kita2.... ;-p

Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Sunday, November 25, 2012

Qisya fashion idol!


Apahal lak guna nama Qisya? hahahaha...Mommy love them both!...Tak kisah la Liyana Jasmay nak gedik ke,manja ke,over ke. i juz love jer...And Hanis Zalikha, always be my fav...Dr zaman org belum kenal dia,sampai dah jd artis ni,saya ttp pbaca setia..Paling penting,i sebenarnya suka their fashion senses..heee..Ok bye,ini saja entry hari Ahad... #maukurussupayabolehpakaicantik#

Wednesday, August 8, 2012

randoms

Assalamualaikum readers...

:-)

Lama pulak saya x bsopan santun beri salam sebelum buka bicara kan..Heee...

So,how's ur Ramadhan?..Pejam celik dah nak raya pun kan. Lebih kurang 10 hari je lg Ramadhan akan tingglkan kita. Saya sendiri,Alhamdullilah,masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa tanpa ponteng walaupun dah 2x tak terjaga tuk bgn sahur. Dan,lately, ntah kenapa,bila bgn sahur,sangat tak lalu rasanya nk mjamah nasi walau sesuap. Saya hnya mkn kuh muih atau roti saja. Dan minum milo atau susu. Ok lah..Boleh la bthan sampai waktu berbuka.Tp mjelang petang,lemah longlai la jugak sampai nk bcakap dgn org pun malas. Huuu.. Tapi bila sampai rumah,mengadap muka Qasyaf,serta merta lupa tentang lemah longlai. Budak tu,manja bebenor skang ni. Jumpa je ptg,nak kne gomol ciom2 dulu.Kalo x,dia yg dtg ciom mommy..Mommy nak berehat sambil baring2 golek2 atas katil pun xleh.Nanti dia akan dtg merangkak.panjat atas mommy,ciom2 mommy dgn air liur dia..Yakk!..hahaha...

Last wiken,kami balik kampung Arjuna.Nun di Rantau Panjang. 4 hari kami di sana. Kat kampung,walaupun ada tok ma dan tok abah,Qasyaf tetap nak bkepit dgn mommy daddy. Kalau boleh,dalam 1 masa tu,dia nak dua2 ada dgn dia.Pantang salah seorang bgerak lari sikit,mula la dia mengejar..Aiseh..Skang ni plak,dah pandai nak memanjat,kemudian bdiri,kemudian lepas tangan dgn eksyen. Kemudian jatuh kedebuk!..Tp,x putus asa,bdiri lagi..Dlm fasa mcm gini,dah bbrp kali dia jatuh thantuk..Melalak la seround dua..Huuu..Qasyaf jugak semakin garang.Tak boleh halang keinginan dia.Nanti dia akan mjerit2.Haishh,tu tanda protes nak dpt adik ke?

Baju raya Qasyaf dan daddy dah setel.Puas tu pusing KB cari baju melayu sedondon.Cuma Qasyaf punya agak besar sikit.Kne alter panjang lengan dan labuh seluar. Malas tol mommy nak pegang benang dan jarum skang ni.Huuu...Tinggal baju raya saya je la x setel lg. Susah nak cari baju cun bila preknen sarat mcm ni..Kalau cun pun,mana muat perut ni. Last year pun,dah last2 minit br beli jubah.Itupun bila pakai,bahagian belakang baju jd bkedut2 sbb agak ketat di perut.Alahai.Ini nak kne cari baju yg sesuai,sama kaler plak tu dgn anak dan suami. Jenuh seh. Untuk baju jubah or kaftan ni,i prefer not to do on9 soping.Sbb takot x padan. Baju lain xpe..Oh ya..Saya baru je terima parcel dr Jessabella. I bought 2 helai sleeveless maxi dress plus size.Very nice!Kain pun cantik.Nanti ada masa saya update gambar yea. Cuma,mmg utk plus size la.Kalau preggy mcm saya ok la.Boleh pakai..Itu pun agak longgar2..Dan be aware,baju dia labuh la..Agak meleret..Kne alter sikit nanti tpijak kain lak.Huuu...Saya ingt nak buat baju tu as baju raya je..Boleh pakai raya ke 2 ke,ke 3 ke..(raya pertama mesti ikot tema kaler sama Qasyaf dan Arjuna kan which is hijau!...Maxi dress yg saya beli on9 ni polkadot merah dan satu lg electric blue)..Oleh kerana sleeveless,nak padankan dgn chiffon cardigan dr Misslily..Oleh kerana cardigan tu pre order dan belom sampai lg dan tuannya ni dah x sabor nak pakai baju baru,maka,saya pakai je hari ni.Dipadankan dgn jaket hitam.Lagipun nak bg ceramah kat sekolah menengah hari ni.Mesti la bgaya sikit kan..Hehe...Ehemmm,itu soal baju..Barang special dr Buggybabyboogie pong dah sampai..Lompat bintang!.. Gorgeous ok!..Hihi...Will reveal dlm entry akan dtg yea..Heee..

