kita2.... ;-p

Showing posts with label babysitter. Show all posts
Showing posts with label babysitter. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

ni nak cite pasal babysitter

Saya ni bukanlah bos yg cerewet. Bukan jenis yg marah2. Bukan jenis yg serba tak kena. Saya bukan asik x suka org tu, x minat perangai org ni...Taklah..Saya biasa je...

Tp, dlm hidup, kita jumpa dgn ramai org, bgaul, berurusan dgn mcm2 jenis org, ada la jugak satu dua yg mampu buat hati panas je kan.

Semasa pemilihan babysitter tuk jaga anak2 kat klinik awal tahun baru ni, xde ramai calon pun...Jumpa sorang terus setuju nak hire. Ibu jugak yg setuju. Biasalah, masa sesi temuduga berkenal2an mmg semua nampak elok kan.

Ni, dah masuk mggu ke3, makin terserlah la mana yg tak best...

Bs ni suaranya bergegar2..Bcakap kuat mcm mjerit sampai bgema...Ok,tu xnak komplen sbb tu dah semulajadi dlm diri dia kot.

Bs ni, bnyk bawa cerita jugak..Dia satu sekolah satu kawasan perumahan dgn one of my staf..Mmg bnyk cerita la derang..Tp most of the time, bunyi mcm bs ni ckp sorang2 pun ye jugak sbb suara dia kuat x kontrol.Suara my staf x kuat plus my staf reti la jugak kot nak segan dgn bos ni hah. Ok,xpelah, Tak nak komplen jugak sbb xpelah..Asal dia x bising ms patient ada je..So,xpe..

Dua tiga hari ni, duk melalak menyanyi la plak hoi...Takde rasa segan langsung kpd saya as her bos..Menyanyi dgn kuat tu sbb suara dia kan mmg bgegar....Staf saya yg dua org tu pun heran agaknya tp buat derk je la..Periang sgt orangnya kot. Saya pun buat derk je la...

Tp satu perangai yg saya x suka, bs ni suka bergayut di pintu klinik. Bergayut means bergayut la..Dia buka pintu klinik sikit..Tangan di pemegang pintu..Pastu mengulas sendiri apa yg dia tengok pastu ketawa sendiri..Staf saya yg duk di kaunter kadang2 layan, kadang2 x layan dia..Time xde sapa nak layan dia, patient xde, anak2 lepak dgn saya, mula la dia tegur budak2 yg lalu lalang..

Depan klinik saya sekolah menengah which is sekolah dia dulu..Budak2 lelaki selalu park motor dekat2 klinik..Habis sekolah, derang lepak atas motor sambil hisap rokok..Boleh pulak si bs ni ajak budak2 sekolah form4 form5 tu berborak...

Hati saya dah panas dah tadi...Hudoh benor pemandangannya..Seorang gadis, bgayut di pintu klinik bborak dgn budak sekolah hisap rokok..Klinik ok..Ini profesion profesional..Bukan kedai runcit jual gula2...Panas,,Panas...

Mcm mn nak tegur yea...Saya pandang je dia..Dia buat x tau..Terus bgelak ketawa dgn budak sekolah tu...Mintak belanja ais krim la..Tny psl cikgu la..Haishh...

Sekali Qasyaf keluar ke koridor..Dah pintu mmg tbuka sikit kan sbb bs duk bgayut di pintu..Qasyaf keluar..Saya pun terus menjerit suh Qasyaf masuk..Serentak suh si bs masuk jgn duk di pintu,ckp saya x suka tengok dan x suka kalo Qasyaf terlepas keluar...Dgn nada yg tinggi tu sbb konon marah Qasyaf kan..Sambung terus la ayat tnpa rendahkan tone suara..Hahahahaha....

Terus dia masuk dlm x gayut dah...Kita tgk, kalo gayut lg, saya akan sound lg tanpa guna alasan Qasyaf..Kihkih...

Qasyaf plak elok la plak bkerjasama masuk dlm bila mami marah tadi...Heeee...

