kita2.... ;-p

Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Ingat lagi tak Arjunaku tu siapa???

Hi. Ingat x siapa Arjunaku?..Hahaha..Macam poyo plak setelah 5 tahun kawen ni kan. Tapi tak kisah la weh, tetap nak membahasakan hubby sbagai Arjunaku.

Dulu selepas beranakkan Qisya, saya pernah cakap kan nak tulis entry khas pasal Arjuna. Sbb dia jaga saya selepas csect operation tu kan. Pastu tertangguh2 terus lupa apa yg nak ditulis sgt tu. Sampai skang dah ingat2 lupa apa berlaku masa tu. Hahaha.

Korang pernah tak rasa nak marah sgt kat suami. Masa tu bisikan2 syaitan mmg menusuk2 telinga kan. Kalau boleh la nampak syaitan tu, mmg gerun kot sbb banyak ekor berkobar menghasut sampai si isteri berapi2 marahnya. Kannnnn..Betul x? Jangan la nak menafikan. mmg begitu kan. Saya ni pulak dah la jenis cepat marah. Tambah pulak kalo kena hari tu xde patient, income x masuk, supplier plak mendesak suh bayar hutang, 10x berapi la. Hehehe.

Nasib baik skang ni dunia tanpa sempadan. Tanpa sedar, tanpa sengaja, bila duk tenung FB, duk klik google sana sini disamping skrol instagram, kadang2 terkeluar kat skrin tu mcm2 nasihat utk isteri, macam2 cerita tentang isteri solehah kan. Terbit la juga di hati ini untuk jadi isteri yg sgt solehah. Terbit la juga di hati ini untuk didik jiwa supaya lebih sabar. Didik hati supaya, bila nak marah kat suami tu, kenang balik apa kebaikkan suami. Ingat balik ihsan2 yg dia telah buat untuk kita.

Haaaaa ni nak coret sket la pasal Arjuna neh. Itu je pointnya. Mukaddimah bukan main panjang. Haha.

Sejak kami pindah KT, Arjuna pun pindah kerja sini, jaga outlet Sawari Felda tu, dia mmg lebih sibuk dari keje kat tanah rancangan dulu. Dia yg jaga semuanya dr stok barang, akaun, staf dan promosi. Mmg la sibuk. Dia ckp, dulu menunggu2 pukul habis kerja kul 5pm, skang, xsedar pun masa berlalu. Sedar2 dah pukul 5.30pm. Pastu, kerap betul kne outstation. Tapiiiii, Arjuna x pernah x kontek sy dlm sehari. Dia mesti akan call. Tny kbr sepatah dua. Mesti. Tidak miss. Kalo miss pun, sbb kami gaduh besar2 besar2 masa dia nak g kerja. Tu jarang sgt la. Kadang, saya je rasa mcm tgh bergaduh, dia relax je. Saya ni bukan main berapi dlm kesabaran neh. Geram geram geram. Pergi klinik pun xde mood. Sekali, tgh hari dia call tny la pape yg releven mcm x berlaku apa2. Pastu saya pun, hehhh??? Mcm hampeh je aku bergaduh sorang2. Hehehe.

Arjuna skang dah jarang memasak tuk saya. Jemur kain apatah lagi. Dulu2 rajin jugak dia jemur kain. Skang, vacuum rumah pun kne suruh 40x. Ye lah, dia kan penat kat tempat kerja. Mesti dia malas layan semua tu. Lagipun saya agak santai di klinik. Mesti dia anggap saya kurang penat berbanding dia. Sbb tu dia malas nak layan kerja rumah.  Tapiiii, syukur sgt sbb dia jaga anak2. Dia balik kerja, terus ke klinik. Kadang dia lepak klinik jaga anak2. Tapi selalunya dia amik anak2 bawa balik rumah. Dia mandikan dan layan derang kat rumah. Wiken pun sama. Saya tinggalkan anak2 kat Arjuna je. Derang lepak di rumah. Arjuna layan makan minum semua tu. Petang, dia akan bawa anak2 ke playground. Wiken saya kan lain dgn wiken Arjuna. Dia ikot negeri Terengganu ni lah cuti Jumaat Sabtu. Saya yg gedik pergi cuti Ahad. Huuuu....

Bab jaga anak tu mmg boleh dipuji la. Sbb anak akan makan cukup, tidur cukup, main cukup, mandi cukup kalo Arjuna jaga. Cuma rumah la akan tunggang terbalik kalo budak dua org tu duduk dgn dedi. Bersepah dr segi mainan. Sana sini ada toys. Yg duk dlm bilik permainan tu, semua derang punggah keluar sbb dedinya x marah. Adoiiiii...Tapi bab makanan, minuman mmg x sepah x tumpah la sbb Arjuna cerewet pasal tu. Dia x suka makan tumpah ni. So anak2 pun, kalo duk dgn dedi x akan bawa air ke ruang tamu la. Kalau ada mami baru derang berani.

Skang kan Arjuna selalu outstation. Kalo ke mana2 mesti dia belikan something untuk anak2. Biasanya toys la. Sbb saya x akan beli toys. Saya lebih suka beli baju dan buku tuk anak2. Kalo tuk bini dia ni, Arjuna mesti akan tny dah makan belom. Haihhhh, kata nak suh kurus, tapi bab makan selalu tny. Kalau dia makan sedap kat mn2, mesti dia tapaukan utk sy tanpa disuruh. Kalau sy ckp teringan nak makan itu ini mesti dia belikan. Mana x gemok. Huuuu.

Setiap mlm, bila saya sampai rumah dr klinik, wajib dia tny hari ni dpt berapa?...Haaaaaa, soalan wajib selama setahun lebih dah ni. Kalo dia outstation pun, sblm tido dia call tny soalan tu. Eh tu kebaikkan ke keburukan? Hahahaa..

Heeeeee, itulah, kita ni kalo nak marah sgt dekat suami, kne kenang balik kebaikkan dia. Ms marah mmg la dihimpit syaitan kan. Kenang balik masa dia jaga kita lepas bersalin. Kenang balik masa dia tunggu kita masa kita sakit nak bersalin. Kenang balik pertolongan2 dia. Kena didik hati supaya bersabar. Dalam doa plak, jgn doa supaya rumah tangga kekal bahagia je. Doa mintak diri kita sendiri ni jadi isteri yg solehah yg boleh menyenangkan hati suami.Tak gitu?

Tetiba je kan cakap pasal kebaikkan suami. Kahkah. Saja je sbb skang Arjuna outstation kat Melaka. Malam tadi dia call bgtau dia tgh mkn asam pedas. Pastu dia ckp, nanti dia belikan esok sblm balik. Haihhhh xpayah la bang, basi. BUkan dekat Melaka-KT kan. Hahaha...Oklah itu je.
Daaaaaa...




# ok dah ni mood blogging dah sampai neh....


Thursday, June 26, 2014

lebih sabar , lebih mengalah dan lebih berlapang dada

Pagi tadi, browse IG, tetiba ternampak ni, terus terfikir, apa yg saya mahu ubah tentang bad habit saya.

Ya, saya mahu lebih sabar, lebih mengalah dan lebih berlapang dada.

3 benda ni yang saya x ada. Saya kurang sabar dari segala segi kot. Mudah marah dan panas hati. Juga x suka mengalah. Takde dlm kamus frasa malas nak gaduh.. Sbb asik nak menang kan, so, kne lawan dan gaduh. Kalau kalah sekali pun, saya tidak berlapang dada. Semua ni negatif. Jadi ini yg saya mahu ubah. Mulakan dgn Ramadhan ini. In shaa Allah.

Tingkat atas klinik, ada bilik sewa. Budak2 UiTM yg duk situ. Derang suka sgt buang sampah dalam tong sampah hitam yg klinik saya punya. Sampah kecik2 saya tak kisah. Ni sampah besar siap kotak2 kosong lagi derang longgokkan kat tong sampah tu. Saya alihkan tong sampah ke tepi sebelah kanan klinik. Haishhh, x reti bahasa jugak. Ada lg yg buang plastik sampah besar diorang kat tong sampah klinik yg cenonet tu. Sampah2 tu bukan MBKT yg dtg kutip pun. Staf saya sendiri yg pergi buang kat tong sampah besar MBKT seberang jalan. Habis, kalo dah asik penuh dgn sampah org lain, staf saya mcm pekerja MBKT pulak.

Saya amik plastik sampah dan kotak2 tsebut, saya longgok depan lif nak naik tingkat atas. Siap tulis notis atas sekeping kertas A4. Besar2 saya tulis sila jgn buang sampah dlm tong sampah Klinik Pergigian Dr Len. Tong sampah ini hanya utk klinik sahaja. Staf klinik bukan tukang buang sampah. Siap tanda tangan letak nama DR Len lg. Kompem budak yg buang tu notice sampah dia kembali ke pintu lif. Kompem jugak staf pejabat guaman kat atas nampak sampah tu siap dgn notis. Kompem derang cakap DR Len garang. Haishhhhh...

Saya x tahu sapa yg buang. Sbb tu kne buat macam tu. Kalau saya tahu, saya tuju terus pada org tu.

Ibu cakap, cuba la bertolak ansur sikit.

Ya, saya tiada sikap tolak ansur. Tiada sikap mengalah. Tidak berlapang dada. Ibu kata apa salah nya, tolong buangkan sampah tu. Then letak notis kat dinding dekat tong sampah. Sampai jugak mesejnya. Lain kali org tu baca, org tu x buang la.

Lahai, itu lah, tiada sifat sabar..Huuuu....

Ni sepanjang minggu ni, Arjuna outstation ke Johor. Seminggu hoi seminggu. Bila kne tinggal mcm ni mula la hati nak marah2. Geram sebab kena tinggal, uruskan anak2 dan rumah sendiri. Tangki klinik bocor pun rasa geram sangat sbb Arjuna xde nak tolong betulkan. Ada bnyk cerita nak cerita tp xde suami utk bcerita. Pastu xde sapa nak tolong poskan tooth mousse. Rasa marah sebab semua benda kena buat sendiri.

