Anak mommy yang sorang ni, pandai betul. Time Qasyaf duk main2, tjerit2 gembira bila kne agah, mula la dia pun sebok nak tendang2 mommy. Tak sabar nak join Qasyaf la tu. Dan bila Qasyaf meragam buat hal, dia behave sgt. Duk diam2 je. Pandai betul. Tak nak susahkan mommy kan. Sayang anak mommy..
Hurmm, pregnancy kali ni mmg xde masalah pun setakat ni. Macam masih x percaya je preggy lg. Mmg xde alahan,penat pun xde lah sgt selain sbb kne dokong Qasyaf sambil buat kerja. Kalau x ada tendangan kecil dlm perut ni, mmg sampai ke beranak kot x perasan preggy. Haha. Bagus betul anak mommy yang sorang ni kan. Dia bg peluang mommy jaga Qasyaf dulu. Tp satu je, bila tau je preggy, tetiba tekak rasa nak mengidam. Ok. Ngengada. Hikksss. Macam pregnancy dulu,saya xde lah mengidam yg pelik2. Juz rasa nak mkn,dan kne terus dptkan,kalo x,tbayang2 di mata. Macam tadi, saya sarapan biskut dgn air milo je.. Belom tengah hari dah lapar sesangat. Terasa nak mkn cekodok ikan sbb teringat kat rumah ada lebihan ikan goreng semalam. Apalagi,belum kul 1, terus cabut balik rumah,perisi ikan goreng tu, cincang bawang besar sket, campak dlm tepung,buh telor,buh garam,goreng dan ngap mcm org kebulur. See,senang je pun benda yg saya rasa nak mkn kan. Hehe..
Masa pregnancy yg dulu,kerap jugaklah saya masak benda yg x pernah dimasak sbb tekak teringin nak mkn. Kerap jugak buat pudding,siap baking kek lg. Masa sarat dlm bulan puasa dulu,rajin jugak lah buat kuih2 tradisional. Rasa nak mkn yg homemade. Tak yg beli. Tp kali ni,x nyempat sgt nak blama2 di dapur. Dpt masak yg basic utk kenyangkan perut Arjuna pun dah cukup. Si Qasyaf tu mn boleh berenggang dgn mommy lama2 kan. Wiken plak,duk sebuk ke sana ke mari,xdenya nak spent masa kat dapur. Gilir2 la,ada masa saya masak,ada masa Arjuna masak,ada masa org kedai masak, Tp,untuk Qasyaf, mmg khas kne homemade food. Saya betul2 disiplinkan diri. Kne bg homemade saja tuk Qasyaf. Mahu jauhkan dia dari segala additive makanan, garam x sepatutnya,gula x sepatutnya,lemak x sepatutnya dr awal lg.
Rutin saya setiap hari bkerja adalah bangun kul 6.15am,terus masuk dapur dgn mamai2, buat bubur tuk Qasyaf, tinggal je masak atas dapur,gi solat,gi mandi,gi pakai baju kembali ke dapur tuk prepare masukkan dlm bekas bg bs. Begitulah sejak Qasyaf 6 bulan dulu. Saya duk kuaters. Jalan bp langkah dah sampai klinik. Rumah bs pun dekat je. Drive 5 minit dah sampai. So,saya xde lah perlukan masa yg lama or kelam kabut sgt nak sedia food tuk Qasyaf tiap2 pagi. Saya mmg x guna yg frozen. Semua fresh saya buat pagi tu jugak.

