kita2.... ;-p

Showing posts with label kahwin. idea. Show all posts
Showing posts with label kahwin. idea. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

pssstttt....

Heeee....malu nak cakap...Tak tau camne nak cakap...Tp kalo terus malu, camne nak maju kan..hehe...Alaaa, tapi malu....Korang baca la sendiri kat SINI.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Support i tau... :-p


Ada blogger dari Terengganu nak cuba hasil kerja saya x?..hehe..

(^^)malu....

Wednesday, July 14, 2010

Jurugambar professional perkahwinan

Assalamualaikum semua…. (Jarang benar saya bagi salam sebelum memulakan sessi bercerita kan..Selalunya duk hai2 je..Hehe)..Arjuna dah ok....Dah gi kerja..Alhamdullillah...Ok, dah lama saya tak ckp2 sal wedding prep kat sini kan..Asyek duk berpanglipur lara sal kegiatan harian je…Meh, ubah topic sket…Kita amik mood B2B yang duk giat buat persiapan kawen masing…Setelah menyerap mood Ally (17 Julai 2010),wanie (18 Julai 2010), Thalha (25 Julai 2010), Huda (31 Julai 2010), Xora, Nawal dan lain2 lagi ( semua dlm list beautiful B2B saya la ek, x larat nak taip semua…Tapi yang saya sebut tu,nak dekat dah tarikh mereka kan..),saya rasa nak berkongsi sedikit tentang jurugambar professional (OP) untuk perkahwinan…It based on my true story..Apa yang saya alami dan apa yang saya pelajari..Kita kongsi2 yea…(sambil2 layan saya yang sambut 4th months aniversary dgn menatap pics kawen sendri...Heee...:-D )

Bagi saya, OP ialah individu yang sangat2 penting semasa majlis perkahwinan berlangsung…Sebab peranan OP adalah kekal..Dengan adanya OP, majlis kita jadi abadi dalam memori…Chewah…Boleh g2?..hehe…Tapi, mcm mana nak jadikan memori tu betul2 bermakna?..Apa yang penting dalam pemilihan OP?...
1… Cara gambar diambil – Lain org, lain ragam, lain citarasa…Ada org suka gambar yang melodramatic…iaitu berposing meliuk lentuk di hadapan kamera persis sang model…Cara ini amat sesuai bagi yang fotogenik…Sbb dia xkan nampak keras di dlm gmbr walaupun semasa mengambil gambar tu, dia sebenarnya xbnafas pun! (I tau la, korang mesti selalu gak tahan nafas masa bgambar nak suh perut nampak kempis kan..haha)…Cara macam ni lebih mudah untuk OP sendri sbb masa mengambil gambar tu, pengantin pegun…Posing gaya ni, snap…Tukar posing gaya tu, snap…Berlakon peluk2 sket, snap…Mudah kerja OP..Tapi mcm saya kata tadilah, si pengantinnya mesti pandai meliuk lentuk…Br gambar jadi hidup…Cara ini juga amat sesuai kalau ingin mengabadikan fesyen baju pengantin korang….Ala, senang kata, bgambar macam dalam majalah tu….
Ada org lain pula, suka gambar2 candid…Diambil secara tidak disedari…Ini bagus untuk pengantin kaku seperti saya…Saya sendri gemarkan cara ini…Secara peribadi, saya rasa gmbr candid lebih tepat menceritakan kisah perjalanan majlis perkahwinan saya…Ia boleh memperlihatkan apa yang sebenarnya berlaku sekitar majlis…Mmg ini yang saya pesan pada OP saya…Banyakkan gambar candid…Biar muka saya nampak separuh je sbb x pandang kamera…Saya xkesah…Sbb saya suka begitu…Saya suka wajah saya di celah2 kegembiraan org ramai…Saya suka wajah saya disebalik deco2 majlis…Saya suka gambar saya yang x tgk lensa DSLR tu…Tapi, kalo nak pilih cara ni, mesti betul2 kene pilih OP yg betul2 mahir….Sbb x semua OP boleh mengambil gambar candid secara berjaya…X semua OP boleh m’capture perasaan org dlm gmbr…. Saya akui, mmg ramai yg boleh amik candid..Tp x ramai yg boleh buat kita merasi perasaan org dlm gambar tu kan…Kalau rajin, cuba buat research (B2B mmg patot rajin buat research!!) …Tgk pages OP2 hebat…Pasti korang boleh bezakan gambar yang ada jiwa dan gambar kaku…
Satu lagi, ada orang suka gambar yang diedit…Jerawat batu kat dahi dihilangkan…Langit gelap jadi cerah….Hidung pesek jadi mancung….Lipstik merah jadi pink dan macam2 lagi lah….Cara ini sesuai tuk menutup cela…Jika kita xdpt nak hindari kecacatan yang berlaku pada majlis kita secara live tu, ubah saja pada gambar…Zaman IT ni, mcm2 boleh buat kan…Kalau kita rasa majlis kita x cantik, sekurang2nya, ia nampak cantik dlm gambar..Tidak salah pun…Ikut kemahuan masing2..
Cara saya?...I vote for candid picture…nasib baik saya pesan pada OP supaya banyakkan candid..Sbb gmbr posing saya mmg agak kaku la…Dan saya pesan pada OP, jgn edit ok….Let it be just like the real one…X kesah la saya nmpk berjerawat pun…I want it original..Heeee….
Muka berjerawat halus…Inilah kulitku yang sebenar….

Apa hal ni?...Muka serabut sbb Arjuna byk kali kol bgtau rombongan dia xle nak paking sbb area rumah saya dah full….

Hey, mana kipas?..Tala la kat sini…Panas ok…

Arjuna yang gubra sbb xlepas2 jawab nikah…Ayah yang bdebar…Saya yang bdoa dlm hati semoga dipermudahkan…

Owhhh, sgt hepi bsuapan2 kek…Idah la ni duk wat lawak….
Hurmmm, saya mmg suka candid2 itu….Gmbr yg hidup….

Ini adalah kayu yang kaku….Mebe sbb br lepas akad nikah kot…Masih malu nak daring2…Tgk la tgn Arjuna…Nape keras g2??!!!!

