kita2.... ;-p

Showing posts with label persiapan. Show all posts
Showing posts with label persiapan. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

lets start the wedding again !!!!

Hohoho...jgn salah anggap..Jgn salah teka... Bukan wedding saya yea.. Tapi wedding adik saya. Kak Ngah, the 2nd child in family. Perjalanan persiapannya baru nak bermula setelah dirisik oleh pihak kekasih hatinya 6 Syawal yang lalu. Pic risik x memberangsangkan. So, malas nak letak kat sini. Entry ni juz nak mengumumkan, from now on, i'll be busy doing the prep. Again! On my sister behalf. Sbb tuan punya badan jauh di Sabah. Tak ble nak plan2 & soping2 brg pengantin dgn ibu. Plan for the e-day, this Krismas. Nampaknya saya punyai masa yg lebih panjang untuk prep kali ini berbanding saya sendri dulu. Sbb saya dulu, time gap between risik & tunang juz 1 month. So, lets start with the theme.

She choose YELLOW for her e-day. Because she loves yellow since dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dia asik duk dlm rumah kuning masa sukan..Hahaha.... Everything will be yellow..No more pink2 mcm kakaknya nih....


Pada pendapat saya agak susah nak handle dgn warna kuning. Sbb silap hari bulan, ia boleh bertukar menjadi jingga atau emas.Sometime boleh jadi warna krim yg pekat.Susah. Kene btol2 celikkan dan jegilkan mata. Her theme is pure yellow. Kain tuk baju tunang, saya dah pilihkan. Betol2 kuning. Bahagian saya pun ada!..Hihi...

Sapa2 yang tgh plan yellow wedding jugak, plez feel pleasure to share with me ya!. To Thalha yg kahwinnya btemakan yellow, bantulah sahabatmu ini ok....

Wednesday, July 14, 2010

Jurugambar professional perkahwinan

Assalamualaikum semua…. (Jarang benar saya bagi salam sebelum memulakan sessi bercerita kan..Selalunya duk hai2 je..Hehe)..Arjuna dah ok....Dah gi kerja..Alhamdullillah...Ok, dah lama saya tak ckp2 sal wedding prep kat sini kan..Asyek duk berpanglipur lara sal kegiatan harian je…Meh, ubah topic sket…Kita amik mood B2B yang duk giat buat persiapan kawen masing…Setelah menyerap mood Ally (17 Julai 2010),wanie (18 Julai 2010), Thalha (25 Julai 2010), Huda (31 Julai 2010), Xora, Nawal dan lain2 lagi ( semua dlm list beautiful B2B saya la ek, x larat nak taip semua…Tapi yang saya sebut tu,nak dekat dah tarikh mereka kan..),saya rasa nak berkongsi sedikit tentang jurugambar professional (OP) untuk perkahwinan…It based on my true story..Apa yang saya alami dan apa yang saya pelajari..Kita kongsi2 yea…(sambil2 layan saya yang sambut 4th months aniversary dgn menatap pics kawen sendri...Heee...:-D )

Bagi saya, OP ialah individu yang sangat2 penting semasa majlis perkahwinan berlangsung…Sebab peranan OP adalah kekal..Dengan adanya OP, majlis kita jadi abadi dalam memori…Chewah…Boleh g2?..hehe…Tapi, mcm mana nak jadikan memori tu betul2 bermakna?..Apa yang penting dalam pemilihan OP?...
1… Cara gambar diambil – Lain org, lain ragam, lain citarasa…Ada org suka gambar yang melodramatic…iaitu berposing meliuk lentuk di hadapan kamera persis sang model…Cara ini amat sesuai bagi yang fotogenik…Sbb dia xkan nampak keras di dlm gmbr walaupun semasa mengambil gambar tu, dia sebenarnya xbnafas pun! (I tau la, korang mesti selalu gak tahan nafas masa bgambar nak suh perut nampak kempis kan..haha)…Cara macam ni lebih mudah untuk OP sendri sbb masa mengambil gambar tu, pengantin pegun…Posing gaya ni, snap…Tukar posing gaya tu, snap…Berlakon peluk2 sket, snap…Mudah kerja OP..Tapi mcm saya kata tadilah, si pengantinnya mesti pandai meliuk lentuk…Br gambar jadi hidup…Cara ini juga amat sesuai kalau ingin mengabadikan fesyen baju pengantin korang….Ala, senang kata, bgambar macam dalam majalah tu….
Ada org lain pula, suka gambar2 candid…Diambil secara tidak disedari…Ini bagus untuk pengantin kaku seperti saya…Saya sendri gemarkan cara ini…Secara peribadi, saya rasa gmbr candid lebih tepat menceritakan kisah perjalanan majlis perkahwinan saya…Ia boleh memperlihatkan apa yang sebenarnya berlaku sekitar majlis…Mmg ini yang saya pesan pada OP saya…Banyakkan gambar candid…Biar muka saya nampak separuh je sbb x pandang kamera…Saya xkesah…Sbb saya suka begitu…Saya suka wajah saya di celah2 kegembiraan org ramai…Saya suka wajah saya disebalik deco2 majlis…Saya suka gambar saya yang x tgk lensa DSLR tu…Tapi, kalo nak pilih cara ni, mesti betul2 kene pilih OP yg betul2 mahir….Sbb x semua OP boleh mengambil gambar candid secara berjaya…X semua OP boleh m’capture perasaan org dlm gmbr…. Saya akui, mmg ramai yg boleh amik candid..Tp x ramai yg boleh buat kita merasi perasaan org dlm gambar tu kan…Kalau rajin, cuba buat research (B2B mmg patot rajin buat research!!) …Tgk pages OP2 hebat…Pasti korang boleh bezakan gambar yang ada jiwa dan gambar kaku…
Satu lagi, ada orang suka gambar yang diedit…Jerawat batu kat dahi dihilangkan…Langit gelap jadi cerah….Hidung pesek jadi mancung….Lipstik merah jadi pink dan macam2 lagi lah….Cara ini sesuai tuk menutup cela…Jika kita xdpt nak hindari kecacatan yang berlaku pada majlis kita secara live tu, ubah saja pada gambar…Zaman IT ni, mcm2 boleh buat kan…Kalau kita rasa majlis kita x cantik, sekurang2nya, ia nampak cantik dlm gambar..Tidak salah pun…Ikut kemahuan masing2..
Cara saya?...I vote for candid picture…nasib baik saya pesan pada OP supaya banyakkan candid..Sbb gmbr posing saya mmg agak kaku la…Dan saya pesan pada OP, jgn edit ok….Let it be just like the real one…X kesah la saya nmpk berjerawat pun…I want it original..Heeee….
Muka berjerawat halus…Inilah kulitku yang sebenar….

