dan berendam kerana dipercayai sumber air panas ini mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit.
Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy)Haaa..bestnya kalo dpt berendam dlm ni kan..,Ada juga terapi panas (thermotherapy)Uih, jgn sampai melecur sudah...Saya belum pernah try yg ni?..Ada kawan2 yg dah pernah rasa?..Best x?..Bsama En Google jugak, sy terjumpa sal terapi elektrik (electrotherapy)..Saya yg jakun ni br 1st time dgr..Jgn jd cam kat bawah ni sudah...Haha.. Yang paling femes pulak of kos la terapi urutan dan refleksologi mcm pic bawah ni kan..
Selain itu ada jugak terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.
Apa yg saya dah faham skang,spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.
Errrmmm, kalo mcm ni, nak gi spa selalu la...

Tuesday, January 26, 2010

girl & jewellery

Hello kawan2 semua....Nampaknya this week, i have plenty of time to share with u some of my dreams, my thought, my hope & so on...So, dpt la i menjengok & m'update blog kesayangan ni tiap2 hari...Today i want to talk about perhiasan yg dipakai semasa jadi seorang pengantin...
Yg paling2 utama im sure, semua gadis2 di luar sana akan terfikir about crown or tiara...Ya, mahkota cam dah jadi perhiasan wajib pulak tuk si pengantin perempuan kan...Kununnya, kalau xpakai mahkota, bukan pengantin la...Itu pendapat sesetengah org...Mahkota yg boleh didapati dari vendor pengantin kebanyakannya dalam saiz yg sederhana...X boleh la tinggi menjulang, kita bukan dinobat sebagai ratu cantik ok...Dan kita bukan permaisurui sultan...Pilih saja yg juz nice & sweet apabila disarung di kepala...Tapi, bagi pendapat saya, saya lebih gemar jika dihias di sanggul tinggi dgn simple sebegini..Mungkin ada yang mahukan kelainan..Tapi tetap nak nampak cantik dgn meletak aksesori di rambut mereka...Saya juga sgt tertarik dgn idea hanya melatakkan hair clip pada rambut untuk menambah seri pengantin..Tapi biarlah hair clip tu bling2..Itu mesti yea!Ermmm, bestkan...Tapi untuk B2B yg bertudung pula, of kos boleh juga nak malaram sakan...Meh kita tiru siti. Pakai tudung & pakai jugak tiara..Semenjak dua menjak ni, ramai plak yg xnak berlagak kunun2 jadi permaisuri kan...Lebih selesa tanpa mahkota..Diganti pula dgn eksesori tudung mcm ni...
Perhiasan seterusnya, mestilah rantai...Rantai jugak byk pilihan...Oleh kerana perompak dan penyamun berleluasa skang ni, custum jewelery lebih digemari..Tapi, kalau mampu dan selamat untuk digayakan, apa salahnya kita melawa2kan diri dgn diamond betul kan..Waaaa...sungguh cantik...Expensive bride!...Ni plak soooo sweet...If people say diamond is womens besfren, for me, pearl have its own value...Pearl merupakan aksesori mesti ada bg org pmpuan....Hohoho...Why not u try this especially if u gonna have bare back wedding dress?..Kan kan?..Teringin la!..Tapi saya bertudung...Pakai cam2 dlm bilik boleh la...Tapi, tetap boleh pakai rantai cam atas ni...
Gelang pula kadang2 dipakai, kadang x..Bergantung pada design baju...Biasa kalau baju dah berlengan panjang, org x pakai pun kan.Atas alasan, x nmpk jugak...Tapi best jugak kalo terselit di pergelangan barang seutas kan...Juz nice!..If u choose not to wear necklace, plez put sumthing kat telinga & lengan...Cantik!..
Satu je yg saya risau sket kat sini...Perasan x, kalo mak2 atau makcik2, mmg la suke sgt pada perhiasan terutama rantai & gelang yg gedabak? (Terutama golongan pantai timur & Penang)...Kalo kita pakai yg simple2 atau yg kecik2 ni, mmg kene tegur la..Kalo boleh, diorang nak mcm mami jarum tu..Ishkk, ini yg wat saya x gemar ni...Tak mau cam ni!!!..
So, kawan2...Saya still berkira2, nak pakai eksesori yg mcm mn ek?...Tiara?...Aksesori tudung?...Rantai ke x?...Gelang pulak?...Ke juz simple without any aksesories like this two pretty bride?..Ermmmm????

