kita2.... ;-p

Showing posts with label lain2.... Show all posts
Showing posts with label lain2.... Show all posts

Monday, December 15, 2014

15 hari lagi nak habis tahun 2014

Cepat sungguh rasanya tahun 2014 ni berlalu.
Sangat cepat.
Blog tak berupdate.
Macam2 cerita duk terbuku dalam kepala je, x sempat nak tulis kat blog.
Celebrate besday anak2 ada cite x?
Travelog Penang sekerat jalan.
Travelog Sarawak ntah ke mana.
Kisah harian xsempat nak karang.
Haishhhh...

In shaa Allah next year Qasyaf masuk skolah, adala masa sket nak jenguk blog kot.
Ya, Qasyaf nak skolah.
Kali ni kompem. Hahahah.

Oklah....Selamat menikmati hujung tahun. Kita jumpa lagi tahun depan. Daaaa!

Friday, April 25, 2014

rindu rindu rindu

Rindu sangat nak menulis kat blog. Nak tulis macam dulu2. Nak tulis pasal apa yg berlaku setiap hari. Pasal perasaan sedih, geram, gembira. Nak tulis pasal handbag idaman. Nak tulis pasal anak2 yg bnyk karenah. Nak tulis pasal gaduh dgn Arjuna. Nak tulis mcm2 la benda yg berguna, x bguna, mengarut dan x mengarut. Siyes rindu.

Rasa mcm hilang something la bila xdpat menulis dekat blog. Kadang tu, rasa mcm nak bercakap dgn seseorang,nak bgtau sesuatu, tp xde sape2 nak dgr. Selalunya boleh lah meluah di blog. Tp sejak laptop rosak, sejak anak2 ada di sisi 24/7, langsung xle sentuh blog. Nak blog hoping pong susah. Terus ketinggalan cerita2 kawan2 blogger. Nasib ada group mommies blogger kat FB kan. Boleh la jugak bertanya khabar bergurau senda. Kalau x, mmg katak bawah tempurung la.

Ni, bukan menaip kat phone. Bukan juga dah beli laptop baru. Still laptop lama, ayah tolong hantar baiki kan. Mulanya ayah tanya, kenapa laptop ni tersadai je.

Rosak jawab saya.

Meh ayah hantar kedai. Sayang je duk tersadai mcm ni. Boleh ayah guna ni. Elok lagi ni.

Bila hantar baiki, dah elok.....Ayah, meh la balik laptop kak long. Payah la xde laptop. Nak beli baru xde duit.

Saya pun ambil balik laptop lamaku ini. Kehkehkeh..Bertuah punya anak...Hahaha...

Tp mcm weng jugak laptop ni. Mozilla firefox mcm kne install balik je. Asik ckp insecure connection je. Takpe2, ada masa nanti, saya ejas sendiri.

Eh, ada ke masanya??...

Haaaa, ini yg payah.. Masa lapang ada..Tp budak 2 org tu pun sentiasa ada. Apa yg mami buat, derang nak buat. Mami gerak sikit derang ikot. Skang, dah berani masuk bilik rawatan bila mami sibuk dgn patient. Bila mami jegil mata, Qasyaf akan berlari masuk bilik balik, tp adik, dia sengeh je...Gerammmmm je rasa.

In shaa Allah, ni dah ada laptop, saya akan cuba update blog mcm dulu2...Masa anak2 tido, xde patient, boleh la buka laptop kan.

Hurmmmm,apa ek cerita saya ???

Ok la...Meh nak cite sikit...

Klinik secara rasminya dah beroperasi selama 6 bulan. Income masih di bawah par. Huuuu...Increasing la by months..Tp still, masih buat saya pening kepala pasal duit...Saya still tidak bergaji.. Tu la, sapa suh resign...Gaji lumayan boleh beli LV tiap tahun tetiba skang xde gaji....Ok,saya x menyesal pun...Cuma rasa senak time xde duit..Biasalah tu kan....

Klinik saya skang dah boleh buat semua treatment. Semua material dah lengkap..Nak buat teeth whiteening boleh, nak buat crown boleh, nak buat bridge boleh, dan in shaa Allah, boleh buat implant jugak. And braces!..Utk kes2 yg simple la.

Secara rumusan, rutin harian adalah, masak di waktu pagi utk bekal makan kat klinik..Then dalam pukul 9.30am sampai klinik..Petang Arjuna amik anak2 bawa balik rumah, ada lah me time sekejap...Balik umah kul 9pm, masak secara pantas utk dinner plak. Makan sama2 pukul 11pm dah colaps. Hehe...

Ya, saya mmg masak setiap hari..Tak tergamak tgk anak2 makan kedai yg ajinomoto nya ntah bnyk mana. Masak yg simple2 je pun. Malam, biasanya Arjuna yg akan masak nasi dulu, then dia akan sendiakan all the ingredients mengikut arahan saya..Saya balik, campak2 dlm kuali je.

Tp, adalah jugak hari2 yg makan kedai or beli kat gerai je. Eh, buntu la nak mikir lauk apa tuk masak setiap hari. Plus, bosan jugak makan masakan sendri setiap hari. Haha..

Setiap ahad, klinik tutup, saya akan buat projek memasak yg advance sket. Heeee...

Itulah saja nak cite buat masa ni.

Daaaa!!!!!


Saturday, March 29, 2014

i ada IG lah

Sebenarnya dah ada IG sejak akhir tahun lepas kot. Tp IG jahat. Saya xpost lucah pong. Saya xpost sumthing yg boleh mengganggu keamanan negara pong. Saya xpost hal2 yg memalukan agama pong. Tp IG block saya. 2x u olls I buat IG. Memula nama harzlen harun. Kne block. Then buat nama harzharun, xberapa lama kne block lg. Skang buat baru lg nama harzlena harun. Tpaksa buka akaun guna email Arjuna. Huhu. Sbb saya dah xada email lain dah. Sedih kan.

Sila la follow my IG sbb blog ini nmpknya x akan meriah seperti dulu lg sehinggalah tuan blog mbeli laptop baru. Bila nak bli laptop tu xtau la. Tokey Klinik gigi ni xdak pitis lg. Huuu...



Segala cerita ceriti ceritu akan diterjemahkan dlm IG sajalah buat masa ini yea.....Daaaa!

Monday, May 6, 2013

hidup dengan sejahtera

Jangan gaduh2.
Jangan menyusahkan orang.
Sama2 tingkatkan produktiviti.
Cari rezeki yang halal.
Enjoy hidup yg singkat ni.
Gapai semua impian.

Pesanan ringkas dari saya setelah beberapa hari menyepi. Hehe...

PRU13 dah berakhir. Saya xde komen dan malas nak reka2 komen. Cuma satu je..Kepada yg berkenaan, sila simpan balik semua bendera anda. Nampak ada yg tlondeh di tepi jalan. Kalau tjatuh, kne pengguna jalan raya, menyekat pandangan,boleh bawa kpd kemalangan pulak. Mintak dijauhkan.