Skang,tgh usha clutch plak..Ingat raya ni nak pakai clutch je. Mcm malas nak beli on9 sbb this wiken insyaAllah,kami akan bsama2 menyesakkan KL yg tgh sesak tu..Haha..Tgk lah mcm mn...

Ok,what about Little Q?..Hurmm,barang2 byk lg yg belom setel ni. Ada sebulan lebih lg kan. Sempat la kot..Baju,storage botol,breastpump,semua x basuh lg...Akan disetelkan sebelum raya kalau rajin..Hee..Last check up lastwik,berat saya turun sekilo. Agak memeranjatkan..Tp,mungkin sbb puasa kot.Tp Little Q aktif mcm biasa. Dan mula mengeras..Bila perut mengeras,Qasyaf pulak duk gomol mommy,mak aihh,senak rasanya!Tp xpelah,itu mungkin bonding antara Qasyaf dgn adik kan..Ingt mlm ni nak gi check up kat private pulak. Kita tgk gender sekali lagi yea..Jgn doc tukar ramalan sudah. Saya dah beli semua pink nih!

Rasanya,itu saja update kali ni...Till then..Daaaa!!!

Wednesday, August 1, 2012

budak kampung baru nak kenal STORKSAK

Saya la tuuu..hihihi....
Macam mana saya bertatih tuk kenal Carlo Rino,kemudian Guess, kemudian Coach..InsyaAllah nanti kenal Gucci, kenal Prada dan kenal Dior.
Macam tu la jugak saya bertatih kenal Disney Baby, kemudian Bumblee Bee, kemudian Carter.
Sekarang mahu kenal Storksak.
Oh ya..Im talking about bag again and again.
Sila jgn bosan. Sbb inilah saya.Jika bosan,pergi baca blog lain..Hehe..

Founded by Melanie Marshall and Suzi Bergman, in 2003 London.

Following Suzi’s career in law and Melanie’s in fashion and textiles, their combined experience has been paramount to the success in building Storksak.

Creating bags that are highly fashionable without sacrificing function, Storksak has carved out a new niche in parenting bags. Exceptional quality and detailing, the collection now includes; luxury leather Womens and Mens bags, accessories and original printed bags.


Setelah gigih menggoogle (gigih la sgt kan), saya jumpa dua penjual atas talian yg nmpk boleh dipercayai yg menjual storksak..

buggybabyboogie

babypinkcollection

Kedua2nya boleh dijumpai di facebook juga..
So,check it out!

Btw,glamer sgt ke Storksak neh?
Well....

Brad Pitt & Storksak Jamie Espresso

Angelina Jolie & Storksak Emily

Rebecca Gayheart & Storksak Jools

Jessica Alba & Storksak Dori

Till then..Daaaa!!!!