Monday, January 25, 2010

tentang KASUT

Semalam dah mbebel kat sini..Hari ni mbebel lg..Hehe..Maklumla, ada ms terluang...Saya nak alu2kan geng Kita2 yg ke 24 iaitu Lynda..Juga merupakan B2B..Dlm ms 4 bulan sj lagi akan bgelar isteri org...CHEEEERRRSSSS!!!!...untuk Lynda..
Ok,lastwik arjuna dah fitting baju yg nak dipakai time reseption rumah saya & rumah dia nanti…Kat rumah saya, temanya kan koko + pink..Asalnya saya cadang nak pakai koko ms sanding..pengapit plak kaler pink…Kaum kerabat pun diarahkan pakai pink…Tapi kan, my Mak Teh merangkap bakal 2nd mak andam ckp, t, si pengantin x berseri pulak..tenggelam dek kesuwetan pink si pengapit….Ye jugak kan…So, sy pergi la tukar balik..Sy & arjuna pakai pink, org lain pakai koko..hehehe..i dun mind..bcoz I love pink..hihihi…
Baju arjuna tuk rumah saya nanti, mmg dah elok2 dgn badan dia…Tapi, tuk rumah dia, besar gedoboh la plak….Dah xde saiz yg lebih kecik..Kalau nak, keler lain la..Alaaaa, saya nak pakai songket puteh ms bertandang nanti..Arjuna pun kene puteh la..Arjuna x kesah pun pakai baju besar tu..Nanti dia akan suh kakak sulungnya jahit sembat sket lengan tu…Nape dia x suh saya ek?..(saya br tfikir ni)…Xpe, biar saya jahit!...Saya pun terer…
Saya x fitting lagi baju..Sbb kat KT ni, on 12-15 Feb 2010 nanti, ade carnival pengantin. My vendor ckp, byk baju baru time tu…Boleh la kalo rs nak tukar baju..Hehe..So,my reception dress tunggu dulu yea…Tp ntah mcm mn saya gatal mulut nak tny sal kasut pengantin….Saya pun try la kasut2 yg ade…Alamak!!...X muat!!...Kenapa la derang x sediakan kasut besar sket tuk pengantin berkaki besar cam saya ni!...Saya dah cuak..Tapi kakak tu ckp, nanti dia cari kasut besar khas tuk i….Boleh pakai ke kata2 dia ni..Karang, bila tiba masanya, saya x berkasut…
Ok, talking bout shoes, sebenarnya saya xkisah sgt pun kalo xde kasut sanding..Sebab saya boleh beli kasut ikot citarasa saya sendiri..Hihihi…Tapi kene ckp awal2 la kan..Jgn last minit…Ermmm, selalunya kasut pengantin mesti ada labuci2 n manik2 kan..Design plak lebih kurang sama je…Mesti high heels dgn ttutup kat depan…..Klise!...
Kalau la my vendor x dpt cari kasut pengantin tuk saya nanti, saya nak beli sendiri la…(harap2 ada masa)..Design yg macam mana yg saya nak ek? Perlu ke terikat dgn labuci2 tu?..My besfren Fara, hari tu katanya beli kasut satin kosong..Then letak keronsang rama2 untuk jadikan kasut tu kasut pengantin..Idea yg best kan..Tp saya sendiri lom tgk hasil idea dia tu..Cepat yang, upload gambar!...Satu lg, kasut sanding mesti bertutup kah?...Selalunya macam ni la kan…
Tertutup dgn sopan, supaya cantik bila duduk bersanding atas singgah sana nanti…Juga untuk mengelakkan nampak jemari kaki…Tapi apa salahnya kan kalu nmpk kaki..Asalkan kuku kaki tu cantik tidak panjang bertahi kan…..X pun pakai kasut bertutup, tapi selak kain mcm kat atas tu..
Hahaha….semata2 nak tunjuk kaki yg cun…
Kasut bertutup g2, yg sesuai dijadikan kasut pengantin, x byk pilihan kat kedai kan,…Yg banyak, dan menarik di mata ialah kasut2 seperti ini….
Ok, ok…yg paling utama kene pastikan kasut2 tersebut user friendly….Jgn menyeksa kaki..Jgn sampai melecet!..Itu penting!!!...
Saya tertarik dgn entry Xora menganai kasut keler2…Idea yg best!...Since saya dah tersalah beli kasut untuk hantaran, jadi, saya bercadang nak wat outdoor fotoshoot pakai gaun puteh dgn kasut purple saya tu..Suke….Dan since tema rumah arjuna nanti adalah merah puteh, saya nak pakai baju songket puteh saya nanti, dgn kasut merah!..Yeay..suke lagi…
Itu antara kasut merah yg mgoda jiwa..Owhh..sungguh mgoda...Tapi yg ni xyah la...Cam pelakon filem porno jerk..

Sebenarnya, saya dah biasa dah pakai kasut kaler menyengat pandangan ni..Saje gedikss..hehe..Kalo terasa baju or handbeg x cun, mmg saya akan sarung kasut kaler2…xpe la duk di kaki pun..Yang penting saya rasa best…Hahaha..Ini kasut merah kesayangan saya...
Pasni nak kene cr tuk reception rumah arjuna plak..
Ok…..bertambah lagi keje…masukkan dlm list – cari kasut for reseption!....Ermmmm….

Sunday, January 24, 2010

Dedikasi buat anak ikan....