Saya bcuti dari Rabu hingga Ahad. Rabu, jumpa supplier, sain cek bg RM10k untuk order dental chair. Berpeluh2 seh nak sain cek..Maklumlah,pes tyme..Sebelum ni reti terima cek je. Ni nak berniaga, kne la buat akaun syarikat dan ada cek syarikat. Feeling bisnesswomen sgt. Haha..

Lps urusan dgn supplier, terus balik Kelate. Sampailah Ahad. Nama je duk lama2,tp x ke mana. Juz pusing Kota Bharu on Khamis sbb nak cari baju shantek tuk wedding SIL akhir bulan nanti..Tak sempat nak tempah,bli yg dah siap je la. Jumaat, Sabtu, Arjuna sebok mengecat umah MIL. Saya jaga anak2. Ahad, baru balik Paka dan hari ni keje. Tp nama je pergi kerja, x kerja pun sbb xde staf. Ni tinggal bertiga je. Yang lain semua ada hal yg x dpt elak. Nasib la..

Takde benda nak cakap pun..Saja je jengok blog sementara tunggu nak puch kad kul 5pm...
Ok lah..Daaaa...


Eh,btw, bs Qasyaf & Qisya tny, saya peknen ke sbb muka bseri..Adoyai!..Saspen mak..Sbb mmg 2 bulan dah miss piyed..Terus wat UPT...2x buat tau...Petang terus piyed..Kahkah...Ni muka berseri org nak resign lah..Hahaha






Sekali sekali tayang gambar mommy apa salah kan..Asik Qasyaf & Qisya je interprem kat blog mommy...heee...Bai..

Wednesday, April 10, 2013

jenguk blog sekejap

Super bizi!..

Eh, mcm salah guna term je...

Im not that bizi...

Cuma xde bnyk masa untuk tulis blog.

Dalam kepala ni,ada bbrp perkara, bbrp isu berat yang saya nk tulis. Dan perkara tsebut perlu ditulis dgn ayat sempurna untuk menyentuh hati pembaca. Tak pun, sentuh hati sendiri bila baca balik esok lusa. Bila nak reka ayat yg sempurna dan melankolik, saya perlukan masa yg tenang di depan laptop kesayangan. Sudahnya, xde post selama seminggu. Heeeee..

Skang ni pun bukan ada masa sgt. Tinggal kurang 30 minit saja sebelum waktu rehat tgh hari. Jadi, jom lah jenguk blog sikit.

Hokeh...

Panjang lak intro..

Aku nak tulis apa sebenarnya kali ni?..hihi..

Blank la..

Ok..Juz want to mention, saya akhirnya dapat surat kenaikan pangkat yg ditunggu2 sekian lama!..

Bukan pangkat yg ku kejar..

Tapi duit tunggakan itu yang ku mahu..

Tunggakan dr bulan ogos 2012 tu..ngeee ngee...

Dgn kenaikan pangkat itu, bermulalah episod mencorak kehidupan baru.

Cuma saya tak pasti bila nak mula.

Saspen tau.

Tp, in shaa Allah, semoga dipermudahkan...

Ok lah..bai..




Ehh...ada lagi sikit....






Ni nak tunjuk pic Qisya je...With animal printed dress and animal printed headband...Musim animal printed kan..Haruslah ikot trend kata Qisya...hihihi....


Qasyaf and his fav junk food which is keropok lekor!...Nama pun rakyat Terengganu kan. Mestilah suka kepok getel (yup, rakyat Terengganu sejati panggil kepok getel sebenarnya)..


WWF dia atas katil..Ayyaakkk!!!!...Boleh bayang tak bila Qisya pandai melawan nanti...Mami akan jadi pengadil yg adil hokeh!..


Last sekali, yours truly...Hikhikhik...Pic terbaru iaitu semalam...Tudung pun tudung terbaru...Sekian...
 
 
 
 
 
 
#sapa la yg baca enrty ni, x best langsung!!...kahkahkah

Wednesday, March 13, 2013

Post sajalah,drpd xde entry langsung

Tak tau nape blogspot saya jd weng...Gara2 entry panas bontut kah?.... Lupakan hal itu.... Geram seh blogspot weng.... Gambar pun xle susun mcm biasa.... Takpelah.... Dr kiri sebelah atas,ibu dan ayah....Masa kami keluar mkn2 kat foodcourt dpn Giant lastwiken nite... Ptg sabtu,bawa Qasyaf lepak Pantai Batu Buruk...Santai dgn Gino... Gambar bawah, Qisya dan chudik. Gambar last, nak buat rambut pacak,tp budak tu rambut kerinting mcm mommy..,Jadilah rambut upin ipin...Haha

Sunday, February 3, 2013

senyap.... tapi banyak cerita

Eh, dah masuk bulan Feb !
Sekejapnya masa bergerak.
Awal2 Januari bukan main banyak entry..
Hampir tiap hari ada je benda yg nak ditulis,dikongsi.
Alih2 hujung Januari,senyap.
Haishh,mak bz noks!.. Heeee..

Ok.. Assalamualaikum..

Banyak cerita nak kongsi sebenarnya. Tapi sikit je masa yang ada. So,ringkaskan dgn gambar je la ek. Last wiken,Arjuna ada mega gathering Gino kat Putrajaya. Terus diorang konvoi ke PD. Mak beranak dua ni malas nak ikot,satu,sebab Gino adalah sempit untuk sebuah perjalanan jauh bagi dua baby. Mn nak letak carseat Qasyaf yg gedabak. Mana nak letak beg2 baju semua. Kedua sbb,malas nak menyusahkan diri. Karang org duk berpanas ber gathering,ko tpaksa suh laki ko basuh berak anak. Lari ke laut nanti mood org nak ber gathering. Jadi,balik rumah ibu lepak2 lagi best.
Petang Jumaat, kami ke Pantai Batu Buruk. Acik jd drebar. Saya dgn anak2,ibu dan adik tukang ngikot.Ingat nak mkn beger bakar yg femes. Sekali ramai giler org. Tak jadi la. Bawa Qasyaf pijak pasir je. Balik rumah,gatal2 kaki,padahal dah pakai kasut siap pakai stokin tu. Sensitip!
 
 Ptg Sabtu,ajak kawan2 zaman bujang yg skang dah x bujang lg lepak2 kat Tutti Frutti. Bdasarkan gambar,saya beranak dua, Qoy belom ada anak dukung Qasyaf dan Hanan beranak satu.. Rasa mcm tua la tgk gmbr beranak pinak ni..Haha...
 
 Ahad, my sister balik. Dia plak jd drebar kami ke bandar. Tak beli apa pun. Saja memanaskan diri. tgk Qasyaf tu,panas pun boleh tido.
 
 Petang Ahad, ke beger bakar lagi. Nak jugak merasa!..Hehe..Chudik punya,beger kosong,bek mkn beger Ramli je chudik oi..
 
 Ini baru betul begernya. Qasyaf eksyen je. Mana buleh makan sayang oi. Mommy je boleh. Tu,kat tepi tu Wafiq,my one and only nephew..Lepas mkn2,tapau sebijik dan gi hantar kpd Is yg duk asrama Uitm Chendering. Tetiba jumpa sebuah tempat strategik tuk merealisasikan azam no 1 2013 saya. Kontek org bkenaaan,esoknya gi jumpa org bkenaan. In shaa Allah,tempat tu kompem bakal jd tempat saya merealisasikan azam no 1. Doakan saya.
 