Oohh tidak!...Sungguh x reti berlakon!!!!!....Saya x letak dlm album pun pic ni tau…Korang je dpt tgk..Korang mmg special la dpt tgk my pic yg x menjadi ni…Lengan saya pun nape sebegitu besar?...huuuu…

It supposed to be romantic scene…Tp saya nmpk mcm sgt takot pada Arjuna kan…Mcm “hey hey, ko nak wat apa kat aku nih?!”…..
Sbb tu la saya lebih suka candid!

2… Tahu kehendak anda – Pastikan korang tahu apa yang korang mahu…Nak OP amik gambar sewaktu bila?..Nak amik dari celah mana…Nak amik kot kiri ke, kot kanan ke, nak amik kot blakang?...Nak amik details kat baju ke, nak amik detail yang atas kepala…Macam saya, saya nak ada gmbr saya tgh pakai kasut..Nak gmbr saya tgh bsiap…Nak gambar inai di jari…Nak gambar baju tergantung…Nak gambar turun tangga mcm princess..Nak gambar saya tgh butangkan baju ( gambar wajib ada kalo pakai baju berbutang….Saya tau Qis particular sal ni sbb dia nak gambar dr belakang yang menampakkan tangan suaminya memeluknya dan dlm masa yang sama nampak tali2 pengikat korset tu…Betul x Qis?..Hehe…I suke gambar u tu tau!..)..Dan macam2 lagi la…
Apa motif gambar ni pun saya x tau….Yang saya tahu, posing cara ini in trend okeh..haha..

OMG….giler suke pic Aween ni!!!!...Jatuh hati habis pada scene ni…Saya dah pesan pada OP nak macam ni…Tp OP saya big saiz sket…Tak muat nak masuk belakang pelamin daaaaa…..Maka, angan tinggal angan sahaja…..

3… Pakej OP – Hohoho…OP gempak malatop habis mmg harganya pun malatop bom bom…Setimpal dgn kerja la kan…Juga setimpal dgn nama yang telah mereka ukir dlm industry amik2 gambar ni….Tp, bg B2B yang biasa2 macam saya ni, jgn putus harap yea…Sekali lagi, research!...Cari Mr Google…Jgn malu tny org….Masih ada OP mentah yang sgt berbakat di luar sana yang baru nak mencorak nama …Cuma luangkan sedikit masa untuk duduk berbincang dgn mereka tentang konsep korang…Jelaskan kehendak korang…Teliti kerja2 dia yang terdahulu….Pasti ada yg korang berkenan….
Selain tu, cari pakej yg betul2 dapat memenuhi tuntutan tempoh majlis…Perlu diingatkan, ada pakej yang terhad batas waktunya…Biasanya dlm 3-4 jam sahaja…Jika lebih masa, maka kene keluar lebih duit jugakla…Tapi ada jugak OP yang available sepanjang hari..Bergantung pada jadual OP masing2 la…Yang penting, kene tentukan dr mula korang nak pakai diorang brapa jam sbb xnak blaku pkara yang x diingi nanti..Contonhnya, majlis korang lmbt start, tp OP dtg ontime…Pastu, pas 3jam dah nak balik padahal majlis lom habis…Tak nak g2…Haru biru kelabu nanti….
Pastikan juga pakej OP tsebut memenuhi tuntutan acara majlis dan lokasi….Sbb ada OP yang xnak buat outdoor fotoshoot jauh2 selepas majlis akad nikah or sanding… Ada yang nak buat sekitar kawasan rumah je…Kalo dah kene travel sket, ada yang mintak bayar lebih…Jadi, sblm gadoh2 masa hr kenduri tu, baik discuss awal2…
Ada jugak OP yang buat pakej berasingan untuk majlis akad nikah, sanding dan outdoor…So,kena timbang tara la soal bayaran untuk semua tu…
Plg penting, bgtau OP pjalanan majlis korang…Biar dia faham dan sentiasa alert…
Saya mmg tekankan soal komunikasi dgn OP ni…Diskuss awal2 segala benda yea…Sbb ada bbrp kawan saya yang x puas hati dgn OP lps mjls blangsung…Semuanya pasal x discuss detail2…Biar la dicop cerewet pun..Sbb bila gambar kita cantik dan kehendak kita tcapai, kita jugak yg gembira kan…
Saya sendri mmg sgt susah nak pilih OP dulu…Sbb selera saya besar…Poket saya je yang kecik…Saya nak OP ada bersama saya sepanjang majlis..Dr psiapan sampailah tutup pintu rumah selesai majlis….Saya nak wat outdoor fotoshoot siang dan malam sbb saya tamak…Hahaha…Tp kalo g2, mampos lah kene bayar bjuta2 lebih kat OP…Jadi sudahnya, saya pilih OP merangkap kawan saya yang saya kenal masa kat UM dulu…Dia bukan nama besar dlm industry amik2 gambar ni…Tp saya tau hasil kerja dia…Saya dah pernah kelihatan cantik dlm gmbr diner final year yang dia amik dulu..Hehe..So, saya pilih dia…Cuma saya perlu byk bincang tntang kehendak saya supaya dia tahu mahu bkerja macam mana…Lagipun saya import dia dr KL…Jadi dia mmg xble nak balik cepat2 kan…Dia available untuk saya selama 2 hari…Sbb tu la saya boleh guna khidmat dia habis2an sampai dia penat giler…Hehehehe….

4… Pasukan OP – Ini juga penting bagi majlis yang diadakan secara besar2an… Seorang OP tidak cukup nak cover semua ok…Korang perlukan pasukan…Mungkin 3-4 org dlm satu pasukan…Atau paling tidak pun, dua org…Mjlis saya bukanlah mjlis besar…Tp, rasanya kalo ada pasukan lagi bagus…Bila OP pertama duk amik gmbr pengantin pmpuan tgh make up dlm bilik, OP kedua boleh amik gmbr org yang dah dtg duk dlm khemah or dewan…Tu kalo korang nak cover semua la…Untuk mjlis saya, rumah saya dua tingkat…Dr dlm rumah, org duk kat atas boleh nmpk org kat bawah…Saya nak sgt gmbr suasana majlis saya yang diambil dr ats…Masa akad nikah..Masa sanding…Tp OP saya sorang…Kalo dia duk ats, sapa plak nak amik gmbr kat bawah…So, xdela pic idaman saya tu….Jadi, kalo korang suka berangan macam saya, carilah OP yg berpasukan…Harga pun lain la kot babe!...