Hi everybody….This week im quite free & im very happy to grap this opportunity to spend my time with my Mr Acer..Tapi kan,(mls ckp omputeh)… cam xde benda la plak nak diupdatekan kat blog kesayangan nih…sal wedding prep,still bjalan seadanya…kad dlm proses lagi…Baju amik end of Feb…deko rumah n bilik dah setel…doorgift plak, xjadi bg Yasin kat tetamu lelaki sbb ayah x setuju..Katanya, niat kita mmg baik, tapi kalo org sepah2kan surah Yasin tu, x elok jgk kan..Baik xyah bagi…Ermmm, ikotkan aje la..Malas nak lawan…So, tetamu laki akan dpt mug jugak…Cuma xtau nak cr kat mn lg mug yg affordable tu..Ermmm…Apalagi ek, bunting or poster nanti dulu la..Akan disetelkan on Feb…Bunga2 cinta, eh bunga Kristal still on progression…So,kali ni nak ckp2 sal bnda lain la..
Entry ni didedikasikan khas buat kereta arjuna..hehehe…Bukan buat arjuna tp buat keretanya…..(Pasni korang faham la nape tajuk entry saya g2..hehehe...)
Dalam post yg lepas saya dah cite kan sal arjuna pulang ke hometownnya dgn memandu bsendirian…Waktu malam dgn alasan, jalan x jam, x panas dan xde JPJ…Diulang, xde JPJ…Tapi dia datang jumpa saya last Thursday adalah di waktu siang..Xkan la nak bdating the whole nite kan..Plus xde kedai pengantin buka mlm2 g2…So, dia dtg la siang hari..Perjalanan Rantau Panjang-Kuala Terengganu ada la dlm 3 jam lebih..Kalo ayah drive,mengikut undang2 jalan raya Mesia, mau 4 jam…Tp kalo arjuna 3 jam jerk…Tapi hari tu, arjuna lambat sampai..Risau jugak saya..Bila kol, dia ok je.Dia ckp dah ada kat Batu Rakit..Lebih kurang setengah jam lagi la...Saya pun tunggu je la..Sampai make up cair….Cheh, mcm la make up sgt..Tunggu punya tunggu dah lebih setengah jam dah, x jugak sampai..Risau lagi..Saya pun msg je, dia reply, ade kat Gong Badak..Aikkk?.Batu Rakit & Gong Badak tu 5 minit je…Tapi saya sabarkan hati..Akhirnya sampai la arjunaku itu…Saya x marah pun dia lambat..Kan dah berazam nak behave dgn baik sekali..heheh....
Pastu kami terus memulakan misi iaitu menuju kedai kad….Bla bla bla..beres urusan kad…saya akan cek draft kad sendiri2 tanpa arjuna nanti…Tapi kan, handset arjuna duk menyanyi je…jap2 msg, jap2 kol…saya pun tny la, sapa tu…Dia pun memberi sengehan yg meleret pada saya.. “Sebenarnya abang kene tahan JPJ td”….Hohohoho…itu la sbbnya lambat…X nak bgtau, tp bgtau jugak kat saya akhirnya….
Al kisahnya, arjuna dah nampak JPJ kat tepi jalan otw nak dtg KT..Oleh kerana ketakutan, dia pun bhenti la kat kedai kopi bdekatan…Agak2 dah lama, dia pun pusing la, lalu jalan lain…Tp…opssss, JPJ tu awal2 lg dah tunggu kat jalan tu…Maka terpaksala arjuna serah diri…Hahahaha….(tunang yg x baik..sbb gelakkan arjuna sendiri..hehehe)…Bila dah mengadap JPJ, dpt la surat cinta dr abg JPJ..Bukan saman, tp diarahkan ke tempat timbang kete(ye ke nama g2) kat Setiu pada 8.00 pg esoknya tuk test body kete, test tinted cermin kete & diarahkan tukar balik plate kete yg tulisan x formal cam2…Ishkk, xke free2 je kene..Alahai…saya x tau nak ckp ape..Sbb mmg dah minat dia transform kan kete jadi robot..Eh bukan..jadi rupa lain la..So, yg dia duk sibok2 koling2 tu, dia mintak tulun kat member dia yg keje JPJ la, nak setelkan hal kete….
Ok.. meh saya tunjuk…Ini asalnya hanyalah seekor anak ikan…iaitu Kelisa…Dah rupa cam ni, mmg patot la JPJ kejar!
Dah beriban2 habis nih semata kete yg digelar GINO ni…saya pun blur nape la dia letak nm GINO…Tapi sejak2 nak kawen ni, xde la plak saya dgr dia tmbh itu ini lg kat kete dia…Nak simpan duit wat kawen la, katanya…Ok, Nad, I can say,……guy love his girl more than car…Tp statement ni boleh berubah2 je kan…Dan mmg hobi arjuna la masuk2 autoshow, tayang kete dia ni…Of kos la pernah menang juara..(Owh, dia sgt bangga……saya?...xtau nak kata…Sokong je la…)Kete dia jugak pernah tkeluar kat magazine….Beriya2 tunjuk kat saya…Ye la sayang….saya tumpang teruja la….Ok, the next day, Jumaat, arjuna awal2 pg lagi pergi serah kete kat JPJ…Dia dah cabut benda alah yg duk kat bumbung kete tu, dah cabut 1 layer tinted cermin tu..Oh, rupanya berlayer2 dia letak?..Dia jugak dah tukar plat..Sebenarnya, dia gi wat plat baru kat Batu Rakit tu…patut la lmbt sampai semalam…Terpaksa la wat plat baru sbb plat asal duk kat rumah dia kat Melaka…Kat JPJ, test itu ini, akhirnya beres…x kene saman apa2….Blk Rantau Panjang, dia pasang balik seme benda yg dia cabut tu!!!!!!!!....YA Tuhan…Memang anak ikan itu mdapat kasih sayang secukupnya!...Dibelai dan dimanja!..Iskhh!!

update sket2...