Bila fikir balik, tu isteri yg suaminya keje off shore mcm mana?...Lagi la lama kne tinggal. Isteri yg suaminya keje pilot? Kompem2 selalu xde kat rumah. Lahai, itulah, tiada sifat berlapang dada.

Kawan2 kata saya tegas and bossy..Kawan sekerja kat Kuala Terengganu ni, semua x sangka saya resign dan buka my own klinik. Sbb derang nampak saya tegas, layak jadi bos tertinggi. Hahahaha....Saya baik la. Tak caya tanya je kawan yg bukan sekerja. Hahaha...

Arjuna ckp, saya ni kata je x marah, tp suara menekan, mata jegil bila mempertahankan pendapat. Macam marah org la tu. Hahahahaha...Nampaknya kne lebih sabar dan lemah lembut la walaupun nak mempertahankan sesuatu.

Hurmmm....In shaa Allah, lepas ni saya jd insan yg lebih baik..Lebih sabar..Lebih mengalah...dan lebih berlapang dada...

Saturday, December 21, 2013

apa2 aje

Masa bulan pertama buka klinik, iaitu bulan 10, separuh bulan pertama, saya juz buka siang shj...Lps raya haji, separuh bulan kedua la kiranya, saya mula buka sampai malam..Boleh la bbrp sen...Bulan 11, dapat sekali ganda income bulan 10...So, ingatkan bulan 12 ni sekali ganda bulan 11 la... Tp, nampaknya tak pun...Mcm sama je ....Ok la sama...Kalo kurang , lg serabut kepala otak kan...

Kalo org tny dapat berapa bulan lepas, mmg la bunyi mcm ok dah..Ok la kalo berniaga kain (sekadar contoh)...Situasinya, saya klinik gigi..Modalnya ratusan ribu, overhead sebulannya mmg sgt over..Huuu...Jadi, doa dan tawakkal saja.

Bila berniaga sendiri ni, konsep tawakkal tu mcm lebih dihayati...Eh, nmpk sangat masa kerja kerajaan dulu x bertawakkal...Hehehe..

Kerja kerajaan kan tunggu gaji je setiap bulan...Kalo ptt tak dtg apoinment, takpe je...Tak kisah pun..Nak buat mcm mn kan, mungkin patient ada hal...Buleh dokter buat hal sendiri jugak.kihkih...Bila kerja sendiri ni, patient lambat dtg apoinment je, terus suruh staf kol.Gelabah kau...Bila pateint ckp, tak jadi datang la sbb gigi dah tak sakit, terus rasa weng kepala...Uih, sampai mcm tu sekali...Kesakitan patient rezeki saya...Ngeee....

Bukan la nak doa supaya semua org sakit gigi...Tak la...

Boleh je dtg jumpa dokter gigi tanpa sakit gigi kan...Buleh buat scaling, buleh buat whitening, buleh buat braces...Haaa, bercakap pasal braces ni, sapa2 yg rasa nak pakai braces, sila la ke klinik saya ye...Nanti ada doktor pakar yg locum klinik saya...

Aduyai, bosannya duk klinik melangut tunggu patient mcm ni. Sedangkan kat rumah, banyak lg kerja...Kain yg dah kering ada 2 bakul blom lipat...Yg dlm washing machine belom jemur lagi..
Mmg la Arjuna ada kat rumah tu...Tp, dia x layan bab2 kain ni...Dia reti masak dgn jaga anak je..Seb baik ada jugak kerja yg dia reti buat kan...Kalo jaga anak pun x boleh, x ke haru?..Baik saya x yah buka klinik kan...Heeeee....

Ok lah..tu je...Daaa!!










Thursday, December 19, 2013

hari ni result PMR kluar, meh la kita borak pasal result

Pagi2, sampai klinik, tengok budak2 dah penuh kat sekolah menengah yg setentang dengan klinik ni. Ada sekumpulan budak lelaki plak, lepak atas motor sambil hisap rokok berkepul2, kat depan kedai sebelah yg masih tutup. Kalau klinik saya tutup, memang derang bantai lepak depan klinik juga lah...

Kenapa yea, org ramai kat sekolah hari ni. Tanya saya pada Ika, staf saya.
Result PMR kluar hari ni doktor..
Oooo...

Tak lama selepas tu, ada patient dtg nak cabut gigi..Setel..

Kemudian budak2 lepak makin ramai...Diorang siap bawa radio, pasang kuat2 lagu metal ke apa ntah sampai saya yg tengah baca novel kat dalam klinik pun rasa nak pecah gegendang telinga.  Saya bertahan je..Kemudian, ada sorang lg patient masuk..Juz tanya2 harga rawatan. Nampak mcm sedikit terganggu perbualan patient dgn staf saya akibat lagu yg budak2 tu pasang terlalu memekakkan telinga...

Elok je patient tadi keluar, saya pun keluar jugak..Terus jerkah budak2 yg lepak tu. Suruh tutup radio...

Senyap...

Makcik tukang sapu ofis atas pun nmpk saya marah budak2 tu..Takpe, yg penting, bunyi bising memekak pecah gegendang telinga dah x ada..

Hanya kedengaran gelak nakal diorang...


Tp, hati saya masih panas, masih berdenyut kencang..Mula la fikir serong...Ni sah budak x dpt A ni...Mak bapak dia x heran ke nak teman anak amik result..Biar je anak berpeleseran hisap rokok berkepul2 ganggu ketenteraman awam...Bla bla bla...

Astagfirullah....Syaitan senang sgt berbisik jahat kan...
Astagfirullah....

Saya tak tahu result budak2 tu.
Saya tidak tahu ibu bapa budak2 tu.
Siapa saya utk menilai, utk mhukum...
Astagfirullah...

Namun, jauh di sudut hati, saya berdoa, janganlah anak2 cucu2 cicit2 saya berkelakuan begitu...

Itu cerita pagi tadi..

Tengah hari ni plak, adik saya , si Lily tu wasap. Seronok sgt sbb semua student Kemahiran Hidup yg dia ajar, semua dapat A...Itu kegembiraan seorang guru. Siap tayang gambar student dia dgn mak student lg..Katanya mak bapak student x putus2 ajak dia bergambar...Hehehe...

Dekat FB plak, saya yg mulakan mengimbau kembali saat ambil result PMR...berpusu2 masuk komen dari kawan2 sekelas dulu...Saja mengimbau...Benda2 mcm ni lah yg buat kita x putus hubungan dgn kawan2.

Result saya?...of kos la cemerlang..Hehehe..

Ok, bercakap tentang result exam...Saya bukan nak riak, bukan nak bangga diri, tp i got straight A utk semua exam2 besar masa zaman sekolah dulu...Opsss kecuali PMR..saya dpt 8A je..bahasa Arab B...Tp mmg saya x mengharap pun dpt A sbb masa exam biasa asik dpt C...

UPSR 4A
PMR 8A
SPM 9A..

Saya jatuh sedikit ketika di matrikulasi...Tp melayakkan saya sebagai 2nd intake masuk dental school.

Dalam dental school, perggghhh, jerit perihnya, doktor gigi saja yg tahu...Sapa budak dental yg x pernah menangis?..Tak ada!!!!...Lelaki ke, perempuan ke, mmg x ada!..Kalau ada yg x pernah menitik air mata, dia mungkin bukan manusia..Mebe vampire..(Ok, ini adalah kesan daripada terlalu obses dgn novel vampire diaries beli kat BBW hari tu..Kahkah...)

So, selepas melalui semua itu, here i am now...

Berlainan dgn kisah Arjuna.

Dia pernah bercerita, dia bukan excellent student mcm saya.
Dia budak kelas tengah.
Dia budak yg kaut B dan C dalam setiap exam besar.
Malah, ada juga D.

Tp, katanya, rezekinya tetap terbentang luas...

Dia xada satu A pun dalam UPSR...Tp ma dan abah tetap masukkan dia ke sekolah yg baik..Ajar tinggal di asrama, supaya lebih belajar, lebih berdikari.

Tidak cemerlang langsung dlm PMR, tp mampu teruskan ke SPM...

Result SPM plak, malu je nak bagitau org..Tp layak utk ke Universiti. Di universiti pun sama, result tunggang langgang as he is not a bright student.Tp berjaya grad..

Tidak menganggur lama, di saat kawan seangkatan berhempas pulas mencari kerja, Allah anugerahkan dia rezeki bekerja di Felda....Kerja di Felda ni, mcm durian runtuh la...Bonus dia mmg x boleh lawan oil and gas...Tp jauh lebih lumayan dari jabatan kerajaan biasa.

Kenaikan pangkat dlm Felda juga mudah..Tinggal mahu dgn tidak je.

Arjuna ckp, dia bukan pelajar bijak, tp, ada je rezeki Allah bg kat dia...Dia ckp mcm ni masa hari tu, balik kampung dia, kami lalu jln kampung, berpapasan la dgn classmate dia..Masing2 dlm kereta...Masing2 berhenti, dan salam, tanya khabar...

Lepas tu, Arjuna ckp, dulu dia budak bijak...Abg ni, mmg kebelakang la banding dia..Tp, alhamdullilah, sekarang tengok, rasanya kerja abang lagi bagus dari dia...Rezeki Allah nak bg, kita x tahu kan...

Hurmmmm...

Renungan tu...

Rezeki mmg Allah dah tetapkan..Kita hanya perlu berdoa saja..Doa dan berusaha..

Jadi, kepada adik2, anak2 yg x dpt result elok dlm exam tu, jgn lah di marah dia...Marah la jugak sikit2, tp jgn la dihukum teruk sampai xnak bercakap, sampai budak tu sendri rasa stress...Kita x tahu masa depan dia...Mungkin yg straight A tu, lupa diri bila besar nanti..Dan mana tahu, yg banyak D ini lah yg jaga sakit demam ibu ayah satu hari nanti..Kita x tahu kan...

Ok lah...Itu saja bebelan hari ini..
Internet slow, x dpt nak main game!...

Daaa..






Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kareem

Ok...Pecah rekod sebulan x update...
Esok  puasa...
Semoga Ramadhan tahun ini Allah dekatkan saya padaNya...
Saya mahu khatam quran.
Saya mahu jadikan dhuha sebagai rutin...
Permudahkan ya Allah!

Monday, January 7, 2013

azam 2013

Hahaha..
Dah 7 Januari weh,ko baru nak tulis azam...
Sebenarnya azam wajib setiap tahun adalah nak kurus..So,xyah masuk list la..Buat penat taip je kan...

So,2013,here we go!

1. a very2 big cita2.....simpan sorang2 dulu...bila dah nmpk mcm nak ada hasil, baru reveal okeh..

2. more holiday with family and a lot of picas... eh,mcm kena beli samsung galaxy camera je...kuang kuang kuang...

3. more cantek at home in front of hubby : thanx Qis menyedarkan kami semua...Hurmm,new hair style maybe?

4. im getting older...eh yelah..semua org pun kan...hihi...so,saya mahu muka lebih mulus...maka tanam azam nak rajin pakai nite cream. Mesti mesti!!!...even dah tertido sekali dgn Qisya masa Qisya mengempeng pun,kne bangun balik pakai nite cream!!...Nite cream adalah ibu kepada skin care yea kawan2...

5. sentiasa pakai cantik2 dan amik gambar..bila tgk diri sendri cantik,confident level akan tinggi..eh, yelah...kompem kne beli samsung galaxy camera ni..hihihi...

ok,lah...tu je kot...
Hahaha,gitu je azam ko harzharun..
Nasib la sapa yg baca entry ni..haha..

Btw, hari ni,saya memulakan langkah pertama untuk merealisasikan azam no 1...Doakan segalanya bjalan lancar yea..I really need your doa...

Monday, November 26, 2012

isteri kepada suami

Hendaklah taat kepada suaminya. Hendaklah patuh pada suaminya. Seorang anak lelaki, walaupun sudah berkahwin,tanggung jawab kepada ibu,tetap nombor 1. Tetapi,seorang wanita yg sudah bkahwin,seluruh jiwa raga milik suami. Isteri kepada suami hendaklah menyayangi suaminya. Menjalankan tugas isteri,dgn gembira dgn ikhlas. Isteri kepada suami,tidak boleh melawan cakap suami,arahan suami selagi tidak btentangan dgn suruhan Allah. Isteri kepada suami hendaklah mjaga suaranya. Tidak meninggikan suara apatah lagi menengking suami. Ini masalah saya. Saya sentiasa ingat,masa anak dara dulu,ibu selalu tegur saya,marah saya atas sikap suka marah dan suka menengking saya. Kata ibu,nnti kalau dah kawen,perangai 'mulut kencang' begitu tak berubah,dapat suami yg tak penyabar,hari2 mau kne pelembang sepak terajang. Ya,saya masih ingat kata ibu sbb ibu selalu kata begitu. Haishhh,tp perangai ni susah sgt nak dikikis. I'm the type of outspoken person. Kena buli kat sekolah jauh sekali. Berani bcakap,melawan kalau ada yg tak kena walaupun kadang2 bukan semua yg saya buat betul..But,i'm also the type yg begitu kuat self defend la konon.. Bagus sikap ni kan..But in marriage,its totally not good. Wahai diri sendiri,tolonglah berubah. Tolonglah sentiasa ingat,jgn meninggikan suara pada Arjuna,apatah lg menengking. Allah dah bagi seorang lelaki yg cukup sabar maka,hargai lah... Bukan susah nak ckp elok2 pun kan. Tapi saya selalu lupa.. Lagi2 bila tgh kelam kabut or penat. Mulut pun laju nak marah2. Mujur Arjuna sgt sabar. Bila saya lupa diri, Arjuna akan diam dan blah.. Itu tanda dia marah sgt2.. Dia,kalau marahkan saya,mmg simpan dalam. Diam je. Sikap diam dan tak peduli dia tu,kadang2 buat saya baran balik..Haishhh!. Istigfar..Itu hasutan syaitan..Ternyata istigfar itu mampu menenangkan diri. Hurmmm,sebenarnya entry ni wujud sbb kes pagi tadi. Saya pun lupa saya meninggi suara sbb apa td. Yg pasti Arjuna xnak salam xnak ciom masa dia pergi kerja. Blah mcm tu je. Mulanya hangin jgk saya. Siap tfikir nak kol or sms marah2. Tapi mcm dah tahu xde gunanya buat mcm tu sbb kompem dia x layan. Tp dlm tgh hari gitu,saya sj whatsapp Arjuna. Tulis sepatah je, "abang"...Kalau dia tgh marah lg,dia xkan reply msg mcm tu, Sekali reply la plak "nape?"...Aiseh,tetiba kne cari idea nape saya gatal2 nak whatsapp..Takle ckp sj nak tny khabar or saja rindu,kang tgh gaduh..So,reka la apa2..hahaha... Hurmmm,begitulah..Setiap org ada tahap sabarnya kan..Jgn uji tahap mana kesabaran suami, Peringatan tuk diri sendiri lg...Arjuna balik nanti,kne mntk maaf..Kena jaga hati suami,kne jaga perut suami,,Dah la pantang lg ni..Eh,ada kne mengena? Kahkahkah... Untuk perut suami,saya masak ayam masak merah ala kenduri...Bjaya jgk buat jd rasa mcm lauk kenduri...
Resepi; Ayam potong ikut suka,then lumur garam kunyit,perap seketika,kemudian goreng. Bawang merah,bawang putih,halia dan sebiji dua cili padi kalo nak,semua di blend... Mula2,tumis bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau,masukkan bhn blend,tumis sampai garing. Masukkan cili boh or cili kering kisar,tumis bsama bhn kisar tadi sampai naik minyak. Masukkn garam gula secukup rasa. Masukkan sedikit sos tomato. Masukkan air ikot citarasa nak bnyk kuah ke x.. Bila mdidih,masukkan ayam goreng td. Bila nak tutup api,masukkan bawang besar yg dihiris bsama buah tomato. Siap! Ok lah.,itu saja entry x dirancang hari ini...Daaaaa... P/s: Ryna,resepi puding triffle dah ada dlm blog ni..U searxh dlm label "masak" ek laling... P/s : Blog mlalui tablet..Nasib korang la baca xde perenggan...Tablet hampeh!

Tuesday, December 20, 2011

lelaki romantis, lelaki manis

Dulu, lelaki dikenali berjiwa keras. Mesti keras. Seakan satu hukum dunia. Lelaki mesti keras. Jika ada yang mudah tersentuh, mudah mengalah, pandai mengambil hati si perempuan, ada yang melebelkan mereka mat leleh, mat jiwang, mat bunga. Dengar saja gelaran sebegitu, buat lelaki malu dan takut mengekspresikan perasaan dalaman mereka. Lebih rela digelar keras hati degil jiwa dari digelar mat leleh.

Tapi sekarang, lelaki mula berani. Berani buat si perempuan menangis tersentuh kegembiraan. Berani buat si perempuan senyum terharu. Berani buat diri mereka sendiri jadi comel dan manis. Berani sangat. Sebab cara itu, mampu buat si perempuan cair. Mampu buat si perempuan lembut hati. Mampu buat si perempuan sedar keikhlasan mereka. Ya, lelaki yang sanggup ketepikan perasaan takut dilebel mat leleh pasti benar2 mahu menunjukkan keikhlasan mereka. Betapa bertuahnya si perempuan jika punyai lelaki begitu dalam hidup mereka.

Satu ketika tidak lama dulu, si perempuan seantero Malaysia ini seakan bersama2 memasang mimpi mahukan suami seperti si Aaron Aziz dalam drama popular Nora Elena. Sana sini bila ada geng perempuan berkumpul, itu saja lah topik perbualannya, berlarutan sampailah drama tu habis kisahnya. Kemudian, semenjak kebelakangan ini si bakal pengantin2 perempuan, di fb, di blog, sibuk mahu tunangan dan kekasih hati mereka mendendangkan puisi di majlis perkahwinan. Ini pula bahana sifat romantis, sifat manis si Zahiril Adzim di majlis perkahwinannya dgn Sheera. Ahh, buat semua perempuan2 lain pejam mata berangan jugak!.. Dan sehari dua ni pula, si perempuan2-mahu-lelaki-romantik-lelaki-manis ni pula, sibuk duk ulang tanyang video proposal seorang lelaki terhadap bidadari hatinya. Alaa, video yg si perempuan mulanya tolak pilihan keluarga tu lah...Eh, ada yg belum tengok?..Klik sini yea..Owhh, mmg manis sekali kan. Berangan lagi lah tu kamu semua.

Diakui, mmg ada lelaki romantis lelaki manis di sekeliling kita. Mmg ada. Yang mengekspresikan secara terang2an itu, mmg seronok la. Tp, bg si perempuan yg kekasih hatinya atau suaminya tak pandai berdrama begitu, jgn jauh hati, jgn makan hati, dan jgn rasa diri tidak bertuah. Lain org kan lain caranya. Arjuna sendiri, jauh panggang dari api nak buat benda2 begitu. Bacakan puisi?.. Kirimkan video?.. Beli bunga penuh bonet kereta?.. Rasanya, mati bputih mata agaknya kalau saya bkeras mahu menunggu waktu dia buat begitu. Setiap lelaki caranya lain. Ada yg suka telefon di waktu berkerja secara tiba2 dan ucap kata cinta. Ada pula yg masa nak tidur baru bersayang2. Ada tu, malu nak pegang2 dan peluk2 isteri sambil jalan kat shoping compleks.

Mereka berbeza..Kita juga berbeza. Jadi, usahlah terlalu berangan. Usah tlalu mengharap diperlakukan romantis. Cukuplah dgn aura cinta dari mereka yg dapat kamu rasa itu.

Gambar sekadar hiasan.Sumber Google

Suami memasak untuk isteri juga perlakuan romantis manis kan...Tp jgn selalu yea..Sbb tugas isteri menjaga makan minum suami. :-)

Apa perlakuan kekasih hati kamu yg kamu rasa paling romantis untuk kamu??


