kita2.... ;-p

Showing posts with label shopaholic. Show all posts
Showing posts with label shopaholic. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

shooping baju raya

Dah shooping baju raya semua?

Heeeee.....

Skang kat FB dan IG berlambak2 dah seller upload baju raya. Rambang mata tau. Menggeletar tangan ni mcm drug addict. Bukan apa, menggeletar sebab kne tahan gian nak shooping. Duit takdak mcm mana nak shooping hoi.

Saya kan kerja tanpa gaji. Sungguh xde kebebasan membeli la. Felda pong satu hal, kenapa ntah bonus tahun ni blom masuk lagi. Senak tau bini pegawai Felda neh.

Arjuna kata, apa nak kisah...Bonus in shaa Allah bulan puasa nanti. Kita kan biasa shopping raya di bulan puasa. Huuuuu, baju anak2 baju suami boleh la rembat begitu saja last minute. Baju saya payah sket. Bila berkenan xde saiz..Bila ada saiz x berkenan pulak.. Lagipun saya skang dalam fasa bodi mengarah ke obesiti. Huwaaaaaa.... Saya x muat kalo baju free saiz...Kalu bli baju freesize utk plussize, gedoboh pulak...Skang badan di tengah2.. Kne cari baju yg ada saiz...Kalo kat IG ter scroll baju freesize, kne pejam je mata. Sbb mmg x muat!..

Dalam x sabar tunggu bonus Felda, terrrrrrbeli la jugak selai dua baju...Simpan dulu la...Nanti bila Arjuna tanya masa shooping raya nanti saya x beli baju ke,baru boleh tunjuk...Mesti dia suka sbb saya dah cuba save kan perbelanjaan raya dia...Hahahaha...

Suka hati je kerik income klinik buat shooping. Kalau ikot prinsip perniagaan, salah tu..Mana boleh amik duit company selain gaji. Dah company x mampu beri saya gaji, saya kerik la sikit2...Heeee..

Btw, pening la buat akaun klinik ni.Kne buat e filling jugak tuk bisness..Ni baru klinik kecil di pinggiran Kuala Terengganu...Bukan company besar pun..Tp pening la..I hate accounts n numbers..I juz love money..Heeeee....

Tu sajalah nak merepek...Bai..




Saturday, July 30, 2011

Guess watch...to let go...

Hello people...
Im letting go sum of my stuff..
Barang yg dah pernah saya guna, tp masih dalam keadaan baik dan tersimpan dgn rapi..
So, let start with watches..





Gold colour oversize watch.
Still in good condition as in the pictures.
RM350 with original watch box & free shipping wherever u r!




Silver diomond watch.
Still in good condition as in the pictures.
RM350 with original watch box & free shipping wherever u r!


Kot2 la ada yg bminat, do email me ya; nurharzlena@yahoo.com
*sori for the poor quality of pictures*

Sunday, July 10, 2011

i come from venus!..what about u??

Hello ladies!
Im 32 weeks already!..Mmg brg baby belum habis prepare lagi..
Tp, oleh kerana dah nak raya kan, jualan mega 1 Malaysia (ganti mega sale) pun dah mula, im thinking of shopping for myself!..Ya ya, saya tahu..Masa raya tu mungkin saya dah dalam pantang..But what if saya sempat je beraya? EDD is on 6 September.. Ada seminggu tu masa tuk melaram walaupun berut boyot..Betol x? Hehe..

Saya ni, jenis yang tak kisah sgt dgn brand baju2an..But i do care so much about my handbeg brand!.. Dan bila mood nak membeli handbeg baru dtg, mmg mcm dah x boleh buat kerja lain dah..Asik duk google handbeg je..

Skang, saya duk impikan ini...Coach Madison Pleated Leather Sophia #17773....
Droooollliinngggg!!!!...Huhuhuhu..Mau cecah RM3k lebih ni...Mmg x akan kesampaian la dgn gaji sebagai kuli ni...Mcm sayang plak RM3k nak bg kat hanya sebuah handbeg..Huuu..( statement sedar diri )...

Arjuna plak, tetiba je watkan wallpaper lappy saya mlm td...Haishh..Wallpaper watpe..I nak yg real!..Oh, sungguh menggegar jiwa tgk handbeg tu...