So, mcm tu lah...Ni anak2 tido,,,Bs tidokan Qisya dlm buai lepas kejadian tadi..Qasyaf, saya yg tidurkan..

Kadang rasa xyah bs pun xpe,,Sbb anak2 saya dah pandai behave bila ada patient..Tengoklah, sebulan ni je kot pakai bs...Hurmmm.....

Friday, January 3, 2014

entry pertama 2014

Assalamualaikum...

Heee, baiknya, bagi salam plak hari ni..Hihi...Ambil berkat hari Jumaat kan...

Ok...Semua dah tau insiden taska anak2 saya..Insiden tu..Hahah...
Makanya, petang Isnin tu, terus saya tny one of my staf kot2 ada kawan dia nak jd babysitter..Staf saya ni duk rumah flat dekat klinik ni je...

Malam tu, terus staf saya msg bgtau ada kawan dia nak jadi bs...Saya pun suruh dtg klinik esoknya...

Ibu pun datang klinik...Tolong tengok budak tu la kiranya..Lepas interbiu sikit2 ibu kata ok la...

Orangnya muda lg.Umur 20, single, duk rumah flat dekat klinik jugak...

Saya minta dia kerja 9.30am-7pm, Isnin hingga Khamis saja...

Kerjanya x susah langsung...Juz jaga Qasyaf dan Qisya masa saya ada patient...Itu je...Dan kne la jugak layan makan, layan mandi berak kan...Tp, setakat 2 hari ni, Qisya mmg xnak langsung dgn bs..Mcm fobia dgn stranger gitu..Kesian..Kuat tol penangan taska...Qasyaf ok ok je...Nak mandi dgn kakak bs, tp nak mami pakaikan baju...Elok2 baca buku dgn kakak, tengok mami main game kat fb, sebok nak main jugak...Dia mmg ngada2 kan...Hehehe...

Jadinya, nampaknya, kurang la sket entry kat blog...Sbb ada pengkacau kat klinik kan..Haha...

Saya dah susun atur balik dah perabot dlm klinik ni...Kat ruang menunggu adjust sket, buat ruangan kanak2...Then bawa masuk sofa dlm bilik peribadi..Senang bila Qasyaf nak tido...

Hurmm...Itu je la nak cite..

Bai...




Thursday, January 3, 2013

tentang babysitter


Saya ada kerjaya. Kerja kerajaan. Terikat peraturan kerajaan. Masuk kerja pukul 8am, balik pukul 5pm. Tapi saya juga seorang mommy. Sebagai mommy yang bkerja, saya menyerahkan kepercayaan menjaga anak2 saya sementara saya bkerja kepada babysitter. Saya perlu percaya pada babysitter. Saya perlu yakin pada babysitter. Selebihnya,saya serah pada Allah. Sentiasa berdoa semoga anak2 saya dijaga dgn baik. Dgn penuh kasih sayang. Mcm anak mereka sendiri.

Qasyaf tiada masalah. Babysitter Qasyaf sayangkan dia mcm anak sendiri. Kadang kala,saya pula yg dipesan supaya jaga Qasyaf begitu begini. Dulu,masa tahu saya preknan lagi,awal2 lagi mmg saya plan nak hantar Qisya kpd babysitter yg sama dgn Qasyaf. Biar 2 beradik tu duk dgn Mak Ti (panggilan Qasyaf pada babysitternya). Awal2 jugak,saya suarakan keinginan saya tu. Masa tu,babysitter Qasyaf senyum je.

Tapi,suatu hari,dia ajak saya masuk bsembang lama dgn dia. Katanya,dia xnak jaga Qasyaf dah. Dia kan xde anak. Umur nak dekat 40 dah. Selama ni dia bukan abaikan usaha tuk dapatkan anak. Cuma kali ni,dia nak lebih bsungguh2 katanya. Katanya lagi, dia nak berubat kat Kedah sbb org kata kat sana ada satu klinik yg bjaya buat org preknen. Sambil menangis babysitter Qasyaf mintak maaf dgn saya. Dia bg dateline sampai saya bersalin je. Lps tu,xnak jg Qasyaf dah. Saya,mulanya saspen jugak. Tp masa tu fikirkan lambat lg nak bersalin, dan bila dah bersalin pun,3 bulan saya cuti,rasanya sempat la cari babysitter lain.

