kita2.... ;-p

Showing posts with label kahwin dan mereka. Show all posts
Showing posts with label kahwin dan mereka. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

adik lelaki nak kawen

Kakak buat selamba buka klinik macam biasa. Kihkih.

Alaaaa, majlis belah lelaki x bnyk kerja sgt kot (ye ke)?.. Lagipun makanan semua katering je. Takde dah nak masak2 kat rumah. Org kampung pun jemu nak datang tolong agaknya. Rumah En Harun dan Puan Leha ni, hampir tiap tahun kenduri kahwin. 2010, anak sulong, 2011 anak kedua, ni 2013 anak no 3 plak nak kahwin. Jadinya kali ini kita tempah2, katering saja.

Semua benda dah setel dah. Bukan saya tak tolong langsung. Hantaran dah siap gubah. Saya buat sikit, kemudian ibu sambung. Bunga telor, saya buat sendiri semua. Buat kat klinik. Pastu doorgift semua dah ikat riben. Buat riben kat klinik jugak. Ni sekarang kat tepi laptop ni pun ada riben. Ibu suh buat riben nak ikat kat kete masa konvoi pergi rumah pengantin perempuan nanti. Haishh, ini klinik ke kedai pengantin?

Kepada yg rasa nak mintak saya buatkan gubahan hantaran, boleh la dtg klinik ye. Dua dlm satu Klinik Pergigian Dr Len ni. Tuk treatment gigi plus amik tempahan gubahan pengantin..Hahahah..

Even bunyi mcm x banyak kerja sbb belah pengantin laki, sebenarnya ibu tetap bz. Nama pun mak pengantin kan. Tak kisah la mak pengantin perempuan ke, mak pengantin lelaki ke, dah namanya mak pengantin, mesti, kompem akan sibuk. Semua benda nak kena fikir.

Jadi, semalam, saya angkut la anak2 ke klinik. Redah je la. Arjuna x dpt jaga anak2 sbb dia join pertandingan autoshow. Suami saya tu, pantang dengar ada pertandingan autoshow. Ribut taufan ke, org nak naik pelamin ke, dia apa peduli. Tetap nak join.

Nak disekat2, itu minat dia. Kalau dia sekat saya dari beli handbag macam mana. Tak boleh hidup kan. Begitulah dia. Tak boleh hidup dgn aman kalau ada pertandingan autoshow tp x join.

Pagi semalam ada sorang je patient. Ok la..Huuu...
Tgh hari saya pergi rumah ibu. Jahit kain background makan beradap. Ye, kami tempah mini dais je. Tempat makan beradap buat sendiri.

Pukul 3pm, masuk klinik balik. Bawa Qisya sorang je. Ibu ckp, Qasyaf xpelah dia jaga. Lagipun Qasyaf mcm seronok je semua org ada kat rumah ibu.

Arjuna plak, still dgn autoshow dia sampai la ke malam.

Malam tadi majlis akad nikah sepupu saya. Haaa, tengok, ini juga antara sebab kami berkatering je kali ni. Sepupu saya pun kahwin jugak. Majlis dekat2. Kalau nak masak sendiri bagai, semua org mesti akan sgt penat kan.

Lambat betul la tok kadi sampai malam tadi. Qasyaf mula2 behave, lama2 dia plak yg jd pengantin.

Masa dia tetiba dengan selamba pergi duk atas alas pengantin tu, semua org ketawa2, amik2 gambar dia. Makin galak la anak teruna saya. Dia mula naik atas stage pelamin tu. Siap nak baring. Hasihhh!!!!..Terus saya amik, bawa turun, bagi kat Alang dia. Biar dia lepak kat luar je...

Lepas akad nikah, derang jamu nasi lemak. Ada sambal ikan bilis, ada sambal ikan tongkol, telor, ikan bilis goreng. Murtabak pun ada. Yummeehh.. Habis diet ku!..Baru je nak berazam xnak mkn nasi waktu dinner mulai 1 nov...Hancur plan...huuuu..