Well, im juz a women...My demands sometime not reasonable..Tp xpelah...Dtg dr Venus..Nak buat mcm mn kan..Hehe..Dengan sedar diri, saya tny kawan2 kat FB, kot2 la ada website yg jual branded handbeg dgn harga yg jauh lebih murah...Handbeg ni tetap authentic..Original..Cuma lebih murah dr butik kerana biasanya, pembeli beli direct dr US..Atau ada adik yg duk US..Atau husband pilot,kdg2 dapat job fly ke US (mcm one of my fren)...Derang ni mcm personal shopper yg amik untung sket2 la..So, pd pendapat saya, x perlu ragu2 dgn derang..Cuma kita as a buyer kne pandai tengok & nilai.. Authentic handbeg didatangkan dgn paperbag, kotak, dustbag dan no siri dia sama yg tcetak dlm handbeg tu..As for me, saya mcm boleh cam kot sbb dah slalu tengok yg tipu punya kat Rantau Panjang..Yg Golok mali..Mmg boleh bezakan...

So, this is website recommended by our lovely fren;
http://www.razazizscollection.blogspot.com
http://princessvictoriastylo.blogspot.com
http://www.sooyaree.com
http://kadieazlan.blogspot.com
http://butik-hs.blogspot.com
http://coachchics.blogspot.com
http://coachnmuchmore.blogspot.com

Sila2 la cuci mata, kosongkan poket ya..Hehe..Saya ni mcm la dpt komisyen promote blog derang kan..Takde maknanya komisyen2..I juz share sumthing i love with u all..

Btw, saya selalu jugak, terserempak dgn blog2 yg jual brg2 2nd hand..Barang2 yg derang dah pakai..Tp masih lg dlm keadaan elok...Cuma derang let go sbb mcm dah bosan pakai or sj nak buat closet clearence...Agak2 kan, kalo saya let go some of my props, ada org nak beli x??? haaaa, merah di situ tanda betol2 tny dgn ikhlas ni...Im thinking to let go some of my handbegs, watches and sunshade..Semuanya brand Guess..Guess saja pun...Bukanlah Gucci mahupun LV...Tp, daripada duk tersidai dan tersadai dalam almari, baik saya let go kan...Murah2 saja...Kongsi2 apa yg saya suka dgn korang plak...Ada yg nak beli x?...Malu jugak nk jual, takot x laku...Haha!!

Sunday, November 14, 2010

sang kancil keluar kandang

Thanx to Hidayahdeiya dan Chuy4 kerana sudi menambahkan bilangan follower blog ini... Tepukan untuk anda berdua!.. Plez give me ur link ya!...

Saya sudah balik !.. Ya.. Setelah seminggu tidak menjengok blog, saya kembali mengadap skrin ini. Rindu..

Tapi, lebih rindu apabila tinggalkan Arjuna. Sangat2 rindu sebenarnya. Minggu lepas kali pertama saya berjauhan dengan Arjuna selama beberapa hari setelah 3 bulan hidup sebumbung. Perasaan tu, sama macam zaman duduk jauh dulu2. Tp lebih parah kot. Sbb sudah 3 bulan duk cium ketiak dia..Hahaha..Ketiak Arjuna wangi tau. Sbb dia suka mandi. Hahaha...
Hurmm, dulu, semasa bujangan, saya tak kisah pun kalau kene outstation lama2. Malah, rasa macam x best pun ada kalau kene tinggal rumah sehari dua je. Sebab, kalau balik pun, bukan ada apa. Takde siapa yang tunggu. Dan saya heran bila ada kawan2 yg tak nyempat2 nak balik. Ada tu, bila dah hari terakhir, mula la jadi cacing kepanasan. Tak senang duduk sebab tak sabar nak balik. Sekarang, tiba2 saya faham perasaan itu. Perasaan nak balik cepat tu. Sebab, ada yg menanti di rumah. Ada yang merindui. Rasa mcm, oh cepat la masa berlalu..Nak tengok muka dia. Nak peluk cium dia!.

Memang itu pun rancangan awal saya. Ahh, tak kira la apa org nak kata. Saya nak peluk cium Arjuna kat airport bila dia amik saya nanti. Kiss kat public mcm orang putih pun takpe. Hehe. Tp, malam tu, entah kenapa, perjalanan udara tu buat saya nak muntah. Berputar2 kepala saya. Saya mmg tak suka kapal terbang! Tapi, kali ni, saya makin tak suka kapal terbang!!. Di KLIA, bukan main lagi saya bersolek selepas solat Margrib tu. Guna make up baru lagi. ( of kos pergi KL kene soping kan..hihi). Konon2 nak cantik2 je bila jumpa Arjuna selepas 4 hari berindu dendam di telefon je. Tp, alih2, kawan saya ckp, turun dari kapal terbang, muka saya pucat. Pucat sangat! Mungkin sbb menahan diri dari muntah kot. Alahai...

