kita2.... ;-p

Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

of birthday prep..

Yes.. Qasyaf 1st birthday is juz around the corner.

Mommy semangat plan itu ini tp kudrat dah x seberapa..Im entering 37 weeks. Ramai yg branak di usia kandungan sebegini. Bertahan yea Little Q..Kita setel dulu birthday Qasyaf yea..
Btw, a bunch of congratulation to Jaja yg selamat melahirkan baby girl yg comey di usia kandungan 36 weeks and 2 days.. Welcome to motherhood journey Jaja..

Dalam kepala ni,mcm biasa,banyak idea celop dan x celop yg nak dibuat..Tp,kekangan kudrat pun yea,kekangan masa pun yea..Kalo xde kudrat sgt,buat slow2 tiap malam ok jugak..Tp mlm2,nak kne bgomol,peluk ciom dgn Qasyaf. Sudahnya,satu benda pun x buat lg..Huu...

Im thinking of few things...

 Source : Google
Banner kecik kiut miut di atas kek. Takmo la tulis2 hepi besday atas kek..Ini yg in sekarang..Tp,uih,cam renyah je nak kne gunting kecik2 ikat2...Haishh...Mlm ni saya cuba buat la...

 Source : Google
Balloons kat siling!.Tapi sapa nak tiup belon banyak2 tu?..Daddy help!!!!

Source : Qiesh
Ini masa besday Isha..Nak buat gini jugak!..Qiesh DIY benda alah ni...Saya plak,awal2 dah x jumpa crepe paper..Puas cari sekitar Paka-Dungun nih..Kalo ada pun,xde kaler yg saya nak..Haishh!..Mungkin kne tukar plan...Huhu..Daddy nak tempah banner je as backdrop...Alaa,yg mcm banner kawen tu..Oh daddy,x kreatip langsung!

Itu sedikit la tentang deco..Takde la nak beriya sangat sbb saya nak combine majlis besday ni dgn rumah terbuka raya..Plannya, tgh hari tu,nak jamu semua staf saya tmasuk staf kesihatan dulu..Then petang barulah amik2 gambar dgn besday boy mgunakan prop2 seperti idea di atas tu... Lagipun,ibu ayah x dpt datang awal sbb my little sister ada exam kat skolah..InsyaAllah lps skolah br derang dtg..So, mjlis ni x solely besday party la..Gabung 2 acara...

Makan,dah tempah dah awal2..Simple2 je la..Cuma ingat nak tmbh pencuci mulut..Nak buat 2,3 jenis puding..Uihhh,nk buat sendri tu..Sempat kah?!...

Invitation kad apa semua tu,x sempat mak nak prepare weh!...Ajak2 guna molot je lah...Doorgift tuk budak yg dtg pun xde..Kira pakai bagi duit raya ajolah..Duit raya yg duk dlm sarung angpau tu ada lg tu..Heeee...

Semoga semuanya bjalan lancar..Paling penting,semoga saya x branak lg..Heheh...Setel semua ni,baru aman nak branak..Haha..Oklah..Itu saja dulu..Daaa!

Saturday, October 29, 2011

cukur jambul is done!

Ya...Majlis cukur jambul Muhammad Qasyaf Qusyairy dah pun selesai.. Fuhh, lega..Plan hari Jumaat, Rabu terus buat...Hamik ko..Sebenarnya, nak buat majlis ni lambat sket..Nak tunggu la Qasyaf besar sket dlm 3,4 bulan..Paling tidak pun buat sama2 dgn akikah raya haji nanti..Tp Arjuna beriya2 nak buat cepat..Sebab katanya, kan sunat buat dlm masa 7 hari kelahiran..Dan kat Kelantan katanya, biasanya luruh tali pusat tu terus buat.. Maka, buat la jugak majlis ni secara ala kadar dgn persiapan yg tgesa2. Syukur Alhamdullilah, majlis bjalan lancar dan cukup meriah. Jemputan dalam 100 org. Makan nasi dagang, mee hoon goreng dan kuih muih saja. Tiada daging akikah sbb nanti akikah nak buat kat Kelate masa raya haji. Adil lah..Belah mummy pun buat, belah daddy pun buat...