Apa hal ni?...Muka serabut sbb Arjuna byk kali kol bgtau rombongan dia xle nak paking sbb area rumah saya dah full….

Hey, mana kipas?..Tala la kat sini…Panas ok…

Arjuna yang gubra sbb xlepas2 jawab nikah…Ayah yang bdebar…Saya yang bdoa dlm hati semoga dipermudahkan…

Owhhh, sgt hepi bsuapan2 kek…Idah la ni duk wat lawak….
Hurmmm, saya mmg suka candid2 itu….Gmbr yg hidup….

Ini adalah kayu yang kaku….Mebe sbb br lepas akad nikah kot…Masih malu nak daring2…Tgk la tgn Arjuna…Nape keras g2??!!!!

Oohh tidak!...Sungguh x reti berlakon!!!!!....Saya x letak dlm album pun pic ni tau…Korang je dpt tgk..Korang mmg special la dpt tgk my pic yg x menjadi ni…Lengan saya pun nape sebegitu besar?...huuuu…

It supposed to be romantic scene…Tp saya nmpk mcm sgt takot pada Arjuna kan…Mcm “hey hey, ko nak wat apa kat aku nih?!”…..
Sbb tu la saya lebih suka candid!

2… Tahu kehendak anda – Pastikan korang tahu apa yang korang mahu…Nak OP amik gambar sewaktu bila?..Nak amik dari celah mana…Nak amik kot kiri ke, kot kanan ke, nak amik kot blakang?...Nak amik details kat baju ke, nak amik detail yang atas kepala…Macam saya, saya nak ada gmbr saya tgh pakai kasut..Nak gmbr saya tgh bsiap…Nak gambar inai di jari…Nak gambar baju tergantung…Nak gambar turun tangga mcm princess..Nak gambar saya tgh butangkan baju ( gambar wajib ada kalo pakai baju berbutang….Saya tau Qis particular sal ni sbb dia nak gambar dr belakang yang menampakkan tangan suaminya memeluknya dan dlm masa yang sama nampak tali2 pengikat korset tu…Betul x Qis?..Hehe…I suke gambar u tu tau!..)..Dan macam2 lagi la…
Apa motif gambar ni pun saya x tau….Yang saya tahu, posing cara ini in trend okeh..haha..

OMG….giler suke pic Aween ni!!!!...Jatuh hati habis pada scene ni…Saya dah pesan pada OP nak macam ni…Tp OP saya big saiz sket…Tak muat nak masuk belakang pelamin daaaaa…..Maka, angan tinggal angan sahaja…..

3… Pakej OP – Hohoho…OP gempak malatop habis mmg harganya pun malatop bom bom…Setimpal dgn kerja la kan…Juga setimpal dgn nama yang telah mereka ukir dlm industry amik2 gambar ni….Tp, bg B2B yang biasa2 macam saya ni, jgn putus harap yea…Sekali lagi, research!...Cari Mr Google…Jgn malu tny org….Masih ada OP mentah yang sgt berbakat di luar sana yang baru nak mencorak nama …Cuma luangkan sedikit masa untuk duduk berbincang dgn mereka tentang konsep korang…Jelaskan kehendak korang…Teliti kerja2 dia yang terdahulu….Pasti ada yg korang berkenan….
Selain tu, cari pakej yg betul2 dapat memenuhi tuntutan tempoh majlis…Perlu diingatkan, ada pakej yang terhad batas waktunya…Biasanya dlm 3-4 jam sahaja…Jika lebih masa, maka kene keluar lebih duit jugakla…Tapi ada jugak OP yang available sepanjang hari..Bergantung pada jadual OP masing2 la…Yang penting, kene tentukan dr mula korang nak pakai diorang brapa jam sbb xnak blaku pkara yang x diingi nanti..Contonhnya, majlis korang lmbt start, tp OP dtg ontime…Pastu, pas 3jam dah nak balik padahal majlis lom habis…Tak nak g2…Haru biru kelabu nanti….
Pastikan juga pakej OP tsebut memenuhi tuntutan acara majlis dan lokasi….Sbb ada OP yang xnak buat outdoor fotoshoot jauh2 selepas majlis akad nikah or sanding… Ada yang nak buat sekitar kawasan rumah je…Kalo dah kene travel sket, ada yang mintak bayar lebih…Jadi, sblm gadoh2 masa hr kenduri tu, baik discuss awal2…
Ada jugak OP yang buat pakej berasingan untuk majlis akad nikah, sanding dan outdoor…So,kena timbang tara la soal bayaran untuk semua tu…
Plg penting, bgtau OP pjalanan majlis korang…Biar dia faham dan sentiasa alert…
Saya mmg tekankan soal komunikasi dgn OP ni…Diskuss awal2 segala benda yea…Sbb ada bbrp kawan saya yang x puas hati dgn OP lps mjls blangsung…Semuanya pasal x discuss detail2…Biar la dicop cerewet pun..Sbb bila gambar kita cantik dan kehendak kita tcapai, kita jugak yg gembira kan…
Saya sendri mmg sgt susah nak pilih OP dulu…Sbb selera saya besar…Poket saya je yang kecik…Saya nak OP ada bersama saya sepanjang majlis..Dr psiapan sampailah tutup pintu rumah selesai majlis….Saya nak wat outdoor fotoshoot siang dan malam sbb saya tamak…Hahaha…Tp kalo g2, mampos lah kene bayar bjuta2 lebih kat OP…Jadi sudahnya, saya pilih OP merangkap kawan saya yang saya kenal masa kat UM dulu…Dia bukan nama besar dlm industry amik2 gambar ni…Tp saya tau hasil kerja dia…Saya dah pernah kelihatan cantik dlm gmbr diner final year yang dia amik dulu..Hehe..So, saya pilih dia…Cuma saya perlu byk bincang tntang kehendak saya supaya dia tahu mahu bkerja macam mana…Lagipun saya import dia dr KL…Jadi dia mmg xble nak balik cepat2 kan…Dia available untuk saya selama 2 hari…Sbb tu la saya boleh guna khidmat dia habis2an sampai dia penat giler…Hehehehe….