Itu cerita rindu meninggalkan suami. Apa pula cerita saya di KL.. Saya ke KL atas urusan kerja. Ada conference. Conference apa?. Rujuk gambar je la yea. Malas nak taip tajuk conference yang panjang tu. Hehe.Hahh, itu lah dia. Org2 hebat dalam dunia pergigian ni. Oh ya.. Sekarang korang percaya x yang "Colgate, pilihan Dr2 Pergigian"... Macam mana tak pilih, dia yang banyak taja kami. Hehe..

Conference ni, waktu siang je. Dari pagi sampai petang duk dengar pembentangan research. Dah lama sangat rasanya saya tak dengar benda2 yang menyesakkan otak macam tu. Nak pulak bila orang Jepun atau Korea atau Thailand yang bagi talk. Susah payah derang cuba pronounce English dgn betul, susah payah jugaklah saya nak faham sebutan pelat derang tu. Tp, kadang2, mestilah saya lebih banyak bercakap2 dgn orang sebelah daripada mendengar talk. Haha. Sekali sekala jumpa member lama, terutamanya yang kerja negeri lain, apalagi, gosip la. Kalau rasa bersalah sbb kurang mendengar apa yg profesor2 hebat bentangkan, amik je la gambar setiap slaid yg tpampang tu..Nanti, ada masa tluang, kita review balik..Hihi...

Yang best tentang conference pergigian ni adalah, banyak booth jenama ubat gigi. Tp kali ni, tak banyak macam selalu pun. Tp, boleh la bawa balik bekalan berus gigi untuk bbrp bulan.Tadaaa...Ni dikira tak banyak ok..Selalunya lagi mewah kami boleh dapat. Mungkin sbb derang dah sponsor beg yang hebat kot..Dalam beg tu siap ada bbrp buka nota, key chain, bbrp batang pen dan journal2.Tapi nak buat apa beg tu kan..Lebih baik beri lebih banyak berus gigi..Huuu..Opss, catalog Coach & Nine West tu bukan disertakan dlm beg ok...Saya, saje je letak dlm beg tu..Bosan2 tgk slaid pasal gigi dan mulut boleh belek handbeg dan kasut..Haha

Siang, menambah ilmu. Malam, menabur duit. Ya, itulah yg best. Bagi kamu2 yang memang duduk kat kota metropolitan, mungkin tak heran sangat soal shoping di shoping complex yang besar. Tp, bagi saya yang di pantai timur ini, dapat ke KL adalah sangat seronok. Sound pathetic rite?!.Huhu.. Saya akui, kami takde shoping complex yang hebat di sini. Bukan nak kata kat sini kampung terus. Tak jugak. Kalau bijak mencari, boleh je pakai Guess dan Levis. Tp, jangan harap nak tengok bayang2 Burberry ataupun French Connection. Silap hari bulan, ada orang gelak kot bila kita pakai kasut nama Miu Miu. Nama kucing ke?..erkkk... Jadi, bila sekali sekali ke KL tak salah kita amik peluang keluar masuk shoping complex kan. Saya sendiri lama tak ke KL. Terakhir, June yang lalu. Hurm, wajar kalau saya jadi macam "sang kancil keluar kandang" kan. Tak boleh guna "rusa masuk kampung" sbb bukan saya tak pernah ke KL. Jadi, marilah guna peribahasa baru ciptaan saya tu..Hehe..

Conference di Hotel Istana. Tapi saya lambat book bilik, hotel dah penuh, jadi saya tinggal di Royale Bintang Hotel. Di tengah Bukit Bintang g2. Antara kawan2 dr Terengganu yang ikot serta, saya lah kononnya yg pernah jadi warga kota. Dulu la. Zaman belajar. Jadi, saya ketua rombongan Che Kiah. Malam pertama kami ke Pavillion. Belum mampu untuk rembat2 sesuka hati di Pavillion. Tp sekurang2nya saya boleh cium bau dan pegang2. Hehe. Malam kedua kami ke KLCC dan malam terakhir, saya balik "kampung" iaitu Mid Valley. Bukankah Mid Valley kampung budak UM?..Haha..Hurmm, dah tak cukup malam untuk ke The Curve. Tak apalah, lain kali saja. Kawan2, hanya mengikut saja rancangan saya. Yang menarik, bos yang digeruni kami pun join kumpulan shoping saya!.. Mungkin sbb dia takde kawan kot. Tu yang tak kisah ikot anak buah lenguhkan kaki. Nak tau tak hasil shopingan saya??..Hehe..Tak payah la yea..Haha...