 
Selasa baru masuk kerja. Eh,ada parcel atas meja (buat2 terkejut) padahal sendri beli.Kah kah. Another Coach in the house. Kali ni leather. Suka mak..Hihi..
 
At the same time,anak2 mula demam. Balik dr rumah bs,Qasyaf asik merengek. Demam, batuk,selsema dan muntah. Asik nak duk atas riba. Abaikan tilam dan bantal yg x bsarung tu. Semua sbb muntah Qasyaf.
 
Adik jugak demam. Tapi adik berdikari. Takpe duk sorang2. Adik kuat. Bagi chan kat abang yg manja kededek la.
 
Another pic of budak baik + kuat + bagus. Demam tp x menyusahkan langsung. Mommy plak kesiankan dia sbb Qasyaf asik konker mommy. Daddy pun xdpt nak lyn anak2 sgt sbb daddy pun demam teruk. Mommy je x sempat nak demam sbb duk btungkus lumus jg org demam.
 
 
Muka budak demam. Tak nak makan,xnak minum susu apatah lg air masak. Sampai bibir pun dah mgelupas kekeringan. Qasyaf sgt2 sgt2 susah mkn ubat. Dia tgk syringe ubat tu pun dah muntah. Adoyai!...Sehingga hari ni,Qisya dah ok..Dah x demam cuma ada batuk dan selsema sikit2. Qasyaf plak still batuk yg sgt kesian bila menengoknya..Huuu..
 
Cepat sembuh yea anak2 mommy...
 
Thats all for now. Nak sambung buat kerja. Nak merealisasikan azam no 1 secepat mungkin!..

Wednesday, June 6, 2012

blable..bla bla bla...

-2 Minggu plus 2 wiken x kluar dr Paka...1st wik, Arjuna sgt bz dgn saham FGV...Tahu apa itu FGV? Xtahu sila tgk berita tv1..Tiap mlm ada..2nd wik pulak,saya onkol<.. Maka tperap je la dlm Paka ni..Bosan sungguh!...Qasyaf pon bosan..Sian dia..Paling koman daddy bawa pegi minum ABJ kat pantai teluk ketapang je...Itupun bkn Qasyaf leh minum..Jagung dlm tin..No no no..Tak boleh yea Qasyaf..Biar mommy je minum...

-Tayar kete saya bocor plus,pecah sekali...Seb bek masa tu Arjuna yg bawa..Dia bhenti tepi jln tukar sendri la. Kalo saya yg drive sengsorang?..Mau tinggal aje kete tepi jln blk jalan kaki..erkkk!...Nak kne bli tayar la pulak...Ada je pgunaan duit x dirancang blaku..Haishhh,org nak soping barang little q la!

-Ya,dah mula buat list barang tuk little q...Brg2 besar mcm breastpump,sterilizer,tilam guna yg Qasyaf punya je..Cuma nak upgrade spektra3 tu buat double pumping n bli valve dgn membrane baru...Storage bottle pon,yg lama masih ok..Lagipun xsampai 6 bulan pun guna..Ada 30 botol semuanya seh..Azam,nak pam n wat stok byk2 dr hari ptama susu keluar lg..Xnak jd mcm kes Qasyaf dah..Chayookkk!..Tapi Qasyaf dulu,sbb mommy preggy,tu yg susu merundum,.Mommy je x sedar....

-Tetiba ada org tag video stroller 4moms origami...Dan saya eh bkn saya,Arjuna dah bkenan sgt2...Ada kawan keje pilot selalu gak ke US..Nak mntk kirim tp dia mls nak blikan sbb berat nak bawa balk...Bukan ko pikul pun oi..Kapal terbang yg pikul..Tapi xpe lah...Tgk video je la gamaknya..Nak bli ikot harga Mesia,bek bli motorsikal terus..huuuu

-Qasyaf makin lama makin buat mommy geram nak ciom..hehehe...Selalu berak banyak...Selalu tcekik n muntah kalo salah mkn makanan yg kasar or besar sket...Mommy n daddy la yg basuhkan...But,it quite suprising me la,mommy n daddy sendri sgt la sabar...Takde rasa nak marah or tensen...Daddy pun mcm tu..Qasyaf muntah atas katil tgh2 mlm sbb byk sgt minum susu pun daddy boleh ciom2 lg...Ya Allah,besar nikmatMu yg Kau berikan..Kami betol2 enjoy parenhood...

-Tbaru,lappy sy rosak..Haaaaa,ini menensenkan sgt2...Saya tpaksa wat research thn ni..Hujung bln ni nak kne hntr abstrak...Lappy dah jem,mcm mn?!....Mau bhenti kerja!!!

-Ok....kengkadang mood tuk masak dtg btimpa2....Lastwik kami bnyk mkn luar..Tp diswik,rajin plak saya masak..Alah,yg simple2 je..Ayam masak merah,sayur air,ayam goreng halia..Semalam biat ikan stim..Faveret Arjuna..Tp ikan mesti mau fresh ya..Takde gambar,so,lain kali je la saya share tesepi...Saya juga dtg mood rajin buat kuih minggu ni..Simple je..Korang tau kuih cek mek molek atau kuih mek comel?Haaaaa...Ini dia...
Sebelum digoreng...
Selepas digoreng... .Hitam bkn sbb hangus..Tapi sbb saya guna keledek purple..Biasa yg jual kat kedai derang guna keledek oren...
Resepi?..Hurmmm...
Rebus keledek sampai lembut...
Bila dah lembut,tunggu sejuk,kemudian kupas kulitnys..
Lecek or lenyek keledek tu..
Campurkan tepung gandum dan gaul sebati..Agak2 jgn sampai ketas sgt or lembik sht..Juz nice untuk mbentuk doh...
Buat doh bulat2,penyekkan bahagian tengah.
Masukkan gula kat tgh2 tu sebagai filling.
Bentukkan supaya jd bentuk mcm pic yg memula tu..Che mek molek mesti bentuk g2 yea...Kalo x jd bntuk tu,bkn che mek molek namanya..Namanya tukar jd che mek huduh..hahahaha...
Kemudian goreng la sampai keemasan..Tp kalo guna keledek purple mcm saya,mmg x keemasan la..Kehitaman sikit..heeee

-Semalam plak masa break lunch time,sempat buat puding caramel..Sbb niat nya nak bg bs qasyaf..Balas bekas dia bg lauk dulu..Lama dah bks dia duk btapa di rumah saya..Hehe..
Senang je buat puding karamel ni...
1st,buat karamelnya,cairkan setengah cawan gula...Bab ni agak susah la bg saya..Selalu je hangit..Ada resepi kata,panaskan gula dulu,bila dah nmpk cair sikit,br tmbh dlm 2 sudu air..Ada tesepi ckp,tambah air siap2..Tp bg saya,tetap x mnjadi..Asik hangus je..Jadi pahit la..Tp sy dpt teknik baru..Saya guna non stick pan..Basahkan dulu non stick pan tu..Then ltak gula..Sambil masak,sambil lenggang2 pan tu...Nmpk cair semua gula je,tutup api,biarkan jd perang skit,terus tiang dlm loyang...hehehe..itu cara saya la..Ikot pengalaman..
Pudingnya, 5 biji telor,susu cair setin,asen vanila sesudu kecik,tepung kastard or tepung jagung sesudu besar...Blend semua sekali sampai sebati...
Tapiskan ke dalam loyang yg ada gula hangus yg cair td...
Kukus 30 minit or cucuk2 la dgn garfu nak tau masak x lg..Kalo x melekat tu dah masak la..
Biar sejuk..Masukkan dlm peti sejuk...Bila dah sejuk,baru terbalikkan dlm pinggan...Siap!...