Macam pagi tadi, saya buatkan bubur nasi tuk Qasyaf. Saya letak ikan kembong (salmon susah nak cari kat sini), carrot dan sawi. Ikan kembong pastikan amik isi sahaja. Tulang semua tu buang siap2. Carrot cincang la sikit bg cepat masak. Sawi plak amik daunnya sj,batang buang atau omaknya sajalah yg mkn. Bawang besar dan halia tu juz sebagai xnak bg hanyir sangat. Bawang besar dan halia tu saya juz masukkan g2 je. Tak perlu la nak cincang ke tumbuk. Cara masaknya plak,basuh 3 sudu besar beras,then campakkan bahan2 tu semua,then tinggalkan je gi la solat or mandi. Saya biasa buat g2 la. Dan api kne kecikkan supaya x membuak tumpah atau hangit. Saya dah biasa buat ni,so,mmg saya tau la nak budget masa nak tinggalkan bubur tu atas dapur dan pergi siapkan diri. Korang yg x biasa,kne adjust masa sendri la kot. Karang hangit pulak bubur anak. Psssstt,saya dah 2x hangitkan bubur dgn periuk2 sekali.heee.

Pas siapkan diri,kembali ke dapur, ni la rupa bubur Qasyaf. Saya akan kutip buang bawang besar dan halia td. Yang lain saya blendkan sekali gus. Kalau ada masa,saya biasanya kutip dan blend carrot dgn sawi dulu bg hancur,then masukkan bubur nasi dgn ikan,blend kasar. Sbb Qasyaf dah 8 bulan lebih. Dah kne ajar mkn kasar2 sket. Tp pg td x sempat. I menyolekkan diri lama la pulak. Hihi. So,saya blend je sekaligus semua.
Masukkan dalam food termos. Hidangan gini,kalau tuk Qasyaf,2x mkn la kat rumah bs. Balik rumah ptg karang, kalau dia nmpak lapar or nak mkn bila kita mkn,saya bg pisang or keledek rebus or lenyek nasi sikit2 je. Sbb setakat ni Qasyaf betul2 mkn 2x sehari je. Kalo bg makanan berat 3x,dia akan muntah balik sbb kenyang kot. Mkn ptg dia juz buat2 rasa kat mulut je setakat ni lah.
Bubur nasi letak ikan ni adalah feveret Qasyaf. Tp dgn syarat ikan tu fresh. Kalo dah 3,4 hari dlm peti ais,maka badannya akan naik gatal. Kalau awal2 beli lg ikan nmpk lembik atau mata merah,mmg xboleh bg jgk. Dia akan naik merah2.
Untuk mommies yg x sempat nak spent masa mcm saya pagi2 tu,jgn risau. Ada caranya. Korang boleh blend semua benda siap2. Lagi mudah sbb xyah basuh blender tiap2 hari. Caranya :
--beras-basuh kemudian toskan. Kemudian goreng tnpa minyak tuk buang saki baki air. Kemudian,blend kering sampai hancur. Simpan dalam bekas kedap udara.
--ikan - siang dan basuh ikan. Buat stok ikan dgn cara merebus ikan dgn bawang dan halia. Bawang dan halia tu kalau nak tumis dulu pun boleh tp guna sikit sj minyak zaiton atau unsalted butter. Rebus guna air yg byk lama2 sampai ikan hancur. Atau nak rebus kejap then nak blend ikan tu pun boleh. Sejukkan. Kemudian letak dlm bekas buat ais tu. Bekukan.
--carrot,sawi,kubis,bayam - stimkan biar lembut kemudia blend sampai jd puree,sejukkan,simpan dlm bekas buat ais,bekukan.
Bila nak masak pagi2,amik la bbrp sudu beras hancur tadi,campur dgn 1 kiub stok ikan,campur dgn 1 kiub sayur2.. kejap je masak sebab semua bhn dah hancur. Senang kan. Saya mmg x guna yg frozen sbb saya ada masa. Bg mommies yg xde masa,buat je yg frozen. Pagi2 tinggal campak2 dlm periuk je. Itu jauuuhhh lebih sihat dari nestum yg kilang buat. Saya sendri buat yg frozen bila kne travel. Siap bawa rice cooker masuk hotel. Jgn jd kan alasan x boleh buat. Hendak seribu daya kan.
Enjoy making baby food mommies!!!