5… Kepelbagaian gambar – Haaa, ni kreativiti masing2 la…Saya pun xreti sgt…Yang saya tau, ada gmbr palaroid….Ada gambar hitam puteh….Ada gambar fish eye…Macam2 la…Xle nak ulas sbbb x terer…hihi…Tp cuba tny OP korang yea…
Ermmmm apa lagi ek?...Ada nak tambah x? Eh, cam dah pnjg giler je saya membebel….Ada x yang baca ni?..heee….Xpe la…Ini untuk ingatan pada diri saya jugak…Mana tau, leh guna untuk adik2 plak…Ok….salam sayang….Daaaaa!!!

*thanx to Khairuzzaman Abd Razak for the fabulous moment captured by you*En.Kerol xde blog ke website ke apa...Dia hanya ada sekeping fesbuk...so,xdapat la saya nak iklankan dia kat sini...Tp dia ni laku la di kalangan budak UM


nota kaki : ( harap membantu yea )
Juru gambar profesional perkahwinan di sekitar Terengganu :
ahmadfairus
fazrien
hasbifelix
markless
photoaura

Monday, June 14, 2010

seri majlis

Hari ni 14 Jun genap 3 bulan pkahwinan kami.Dan hr ni juga Kak Ni, my SIL bertunang. Atas tuntutan kerja, saya x dpt nak blk kampung Arjuna. Buat ptama kalinya sejak bkahwin ni, tpaksalah Arjuna blk sorang2..Sedey :-( Semoga ini kali pertama dan terakhir Arjuna blk kmpungnya tnpa saya.Pas ni, saya akan sentiasa di sampingnya...Hbs majlis ptg tadi, Arjuna terus btolak blk ke Melaka. Tp dtg singgah jumpa saya dulu. Kul 9pm br dia sampai. Katanya nak tengok muka saya je..Tp saya dah bjaya pujuk suh dia rehat dulu...Dah bg dia mkn pun...Tp bukan saya masak..Makan nasi kenduri tunang tadi. Ma yg bekalkan tuk menantu dia ni...hehehe.. So ni, br lepas mkn,Arjuna nak lelap kejap, tp mahu saya teman di sisi....X sampai 5 minit, dah lena..Dan saya, di sisinya, xtau nak wat apa, nak tido cam awal.. Lagipun, kalo saya tido, mmg sampai ke pagi la...Sapa plak nak tlg kejut Arjuna...Dia nak sambung journey mlm ni jugak...Haishhh...Mmg merisaukan bila suami drive sorang2 mlm2....Huhuhu..
Ni dr duk tgolek2 atas katil, baik buka pink lappy...

Ok lah..Meh kita teruskan cite2 sal tajuk entry kali ni.... Sebenarnya saya nak stori mori sal bunga2an...Cuba bagitau, pempuan mn x suke bunga? Sila angkat tgn..Semua suka kan..Cuma yg mbezakannya, jenis bunga itu..Ada suka rose, ada yg minat tulip..Dan mcm2 lg lah....Untuk perkahwinan, saya pernah mimpikan sebuah mjlis yg penuh dgn bunga2 segar..Hidup dan indah...Tapi itu mimpi...Saya tpaksa berpijak pada realiti hidup....Saya merancang mjlis perkahwinan saya dlm waktu yg terlalu singkat..3 bulan...Byk yg saya impikan dan inginkan, tetapi tbatas kerana kekangan wang...Atas simpanan yg ada, mmg cukup untuk bunga2 segar di pelaminan saya..Tp, terasa tlalu sayang mahu dilaburkan untuk sesuatu yg tidak tahan lama...Jadi, saya pujuk hati...Serikan saja mjlis saya dgn bunga2 artificial. Lagi pula, ibu sgt sukakan bunga...Sgt gemar mhias rumah,setiap sudut dgn bunga..Maka, tidak salah rasanya jika bunga2 pkahwinan saya diguna pakai semula untuk mhias rumah...Ada yg kata bunga artificial lebih mahal..Saya akui...Tp sekurang2nya ia tidak mati...Dptlah juga menyumbang utk phiasan rumah...Betul x?...Apa kata kamu?

Impian bunga segar saya tidak tcapai...Tp saya cuba ubah sedikit realiti... Bunga artificial tidak semestinya tidak cantik...Yg penting, mesti pandai mendekorasi...Untuk majlis saya, saya serahkan pada yg pakar...Ibu sebagai pendekorasi...Dan OP sebagai org yg btanggungjawab mcapture moment supaya tampak berseri....
Saya sukakan gmbr2 candid yg diambil di celah bunga2an dan dedaunan...Saya mmg briefing OP tentang pic-candid-celah-bunga ini...Contoh;

Ini singgah sana hari bahagia saya....Byk pic pelamin yg saya ada...Tp sy plg suke ini sbb dicapture di celah bunga....
Ini pula sewaktu akad nikah....Bunga puteh dlm pasu puteh itu jd pengapit saya semasa menunggu diijabkabul....Saya tiada pelamin kecil untuk akad nikah...Hanya tirai yg simple dihias bunga artificial dlm pasu yg besar di kiri kanan saya...
Ya...Ini maksud sy....Dicapture di sebalik bunga dan daun...Bg saya, ada seninya...Konon2 dlm taman la kot....

Kata nak candid, tp tpandang OP la plak..Hikhik....Btw, all this are raw picas...Lom diedit by OP...

Ok, untuk centerpiece , saya juga mgunakan artificial flower dlm pasu yg besar....Mmg bunga pasu besar ni faveret ibu...
Ini centerpiece meja pengantin...Saya mggunkan meja bulat...Saja ubah dr kebiasaan...Eh, kenapa bunga purple sedangkan tema pink+koko?.....Ermmm, ntahlah..Sbb bunga tu je kot yg cantik kat kedai masa tu..Hehe..
Ini pemandangan sewaktu mkn2..Bunga pun dah senget2 sbb angin btiup kuat dan nyaman....
Ini centerpiece meja tetamu....Pasu yg lebih kecil...Dlm tu letak batu2 je...Idea ibu...
Ni satu lagi jenis bunga centerpiece meja tetamu...Nape lain dgn yg ats tu??...Sebab meja tetamu byk, kedai tu x cukup nak jual bunga sama...Belasah jerk!