Monday, July 30, 2012

of diaper bags...chic diaper bags actually :-)

Well, i am handbags lover. Sangat suka pada handbag. Giler handbag mungkin. To be precise, branded & designer handbag actually. Hurmmm...Saya tak kisah pakai baju pasar malam asal handbag saya ada jenama. Saya tak kisah pakai sandle murah asal handbag saya mahal. Ya, it juz handbag. Masuk shopping mall, takpe tak singgah butik baju asal boleh cuci mata kat butik handbag. Kalaulah saya kaya, dah berbelas LV agaknya ada dalam koleksi saya. Kalaulah saya kaya,tiap bulan pun mau beli Gucci. Kalaulah saya kaya, Tods tu buat pakai gi pasar je. Iskk, tak baik berkata kalaulah. Syukuri apa yg ada. Dan kene berusaha untuk jadi lebih maju dalam hidup. Betul tak.

Ok,berbalik pada handbag. Princess Vee is doing her July Final sale!!!.Rambang mata ok!. Much cheaper than actual price kat butik. Bukan sebab barang tiruan. Tp sbb dia beli direct dr US kat outlet dan dia tak perlu sewa butik tuk beg2 dia tu.

Dan saya terus jatuh hati pada ini.
Dah lama sebenarnya jatuh hati. Tp,rasanya masa tgk hari tu kat satu website ni,harganya lebih mahal..Kali ni mcm murah..Sikit la...Yummy..Menggoda jiwa. Terus whatspps Arjuna ckp nak beli ni boleh?.And he said OK....Yeayy!.. But, but, but, im a mommy now. Kenape la bila dah jadi mommy ni, otomatik pemikiran jadi lebih matang la pulak dah. Berbaloi tak beli handbag tu? Pakai sekali sekala bila pergi miting je. Ya,juz bila pergi miting. Sbb datang keja kat klinik, saya tak bawa handbag pong. Sbb bila handbag mahal ni,macam sayang pulak nak buat bag basahan gi kerja,then letak kat klinik, then tetiba kne enviroment klinik,salah letak,terpercik air liur patient..Eeee,bek simpan kat rumah kan. Datang kerja pun jalan kaki je. Lenggang bawa purse sebiji sudahlah. Maka,handbag2 saya hanya digayakan sewaktu pergi miting sahaja sekarang ni. Sbb bila gi jalan2, most of the time, di mana ada saya,di situ ada Qasyaf. Bila ada Qasyaf, maka kena berangkut diapers dia la,botol susu dia la,burp cloth dia la. Jadi, sejak jadi mommy ni,say lebih banyak bergaya dgn diapers bag. Hurmmm,berbaloi tak beli? Kalo duit mmg bkepuk2,tak apalah kan nak beli banyak mana pun. So, now im thinking of buying bigger handbag yg boleh dijadikan beg anak2 jugak. (Ya,anak2 la. Kan ada sorang lg nak keluar ni..Hehe)...
Ini macam best kan. Sbb besar. Boleh sumbat macam2. Boleh guna untuk jalan2. Boleh bawak gi miting. Well,i dont mind oversize bag. Hurmm..Tp kan,dah nama pun handbag. Bukan diaper bag. Maka ia xde ciri2 yg diperlukan untuk sebuah diaper bag. Ciri2 diaper bag yg baik adalah:
- Mesti besar sbb nak sumbat macam2
-Banyak compartment sbb nak letak diaper, botol susu,toiletries baby, towel baby,purse mommy & handset mommy...Taknak la semua brg tu bcampur aduk dlm bag kan...
-KALIS AIR luar & dalam. Amat penting ya. Sbb susu tumpah & baby muntah adalah perkara biasa!

So,nampaknya handbag di atas takde ciri tu semua. Ayooo!!!!...

Huhuhu..Apasal la aku kecoh sgt ni?! Pasal nak beli handbag je pun kan.!

Sebabnya, mcm dah ckp awal2 td, i am handbag lover. Suka branded & designer handbag. Dalam masa yg sama, masih memikirkan pro & cons beli handbag mahal sbb saya bukan byk duit sgt. Plus ni nak raya lagi. Plus ni nak beranak lg. Barang2 anak2 lg penting kan. Heeee...Makanya, apa kata kita cari altenatif lain?