Semput jugak buat majlis dgn persiapan yg tgesa2 nih...Hari ke 40 pantang saya dah ke bandar untuk survey doorgift..Hari ke 41, beli doorgift & tempah kuih..Hari ke 42 tbongkok2 ikat doorgift...Hari ke 43 iaitu 26/10/11 , hari majlisnya...Penat!..So, malas nak menulis byk la...Enjoy the pic ya!

The pelaminan..Hehe..Sweet cherry cradle..Tak sempat nak hias menghias pong..Huhu..

The doorgift

Ini close up nya...Mug besar kaler biru muda..Dalam saya letak mini cheesetart 4 biji..Bonjut dgn kain net, ikat dgn riben satin biru..Uncang tu plak ada bunga rampai yg dihiris dgn btungkus lumus oleh saya sendri pg sebelum majlis...Saya mmg gigih DIY kan..haha...

The alatan tuk cukur jambul..Ini makcik saya yg sediakan...Daun apa tu saya xtau..Huu..

The pengantin..Hihihi..Tidur nyenyak dr awal sampai sudah...Nama pun buat siang hari, lepas Asar...Cuba buat lepas Isyak, mesti boolat je mata xnak pejam..Maklumlah, tidur siang, malam bjaga...Alahai anakku...

With daddy, tok ayah and acik..

Ya, tidur x sedar pun apa yg blaku...Org selawat bukan main kuat, dia nyenyak je tidur...

Half of the jemputan sedang selawat..

Half of the jemputan semasa tahlil ringkas..

Ya, kemunculan pertamaku selepas beranak...Baju akad nikah tu...Hihi

Doakan kami suami isteri sabar dalam mendidik permata hati kami supaya menjadi khalifah Allah yg berjaya ya..Daaa!.. -D

Thursday, March 18, 2010

My beautiful wedding…. 1st episode

Majlis solat hajat
Chewah….ye ye je tajuk entry kali ni kan….hehehe… Saje je nak guna tajuk tu untuk semua post mortem my wedding day.. Sebab, I think my wedding is such a beautiful wedding.. setimpal dgn masa, usaha dan fulus yg sy ada semata2 nak mzahirkan apa yg ada dlm impian saya…
Sebelum baca celoteh saya, jom kita bg sorakan gemuruh untuk …. Sebab sudi klik geng Kita2 yg ke 53 & 54 iaitu Ain & escadagurl21… hoooorraayyyyy!!!!....
Ok, kita cerita2 dulu psl majlis solat hajat… Kiranya my wedding celebration ni bermula dgn majlis solat hajat la kan… Asalnya, plan nak buat solat hajat pada hari khamis malam Jumaat..Lebih afdal..Tapi, bertindan plak dgn majlis sambutan maulidur rasul kat surau Kg saya..So, ayah kata, lebih baik postpone kan sehari untuk hormati mjlis kat surau tu….So, solat hajatnya diadakan pada 12 Mac 2010 kat rumah saya sendiri.. Ni, permandangan dari atas...
Nak tny sket, kat tempat korang, cmne ek mjlis solat hajat?.. Kalau kat Terengganu, mmg solat ramai2, tp bukan secara bjemaah..Tp secara sendri2 dlm saf seperti solat jemaah…Kata ayah, itu lebih afdal… Saya sendri baru tau. Sebab kalau kat KL, solat hajat mmg secara bjemaah kan. Xde byk cite menarik pun sal solat hajat ni….Juz a simple majlis… Lps solat hajat, ada tahlil… Semoga doa2 yg baik dari mereka semua, dimakbulkan Allah….Ameeennnn….
Pas tahlil, makan2…Menunya?.. Nasi dagang , agar2 & air oren.. Sori le, saya x sempat la nak amik gmbr food. Sebab bz sgt..Untuk makan, ibu masak sendri je kat rumah..Ditolong oleh De iaitu makcik saya.. Jemputan plak, semua adik beradik ibu ayah serta jiran2..Ramai yg dtg..Nasi dagang licin…Tp sempat gak la simpan sket untuk family makteh yg sampai KT kul 3am… Cuma acik la xsempat merasa…Plan asal sal menu pun berubah tau…Mulanya nak wat nasi dagang masa mjlis akad nikah..Tapi, biasa la, ada cakap2 org kata cikai sangat makan nasi dagang tu…Nasi puteh katanya, lebih beriya untuk sambut tetamu jauh ( rombongan arjuna ).. So, ibu ikut je la… Saat2 akhir sblm mjlis, saya sendri pun x banyak songeh sangat..Sebab saya dah rasa exhausted dgn apa yg saya plan dan usaha…Saya malas nak jadi firm sgt dgn apa yg saya mahu…Sebab bila x menjadi, perasaan x puas hati tu akn mbuak2 dan akan effect my own mood..So,I juz go with the flow…. Alhamdullillah, majlis solat hajat berjalan lancar…
Sama juga dengan kisah baju bertandang… Saya sepatutnya dapat baju tu seminggu lebih awal. Tapi baju lambat siap… Saya sabarkan diri menunggu tailor tu postpone dari sehari ke sehari.. Sehinggalah hari sblm malam solat hajat, baru la siap…And the result was great. Pertama kali nmpk baju tu tgantung kat kedai terus rasa hepi sbb cantik. Sekali fitting je, dah cun terletak di badan.. Ini la berkat kesabaran.. Bukan mengamuk2 mcm kisah baju tunang lambat siap dulu kan..Haha…Oleh sbb suke sgt baju tu, saya jadikan baju tu as my attire for nite outdoor fotoshoot.. Kira 2x pakai la… Tapi untuk btandang nanti, I’ll use different veil..Kaler merah u!..hehe..
Eh, dah melalut cite sal baju lak…Tajuknya sal solat hajat kan.. Xpe la..hehe….ermm, itu je kot..sehingga bjumpa lagi di part yang seterusnya..Banyak episode ni tau..Haha..Daaaaaaa…..