Itu kisah saya minggu lepas. Hari minggu, saya balik rumah ibu ayah. Bawa balik bantal hantaran yang saya dah siap jahit. Ibu teruja! Saya sendiri macam tak sabar nak hias buat hantaran. Tp, majlis tunang adik saya lambat lagi. Sebulan lebih lagi. Tp, Sabtu, saya pergi kedai bunga. Beli bunga. Untuk bunga dan hiasan saya yang belanja. Sbb saya mahu DIY mini dais untuk adik saya. Biarlah mengikut citarasa dan kesukaan saya. Adik saya hanya mengikut saja. Kat kedai bunga, saya baru tau nama satu jenis bunga ni. Siti Zubaidah. Korang tau bunga Siti Zubaidah?Haaa..Inilah dia...Pic dr Google..Juga dikenali sebagai Hindrangea. Saya baru tau nama si cantik ni Siti Zubaidah. Padahal dulu, saya guna bunga ni sebagai bunga tangan majlis sanding saya.

Hihi..tayang pic kawen sket...Owh ya, hari ni genap 8 bulan kami berkahwin. Sangat cepat masa berjalan kan.. Doakan kami cepat dapat baby yea...

Ok, berbalik kepada bunga. Saya dah beli bunga untuk mini dais dan bunga untuk hantaran. Again, this time i choose to use artificial flowers untuk hiasan hantaran. Sbb saya ni jenis tak sabar. Nak buat awal2 sbb nak tgk hasil cepat2. Update lain mengenai majlis kak ngah, saya dah book OP. Bukan OP terkenal serata Malaysia. Tp, tengok hasil dlm website dia, dia mampu pergi jauh. Biar kami jadi antara pelanggan yg boleh bawa dia pergi jauh. Tak salah mcuba kan. Asalkan dia boleh dibawa berunding tentang konsep yg saya mahukan.Ya, yg saya mahu. Bukan adik saya mahu. Sbb saya lebih tahu..Hehe..

MUA untuk adik saya belum dijumpai. Yang best2 dah fully book...Tiba2 saya rasa mahu masuk kelas make up pengantin. Boleh x??..

Sekian.. Daaa!!!!

Psstt...boring dah tengok header pasangan duk tepi jalan tu kan...So, Tales About White Lace And Tiara akan tiada header untuk bbrp ketika..Sehinggalah penulis ada idea baru nak letak apa sebagai header...heee

Thursday, October 28, 2010

about being a SHOPAHOLIC


Good day beautiful people. Lets jump & cheers for my latest follower, Nadia , Miss Chubby & Nadzirah. Ok, nampaknya saya ditag lagi. Kali ini oleh Aisyah. Ini tasknya :-

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

I have sumthing in my head to write here. It about being a SHOPAHOLIC. Tp bila dah kena tag ni, mcm kene buat task tsebut dulu la pulak. Apa kata, kita gabung saja 25 perkara tentang saya yang ada mengena dgn tajuk entry saya kali ini. Hihi... I like...

1) Tentu ramai yang pernah baca siri shopaholic by Sophie Kinsella kan. Dah ada enam buku semuanya. Saya dah baca semua kecuali yang tbaru iaitu Mini Shopaholic. Sbb last time sy ke kedai buku Popular, novel tu belum sampai. Sedih! Kedai buku biasa kat sini mana la nak jual buku2 omputeh yg best g2.

2) Becky dlm siri shopaholic tu menggambarkan saya!. Kecuali saya tidak suka berhutang kad kredit.

3) Hanya shopaholic akan faham shopaholic. Sebab itu lah saya tak suka sgt gi shopping complex dgn Arjuna. Lebih baik jalan sorang2. Tp kadang2, bila dah lm sgt x gi shopping complex, Arjuna akan ikot je saya dgn sabar. Mcm melayan rusa masuk kampung. Ah, mesti lah dia gembira bila tgk sy gembira kan. Hehe.

4) Perasaan masuk shoping complex atau butik adalah sgt aneh. Perasaan yg sgt best. The smell, the lighting, the enviroment, membuat saya lupa yg saya ada masalah.