Just because you are a mom, doesn't mean you have to sacrifice your style! The fashion world has finally recognized that diaper bags don't have to be dowdy (or covered with cartoon characters!) to be functional, and there are some awesome choices out there when it comes to deceivingly stylish diaper bags. sumber

Ya,setuju sangat kan dgn penyataan di atas.

Diaper bag yg saya duk uli sampai lunyai dari Qasyaf mula lahir sampai sekarang adalah ini.
Sangat best sebab ada banyak poket luar dalam, kalis air, ada changing mat. Yang penting tak nampak macam diaper bag kan. Masa tu, takde plak tfikir nak beli designer diaper bag. Sbb tak tahu pun kewujudan designer diaper bag ni. Plus masa tu baru beli Coach sebijik.Takde la heran nak beli diaper bag yg mahal kan. Hehe..Kali ni,sbb nak kena beli diaper bag baru sbb ada baby baru & yg lama dah lunyai. Disamping tu,nak jugak beli handbag baru sbb....sbb...sbb...xde sbb la..Beli handbag kena ada sbb ke oi?!!..haha..

So, setelah menggoogle,saya jumpa bbrp designer / chic diaper bag yg boleh dibuat handbag jugak. Kita abaikan diaper bag-tak-mampu-milik macam LV dan Gucci ok. Kita tgk yg sedang2 tp bukan kartun2 warna warni...Jom intai!


Marc Jacob.. Ada dua tali. Boleh galas, boleh pegang. Siap ada changing mat. Ada kaler hitam & purple jugak. RM1220. Tp tak tahulah material dia mcm mn. Personally,saya mcm tak berapa berkenan.

Oi Oi Red Weathered Leatherette Ruched Tote Diaper Bag. Harga dalam RM600++ kot. Tp macam susah nak dapat je kat Malaysia ni. Ke ada sapa2 tau ni boleh dapat kat mana? Kalo siapa tau,plez inform me.
Storksak Olivia. RM599...Sukeeeee!!!!...Storksak mmg personalize in diaper bag. Dan biasanya mahal bangat. Tp yg ni rasanya affordable sesuai dgn design dan fuction nya. Ada jual kat Buggybabybuggie. Macam ini je yg dah melekat di hati ini. Heeeee....

Sementara perasaan ingin tgh meluap2 ni,kne beli cepat ni..Karang ada je duit terbang ke mana2 kan..Haha...

So, ada cadangan lain?...Do respon me ya!..Sehingga jumpa lg...Daaaa!...


Tuesday, May 8, 2012

mahu tukar imej

Sbb usia pun dah meningkat...Bukan ramaja lagi..Kan sudah jadi mak orang...Erkkkk, tu ke alasannya?...

Sebenarnya sbb sudah gemokkkssss!...Ya gemokkksss kau tahu?...Jeans terasa amat sendat di perut..A'ah, di perut..Di bontot x ketat sgt...Perut yg blemak..Aduhai!...

So, dah jumpa imej yg bkenan di hati..In trend la katanya...

Tadaaaa!


palazzo pant




maxi skirt

Ya...setelah dikaji, kedua2 imej ini sesuai digayakan oleh gadis (gadiskah aku..kahkahkah) yg montok jugak...But of kos, skinny style it better...Yg montok2 gebu, kne pandai mix n match...Hurmmmmm....

Jadinya, lets shopping!...Ehemmm,sehelai palazzo baru dah selamat transfer dari butik ke almari..hihihi.... Rasanya nak klik cimbclicks tuk sehelai maxi skirt neh...Tp bli on9 xle nk cuba..Risiko!...huhuhu

Haaaa,sapa nak bli my preloved levis?heee.....Tak pun simpan je kan..Sebagai pbakar semangat tuk kurus kembali...Otherwise,jeans xkn ditelan zaman kan...