Arjuna menang 1st price malam tadi. Sek baik..Kalau x, x berbaloi tunggu sampai mlm sampai terlepas wedding kazen kan.

Gambar ni cilok dari fb je. Bini dia ni, sejak2 ada anak, x pernah pun pergi tengok suami masuk autoshow. Hihi...

Jadi, begitu lah. Malam ni majlis akad nikah adik lelaki saya plak..Esok majlis belah perempuan. Lusa majlis rumah kami.

Headband Qisya xde lg ni..Kne la pakai ikot tema kan.

Semalam dah curi masa pergi cari. Gigih tutup klinik awal pastu pergi Kiddi House kat bandar KT. Dah jumpa dah yg cantik. Rembat 3 headband lg. Sebab 3 majlis kan. Akad nikah, sanding rumah perempuan, pastu rumah kami. Sekali, yg nak pakai ms akad nikah dan masa rumah kami nanti, headband tu xde barcode. Casher xle nak scan la. Dia xdpt nak tolong. Eeeee!!!...Geramnya... Mana nak cekau headband cantik ni. Mlm ni dah majlisnya...

Kita recycle headband lama la dik ek...Huuuuu

Tuesday, February 15, 2011

cerita kawen...x pernah basi kan?

Hehehe...Baru transfer gambar...Padahal event dah lama..Tak bbrp lama pun..Baru 2 minggu..heehehe..Enjoy the picas ya!..

4 Februari 2011.. Suhasnida & Bukhari 's wedding!!!


The banner.


Hurmmm, ni dekat pintu rumah..Bhampiran meja tuk guestbook.


Pelamin yg Sue DIY!!!..Impressive kan..Ada bakat..


Sori yea..Takde gambar pengantin duk atas kerusi.


Haaa..Satu keunikan majlis Sue.. Makan berhidang!!..Kat KL mana ada skang...Lauk plak, nasi putih, gulai daging, ayam masak merah, kerabu perut, sambal belacan, acar, solok lada (korang tau x?) dan sira labu (labu yg dibuat manisan)..Hehe..sedap tau!


Bersama dengan pengantin!..Cantik Sue!


Hehehe...Keliling umah Sue.. Boleh buat tempat outdoor fotoshoot..Boleh susun lantern tu disebalik pokok jugak kan untuk nampak seri..hehe


Tengok!..Gemok kan saya..Huhu...Balik kenduri sempat singgah pekan Rantau Panjang..Ingat nak tengok2 MIL berniaga saja..Tp tbeli jugak..Baju yg saya pegang tu la saya beli..Hehe


Esoknya...Ke majlis kawen kawan Arjuna pulak..Kawan zaman UPM dia..


Hadri dan isteri..(Lupa la nama si pengantin perempuan yg cantik manis ni..)..huuu


Hahh..Amik...Nak bsanding jugak!


Tengok..Mengganggu betul 2 ketul bapak budak tu kan..haha


Sekian..Hehehe...Daaa!

Monday, November 22, 2010

sekitar menghilang

Salam...
Pembuka kata, selamat datang dan terima kasih buat follower terbaru iaitu Yun, Fieza Dennise dan Fika.

Uih...lamanya x jengok blog kesayangan...Lagi lama x jengok blog kawan2...Menghilang ke?..Bukan menghilang, cuma menyepi tanpa kata..Hehe.. Nak kata bizi sgt tu xla..Tp, xde masa nak buka lappy. Asik duk bjalan2 je sepanjang raya. Ya..Kami mmg meraikan raya aji semeriah raya puasa. Lebih2 lagi kat Kelate. Saya raya kat Kelate kali ni ok...Heee... Takde benda nak cite pun sebenarnya hari ni..Saje nak amik mood berblogging balik..Kita sembang2 santai je ek kawan2....