Lepas bersalin, saya x focus sangat soal nak cari babysitter. At the same time,babysitter Qasyaf selalu jugak kol tanya khabar Qasyaf. Dia selalu rindukan Qasyaf. Ini petanda baik ni. Saya ada peluang tuk hantar Qasyaf kat dia lg. At the same time jugak, sejak saya bersalin,Qasyaf asik demam je. 40 hari saya berpantang,40 hari jugak Qasyaf demam. Siap xde selera makan. Batuk,selsema,muntah,cirit birit,semua Qasyaf sapu. Risau. Balik je kuaters kami lps tempoh bpantang tu,kami ke rumah babysitter Qasyaf. Kami cerita pasal Qasyaf sakit2 tu semua. Kami suami isteri pujuk babysitter Qasyaf,mintak dia jg Qasyaf balik. Dia ckp,ok lah,dia akan jaga Qasyaf sementara kami dapat babysitter baru. Masa tu,saya kan baru lps pantang. Baru nak duk sendri balik. Tak biasa lagi jaga 2 baby sekaligus tanpa ptolongan ibu. Jadi,masa Arjuna gi kerja,Qasyaf duk dgn babysitter dia la. Saya kat rumahdgn Qisya. Tak apalah,kalau dua2 dgn saya,saya takot x dpt bg phatian sepenuhnya. Lagipun Qasyaf baru pandai nak bjalan. Lebih selamat dan terjaga kalau dia duduk dgn babysitter dia. Dan saya betul. Lps duk dgn babysitter dia,Qasyaf sihat semula. Ada selera balik malah btambah2 seleranya. Syukur.

Dari semasa ke semasa, saya mintak la babysitter Qasyaf tu carikan babysitter baru tuk Qasyaf dan Qisya. Sbb dia kan org tempatan. Mungkin dia tau sapa2 nak jaga baby kan. Tp,dia pulak cakap, Qasyaf x akan nak dgn org lain punya. Qasyaf mmg akan menangis meraung kalau org yg x kenal amik dia. Even kalau nak dukung sekejap pun dia x nak. Pulak dah. Haishhh,babysitter Qasyaf ni agaknya,dah saying sgt kat Qasyaf. Tak nak jaga. Tapi nanti kang rindu. Haha. Last2,sampai sekarang, Qasyaf still duk dgn Mak Ti dia dan makin manja dgn Mak Ti. Senang hati saya. Kisah babysitter Qasyaf nak berubat kat Kedah tu sampai sudah x tau ceritanya..Heee...

Ni tentang babysitter Qisya pulak. 1st candidate yg babysitter Qasyaf tolong carikan dulu,x menepati citarasa kami. Orgnya muda sgt2. Dlm awal 20an kot. Tak pun x sampai 20 thn. Tp,budak tu dah biasa jg baby katanya. Kami kurang bkenan,sbb dia duk rumah sewa. Rumah kampong yg sgt la daif. Saya bukan nak menghina. Saya pun faham. Budak tu baru kawen. Baru nak belajar hidup sendri. Rumah sewa kat Paka ni buka murah. Yang diorang duduk,yang sangat daif tu pun dah RM200 sebulan. Saya faham tu. Tp ye lah. Ko nak tinggal anak ko dgn org kan. Biarlah tempat yg elok sikit. Bukan nak tinggal sehari dua. Kalau jaga elok,mau jugak 2,3 tahun sebelum masuk taska kan. So,kami rejek calon ptama tu.

Susah jugak nak cari babysitter kat Paka ni. Yang dah jaga 2,3 org budak tu,ramailah. Tapi saya nak yg jaga anak saya sorang je. Dlm masa yg sama,kami pujuk babysitter Qasyaf suh jaga Qisya jugak. Babysitter Qasyaf ckp,bukan dia x nak,tp dia takot x sempat. Qasyaf tu manja. Nak konker Mak Ti sorang2. Even kalau anak sedara Mak Ti dtg rumah pun,Qasyaf xnak turun dr dukung Mak Ti. Nak konker sorang2. Haishh..Saya xnak la paksa babysitter Qasyaf. Karang dgn Qasyaf sekali dia xnak jg.

