kita2.... ;-p

Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

hantaran bantal versi HARZHARUN

Hantaran menggunakan bantal. Thats what in trend lately. Selagi idea ini belum pudar dimamah masa, saya juga mahu mencuba!. Tidak lain tidak bukan, untuk adik perempuan saya la. Jom kita jenguk dulu hantaran bantal yang menjadi idaman kalbu hampir semua b2b. Sudah tentu hasil kreativiti pengasasnya iaitu ARMA COUTURE.




Perghhhh!!!...Sgt menawan kan!... Hati mcm terlonjak2 nak buat mcm tu jugak. Kalau boleh, rasa cam nak upah Arma je! Hehe... Ok, ini pulak, hasil sentuhan jemari kawan2 pula...

Ini hantaran perkahwinan one of my silent reader. Saya x kenal dia. Tapi, bila baca apa2 kat sini, dia pergi report kat adik saya. Dia kawan adik saya ni. Lupa dah sapa nama. Siapa pun kamu, pinjam gambar yang adik saya songlap di fb ni yea. Hehe..

Ini pula versi Xora. Saya tunjuk satu je ek. Sgt adore gubahan sireh ni. Untuk lihat dgn lebih banyak, boleh ke pages Xora sendiri yea.

Ramai lagi kawan2 yg dah cuba DIY hantaran bantal ni. Ada yg guna papan dan span. Ada yg guna lapik kek, span dan kekabu. Ada yg beli bantal yg dah siap jahit. Macam2 la. Bagaimana pula gubahan hantaran versi saya? Versi HARZHARUN WEDDING COUTURE. Kihkihkih....

Saya hanya tolong DIY. Yang beli bahannya, ibu dan adik saya sendiri. Saya tak ikot sama sebab saya kan duduk jauh dari mereka. Adik saya mahu tema kuning. Tapi, bila saya tak ikut serta pergi beli bahan, mula la salah beli sana sini.Tengoklah. Ini bukan the real yellow. Inikan dah nak jadi gold. Saya dah pesan byk kali. Jgn tertukar between yellow & gold. Tapi, adik saya jenis tak kisah sgt. Tak strict sgt pasal kaler. Asalkan kuning ok je. Kemudian, bantal. Diorang jumpa bantal siap yg sangat murah dekat The Store kalau tak silap. RM5 untuk dua biji. Haha...Mmg sgt murah. Tp, bantal tu gemok dan kaler x best. Jadi, tugas saya la yg buka balik jahitan bantal tu kasi leper sket ,dan buat sarung yg baru. Saya jahit sendiri ok. Sanggup angkut mesin jahit ibu bawa balik ke kuaters kami. Letak depan tv. Sambil tgk tv, jahit.

Rambu2 dan lace kat tepi bantal tu, saya jahit guna tangan. Gigih kan. Cepat ckp saya gigih!. Hehe. Ini majlis pertunangan adik. Dah gigih macam ni. Majlis saya dulu, dah tinggal sejarah dah kegigihan tu. Huuu...

Ada 6 biji bantal kesemuanya. Bawa balik rumah,ibu sangat bangga. Haha. Terperap kat rumah agak lama sbb konon2 nak gubah hantaran tu sama2 dgn adik saya nanti. Tunggu la dia balik dr Sabah. So, lastwiken, pagi2 lagi kami mengadap bunga2n dan bantal2 tu.Ok ok...Tadaaa...hantaran bantal versi Harzharun...

Pic amik dgn hset saja...huhuu..

Bunga, guna bunga pelsu. Bunga Hindrangea @ nama melayunya bunga Siti Zubaidah. Bunga ni RM6 setangkai. Dan setangkai tu ada sejambak tu je la. Oleh kerana budget adik saya semput-sbb-mahu-simpan-duit-lebih-tuk-kawen, saya guna dua @ tiga jambak sahaja untuk 1 hantaran. Dan lebatkan dgn dedaun la. Kami dah siap gubah keenam2 bantal. Cuma bbrp hantaran lagi sprt buah, kek,kami x guna bantal dan akan disiapkan mebe hari ni... Nak tengok hantaran bantal yg lain?..Eh, x boleh la. Sabar ek. Tuan punya badan tak bg reveal kat sini lagi. Kehendak pelanggan kenalah diutamakan. Betul tak?.Heee..Takpe2, nanti saya suh OP amik gmbr cantik2, dan saya akan tampal gambar kat sini. Ok..Sehingga jumpa lagi...Daaaa!!!