Raya aji thn ni, sambut kat Kelate..Rupanya org Kelate sambut raya aji dgn acara kunjung mengunjung mcm raya puasa jugak.. Kat Terengganu x pulak g2... Pengalaman baru tu..Hehe..Satu lagi pengalaman baru yg plg xle lupa, org Kelate mkn ketupat pulut dgn air gula melaka!!!...owhhhhh...Tekak ini xdpt nak telan..Mintak maaf byk2... Saya mau rendang, bukan air gula melaka...Huuuuuuuuu.....

Raya kedua, attend majlis tandang my besfren... Janji dgn Fara gi sama2.. Fara cam segan2 pulak nak gi tanpa saya..Haha...Tp bila kami bdua dah beraksi, mmg best..Hehe..Penat buat scene ni tau..Ntah shoot yg keberapa ni..Sbb pengantin sgt malu2 kucing jantan!..Aiseh..Asik x menjadi je... Last2 bjaya jugak walaupun saya pandang kamera..Huu ... Penat blakon byk kali seh...

Kepada ayah Gie & Ibu Gie, semoga kekal sampai bila2...Hurmm, both of them are "GIE"..

Pas mkn dan berlama di majlis derang, malam, tanpa mandi dan menukar baju, ke reception Jaja pulak..Cik Belle, ada bau masham x masa ko peluk aku?..Hahahaha.... Ya!..Jumpa Cik Belle di majlis Jaja.. Cik Belle sgt manis rupanya!..Hehe..And sgt nerbes.. Jaja yg bsanding, dia pulak yg rs nerbes.. Saya x pernah jumpa Jaja sblm ni. So, mmg nerbes la sket bila nak salam jumpa pengantin tu..Takot Jaja x kenal..Tp Cik Belle yg selalu jumpa Jaja pun nerbes jugak..Boleh dia tolak saya suh salam dulu..Cik Belle Cik Belle..Kelakar!..Haha...Hurmm, wedding Miss Butterfly kita sgt cantik dan sweet!..The pelamin, deco, fotobooth dan semua lah..Sgt cantik...Details ada kat blog Cik Belle yea...Broadband lembab hari ni..Susah nak upload byk pic..
To Jaja & Ikram, selamat pengantin baru.. Semoga cinta mekar hingga hujung waktu yea...Rupanya pengantin lelaki tu my classmate!!..Classmate masa form 4 & form 5... Bila tengok slide show sementara tunggu pengantin sampai baru perasaan Ikram..Aiseh..Keciknya dunia...

Hari raya aji ketiga, saya demam...Sampai la hari ni, x betul2 sihat lagi... Duk kat kampung, bila demam sket, mula la org buat spekulasi...Demam alahan kata mereka... Memberi harapan betul derang ni... Huuhuuu.....

Tuesday, November 2, 2010

HARZHARUN WEDDING COUTURE

Perghhh, berangan sangat best !!.. Saya suka berangan. Pieces mmg suka berangan. Hehe... Alangkah indah kalau suatu hari nanti, HARZHARUN WEDDING COUTURE benar2 wujud dan boleh berdiri sama gah dengan nama besar lain dalam dunia perkahwinan. Ahh, berangan cukup mengasyikkan dan menyeronokkkan. Boleh buat kita senyum sorang2 kan. Suke!

Saya ni bukannya kreatif sgt. Tapi suka segalanya tentang sebuah majlis perkahwinan. Saya mahu belajar. Dan saya mahu mencuba. Saya tak jemu keluar masuk blog perkahwinan. Seronok melihat b2b membuat persiapan majlis. Dan tumpang kagum melihat perkahwinan indah kawan2. Lama kelamaan, mata saya tbuka sendiri. Saya jadi semangat untuk punyai butik perkahwinan sendiri. Ah, angan!