Saya mntk tolong staf klinik carikan babysitter lain tuk Qisya. Jumpa la sorang ni. Agak jauh jugak la dr rumah saya. Tp xpelah.  Kakak tu pandai bcakap. Baik je semua yg didengar. Kami pun amik keputusan hantar Qisya kat situ. Qisya ni,langsung xde masalah. Behave sgt. Kalau dia x tido,kita nak masak,tinggalkan dpn tv pun xpe. Jaga Qisya,beres je kalau nak buat kerja rumah tu semua. Ok je. Cuma bab minum susu kot botol la parah sikit. Kne bjoget sakan,puji melambung suh dia hisap. Dia hisap la jugak sikit2 sekadar basahkan tekak. Jadi,saya tpaksa berulang alik ke rumah babysitter tu tuk susukan Qisya. Hari kedua saya hntr Qisya,waktu tgh hari masa nak pergi susukan dia,babysitter Qisya sms saya suh blikan dia topup RM10. Ok la. Saya pun belikan. Sampai je rumah dia,dia nak bayar,saya ckp xyah la. Alaaa,RM10 je pun. Saya mmg ikhlas.

Maka,begitulah,saya berulang ke rumah babysitter Qisya. Tgh hari je pergi menyusu. Bila duk sembang tiap2 tgh hari tu,mula la keluar cerita macam2. Babysitter Qisya ckp,dia boleh je nak jaga 4 baby sekaligus. Tp husband dia x bagi sbb mlm dia akan keletihan. Dia pernah la jg 4 baby sekaligus dulu. Pastu,dia kurangkan pada 3. Pastu kurangkan pada 2 org. Katanya dah 5 tahun jadi babysitter. Dah ramai sgt duk dgn dia. Mmg jaga baby ni sumber pendapatan tambahan la tuk dia suami isteri.

Borak2 lagi. Dia cerita itu ini. Tetiba dia cerita pasal mak budak yg dia jaga sblm ni,bkira soal mkn anak2 katanya. Tak bekalkan makanan tuk anak pun. Hari2 mkn nestum. Dia la yg buatkan bubur ke apa. Haishhh,saya ni jenis pantang sikit kalau dgr org cerita blakang pasal keburukan org lain. Lagi2 kalau org tu saya baru kenal 2,3 hari.  Lain lah kalau kita mmg kenal. Tu pun x patut kan. Saya mmg x suka. Even kalau staf bcakap buruk tentang staf lain pun saya x suka. Sbb,saya fikir,kalau dia boleh ckp buruk tentang org lain pada saya,dia jugak boleh ckp buruk tentang saya pada org lain kan. Tp saya abaikan saja. Sbb manusia ni ada mcm2 kan. Lantak lah. Asal Qisya elok sudah.

Then,pada hari ke berapa ntah,babysitter Qasyaf sms mintak nak pinjam RM50 sbb xde duit nak buat belanja rumah. Dia ckp,nnti bila bayar gaji,tolak lah terus. Ok,RM50 je. Bukan RM500 kan. Its about money ok. For some people mmg x kisah. Saya juga x kisah. Tp dlm hati ini ada rasa tidak sedap. Dia baru kenal saya bbrp hari. Dan suami dia kan kerja. Takkan xde duit langsung untuk btahan tunggu saya bg gaji juz 4,5 hari sj lg. Sbb saya biasa bayar babysitter 30 haribulan setiap bulan. Dan mmg dah niat saya,walaupun x sampai sebulan,saya tetap akan byr babysitter Qisya ni penuh. Tapi saya buang rasa x sedap hati saya tu jauh2. Cuba ikhlaskan diri nak tolong org. Saya bagi terus RM300 kat dia. Saya ckp,xpelah,kira gaji awal la. Dlm hati,ada jugak rasa kesian. Org dah jaga anak kita kan. Tak yah la bkira sgt. Lagipun,mmg nak bg upah dia pun kan. Duit tu dah mmg diasingkan tuk byr dia. Takpe. Pujuk hati sendri walaupun,kawan2 kat group bg mcm2 pandangan. Hey,rupanya org sgt sensitif bila soal duit ni kan..Hehe..