Hand flower...Hah, ms btunang, saya beriya guna bunga tgn fresh flower...DIY..Pg sebelum mjlis tunang br buat...Dan bila dah beli awal,xterer sgt nk handle , mk hasilnya,bunga lebam2...Seb bek x berapa nmpk...Maka, tuk kawen, saya amik kputusan nak guna artificial flower jugak...Lagipun, saya risau x sempat nak gubah last minutes..kelam kelibut,nnti semua x jadi....So......
Ini bunga tgn sewaktu akad nikah....Artificial...But i think it din luk fake in picas..Kan...DIY...Senang dan cepat...
Bunga tgn waktu reception kat rumah saya..Cam kusut masai sket gubahannya...Belasah jgk..Janji DIY by my own hand.....Untuk mjlis btandang plak?....Saya dah gubah elok2 jugak...Warna merah menyala...Tp ttinggal kat rumah saya!...Saya juz pinjam bunga tgn bridal butik vendor sebelah arjuna...Huhu.....

Untuk hiasan rumah dan luar rumah plak, saya recycle bunga2 pelamin tunang saya...I belanjawan bhemah ok..Haha...
Ini pondok tempat main masak2...Eh bukan...Tempat potong kek la...Juga hias sendri...Sampai skang, lom buka sbb xde sp nak tulun bukak...I mls buka sbb suke tgk...Rasa cam br kawen..Hihihi...

Ya,begitu la serba sedikit tntg mjlis sederhana saya...Tidak salah untuk bmimpi..Mlh kita berhak untuk bmimpi dan memasang angan...Jgn pula marah pada realiti..Kerana realiti lah milik kita yg sebenar....Senyumlah atas apa yang kita miliki...Serinya akan tetap ada.....

Ok...dah dkt kul 11pm..Kene kejut Arjuna...Ermm, cam ni lah LDR...

Friday, June 11, 2010

kelainan & hiburan majlis perkahwinan

Hello kawan2....Macam dah lama lak saya x cite2 sal kawen2 kat sini kan..Padahal ini musim kawen...Dan macam byk la plak hutang cite kawen saya belum dilangsaikan kat sini...Sebenarnya, saya takot korang bosan je baca kisah kawen saya..Sebab tu la kalo boleh saya akan cuba relate kan cite kawen saya dgn keadaan semasa..Dan saya akan cuba sumbang seciput idea tuk majlis kawen B2b juga...Kalo x, blog saya ni hanya akan jadi blog picisan saja....Tujuan asal blog ni juz tuk luah my perasaan dan sebagai diari hidup saya...Tp, bila dah ramai yg sudi jengok, bila dah ramai jd follower dan bila dah kenal dgn kamceng bbrp kawan2 blogger, rs cam xbest la plak kalo blog ni sekadar mceritakan kisah kehidupan seharian kan...At least i want to give u all sumthing yg bguna...Main theme, mmg sal kawen la...Ada org tu, mcm ejek saya je sbb x habis2 ckp sal kawen..Nak wat camne..Dah tu penyebab blog ni wujud kan..Lagipun mmg org xkan bhenti bkawen dan idea sal pkahwinan mmg akan sentiasa terkini dan sensasi...

Okeh,pnjang la plak intronya...Kali ni saya nak kongsi sket sal "pemeriah" majlis perkahwinan..Maksud saya, sesuatu yang menjadikan majlis perkahwinan tu "bising" dan tidak sunyi suram seperti majlis kematian.Skang ni, dah jadi trend kat area pantai timur..Mengundang dee jay untuk menghidupkan majlis..Kalau dulu2, mmg xde la dee jay2 ni kat sini..Kalau korang nak tau, kat sini juga tiada paluan kompang ms perarakan pengantin..Kalo x caya tanya la rakyat2 Terengganu & Kelantan...Mmg tidak berkompang seh..Kecuali la kalo mjlis tu mjlis kawen anak org besar2 or majlis yg wat kat dewan besar2...Tapi sejak dua tiga pat menjak ni, trend perarakan berkompang dah makin banyak...Dulu kan, ms kecik2, saya cam risau sgt kalo2 mjlis saya 1 hari nanti tiada paluan kompang..Hahhh, tengok, kecik2 dah risau sal wedding..Hahaha...

Tapi,masa berubah, trend pun berubah...Mebe sbb dah kawen campur2 negeri...Paluan kompang dah ada tuk mengiringi pengantin..Malah dee jay2 pun dah mula boleh cr makan kat mjlis kawen kat sini...Satu faktor yg xde kompang or dee jay dulu, mebe sbb nak jaga batasan agama...Tp, skang, ramai yg buka mata dan lapang dada menerima tu semua sbb kita juz nak meriahkan walimah kan..Bukan nak wat maksiat...

Itu antara hiburan yang menggamatkan majlis perkahwinan...Antara yg x dilupakan adalah psembahan silat...Kat sini pun ada tp jarang2 jugak kot nak jumpa sekarang..Sbb dah xde sgt org reti bsilat kot...Tp yg nyata, saya x prnh pegi mjlis kawen yg ada joget lambak...Korang ada pengalaman???

Untuk mjlis sy br2 ni, sy mmg jemput dee jay tuk meriahkan mjlis...Kalo org luar dgr, mebe rs kelakar & x berapa faham kot..Sbb celoteh dlm bhsa Terengganu habis..Hehe...Satu je yg saya kurang puas hati sal dee jay br ni adalah, dia x pasang lagu kawen byk2..Dia juz pasang lagu2 lama yg makcik2 pakcik2 suke...Sedangkan saya pesan kat dia pasang lagu2 kawen..Sbb saya suke lagu2 kawen...Selepas saya suh acik tegur & bg dia thumbdrive saya yg awal2 saya save lagu kawen & lagu2 cinta yg saya suke barulah suasan kawen saya kedengaran romantik dan moden sket..Tu pun setelah setengah jalan mjlis blngsung..Xpe la,lagu yg makcik2 pakcik2 suke ada, lagu yg saya suke pun ada.