4… Pasukan OP – Ini juga penting bagi majlis yang diadakan secara besar2an… Seorang OP tidak cukup nak cover semua ok…Korang perlukan pasukan…Mungkin 3-4 org dlm satu pasukan…Atau paling tidak pun, dua org…Mjlis saya bukanlah mjlis besar…Tp, rasanya kalo ada pasukan lagi bagus…Bila OP pertama duk amik gmbr pengantin pmpuan tgh make up dlm bilik, OP kedua boleh amik gmbr org yang dah dtg duk dlm khemah or dewan…Tu kalo korang nak cover semua la…Untuk mjlis saya, rumah saya dua tingkat…Dr dlm rumah, org duk kat atas boleh nmpk org kat bawah…Saya nak sgt gmbr suasana majlis saya yang diambil dr ats…Masa akad nikah..Masa sanding…Tp OP saya sorang…Kalo dia duk ats, sapa plak nak amik gmbr kat bawah…So, xdela pic idaman saya tu….Jadi, kalo korang suka berangan macam saya, carilah OP yg berpasukan…Harga pun lain la kot babe!...

5… Kepelbagaian gambar – Haaa, ni kreativiti masing2 la…Saya pun xreti sgt…Yang saya tau, ada gmbr palaroid….Ada gambar hitam puteh….Ada gambar fish eye…Macam2 la…Xle nak ulas sbbb x terer…hihi…Tp cuba tny OP korang yea…
Ermmmm apa lagi ek?...Ada nak tambah x? Eh, cam dah pnjg giler je saya membebel….Ada x yang baca ni?..heee….Xpe la…Ini untuk ingatan pada diri saya jugak…Mana tau, leh guna untuk adik2 plak…Ok….salam sayang….Daaaaa!!!

*thanx to Khairuzzaman Abd Razak for the fabulous moment captured by you*En.Kerol xde blog ke website ke apa...Dia hanya ada sekeping fesbuk...so,xdapat la saya nak iklankan dia kat sini...Tp dia ni laku la di kalangan budak UM


nota kaki : ( harap membantu yea )
Juru gambar profesional perkahwinan di sekitar Terengganu :
ahmadfairus
fazrien
hasbifelix
markless
photoaura

Tuesday, June 1, 2010

coming wedding

Jom menari ballet untuk Elya Elmo sbb dah tambahkan lagi geng Kita2....Hepi!
Bila ada org ajak saya teman gi window shoping survey brg2 kawen, atau tinjau2 bridal boutique, they asked the rite person!..hehe…Alkisahnya, lastwiken, saya tinggal arjuna kat rumah ma, then, kuar gi tengok2 kedai pengantin dgn kakak ipar saya..Dia bakal bertunang this cuti sekolah…Nak kawen plak lepas raya ni…Sgt ad-hoc ok!!!...Mebe tkena penangan teringin nak kawen sbb tgk adik kawen…Apala Arjuna, langkah bendul..Hehe…Tak de lah..Itu semua jodoh…Tuhan yg tentukan…Awal atau lambat, semuanya adalah rahsia Tuhan..Hijab bg kita…Yang penting, doa….Dan nmpknya doa ma nak tgk Kak Ni kawen, bakal tmakbul…Seisi rumah nmpknya gembira bila Kak Ni setuju nak kawen….Saya plak, excited lebih la bila Kak Ni ajak teman dia gi survey2….U know I love wedding rite?..Hehe..
So, pagi sabtu, kami seberang Sungai Golok…( ms ni arjuna teman la…takot seh nak gi sama pmpuan je)..Kak ni nak book pelamin dari negeri sebelah..Cheap & simple..Yet beautiful….Kak Ni ckp, pelamin tunang je nak yg sana punya..Sbb kalo pelamin kawen belah sana, aiyooo, kerusinya kebanyakan cam raja siam…Dgn berukir2nya..Dgn kuning emas menyala2 nya…Tak kuasa den….Setel hal tu, kami singgah mkn2 kat gerai….Saya xde pics la plak nak tayang sini..Tp kami mkn something yg saya sendri xtau nak sebut…Yg sy tau, som tam je…Semuanya masam & pedas…Sakit perut gue!
Petang pas Zohor, saya & Kak Ni merayap di sekitar KB…Dia nak cari kain lining tuk wat baju tunang & baju khatam Quran. (saya xde mjlis khtam Quran pun hari tu..huhu)…Beli kain lining je…Sbb lacenya, dia guna lace yg saya hadiahkan..Ole2 from medan…Suke..Hihi…
Then, kami kuar masuk bridal boutique….Fuyooooo!!....Saya xtau plak pasaran perkahwinan kat area KB mahal2…I tot sama dgn KT je…Rupanya harga agak tbeliak mata jugak..Ke kami masuk kedai hebat sgt?..Ntah la…Patot la tuk pelamin tunang, Kak Ni prefer yg tanah seberang punya….Tapi xpe…Br sket je tu kami survey….
I don know why, tp saya rs sgt teruja bila nengok2 brg kawen ni…Sbb semua cantik kot…owh, I really dream to have my own wedding shop..Hihi…
Dan untuk hari tu, di salah sebuah kedai pengantin jiwa saya telah terpegun dgn baju ni…Yes!...Warna kuning lembut…Beads yg lebat di dada, bahu, lengan, kaki baju & kaki kain!!...Kainnya chiffon…Lembut dan beralun…Macam nak beli !!!..Tarik price tag..RM950….Sekian terima kasih!…Bukan baju Hatta Dolmat pong…So, pas belai2 lengan baju tu buat kali terakhir, saya pun blah…huhu
Sampai rumah dah malam…Terlepek penat!

