kita2.... ;-p

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Friday, January 10, 2014

sori!!!!..salah tekan

Hi readers...
Saya dapat banyak komen pasal entry lepas...
Mcm2 nasihat..
Ada yg cakap sedang alami problem yg sama dgn saya..
Ada yg salah komen la..Typo bnyk dan komen lagi sekali la...
Saya pun pilih2 je la komen yg betul tuk publish...
Sekali tertekan delete la plak...
Sori sangat2!!!!!!!!...

Thursday, November 28, 2013

GA micha

Ehem, ehem...Meh le join GA Mommycha...

Memula follow blog Mommycha.... ok done...
Pastu letak link GA ni....ok done...
Pastu letak gambar mak dgn anak...

Ini dia...
Ni gambar masa lepas 43 hari beranakkan si Qisya..Masa ni kat umah MIL..Raya haji...Buat majlis aqiqah Qisya...Saya yg baru lepas pantang bukan main cun, siap make up..Cun x?..Hahaha..Beriya nak amik gambar..Tp anak, dedua tengah menangis...Dedua mcm xrela nak bergambar...Haishhh, kaco mood mommy betul derang ni kan....

Wednesday, March 21, 2012

mata penaku masih tajam...

Hihihihi.....yeayy sambil senyum sampai telinga...Saya menang give away blog mama hasila!...Suka dan x sangka...Saya agak lewat join give away ni sbb dah bbrp kali join give away sebenarnya. Tapi x pernah menang. Ntah mcm mn hari tu, tgerak plak nak join. Lagipun, syarat penyertaan mudah je. Juz link blog Lala kat blog ni, then jd follower dia.. Dua benda tu saya dah mmg sejak azali lg buat. So, xyah susah2 pun. Cuma kne wat ayat baek punya tuk menang blossom sit me up tu. Blank jugak mula2 nak tulis apa. Alaaa, tulis simple2 je. Tak sangka ble memenangi hati Lala..hehehe... Kalao Lala pilih pemenang bdasarkan undian, atau cabutan btuah, mungkin bkn rezeki saya kot.. Sbb saya fail bab2 cabutan btuah ni.. Apa2 pun, thanx tu Lala.

I love to write... And i used to win few things because of my writing. Tulisan saya pernah masuk majalah. Menang make up, perfume, kain lace, dan duit. Ni pun ada 2 cek pending kat BluInc sbb saya xde masa nak gi tuntut. Bila menulis dgn hati, saya mampu mhasilkan tulisan yg penuh jiwa. Sapa yg baca blog saya dr awal kewujudan blog akan tahu sy jenis tulis2 yg munga2..Tp bkn jiwang karat sgt. Lebih kpd chicky and catchy kan. Cuma sekarang ni, kebolehan tu macam hilang je. Saya dah xpandai menulis. Merapu je lebih. Hilang masa meneran bsalin hari tu kot. Hahahahaha!

So,bl mng give away ni, hey, mata penaku masih tajam...hihi... Perasan sket..... Btw, cita2 saya yg x pernah tcapai sejak lebih 10 tahun lalu ialah nak jadi.............novelis!....ok lah..bye!...t kne perli kat geng awekss...daaaa!

Wednesday, February 29, 2012

meriahkan group mommies blogger!

Hello mommies! (sori yea kpd pbaca lain...entry kali ni tuk mommies) I had create one group at FB known as I'm a mommy, I'm a blogger.... Special for mommies blogger. We have reach more than 100 members now and stil inviting u to join us. It's a place for mommies to share their blog. And now, we organizing small contest.. Whoever interested, juz feel free to join us!

Tuesday, February 28, 2012

i'm a mommy...i'm a blogger

Sticky post !!!



Hey u all the hot mommies!!..
Lets join us at fb!
Juz click i'm a mommy...i'm a blogger and request to join group...
Its a place to tell other mommies u r updating ur blog...And of cos, a place for gossiping!.. :-D


-------------------------------------------------------------------------------------------------

And for u also mommies, lets order!..Its good for ur kids!!...