Thursday, September 23, 2010

Jodoh kan kerja Tuhan

Hey gadis di luar sana. Saya rasa, 69% yang mengikuti blog saya ini terdiri daripada bakal2 pengantin yang cantik manis belaka. 30% pula terdiri daripada kamu2 yang telah bergelar isteri. Angka ini hanyalah anggaran kasar saya sahaja. Dan yang pasti, peratusan isteri2 itu akan bertambah dr hari ke hari kerana bakal2 pengantin tadi mula memasuki alam rumah tangga seorang demi seorang. Siapa pula yang 1 % itu?. Mungkin pengunjung dari golongan adam. Mungkin juga si hawa yang sudah berpunya tapi belum bersedia menyertai kami. Juga mungkin si dara yang belum di curi hatinya.

Kepada si dia yang belum merancang untuk berkahwin dan kepada si dia yang belum berpunya, kali ini saya mahu bercerita dengan kamu.

Sebagai seorang perempuan, saya tahu, kita punyai impian yang sama. Mahu memiliki pasangan yang mencintai kita untuk sepanjang hayat, berkongsi hidup dengannya dan mempunyai keluarga bahagia sendiri. Namun, sebagai gadis, kita sering terfikir, adakah jejaka yang hadir dalam hidup kita itu, Mr Right kita. Adakah jejaka itu mampu memberi kita cinta yang suci. Cinta yang kukuh walau disapa apa saja badai yang cuba menduga. Tidak dibayangi nafsu semata. Cinta yang tulus, yang tidak disogok dengan kemewahan dan kecantikan dunia. Cinta yang bisa menemani kita melewati hari-hari tua kita nanti. Cinta yang bisa menjadi ubat apabila kita sakit-sakit nanti. Itu yang kita mahu bukan?

Tapi ketahuilah kamu, kami yang sudah menetapkan hati ini, juga bukan mudah untuk membuat keputusan untuk berkahwin. Kerana perkara kahwin ini bukan perkara main2. Yang cantik hari ini tidak semestinya boleh buat kita bahagia untuk esok hari. Yang molek hari ini mungkin jelek suatu hari nanti. Jadi apa rahsianya? Tiada rahsia sayang. Semua itu kerja Tuhan. Dia yang telah menetapkan setiap daripada kita berpasang-pasangan. Jadi jangan gusar. Pada yang sudah memiliki pasangan hati, jagalah pasangan kamu andai kamu yakin dia mampu memdampingi kamu hingga hujung nyawa. Jika belum bersedia melangkah alam rumah tangga, usah paksa diri. Nikmati apa yang kamu ada. Tapi jangan lupa jaga batas dan maruah keluarga. Pada yang masih sendiri, owhh, saya tahu soalan makcik pakcik tentang bila nak kahwin amat merimaskan bukan. Sebab saya pernah melaluinya. Pesan saya, jangan marah bila disoal begitu. Mmg itu soalan faveret meraka. Juga jangan mudah gelabah yea. Single is simple. Tak ada gangguan, sekatan dari sesiapa. Jadi, terekoilah dunia. Hiburkan diri. Ramaikan kenalan. Beli apa saja yang terlintas di fikiran dan mampu di poket. Enjoy your single life. Serious, hidup single ada manisnya sendiri !. Saya tiba2 rindu pada perasaan bila ada orang mengorat..Opppssss….

Paling penting, sentiasa berdoa. Mintak Tuhan kurniakan yang terbaik untuk kita. Mr Wrong untuk orang lain mungkin Mr Right untuk kita. Jadi, jangan tutup pintu hati jika tahu kenalan baru kita bekas kekasih asyik masyuk orang lain. Juga jangan takut untuk bercinta lagi jika pernah dikecewakan. Semua tu kan kerja Tuhan. Dia yang paling mengetahui.

Hurmm, dengan ini saya sertakan coretan hari bahagia kakak ipar saya yang melangkah ke alam perkahwinan di usia 33 tahun. Biarlah dilangkah bendul oleh 3 adik lelakinya. Biarlah kawan2 yang hadir sudah mengelek 3, 4 orang anak. Biarlah lambat sedikit bertemu pasangan hidup. Janji Tuhan kan tetap pasti.