Wednesday, August 18, 2010

baju kurung

Hi peeps!...Korang dah ada mood raya lom?...Ok ok...Puasa baru bbrp hari... Tp apa salahnya kita ceriakan puasa kita dgn amik mood bhari raya kan...Dgn syarat, jgn la malas2 terawih & bace Quran sbb hati tu dah nak beraya sgt..Hehe....Jom kita alu2kan kehadiran 2 org baru dlm geng Kita2...Jariah dan Norainie Ismail.... Ainie dearie, give me ur link ya... I xdpt cr ur blog...

Okeh...Apa kata kita borak2 sal baju raya... Of kos la kita cantik bgaya dgn baju kurung @ baju kebaya kan... Apa kes nak pakai tight jeans di hari raya..Betul x?..Tapi korang tau x asal usul baju kurung dan baju kebaya?...Haaa, saya ni dpt demam apa ntah..Rajin plak nak bdating dgn Mr Google cari sal Baju kurung...Semua ni sbb baca Majalah Eh bulan ni la...Dia kata kita bangga dgn jenama antarabangsa, tapi tahukan kita selok belok pakaian asal kita..Hurmm.....

Sebut je baju kurung, dah tbayang kat fikiran kita baju yg besar dan labuh sampai ke lutut...Tapi, zaman dolu2, baju kurung asalnya ketat dan singkat..Tapi,Tun Hassan dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka dah ubah suai jd mcm yg kita duk selalu tengok & pakai sekarang..Hah, dah lama giler kan..Tp ada riwayat yang mengatakan, baju kurung, berasal dari Johor sejak 1800... Sebab tu la ada klasifikasi baju kurung Johor, baju kurung pahang dan lain2 lagi...Konsepnya tetap sama iaitu labuh dan besar....Baju kurung tradisional adalah longgar, lengan panjang, bpesak, berkekek dan kembang sedikit di bahagian bawah...Korang tau x apa itu pesak & kekek?..hehe... Pesak tu yang bahagian tepi baju tu...Ada 2 keping dan dicantumkan pada kekek..Kekek lak yg bawah ketiak tu...Baju kurung ni dipakai dgn kain sarung "ombak mengalun"....Ala, kain yg susun sebelah tepi tu la...Ada dua jenis baju kurung...Iaitu baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang...
Ini leher teluk belanga...

Dan ini leher cekak musang..

Hihi...Itu la sikit2 sal asal usul baju kurung...Sekarang, baju kurung dah banyak perubahan...Masih ramai yg kekalkan ciri2 tradisional, tp ramai jugak yg dah mula ubah suai...Baju kurung paling hot skang ni adalah baju kurung moden.. Lebih ketat iaitu mengikut bentuk badan..Baju kurung moden xde la segala pesak dan kekek tu...Sbb tu ia lebih mengikut bentuk tubuh...Antara pengubahsuai pada baju kurung adalah pada baju itu sendri, leher, lengan dan kain...
Baju yang tiada pesak dan kekek...Leher diubahsuai...Leher bulat dan luas diletak perincian permata.. Lengan pun mengikut saiz lengan..Tak besar mcm yg tradisional..Kain plak, mcm skirt kembang kan....

Yang ni plak...Lengan masih besar seperti baju tradisional tapi ada cekak cam2 plak kat hujung dia...


Berleher cekak musang..Tp sentuhan lebih moden...Dan potongan lengan yg in trend lah skang ni.....Oppsss, tadi ckp sal baju raya kan..Tp dah masuk bab baju kawen seh..Nak buat macam mana....Saya suke....Hehe...All that, by Rizalman Ibrahim....

Sape kata mesti pakai ketat2 ubah suai sana sini br cantik...Tengok..Baju kurung tradisional juga by Rizalman....Cun habis!....


Ok, interprem sket....Pic raya last year...A year ago...Tahun ni sy dah tempah baju kurung moden jugak...Suh tukang jahit guna ukuran yg sama walaupun saya dah mkin gemok...xpe xpe...Tempah or beli baju yg lebih kecik kan sebagai motivasi nak kurus!!!...

Sekian bebelan saya untuk hari ini...daaaa......