Ada sedikit kelainan tuk mjlis kawen saya.Ayah awal2 dah cari org tuk bkompang..Last2 dia tukar plan..Dia tjumpa pasukan kanak2 riang yg belajar kat sekolah pondok..Kanak2 tu boleh bkompang sambil berhadrah..Maka, perarakan weding saya hari tu, diiringi paluan kompang berhadrah la...Masa bersanding pun derang bhadrah & bernasyid..Itu semua plan last minute ayah...Saya ikotkan je..Janji mjlis saya meriah..
Eh, nmpk x budak bersarban kat dlm pic ni?...Haaa, ayah teh saya tgh susun derang kat beranda la tu..Tuk berhadrah & bernasyid pas seisi perarakan...Btw, i love pic yg mcm ni..Di celah2 bunga dan daun...Saya ada byk pics gini..Nnti saya wat entry khas pasal pics celah bunga..(opsss, hutang lg)...Heheh..Bunga tu centrepiece meja tetamu...Nnti saya wat entry sal centrepiece..(lorrr, btambah hutang)..Hurmmmm....
Ini la budak2 tu....Xde tempat yg proper..Seb bek beranda rumah mmg xwat naik kasut..Bersih tuk duduk..Siap ada karpet....Ni mmg betul2 dpn rumah, pintu masuk nak tgk saya sanding...Padat tol waktu ni..Org nak tgk saya sanding lagi...Nak tgk budak2 ni lagi...
Ini masa berarak...Saya xde pic yg lebih cun la..Sori...(btw, patot pic ni dulu kat ats kan..Dah tunggang tbalik dah aku ni..Xpela..).
Masa budak2 ni bhadrah, dee jay x berbunyi la...Bg peluang kat derang....Ni kalo nak tgk video...Kelakar pon ada..Sbb nama pun budak..Mcm2 muka derang wat...Haha....

Ermmm, itu saja la kot sal hiburan di mjlis kawen saya...Kalo Idayusof, dia ada beg-pipers..Menarik seh!...Kamu camne lak?...Ada pengalaman sendri atau pengalaman kat mjlis org x?..kongsi2 la.....

Thursday, May 27, 2010

wedding thank you tag

Hello pretty lady out there!....Hari ni we not gonna lompat2 ok....Apa kata kita ubah style plak...Jom kita menari ballet sama sebab meraikan dua geng Kita2 yang terbaru iaitu Kay Kamal dan Jihan Musfirah Musa. Dance babes....Dance like a swan!..hehehe... ( saya mmg suka melalut kan..)

Wedding is miracle rite?...Satu keajaiban…Sbb tu kot I cant stop talking about it…Sometime saya rasa cam masih lagi B2B…Sbb still rajin menyinggah kat blog B2B, tgk apa prep diorang, extract idea diorang yang superb…Bukan saya nak kawen lagi sekali pun!..Owh tidak..tapi saja menambah ilmu…Mana tau ble buka pniagaan kawen2 sendiri nanti..Plg koman,bleh tolong adik2 nanti…

Dan saya juga cenderung untuk keep talking everything about wedding sbb ada bbrp perkara yang saya mimpikan untuk perkahwinan saya, tapi x tercapai….Pertama sal strapless wedding gown tu kan..Ok, berhenti membebel sal tu..Tinggal dulu yg tu sbb dah tiga entry bturut2 saya tulis sal baju…

Ermmm, perkara kedua yang saya tak terbuat masa wedding hari tu adalah thank you tag….Ya, very minor thing…Tp memberi makna yg besar…Ia tanda ekpresiasi kita kepada tetamu yang sudi memeriahkan majlis kita...Juga as part of the wedding deco!
Actually I plan to DIY my thank you tag…Sbb sgt senang sebenarnya…I’ve did for my engagement doorgift..Ntah macam mana, for my wedding, saya bertangguh2….Akhirnya bila dah nak dekat sgt dgn tarikh kawen, saya dah give up sbb memandangkan doorgift kan ada berjuta2 lemon…Tak terdaya rasanya nak tbongkok2 mgunting thank you tag…Saya dah cukup bongkok dah sbb duk ikat riben kat doorgift… Saya x segagah Fasha nak buat semua tu..Nape la saya x buat thank you tag awal2, kemudian ikat je la semasa ikat doorgift tu…Tak pun gunakan thank you tag yg diprint pd sticker kan…Buat sekali harung je dgn ikat riben pd doorgift..Bodoh tol saya kan..huhu….Akhirnya, doorgift saya togel tanpa thank you tag….
So, wahai B2B sekalian, jgn wat keje last minute…Thank you tag adalah perkara plg mudah nak dibuat…Kalo mmg bcadang nak wat sendri, buat awal2…Sambil tgk tv pun ble wat kan…Sambil gayut dgn tunang pun ble wat…Guna je handfree n wat keje!...Use ur own creativity…Sonok tau!!

Itu antara contoh2 yg sgt sweet di mata saya....Kalau xde idea nak design, apa susah?..Dating je dgn Mr Google....Byk template yg boleh kita pilih....Paling senang....Bentuk pat segi...Tapi kalo u all ada masa yg panjang, rajin2kan diri try ini...Yes, booolat2....Kene teliti nih..gunting jangan herot tau.......Tapi kalo korang berjaya DIY cam yg ni untuk berjuta2 lemon doorgift, mmg saya tabik spring la!..hehee...Tapi kan, kalo malas sgt, hntr kedai je!....Make sure ur own design tau...Br ada kepuasan diri....Huda, Xora, ko dah wat lom ni????hihi..i suke gertak org yg nak kawen...hahaha...And, this is mine........

Tuesday, May 25, 2010

strapless gown?.....owhhh, bare shoulder

Jom kita sama2 sorak lompat2 special buat Nadia dan Fiz sbb sudi tambah ahli Kita2 menjadikannya seramai 93 org...Hip hip hip hooorrayyy!!!!!