5) Bila tengok barangan berjenama, hati macam tlonjak2. Terus rasa nak pegang, nak try, nak pakai. Bila tgk depan cermin diri sendiri dgn barangan berjemana tu, terus perasaan artis. Bila try handbeg 4segi tu, terus rasa mcm Posh Spice walaupun bukannya beg Hermes Birkin yg kupegang. Bila cuba oversized sunglasses, terus rasa mcm Paris Hilton walaupun bukan sunglass Fendi yang kupegang. Huuu.

6) Saya ni berkerja. Jadi, bila dapat gaji, rasanya patut treat diri sendiri dgn bershoping-shopingan. Upah kerja la konon. Dulu, sebelum kahwin, saya byk buat part time kat klinik swasta. 'Locum' perkataan tepatnya untuk Dr yg buat part time. Gaji part time lumayan. Ikot percent cas ke atas patient yang dtg. Uihhh, best tau. Sehari locum on wiken dah boleh rembat handbeg Guess sebelah tangan je. Lepas kawen, saya pencen la locum2 ni. Kalo duk kejar sgt duit tu, hubby xterjaga, betul x?. Dapat la pulak income bulanan dr hubby. Tp saya xla boros mcm dulu. Ada tanggung jawab lebih penting. Kene fikir pasal nak beli rumah, tanah dll. Bukan pasal handbeg dan kasut je kan.

7) Kalau xdpt beli sesuatu barang tu, dpt pegang dan rasa auranya pun dah cukup. Betul x? Dr zaman belajar lg saya x takot masuk butik hebat. Kena la biasa2kan diri walaupun xnak beli,yea x. At least kita x jakun. Masa zaman UM dululah, saya belajar melangkah ke MNG, ZARA, French Connection (dulu FCUK). Saja jengok2, pegang. Idah ko ingat x ,kalo x silap Wanie & Myd terbelek purse kulit bab1 kat Topshop kan..Haha..

8) Bila xdpt beli, mula la mengigau2, teringat2 kat barang tu. Masa mkn nasi teringat. Masa mandi buat calculation dlm kepala kot2 boleh korek duit dr mana2. Masa nak tido berangan pakai barang tu dgn bergayanya. Mmg mhantui la.

9) Saya pernah berkenan kat satu jam ni. Mahal. Mampu beli tapi mcm mbazir. Tiap kali lalu kedai jam tu, saya akan mintak dgn salesgirl dia nak try jam tu. Tp otak saya kata jgn la beli,membazir je. Lagipun br je beli jam. Satu hari balik dr kerja, ibu sy serah satu kotak. Jam tu!! Ibu tolong belikan. Tolong belikan saja. Bukan belanja saya. Haha..Saya pun bayar la kat ibu. Saya tny ibu, nape tolong belikan? Dia kata, dah duk mengigau sgt!!..Hahaha...Saya suka bila ada sokongan untuk bshoping-shopingan nih..Hihi..

10) Kalau pasal kerja, park keta jauh2, rs mcm satu penyiksaan nak jalan. Tapi nape bila tawaf shoping complex 5 tingkat pun x sakit kaki? Pelik kan. Haha.

11) Kalau dah berkenan kat satu barang, bila bayar je kat cashier, terus menyelinap satu perasaan bbunga2! Mcm satu satisfaction. Puas! Seronok! Mcm nak melompat2! Pelik kan. Padahal, beli dgn duit sendri. Yang mungkin menyebabkan hujung bulan semput kewangan. Tp perasaan best tu ttp ada.

12) Bila shoping, kita akan dpt plastik bag or paper bag kan. Ada org, suka satukan barang2 yg dia beli dlm 1 paper bag. Paper bag yg kecik, dimasukkan dlm paper bag yg besar. Senang nak bawak. Betul x?.....Tp saya, saya lebih suka bw semua paper bag tu berasingan. Kalau ada sepuluh, sepuluh la saya pegang. Br rs best shoping!!!

13) "Saya x kisah pakai baju pasar malam asalkan handbeg saya Chanel"-hahhh, tu statement Fazura dlm Majalah Eh! edisi ke brp ntah. Saya rs sy pun mcm dia. Cuma sy belum mampu sandang Chanel. Tunggu la bila aku kaya nanti. Huuu.