DISNEY MY 1st CHUNKY FOAM BOOK

ada 6 pilihan:
-Things That Go (Cars),
-Colors and Shapes (Minnie),
-First Words (Toy Story),
-Counting and Numbers (Mickey)
-Opposite (Winnie The Pooh),
-Alphabet (Snow White)

1PC = RM 12.00
3PCS = RM 35.00
6PCS = RM 60.00 (1 SET)

1-3 pcs postage RM6, RM9[ss]
4-6 pcs, free postage!!!

if interested, email me: nurharzlena@yahoo.com
or
pm me at fb Harzlen Harun

Thursday, October 21, 2010

blog 1st anniversary

Waktu berganjak. Kadang kala seperti berlari. Kadang kala seakan merangkak. Terus ke depan. Tanpa berpatah. Dan dengan senyuman, Tales About White Lace And Tiara menyambut ulang tahunnya yang pertama hari ini!!. Kepada Anah dan Yanie Budak Gebu , anda follower terbaru!..Terima kasih banyak2 yea..

Setahun yang lalu, blog ini bukan apa2 pun. Sekadar coretan malu2 si gadis yang sedang mula melakar ceritera ikatan cintanya. Dengan entry pertama, lirik lagu "Ku Percaya Pada Cinta" sebagai simbolik keyakinan hati untuk mengikat janji dengan sang kekasih, blog ini bertatih hari demi hari. Saya akui, saya amat segan waktu mula2 menulis perihal peribadi masa mula2 dulu. Saya lebih banyak menulis tentang persiapan perkahwinan semata2 untuk bertanyakan pendapat kawan2. Lama kelamaan, saya selesa jadikan blog ini sebagai tempat luahan perasaan, sebagai tempat coretan diari hidup, tempat saya saling berkenalan dengan rakan blogger yang lain. Tidak disangka, saya punyai ramai kawan dari sini. Tidak kenal satu sama lain, tp cukup akrab di hati kerana masing2 tahu kisah masing2. Malah, perkenalan di sini terbawa2 ke luar.

Mula2 dulu, saya meniti di From Kerteh To Bangi. Dr situ, saya mula dapat jejak Spreed My Happiness dan Once A Bride To Be Story. Terserempak pula dengan My Info Diari. Kemudian, sangay teruja bila jumpa Her Wedding Diaries yang senegeri dengan saya. Tak lama, saya dan Road To Bliss saling tinggalkan komen di ruang masing2. My Note pula sudi datang majlis perkahwinan saya. Saya sendiri, pernah jumpa Asna Cute di majlisnya. Dan hari ini, list blogger dalam laman saya sudah panjang sampai ke bawah. Tak jemu dibaca.

Saya tahu, sebahagian besar pembaca blog ini datang dari kawan2 yang tak mengenali saya secara personal. Itu buat saya selesa untuk bercerita. Tapi, saya juga tahu, kawan2 saya di luar laman sesawang ini juga, ada yang rajin menyinggah..Malah, ada yang singgah semata2 untuk mengetahui perkembangan hidup saya. Segan pula rasanya bila jumpa mereka in real life sebab mereka seakan tahu semua mengenai saya. Nak di'private'kan blog, rasanya tak adil untuk meraka yang membaca secara tegar selama ini. Tak apalah. Jika saya mahu mengamuk mengata orang, boleh saja private kan entry kan..

Buat semua yang mengenali Tales About White Lace And Tiara, mohon maaf kiranya selama ini blog ini mengguris hati anda. Rajin2 lah singgah lagi. Dan jangan lupa komen supaya saya tahu isi hati anda!



P/s: saya dah mula 1st DIY projek for my sis e-day....Buat sendri dgn gigih nih..Can u guess what is this???It obvious rite?..Haha

Tuesday, April 6, 2010

Saya ingat saya xde peminat!!!

Saya ingat saya xde peminat!!!!...Itulah jeritan Nur Khairiah masa dpt award kat ABPBH baru2 ni...Kat sini saya pun nak pinjam ayat dia tu...Saya pun ingat saya xde peminat...Tapi, lastweek saya dapat dua anugerah...