Esoknya,pagi,saya hantar Qisya mcm biasa. Dan saya tnampak suami dia merokok dalam rumah. Sori to say,saya anti perokok. Dan merokok dlm rumah? Ntah2 selama ni,Qisya dah bnyk sedut asap rokok. Nauzubillah!. Saya pergi kerja mcm biasa. Tapi dlm hati dah x tenang. Dlm kepala fikir mcm2. Terus kol ibu. Mulanya xnak cerita la bab pinjam2 duit ni. Tapi dah susah hati,tkeluar semua cerita bab dia pernah ckp buruk pasal org lain,bab pinjam duit,paling haru bab hisap rokok dlm rumah. Susah hati sgt2. Ibu suh cr babysitter lain. Tang tang tu jugak saya kol sana sini mintak kawan2 tolong carikan babysitter baru. Nak mintak tolong staf klinik,segan pulak. Hari tu derang dah tolong carikan merata. Dah jumpa nak tukar. Ni nak mintak tlg cari lagi,mesti org akan tny kenapa. Dan Paka ni kecik je,bila misi2 bcakap kang,merebak2 kepada org lain,susah plak. Saya siap kol pembuat kek lg..Haha..Saya dah bbrp kali dah tempah kek,pavlova,durian crepe dgn dia ni. Kenal melalui urusan jual beli tu je la. Tp dah tdesak,mintak tlg jgk dia carikan sbb dia org tempatan ni je. Haha.

Last2,kerani saya bagitau,kawan kakak dia yg mmg dia kenal rapat tgh cari ada x sapa2 nak suh jaga baby. Sblm ni org tu duk Dungun. Pernah jaga anak cikgu. Skang dah pindah Paka. Dah biasa jaga baby,so,nak jg baby jugak la duk Paka ni..Terus saya kol org tu,ptg tu jugak pergi rumah dia dgn Arjuna tuk bkenalan. Terus kompem nak tukar babysitter.

Macam2 alasan yg saya fikir tuk bg kat babysitter Qisya tu. Yelah,mmg la saya nak tukar babysitter sbb husband dia merokok dlm rumah. Tp,kita ni hidup bmasyarakat. Nak jg hati org. Tak nak org bawa mulut cerita buruk pasal kita kan. Owhh,sign of aging la ni. Dulu,saya jenis x kisah apa org nak kata. Lantaklah. Skang tidak lagi. Heeee.... Makanya,Qisya duk dgn babysitter yg 1st tu juz 9 hari sahaja. RM300 tuk 9 hari. Takpelah,rezeki dia la tu.
Tapi kan bila difikir balik, bnyk jugak yg x best pasal babysitter Qisya yg 1st tu. Sekarang kan musim hujan.  Susah jgk la nak turunkan anak dr kereta bawa masuk rumah babysitter. Or dr rumah nak masuk kereta.  Babysitter Qasyaf,akan dtg amik kat kereta dgn payung. Dan dukung hantar ke kereta berpayung jugak,or saya dukung,dia payungkan. Babysitter Qisya yg baru ni pun mcm tu jugak. Tp babysitter Qisya yg 1st,dia tunggu je kat pintu rumah. Saya la yg tkial2 keluar bpayung dgn Qisya.

Satu lagi, saya biasanya amik Qisya dulu. Bila sampai rumah babysitter Qasyaf tu,Mak Ti Qasyaf selalu tny,adik ni mandi sekali je ke? Len bg baju sepasang je ke kat pengasuh. Eh,xla. Saya bg 2 pasang mcm Qasyaf la. Mcm x mandi ke anak aku? Kesian. Haha..