* lama kan saya x tulis benda2 alah gini..asik cerita sal preggy & baby je..heeeee



------------------------------------------------------------------------------------
iklan sket :

DISNEY MY 1st CHUNKY FOAM BOOK

ada 6 pilihan:
-Things That Go (Cars),
-Colors and Shapes (Minnie),
-First Words (Toy Story),
-Counting and Numbers (Mickey)
-Opposite (Winnie The Pooh),
-Alphabet (Snow White)

1PC = RM 12.00
3PCS = RM 35.00
6PCS = RM 60.00 (1 SET)

1-3 pcs postage RM6, RM9[ss]
4-6 pcs, free postage!!!

if interested, email me: nurharzlena@yahoo.com
or
pm me at fb Harzlen Harun

Tuesday, June 21, 2011

nasi dagang tok memang sedap

Itu tajuk blog entry adik lelaki saya... Itu memori dia tentang Tok.. Tentang masakan tok yg paling ditunggu2 menjelang hari raya.. Ya..Setiap hari raya pertama dr kami kecil sehinggalah dewasa.. Sehingga tiada dlm memori kami, tok buat menu lain untuk hari raya pertama.. Tapi tahun ini, tiada lg nasi dagang itu.. Tok pulang ke rahmatullah pada pukul 8.40am 16 Jun 2011 di usia 70 tahun. Al-Fatihah. Semoga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. Amin..

Memori saya pula? Fakta utama, saya cucu sulong tok. Memori saya dgn tok, kenangan saya dgn tok, lebih dari cucu lain. Itu pasti. Diakui oleh ibu dan pakcik makcik lain juga. Masa kecil zaman belum masuk sekolah dulu, jika bgaduh adik beradik, tok leraikan dgn menyuruh saya beralah. Sebab saya paling tua. Bunyi saja kena beralah, tp secara diam2, saya dapat upah. Bgaduh, saya beralah, dapat 50sen. Bgaduh lagi, saya beralah dapat 50sen lagi. 50sen waktu itu tinggi nilainya. Kalaupun tok bagi juga 50sen pada adik2, saya akan dapat RM1 pula. Mesti lebih. Sebab saya kan cucu sulong. Cucu kesayangan tok..Nak tak nak, adik2, sepupu2 mesti terima kenyataan itu. *senyum*...

Dulu, bila balik kampung, kumpul ramai2, tok tny menu nak masak, mcm2 pmintaan makcik pakcik bagi.. Biasanya tok akan ikot pmintaan paksu..Sbb paksu anak bongsunya..Tp, bila pmintaan paksu bcanggah dgn pmintaan saya, tok akan ikot pmintaan saya. Tengok, cucu sulong dgn anak bongsu, menang cucu sulong tau. *senyum*

Dulu, zaman kecil2 belum baligh, kalau balik rumah tok, mesti tidur ramai2 dgn adik2 dan sepupu2 kat ruang tamu. Orang lain boleh tidur sendri2. Saya nak tok dodoikan, tepuk2 bontot. Baru boleh tidur..Padahal, bila kat rumah sendri, ibu xlayan pun saya mengada begitu. Alaaa, saya kan cucu sulong tok. Manja lebih sket la kan bila balik rumah tok. *senyum*

Saya pernah masuk wad masa form 3.. Dua kali dalam tahun yang sama. Kali pertama sebab tgeliat kaki (dah jupe tukang urut, tp saya mmg x ngam dgn perubatan tradisional ms tu..huhu).. Kali kedua sebab demam campak yg teruk. Kedua2 kali masuk wad tu, tok dtg dr kampung, temankan saya kat wad.. Jaga saya.. Suap makan.. Padahal, bukan sakit sgt pun. Mengada lebih walaupun dah 15 tahun masa tu. Takpe lah.. Saya kan cucu kesayangan tok. *senyum*

Tok kehilangan tok ki(panggilan tuk datuk) dah lama..Masa ibu masih kecil. Tok hanya ada anak2 dan cucu tempat bmanja.. Bila anak2 sendri bawa haluan masing2, tok byk curahkan kasih sayang pada cucu pulak. Mungkin sbb saya cucu pertama dalam keluarga, kasih sayang itu byk tcurah pada saya. Tambahan pula saya sgt manja dan x menyusahkan tok. Dulu, kalau bosan di kampung, tok akan dtg rumah kami. Kalau ayah tak boleh nak ambil, tok sanggup naik bas tuk dtg jumpa cucu. Kalau nak jalan2 ke mana2, ibu biasa bawa tok sama. Tok pernah ikut hantar saya waktu saya mula2 mdaftar form 4 di MRSM. Tok pernah ikut hantar saya waktu saya mula2 mendaftar di Kolej Matrikulasi Melaka. Dan itulah kali terakhir tok ikut kami travel jauh. Sebab masa tu, sampai2 je di KMM, tok pitam..Mungkin sebab panas seharian dalam kereta dari Terengganu ke Melaka. Balik dr Melaka, ibu bawa tok ke hospital. Baru dapat tau penyakit darah tinggi tok dah serius. Mula dari situ, kesihatan tok mula tjejas sedikit demi sedikit. Masa adik bongsu saya lahir pun, tok dah tak boleh nak jaga mcm dia jaga kami semua.

Bila dah kerja tok masih bagi saya duit raya tau. Tapi, saya jugak belikan tok baju raya, tudung raya. Duit yg tok bagi tu, xdelah seberapa pun. Juz nak tunjukkan saya masih cucunya dah berhak terima duit raya di hari raya. Betul x?

Dulu, masa bujangan, saya tinggal dgn family. Kebetulan, kami dah tak duduk jauh dr tok. Kami dah balik kampung,duduk sekampung dgn tok. Cuma, tok xnak duduk rumah kami. Biasalah org tua, selesa tinggal kat rumah sendiri kan. Kat rumah tok, tok duduk dgn pak ngah dan pak long yg tak kahwin tu. Pak long selalu outstation. Pak ngah la yg jaga tok. Ibu plak akan jengok tok tiap2 pagi sementara adik balik dari sekolah. Saya pun sama. Kalau ada kuih muih yg saya beli bila balik kerja, saya akan hantar sikit untuk tok juga. Bila saya mcm dah lama tak menjenguk, tok mesti dah tanya kat ibu. Kadang2 tu, saya singgah la jugak lepas balik kerja walaupun penat.Lama kelamaan, tok makin uzur. Bila dah ada hipertensi ni, mudah la kne penyakit lain. Tok didiagnos ada penyakit buah pinggang. Bila dah byk sakit, tok kerap keluar masuk wad. Saya la yg temankan tok tiap2 malam. Ibu jaga waktu siang, saya amik shif malam. Tipu kalau saya kata saya tak merungut. Jaga org sakit kat hospital kerajaan wad kelas 3 mmg memenatkan. Tambah lagi kalau siang kene kerja, malamnya tidur atas kerusi je. Tapi, saya ingatkan diri sendiri, tanam dalam hati, saya kan cucu kesayangan. Tok lebih suka saya yg jaga dia. Masa zaman saya jaga tok dulu, sakit tok tak serius. Masih boleh bangun dan mandi sendiri. Saya cuma perlu pimpin dan tolong support saja. Kerap juga la tok keluar masuk wad. Saya sendiri pun dah tak ingat berapa trip saya jaga tok.

Masa saya bertunang, of koz la tok dtg tengok. Siap bagi tempat khas tuk tok duduk sebab tok xleh bsila.Aiseh, tok tak pandang kamera la pulak. Jubah tu saya la yg belikan. Tok pun kena pakai pink ok. *senyum*Ini pula di malam akad nikah saya. Malam2 pun tok tetap nak datang. Siangnya, saya bersanding. Ada yg ckp, tok xyah datang pun xpe. Sebab nanti penat. Aturcara siang kan macam lama sikit. Tapi tok tetap nak datang tengok saya bersanding. Mestilah, cucu sulongnya kahwin. Lagipun, saya dah sediakan siap2 port untuk tok duduk. Orang lain takle kacau ok.Lepas kahwin,masa saya dgn tok makin kurang. Kadang2 bila balik rumah ibu waktu wiken, lupa dan x sempat singgah rumah tok. Tapi, tok tetap di hati. Tok suka satar. Otw balik ke kampung, selalu jugak saya singgah kedai faveret kat pantai Kelulut untuk belikan tok satar. Tak perlu byk. Sikit saja dah cukup buat tok happy. Lama-kelamaan lagi, tok makin uzur. Kena buat renal hemodialisis. Bed-ridden. Makin kerap keluar masuk wad. Malah, saya jugak yg buat e-aduan mengenai sikap staffnurse yg tak profesional thadap tok masa di wad sehingga tok menangis. Nasib masa kejadian saya takde. Kalau staffnurse tu kurang ajar depan saya, situ jugak aku lempang dia. Huhh!

Menjelang hari2 terakhir tok, kata ibu, tok selalu sebut2 pasal saya. Kali terakhir tok masuk wad, pada 6 Jun 2011 kalau x silap saya. Sebelum tu, dah byk kali tok sebut pasal saya. Ibu ckp macam meracau sebut saya pun ada jgk. Jadi, 7 Jun 2011, saya dan Arjuna bgegas balik jumpa tok kat wad selepas habis kerja. Sempatlah lepak & borak2 dgn tok mlm tu. Masa tu, muka tok dah lain sgt. Dah bukan rupa yg saya selalu tengok. Terkejut jugak saya. Tapi, saya borak mcm biasa. Tok dah mengah2 nak borak dgn saya. Tapi, xpelah, kan cucu sulong tok dtg ni. Tok layan jugak saya borak. Malam tu, adik saya, kak ngah yg temankan tok. Dgn keadaan saya yg mak buyung ni, saya tak dpt nak jaga tok. *sedih*

Kemudian, 9 Jun 2011 saya ke KL untuk mhadiri conference. 3 hari di conference saya dpt tahu tok tpaksa dimasukkan ke CCU sbb ada jangkitan kuman dan jantung dia dah lemah. 2 hari saja di CCU, tok dah pulih dan boleh keluar ke wad biasa. Petangnya, terakhir tok makan adalah dari suapan ibu. Malamnya, tok dah tak sedarkan diri sbb tkena sawan. Jangkitan kuman dah sampai ke otak. Malam tu jugak saya balik jengok tok. Sempat baca Yaasin bbrp kali untuk tok. Bila baca Yaasin dan pegang tok, tok mcm bg respon dgn angkat2 kaki. Tapi xtahulah dia sebenarnya sedar ke tidak. Hanya tuhan yg lebih arif.

