kita2.... ;-p

Tuesday, January 4, 2011

public intimacy?

Wooo wooo!.. Lama x update diari maya ni, sekali buat tajuk menggemparkan..Huuuu...

Saya ni bukan lah naif... Bukan jakun atau terkuncup pemikiran mahupun pandangan. Konon2 boleh gelar diri sebagai open minded la kata orang putih. Tapi, public intimacy?...Yakss!.. Perbuatan paling jijik yang otak saya boleh terima.

Ok ok..Apa itu public intimacy?...Senang cerita, melakukan hubungan seks di hadapan orang ramai!.. OMG...Apa dah jadi pada dunia kita? Sudah tidak ada batasan etika kah? Sudah tidak ada pemahaman tentang perasaan malu kah. Semua benda nak di tayang, semua benda nak di kongsi? Mengucap panjang saya apabila terbaca berita di Yahoo tentang pesta tahun baru 2011 kali ini, diraikan dengan public intimacy. Manusia akhir zaman sekarang sangat menyedihkan!

Masa saya kecik2 dulu, saya hanya terbaca tentang orang merempit di malam tahun baru. Kalau menang, dapat hadiah bohsia. Itu kira kisah tahun baru paling hebat dan terkini la..Sekarang, mungkin mahu lari dari klise, mereka tak bagi hadiah bohsia lagi, tapi buat seks ramai2 di hadapan orang ramai pulak. Itu namanya kemajuan. Kot. Sedih!

Saya sangat2 bersyukur kerana lahir dalam keluarga Islam. Diberi didikan agama yang sempurna. Tidak pernah terjebak dengan benda2 haram mahupun membesar sebagai remaja liar. Syukur sangat.

Mampukah saya yang tahu hukum agama ini melahirkan zuriat2 yg juga faham agama? Takut kan memikirkan itu. Saya tahu, kita semua pasti akan mendidik generasi akan datang dengan sehabis baik. Tapi mampukah mereka mengharungi dunia yang semakin tua ini? Sedih!

2 comments:

  1. haisshhh sedih dengar...syukur kita masih dilindungi dari perkara sedemikian...

    btw..leh bc blog i x?

    ReplyDelete
  2. Risaukan? Macam-macam isu.. Dunia akhir zaman... Kita cuba yang terbaik kan dear?

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)