Top blogger.........Dari Xora.....

Beautiful blogger....Dari Wirda...

Tenkiu2 kepada awek cun dua org tu ek...Sukeee....Tak sangka plak u panjangkan award yg u dpt tu kat i...Sbb rasanya saya antara blogger yg baru kat sini...I started this blog on 21 Oktober 2009 dgn entry pertama, lirik lagu Dato' Siti iaitu Ku Percaya Ada Cinta...Blog ni terhasil adalah untuk mencoret segala impian saya, setiap yg saya rasa, detik yg saya alami dan liku yg saya tempuh dlm perjalanan cinta saya...Saya memilih lagu itu untuk enrty pertama saya pula adalah kerana saya percaya ada cinta...Cinta arjuna untuk saya...Dan saya yakin dgn cinta dia....Maka, saya mulakan catatan ceritera cinta kami di sini...Bukan untuk dibeza2kan, bukan untuk menunjuk, bukan untuk meminta simpati jauh sekali membuka pekung di dada...Ia hanyalah diari hidup saya yg mungkin boleh dijadikan pedoman pada yg menyinggah di sini...So, bila di'tag' oleh kawan seanggatan, saya rasa gembira....Saya sendiri xsangka saya rela bkongsi cerita di sini..Sbb sblm ni, saya adalah silent blogger...Menulis kata hati tanpa menonjolkan diri...Penulis bebas yg tidak menceritakan kisah sendiri...Hanya menulis sekadar hiburan...Tapi, sehingga kini, saya dapat rasa, yang menulis pengalaman sendiri lebih seronok kerana lebih real...Apalagi bila ada komen2 dari kawan2 semua...Kita bagaikan akrab sedangkan hanya berjumpa di alam maya...Jadi, giliran saya pula kongsikan kedua2 award ini kepada bbrp blogger yg lain... ( nama adalah mengikut turutan abjad)
1) Asna - my follower yg paling rajin tinggalkan komen
2) Fara - Yg membuatkan saya mahu ada blog perkahwinan sendri!...1st wedding blog yg saya baca...
3 ) Fasha - tidak terlalu expose dengan gambar2nya...menjaga privacy yea?..Tp sekali dia menulis, saya terus rasa nak letak komen...Hehe..
4) Huda - details!!!...sangat detail dgn catatan hidupnya...setiap entry boleh dijadikan panduan & pengingatan...
5) Lynda - her every single entry sound soo friendly..
6) Nad - baca blog dia, mcm tgk drama!
7) Qis - always have wonderful idea & the queen of DIY
8) Wani - blogger pertama yg email me hulurkan salam perkenalan....
9) Wirda - Kind hearted!....Terserlah bila bcerita tentang anak muridnya....Buat saya faham murninya perasaan seorg guru...
10) Xora - saya bukan tag awak sbb awak tag saya tau...Tp saya suka dgn cara penulisan awak...Banyak research sblm menulis...Bmimpi tentang perkahwinan yg cantik tp masih bpaksi pada kenyataan hidup...
Ok...itu antara yg saya ble rumuskan tentang kamu semua.....Ada lagi yg saya selalu singgah...
Ammy, Miss X, Diah, Yunayuni dan Sab.Majlis mereka mewah dan cantik!..Sumber inspirasi...
Owwhhh, x bmakna saya x adore blog awek2 yg lain tau...Tp penuh page la plak nak tulis kat sini..& x larat nak tag..hehe..yg pasti, semua blog yg dilistkan di tepi page blog saya ni, saya akan jengok...Kalau saya x komen2 tu, bukan bmakna saya x baca tau..Juz confortable to be silent reader...So, pada aweks2 lain yg selalu drop by kat page saya ni, sila poke saya sket yea..biar saya notice khadiran kamu dan boleh link kamu balik...
Ok la..setakat tu dulu ucapan kemenangan saya...Terima kasih!..Hahaha..ye ye je kan..