16 Jun 2011, tok mhembuskan nafasnya yg terakhir dgn ditemani ibu. Saya masih di rumah waktu tu menguruskan adik ke sekolah. Lepas ibu bgtau tok dah xde br saya ke hospital. Sempat juga saya teman jenazah tok sementara ayah uruskan proses hospitalnya.

Memori terakhir adalah mencium dahi tok sebelum dia dikapankan sepenuhnya. Itu memori saya dgn tok.Yang saya tahu, yang saya pasti, memori ini lebih dari adik2 dan sepupu2 yg lain. Sebab saya kan cucu sulong dan cucu kesayangan tok. Biarlah, saya nak berbangga dgn memori yg satu ini.....
Al-Fatihah untuk Wook binti Embong....


Tak sempat juga tok nak tengok cicitnya ni. Hurmmm...


**maaf, saya masih belum biasa mbahasakan tok dgn panggilan arwah**

Wednesday, December 1, 2010

the last month of the year !

Hi beautiful people.. Jom bersorakan sket hr ni.. Sbb geng kita2 makin bertambah. Thanx a lot to Rose, Renee Meoww dan Lala sbb sudi jadi follower terbaru. Hugs & kisses untuk korang!

Sekarang ni, nampaknya geng bride bloggers makin bertambah yea. Masa saya mula2 start blog ni lebih setahun yg lalu, xde la semeriah ni rasanya. Tak ramai pun dlm list saya tu. Tp, makin lama, makin penuh ke bawah list blog yg perlu dibaca. Siap kne susun ikot kategori lagi supaya tak terkeliru. Siapa yang selalu drop komen untuk saya, mmg saya akan ingat dan kenal lah. Tp bagi yg jarang2 tegur tu, bila komen sekali sekala, saya mesti kene pergi blog dia balik sbb x ingat yg mn satu.Hehe..Walaupun lupa tuan, saya tetap akan ingat nama blog korang tau. Kadang2 tu, bila di "add" di facebook, kne perkenalkan blog dulu baru saya kenal. Hehe. Yang pasti saya kenal blog korang walaupun keliru pemiliknya yg mana satu. Maklumlah, tlalu byk baca blog. Hurmm, saya xtau lah pembaca blog saya sekarang ni ramai b2b ke, ramai wifey. Sbb blog ni bmula sbgai blog b2b. Bila dah kawen ni, kurang la sket cerita sal wedding prep kan. But thanx to Qiesh sbb jemput join group Bride Bloggers kat FB.. Boleh la kenal lebih ramai blogger yg suka ckp sal kawen2 nih..Hehe..

Eh, mcm dah lari tajuk pulak dah...Ok..Its end of the year already. Banyak yang berlaku pada saya tahun ni. Most important-big-wonderful thing sudah tentu la my wedding. Yeyyy dah kawen!..Hahaha...Dulu, masa bujang2, saya la si psiko yg suka membilang bulan. Saya akan text kawan baik saya begini. " its April already!"..Bulan seterusnya " dah msuk Mei la wei!"..Bulan depan plak " OMG, its Jun !" and its on and on and on setiap bulan... Hahahaha..Korang faham x?..Kawan baik saya akan faham walaupun SMS seringkas itu... Maknanya saya cuak dan cuba buat dia juga cuak sbb bulan berganti bulan tp kami masih tak kawen malah single mingle. End of the year saya akan kol dia berjam2 dan membangkitkan rasa risau sbb semua kawan2 lain dah kawen tp kami berdua masih xde hala tuju perkahwinan. Dalam risau2 tu, sempat lagi berangan kalo kawen nak mcm tu nak mcm ni. Lebih parah lagi, azam tahun baru saya dua tahun yg lalu adalah "xkisah la dgn sapa2 pun, kne kawen jgk thn dpn"...Boleh g2?..Giler!..Haha!..Itu azam kosong je tu.. Kalo korang nak tau, saya la yg plg susah nak jatuh chenta kot. Kalo susah jatuh chenta, susah la mau kawen kan. Sbb saya nak kawen atas dasar cinta bukan atas dasar aku-kne-kawen-sbb-semua-org-dah-kawen....So, mcm mn ntah Arjuna buat saya jatuh cinta pada dia..Hihi.. ^_^

Itu kisah membilang bulan. Lepas jumpa Arjuna saya terus berhenti bilang bulan. Hehe... Saya menikmati hari2 sayang-musyuk2 tanpa perasan hari berlalu pulak. Sehinggalah Arjuna ajak kawen. Saya kenal Arjuna tak lama tp jatuh chenta habis2an. Mandrem apa yg dia guna saya pun xtau. Haha. Pas mjlis merisik, saya makin xperasaan masa berlalu pantas sbb sebulan slps merisik, terus bertunang. Gedik nak suh Arjuna merisik jugak walaupun xpayah pun sebenarnya..Hehe...Then, 3 bulan saya bizi + lelah buat persiapan kawen. Dan hari bahagia saya tpahat dalam memori dgn indah.

5 bulan kami hidup bjauhan. Arjuna di Melaka, saya di Kuala Terengganu. Senak mak ckp oi tanpa suami di sisi..Walaupun masa tu saya duk dgn family saya. Tak sangka pulak begitu rasa nya bila berjauhan dgn suami. Padahal bukan tak biasa hubungan jarak jauh. Heran kan. Bila dah kawen ni, pelik semacam rindunya.Heee....Dan Ogos lalu, bermulalah kehidupan kami suami isteri yg normal. Tinggal sebumbung. Lebih mudah untuk bergadoh. Tp best sbb pas gadoh & majok, boleh kiss2..Hahaha...

Hari terus berlalu. Gembira dan bahagia je dgn Arjuna. Ada masa, kami balik jenguk parents kat kg. Tanpa saya sedari, hubungan baik-kita-saling-tahu-rahsia-masing2 dgn kawan baik, semakin lama semakin tak wujud. Tanpa saya sedari, saya dah tak ada kawan yg "i know her every single breath"...Tanpa saya sedari, saya dah tak ada kawan yg kol saya malam2, menangis hiba mengadu tentang perasaan yg tercarik. Tanpa saya sedari, saya dah tak ada kawan yg boleh saya kongsi tentang lelaki kacak yg saya jumpa petang tadi. Semua tanpa saya sedari.... Itu antara perubahan masa yang juga merubah saya. Saya tidak sengajakan. Tapi itulah hakikat sebuah perjalan hidup. Bukan mahu membuang kawan. Saya masih tjerit2 gembira bila tjumpa kawan lama atau dgn tidak semena2 dihubungi kawan rapat. Malah mcm x cukup mulut nak bcerita bila sesekali jumpa dgn kawan rapat..Cuma, mau atau tidak, perubahan kehidupan kita juga merubah jarak kita dgn kawan2 kita. Itu lumrah. Sebab masing2 ada hidup sendiri walaupun dalam hati tetap ada kenangan2 yg kadang2 kala minta diingat.

Jadi, hidup pasti diteruskan. Byk lagi tangis dan tawa yg kita akan tempuh. Saya sangat berharap dan berdoa pada tuhan, moga saya akhiri tahun ini dengan sesuatu yang lebih gembira.

Nak layan pic x?...Antara kenangan indah dgn kawan2 yg saya kukuh di hati saya...




p/s: perasan x saya sekejap gemok sekejap kurus..Skang saya gemok, maknanya x mustahil saya boleh kurus balik..yeahh!

Tuesday, October 19, 2010

ibu ayah ! saya nak kawen!

Hah...Kamu menjerit macam tu ke bila bagitau parents kamu yang kamu nak kawen?. Owh, malu la nak buat mcm tu. Malu2 kucing..Malu tapi mahu. Haha... Seingat saya, saya tak bagitau secara direct pun pada ibu dan ayah yang saya nak kawen. Malah, saya tak mintak izin secara formal pun. Saya dulu, lepas habis belajar, dah masuk alam pekerjaan, masih single mingle. Tak ada boifren. Asik enjoy dengan kawan2 je. Jalan2 dgn kawan2. Paling xde tempat nak pergi, kami hanya lepak di McD pada hujung minggu. Malam2 pula, isi masa buat part time di klinik swasta.. Mak kaya dulu ko tau..Hahaha...Kawan2, sorang demi sorang kuar dari kumpulan jalan2 ni. Masuk ke kumpulan orang dah kawen. Geng enjoy makin mengecil. Itu yg buat ibu risau. Selalu tanya bila saya nak kawen. Mcm mana nak kawen, kan xde boifren. Ramai je makcik kenalkan. Tp owh no !. Bila makcik yg kenalkan, ikot taste makcik la. Bukan taste saya. Jadi saya tak nak. Bukan nak menyombong, cuma.........yelah, i din fall...Saya nak kawen dgn orang yg saya cintai..Dan cintakan saya sepenuh hatinya....Itu je sbbnya...Dan keputusan nak kawen juga bukan kerja mudah. sebelum Arjuna, saya ada 'melayan' sorang mamat ni. I thought im in love with him...Cuma saya x lap u lap u je...Rs x nak sebut walaupun dia selalu sebut... Bila dia ajak kawen, saya jd lain mcm. Gelabah, cuak, xselesa dan ntah apa2 lagi. Akhirnya, bye bye...Buat apa saya tipu diri kan. Pastu, saya crush dgn...oppssss....dah melalut. Bukan nak cite history mencari cinta sebenarnya...Kita kembali ke point sebenar yea...