Hurmmm, nak bcerita tentang peristiwa basi sebenarnya.. Saya dah cerita tentang majlis perkahwinan my BIL. Yang serba kekuningan tu..Kalau nak baca, klik sini yea.. Tp lupa lak nak review sal majlis bertandangnya... Majlis bertandang, simple je...Juz menghias bilik pengantin. Tak de pelamin2 pun... Kami DIY semuanya.. Btungkus lumus saya jahit tirai untuk bilik pengantin tau...Hehe...Bila orang dah bg kepercayaan tolong hias bilik, apa lg, seronok la saya... Nak tengok hasil sentuhan saya dan adik ipar saya?..Jom!

Gubahan bunga yg dibuat dua jam sebelum ketibaan pengantin...Kelopak bunga yg dlm air itu sepatutnya terapung kan..Tp saya guna bunga artificial..Tenggelam la pulak..Haishhh...

Pomander ball...Usaha sama saya dan adik ipar saya tu...Buat pagi sebelum ketibaan pengantin...

Ini, amik yang kat ruang tamu je..Hahahaha...Rembat saja apa yang ada...


Yeahhh...nmpkkah anda tirai yang dijahit oleh saya itu...Hehe...MIL puji habis menantunya ni pandai mjahit...Padahal jahit straight je pun kan..Hihi...

Inilah bilik secara keseluruhannnya...Takle nak amik gambar the whole room sbb bilik sempit...

Haaa, itu je la nak tunjuk pun...Hehe...Tak le hebat sgt kan..Tp xpe,xpe...Satu hari HARZHARUN WEDDING COUTURE akan buat 1 mjlis kahwin yg besar..hehehe...Ada sapa2 nak hire saya??? (",).....


P/s : Suke pelamin ni...Picture from Ake

Dulu dah pernah tgk org buat portrait as dais background..Tp lupa siapa..Aiseh...


p/s : siyes ni saya nak sewakan baju...xde org Terengganu yg berminat kah??...heeee

Monday, October 18, 2010

hari bahagia dia

Segalanya sudah selamat. Kawen jugak akhirnya si romeo Malaya ni. Dia gembira. Jadi, saya pun gembira. Walaupun malam sebelum tu, saya kerap terjaga dari tidur tanpa sebab. Dia yang nak kawen, saya pulak yang cuak? Hurmm, saya memang begini. Boleh tenang dan mengawal keadaan. Tak kisah la, nak exam ke, nak btunang ke, nak kawen ke, atau apa2 event besar yg akan berlaku, saya tak akan kelihatan runsing. Cuma, bila tidur, fikiran saya seakan berkerja tanpa kawalan. Membuatkan saya kerap terjaga dari tidur tanpa sebab. Atau mungkin sebab bermimpi. Mimpi yang saya sendiri tidak dapat ingat. Hurmm, tapi, seingat saya, inilah kali pertama saya kerap terjaga dari tidur dalam satu malam selepas selesai majlis kawen saya dulu. Lepas kawen, mmg lapang sangat. Tidur pun nyenyak je..Kali ni, mungkin, otak saya fikir, perkahwinan dia sesuatu yang besar jugak kot. Sebab tu la membawa ke tidur.

16 Oktober 2010. Pagi, usai sarapan yang dah agak lewat tu, kami sekeluarga bersiap2 untuk ke majlis dia. Mmg umi & ayahnya menjemput ibu & ayah saya untuk turut serta sebagai keluarga pihak lelaki. Saya & arjuna sendiri pun di sebelah pihak pengantin lelaki. Walaupun si pengantin perempuan kawan saya sendiri, walaupun undangan perkahwinan yang saya terima dari pihak perempuan, saya suka berada di pihak pengantin lelaki. Sebagai rombongan keluarga dia. Dia sendiri pula, sudah pasti mahu saya di pihak dia juga. Dia segak berbaju melayu putih. Tapi, alahai, semakin kurus. Mungkin sangat kuat berkerja cari duit menjelang majlisnya. Sebab dia kerja sendiri. Ijazah yang ada, sebagai hiasan sahaja. Sebab tak mahu berkerja di bawah orang lain. Itu ideologinya. Sampai hari ini saya tak faham. Malas nak faham sebenarnya.