Namaste kwn2 readers semua…Apahal plak sy tiba2 namaste ni?..Owh, sy ialah peminat no 1 hindustan..X dpt dichallenge lg oleh geng2 sy di UM dulu..hehehe…lama dah x mengadap Hindustan n sebenarnya br pas tgk salman khan ni..Sebab tu masih berada dlm mood Hindustan. Nanti sy cite kenapa sy begitu giler Hindustan. Dalam entry yg lain la yae.. Skang jom kota sama2 alu2kan geng kita2 yg ke 22 dan 23 iaitu Dee Renjis dan Nashays…….SALAM NAMASTE yae awk bdua..…
I wish I could write more on my beloved blog…Kalau boleh nak update tiap2 hari..Biar my wedding prep journey dicatat dgn baik untuk tatapan hari muka..Juga untuk kwn2 readers yg mungkin blog sy ni boleh tolong mereka sedikit sebanyak..Tapi apakan daya, ada tugas lain yg perlu saya dahulukan..So, for last few days, apa ek kisahnya?...Ermmm….i was very bz with audit last weeks..Ibu yg byk setelkan benda. Ibu dah belikan kelambu at Kedai Kain UB yg kat deretan kedai Paya Keladi tu (mention ni special 4 kwn2 sekitar K.Trganu)..Harga dia RM150..Ada kaler puteh & krim sahaja…Ibu juga dah beli langsir rambu2 tuk letak as tirai tempat sy duduk sementara arjuna akad nikah nanti..Beli kat Kamdar harga ntah berapa. Lupa..RM40 kot…Ibu jugak yg setelkan deko deko deko rumah sy nanti dgn beli bunga2 n dgn rajin sekali gubah2 dlm pasu.(will talk bout deco on next entry)….
Arjuna pula balik kampungnya kat Rantau Panjang Kelantan on Monday nite..Dia sgt la suke drive mlm2..Katanya jalan x jam, x panas dan yg pasti xde JPJ..Alahai…Tapi tu yg wat sy risau..Dah la drive sorng2…Sampai je hometown, dia memulakan operasi wedding prep…Pas tido sket, terus kuar dgn ma n adik dia ke Kota Bharu…Beli rantai tuk batal wuduk nanti, beli set bilik tidur kami…hehehe..Rabu, dia setelkan semua sal borang2 kawen..Mood dia sgt la baik n dia kedengaran sgt teruja wat itu ini sal kawen ni…Tapi I spoil it…Ntah mcm mn ntah, saya leh naik angin dgn dia mlm tu..Gadoh…Saya yg marah2 & of kos la sambil nangis…End up dgn saya meletakkan phone dgn jayanya semasa dia still lg berkata2…Oh sungguh jahat diri ini…Rasa sgt bersalah..Arjuna msg, kata dia kecik ati dgn sikap sy…Huhuhu….Tambah bersalah rasanya…Tapi saya ni degil. Tak nak kol balik…Msg pun saya x reply..Jahatnya saya!!.. :-(.
Esoknya Khamis…Kami plan nak berdating sambil uruskan hal kawen…Saya dah bersalah mlm td…Mula la tfikir2 dia jd dtg x…Alaaa…kene la mengalah la…Awal pagi lagi saya dah msg dia gud morning…Tny nak dtg kul bp…dia reply marah lagi x?...Saya sememangnya dah cool dah.…So,saya jawab la lek lok… Karang dia still terasa dgn saya, x jadi dtg pulak..Rupanya dia mmg dah siap2 nak dtg…Hihihi….
So, Khamis lepas kami setelkan hal kad…Berjaya jugak saya memujuk dia tuk wat kad poket..hehe…(Dia mmg jaga mood sy dan saya pun dah insaf….Nak layan arjuna dgn baik sekali)…Selepas tu kami ke butik pengantin. Arjunaku fitting baju…Ada 2 buah tempat kami pergi sbb saya terpaksa sewa baju dia kat tempat lain jugak sbb baju yg saya nak xde kat my main vendor…
Kami juga gi kedai batik..Arjuna nak beli baju batik tuk pakai ms kerja..Kan kami org kerajaan,kene pakai batik on Thursday…Mula2, arjuna request nak jdkan kemeja batik tu as hantaran.Tapi saya x setuju..X suke la..Tapi, belikan jugak…Cuma x wat hantaran je…
Then, arjuna bg borng2 dia tuk dikepilkan bsama borng sy...Nampaknya dia dah bereskan hal2 yg penting..Saya ni, ujian HIV & akuan bujang lombuat lg...Xpe, t sy buat...Rs best sgt sbb arjuna plak yg excited lebih wat wedding prep..hihihi
Pas pusing2, mkn2, dah Margrib…Arjuna pun balik ke hometown dia..Alahai, cam sekejap je jumpa..Dah la duk jauh2, sekali sekala je jumpa…Cam ni la LDR..huhuhu…

Tuesday, January 19, 2010

poster perkahwinan?

Ok, pengumuman...Saya belum tempah kad..Suspen kan..Tapi saya dah jumpa kad yg ok dan affordable..Juz nak tunggu arjuna tuk gi tempah sama2..Dalam masa melilau2 kedai2 kad, sy dah jumpa jugak bbrp tmpt buat bunting yg best..Oleh kerana My OP nnti ialah kawan sy sendiri, maka, xde la bunting2 free ni sbb dia x bkecimpung dlm dunia tu...
Sebelum ni, sy dah terfikir2 dah nak wat bunting yg mcm mn..sekejap rs nak wat bunting, sekejap banner....Biasanya pengantin akan letak pic diorng kat bunting tu kan...Sy pun suke idea tu..Bestkan kalo dpt kedai yg terer buat cantik2 mcm kat bawah ni...
Tapi kan, sy terfikir pulak, xnak la letak pics,sebab cam biasa sgt pulak...Lagipun lg seronok if org xtau lagi rupa pengantin. Bila jumpa kat kenduri, barulah kenal..Best jugak g2..Lagipun skang, ramai yg dah mula wat bunting yg ade monograme je..nmpak cam ada kelas g2 bila digabung 2 nama dlm tulisan berkerawang2 yg cantik kan..
Lagipun, xla bunting tu nmpk sesak sgt...Tapi, kebayakkan kedai yg sy pergi, harga bunting simple g2 dgn harga bunting bergambar, sama je. Arjuna ckp, rugi je byr sm tp dia cetak sikit je...Pulak dah...Saya pun konpius balik..Nak letak pic ke monogram je...
Tiba2, dpt idea..(dr MR google la)...Saya nak wat poster perkahwinan!..Macam poster movie g2...Ni contoh poster yg best...