Bbrp bulan kenal dengan Arjuna, mmg dah kompem love love sgt2. Yeah, when u fall in love, u juz fall...Rite??..Then, saya ada keberanian bawak balik Arjuna jumpa ibu ayah. Sebelum ni saya x pernah bawa balik kawan lelaki pun. Kecuali kawan yg mmg geng dan bertindak sebagai kawan semata2 la..Saya pun xtau nape takot nak wat blk kawan lelaki yg sedang ada hati dgn saya. Bukan ibu ayah nak marah pun. Mungkin sbb saya takot. Takot ibu ayah suka kat lelaki tu dan suh saya kawen dgn lelaki tu. Bila Arjuna dtg rumah, ibu ayah layan Arjuna baikkk punya. Macam suka je kat Arjuna. Plus Arjuna mmg jenis cepat mesra dengan makcik pakcik. Pandai bcakap dengan orang tua. Ibu ckp, boleh tahan jugak rupa Arjuna. Eh, ibu..Mesti lah..Tak kan Kak long nak cari yang x ensem..Haha..Ok, sp lagi nak puji suami kalo bukan isteri kan. Tak lama lepas tu, Arjuna dtg ke rumah lg. Pas jumpa kali kedua, ibu ayah mula duk tny2 saya. Serious betol ke dgn Arjuna? Saya sengeh. Malu bangat seh!. Sbb saya mmg x kongsi benda2 mcm ni dgn ibu. Saya boleh bercerita apa saja dgn ibu, kecuali bab hati & perasaan thadap lelaki. Malu. Mungkin sbb saya rasa saya ni kecik lagi. Mungkin masih rs mcm budak2 masa tu. Bila ckp sal kawen2 ni, malu la.

Dalam masa yang sama, Arjuna mmg duk sebut sal nak bawa parents dia jumpa ibu ayah. Dia dah plan nak kawen bila dgn saya. Ya ya...Dia yang plan semuanya. Tapi x pernah propose saya macam orang putih selalu buat dlm movie tu.. Takde nya adegan, minum air ms candle lite dinner, kemudian, ada cincin dlm gelas. Tak de juga upacara melutut bagi bunga! Hanya, "kita kawen bulan tiga la"...Ggrrrrr....Sangat tak romantik!!!!....Tp saya?...Hurmmm, ok je...Im juz go with the flow.. Hati saya rasa yakin. Keyakinan itu datang dr Tuhan. Kerana ini ketentuanNya. Jadi, saya bagitau ibu dan ayah yang Arjuna nak bawa parents dia dtg umah. Ibu gelabah beb !. Maklumlah, pengalaman pertama! Haha....

Kedatangan Arjuna dan keluarga menjadi majlis merisik. Siap bawa cincin lagi. Dan segalanya berjalan lancar hingga kami diijab kabul. Alhamdullilah. Jadi, tiada adegan saya mintak izin dgn ibu ayah untuk kawen. Juga tiada ayat2 yang keluar dr mulut saya bagitau ibu ayah yang saya nak kawen. It juz happen. Hurmmm, apa pula cerita kamu?..Boleh kongsi?..


God, the best maker of all marriages, Combine your hearts into one.

Thursday, October 7, 2010

bilakah umur yang sesuai untuk berkahwin??

Hip hip hoorayyy buat kedua2 follower baru iaitu Kasut Pink dan 2 H@t! Men j@d! 1. Thanx a lot sbb sudi singgah di blog ni. Nice knowing you both!

Tales About White Lace And Tiara bukan menyimpang dari tajuknya yang sebenar. Cuma, kekurangan penglibatan dalam persiapan perkahwinan membuatkan saya lebih selesa dan senang bercerita mengenai kehidupan seharian. Nak menulis ni, lebih mudah jika benda itu dekat dengan kita. Barulah ada feel. Tak gitu? Mungkin selepas ni, saya akan banyak menulis tentang perkahwinan. Sekali lagi. Kali ini untuk adik saya pula. Maklumlah, saya yang akan perah idea untuk majlisnya nanti. Tuan punya badan memang bagi kepercayaan kat kakaknya ni. Jadi, mulai dari sekarang, lebih banyak info tentang kahwin yang boleh korang dapat dari sini. InsyaAllah..

Ok, cakap2 pasal kahwin ni, kepada anda semua, berapa umur korang masa korang kahwin? Haaa... Best tak soalan?? Bilakah sebenarnya umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga??..Jeng jeng jeng... Kalau diikutkan lumrah alam semesta di Malaysia ni, lazimnya, makcik pakcik akan sibuk bertanya bila nak kahwin, bila seseorang tu habis belajar. Macam dah termaktub dalam kamus hidup, mula2, masuk tadika, pastu masuk sekolah rendah, pastu masuk sekolah menengah, kalau ada rezeki, sambung belajar sket lagi. Dah bhenti belajar je kene kahwin cepat2. Betul x?. Tapi, what is the exact correct time to get married?

Hurmmm, saya yakin, xde siapa yang boleh bagi jawapan yang tepat. Begitu juga diri saya. Saya tiada jawapan. Jika mengikut hukum, memanglah ada 4 hukum berkahwin dalam Islam iaitu;
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab jika berkahwin.
Namun, tidak tetapan umur yang tertentu yang telah digariskan. Cuma, pada pendapat saya, ia bergantung kepada individu dan keadaan semasa.

Ada yang bercinta zaman belajar. Ke hulu ke hilir berdua merpati sejoli. Rasanya memang elok berkahwin setelah tamat belajar. Halalkan ikatan yang terjalin. Jika tiada kekangan wang, apa salahnya cepatkan sesuatu yang baik. Betul x? Owh, jika beruntung mempunyai ibu bapa yang berada, kahwin saja walaupun belum habis belajar. Yang penting, kene pandai bahagikan tanggung jawab sebagai suami @ isteri dan tugas seorang pelajar. Tapi, jujur saya katakan, jika ibu bapa orang seadanya, tolong jangan buat begini. Sebab bagi saya, tidak adil untuk mereka. Dah la menangung kita belajar, kene menangung perkahwinan kita plak. Kemudian kene tanggung menantu. Sedih !. Tidak semua orang dilahirkan kaya raya. Jadi, jika korang bukan dr golongan itu, tolong jangan susahkan ibu bapa.

Jadi, kahwin saja setelah tamat belajar. Setelah berkerja dan mampu pegang duit sendiri lebih bagus. Sebab kita kahwin atas usaha sendiri. Jika ibu bapa mahu top up sana sini, itu namanya rezeki. Jangan menolak. Mereka juga ada hak atas perkahwinan anak mereka bukan? Persoalannya pula, berapa lama nak kerja baru kahwin? Juga tiada jawapan yang tepat. Tp sekali lagi, jujur dari hati saya, saya rasa, biarlah orang tua kita merasa dulu pemberian anaknya. Seperti yang saya katakan tadi, mungkin ada di antara kita yang lahir dalam sangkar emas. Tapi, sebenarnya pemberian kita kepada ibu bapa kita bukan untuk lebih menkayakan mereka. Pemberian kita sekadar membuat mereka gembira. Tanda kasih dan sayang mereka dihargai. Tanda mereka punya anak yang berjaya. Biarlah mereka merasa dulu hasil didikan mereka. Bagi yang dari kecik tinggal di asrama, kemudian universiti, sudah lama jauh dari keluarga, masa inilah untuk kita bermanja kembali dengan ibu bapa. Sebab selepas berkahwin, keutamaan kita adalah keluarga baru kita. Iaitu suami @ isteri kita. Selepas kita berkahwin, ibu bapa pasti akan merasa "hilang". Jangan menidakkan kenyataan ini. Sebab ia memang berlaku. Cuma berbeza penilaiannya. Lebih2 anak lelaki dalam keluarga. Pasti ibu bapa merasakan hero mereka sudah dimiliki orang lain. Jadi, tepuk dada, tanya selera.

Hurmmmmm..... Itu bagi korang yang ada kekasih hati. Bagaimana pulak bagi yang single mingle? Bila nak kahwin ni???!!!... Rasa macam tak nak jumpa orang je kan sebab asik soalan tu yang ditanya. Lebih2 kalo umur dah banyak. Takde la banyak sangat pun. Banyak sket je dari budak form 5. Hehe..Jadi, bila nak kahwin? Kalau jawab 'umur 25 saya kawen'. Karang, umur 25 tak jumpa calon, nak jawab apa pulak kan. So, kesimpulannya,juga takde jawapan. Sebab benda ni mmg susah nak dijelaskan.

Cerita saya? Saya sendiri memang takde steady boifren masa zaman belajar. Jadi, masalah nak kahwin masa masih bergelar student tak timbul langsung. Bila masuk zaman berkerjaya, jumpa lebih ramai orang. Kenal lebih ramai orang. Sangkut sorang dua tapi you just know he's not the right person kan. ( eh, bab ni kene tulis entry lain la..sbb cam byk bnda je nak ckp..hihi). Jadi, tetap takde jawapan nak kawen umur brapa kan. Setelah hampir tiga tahun berkerja, setelah banyak manja2 dengan ibu di rumah, akhirnya saya kawen masa umur 27 tahun 10 hari. Sekian. Korang pulak????

Gambar sekadar hiasan.Tengoklah genggaman tok kadi yang kuat tu..Sampai berkerut tangan Arjuna.

Tuesday, August 10, 2010

newly wed....r u ready 2 face Ramadhan???

Assalamulaikum bloggers... Pertama sekali, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..Semoga bulan mulia kali ini, lebih bermakna untuk kita. Semoga setiap hari yang kita tempuh dlm menjalankan ibadah puasa memberi pahala yg bganda dan keberkatan untuk kita semua...

Ini Ramadhan pertama untuk saya sebagai seorang isteri. Sama seperti kebanyakan bloggers jugak kan. Fara, Nad, Fasha, Yanie, Asna, Eka, Sahzlin,.....fuhhhh, ramai btol kalo nak menyebutnya satu psatu...Tapi apa yg pasti, saya rasa kamu semua juga mesti x sabar nak berpuasa bsama2 suami kali ini kan. Semacam sesuatu yg ditunggu2 pulak agaknya..Maklumlah, 1st time...Bukan kah semua yg 1st time itu mengujakan dan mendebarkan...Hehe..Lebih2 lagi bagi yg baru sgt kawen mcm Huda, Wanie, Talha dan Ally...Atau bg yg baru bpeluang duduk sebumbung dgn suami mcm saya ni..Nak masak tuk suami pada hari biasa pun masih tunggang langgang..Apatah lagi nak sediakan juadah istimewa untuk buka puasa...Mmg bulan puasa kali ni adalah satu kelainan.