Akad nikah di rumah pengantin perempuan. Masuk saja dalam rumah, saya terus amik tempat duduk. Dekat dengan pengantin perempuan. Betul2 depan dia. Terima kasih buat Hana yang memahami. Hana la yang bagi ruang pada saya untuk duduk di tempat paling strategik. Dr tempat saya, mmg saya boleh lihat dia dgn jelas. Dia juga boleh nampak saya dengan jelas. Sekali sekala, dia akan senyum, angguk dan angkat kening untuk saya. Ya, saya gembira kerana saya tetap jadi saksi untuk dia. Saya tahu jatuh bangun dia. Dan di depan saya, dia mulakan hidup baru dengan isteri tercinta dengan sekali lafaz. Lantang dan yakin. Dia kini suami orang. Saya bahagia dia temui teman hati yang baik.

Seisi keluarganya seakan terlalu terhutang budi dengan saya. Kerana menemukan dia dengan isterinya. Kerana memperkenalkan dia dengan cintanya sekarang. Segan pula rasanya. Sebab saya tak buat apa2 pun. Saya hanya kenalkan dua kawan saya sahaja. Mcm saya kenalkan orang lain. Tp, jodohkan kerja Tuhan.

Malam, ibu & ayah meraikan mereka di rumah. Sekadar ambil peluang beramah. Lagipun, umi & ayah serta keluarganya belum pulang. Suka rasanya bila melihat dia datang bersama isteri. Arjuna melayan dengan baik. Tapi saya tahu, hatinya ada detik cemburu pada dia. Sbb dia rapat dengan saya. Ahh, wahai Arjuna. Kau pujaan hatiku. Tak perlu disangsi lagi. Dia cuma sahabat yang pernah akrab.

Kepada Alimin Hafizi & Najihah, semoga cinta kalian mekar wangi hingga hujung nyawa.


**saya tak ada gambar yang banyak sebab kamera habis bateri**

Wednesday, October 13, 2010

kuning yang bersinar menyerlah

Hello beautiful people. Jom kita raikan follower terbaru blog ini iaitu Anaazli, Rose dan Mr.. Hip hip hooraayyy untuk korang bertiga. Thanx a lot sbb sudi singgah di sini.

My BIL reception

Ni reception sebelah my biras la. Rumah kecil tepi sungai Golok. Rumah sgt rapat antara rumah bersebelahan. Halaman sempit. Dalam rumah pun sempit. Tapi, majlis penuh dgn aturcara meriah! Saya mls nak menulis panjang...I juz pick out apa yg menangkap mata saja ok....Enjoy the yellow!

Kami la kuning yang menyerlah itu...Hihi..Me & my SIL..

Arjuna holding of of the hantaran dr pihak lelaki...Benda ajaib itu adalah gula..Ya...Gula yg dicairkan dan dikeraskan mengikut bentuk yg dimahukan...1st time tengok ni..Dan sgt hairan...Korang pernah tgk?

The groom..My BIL...Always smile...Jarang tgk groom senyum nampak gigi begini..Selalunya bride yg senyum lebar kan..Mcm saya dulu..Arjuna senyum xnampak gigi pun...Nampak gigi itu penting tau..haha
Pencak silat...

Tarian inai.

Dangdut!..habis pakcik2 makcik2 bgn bgelek...Ok, my biras tu half blood..Melayu + Siam..Pakcik makcik Siam kan suke dangdut..

Raja sehari di pelaminan.

Deco pelamin siap ada kolam!!..1st time saya tengok org masukkan kolam dalam rumah..Rumah kayu kampung lak tu..Hebat seh vendornya..Hehe

The royal family...Opsss..nanti kena banned...The yellow family....

Sopan kan kami..

Ya...sudah x sopan lg when it comes to Harzharun...Haha..Tp geram..Arjuna control..tak buat peace pun!!!

Ijoe & La
(my brother in law & biras)

Ya...groom yg sgt camera alert!..pntg nmpk org nak amik gmbr..Mesti nak sengeh!