-Ok lah...Ingat nak mbebel kosong je td...Ni siap bg resepi lagi...Selamat ,mencuba!

Monday, May 14, 2012

life is good to me

Lama kan x bcerita panjang di blog. Dah la sekali sekala je post entry. Bila post plak, asik melalut sal keinginan hati yang xpernah habis je. Kurang cerita sal diri sendri. Kurang cerita sal cinta hati. Dan kurang cite sal Qasyaf. Sampai dah ada org tny lama x cite2 sal budak ensem-rasa-nak-gomol-sepanjang masa tu. Hehehe...

Hurmmm, life is not really bz.. Juz fine. Juz being good to me. Cuma mood nak menaip kat sini agak kureng. Mungkin sbb asik tertangguh2 kot. Or mungkin faktor menaip guna tablet adalah sgt tidak best. Ya, beli tablet hanya sbb to be in trend la kononnya. Siyes, tulis atas kertas lg best. Sama juga part baca novel. Novel konvensional jauh lg syok drpd baca ikot tablet ni. Diari kalendar konvensional lagi memuaskan jiwa daripada guna tablet neh.. Owh,some part of me still konvensional rupanya...

Last few weeks,ada bbrp perkara penting blaku. My SIL bsalin ank pertamanya. And its a girl. Cucu ke 5 PIL dan merupakan cucu perempuan pertama mereka. My SIL overdue mcm saya jugak. Tpaksa di induce sbb air ketuban dah kering. Sama la macam saya. Tp, jalan dia x tbuka. After 3x induce,last2 kne ceaser jugak. Family mertua ni, mmg sejak azali agak fobia dgn hospital n segala mak nenek prosedur hospital. Derang tu, kalo sakit lebih rela cari altenatif lain tuk berubat dan hospital adalah choice terakhir. Dan bila SIL diberitahu kne ceaser, MIL menangis mcm SIL kne masuk major operation mcm pemindahan jantung ke apa..Ayoooo!...Saya la yg tenangkan derang... Ceaser ni benda biasa. And in my opinion, ceaser lebih selamat dan cepat dr beranak normal. Betol x? Beranak biasa, kne btarung dgn nyawa. Salah push, xreti jaga pnafasan,keletihan masa push, semua tu boleh mengundang kes baby lemas. Tu x tmasuk kes baby tbelit tali pusat lg kan.. So, pada saya ceaser lebih selamat. Dr buka perut, keluarkan bayi dan jahit. Cuma mebe bunyi agak gerun sbb kne belah perut la. And pjagaan luka pas ceaser tu agak rumit la. Itu pandangan saya. Lain org,lain pendapatnya kan. Tp, yg pasti,its ok kalo kne ceaser. Yang penting baby selamat. Tp tu lah,susah nak yakinkan org tua kan. Nasib baik SIL kentalkan jiwa. Tak dilayan sgt karenah ma yg menangis kerisauan tu. Hehehe..Dan lahirlah Siti Rifa Marrisa yg puteh sgt!..Alhamdullilah, btambah sepupu Qasyaf..

Itu kisah kelahiran. Then kisah bonus boleh?heheheh.. Senyum lebar bila ckp hal bonus. Arjuna kan pegawai Felda. Mmg tiap tahun akan dpt bonus around bulan 4 or 5. Bolehlah menumpang tuah. Tak dpt hubby keje petronas pun xpe.. Bonus Felda pun cukup syukur. Boleh la seurat dua emas setahun. Hahahaah.. Yup,Arjuna x bg beli handbeg. Saya nak Coach, kne beli pakai duit sendri. Buat masa ni, nak hold dulu Coach sbb mata mula jatuh suka pada Balenciaga. Ouchh, stop berangan kejap. Kata nak cite sal hidup. Hehehe..So, dpt la tumpang bonus daddy sekali n dua kaki dgn Qasyaf. Ni, peneroka dpt durian runtuh 15k, pegawai Felda pun dpt 2 bulan setengah gaji. Alhamdulliah, Double bonus tahun ni Felda bagi. Kerajaan xnak bg ke? Hehehe...

One thing bila bcakap soal duit ni, saya nak bagitahu, kami x kaya pun. Hidup sederhana je. Gaji laki bini cukup tuk buat bayar bil, bayar hutang kete, tanah, masuk bank as saving kot2 diuji Allah ada masa susah esok hari. Kalo nampak kami mewah tu, mungkin sbb cara kami urus duit kami. Takde la asik nak enjoy beli benda mengarut. Saya pun bukan beli handbeg tiap2 bulan kan. Arjuna beli barang kete dia pun, sbb dia jimat la kat mana2 tu. Kami pun bkn mkn kat tempat fancy2 pun tiap hari. Juz hidup yg biasa. Ye lah, rezeki saya mungkin lebih sikit la dr ipar duai yg lain sbb keje saya. Tp ye lah. Rezeki masing2 la kan. Jgn la tengok rezeki org tu lebih ko mula jeling juling bila dia beli brg baru, or duk sebok nak pinjam duit then wat2 lupa nak byr kan. Org tu boleh beli mcm2 and nmpk mewah, ada la tu cara dia bijak handle income dia. Or mungkin keberkatan duit tu sendri. Cari rezeki yg halal. Dan belanjakan ke jalan yg halal. Eh, mcm melalut plak kan. Sbb ada yg tbuku di hati bab2 duit ni n bab2 pinjaj duit ni..huhuhi.. Takpelah... Tinggalkanlah topik ni.. Lantak la nak buat spekulasi sendri pun..heeeee....

Ok,now pasal budak encem mommy lak.. Qasyaf turn 8m semalam. Dia belom pandai merangkak. Tp meniarap dan guling2 sgt terer sampaikan bila tido je, tpusing2. Kejap kepala duk bawak ketiak mommy, kaki duk atas dada daddy. Kejap kaki plak duk atas perut mommy. Mmg konker katil la budak nomey tu.. Hehe.. Dia jugak dah boleh duduk. Tp kita kne dudukkan la. Duduk sendri belom reti lagi. Maklumlah berat. Hehhee.... Current weight x tau lg. Ptg ni br nak check up kat klinik. Molot dia mmg bising. Mbebel je kerjanya. Kadang2 dlm kete, dia bebel sorang2.xsampai 5 minit dah tertido. Tak perlu nak mengempeng dulu dah. Dah pandai tido sendri. Big boy already. Qasyaf ni x suka sgt toys dia. Dia nak jugak benda lain yg mommy daddy x kasi dia main. Feveret dia skang adalah wire charger hset, kotak bedak n losyen dia. Kalo boleh main tu, tekun main sampai meleleh air liur. Hehehe.. Owh ya, gigi lom tumbuh lg la.. Lambat pulak anak mommy tumbuh gigi.. Mommy x sabar nak gosok gigi dia ni.. Tp sejak umur 2 bulan lebih dah ajar gosok gusi. T bila dah ada gigi, xla janggal bila mommy explore mulut dia kan...