Saturday, March 13, 2010

laju2...

update laju2...t kene marah kat ibu n makcik2...
ok.....last nite was majlis solat hajat..alhamdullilah...selesai...will update full version soon...
then, baju bertandang br amik....superb!!!!!
vendor pelamin kol ofer pelamin baru yg lebih walaaaa!....alhamdullilah..pagi sok pasang..
mlm ni....pasang kanopi...pakai inai...
gtg...
daaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
p/s: perasaan plg best skang------> bila saya & arjuna sgt bz tp sama2 sempat kol update pkembangan...masing2 bckp dgn laju sekali...hahaha

Tuesday, March 9, 2010

dari kepala ke badan ke tangan ke kaki...

Dear readers yang setia...Eh, perasan artis tol minah sorng ni..Hahaha...Tapi xpe la kan...sebab saya tau ada yang rajin melawat blog saya....Dan membaca apa yang ada dlm hati saya ni...Terima kasih banyak2 tau pada yang sudi tinggalkan komen...Eh, nape saya tiba2 macam nak berucap plak ni?..Hehehe, saje je..Sekali sekali nak ekspresikan terima kasih saya khas buat kwn2 yg sudi jengok blog ni...
Dua minggu ni, saya wat klinik cam klinik sendiri plak...Sehari cuti sehari keje...Hehe..Tapi dgn kebenaran bos tau...Ada hari yg saya rs cam x ramai patient, saya apply la cuti awal2...Smlm,isnin, jadual keje adalah gi wat treatment kat skolah...Nida ada, dia boleh cover, so saya pun cuti la..Banyak jugak benda yang setel....Smlm saya jd drebar ibu..Masih mcari barng2 dapur..Ini la part yg memenatkan kalo wat kenduri, masak gotong royong kat rumah..Sebab, mmg la ada ketua tukang masak, tapi, semua barang2, tuan rumah yg sediakan..Juz bagitau tukang masak budget berapa orang nak mkn & tukang masak akan bgtau brapa kilo daging, brapa kilo ayam, brapa kapit beras nak guna..Banyak wei barang2nya..Berpuluh2 benda!...Tukang masak siap buat list panjang lagi..Ada tu siap rekomen kedai mana lagi kat my parents..Maka, ibu la yg jadi tukang belinya..Saya or ayah plak drebarnya..Tak kan nak biar ibu sorang2..Jenuh tu mengangkat barang...
Alang2 teman ibu semalam, saya pun memburu la jugak bbrp bnda yang lom setel.........Tudung nikah...Dah siap letak batu swaroski...Simple la plak..Dah la jubah nikah simple giler…Sangat xreti la jahit manic kat baju..Terbongkok2 4 jam mjahit, hasilnya baru cenoit…Ingatkan kalo dah g2 bsungguh2nya, mau 1 baju penuh manik kan…Saya yang lembab ke atau mmg jahit manik ni lambat?..Ermmm...Nak kene pakai veil panjang yg meriah la tuk seimbangkan baju yang simple tu…Meh saya tunjuk sikit yg saya jahit..Heeee, baju puteh, manik puteh..Saya sengaja x wat kaler2 sbb nak suci bersih la time akad nikah..Tp kurang menyerlahkan…haishhh….Tapi kan, tang lengan tu dempak sket..sbb sy guna batu gedabak..hahaha..Ni nak cepat siap pnya pasal…Xpe la, saya tunjuk full attire lepas majlis la yea..
Seterusnya, bunga tangan..haaa, kan dah berangan nak 3 bunga tangan..So, smlm, saya pun berusaha DIY la…I bought bunga pelsu je….Ada bbrp sbb sy guna bunga pelsu walaupun dlm hati nak sangat bunga hidup…..Saya akui bunga hidup mmg value dia sgt bbeza dgn bunga mati..Cantik mcm mn pun bunga mati, org ttp akan kata walaaaaa pd bunga hidup..Tapi, saya lupakan hasrat saya tu..Sebabnya?..Pertama, semua org tau bunga hidup kene jaga elok2..Kene beli lmbt2 supaya x layu & x lebam..Saya dah dpt bayangkan kesibukan rumah saya menjelang majlis nanti…Saya takot xsempat je nak kuar gi cr bunga hidup nak buat bunga tangan..Mana nak kuar lagi, nak pilih bunga lagi, nak gubah lagi..Karang, xpasal2 saya x pakai bunga…Lagipun, saya nak 3 bunga tangan yg berbeza….Digubah juga dgn cara berbeza…Tapi saya ni x variasi sgt..X reti nak handle bunga2 yg fragile tu….So, plg mudah, guna bunga mati…Boleh la sy nak gubah, rmbak, gunah balik bp kali pun sampaila saya sendri puas hati….
Yang kedua, bunga hidup kat sini x byk pilihan..Hari baik, boleh dpt ros, kekwa, Carla lily & bbrp jenis lagi yg saya x kenal…Hari x baik, ada ros je…ros saya dah guna tuk tunang hari tu..Saya men lilit riben je..Xkan kawen ni nak wat idea sama je kan..
Tiga, nanti kan saya nak wat adegan lempar2 bunga kat kawan2 si anak dara..Hehehe..sayang wei kalo guna bunga hidup..Penyek lebam la..Dah xle nak guna wat outdoor fotoshoot….
Maka, bunga2 pelsu saja la altenatifnya…Nak tgk x bunga tangan saya?...hehehe….Meh saya tayang sket… Ni tuk akad nikah..letak di ribaan..Boleh cover perut ok..

Ni waktu sanding…..tetap pink!