Sekian.

Saturday, September 25, 2010

a fairytale wedding...

Ada yang beruntung... Punyai mimpi indah yang terzahir menjadi realiti... Saya mahu berkongsi dengan kamu sebuah perkahwinan "kayangan".... Percaya saya, ia sangat cantik !.. Jom follower baru,baby gina kita layan video ni dgn kawan2 lain..!!!





A Fairytale Wedding Concept.. Nur Nadia SM Nasimudin...anak gadis Allahyarham SM Nasimudin, pengasas empayar perniagaan NAZA Group...

Kepada kedua mempelai, tahniah untuk kamu... Semoga cinta hingga hujung nyawa...
Kepada Manggis, mintak izin paste video kamu di sini yea... Thanx!!



* saya sangat suka part pengantin lelaki cium cincin tu dulu sebelum sarung kat pengantin pempuan...Adegan spontan yang jarang kita lihat..

Thursday, September 23, 2010

Jodoh kan kerja Tuhan

Hey gadis di luar sana. Saya rasa, 69% yang mengikuti blog saya ini terdiri daripada bakal2 pengantin yang cantik manis belaka. 30% pula terdiri daripada kamu2 yang telah bergelar isteri. Angka ini hanyalah anggaran kasar saya sahaja. Dan yang pasti, peratusan isteri2 itu akan bertambah dr hari ke hari kerana bakal2 pengantin tadi mula memasuki alam rumah tangga seorang demi seorang. Siapa pula yang 1 % itu?. Mungkin pengunjung dari golongan adam. Mungkin juga si hawa yang sudah berpunya tapi belum bersedia menyertai kami. Juga mungkin si dara yang belum di curi hatinya.

Kepada si dia yang belum merancang untuk berkahwin dan kepada si dia yang belum berpunya, kali ini saya mahu bercerita dengan kamu.

Sebagai seorang perempuan, saya tahu, kita punyai impian yang sama. Mahu memiliki pasangan yang mencintai kita untuk sepanjang hayat, berkongsi hidup dengannya dan mempunyai keluarga bahagia sendiri. Namun, sebagai gadis, kita sering terfikir, adakah jejaka yang hadir dalam hidup kita itu, Mr Right kita. Adakah jejaka itu mampu memberi kita cinta yang suci. Cinta yang kukuh walau disapa apa saja badai yang cuba menduga. Tidak dibayangi nafsu semata. Cinta yang tulus, yang tidak disogok dengan kemewahan dan kecantikan dunia. Cinta yang bisa menemani kita melewati hari-hari tua kita nanti. Cinta yang bisa menjadi ubat apabila kita sakit-sakit nanti. Itu yang kita mahu bukan?

Tapi ketahuilah kamu, kami yang sudah menetapkan hati ini, juga bukan mudah untuk membuat keputusan untuk berkahwin. Kerana perkara kahwin ini bukan perkara main2. Yang cantik hari ini tidak semestinya boleh buat kita bahagia untuk esok hari. Yang molek hari ini mungkin jelek suatu hari nanti. Jadi apa rahsianya? Tiada rahsia sayang. Semua itu kerja Tuhan. Dia yang telah menetapkan setiap daripada kita berpasang-pasangan. Jadi jangan gusar. Pada yang sudah memiliki pasangan hati, jagalah pasangan kamu andai kamu yakin dia mampu memdampingi kamu hingga hujung nyawa. Jika belum bersedia melangkah alam rumah tangga, usah paksa diri. Nikmati apa yang kamu ada. Tapi jangan lupa jaga batas dan maruah keluarga. Pada yang masih sendiri, owhh, saya tahu soalan makcik pakcik tentang bila nak kahwin amat merimaskan bukan. Sebab saya pernah melaluinya. Pesan saya, jangan marah bila disoal begitu. Mmg itu soalan faveret meraka. Juga jangan mudah gelabah yea. Single is simple. Tak ada gangguan, sekatan dari sesiapa. Jadi, terekoilah dunia. Hiburkan diri. Ramaikan kenalan. Beli apa saja yang terlintas di fikiran dan mampu di poket. Enjoy your single life. Serious, hidup single ada manisnya sendiri !. Saya tiba2 rindu pada perasaan bila ada orang mengorat..Opppssss….