Hurmmm,rasanya tu je nak tulis setakat ni. And rasanya ada berita baik jugak nak kongsi. Tp kita simpan dulu yea.. Jumpa lg.. Daaaaa!
Buah hati pegerang jantung mommy... Manja sgt.. Dia main pun nak mommy teman. Mommy nak gi kencing kne mintak izin and kne ciom dulu mcm nak tinggal lama2... Adoyai!

Saturday, December 10, 2011

i'm a mommy...i'm a blogger

Hi peeps!...
Ok, im now dah kembali bkerja semula..Thats means, akan mengadap lappy tiap2 hari di waktu lapang semasa bkerja..It also means, blog ni akan aktif balik..Laa..Kot...Ishk, macam x pasti je..Hehe..InsyaAllah i'll update selalu..

Oleh kerana saya dah hilang jejak, ketinggalan cerita2 kamu semua, so, saya creat satu group kat FB.. IM A MOMMY...IM A BLOGGER...Untuk geng kita2 borak2 kat sana disamping bgtau yg blog2 kita2 ni ada post tbaru...Farah Fatihah dah buat group Bride Blogger Forever, ramai tol ahli...Bila dah kawen, jd mommy2be, or dah jd mommy, sila masuk group baru ni pulak yea...

So, plez do add me as ur fren kat FB..Jgn lupa msg sket bgtau apa nm blog korang..T saya invite kat group tu..As that is a private group, so, jgn risau tentang privacy blog yea..

Do add me .. Harzlen Harun.. Tp bgtau nama samaran dlm blog dulu..& bgtau nama blog...ILink ni kdg2 x kenal org..

Eh, ada ke yg baca entry mommy aku neh...Hahaha...

Saturday, June 18, 2011

kematian dan kelahiran

* sorry to all viewers & commenter b'coz im not able to reply all the comments... thanx 4 the feedback ya *


16 Jun 2011 - Pulangnya nenek kesayangan saya Wook binti Embong ke rahmatullah... Al-fatihah.. Semoga rohnya dicuci rahmat dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. Aminnnn...
(xsempat jugak tok tengok baby cucu sulongnya ni...huuu)

18 Jun 2011 - Farrah telah selamat melahirkan baby boy pada 7.30am..Tahniah Farrah!!

Wednesday, May 11, 2011

open to public again??

Ya...Im thinking of that...

Tengah fikir2 nak buka blog kesayangan ni kpd public semula. Nak bkongsi rasa, pengalaman, pengetahun dan btukar2 pendapat dgn semua org tidak kira siapa pun, mcm dulu2.. Sebabnya, im on prep again!..Kali ni sedikit tentang wedding prep (for my sister) dan of coz byk tentang baby prep. Sbb kalau blog di private, mcm saya membebel sorang2 je..Susah nak tanya pendapat kawan2..Sgt limited..Dan susah juga tuk saya dptkan nasihat serta teguran tentang prep saya.

Tapi...

Ada tapinya...

Huhu..Sangat malas rasanya nak dengar desas desus yang saya melampau/over tentang sesuatu prep..Dulu, ada mulut jahat kata saya over cerita sal wedding prep. Mcm saya sorang je kawen. Mesti mulut jahat itu akan ckp saya over cerita kisah nak sambut kelahiran cinta hati saya pula..Ishk..Entahlah..Mulut manusia kan..Mmg susah nak ditutup..

Tapi, ada je yg sokong saya open to public again. Senang tuk tukar pendapat..

Hurmm...

Camne yea???

Arghhh!!!...Nyah ko si mulu jahat...Peduli apa aku dgn mulut dan hati ko tu...

Ok, im now, opening my blog to public again....

Mungkin selamanya, mungkin sehingga satu masa saja nanti..Biar masa yg menentukan...

Tuesday, January 4, 2011

public intimacy?

Wooo wooo!.. Lama x update diari maya ni, sekali buat tajuk menggemparkan..Huuuu...

Saya ni bukan lah naif... Bukan jakun atau terkuncup pemikiran mahupun pandangan. Konon2 boleh gelar diri sebagai open minded la kata orang putih. Tapi, public intimacy?...Yakss!.. Perbuatan paling jijik yang otak saya boleh terima.

Ok ok..Apa itu public intimacy?...Senang cerita, melakukan hubungan seks di hadapan orang ramai!.. OMG...Apa dah jadi pada dunia kita? Sudah tidak ada batasan etika kah? Sudah tidak ada pemahaman tentang perasaan malu kah. Semua benda nak di tayang, semua benda nak di kongsi? Mengucap panjang saya apabila terbaca berita di Yahoo tentang pesta tahun baru 2011 kali ini, diraikan dengan public intimacy. Manusia akhir zaman sekarang sangat menyedihkan!

Masa saya kecik2 dulu, saya hanya terbaca tentang orang merempit di malam tahun baru. Kalau menang, dapat hadiah bohsia. Itu kira kisah tahun baru paling hebat dan terkini la..Sekarang, mungkin mahu lari dari klise, mereka tak bagi hadiah bohsia lagi, tapi buat seks ramai2 di hadapan orang ramai pulak. Itu namanya kemajuan. Kot. Sedih!

Saya sangat2 bersyukur kerana lahir dalam keluarga Islam. Diberi didikan agama yang sempurna. Tidak pernah terjebak dengan benda2 haram mahupun membesar sebagai remaja liar. Syukur sangat.

Mampukah saya yang tahu hukum agama ini melahirkan zuriat2 yg juga faham agama? Takut kan memikirkan itu. Saya tahu, kita semua pasti akan mendidik generasi akan datang dengan sehabis baik. Tapi mampukah mereka mengharungi dunia yang semakin tua ini? Sedih!

Tuesday, December 21, 2010

sempurna

Hai cantik....

Saya suka baca blog. Sebab orang biasanya jujur dengan blog mereka. Sebab itu, ada orang berani mengaku gay dalam blog dia. Opsss!.. Tak nak lah sentuh bab ni. Saya bukan pembaca blog gay tau. Cuma sekadar contoh untuk menguatkan fakta tentang orang memang jujur bila menulis di dalam blog. Mungkin ada juga yg hanya membuat cerita. Tp saya percaya tak ramai begitu. Kot...Kamu baca blog artis? Saya bukan peminat fanatik seseorang artis. Sekadar tau cerita yang disampaikan Melodi sahaja. Hey, hidup kita kena tau kisah artis serba sedikit kan. Jgn sampai kawan sebut Anna Rafalli pun tak tau. Aiseh. Point sebenar nak cakap adalah, saya pembaca setia blog sorang artis ni. Itu je. Intro je yang panjang. Saya suka sangat tulisan Zahiril Adzim. Kenal dia??? Tau cerita Bawang Merah Bawang Putih? Si Merah itulah Zahiril Adzim. Saya suka dia di dalam blog. Eh bukan, bukan. Zahiril Adzim tak de kena mengena dengan Anna Raffali atau pengakuan gay atau penipu di blog ok...Jangan salah faham...Ok, tulisan saya dah mula memeningkan kamu kah?..Hehe..Zahiril Adzim pun memang selalu buat saya pening sikit2. Ala, sikit je.Tp untuk kamu yang memang susah nak faham sastera moden, jangan cuba buka blog dia yea. Nanti terus pening lalat. Apa-apa saja Harzharun ini kan.