Lets check it out!!


Adik ipar saya memang kreatif. Cuma dia tiada pendedahan dan tidak pernah diberi kepercayaan. Tapi kali ini, kakak ipar saya memang memberi keprcayaan 100% kat dia.Dr hiasan hantaran hinggalah ke lukis2 inai di tangan. Oleh kerana tak pro lagi, kene la lukis draft dgn pen dulu...

Pastu baru ikot dengan inai. Jenama, Rani. Beli kat Maidin. Cepat lekat ni. Kalo pakai lama2, boleh jadi hitam. Tapi sekali mandi gosok dgn sabun dah boleh tanggal...

Ini hasilnya... Cantik kan..Sapa2 yang duk Kelate, nak kawen, nak lukis2 inai di tangan sila bagitau saya yea. Saya boleh bagitau adik ipar saya. Tapi dia duk kat Rantau Panjang. Inai di kuku plak, saya yang pakaikan...Nak jugak bagitau tu..Hehe...

Majlis akad nikah was held on 13 September 2010 about 9pm. Oleh kerana my SIL tak setting tempat untuk akad nikah, maka saya pun busy body la sket. Dgn kebenaran SIL, saya adjuz 1 ruangan, guna pakai prop pelamin, jadi la tempat comey seperti di atas. Eh, betul ke comey. Ke saya je perasan?

Tapi my SIL sgt hepi bila dia tengok tempat nikah tu. At least katanya, xde la duk depan pelamin kan. Dah la bsanding pun kat pelamin. Inilah dia my SIL sebelum akad nikah. Ada cite lucu sket tau. Saya ni kan, punya la setting tempat tuk bride & groom. Saya adjuz biar masa akad nikah nanti, bride akan menjadi latar belakang kepada groom. So, dlm pic akad nikah nanti, ada dua2 pengantin masuk dlm pic sekali. Alaaa, yg mcm org selalu duk buat tu la.Tp bila tiba masanya, dah elok2 semua duduk, my SIL pun kuar nak duduk kat tempat comey tu, tetiba2, pak imam suh masuk balik !!!...Aiseh..!!..Pak Imam tu x bagi bride ada sama ms lafaz nikah... Aduyai!..Punah plan kami....Tak canggih langsung pak imam tu..huhu...Saya xde pic groom akad nikah sbb saya kat dlm bilik teman SIL masa tu...

So, korang layan pic pengantin lama ni je la yea...Hahahaha...Ok, saya gemok..Dah ngaku sini..Sila jgn komen tentang kegemokkan saya ok..huuuuuu

Esoknya, majlis khatam Quran. Sekali lagi saya setting tempat untuk SIL duduk... Masih kawasan semalam, tp saya tukar prop lain plak...Ishkk, tengok tu..Pagar puteh blakang tu dah x centre!!.. Ni mesti Arjuna punya pasal. Sbb tu pintu bilik kami..Org dah sekat tu jgn la masuk!..Eeee!!!..

Haaaa...Ini lah dia the king & the queen of the day... Prop pelamin saya dah susun elok2 semula...Saya xde pic yang lebih bagus la..Sebab sgt bz ok...Tu si pengapit dua orang tu pun, saya yg kene bg briefing...Si pengapit lelaki, saya bg pinjam baju melayu pink Arjuna yg masa tunang hari tu...It supposed to be slight contra between pengantin & pengapit kan..Tp nak wat camne, pengantin tukar baju di saat akhir..huhu..Apa2 pun, pengantin tetap cun !..

The theme is pink & cream. Kerusi mawi...The femes kerusi sejak bbrp bulan lalu...Saya sendri suke sgt kerusi jenis ni...But now, for b2b, i have idea for new dais design yang melatop..Tunggu entry lain yea..

Sangkar burung sudah dinaik taraf sebagai prop pelamin...Cantik !..Saya suka!... Tapi zaman saya sudah blalu...Mebe boleh pakai untuk kak ngah plak?...

Hurmmm..Saje je amik gmbr senget...Nak suh nampak cam pro..Hihi..Tp x pro pun kan...