14) Arjuna org Rantau Panjang. Ada yang kata, "bagus la..Ko kan suka kumpul handbeg. Golok banyak handbeg kan"....Eh eh, hellooooo!!!!....I sanggup xde handbeg daripada pakai beg golok ok...Siyes saya rela x pakai Prada daripada pakai replica Prada.Malah, saya sanggup xde handbeg!

15) Handbeg Golok absalutely NO!..With BIG NO!...tp baju Golok saya x kesah..Hahaha...Baju je tau...Jeans pun no no no!...I choose Levis for jeans..Mak xmampu nak rembat jeans Guess yg RM600 ke atas tu ok... Membazir...Kalo handbeg xpe...Uh, handbeg lagi...haishhhh...

16) Pergi kerja saya pakai baju kurung. Kadang2 beli baju yang dah siap. Tapi biasanya saya lebih suka beli kain dan upah jahit. Sekali hantar kat tailor x pernah sepasang baju. Mesti nak 3 pasang ke atas. Jadi, baju penuh almari. Sampai baju Arjuna kene duk almari lain. Tp, tetap, pagi2 nak gi kerja, terpaksa termenung merenung semua baju yg tgantung dlm almari tu..Tak tau nak pakai yg mn. Mmg saya dah susun ikut turutan. Bila dah pakai, kene gantung belakang sekali supaya saya x ulang pakai baju yg sama dlm ms tdekat. Tp, kadang2 tmenung sbb bosan dgn baju yang sama. Lebih2 lagi kalo kena attend miting. Mesti lagi lama tmenung dpn almari. Sambil merungut xde baju nak pakai. Arjuna akan kata "Pakai je baju abang..Abang x kisah"....Dia mmg hampeh!!

17) Baju kerja harian saya adalah tak sama dgn baju untuk miting ok. Sbb tu sy x suka bila dipanggil miting last minute. Maunya hr tu saya pakai baju kurang cantik, terus rs down nak pergi miting. Sbb penampilan kan menggambarkan keyakinan. Setuju x? Bila pakai cantik, terus byk idea nak ckp dlm miting. Boleh g2?..heeee...Jadi, kalau xde baju baru untuk miting, handbeg baru pun jadilah. Sbb tu saya beli handbeg baru smlm..Ahakkss!!!

18) Koleksi baju saya - pertama, baju kurung gi kerja seharian, kedua, baju miting /kursus, ketiga, baju kurung/kurung moden/kebaya untuk kenduri. Selain drpd tu, jeans. Jadi, mmg patot la saya selalu shoping kan. Sbb lain tempat, lain bajunya.

19) Saya ada koleksi handbeg dari pelbagai kaler. Merah, jingga, hijau, biru, puteh, cokelat,purple, hitam, kelabu, cream dll. Guess mmg best sbb ada byk kaler!!!!...Tp saya x pakai kasut @ sandle Guess..Sbb tlalu tinggi.

20) Coach?.. Perghh! ;-)

21) Kadang2, saya suka belek baju budak2 pompuan. Byk sgt design yg best yg xde zaman kita kecik2 dulu. Jadi, bila berkenan, saya beli, adik la yang btuah!.

22) Buat apa beli peptoe merah kalo xnak pakai..Betul x?..Jadi, kalo jumpa saya dgn kasut pelbagai warna, jgn heran yea. Hehe..

23) Org kata, kalo nak kurus, kene ada motivasi diri. Kalo beli baju, xboleh beli baju yg besar. Nanti mkin besar la body ni. Jd, beli yg kecik. Tak pe ketat sikit hari ni, sbb bl dah kurus nnti, boleh la pakai. Lgpun, boleh jd perangsang dan pendorong untuk kurus supaya boleh pakai baju itu. Sy guna prinsip ini. Sbb tu byk bj yg x dipakai. Susahnya nak jd kurus!!!

24) RM300 untuk handbeg sy xkisah, tp untuk bateri kete atau tayar kete, saya kisah! Walaupun kete lebih penting kan...Alahai...

25) Kalau org bg duit, suh sy blanja untuk dia, saya suka sgt. Mcm adik sy suh sy beli je apa2 tuk e-day prep dia ni. Bestnya shoping pakai duit org. Kalau org bg duit untuk sy blanja diri sy, lg la sukeee!!!...

26) Oppssss!!....Banyak lg yg boleh sy ckp bila bab ni..25 xcukup!...Tp xpe la..Stop sini je la...I tag semua yg bc ni...Free ur self to comment ya! Daaa!!

Last but not least, SHOPPING IS A RETAIL THERAPY.