Hurm,xpelah. Semua dah lps. Qisya duk dgn babysitter baru dah sekarang. Hari ni,dah 4 hari la dgn babysitter baru. Harap2 kali ni,bkekalan mcm Qasyaf la. Harap2 dijaga,dibelai mcm Qasyaf la.

Kepada babysitter yg kot2 tbaca blog ni,tolong la jaga amanah seorang ibu tu dgn baik yea. Semoga Allah jua yg membalas jasa baik kalian.


*eh,panjang la plak entry ni..heee...daaa!!!

*eh,nnti, layan pic buah hati mommy ni jap..Pic mlm td..Masing2 tido lambat..
Blur plak dah. Masing2 tutup mata.
 
Heyyy..nape picit mulut adik?!!!
 
Lorrrr,isap jari plak dah Qasyaf ni...
 
Qasyaf buat muka manja..Hahaha..Ttp nak overshadow adik. Apalah Qasyaf ni..Haha
 
Dua orang anak mommy yg mommy sayang...Bila besar baca blog mommy tau...Haha
 
 
 
Thats all for now....Daaaa!!!
 


Sunday, November 13, 2011

of babysitter

Salam dan hai.
Ok, menaip dgn pantas..

Semalam saya dah pergi ke rumah babysitter yg mebe jaga Qasyaf bila saya berkerja nanti. Berkenalan la kiranya..Fully recomended by my staf. Dia pernah hantar anak dia kat kakak tu few years ago..Dan katanya, anaknya terjaga dgn baik. Babysitter ni muda lagi. Dalam lingkungan pertengahan 30an. Sudah lama berkahwin tp belum dikurniakan zuriat. 1st impression, hurmm, lembut orangnya..Macam dah kenal rapat sgt dgn my staf tu..Kat rumah dia pun still ada lg pic anak my staf yg dia pernah jaga dulu...Rumah kemas dan bersih..Dekat pulak tu dgn klinik saya..X sampai 5 minit pun dr klinik..Malah, kalau saya nak gi jengok waktu lunch pun sgt senang..Kakak tu org tempatan.. Keliling rumah dia, adalah anak beranak dia je..A very good candidate lah kiranya...Cuma yg buat saya fikir lg, suami kakak tu orang seberang..Orang Palembang Indonesia...Dah lama duk sini..Fasih guna slang Terengganu dah pun..Cuma ye lah, foreigner...Itu yg buat saya fikir lagi...Tp dah xde calon lain yg lebih sesuai..

Kata ibu, mcm tu lah,cari babysitter nih..Ada pro & cons nya...Tawakkal dan berdoa sajalah suapaya dia jaga anak kita dgn sebaiknya..Hurmmm..Saya sendiri ni, dibesarkan 100% oleh ibu..Tak pernah kne tinggal langsung dgn ibu..Maklumlah, ibu suri rumah sepenuh masa...Sikit2 nak ibu..Semua nak ibu..Dgn tok nenek pun saya x pernah duduk..Jadi, bila nak tinggal anak sendiri dgn orang lain, rasa semacam la jugak..Boleh ke dia jaga anak aku? Boleh harap ke dia mandikan anak aku? Dia bg minum susu betol2 x? Ke dia bg makanan lain? Nanti kalau Qasyaf nangis meragam, mampu ke dia sabar & layan mcm aku layan?..Kalau dia layan bagus sgt nnti pulak, x ke Qasyaf nanti sayang dia lebih banyak dari sayang aku?..Sekali Qasyaf lebih rapat dgn dia berbanding aku mcm mana?..Haihhh!!!..Kalo mikirkan semua tu, mau letak jawatan saja rasanya..Jadi suri rumah sepenuh masa!..Tp keputusan tu nyata x praktikal..Kne timbang tara jugak kos hidup sekarang ni..Dah la ada buat pinjaman bank tuk beli sedikit harta. Baru 3 bulan gaji bayar..Kalo letak jawatan nak bayar dgn apa?..Pasir?..Pasir pun mahal skang..Huuu..

Jadi, ada sapa2 nak share pengalaman tinggalkan baby kat babysitter?..Plez do drop ur komen ya!