kita2.... ;-p

Tuesday, June 9, 2015

Qasyaf sudah berkhatan



Khatan ke khitan ek?
Mana satu term yg betul?
Senang cakap, Qasyaf dah sunat. Hehehe.

Kisahnya macam ni.

Sejak2 Qasyaf dah tak pakai diapers, dia dah pandai tahan2 kencing. Tak tahulah kenapa. Mebe sebab dia malas nak ke toilet. Atau dia tak reti bila nak tahan kencing, bila boleh kencing kot. Sebab kalo pakai diapers, kadang budak ni tak sedar pun bila dia kencing kan. Terkeluar macam tu je kencing dia kan. So, bila kerap sgt kot main tahan2 kencing ni, dia mula sakit perut. Then dia cakap dia sakit bird dia. Memula tu saya ingat dia sakit perut sbb tahan kencing. Tapi lelama dia ckp dia xnak kencing sbb sakit bird. Aik, pelik pulak kan.

Satu hari ticer dia call saya, ckp Qasyaf asik duk ngadu sakit perut and sakit bird.  Then kat skol seharian dia x kencing. Mandi tengah hari pun Qasyaf xnak kencing. So hari tu, saya amik Qasyaf awal sket dr skol. Terus bawa dia jumpa Dr kat klinik bawah skol dia. Kebetulan klinik tu klinik panel dedi. Bila bgtau Dr masalah Qasyaf, Dr cek, Dr tanya saya, masa anak kencing ni, pernah perhatikan bird anak x? Yaaaa, sejak2 Qasyaf mengadu sakit masa kencing, saya mmg perhatikan bird Qasyaf masa dia kencing. Then saya bagitau Dr tiap kali Qasyaf nak kencing, bird dia akan menggelembung dulu. Bila dia teran lagi, barulah terpancut keluar air kencing. 

Dr cakap, haaaaa itu dia.

Dr tu terus amik kertas tulis "phimosis". Dr ckp Qasyaf ada phimosis iaitu lubang keluar air kencing tu sgt2 halus. Menyebabkan seakan2 tersumbat. Bila Qasyaf mula kontrol kencing sbb x pakai diapers, air kencing terkumpul banyak dlm pundi kencing. Bila tiba waktu kencing, air kencing tu berlumba2 utk keluar tp lubang sempit. Air kencing tu berkumpul dulu kat bird sebelum dpt keluar kot lubang kecik tu. Sbb tu sakit bila nak kencing. Bila sakit bila nak kencing, budak2 akan tahan kencing. Bila tahan kencing, air kencing yg terlalu banyak akan back flow. Sbb tu jd sakit perut which is actually sakit area ari2. Bila kerap sangat back flow, akan sebabkan jangkitan kuman area ari2 tu. Jika dibiarkan lagi, back flow itu akan ke kidney. If ada infection kat kidney, maka msalah besarrrrr la tu. Huuuuuu gerun kan. Masa jumpa Dr tu, Qasyaf dah pun terkena infection kat saluran kencing dia. Dr bagi pain killer and antibiotik tuk hilangkan infection tu. But itu tidak akan menyelesaikan masalah kerana masalah sebenar adalah lubang kencing tu kecik. 

Utk selesaikan masalah, kne besarkan lubang kencing Qasyaf which is melalui pembedahan iaitu kata mudahnya bersunat. Qasyaf ni 4 tahun, mustahil dapat disunatkan macam tu je. So, Dr suggest buat under sedation.Dr suh saya balik google dulu pasal phimosis, then sunat secepat mungkin. Sbb bila dah ke buah  pinggang, sgt lah haru kan. 

Then saya balik terus google terus tny kawan2 MO. Semua suh sunat. The best treatment adalah sunat. Tapi, as always, bila masuk soal pembedahan, soal hospital, Arjuna mmg akan gerun sket especially bila libatkan anak2. My MIL suh usahakan cara lain dulu. Heeeee. Saya ni mami, and i do research by myself, I understand well about Qasyaf condition, so, keputusan biar saya yg buat. Ya, Qasyaf kne sunat under sedation. Dedi hnya perlu dapatkan GL je sbb nak buat kat private hospital. Jenuh jugak la explained kat Arjuna yg Qasyaf mmg kne sunat. Nak bg dia faham. Dan dia mmg faham pun cuma dia takot. Terpaksa la saya guna cara ugutan sket. " kalo benda ni jd makin teruk sampai kne buah pinggang, abang nak tanggung?!"...heeeee...Akhirnya dpt jugak GL. Terus jumpa peads kat Kuala Terengganu Specialist. Peads refer kat surgeon terus set date tuk sunat. Sebelum sunat, sempat la lari bercuti ke Cameron Highland jap. Heee tu cite lain kali la. 

Maka pada 28 Mei 2015, pukul 8.30 am kami berempat pun tiba kat Kuala Terengganu Speacialist. Kami pilih buat awal pagi sbb Qasyaf boleh je puasa dr tgh malam kan. Kalo lambat2 sgt, dia mntk nasi pulak kang kne tunggu 6 jam pulak lepas makan nasi.

Adooiiii penat ah taip pakai phone. 
Bersambung lah.
Bai.

No comments:

Post a Comment

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)