Ni menyala merah untuk majlis bertandang…

Itu soal bunga tangan…Kita beralih pada isu kasut…Cheh, mcm miting plak kan..ada isu2nya….Kaki saya ni saiz besar…diulang, besar ok…Dulu saya dah pernah baca sal B2B mn ek, dah lupa, yg merungut2 sbb vendor dia xdpt sediakan kasut ikot saiz dia sbb kaki dia besar…Benda ni tjadi kat saya!...Mmg saya nak marah jugak sbb sepatotnya vendor kene la fikir, bukan semua pengantin perempuan bsaiz kasut 5,6,7 kan….Ni org mcm kami ni x yah pakai kasut?..g2??Mmg saya nak geram..Tapi kan, hobi mbeli belah saya dah koolkan saya…Dlm hati, apa susah, beli je la..Hahaha…Sesungguhnya shoping itu terapi…Hihi…Mulanya cuak gak sbb dah brapa kali mburu tp x jumpa2 jugak kasut…Saya kan dah pernah wat entry pasal kasut…So, mmg dlm kepala dah ada kasut idaman…saya tgoda dgn idea letak kerongsang pada kasut satin..Menarik!...Tak perlu lagi klise dgn kasut berlabuci yg sgt biasa disediakan oleh vendor tu….Akhirnya…..
Tadaaaa….Simple je..Tapi saya suke….Eh, nanti ada org kata, xsurprise la ko dah tayang…hey xkesah pun ok….
Haaaa…begitu la sikit2 sal my wedding prep….Semakin dekat..semakin dekat….uuuhhhh....

Sunday, March 7, 2010

a step closer

Fuhh fuhh fuhh......Opsss, saya bukan nak ganti Awal Asyaari sebagai pengacara...Tu saya tiup habuk2 pada blog kesayangan saya ni... Blog tak ber update, tak berusik almost 1 week...Kesian..Kawan2 pun ada yg tny, xde progression ke?..Eh bukan...Saya terlalu busy la..Sangat la x sempat nak jengok blog kesayangan nih... Sebelum saya terus melepas rindu pada blog ni, jom sama2 dgn saya, kita alu2kan geng Kita2 yg ke 43 iaitu Squarecut Ring…Sungguh unik la nama camtu….selamat join Kita2 ye….
7 hari lagi…..A step closer…..Ok, ok…mcm mn nak mula yea?...Ermmmm, apa yang dah setel dan belom setel?..Saya pun dah mcm x reti nak mengupdate… Ermmmm, last Thursday was public holiday 4 negeri Terengganu sbb hari Keputeraan Sultan kami iaitu Sultan Mizan….And also, it was my besday….My 27th besday….Owhhh, sudah 27 rupanya Harzharun ni…dah tua ek?...Nope… I rasa I muda lagi la u..hehehe…And sangat sesuai tuk kawen kan..hahaha…Apa2 pun, besday ni besday yg terakhir sebagai gadis single..Chewah!...Besday tahun ni, mebe agak suram….No celebration with arjuna tersayang pun…Hanya dapat bisikan ucapan di telinga ( dlm telipon la yea )….Hadiah besday & hadiah kawen dah ada katanya..Tunggu jumpa je..Tapi kami jumpa time kawen la nanti….On my besday hari tu, I was sick…Demam sket & batuk2….Campur dgn senggugut..Tapi xla kuat mn..I dun know la, mmg x berapa sakit ke, atau saya yg jadi kebal sbb ada byk keje yg nak kene setel…So, on that day,saya lepak kat rumah je…Hias hantaran…Saya mmg tak berseni la…Main buat je…It might be different from hiasan2 yg selalu kita tgk kat kedai, but saya sendiri xle nak kata..Cantik ke x….I want it juz a simple hantarn but nice…Mmg simple tp xtau la nice ke x..Ermmmm,t saya tunjuk pic post mortem, korang komen la byk2 t…Ni saya tunjuk sket je sbb belum siap sepenuhnya ok….

Petang, dalam kul 5, saya paksa diri jugak tuk keluar..Kemalasan tuk drive sgt memuncak, tapi, saya kuar jugak sbb nak amik baju nikah kat tailor…Saya buat jubah puteh for akad nikah…Everything is ok…Tp cam longgar sket la…Tak pe la, nm pun jubah…Baju tu lom setel sepenuhnya pun, sbb saya sgt bercita2 tinggi..Nak jahit manik sendri…DIY!!!....
Pastu, saya, ibu & adik pegi lepak Secret Recepi…Celebrate besday la kununnya…
Makanan menggemukkan…..Pic blur la..sbb guna handset lama…
Itu cerita on my besday…Seterusnya, apa lg yg setel?.....
1) Saya dah hias semua hantaran…Tinggal nak touch up…Yang belum siap juz pulut kuning+bunga telor & juga sireh junjung…
2) Sekarang, every nite duk jahit manik kat baju….
3) Kek kawen dah tempah, tapi deco tempat potong kek still bercelaru
4) Tudung puteh 4 akad nikah dah beli..Juz tudung Ariani biasa je..Cuma gi upah letak batu2 swaroski ( betul ke eja? )…
5) Barang2 tuk masak, ibu setelkan, saya juz jd drebar ibu hantr ibu ke kedai sbb susah nak parking kalo ibu gi sorang2
6) Baju sutera batek tuk ma & abah dah beli <--- saje nak bg hadiah kat PIL 7) Cuti dah apply -------> 14 MAC 2010 – 25 MAC 2010
8) Nighties dah beli…..br 2..hehehe…
9) Poster kawen amik hari ni….( setelah suh baiki 6x….cerewet kah aku?...)
Ermmmm, mcm tu je setakat ni…..Sehingga bertemu lagi!!