Paling penting, sentiasa berdoa. Mintak Tuhan kurniakan yang terbaik untuk kita. Mr Wrong untuk orang lain mungkin Mr Right untuk kita. Jadi, jangan tutup pintu hati jika tahu kenalan baru kita bekas kekasih asyik masyuk orang lain. Juga jangan takut untuk bercinta lagi jika pernah dikecewakan. Semua tu kan kerja Tuhan. Dia yang paling mengetahui.

Hurmm, dengan ini saya sertakan coretan hari bahagia kakak ipar saya yang melangkah ke alam perkahwinan di usia 33 tahun. Biarlah dilangkah bendul oleh 3 adik lelakinya. Biarlah kawan2 yang hadir sudah mengelek 3, 4 orang anak. Biarlah lambat sedikit bertemu pasangan hidup. Janji Tuhan kan tetap pasti.

Lets check it out!!


Adik ipar saya memang kreatif. Cuma dia tiada pendedahan dan tidak pernah diberi kepercayaan. Tapi kali ini, kakak ipar saya memang memberi keprcayaan 100% kat dia.Dr hiasan hantaran hinggalah ke lukis2 inai di tangan. Oleh kerana tak pro lagi, kene la lukis draft dgn pen dulu...

Pastu baru ikot dengan inai. Jenama, Rani. Beli kat Maidin. Cepat lekat ni. Kalo pakai lama2, boleh jadi hitam. Tapi sekali mandi gosok dgn sabun dah boleh tanggal...

Ini hasilnya... Cantik kan..Sapa2 yang duk Kelate, nak kawen, nak lukis2 inai di tangan sila bagitau saya yea. Saya boleh bagitau adik ipar saya. Tapi dia duk kat Rantau Panjang. Inai di kuku plak, saya yang pakaikan...Nak jugak bagitau tu..Hehe...

Majlis akad nikah was held on 13 September 2010 about 9pm. Oleh kerana my SIL tak setting tempat untuk akad nikah, maka saya pun busy body la sket. Dgn kebenaran SIL, saya adjuz 1 ruangan, guna pakai prop pelamin, jadi la tempat comey seperti di atas. Eh, betul ke comey. Ke saya je perasan?

Tapi my SIL sgt hepi bila dia tengok tempat nikah tu. At least katanya, xde la duk depan pelamin kan. Dah la bsanding pun kat pelamin. Inilah dia my SIL sebelum akad nikah. Ada cite lucu sket tau. Saya ni kan, punya la setting tempat tuk bride & groom. Saya adjuz biar masa akad nikah nanti, bride akan menjadi latar belakang kepada groom. So, dlm pic akad nikah nanti, ada dua2 pengantin masuk dlm pic sekali. Alaaa, yg mcm org selalu duk buat tu la.Tp bila tiba masanya, dah elok2 semua duduk, my SIL pun kuar nak duduk kat tempat comey tu, tetiba2, pak imam suh masuk balik !!!...Aiseh..!!..Pak Imam tu x bagi bride ada sama ms lafaz nikah... Aduyai!..Punah plan kami....Tak canggih langsung pak imam tu..huhu...Saya xde pic groom akad nikah sbb saya kat dlm bilik teman SIL masa tu...

So, korang layan pic pengantin lama ni je la yea...Hahahaha...Ok, saya gemok..Dah ngaku sini..Sila jgn komen tentang kegemokkan saya ok..huuuuuu

Esoknya, majlis khatam Quran. Sekali lagi saya setting tempat untuk SIL duduk... Masih kawasan semalam, tp saya tukar prop lain plak...Ishkk, tengok tu..Pagar puteh blakang tu dah x centre!!.. Ni mesti Arjuna punya pasal. Sbb tu pintu bilik kami..Org dah sekat tu jgn la masuk!..Eeee!!!..