Tengok tajuk di atas......Amboi, saya x habis2 lagi nak merapu sal baju kawen?..Ya, entry ke3 sal baju kawen..Hatrick!!.....Bdasarkan entry yg lepas, saya dah dpt keep tract dua org lady OP yg best..Thanx to Dyla & Fara....Tapi kan...ada masalah la....
Im putting on weight!!!!!!!!!!
So, camne nak pakai baju yg diidamkan tu.????
Akan terserlah la lengan dan bahuku yg gemok dan plum itu!!!!!

Sedangkan kalo nak pakai baju tu, perlu begini...Ya...lengan yg panjang dan halus menggoda seperti ini...Atau sebegini....Owhh.....Aku x kan dpt lengan sebegitu jika workout 2 bulan pong!Amik ko!!!......Shoulder yg seksi!!Owhhhh...satu lagi post idaman kalbu!


So......misi saya bukan saje mcari wedding gown yg hebat, lady OP yg walaaa tapi....
juga kene kuruskan badan??????


Sunday, May 23, 2010

wedding gown

Owhh, x habis2 lagi dgn baju kawen?...Dah la entry lepas bukan main bjela2 bhujah sal baju kawen...Ok xpe...meh kita sorak hip hip hoorrayyy dulu buat Noranis dan Sal sbb sudi menambah bilangan geng Kita2...hip hip hoorraayyy!!!..Terima kasih yea awek2 cun...

Ya, kali ni sy nak bceloteh sal baju kawen lg...tp no more lace or songket lagi yea...I want deviate ur kindly attention to modern wedding gown...Alaaa, cam omputeh duk pakai tu....Ya...inilah maksud saya....Putih bersih....kembang meleret....Baju camni la br nampak cam princess kan...Sungguh menambat kalbu...

Kalau xnak nampak terlalu seksi, boleh alter wat camni plak...Sangat menawan!!......Ada sentuhan lace di bhagian atas baju....Wat cam jaket g2....Idea yg bijak kan...Owhh, lawa!...

The point is......haaaa, br nak masuk point ni....Sebenarnya saya sgt suke wedding gown org puteh...sangat teringin nak pakai ms kawen hari tu....Baju2 cam gni, mmg la byk sgt kat bridal butik...Ada tu,siap tmasuk dlm pakej perkahwinan sekali baju camni...Tapi for my opinion, sepanjang saya duk keluar masuk kedai2 pengantin, xde satu baju pun yg betul cantik & classy...Kebanyakan baju gaun yg disediakan di butik pengantin seperti sekadar melepaskan batuk di tangga..Sorry to say..Tp ini lah realitinya...Kebanyakan vendor hanya lebih menumpukan perhatian kepada busana pengantin tradisionl..Berpaksikan lace dan songket...Diorang, ada jugak gown camni..Tp dlm keadaan yg menyedihkan...Saya bcakap ni mengenai gown siap la..Tinggal nak sewa je..exclusion untuk gown custom made ok....Design gown yg ada kat butik pengantin mostly agak kebelakang...Dan plg utama, material yang digunakan tidak baik...keras kejong!!!..Ya, itulah perkataan plg sesuai diberikan kepada wedding gown di kebanyakan butik pengantin....Diulang, keras kejong....Saya xtau nape boleh jadi cam g2 sedangkan, dlm butik yg sama, baju lace songketnya amatla up to date....Mungkin, wedding gown lebih mahal..Jadi, kebayakan butik lebih selesa mgguna pakai wedding gown yg dibeli ntah zaman bila tu sehingga ke hari ni...Bila xde B2B nak sewa, diorang masukkan gown tsebut ke dalam pakej...Kononnya bila amik pakej lengkap, dpt la sekali gown tu...Maka, pakaila si pengantin itu wedding gown yg keras kejong dan membuatkan mereka nmpk mcm robot..Paling dasyat, skang musim busana muslimah...Ada butik yg alter wedding gown jadi lebih menutup aurat..Macam pic kat atas tadi..Tp, mereka guna material yg x bermutu...Maka, semakin robot la kawan2 pengantin kita....Uihh, sinis la plak saya kali ni...Tp this is what happen out there..bdasarkan pengalaman dan pengamatan saya...Lebih2 lagi untuk butik2 sekitar Kelantan Terengganu ini....Tempat korang, saya x tau la plak..Tp apa kata korang????
Namun begitu, berlainan pula dgn bridal butik Cina...Mungkin sbb mmg butik mereka mmg khas untuk gown2 sebegitu, jadi, pilihan wedding gown di sana boleh buat kita rambang mata....Tapi of kos la seksi meksi....Kalau kita nak sewa gown dr butik mereka, side paying la plak kan....Sebab tu la, mimpi saya nak pakai wedding gown ms kawen hr tu, belum terlaksana.....Satu lagi, saya ni bertudung....Saya impikan yg saya pakai wedding gown yg mgoda jiwa...Macam ni...

Ya....semua mndedahkan bahu....I like!!!!!!!......Love it sooo much actually...Mmg ini impian saya..sejak saya kecik lagi!..(gatal, kecik2 dah kuat berangan)..Tp betul la..Ini impian saya sejak dulu..Nak pakai wedding gown yg mdedah bahu..Semua kawan2 saya tau impian comey saya ni...Pakai gown seksi, pastu amik gmbr camni...Ho ho ho.....mmg aku frame besar2 la pic ni...Letak dlm bilik, pasan sorang2..hehehe...Tp,saya masih tau aurat dan adat...Sbb tu saya x pakai masa kawen hari tu....mcm saya kata td,impian belum terlaksa..Kenapa saya tekankan "belum" ?...Sbb saya masih berangan nak pakai..bkali2 saya bgtau arjuna saya nak pakai...Misi saya, cr gown plg best kat butik cina, hire OP perempuan yg hebat dan shoot!!!..Mebe as hadiah aniversary kawen...Tak yah tunggu aniversary tahun depan....3 month aniversarry pun boleh kan...hehhe....Sapa boleh tolong saya realisasikan impian saya ni??....Any lady OP????

Friday, May 21, 2010

lace ?...songket ?... satin ?... chiffon ?