Ok ok...Saya tak mahu buat kamu konfius lagi. Sebenarnya, saya nak cerita2 tentang sempurna kali ni. Sebab Zahiril Adzim sentuh tentang sempurna. Katanya, hidup kena ada perancangan baru perfect. Tp kalau perfect sangat pun tak best jugak sbb nanti takde benda nak diperbetulkan dalam hidup. Hurmmmm...Itu pendapat dia. Kata hati dia. Kawan saya pula kata, perfect is not perfect. Pun betul juga. Sebab dalam dunia takde yg sempurna selain DIA.

Malah, tiada ketetapan tertentu yang mengatakan sesuatu itu sempurna atau tidak. Mungkin pada saya, kasut tumit tinggi menyempurnkan penampilan. Pada kamu pula, kasut tumit tinggi itu menyeksakan tubuh. Jadi, kasut tumit tinggi adalah tidak sempurna pada kamu. Mungkin pada saya, tinggal di ceruk bandar ini tidak sempurna kerana jauh dari pembangunan. Pada kamu pula, tinggal di sini sangat sempurna kerana tidak sesak dengan bingit dan asap kota metropilitan. Tenang dan damai kata kamu. Justifikasi sempurna setiap kita adalah berbeza.

Saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Sepupu Arjuna. Melangkah je dalam rumah pengantin, hati saya dah mengumpat. Ishk. Ishk. Pelamin macam ni?? 15 years back style!.. Sangat tak sangka sebab si pengantin adalah jururawat. Bukan anak dara kampung yang tiada kerjaya. Dan saya tahu berapa pendapatan jururawat yea. Tapi kenapa dia pilih pelamin macam ni? Saya tanya dalam hati je sbb tidak mahu membuka mulut menjadi Cik Joyah. Lihat pula pada pengantin. Entah lah. Saya bukan nak jadi Cik Joyah yang bercakap dalam hati. Saya cuma rasa.......kasihan...Kasihan kpd pengantin yg sebenarnya cantik itu. Sebab mukanya sekarang benar2 jadi macam solekan artis zaman Os dulu. Kenapa begitu??? Dalam duduk melihat dan bercakap pada diri tu, datang la sepupu saya. Lelaki. Tingkatan 5. Mengadu yang bahan2 untuk merenjis satu pun tak disediakan lagi. Owh, budak ini amik berat. Sebab dia pengapit popular dalam keluarga kami. Sebab tu dia jadi sama2 rasa tanggung jawab kot. Saya tanya pada pengantin yang tengah bersiap memakai veil kembang2 zaman 90an dulu. Pengantin hanya jawab tak tahu. Saya lah yang susah payah buat beras kunyit, letak air paip dalam alatan merenjis tu sebab tak tau nak cari kat mana air mawar di saat2 genting sebegitu. Dan, pendek cerita, majlis berlangsung dengan cela di sana sini pada mata saya.

Usai, majlis, masuk kereta, saya mula pot pet pot pet. Arjuna tadah telinga. Begitulah saya. Kalau ada yang tidak puas hati, saya cuba simpan betul2 dalam hati. Sampai masa, luah pada Arjuna. Bukankah itu fungsinya suami. Mendengar coleteh isteri. Kan?.

Arjuna seperti biasa. Tidak banyak komen. Cuma dia kata, "alaaa, apa nak susah, dah tuan punya badan rasa tu dah sempurna, xpe lah..."....Saya diam. Berfikir. Ya, sekali lagi saya sedar. Justifikasi sempurna setiap daripada kita adalah berbeza.

Jadi, tolong. Jangan mudah memperlekeh pandangan orang lain. Jangan senang mencebik cara orang lain. Sebab dia fikir lain dan kita fikir lain. Fikiran dia, fikiran kita, tiada siapa yg boleh menghakimi samaada yang mana satu sempurna. Itu peringatan untuk saya untuk kamu.

Sebuah perkahwinan juga tidak akan sempurna. Tetapi ketidaksempurnaan itulah yang memberi kita sebab untuk menjadikannya sempurna.Noktah.


P/s: senyum!

Thursday, December 16, 2010

itu dan ini

Kamu sayang kawan2 blogger kamu?
Saya?
Saya sayang kawan2 blogger saya.
Kenapa saya sayang kawan2 blogger saya?

Hurmmm????

Saya sayang kawan2 blogger saya sebab, mereka sudi baca blog saya yang x seberapa ni. Mereka baca dan mereka suka blog saya. Kenapa saya kata mereka suka blog saya? Sebab, kalau mereka x suka, mereka x kan baca. Tapi mereka tetap baca dan baca lagi berulang kali walaupun kadang2 saya hanya melalut sahaja.

Apa yg saya tulis di blog adalah apa yg saya alami. Apa yg saya rasa. Sedikit pun saya tidak tipu. Ia mmg jujur. Dr hati yg iklas. Sbb xde untung pun saya nak menipu di sini. Cuma, ada benda yg terlalu peribadi, saya x dpt kongsi. Jadi, yg tinggal tuk dikongsi di sini semuanya adalah diri saya yg sebenar. Saya percaya kamu juga begitu kan. Kesimpulannya, kita saling tahu tentang masing2 hanya melalui blog. Terus, jadi dekat sbb macam dah lama kenal. Maklumlah, hampir tiap hari dapat maklumat pasal diri masing2 kat blog ni. Kita pun jadi akrab. Macam kawan baik sejak kecik. Betul x?

Kalau gembira, kita terlonjak hepi sama2. Walaupun masa tu kamu jauh di sebelah sana peta Malaysia dan saya di sebelah sini. Kalau sedih, xputus2 kata2 semangat yg kamu beri. Bagaikan kita sama2 menangis. Malah, x cukup letak komen di sini, kamu email saya, kamu SMS saya. Saya juga buat begitu untuk tenangkan kamu. Terus, kita makin mesra di hati.

Sbb itu lah saya sayang kawan2 blogger saya. Titik untuk itu.

Kita sambung sikit bab lain pulak. Sejak kebelakangan ni, jarang pula saya update blogkan. Entahlah. Terbang ke mana mood untuk menulis. Mungkin sbb sibuk dgn urusan seharian. Masa lapang tu ada la sikit2. Tp, saya lebih senang merayau2 di blog kamu semua. Wajib itu. Cuma tak sempat tinggalkan jejak di ruangan komen.