Ini plak bilik pengantin... DIY..Simple yet nice... Katil putih, dinding dark purple.. Nape dinding lari tema?..Malas nak cat baru kot..Tp tetap cantik kombinasi warna ni kan...

Apa tu yang melekat di dinding?..Haaaa, itu lah kotak2 cermin... Ditampal satu2.. Beli kat Ikea..Setiap satu berharga?..Tak tau..Lupa nak tanya SIL...Best x idea my SIL ni?..

Eh...nape budak ni interprem?..Tak apalah..Kan dia my little princes..Adik dtg dgn ibu, ayah, kak ngah & my aunty... Ms derang sampai tu, saya lom bsiap..Masih pakai t-shirt. Sampai adik pun heran,"aikkk, nape x cantik langsung ni..kata ada kawen?"...Hurmmm, ye la dik... i bz ok... Nak bgtau sket, manik2 di baju adik, kak long nya ni yg jahit..Ok...itu iklan..hehehe...

Ni plak, hantaran belah pompuan...My adik ipar yang buat...Dia dah bhabisan menDIY untuk kakaknya ni...Time dia nanti, xtau la camne pesennya kan...

Ini close up....Kasut...Satu ni je la saya tunjuk..Tak larat nak upload pic la....

Hantaran sebelah lelaki kaler hijau...Pun dibuat 100% by my adik ipar si pelukis inai tadi...Dia ni mmg boleh wat bisnes pengantin kan..

Haaa inilah dia si pengapit perempuan @ pelukis inai @ pembuat hantaran... Adik bongsu Arjuna... Btw, nape baju saya x cantik?!!...Lace tu saya beli kat Medan..Kain batik tu sekali la..Kain tu ada manik bling2...Nape x nampak dlm pic ni?!..Nmpk cam kain batik kat dapur je kan...Huhuhu...

With pengapit lelaki..Arjuna 's cousin..Br form 5 nih... Sori yea..Tidak boleh dingorat sbb masih kecik....heee...

Hurmmmm...itu lah serba ringkas tentang majlis perkahwinan kakak ipar saya... Penat tu mmg penat..Tp seronok!!!......

Ms majlis tu, ada sorang budak ni... 3 tahun lebih kot umor dia.. Daniel..Anak kepada bestie SIL... Tanpa diajar, tanpa disuruh, dia panggil Arjuna dgn panggilan Papa...Mmm??...Mamanya ckp, mmg papa budak ni seiras Arjuna...Dia rindu papanya kot..Sbb papanya xle cuti balik kampung tuk attend wedding SIL....Haishhh....

Anak juga kan kerja Tuhan. Jadi, berdoa saja... Betul x?... :-))

Sunday, April 11, 2010

My Beautiful Wedding....Hantaran

Tepukan dan sorakan yg gempita buat Nadia Rasidoun , Nurain dan Ieza Hashim sbb dah join geng Kita2 sbagai awek cun yg ke 66, 67 dan 68...Ermm..yg ke 69?..Saya dah khilangan jejak la..Invisible follower?..Siapa pun awak, tepukan dan sorakan tu, untuk awak jugak tau...
Ok dears, nape tajuk entry saya kali ni xde episod ek?...Hurmmm, saya sengaja wujudkan episod dlm nak mceritakan kisah kawen saya sbb saya nak jadikan ia sbgai sebuah cerita yg bsambung2 dan berturutan..Ala2 telenovela g2..Hari tu bhenti setakat akad nikah kan...Belum cite lagi sal nite outdoor fotoshoot..(ceh, bajet ada org baca la cite aku ni)..Tapi dah tsekat tbantut sbb xcukup pic...So, skang, drpd saya duk meratap tangis sbb merindui arjuna yg jauh, baik saya hidupkan blog saya ni kan..Semoga dpt jugak la bg kgembiraan pada hati sy..& harap2 dpt share sumthing bguna tuk kawan2 semua..Jom kita jengok2 hantaran saya nak?..Kita xyah masukkan bab post mortem ni dlm siri telenovela la...Kiranya ni iklan kejap..Hihi...
Hantaran untuk arjuna mmg mdapat sentuhan x berapa kreatif saya la..100% my touch...Buat dgn bsungguh2 & dgn penuh kasih sayang..Adoyai jiwang!...