Sebelum pindah dr rumah parents saya baru ni, ibu pernah bercakap sendri. Bercakap sendri tp kuat supaya saya boleh dgr. Hehe... "bulan pose nanti, ntah sempat x masak untuk abg long buka pose"... Saya menjawab, "kak long ni kan terer masak" (sp nak puji diri sendri lagi kan..hihi)...Ibu plak bls "bukan soal terer x terer..Soalnya mls atau rajin"...Saya, diam je pastu..
Di hari yg lain plak, ayah bersuara, "bulan pose ni, ntah bangun sahur ntah tidak tu...sian abg long nak makan"... Ehh, saya macam..hellooo, sapa anak sapa menantu skang ni?...lebih risaukan abg long dr kak long?...Hurmmm, maklumlah, Arjuna menantu sulong..huuuuu...

Apa yg wat ibu ayah terfikir begitu?.. Ok ok... Saya anak sulong.. Ada 4 lagi adik.. Tp kat rumah, tinggal saya dgn si kecik yg bongsu shj sbb adik2 lain duk jauh. Ibu x kerja. Suri rumah sepenuh masa. Mmg ibu jaga rumah tangganya dgn perfect.. Sempurna di mata saya dr segala segi.. Dulu saya belajar jauh.. Tapi sejak kerja, mmg saya duk dgn ibu ayah.. Ibu menguruskan segalanya kalo masuk bab makan or masak2. Sbb saya mmg x sempat nak buat..Atau buat2 xsempat kot...Saya hnya ada masa pd hujung minggu...Nak masak, mengemas,semua di hujung minggu. Hari bkerja, celik2 mata je dah bau sarapan yg ibu prepare. Tkocoh2 bsiap, makan dan terus blah pergi kerja. (habit bgn lambat susah nak kikis)...Balik kerja, buka tudung saji terus mkn..Kalo dah kenyang pun, balik2 terus lepak dpn tv or baring2 atas katil tepon boifren. (masa tu Arjuna boifren la kan)...Hidup yg senang..Xyah susah2 nak masak or fikir nak masak apa..Sama jugak di bulan puasa..Balik kerja ibu tgh masak...Saya juz tlg kaco2, buat air...Dah...Kalo penat, ramai patient siang tu, saya binggg, tido je sblm berbuka....huuuu.....Sahur plak, mmg saya x bangun..Alasannya nak diet..Nak mkn time buka puasa je...Tak nak mkn banyak kali...Sebenarnya mmg malas nak bangun pun..Syok2 tido tiba2 nak bgn mkn..Haishh..Malas benor...Owh, jgn diikot perangai ni yea..Tak baik..Sahur kan berkat...Sunnah nabi......So, mebe sbb tu la ibu ayah duk fikir sal nasib Arjuna di bulan puasa nanti..Hehe...

Tapi kan, saya kan dah jadi bini orang.. I know what i should do... Saya pun nak jaga rumah tangga dgn sempurna macam ibu jugak.... So, ibu ayah, dun worry ok...(mcm la ibu ayah baca ni...tp adik2 mmg pbaca setia...saya tau..)...

**sekali sekala tlajak tido & tmiss sahur, tmalas nak masak tuk buka, gi bli kat bazar Ramadhan, xpe la ekk...saya kan baru belajar...heeeee**


Wednesday, July 21, 2010

thanx but im sad now

To all my sayang2 (kwn blogger), thanx sbb dah ajar camne nak wat sticky mode...
Tp xde pun yg ajar wat private enrty....Kalau ada yg sudi, sila yea..I'll appreciate it...


Hurmm...saya sedih sgt skang...not in the mood langsung... Sgt sedih..Sgt sakit....


Will mute for a moment...

Arjuna, hepi besday..

Tuesday, July 6, 2010

perasaan yang best

Helo helo helo…..

Itu helo untuk diari saya.. Helo untuk blog ini… Sbb saya sebenarnya mcatat pjalanan hidup saya. Supaya saya boleh kenang satu hari nanti… Tapi sejak blog ni dikunjungi kawan2 blogger, diari ini jadi tempat kita bkongsi maklumat, bkongsi masalah dan bkongsi rasa… Jadi helo itu untuk anda semua.. ;-p

Wajah blog btukar lagi….Pertama sebab saya dah kembali normal..Iaitu tak bz mlampau mcm minggu lepas…Maka, bila mengadap Cik pinky lappy, saya mula la nak usik itu ini….Kedua, sbb saya sgt suka gambar itu… Ia antara bbrp keping gambar outdoor kami yang tak menampakkan kami seperti kayu kayan…Ketiga, saya rasa bosan tgk wajah blog saya yang lama tu…dah tak menarik dah…Masa buat hari tu rs cam dah cun habis…Rasanya x sampai 2 bulan pun kan, saya rasa nak tukar balik….Keempat, saya rasa gambar tu lebih sesuai menjadi kepala blog sebab ayat “ and the journey after” tu…Perjalanan hidup kami setelah diijab kabul… Gambar tepi jalan raya..Elok sgt la tu..ahaksss…Harap2 wajah blog ini mampu btahan lama…Hehe..

Selain renovate blog, saya jugak menempek gambar kami di skin Mr Google… Ini tiru Farah la..hihi…

Ini pula gambar di desktop saya…

Nak kata saya kemaruk-tak-habis2-fikir-sal-kawen?..Ahh, saya x kesah..Kata la nak kata apa saja…Apa yg saya rasa skang adalah satu perasaan yang sangat best…Tak tau nape…Mungkin saya hepi sbb saya dan Arjuna bakal hidup sebumbung tak lama lagi…Lebih bermakna sebagai suami isteri… Mungkin perasaan ini yang patot saya rasa masa di ambang perkahwinan dulu.. Sbb kalo diikotkan, 3 bulan lebih kawen ni, kami macam sama je masa zaman bchentan chintn dulu….Jumpa sekali sekala…Cuma bezanya, kami dah ada lesen untuk peluk2 dan kiss2…hehehe…Dan hari saya hidup sorang tanpa Arjuna lebih banyak dari hari kami hidup bersama…Jadi, mungkin sbb itu lah perasaan saya sekarang adalah perasaan yang best…Mcm perasaan org baru nak kawen..Dah berangan2 nak masak apa tuk Arjuna, nak lepak kat ruang tamu berebut channel, nak bangun kul brapa pagi2, (boleh x bgn lambat wiken?), nak ada rumah sendri dan macam2 lagi la… Hehe..

Ini kuku di jari jemari kiri saya…Kuku jari kelingking dah xde inai…Kuku lain, sekali potong je ni, maka tamatlah riwayat inai pengantin baru saya…Saya pakai sekali je…sehari sebelum akad nikah…Saya tau Farah & Fasha pakai 2x..Dush dush x aci!...Saya nak jugak pakai 2x, tp saya ni jenis xtahan mjadi robot..Byk bgerak…Inai mudah comot…So, xpe lah…

Bila saya dah dpt pindah, rumah parents saya mesti sunyi…Kesian jugak kat ibu & adik..Tp nak buat mcm mana kan..Thats what we called life…Lps kawen, tempat isteri di sisi suami…Tp xkesah sgt pong sbb dekat je dgn rumah parents saya…Kalo rs malas masak, boleh je memecut pegi cari masakan ibu kat rumah…hahaha…

Hurmmm….itu la perasaan saya skang..Tak tau nak describe mcm mn…Tp rasa dia best…

Monday, June 28, 2010

dia menghampiriku

111....No yg cantik untuk kawan saya dlm Kita2....Welcome = d = sbb sudi klik di situ.... Invite la saya masuk blog awak ek...

Hurmmmm....dia jauh...Tp semakin menghampiriku.....







*raw picture*


* Saje nak bg korang teman saya layan pics ni...Sbb OP br email layout custom album bbrp hr lps...Boleh dia lupa nak masukkan pics nite outdoor fotoshoot..Apa jadah aku duk bertengek tepi jalan malam2 kalo xnak masukkan dlm album!!!!!....Ishhkk, geram2...Tapi saya dah suh dia masukkan dah...Tunggu je la email dia yg seterusnya...Haishhhh, bila la nak siap...

* Pics atas tu cam sesuai je dgn situasi saya skang...Arjuna dpt pindah Kuantan...Hari ni dia lapor diri....Ermm, Kuantan, separuh lebih dekat...Dia mhampiri saya..Nmpaknya kami xble nak setel down kat Tganu..Pasni, giliran Arjuna lak tunggu saya dpt pindah Kuantan...Bila la kami ble duk sebumbung...huuuuu....