Sunday, February 28, 2010

fortnight.....progression

Fortnight ….. 2 weeks……. 14 days……… Errmmmm….. Yaa….. Erkkkkk…. Ermmmmm….. Aiseh… Speechless la plak…. Erm, camne nak mula ek….Ada debaran x?...Rasanya lom lagi…. Sebab buzy sgt dgn prep sampai xle nak bdebar2 kot…Ntah la….Ok, la, saya update la sket2 sal progression…Ermm, t shirt tuk AJK (hehe) dah siap….Kaler koko & print with pink kaler…Ok la…Not so koko sbb dah x jumpa t shirt lain yg affordable…Boleh la….I dun want much…I juz want everything..( nyanyi!!)
Last Thursday, balik je kerja, saya terus ke butik pengantin. Fitting baju…Dup dap dup dap jugak…Takot mimpi ngeri jadi kenyataan… Sampai je, kene tunggu la plak sbb Kak Lia, kakak vendor tu xde. Dia pergi kedai dia yang satu lagi..Pergi amik my baju la….baju baru nih…hehehe…. Masuk ni, dah tiga kali saya tukar baju…Pasni xnak tukar dah..Orang tamak selalu rugi..So, saya akan teguh dengan pilihan yang ini…Pegang je baju tu,mak aih, beratnya… Mau lenguh kalo pakai sehari suntuk ni….. Helaian pertama yang disarung of kos la kain…Masuk!...boleh kancing!...Aiyakkkk, xle nak zip…..Nampaknya mimpi jadi kenyataan sikit…Sikit la sbb dlm mimpi hari tu x le masuk langsung…Alahai, bumper ni mmg susah nak kurus la…Kalo Miss X beli bontut, saya plak rasa nak jual la… Kak lia tu ckp, no hal ni..Sikit je…Boleh alter…. Then pakai korsetnya….Ok, cun….Mengempiskan perutku ini…Tapi kan, cup dia besar la plak…Ke saya punya ini yang kecik?....Propotion x seimbang la…. Bila pakai bajunya plak, semua ok, juz bahagian dada yang longgar…Ketiak pun sedikit longgar…Ok, kak lia akan alter mana yang patot….Seterusnya veil….Saya dah tolak awal2 veil yang meleret sampai ke tanah tu…Sbb rasa berselimut plak pakai veil labuh tu..Plus, kurang praktikal sebab saya kawen kat rumah, mesti saya akan mengheret dan menyapu segala sampah sarap di lantai halaman bila nak salam dgn tetamu kalo pakai veil tu…So, I choose yg pendek…Cuma still xle nak decide nak veil pendek paras bahu ke atau yg panjang sikit paras belakang…Saya book dua2 dulu..Time nak pakai t saya piker balik la..Hehehe…Setel sal baju…Next fitting this week…
Apa lagi yg setel ek?..Doorgift…Yaaaaa!!!...Sudah selesai sessi pengikatan riben…Xyah la sakit2 pinggang lagi….
Jumaat & sabtu, saya mulakan pula sessi memasang langsir rumah…Sangat penat sbb buat sorang2….Biasanya ada adik2 yg tolong…Tapi kali ni, saya sendiri..Opppsss bukan…Ibu ada tolong jugak…Saya sendiri yang panjat memanjat…Kalau ayah lalu & menyapa, saya suh ayah yang panjat..hehehe…Setel langsir….Saya deco rumah plak…Actually, deco pagar & tangga dlm rumah….Oooo, sangat seronok….Sangat bsemangat..Wat sama2 ibu & ayah…mggunakan kreativiti kami…Bermain dengan kain2….Ikat sana, ikat sini…Tarik kain ke sana, tarik kain ke sini…Bersilang2 Letak bunga..Pink + koko as I wish!....DIY kan, boleh la ikot my citarasa…Sampai ayah sendiri ckp, kalo camni, kita pun boleh buka butik pengantin….Reka pelamin sendiri…Hahaha…Saya nak sangat kongsi pic deco rumah kami kat sini..Tapi, blog ni adik2 saya baca..Saya xnak diorg tengok lagi…Saya nak diorg surprise bila balik rumah..Nak diorng ternganga tgk kerja kak longnya ni bersama ibu & ayah…Hehehe…..So, aweks2 readers yang lain pun, kene la bsabar yea…Saya akan wat post mortem sal deco ni nanti ok…Chewah….
Mula2 tu rasa cam awal la plak deco rumah….Tapi, takot xsempat kalo btangguh2…sebab banyak lagi benda2 minor yang lom setel….Apa yang lom setel ek?
1) Deco garaj & bangsal luar rumah ( ni pun nak DIY……penat, tp im sure mesti seronok & puas hati…Macam deco dlm rumah tu )
2) Beli karpet bulu2 puteh
3) Beli kasut for outdoor
4) Jahit manic kat baju akad nikah ( xsabar nak DIY manik2 besar cam dato’ siti selalu pakai skang )
5) Tempah kek
6) Full body spa ( haiyakkk, xtau nak selit hari apa ni )
7) Pakai inai & lukis inai
8) Bunga tangan for akad nikah, sanding & bertandang
9) Penanda arah
10) Hiasan hantaran
Ok, setakat ni yang ada dalam kepala , ada 10!...Macam ada lagi y glom setel tp xle recall skang…Argghhh, saya dah mula rasa sakit tekak..Nak demam ke ni?....

Tambahan :


Ok la, bg hint sket, nanti termimpi2 plak adik2 saya sbb x sabar nak tau......i adore this kind of deco..Sangat suke!!!....tp xble nak wat panjang terjurai2 sampai ke lantai g2 sbb dikhuatiri ramai budak2 kecik yg akan jadi tarzan ok...

Thursday, February 25, 2010

apa2 hari ini...

Hazliena85 Ya....Geng Kita2 yang ke-40...Hoooorraayyyy untuk awak...Tapi dear, nape ur blog xleh buka ni?..Aiseh...Tak pe, nanti i try lagi ok...
Saya masih lagi dalam oncall...Hari ni last day...Tp tempoh bjaganya kira sampai kul 8 esok pagi la...Ini lah oncall terakhir saya sebagai gadis perawan..Chewah..
Petang semalam, pas balik kerja, saya terus ke kedai bunting sbb budak designer tu kol bagitau design dah siap...Sampai je diorng terus buka komputer tunjuk my bunting...Ermmmmm, cantik...Tapi........Macam u all semua tahu ( bagi yg dah ikot my celoteh sebelum2 ni lg) saya menginkan bunting yang seperti movie poster..Bagi yang xtau sila rujuk entry lama yea....Dan skang saya berusaha sendiri mendesign poster saya...Kecanggihan yg saya ada hanyalah microsoft word...Huhuhu...Hasilnya, tungguuuuuuuuuuu....
* argghhh, sgt xreti nak wat cantik2!

Sunday, February 21, 2010

lagi2 kad kahwin...

Dear readers… Skang ni tgh busy nak edar kad kahwin…Dah lewat ke?..Belom kan…so, semua aweks2 kat sini dijemput hadir yea…Kalau nak pelan, sent la address kat my email ( nurharzlena@yahoo.com )..InsyaAllah, saya akan hantar kadnya….