Owhhh, saya menulis tentang perkahwinan lagi ke?...Ya….Tak tau la nape..Tp this is my passion now…Ingatkan ni mood sblm kawen je..Tp lepas kawen pun, sy ttp suke browse blog2 B2B..Dan kadang kala bdating dgn Mr Google sbb nak cr bahan or cerita2 sal wedding prep…Teruja lebih la bila tgk pelamin, hantaran, wedding gown dan seumpamanya…I think, everything about wedding is such beautiful thing almost la kan…Hehe…So, dah alang2 my blog bertajuk Tales About White Lace & Tiara, maka, saya xkan berhenti menulis apa2 sj sal wedding…Ermmm, nmpknya saya kene buka bisness perkahwinan ni…hihi….
Ok dear…..This time I want to talk about baju kawen….Suke x?...Sapa x suke wei!....Item plg penting tu…Kan kan?....Saya bukan pakar dlm bab2 baju ni…But im not too out of date also….Jadi, apa yg saya tulis ni adalah bdasarkan pengalaman sendri ok….
Bcakap soal pengalaman, saya mmg ada pengalaman sadis mengenai baju…Bukan baju kawen saya…Tp baju tunang…Kalau nak tau kisah lama, boleh klik sini yea…Ringkasnya, kalau tailor kita tu hanya tailor jalanan, kita kene la bhati dlm menata design…Ye, masa tu mmg saya x fikir panjang sgt la…Sbb my fren bagitau, tailor tu terer jahit..Kalau pakai baju yg dia wat, selesa katanya…dan potongan pun cantik…Saya pun, apa lg, tempah la kat situ…Dgn mbawa design saya sendri iaitu gabungan baju Dato’ Siti yg dia pakai dlm Majalah EH! Edisi 20 Anggun + baju kawen Maya Karim…Berangan kan?...Dan hasilnya masa 1st time tgk?....Ya ampun baju aku!!!!!!!!...Lain yg disuruh, lain yg dibuat…Ni baju budak tadika nak fesyen show kea pa ni?!..Mmg rs nak pengsan + menangis la….Bila suh alter, tailor byk songeh dan lambat giler siap, terus saya btukar jadi bridezila yg godzila yg gila!..huuuu…
Hahhh, tu la baju yg wat saya 1st time ngamok2 dlm kedai jahit….Haishhh, bad experience tol!...Tp pic ni pas alter la…boleh la…..Pengajaran kat sini, pastikan betol2 tailor yang u all nak upah tu, tailor yg betul2 bagus..Camne nak pastikan?...Tgk hasil2 keje dia yang tdahulu…Pastu, bila dah ukur, rajin2 la gi jengok baju kita tu kat kedai dia..Pantau progression..Tu pun kalo u all x bz la..Satu lagi, jgn wat design2 merepek..Xyah nak tiru artis sgt…Kalau tailor awal2 dah cam was2 tgk design kita, jgn upah!!..Cr tailor lain…Tailor yg was2 dgn kmahiran sendri jauh lebih baik dari tailor yg confident terer tp hasilnya leh wat kita pengsan kan…
Dgn bbekalkan pengalaman menakotkan tu, saya x hantar kat tailor tu dah tuk baju kawen….Cuak gak beb nak cari tailor yg betul2 pakar…Nak upah Jovian Mandagie?...Sabar nak bayar wei?!!..
So, saya jumpa tailor Cina…Femes gak la kat KT ni….Tapi setelah tunjuk design baju akad nikah & baju bertandang saya (simple je designya), upahnya semua sekali dekat RM800….Mak x mampu kiyah oiii!!...Senak gak tau…Masa tu betul2 tgh kering kontang…Kalo skang boleh la gak kan…Yang mjadikannya mahal tu adalah kain lace tuk mjlis bertandang saya, byk sgt manik2 halus…Susah nak gunting & jahit kata tailor…Saya pun amik keputusan on the spot, xjadi la guna kain lace byk manik tu..Lagipun tu kain free…Hadiah dari Majalah EH!.Terfikir gak nak try tailor lain, tp saya dah fobia..lebih baik kita tukar plan dari upah tailor yg ngaku pandai tp hasilnya hampeh kan..Maka, mimpi nak pakai baju kurung moden masa akad nikah & baju kebaya masa bertandang tpaksa dipadamkan…Time tu jugak saya tukar design…Oh ya,satu benda lagi saya nak ingatkan B2B, kalo plan nak upah baju tu, fikir lu design dia..Jgn bli kain dulu..Nanti huru-hara hidup…Macam saya la…Saya awal2 lagi dah beli lace puteh..Masa gi beli kain tuk wat baju tunang dulu..Punya la semangat & early preparation kononnya…Tp bila time nak design baju, mula la menyesal…Saya suke sgt pada baju yang meleret2 panjang..tp saya dah terbeli lace puteh 2 meter sj….Mmg xle wat meleret la..Lagi satu, saya dah terbeli satin puteh…Padahal design yang saya suke kene guna chiffon…Dalam pada tu, saya teringin nak pakai songket…Huihhh, xke huru hara namanya tu?...So, tips kepada B2B, pastikan dahulu apa kehendak U all…Nak pakai lace ke, satin ke, songket ke, chiffon ke,x nak pakai apa2 ke..Huahahahah…Ok,lawak bodoh..Sambung…Pastu design la baju tu…Kalo xreti pun, gabung2 la ciri2 baju artis yg korang suke…Xpun, discuss dgn tailor apa yg sesuai dgn u all..Tailor hebat je tau…tailor yang reti jahit baju kurung semata, xyah ok!...
Akhirnya….
Yes…Jubah for kad nikah.Plan last minutes nih….Manik2 kat tangan & bahagian depan baju tu, saya yang tbongkok2 jahit sendiri…Hentam je design dia…Xjelas ek pic?...Saya xde pic close up la plak…Ni?