Tuesday, June 22, 2010

Isteri yang mendamaikan

Hohoho, a very busy weeks to go tru.. Siang sgt busy, mlm terlepek penat….X sempat nak jengok blog sendri pun..Apatah lagi blog kawan2…Ermmmm..musim audit dalaman bermula. Macam2 benda nak kena setel. Work load bertambah… Sbb kene prepare klinik as auditee & kene prepare diri sendri as auditor…Yup, keje ni bukan mengadap patient semata2…Itu mmg tugas hakiki..Tapi tugas tambahan yg lain, banyakkkkkkk jugak seh…. 2nd bos cuti beranak….Tiba2 saya kene ganti dia…Nak kene serah diri diaudit….Dan kene jadi ketua auditor pegi audit klinik lain…Tukar2 g2….Dalam masa yg sama, ada bbrp miting yg kene attend….Dalam masa yang sama jugak, saya kene jadi bos yg handle family day.... Dalam masa yang sama lagi, Arjuna dapat arahan kene tukar ke Kuantan…Dia apply tukar ke Terengganu tapi dpt Kuantan…Separuh lebih dekat berbanding duk Melaka sekarang..Saya sendri tidak kisah, malah bersedia mengikut dia…Tp dia sgt la tidak hepi kerana pertukaran tersebut katanya tetap tidak menyelesaikan masalah-tinggal-jauh..Selepas ini katanya, dia pula yg terpaksa menunggu pemohonan pertukaran saya ke Kuantan..Jadi, untuk bbrp bulan lg, kami ttp jauh.…This week Arjuna kedengaran stress semacam je….Dan saya sendri cuba untuk tidak mengada2 lebih sbb kesian kat Arjuna. Plus, saya sendri busy untuk mengada2…
Tapi semalam, something happened kat ofisnya… Mula2 masa Arjuna kol, saya xdpt nak layan sbb sgt busy…Ms tu dah dpt cam suara dia semacam je…Sound so frustrated….Tp saya mmg xble nak borak dgn dia masa tu sbb sgt kelam kabut dgn kerja…Sampai je rumah, terus kol Arjuna…And the story begin… Berkaitan kerja dan pertukarannya….Arjuna burst pd seseorang…Terkedu jugak bila saya dgr dia cerita…Arjuna sgt berusaha untuk mintak ditukarkan ke Terengganu…Mahu tinggal sebumbung dgn saya..Mahu sentiasa dekat dengan saya…Tapi ada pulak makhluk Tuhan yg membuat onar..Menyukarkan pertukaran dia….Dicampur tambah pula dgn rs amarah pada seseorang itu yg telah lama dipendam dan disabarkan…Itu saya mmg tahu....Dan semalam, gunung berapi pun mengeluarkan lahar…Masa saya dengar dia meluahkan cerita, Arjuna sudah tenang…Tp bahangnya masih dpt saya rasa..Kesian Arjuna….Saya cuba menenangkan…Walaupun jika saya di tempatnya, pasti saya meletup lebih lagi…Saya sedaya mungkin menjadi pendengar yang baik…Juga cuba memberi kata2 yang positif….Sepetang itu saya cuba menjadi matang..Maklumla, suami dlm krisis…Itu saja yg boleh saya lakukan…Kerana kami jauh…
Selepas borak, Arjuna sambung kemas barang2 rumah…Sorang2 tanpa bantuan isteri….Aduhai…kesiannya…Saya x dpt nak buat apa2 sbb keterbatasan jarak ini…Lagipun, arahan pindah ni sgt last minute…Saya mmg xdpt nak luang masa pergi sana tolong apa yang patot..Or at least, berada di sisi Arjuna semasa dia dlm kerisauan dan keresahan hati….
Malam, Arjuna kol…Katanya nak keluar lepak dgn member…Saya kenal membernya tu….Dan semenjak kawen, saya tau, Arjuna jarang keluar lepak mlm2 seperti zaman bujang trang tang tang dulu… Saya xkisah pun semalam dia nak release tensen….Lagipun apalah yg mampu saya buat untuk hiburkan Arjuna…Kami kan jauh…huuuu….Tapi, bila benda2 ni semua berlaku, saya jadi haru la jugak…..Macam saya x buat apa2 pun untuk Arjuna…How I wish I could always be by his side…Hug him..Comfort him… Menjadi isteri yang mendamaikan hati suami…How I wish…………………………………..

Wednesday, June 9, 2010

itu pinjaman.....

Hi hi hi kepada Dieba & S!ezan. Terima kasih banyak2 sebab tambahkan awek2 cun dlm Kita2. Sori Dieba, xdpt cr link blog awak la...Nanti inform me ur blog adress ya!

Musim perayaan cinta. Sana sini terpacak tanda arah berhiaskan bunga manggar. Kartu jemputan memenuhi laci. Dapur rumah pula tak berasap dek sibuk memenuhi jemputan walimah. Anak gadis si pengapit turut sama memasang angan perkahwinan sendiri. Saya turut turun padang. Kali ini memeriahkan undangan orang pula. Dalam penat dan seronok meraikan dua hati bersatu, saya mendengar desus. Seorang pakcik yang saya kenali dengan agak akrab, mahu memadukan isteri. Ini hati perempuan. Saya terusik. Sedikit terkedu namun saya tidak terlopong terperanjat.
Saya tahu. Topik ini tidak digemari kita. Malah paling tidak sesuai disebut dalam ruangan penuh cinta ini. Tapi saya mahu berpijak pada realiti. Jangan selalu terbang tinggi. Seketika, ada waktu, kita juga perlu renung ke tanah.
Di mana-mana ada cerita suami menduakan isterinya. Di mana-mana ada kisah suami mencari hiburan di luar rumah. Di mana-mana ada berita suami menzalimi perasaan keluarga. Sampai saya sering terfikir, semudah itukah manusia bisa berubah sedangkan dulu mereka berkasih sayang? Perihal pakcik ini yang mencuit perasaan saya. Saya kenal dia. Pernah tinggal dengan dia dan keluarganya untuk seketika. Terima kasih kepada mereka kerana pernah menjaga saya ketika saya jauh dari ibu ayah dan tempang sebentar dulu. Saya tahu dan saya sedar pakcik itu ada rupa paras yang elok. Penampilan juga kerap tip top. Kerjaya? Oh memang sedang dipuncak. Isterinya juga cantik. Mungkin kelihatan terlalu ringkas untuk bergandingan dengan pakcik saya itu. Tapi diakui dia cantik. Sebagai seorang ibu dan isteri, dia cukup cantik untuk menjadi suri di rumah.Itu pandangan mata saya. Anak-anak mereka sedang berlumba untuk berjaya. Tuhan kurniakan mereka pelajaran yang cemerlang. Malah, mereka yang saya selalu panggil adik-adik saya itu membesar menjadi kacak dan cantik. Terserlah baka pakcik makcik saya itu. Entah di mana silapnya, di tengah kesempurnaan itu, si suami dan bapa mahu membahagi kasihnya. Terlalu banyakkah hati dan cinta pakcik itu sehingga mahu membiarkan isteri dan anak berbahagi cinta dengan perempuan luar? Saya tidak tahu yang sebenar di sebalik cerita ini. Saya tidak tahu apa yang berlaku disebalik keluarga gembira mereka. Tapi, ini hati perempuan. Saya terusik.
Saya punya kawan lelaki yang sangat rapat dengan saya. Yang kadang kala dicemburui arjuna. Tapi kami tetap teguh sebagai kawan sahaja. Kadang kala dia bertindak seperti abang kepada saya. Dia biasa mengacah saya dengan isu-isu sebegini. Tanyanya, bagaimana kalau arjuna mahu berpoligami. Saya akui saya benci bila diaju begitu. Bila difikirkan tentang itupun saya terasa sayu. Tapi saya cuba menjawab rasional. Saya jelaskan, jika ditakdirkan , arjuna mahu menduakan saya, itu bermakna kasih dan cintanya pada saya sudah berkurang. Saya akan gigih meraih cinta saya kembali. Namun, jika ditakdirkan dia dengan keputusannya, saya izinkan. Kenapa mahu menagih lagi jika pasti cinta itu sudah berkurang? Saya izinkan. Soal keredhaan, itu antara saya dengan Tuhan…. Ya, itu jawab saya. Kawan saya membantah! Katanya pemahaman saya salah. Katanya perempuan bercakap mengikut amarah dan rajuk. Katanya, jika seorang lelaki mahu berpoligami, tidak semestinya kasihnya berkurang. Dia cuba menganalogikan situasi. Katanya, ibu ayah kita memberi kita kasih dan sayang. Adakah sepuluh orang adik beradik mendapat kasih sayang yang lebih sedikit berbanding adik beradik lima orang? Kerana kasih dan sayang itu dibahagi sepuluh berbanding dibahagi lima tadi. Katanya lagi, ibu ayah kita menyayangi kita, adakah kurang kasih dan sayang mereka kepada ibu dan ayah mereka? Dia cuba memahamkan saya tentang konsep kasih sayang. Kononnya, cinta juga boleh dikongsi dengan perempuan lain tanpa sedikit pun berubah takat cinta pada isteri terdahulu. Cinta dikongsi. Bukan dibahagi. Uhhhh!!!... Ini hati perempuan. Saya tidak terima hujah itu. Saya mahu milik mutlak. Hanya saya. Tiada kedua ketiga dan seterusnya. Ini hati perempuan. Sama juga seperti hati kamu kan. Hati perempuan.
Satu lagi kisah. Di musim perayaan cinta ini. Pakar Pergigian Kanak-kanak Negeri Kelantan kehilangan suami dan anak ke2 nya serentak dalam satu kemalangan ngeri. Anak ke3nya dalam keadaan kritikal. Sesunguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. Saya terusik lagi. Sekelip mata kehilangan itu. Sedegup jantung hidup berubah. Tuhan telah mengambil miliknya semula. Saya menjadi sedar. Suami milik Tuhan. Kasih, sayang, cinta, kebahagian, kegembiraan, kejayaan itu semua milik Tuhan. Yang diberi pinjam untuk kita melalui kehidupan yang sementara ini. Yang diberi sebentar untuk menguji sejauh mana kita mampu beryukur dan menghargai. Milik mutlak, milik Tuhan. Kita hanya peminjam. Dan kita tidak perlu sombong. Malak tidak layak tamak. Kerana kita hanya hamba yang meminjam. Redha dan insafi diri.Semoga Allah memberi saya pinjam apa yang saya ada ini sehingga hujung nyawa saya. Semoga saya lebih bersyukur atas segala yang saya punyai. Renung-renungkan.

Tuesday, June 8, 2010

kau......di mana2....


Aku pejamkan mata, wajahnya yang terlukis.
Aku diamkan mulut, hatiku yang menyebut namanya.
Aku senyapkan segalanya, mindaku memikul dia.






Arjuna...aku terlalu rindu

Monday, May 31, 2010

he loves me

We fight
I cry
He mute
I still cry
He comes to me
Hug me
Rub my back gently
Kiss my forehead
And cry too
Yes, he loves me so much
No doubt !!!!