Haaaa...Ini lah dia the king & the queen of the day... Prop pelamin saya dah susun elok2 semula...Saya xde pic yang lebih bagus la..Sebab sgt bz ok...Tu si pengapit dua orang tu pun, saya yg kene bg briefing...Si pengapit lelaki, saya bg pinjam baju melayu pink Arjuna yg masa tunang hari tu...It supposed to be slight contra between pengantin & pengapit kan..Tp nak wat camne, pengantin tukar baju di saat akhir..huhu..Apa2 pun, pengantin tetap cun !..

The theme is pink & cream. Kerusi mawi...The femes kerusi sejak bbrp bulan lalu...Saya sendri suke sgt kerusi jenis ni...But now, for b2b, i have idea for new dais design yang melatop..Tunggu entry lain yea..

Sangkar burung sudah dinaik taraf sebagai prop pelamin...Cantik !..Saya suka!... Tapi zaman saya sudah blalu...Mebe boleh pakai untuk kak ngah plak?...

Hurmmm..Saje je amik gmbr senget...Nak suh nampak cam pro..Hihi..Tp x pro pun kan...


Ini plak bilik pengantin... DIY..Simple yet nice... Katil putih, dinding dark purple.. Nape dinding lari tema?..Malas nak cat baru kot..Tp tetap cantik kombinasi warna ni kan...

Apa tu yang melekat di dinding?..Haaaa, itu lah kotak2 cermin... Ditampal satu2.. Beli kat Ikea..Setiap satu berharga?..Tak tau..Lupa nak tanya SIL...Best x idea my SIL ni?..

Eh...nape budak ni interprem?..Tak apalah..Kan dia my little princes..Adik dtg dgn ibu, ayah, kak ngah & my aunty... Ms derang sampai tu, saya lom bsiap..Masih pakai t-shirt. Sampai adik pun heran,"aikkk, nape x cantik langsung ni..kata ada kawen?"...Hurmmm, ye la dik... i bz ok... Nak bgtau sket, manik2 di baju adik, kak long nya ni yg jahit..Ok...itu iklan..hehehe...

Ni plak, hantaran belah pompuan...My adik ipar yang buat...Dia dah bhabisan menDIY untuk kakaknya ni...Time dia nanti, xtau la camne pesennya kan...

Ini close up....Kasut...Satu ni je la saya tunjuk..Tak larat nak upload pic la....

Hantaran sebelah lelaki kaler hijau...Pun dibuat 100% by my adik ipar si pelukis inai tadi...Dia ni mmg boleh wat bisnes pengantin kan..

Haaa inilah dia si pengapit perempuan @ pelukis inai @ pembuat hantaran... Adik bongsu Arjuna... Btw, nape baju saya x cantik?!!...Lace tu saya beli kat Medan..Kain batik tu sekali la..Kain tu ada manik bling2...Nape x nampak dlm pic ni?!..Nmpk cam kain batik kat dapur je kan...Huhuhu...

With pengapit lelaki..Arjuna 's cousin..Br form 5 nih... Sori yea..Tidak boleh dingorat sbb masih kecik....heee...

Hurmmmm...itu lah serba ringkas tentang majlis perkahwinan kakak ipar saya... Penat tu mmg penat..Tp seronok!!!......

Ms majlis tu, ada sorang budak ni... 3 tahun lebih kot umor dia.. Daniel..Anak kepada bestie SIL... Tanpa diajar, tanpa disuruh, dia panggil Arjuna dgn panggilan Papa...Mmm??...Mamanya ckp, mmg papa budak ni seiras Arjuna...Dia rindu papanya kot..Sbb papanya xle cuti balik kampung tuk attend wedding SIL....Haishhh....

Anak juga kan kerja Tuhan. Jadi, berdoa saja... Betul x?... :-))