Menarik kan...Cam nak gi tengok wayang plak...Erm....Suke..suke...Tapi kene pastikan menjadi la poster ni...Cuma 1 je masalahnya, saya x tau nak amik gmbr mn..Sebab we are not going to have pre-wed fotoshoot :-(( ....Saya kat K.trg, arjuna kat Melaka,kmpung dia kelantan, kami xde ms nak spent time juz for pre-wed fotoshoot. Kalo berjumpa pun sebulan sekali..Plus, kami bertunang dlm ms yg singkat, so, pertemuan2 selepas tunang juz duk hbskan sal prep wedding yg lain je...Sampaikan sal pre-wed fotoshoot terabai..Part ni la yg xbest..Nmpknya sy kene la godeh2 pic ms tunang hr tu n pics ntah apa2 ms berdating..Aiseh....

Monday, January 18, 2010

yang dirancang & tak dirancang....

Assalamualikum….Erm, saya x pernah bg salam sebelum ni kan. Sedangkan memberi salam itu sunat yang lebih besar pahalanya dari menjawab salam… Sekali lagi…Assalamualaikum.....
Minggu lepas saya memang bz dgn kerja. Ada beberapa miting dan report kene setel selain tugas hakiki kat klinik. Tapi saya juga kene setelkan urusan kawen saya. Hari minggu adalah hari yg plg lapang untuk saya. Tapi, kat Kuala Terengganu ni, kebanyakan kedai x beroperasi pada hari minggu. Kalau buka pun, hari sabtu. Tapi, blom tentu hari sabtu saya boleh spent 100% untuk wedding prep. Jadi, dlm kesibukan keje, saya tekadkan diri untuk ambil cuti. Saya dgn jayanya setelkan report dan terus cuti hari rabu lepas.
So, rabu lepas……..Pagi2 lagi saya n ibu kuar rumah. Singgah sekolah adik jap. Intai dia wat latihan sukan tuk sukeneka darjah 1. Pastu patah balik ke rumah. Amik surat dari Bank Simpanan Nasional yg tertinggal. Terus pegi BSN tuk claim hadiah Sijil Simpanan Premium. Saya menang cabutan BSN!!!...Hadiahnya -------------------------> Sijil Simpanan Premium sbyk--------------------------> RM100. Hahahahaha!!!!...Masa dpt surat BSN tu kan, ayah ibu bukan main x sabar tunggu saya buka. Sebab diorng sendiri dah bertahun2 simpan, tebus, simpan balik, x pernah dpt apa2..Ni saya, br je awal tahun lepas simpan, dah dapat. Maka, sy dgn excitednya pun buka la surat tu..Ayat intro dia, baekk punya..Tapi dpt RM100 je...Ayah kata ingatkan dpt Mercedes sebuah..Hahaha..Alangkah bagusnya kan..dapat Tv plasma pun dah cukup syukur…Tak pun, dpt sijil RM10k..Mmg btukar habislah plan kawen saya ni…Gerenti lagi walaaa!!!...Tapi apakan daya, RM100 je…So, sy x tebus la duit tu. Juz amik sijil dia je. Mana la tau, kot2 yg tu nanti dicabut nombornya dan lebih bertuah 1 hari nanti kan.
Lepas g BSN, terus gi Kamdar. Direct je tuju kat tempat kain ela yg murah. Nak bli kain tuk wat scallop garaj nanti. Mulanya cadang nak sewa je scallop tuk garaj rumah. Tapi bila fikir balik, pagar n tangga dlm rumah pun nak kene hias jugak,so,beli sekaligus je la. Tapi scallop canopy sewa sekali dgn canopy la. Maka, dah bli la kain tu..Bli kaler koko sekayu n kaler pink sekayu. Kan tema koko + pink.
Kat Kamdar tu cr jugak kain songket nak wat lining kain lace yg sy menang menulis Majalah EH tu. Tapi xde yg berkenan. Terus gi Laila Rawas iaitu cawangan Jakel Trading. Jumpa!!..Songket puteh yg agak nipis, sesuai wat lining baju lace. Xkan la nak bli songket asli Terengganu plak kan…Beriban2 plak nanti.
Pas bayar, straight away pegi Winnie. Nak tempah baju. Dah la paking susah. Kedai tingkat atas. Susah2 panjat tangga, Winnie xde la plak. Yg ada pekerja2 dia je..Ada ramai..dlm 5 org..Cam hebat je Winnie ni…Dah bosnya xde, kami turun balik. Terus pegi kedai barang kawen. Biasala, saya n ibu..Xkan cukup pny ms sepagi tu je nak cr barang.. Dah tengah hari. Kene gi amik adik. Pas amik adik balik rumah. Ayah dah ada kat rumah, tgh lunch. Seb bek ibu dah masak awal2 pagi. Ayah plak mmg xsuke nasi panas2..Elok sgt la tu.Hehe.
Pas makan n solat, kuar semula. Terus pergi satu butik pengantin ni. Sebab seingat saya, masa survey2 dulu, butik tu je ade sepasang songket lelaki keler puteh yg cun. Kat vendor pakej pengantin sy sendiri pun xde. So, sampai sana, mmg betul la ade. Saya pun book la songket puteh tu for my arjuna shj. Nak pakai masa majlis bertandang nanti. Saya punya, saya nak upah jahit.
Area tu jugak ade kedai kad kawen. Tapi, alahai, nape la kad kawen kat KT ni x best sgt. Harga x berbaloi dgn design!!..Rupa x seberapa tp mahal!..Postpone lagi kad kawen.
Then, kol Winnie. Dia ada kat kedai. Terus pegi. Tunjuk design kat dia( sy mmg blur psl design kali ni…xde lg fanatic nak baju Maya Karim cam hr tu…wat baju biasa je), dia pun ukur la. Saya cadangnya nak wat baju kurung moden belah tengah dr pinggan ke bawah, tuk akad nikah (lace puteh, lining satin puteh) n baju kebaya tuk bertandang (lace krim pekat yg menang majalah EH, lining songket puteh). Cam dah berangan je baju bertandang tu akan cun habis la sbb mmg lace tu berat dan sarat manik. Tgh2 duk ukur tu, ibu tny, upah berapa?..Dia kata, yg baju kurung moden tu RM280. Bahagian kain x wat lace sbb lacenya 2 meter je. So, Winnie akan tambah manik dan potong lace sket letak kat bahagian kain yg kosong tu. Ok… Kebaya plak? Yg kebaya dia kata………..RM550…hahhhh!!!..Upah RM550????!!!!!!!!! Terkejut beruk saya. Beruk pun x terkejut mcm sy kot..Xtau la kalo mmg kat luar, tu harga biasa. Tapi ni mmg over my budget. Dan dia hanya tailor jalanan ok! (Ye la, dia ada butik, but she’s not Syaiful Baharim!!)…Dia kata nak wat baju tu rumit sgt. Dia kene buang semua manik2 yang sarat tu, gunting, jahit dan bila dah siap, pasang semula manik2 tadi..Sebab tu la jadi mahal upahnya..Ishhhkkk!!...Saya x sanggup nak spent sebanyak tu juz untuk baju yg dipakai bbrp jam…Lebih baik sy beli handbeg!( xhbs2 dgn handbeg)…Ntah la nape otak saya masa u agak ligat. Akhirnya, saya jadikan lace puteh lining songket puteh as baju bertandang, dan kain satin tadi wat jubah as baju akad nikah. Idea ni cpt dtg sbb saya mmg teringin nak pakai jubah puteh suci murni masa akad nikah. Cuma silapnya saya dah rambang mata terbeli lace puteh tu awal sgt (sebelum tunang)..Tp, bila jadi cam gini, tercapai la jugak hajat tu. So, apa jadi dgn lace krim pekat meriah manik pemberian majalah EH tu?...Arjuna ckp, kita wat selimut la. Huh!
Habis stori sal baju. Kami terus ke kedai barang hiasan pengantin lagi. Xde yg best la. Nak balik, br pukul 5. Jalan2 lagi. Masuk 1 kedai cenderamata ni. Terpandang mug cun yg dah siap2 duk dlm kotak. Kotak tu kaler pink. Sebelah muka kotak tu lutsinar, so nampakla mug nya kat dlm..Harga pun cun…Terus, “tokey, mug ni ada berapa dlm stok. Saya nak borong semua..”….Dah setel..Sebanyak 730 biji mug telah dibeli untuk dijadikan doorgift. Tinggal nak letak riben n thank you tag je..(DIY lagi…aisehhh!!)…Mmg x cukup tu…tp xpe la, for the time being, isu doorgift dah setel sket. Pasni, beli je la kalo2 tjumpa mug yg sewaktu dgnnya as tmbhn…Mug ni saya angkut 2x ke rumah sbb x muat kete..pas Maghrib la trip yg kedua sbb ptg tu dah x sempat, lom solat Asar..
Maka, begitulah seadanya kisah hari rabu sy yg lalu….Rasa lega sket sbb ada improvement dlm my wedding preparation….Sekali lagi, ulangan dr entry lepas……ITS NOT A BIRTHDAY PARTY OK!!....
Ok,sbb lm xupdate blog,sy update sekaligus la...Jumaat plak we went for ribbon hunting..Cr riben pun susah kat KT ni...dua tiga buah kedai je buka...I want organza ribbon tuk ikat mug tu...I need 700meter riben..Masak jugak tu nak mcari yg harga berpatutan...End of the day, x terbeli lagi...Malamnya, rs stress semacam lg..Msg je arjuna sbb cam xde mood nak bckap..Tp dia duk kol jugak..Bila angkat, tumpah lg air mata ku ni sbb rs sebak semacam je bl ngadu sal riben kat dia..(hobi sekarang ialah menangis!)...Kesian arjuna..Dia jugak yg m'cool'kan saya..
Sabtu, ibu tiba2 ingatkan,yg PA system lom book lagi..Aiseh,camne boleh tertinggal ni..Kat vendor pelamin xde PA system...terus buka semula pamplet2 yg dah dikutip ms survey2 dulu...Jumpa la yg best..Terus pergi kedai tu and book...Setel bahagian tu...
Ok, dis wik saya bkerja keras for kad kawen..Akan setel hujung minggu ni jugak!!!!!!
Tarik nafas...relax.......