Begitu la kesemakan rumah saya skang…Tu saya tunjuk sket je..Bahagian yang semak dgn kad je..Lain kali saya tayang kesemakan dgn doorgift plak..heheh…Saya lom membebel secara detail sal kad kan…Ok, my kad kahwin xde la direka bang bang boom meriah-khas-tiada sepertinya lagi di muka bumi ni.. Tidak begitu.. Hehehe.. Sebenarnya dalam hati & dalam kepala mmg nak kad kahwin satu dlm sejuta..Direka khas untuk saya..Tp xsempat nak reka kan..Plus xberapa nak kreatif , so, xtercapai la hajat tu…Tapi, siyes la saya cakap, mmg saya berusaha bsungguh2 tuk mengadakan apa yg saya nak kat my kad kahwin tu…Saya nak kad kahwin poket..Tak tau nape nak kad g2…Sebab dah selalu dapat kad kahwin x berpoket kot..& saya nak kad kahwin yang mengikot tema iaitu pink + koko…For ur info, kat KT ni, susah sket la nak cari kad kahwin yang berkualiti & murah..Mula2 saya cadang nak order by internet je..Ntah macam mana pospone2, last2 cam dah terlambat. Mula la gelabah mencari kedai kad seluruh pelosok KT..Last sekali jumpa la 1 kedai ni..Kedai yang ble design kad ikot kita nak..Saya suke design kerawang2..Pun xtau nape suke sgt kat swirl…Berlengkar2…Hihi, apa motif ntah…Kedai tu boleh wat kad poket & harga pun setelah dirunding memang lebih murah dari kedai lain..Kalau ditakdirkan kad tu lebih mahal sket pun saya xkisah kot sbb mmg kertas poket dia lebih berkualiti dari kedai lain..Tebal, xla senang konyok…Tapi, saya tetap mnggunakan kepakaran tawar menawar..Mesti menang mbeli & menang memakai beb..So, pas setuju harga baru la kami bincang sal design…Saya x kisah sgt sebenarnya..Asalkan ada pink + koko..Ini yang buat saya lambat tempah kad dulu..Sebab semua kedai2 kad kat KT ni, xnak tukar kaler kad kalo kita dah pilih design yang diorang dah sediakan...Semuanya kene ikot template yang dah ade..Itu yang saya lambat buat kad..Nasib baik saya berdegil ikot perangai keras kepala kan..Akhirnya jumpa jgak kedai yang boleh ikot kehendak saya..Kakak tu ckp, dia akan suh pekerja dia design kad mengikot harga yang dpersetujui..Sebab katanya, lg byk kerawang, lagi mahal stamping & dakwatnya…Tapi waktu tu, saya dah tersuke pada design yang kakak tu prepare tuk sorang lagi B2B yang saya x kenal pun..Tapi kad tu kaler gold...Saya nak tukar kaler koko, isi dalam kaler pink..Kakak tu ckp, no hal..Boleh buat..Tapi kakak tu ckp, kalo nak design tu, mahal sket…Mahal 20sen..Mmg la 20 sen, tapi saya nak wat banyak..Sekali dgn arjuna plak tu..20sen kali beribu, jd beratus ringgit jugak kan…Kakak tu suh wat sket je la kalo x nak mahal..Tuk org kampong katanya, wat kad biasa dah la..Eh x nak la g2..Org kampong pun org jugak…Macam doorgift saya, kad pun sama, no vip or vvip ok….Semua sama…..So, saya pun merelakan diri la tuk tidak memilih design mahal tu…
Tunggu punya tunggu, dah dua minggu lebih, design kad saya x siap2..Kakak tu janji seminggu je..Arjuna dah bising..Sebab dia lebih bersemangat & x sabar2 nak jemput kawan2 dia..Saya pun gelabah gak..Saya pun push la kakak tu…Last2 kakak tu kol, ckp, xdpt nak wat design baru tuk saya..Dia offer design yang mahal 20 sen tu..Saya xnak sebab kan dah janji sal harga..Dia ckp, dia kurangkan seposen…Saya xnak jugak….Saya kata saya pegang je janji dia sbb dia yg beriya nak designkan yang baru yg kononnya murah sket…Kakak tu pun mengalah..Dia ckp, ok la, dia bagi saya design mahal 20sen tu dgn harga yang saya nak…Yeayyyy!!!...Hahaha….
Pastu tunggu lagi bbrp hari tuk dia siapkan wording…Pas saya cek tiga kali( ada salah tarikh, hari, spelling nama arjuna!), kakak tu pun teruskan proses…Saya juz cek ejaan & pelan je…Sal font saya x amik pusing sgt..Kalau cerewet sgt karang, mesti ada cacat jugak…Saya cek spelling satu2…Semua ok….Opppsssss, terlepas pandang. Ada jugak cacatnya!...Rantau Panjang jadi Rantu Panjang..Tu pun kawan arjuna yang tegur bila dia baca kad tu…Kami boleh tak perasan…huhu..Maka, begitu la cite kad poket pink + koko saya…Takde la walaaaaaa sgt but saya sgt puas hati…
It maybe an ordinary wedding card but it have our name there……That make me smile enough :-)