Ya...Inilah hantaran dalam pinggan.

Saya mgunakan pinggan puteh & manik kristal serta riben sbagai hiasan hantaran...Semuanya ada 11 dulang..
1) sireh junjung
2) pulut kuning & bunga telor
3) cincin & jam tangan
4) wallet & belt
5) kemeja
6) seluar
7) perfume
8) kain pelikat
9) tuala
10) kasut
11) jala emas
Penting ni senaraikan kat sini..Bukan apa, nnti, kompem, 3 tahun lagi, saya dah x ingat saya bagi apa kat arjuna..So, bek catat dlm diari ni kan...Bleh la rujuk balik nnti...Jam tangan tu, saya sebenarnya nak surprisekan arjuna..Tp al maklumla, mulut becok...Tslip out la jugak!..Haisshh!..Tang kain pelikat & tuala tu, mesti korang konpius kan..Bagi jugak?..Saya pun konpius wei!..Tp mmg tradisi sbelah sini kot..Ibu mmg paksa saya bagi la...Mula2 tu.."Hah?..Kain pelikat & tuala nak bg jugak?..Ni stail kampung zaman dulu2 la bu"...tp saya dah mls nak gaduh dgn ibu..Lagipun, apa yg saya nak bg kat arjuna dah tcapai...So, ikut je la ckp ibu...Jala emas?...Tujuannya nak mjala arjuna..Kurung dlm bilik!..Huahahhaha...
Ok, kalo nak review keje tgn saya sal hantaran , bleh klik sini yea...Saya dah pernah cite dulu..Sangat jenuh nak mbuatnya...Peringatan: Jari jemari anda akan sakit2!...Dan hasilnya....

Kemeja...
Wallet & belt
Ya, inilah kain pelikat itooo...
Taram je buat hantaran ni semua...Janji semua dpt sentuhan saya sendri..Plg penting, my own idea..walaupun x berapa gah, saya tetap hepi!.....Saya x tunjuk semua la ek....Tak larat upload...Hihi...Ini plak pulut kuning & bunga telornya... Bunga telor kristal. Juga DIY...Actually separuh DIY la sbb saya juz add up riben & net kat bunga telor tu..Cerita usaha gigih saya ada di sini.. Ermm. nmpk x di belakang bunga telor tu ada sireh junjung?...Ni pic dr atas lak... Ini la rupanya....100% DIY mlm selepas akad nikah!..To be spesific, slps nite outdoor fotoshoot iaitu dekat pukul 2 pagi dan siap pukul 3 pagi...Saya sengaja wat sireh ni last sbb xnak ia layu2...Tp ms buat ni, mmg agak nak marah2 jugak la..Sbb xde org tulun..Eh, ada sebenarnya, iaitu k ngah & my kazen...tp diorg btangan bangku (pinjam dr kaki bangku) sbb langsung x kreatif!..Maka, sy hentam kromo je buat sendri....Kalo ditelek dari dekat sirih ni, hampeh sebenarnya..sgt sememeh!.....Haaaaa, ini la jala emas...Apa ko ingat mmg betul jala emas tuk mjala suami?..Haha...Ini sebenarnya sejenis kuih tradisi negeri Terengganu...Rupanya seperti roti jala..Tapi sgt la manis...Dan warna pula lebih kuning sehingga keemasan..Sbb tu la nmnya jala emas...Ni, Makcik Mah yg sponsor...Sekali dgn bekas sekali..Nmpk mcm duk dlm gelas plak kan..Sebenarnya duk dlm bekas kuih ni....Yg bunga2 merah n hijau kuning tu, hiasan jerk...Saya pun x tau hiasan tu boleh mkn ke x..Saya sendri tgk ni hnya dlm gmbr..Kalo OP x amik gmbr, saya xtau pun secantik ini jala emas saya dihias..Thanx to Makcik Mah...
Itu la saja post mortem saya mengenai hantaran saya kepada arjuna...Hantaran arjuna untuk saya?
1) rantai
2) wang hantaran
3) handbeg
4) kasut
5) kain
6) perfume
7) quran
8) telekong & sejadah
9) pulut kuning & bunga telor
Gambar2nya?...alahai...xde lagi!!...ok la...setakat tu je ek...sehingga bertemu lagi......Daaa!!