Cerita terbaru, kami dlm proses pindah klinik. Klinik asal renovate. Kami merempat di kuaters. Kerja tetap kene jalan walaupun keadaan sangat daif. Selepas setengah tahun, klinik asal pun siap. Ni dah balik ke klinik asal la ni. Masih tunggang langgang. Belum siap bkemas. Barang2 masih dlm kotak. Jenuh juga nak berkemas. Staf2 saya mmg btungkus lumus. Tak de yg ponteng pun. Yg curi tulang, sapa lg, bosnya sendiri la. Haha..

Di rumah pula kami gembira. Tak bgaduh pun sejak dua tiga minggu lepas. Hepi. Mungkin Arjuna sedaya upaya gembirakan saya. Saya kan frust sgt dgn kejadian period tu. Tak apalah. Saya pun akan gembirakan dia. Cuma sesekali waktu bergurau senda, tetap tlintas di hati saya. Kesian Arjuna. Dia mesti teringin sgt bgurau senda dgn baby. Tp saya masih belum boleh beri dia lg. Huhu..Ok...Tak mahu fikir soal itu. Janji Tuhan tetap pasti kan.

Majlis pertunangan kak ngah tinggal 9 hari saja lagi. Hantaran bantal tu dah siap. Mau saya letak sedikit teaser di sini. Tp gambar hilang sbb Arjuna xsemena2 format kamera saya. Geram!..Nanti lah saya tunjuk. Hantaran tu semua dah dihantar ke rumah parents saya.

Semalam pergi amik baju yg saya tempah tuk pakai di majlis pertunangan adik saya. Ini dia.

Hahhhh!...Sekarang sila jawab..Sapa yg nak bertunang sebenarnya ni??Hahaha...Well, kakak yg merangkap engagement planner harus nmpk cantik jugak kan. Hehe...

Sekian saja untuk kali ini. Daa!!

Monday, December 6, 2010

private blog akan diawalkan !

Ya..Saya akan private blog lebih awal. Bukan minggu depan seperti yg saya katakan dlm entry lepas. Jadi sapa2 lagi mau dijemput ke blog ini?..Sila tinggalkan nama, nama dlm blog, tajuk blog dan email anda yea....

Hurmm, semakin nak private blog, semakin ramai la pulak follower. Thanx to Yumie, Norida Ramli, Azizah Samson, Mieza, Akuanakpahang, Fieza Fifie, Shazwani Nadiah, Miss Nadieya dan Maisarah Husain sbb sudi jadi pembaca blog ni. Terima kasih byk2!. Tapi, saya dah nak private blog. Follower x semestinya boleh baca kalau tidak dijemput kan. Jadi, plez drop ur email adress yea sayang2 semua. Supaya saya boleh invite dgn segala hormatnya. Hehe..

ESOK SAYA AKAN PRIVATEKAN
TALES ABOUT WHITE LACE AND TIARA !

Friday, December 3, 2010

pengumuman penting kpd bride bloggers

Hello dearies!!!...Pertama sekali saya nak ucap beribu2 lemon bunga segar kepada follower saya yg tbaru iaitu Khumaera Ismail, Atirah Mutaza, Nurul AtiQah Mutaza dan Rieza09.. Suke sgt sbb korang semua sudi join blog ni....

Nampaknya dari hari ke hari, blog ni semakin glamer u...Hehe... Semakin hari, pembaca blog ni makin bertambah. Mungkin ada yg membaca kerana mahu menceduk pengalaman saya membuat persiapan perkahwinan. Mungkin juga yg membaca kerana mahu tahu kisah naik turun alam rumah tangga untuk panduan diri. Tp, saya percaya, ramai antara kita, si bride bloggers ni, mbaca blog masing2 kerana sudah tbina perasaan akrab dan dekat di hati masing2. Jadi, masing2 mahu tahu kisah seharian kawan2 alam maya kita ni kan. Lantas, boleh bertukar2 pendapat dan pandangan. Saya sungguh bbesar hati atas kunjungan anda semua. Namun, makin lama, saya makin tidak selesa kerana makin luas pula range pembaca saya. Saya tidak kisah bkongsi cerita dgn kawan2. Sbb mmg dlm hidup, kawan lah tempat paling selesa untuk meluah rasa, bkongsi perasaan. Namun, bila sepupu sepapat mula menjengah di sini, ipar duai turut meneliti tulisan saya, malah, staf2 pun dah mula jumpa blog bosnya ni, saya mkin tidak bebas untuk menulis. Sbb janggal rasanya bila btemu muka dgn org yg ada pertalian dgn kita, dan baca blog kita.

JAdi,saya nak buat pengumuman penting hari ini..Pengumuman plg penting dlm sejarah blog saya ni...Hehe...

SAYA AKAN PRIVATEKAN
TALES ABOUT WHITE LACE AND TIARA...



Jadi, untuk itu, kepada semua kawan2 blogger saya yg cantik manis di luar sana, jika masih mahu meneruskan lawatan ke blog yg x seberapa ni, sila tinggalkan maklumat seperti berikut;

1- nama yg digunakan dlm blog
2- nama utk dipanggil
3- tajuk blog
4- email
5- asal dr negeri mana (hehe, nak jgk ni..hihi)...

Ok....Anda semua boleh add saya di fesbuk juga...Saya, HARZLEN HARUN ya di fesbuk...

Seminggu lagi saya akan privatekan blog ini...Daaaa!!!

Sunday, November 7, 2010

im going to............KL...

Lorrr...nak gi KL pon kecoh?...Apa barang...Hahaha....

Jom la kita sorak2kan kehadiran follower baru Tales About White Lace And Tiara iaitu Macemellow & Suria... Hip hip hoorraayyy!!..Suria, please give me ur blog link ya...

Hurmmm...ok.... Lama dah x naik KL...Last, kalo x silap, bulan 6 hari tu...Itu yg kecoh kot... Haha... Ada kursus sebenarnya...From 9-11 Nov.. Tp flite on 8 Nov... Nmpknya, tpaksa tingglkan Arjuna tcinta bbrp hari ... Lama dah tak windu2 dgn Arjuna, kiss2 kat telifon sblm tido....Hehe...

Sblm ni, dpt byk jemputan kawen kawan bloggers tsayang kat area KL..Tp x dpt nak hadir... Sebab skang, kalo nak gi mn2, kene pergi dgn Arjuna..Apatah lg kalau jauh2...Kalau nak pergi dgn Arjuna, kene la adjust masa saya free, masa dia free...Jadi, atas keterbatasan waktu, sgt hampa & rugi xdpt attend majlis kawan semua..Huhu...Plus, wedding 'org luar' byk pada hr Ahad...Ahad, saya kene cabut gigi org!..Kat sini seorang Dr je satu klinik..Huhu...

So, alang2 saya ke KL ni, ada sapa2 nak jumpa x? (perasaan ada org nak jumpa la pulak)...Huu..

Ok, stop pasal tu... Jom intai persiapan e-day my sister ok....

Baju.... Bukan baju dia, tp baju saya la...Baju saya and adik...Or to be exact, apakah baju yg sesuai dipakai oleh kakak & adik kepada pengantin?..Hehe...Asik duk cite sal baju pengantin saja kan..Baju kakak pengantin apa hal?..Haha...