Saturday, February 6, 2010

wedding doorgift

Helo aweks2 semua....For all wifey, hows ur wiken life as beautiful wife?Ada masak sarapan tuk Mr Husband?..Ada kemas rumah sama2 Mr Husband?..Ada basuh2 kete sambil simbah2 air dgn Mr Husband?..Hehehe...
For all B2B pula,hows ur wedding prep?..Me?
Sakit pinggangggg!!!!!!
Sebab?
*
*
*
*
*
Mengikat riben pada 700 lebih kotak doorgift!!....
Itu doorgift yg dah dibeli..Of kos lom cukup...Nak kene beli lg..Bmakna?...Mengikat lagi!!...
~~~~bila nak habes nih?~~~~

Ini la doorgift nya....Tiada doorgift VVIP or VIP or XVIP...Semua dpt sama sbb kami buat majlis kesyukuran perkahwinan sahaja...Cuma mebe dpt lain patern sbb kedai x jual byk yg mcm saya nak...

Thursday, February 4, 2010

t shirt AJK

Hip hip hoooraayyyy kepada Hanidiyu sebab sudi jadi geng Kita2 yg ke 30...
Ok, cerita hari ini..Saya tidak menggunakan khidmat catering untuk wedding saya nanti..Kaum keluarga akan berkumpul, bersama2 bgotong royong memasak dan melayan tetamu nanti..Untuk nampak seragam dan menunjukkan mereka yang bekerja kuat ini ialah tuan rumah majlis saya, seperti pengantin lain juga, saya menghadiahkan sepasang kain kepada makcik2 saya.Juga kepada bbrp org sepupu terapat..Terpulang lah pada mereka mahu membuat baju kurung, atau kebaya atau sebagainya…Lelaki pula, saya bercadang member t shirt..Mudah untuk mereka membasuh pinggan dan menambah lauk nanti..Nampak senada seirama je kan..Im thinking of buying plain t shirt dan kemudian nak meng print sumthing yg menunjukkan majlis saya..Nak buat khas untuk AJK2 wedding saya…
En Google dah membantu, tapi yang saya jumpa kebanyakkan t shirt for bridesmaid & bestman macam kat bawah ni….

Itu untuk perempuan…
Sweet kan…Sapa yang ada baby, saya nak bg ni..Hahaha..Laki pulak kalo pakai ni pun best…
Yang ni???
Hah..amik ko!!..Hahaha


Tu contoh2 t shirt yg sesuai diberi pd kawan2 la…Untuk penanggah, boleh tiru ni kan…
Saya pun mula la fikir design tuk saya sendiri…
Nak yang mcm mn ek?




Tu la antara yg saya reka & cilok...mana yang elok ek?,,ke semua x elok?.hehe..Im thinking of nak print brown t shirt dgn logo pink...Logo tu nak letak kecik je kat blakang t shirt or di bhgn dpn belah kiri....Ermmmm...Sesuwai x??

Tuesday, February 2, 2010

ermmmmm.....

Hi ShalinzZ85...Thanx sbb sudi jadi geng Kita2...CHEEEERRRRRSSSS!!! untuk awak..Saya suke pic utama blog awak tu tau...

Yup...40 days to go!!!....Masa mcm wat drift je kan...Cepat semacam..Tinggal 40 hari saja lagi...Im not in the mood of blogging sebenarnya..Sbb tgh mogok dgn arjuna & sgt xde mood!!!..
Tapi, syg plak nak biar diari ni tbiar..Padahal ada sedikit progression dlm my wedding prep..Diulang..Sedikit..Bmakna sedikit la...Huhuhu...
Tadi, kakak kedai kad kawen kol bgtau 2nd draft for wording dah siap..Design kad pun dah siap...Rasa cam lmbt nak tunggu ptg..So, tgh hari waktu lunch break saya terus memecut ke kedai kad yg mmg agak jauh dr klinik...Ok,design kad cun..Saya suke...(nak hepi sebenarnya tp gadoh dgn arjuna pasal kad la..so xberapa dpt absorb sgt kehepian ni...xpe la..simpan hepi ni bila kad dah siap la.. <-----boleh ke g2?)...Wording plak, ni yang lemah..Mata saya dah cek & rasanya dah xde yang salah...KOTTTT...Dah cek betul2 dah....Kalau salah lagi mesti teruk kene marah..Huhuhu...So, kad dah boleh proceed....
Lagi?...Bunga telor..Beres!!!...Selesai sudah...Tapi kan my ibu is thinking about to add more bunga telor!..DIE la nak DIY lagi!!!
Lagi?...Kain2 tuk kazen2 tdekat jadi ahli kumpulan nasyid dah beli...
Lagi?...Xde dah...tu je la...
To be continue..........

Sunday, January 31, 2010

any update??

Meh saya update sket sal improvement of my wedding prep…
Sekarang ni kat majlis kawen,trend pakai sedondon sekaler seirama kan…Tuan rumah biasanya mcm ahli kumpulan nasyid je…Saya pun duk terfikir jugak nak belikan kain2 tuk org kuat majlis saya nanti….Last weekend dah bli kain tuk baju kak ngah & adik…Ibu punya, ibu nak pakai jubah…Ayah, pakai baju melayu or baju batik…Adik2 laki plak pakai baju melayu or t-shirt..Xla nampak cam nasyid sgt tp saya pastikan warna mereka mestilah sama iaitu coklat…Pengapit saya nanti, sepupu saya Ika..Imported from Johor..Dah pesan dah suh wat baju kaler coklat…
Ni soal makcik2 yg mbantu plak ni…Ada makcik saya ni..Kol ibu tny sal x nak bg pakai sama ke semua?..Ibu saya jawabla nak…Kemudian makcik tu ckp, dia pny xyah beli la sbb dia nak pakai jubah..Tapi dia akan beli warna tema yg sama..Lorrrr..pulak dah..Mcm2 hal la makcik saya tu…Tapi semalam, saya pegi la jugak belikan kain tuk ahli kumpulan nasyid saya..hehehe…
Itu sal kain….Seterusnya sal bunga pahar or bunga telor….Im not gonna have tempat bunga pahar yg lubang2 tu tuk letak kat kiri kanan my pelamin nanti…Sebab ibu nak letak pulut on both side…So, bunga telor akan dipacakkan pada pulut kuning yg dipadatkan dlm mangkuk seperti zaman dolo2….Kene wat 3 la pulut kuning berbunga telor tu…Satu as hantaran kepada arjuna….X nak amik yg kat pelamin bg kat rombongan arjuna sbb nnti xsimetri plak my pelamin nanti…..
Saya dah beli bunga telur Kristal yang togel tanpa kain net kat SSF dulu….
Kene letak kain net sendiri la…Kalo x camne nak letak telor pada bunga telor tu…
Setelah letak kain net, saya rasa cam togel lagi…
Saya pun dgn rajinnya tambah riben plak kat bunga telor Kristal saya tu…
So, sepanjang malam minggu lepas, tu je la keje saya…Wat riben dah satu hal lama…
Amik ko, seme nak buat sendiri..