Saturday, January 16, 2010

head banging

Entry lama. Terperap kat darft sbb malas nak update blog…huhuhu…

Sebelum u all baca entry ni, I nak warning….INI ADALAH ENTRY JERITAN BATINKU….maka, mebe u all akan bosan..

Aku sebenarnya nak tulis yg best2 je dlm blog kesayangan aku ni. Biar ia penuh warna2 ceria pelangi je. Tapi, reality hidup x mcm tu kan. Xtau la nape, sejak sminggu ni, aku cam stress giler. Mebe ibu ayah x perasan. Mebe staf & kawan skerja x perasan( Nida je tegur nape mata bengkak n merah..aku cover kata demam…seb bek mmg demam..huhu). Tapi dalaman aku mmg stress. Aku xtau nape. Lagi2 kalo aku rs arjuna cam bz je manjang. Bila dia msg or kol, aku jadi cepat naik angin kalo ada salah silap sket. Aku jadi makin mudah nak menitiskan air mata. Owhhh, perasaan ni la yg plg xseronok. Arjuna kata aku sengaja cr pasal. Aku plak kata dia x sensitive dgn apa yg aku rasa. End up aku marah2 n menangis. Dia turn down n bad mood jugak bila aku jd x tentu hala ni. Arjunaku yg satu tu, mmg sgt peka dgn tune, lenggok bahasa aku. Even dgn sepatah Hi, dia dah boleh cam aku tgh sedih ke, bad mood ke, marah ke, ngantok ke,sakit ke n lain2 lah. Aku yg sememangnya pelakon tbaik ni pon xle nak act lg. Dia mmg cam dan boleh baca. Mebe sebab kami in LDR….Kami mmg byk hbskan perchentaan dlm talipon..Sebab tu la dia sgt arif sal suara merdu aku. Huhu..