Saya pun dah bli lace..Kuikui...Gediks nak nyebok pakai lace jugak...Tp kene la buat kurang cantik drpd empunya badab yg diraikan, betul x?...My sister, buat kebaya pendek..Mcm inikah?Saya pun xtau...Sbb saya x ikot ms gi tempah...Tp, untuk saya, rasa2nya, mcm nak pakai mcm ni nanti..Hahaha..best2...Both design by Lynda Rahim...Santek kan..Hehe..Tp kalo saya pakai gnie, perut muncit, mesti kene ambush dgn soalan cepu emas btalu2...Eh, pregnant?..Huhuhu...So, design ini hendaklah di postpone... Alaaa, bulan dpn sempat lg gi upah baju kan....

Saya candid pic ni kat konvo Universiti Sumatera Utara last April...Org Indon pakai gni gi konvo je...Haishh..

Sekian untuk hari ini....Daaaa...

Wednesday, October 20, 2010

i need vacation !!

Routine weekdays - pagi2 bangun, kalo rajin dan ada bahan, kelam kabut sediakan sarapan, kalo x, terus pergi kerja...Sampai tempat keje ngadap molut orang. Ms free, blog hoping & layan fesbuk. Sampai la ke petang. Balik kerja kul 5, sampai umah, lepak dpn tv atau masak untuk dinner. Mlm, lepak/berebut tv dgn Arjuna.
Routine wikens - balik KT....Atau blk RP...

Itu je la yang saya duk ulang tiap2 hr sekarang ni... Paling tidak pun, kalo bosan, kami suami isteri ni kuar mkn2 kat luar..Itu saje...Korang yg baca pun mesti rasa bosan..Apalagi saya yang terperuk kat dlm kelapa sawit nih (yea, kuaters kami dlm FELDA)...Kali terakhir saya keluar dari pantai timur ni, end of Jun hari tu..Ke Melaka..Itu pun tlg Arjuna kemas barang dia nak pindah.. Sadis!..Pas pada tu, asik duk ulang alik Kerteh-KT-Rantau Panjang-KB...Huhh!!

What a boring routine!


So, I need a vacation !!!Juz a simple vacation for Arjuna & me... Tak yah jauh2 naik kapal terbang.. Yang dekat2 sini je..Tp of kos BUKAN KUALA TERENGGANU or KOTA BHARU !!..Im sick of it already!

Any suggestion kawan2?...Tempat yang best sekitar Malaysia ni...Help me ya!

p/s: setelah dpt 1 komen dr kawan blogger, br terfikir...i need u to suggest place & hotel & rate as well ya...(giler pemalas nak search sendri)..kalo xtau, bg cadangan tempat pun dah ok...

Sunday, October 10, 2010

how do u know he is ur MR RIGHT

Helo beautiful people.Hows ur day? Hurmm, skang saya dah tak boleh say hi to gurl saja. Sebab dah ada beberapa pengikut lelaki nih. So, welkam to my newest male follower iaitu Wan Gerard. Thanx a lot ya sbb sudi singgah sini. Kadang2 , kita memang perlukan jejaka untuk tinggalkan komen kat sini. Becoz they have different view of thought. Walaupun tak semua pandangan mereka kita setuju. Betul tak? Tapi kan, Arjuna tak baca pun blog ni. Dia tahu kewujudan blog ni. Cuma dia tak minat nak baca sbb katanya saya tulis panjang. Banyak perkataan. Dia mmg tak suka membaca pun. Surat khabar je dia baca. Kalo saya suruh dia baca blog, dia ckp, apa susah, ceritakan je la saya tulis sal apa. Hampeh ok. Tapi kadang2, im glad that he doesn't read my words. Tak yah nak segan2 kalau saya ada tulis yang mushy mushy..Hehe... Yet, he doesn't need to read rite. Becoz we can always talk. Also, thanx a lot to Maa and Malia & Faizal sebab juga sudi ikot blog ini.... To Maa, plez give me ur blog link ya... To Malia & Faizal, heppy e-day!!!..Selamat masuk ke alam darah manis..Hehe..

Entry lepas nmpknya mdapat bbrp komen yang best. Saya baca semua komen tau. Sbb tu saya setting supaya semua komen diapprove dahulu sblm dipublish. Saya xnak saya tertinggal sebarang kata2 dr korang semua. Tapi, again, i choose not to comment back. Sbb saya nak mengulas panjang dalam entry ni pula. Kiranya ini rentetan dari tajuk kita yang lepas la yea.

Kadang2, kita mmg sudah berada di umur yang paling sesuai untuk berkahwin. Punyai kerjaya, sudah mampu menggembirakan ayah ibu. Duit pun dah cukup. Malah, sudah ada teman istimewa di sisi. Namun, ada sesuatu tentang dia yang buat kita ragu2 untuk ke langkah seterusnya. Mungkin, ragu2 itu petunjuk Tuhan tentang dia bukan untuk kita. Mungkin juga ragu2 itu adalah permainan syaitan yang bencikan ikatan yang halal. Semua tu kita x tahu kan. Tapi saya yakin, ada antara kita pernah melalui perasaan ini. Pasangan kita mungkin orang yang paling baik yang pernah kita jumpa. Orang yang paling memahami jiwa kita. Orang yang terlalu sayangkan kita. Namun, ragu2 dan tawar hati yang berbekas dalam diri ini, membuatkan sesebuah perkahwinan itu dilambat2kan. Tak tahu kenapa kan.

Jika diikutkan hati dan nafsu, mmg semua dari kita mahukan Mr Perfect. Saya sendiri pernah mengulas panjang tentang ciri2 jejaka idaman dlm Blog lama saya. Kalau rajin, klik la yea. Tapi, semua ciri tersebut belum tentu menjanjikan kebahagian hingga hujung nyawa. Kalau ada orang tanya saya, mcm mn nak buat keputusan nak kawen?. Sungguh, saya xde jawapan yang tepat. Cuma, pada saya, yang plg utama, keyakinan hati kita terhadap pasangan. Pasangan kita mungkin pernah jadi milik orang lain. Pernah melukakan hati orang lain. Tapi, itu tak bermakna dia juga orang yang salah untuk kita. Mr Wrong untuk orang lain itulah mungkin Mr Right untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu lah, kadang2 kita jelak melihat perangai sorang laki ni. Tp dlm masa yang sama, kita tgk pasangannya gembira je hidup dgn dia. Jadi, jgn menilai orang dgn apa yang dia ada. Nilai dgn hati kita. Sbb kita yg nak kawen dgn dia kan.

So, apa pula kata korang. Mcm mn korang tahu dia Mr Right korang???

Sedang menunggu MR RIGHT...buwekkk!!..haha

Ia terjadi tanpa kita sedari...Dia yang menunjukkan cintanya kepada kita. Dia yang meluahkan sayangnya kepada kita... Dia yang mahu bertanggung jawab ke atas diri kita. Dia yang sentiasa mengambil berat. Dia yang membuat kita ketawa. Dan, dia juga yang mampu mbuat kita menitiskan air mata. Yang pasti, kita yakin dengan diri dia. Yakin dia mampu membahagiakan sehingga akhir waktu nanti. Maka, dialah MR Right.