Hehe…tayang gambar bdua sket…Look!..We din even holding hand pon…Malu seh time ni…Siyes, sgt segan dgn arjuna,,..Xtau nape..Haha..Kelakar..gelakkan diri sendri…Kalo x puas tgk pic kecik ni, klik je la pd pic, t kuar ah besar2…..Ermmm tudung tu, ada yg pesan, jgn pakai tudung yg style oning (slh kan ejaan ni) cam g2…Sbb t nak kiss dahi masa batal wuduk susah…Tp kan, kalo pakai tudung bawal, t konyok2…dan 4 sure la kita sibok nak betulkannya tanpa sedar…Macam Huda tunang dulu..hehehe…So, xpe, pakai je oning g2…ble kiss la..no hal…Sua je la dahi u all tu…hihi…
Haaaa,ni baju sanding saya lak….Saya sewa je….Tp ttp ada kisahnya yang tersendiri…Ok, keburukkan baju sewa ready made ni adalah……anda akan rambang mata nak pilih kat bridal butik tu..hehe…Kan kat butik tu ada bjuta2 lemon baju pengantin yang semuanya cantik…Siyes, rambang mata yang…Bagi yg dah ada kaler tema, ble la stick pd tema…Tp bg yg blom decide, amatlah parah untuk pilih kat kedai g2 kan….Baju saya ni adalah baju yg ke4 saya pilih & tukar..Tema saya pink + koko…Mula2, nak sanding pakai koko sbb masa tunang dah pakai pink…Kononnya biar pengapit la pakai pink…Beriya2 la pilih baju koko…2x tukar lak tu..Tiba2 x jadi sbb pink kan sweet..Nanti pengapit i lak lagi swett dr i..Xleh jadi ni…So, tukar la..Saya pakai pink, pengapit koko….
Saya book & fitting baju lain sebenarnya..Tp saya ngelat sket..hehe…Masa tu ada pameran pengantin kat KT…Bbrp hari sblm pameran, saya singgah la butik vendor saya ni..Sbb saya tau butik tu masuk pameran tu..Mesti derang byk baju baru…Haaaa, baju ni tuk pameran tu la sebenarnya..Tp saya mintak dgn kakak vendor nak sewa…Mula2 dia cam xnak bg sbb baju tu untuk dijual shj..Tp saya nak sewa je..Setelah dirunding, kakak tu pun bg la sewa…Itu pun kene tambah RM450 dr harga sewa asal…Hurmmm, xpe la…Asalkan dapat….
Oppsss, x make up dah..Pas solat nih….Apa la yang best sgt dgn baju ni?..Sampaikan sanggup bayar walaupun harga sewanya lebih mahal dari harga upah baju akad nikah or baju bertandang….huhuhu…..Tips nak kongsi kat sini, elakkan tlalu kerap singgah bridal butik..Sbb tiap kali singgah tu la rasa cam nak tukar baju!..
Baju ni panjang…Tp xla meleret ke lantai…. Berat seh baju ni tau…Manik & labuci dia sgt padat..Sarat..Sbb tu saya x pakai tudung yang berlabuci or bmanik2 dah..t I nmpk cam pokok krismas u!...Veil lak, I choose veil bulat singkat….Veil, walaupun juz penyeri baju, tp sangat memainkan peranan yg penting tau..Kalau u all x caya, cuba u all try baju kawen u all tu tanpa veil…Dan try jugak veil pendek, veil sederhana panjang, veil pnjg meleret sampai tanah dan veil bulat…Nnti rupa u all jd berbeza2…And as 4 me,selepas cuba jaya bbrp veil, I think short veil suit me most with that baju…Sweet je....pasan!!!!
Tengok,nak sgt pakai baju trend zaman skang…Butang boolatt2 kat blakang….Kang dah tcabut2 tu…Betul tau,asik tcabut je…tp xla sampai tlondeh….Ni pic nak posing atas katil tp kene betulkan butang lu..haha…
Habis sal baju sanding..Kita beralih lak ke baju bertandang….Ok ,It supposed to be baju bertandang…tp oleh kerana saya suke sangat dgn baju ni sbb mcm cun je terletak kat body, saya pinjam pakai jap wat nite outdoor fotoshoot (patotnya pakai jubah akad nikah tu tuk outdoor mlm…tp x jadi la…hehe)…Cuma, veilnya saya pakai veil-panjang-meleret-ke-tanah yg akad nikah punya..…Oh ya, sebelum lupa..Sal veil panjang ni, owhh, agak la seksa seksi bila pakai veil panjang ni…Sbb, mjlis kat rumah je kan…Dan saya mestila duduk2 bersimpuh ayu…Dah nm pun upacara akad nikah…mestila duk kat lantai…Tp kan, jap2 tduduk atas veil sendri…Tsekat bila nak berpaling kiri kanan…Seksa kan?..Jap2 plak, ada budak2 tertarik veil saya..Tertunjah kepalaku ke blakang…Seksi?..Haiyookkk!!....Ermm, ni peringatan tuk u all tu tau wahai B2B…Tp kalo guna veil panjang tu tuk outdoor fotoshoot mmg cun hbs la…Lagi2 kalo wat pose veil terbang2 cam Hindustan kan..Hehe..
Ni la dia…Baju kurung moden…bukan kebaya tau…Kurung moden dgn belahan di tengah, dari pinggan ke bawah…pastu, ada lace patches sepanjang belahan tu….Lining dia lak, songket puteh….Pada kain (songket puteh jugak), juga ada lace patches diletak secara rawak….
Perhatikan kat lengan baju…Lace nya hanya sekerat je..Sampai siku je…Selebihnya, lengan bercekak tu, saya guna chiffon….Ni pic nak kuar gi nite shooting ni..hehe…
It supposed to be baju bertandang kan….So, kene la pakai masa bertandang….Huuu, tu la rupa pengantin yang bersiap awal dr rumah, mharungi journey selama 3 jam untuk ke reception sebelah suaminya…Sememeh habis bila sampai…Baju pun dah terangkat2 tu..Hahaha…Tuk bertandang, saya pakai veil bulat, sederhana panjang, kaler merah…Sbb tema rumah arjuna, merah + putih….
Ok….tu saja sal baju….Aisehhh, awat panjang giler aku tulih ni?!!!....Ermm, rupanya talking about wedding prep selepas merasa semuanya lebih byk input la ble bagi kan..hehehe…tu saja….Daaaaa!!!!