Arjuna tny, bila nak gi tempah kad……..Aku boleh jadi naik angin. Sebab mmg aku tgh survey. Blom jumpa yg best. Boleh x jgn tny2 benda yg aku mmg tgh usaha dan serabut nak mikirkannya?!!! Lagipun dia sendiri yg kata nak cr kat Kelantan jugak sbb Kelantan lg murah. Tapi dia tu x de ms nak blk Kelantan!...Ok, dia berhak tny sbb kad tu pun kad dia nanti…Kad kawen KAMI….

Arjuna tny, bila nak gi tempah jahit baju,jgn siap last minit cam bj tunang dah la…….Aku jadi naik angin. Sebab aku mmg xnak kisah baju tunang berulang dan aku tgh cr tailor yg bagus la ni!!!....Ok, dia berhak untuk tny sbb baju tu baju akad nikah n baju tandang aku. Tuk dipakai di majlis kawen KAMI….

Arjuna tny, bila nak wat ujian HIV?.....Aku boleh jadi naik angin. Sebab, hey, aku keje kat klinik..Bila2 masa boleh buat la!!!....Ok, dia berhak tny sbb dia x nak aku kelam kabut wat benda mudah ni last minit. Nanti makan masa nak proses borang kawen KAMI….

Arjuna tny, bunga kristal hiasan hantaran dah siap?.....Aku jadi naik angin jugak. Sebab benda DIY ni kalo buat ms nak dekat2 nanti br la bsemangat n rajin kot. Skang rs cam xde masa n malas je nak buat sorng benda tu. Ada adik, lain la sket….Ok, dia berhak tny sbb dia x nak aku wat cikai2 sbb xcukup masa nanti. Lagipun aku dah bli benda tu dah dekat 3 minggu dah..Br separuh siap. Nanti wat last minute, x cantik plak hantaran kawen KAMI….

Arjuna tny, majlis rumah dia nak wat tema kaler apa?......Aku boleh jadi naik angin jugak. Sebab,….tolong la, aku dah la penat fikir sal rumah aku, rumah dia pun aku yg tukang fikir?......Ok, dia berhak tny sbb aku juga berhak bg idea tuk rumah dia. Sebab majlis tu nak sambut aku sebagai menantu. Majlis meraikan perkahwinan KAMI….

Ok,ok,ok…….Memang aku yg cam sengaja cari pasal kan..Aku stress!!!...Mudah naik angin, naik suara. 1 je yg turun..air mata…huhuhu….Penat…Betul la kata org, ITS NOT A BIRTHDAY PARTY!!!...Byk benda nak kene fikir. Byk perkara nak kene buat. Byk urusan nak kene setel. Byk hati nak kene jaga….Sampai tkadang tu, hati sendiri yg remuk luka.

Aku akui, ada bakal pengantin yg slumber je..Relax je kan. Semua benda biar yg pakar uruskan…Tapi x best la…This is my wedding…My own mjlis…so,I want to touch everything by myself…Every single things……..

But……OMG!!!....I need a break!!....

Ok...layan Rihanna...

Take a Breathe, take a deal
Calm yourself, he says to me
If you play, you play for keeps
Take the gun and count to three
You're sweating now, moving slow
No time to think, my turn to go

And you can see my heart.. beating
You can see it through my chest
I'm terrified, but I'm not leaving
I know that I must pass this test
So just pull the trigger.....

Say a prayer to yourself
He says close your eyes, sometimes it helps
And then I get a scary thought
That he's here, means he's never lost

And you can see my heart.. beating
You can see it through my chest
I'm terrified, but I'm not leaving
I know that I must pass this test
So just pull the trigger.....

As my life flashes before my eyes
I'm wondering if I will ever see another sunrise
So many won't get the chance to say goodbye
But it's to late to think of the value of my life

And you can see my heart.. beating
You can see it through my chest
I'm terrified, but I'm not leaving
I know that I must pass this test
So just pull the trigger.....

Sunday, January 10, 2010

wiken updates

Owhhh…saya mmg byk keje dis week. Bos nak report ASAP. Sekolah plak dah buka, maka saya kene kembali ke sekolah tuk bg treatment kat budak2 skolah menengah yg dah besar panjang dan terer mjawab tu. Tiba2 driver balik bg surat kene attend miting audit dis Selasa plak sedangkan reportnya lom siap2..Huhu…Patient kat klinik lg..Sekali lagi huhu…Tapi saya xnak mbebel la kat blog kesayangan ni…Biarkan keje ku itu.Nak melepas rindu kat blog jap..Ok, sebelum tu ,meh kita sama2 cheerskan geng Kita2 yg tbaru…Iaitu Cik_Rara dan Zahra Ashiqin. CHEEEERRRRRSSSSS!!!!!..Terima kasih ya sbb sudi jengok page sy ni.
Last entry saya tulis psl body scrub kan..Pas ni nak tulis sal spa, make up, skin care, hair care dan lain2 sal beauty & health plak. Br la dpt rs cam editor majalah Eh!. Hehehe…boleh ganti Asiah Mion..Saya bg free je magazine tu kat Cik Belle (peminat no 1 katanya)..Ok..stop berangan! Cepat update laju2…
Last Thursday, pas keje, sy dengan penuh bsemangat bgegas ke Ezez Beauty & Spa tuk wat body scrub. Dah kol booking awal2 lg…Sebab saya xnak jd mcm last two weeks, sampai sana, pelanggan ramai dan sy kene balik sebab x sempat dah. So, sampai je, sy terus bukak baju..Opsss..hahaha..tang tu pun nak sebut. Ermmm, mmg best la kene sental ni. Dapat plak beaution yg ramah tamah. Lagipun saya dah selalu kat c2 tuk buat facial. Diorng mmg dah kenal la.Imah yg menyental sy hari tu pun B2B..Apa lg, kami bkongsi2 dan btukar2 pendapat la. Umur plak sebaya..Memang kene la. Sejam lebih disental x terasa lama pun.. Cuma saya terasa sejuk sampai mgigil je…Hidung pun cam block je..Oh, dah lama x demam..Rupanya nak start demam ni,.Tapi,rs demam tu cam dilupakan plak sebab seronok dpt rs kulit cam licin semacam je…Maklumla,sebelum ni, duk wat kat rumah je..
Pas wat body scrub, terus memecut ke kedai kad kahwin kat area Muzium Losong. Dpt info sal kedai tu dr Imah la. Dia kata kad kat c2 ok dan murah. Melilau jugak cari kedai kad tu. Rupanya kedai tu specialist tuk banner, sign bord n printing yg besar. Try la jugak masuk n tny sal kad kawen. Ermmm…design dia xde la da boom sgt. Tp mmg ikut trend terkini la jugak..Ada la bkenan sekeping dua. Harga mmg murah. Tapi yg plg menarik hati sbb bunting dia murah bbanding kedai lain. Juz RM20 tuk 2x4 kaki…Letak la nak letak words n pics byk mn n design mcm mn pun, hrga tetap sm…Tp ye ke murah g2 kawan2? Plez fed back me ya!
Malam, saya terus pengsan.X larat sgt2..Hidung berair, kepala pusing. Tak mandi pun (sbb dah mndi kat spa), terus tukar baju n tido…Terkulat2 arjunaku mlm tu sbb sy x angkat dia kol..Pas tgh mlm sket br sedar ada byk miskol n sy pun kol la dia blk. Bckp la spatah dua n pastu pengsan lagi sampai pg.
Pagi Jumaat, rs berat sgt kepala..Malas yg teramat tuk bgn!..Tp otak msih ligat mengingatkan..Kursus kahwin hr ni! !!...Dgn iltizam yg jitu, sy pun pegi la kursus kawen..Biasa la, pceramah kursus kawen, mesti ade lawak2 lucu n lucahnya..tp nak senyum pun sy x larat..Malam tu, sy pengsan sekali lg..
Esoknya, sekali lg pegi kursus kawen. Bersama2 dgn arjuna.. Owh,alangkah bestnya kalau betol2..Mmg la arjuna pun pegi kursus kawen pd hari yg sama…Tp dia kat Melaka…huhuhu….Plan asal tuk g kursus sm2 x jadi sbb dia sgt bz dgn keje..Ni pun br kol bgtau xtau lg boleh blk x nextweek sbb bos dia msuk spital patah tgn n dia kene cover….Ishhhkkkk!!!
Setelah berjaya mgenggam ijazah kawen, dgn tbatuk2, sy pegi plak pusing kedai bunga dgn ibu. Ibu sungguh x sabar nak bli bunga tuk wat as centre piece meja mkn ms kenduri nnti. Yes, sy bjaya memujuk ayah untk tidak mggunakan meja mkn pengantin bsama backdrop sperti yg kebiasaan tu..Saya bakal mgunakan meja bulat tnpa backdrop..Biarlah backdropnya adalah suasana meriah majlis saya..So,semalam, dah beli bunga serta 1 bekas besar tuk letak bunga kat my meje pengantin dan beberapa lg bekas kecik tuk diletak kat meja org ramai..Mlm tu, ibu terus melaksanakan minatnya tnpa blengah lg..Gubah2 dan gubah..Pg td sy tgk dah beres pun bekas2 tsebut diisi dgn bunga…Owhhh..best2!!!!..
*tambah sket.....
Ini my flower girl nanti yea...Im sure, pengantin mmg kalah la kalo nak lawan posing dgn dia..Hahaha..ada sp nak pinjam adikku ni x wat tukang bwk bunga n lempar petals?..hehehe
Ni khas tuk JarJar..Tp of kos la org lain ble kongsi gak...Referring to ur entry..Dear, ni lah gelas yg i ckp tu.I dpt ni as doorgift rumah Rinda(refer previous entry)..Gelas tu kosong je..I tgk kt SSF, RM2.80 kalo x silap..Then dia hias manik2 kristal..Dlm tu letak lilin..Look esklusif kan...Kalo gni, u dah x yah wrap2 dgn apa lg..juz hias dgn riben sket...
Haaa...cam ni la bunga yg sy beli smlm...Gmbr sy snap kat SSF hr tu...sgt adore la..Tapi mahal,so ,smlm beli yg sm kat KT.Nape purple sdngkan my theme nnti Koko+pink?..Ntahla..rs ni yg cntik dan bseri..Mmg besar centre piece ni..My OP kene mnunjukkan ketereannya la dlm mcapture pics kan supaya muka sy ttp nmpk elok di celah2 bunga2 itu....








Nak jugak tayang...(*_*) ngeee ngeee