Sunday, October 25, 2009

Ada apa dengan 24.10.09?


Pagi – pagi lagi kawan-kawan tersayang sudah mula menghantar SMS. Semua bertanyakan soalan yang sama. Berdebar-debar tak? Jujur, aku tak rasa apa-apa pun! Dengan keadaan belum mandi (hehe), aku menyertai ibu di dapur. Ibu sudah mula memasak itu ini. Permintaan special arjunaku, ayam percik. Amboi, demand!. Itu ini itu ini, arjunaku menelefon memberi tahu sudah tiba di rumah abangnya dan mahu ke rumahku usai zohor nanti. Aku sudah rasa dup dap dup dap. Ke dag dig dup? Ah, sama la tu. Nak make up macam mana pun dah tak reti. Nak pakai eyeliner? Sebab mataku akan jadi galak jika digaris eyeliner. Nanti over pulak. Tiba –tiba Sheri pulak yang SMS. Ok, boleh Tanya Sheri nak pakai eyeliner ke tidak.Make up biar neutral, pakai la sket eye liner. Biar berseri. Tapi yang lain jangan tebal2. jangan pakai lens kaler2, jangan pakai jam kaler emas ko yg gedabak tu, jangan pakai tudung banyak batu2 or renda2 sangat, jangan lilit tudung berbelit2 sangat. Yang penting ko cun.!.Eh, panjang pula jawapan dia. Cuak seh. Memang cuak. Dah la aku seorng diri. Kalau ada kak ngah ok la jugak. Yang ada, adik, yang memang cam seronok jer sebab konon-kononnya ingat hari ini kak long dia nak kahwin. Bukan la dik,ni bukan kahwin. Akhirnya tiba la jua arjunaku dengan keluarganya, membawa hajat merisik. Bla bla bla dan bla…..Selesai. Adegan malu-malu badak sumbu terpaksa disensor di sini. Malu la. Hehehe . Satu je nak sebut kat sini. Abang arjunaku membawa anak keduanya yang berusia dua bulan. Mak cik aku menyuruh ibu sediakan tilam kecil untuk bayi itu tidur sementara emaknya makan. Maka, tidurla bayi itu dengan nyenyak dan emaknya menjamu selera. Semua menjamu selera di ruang tamu kecuali aku dan adik serta bayi. Kami duduk di ruang tengok tv tu. Tiba-tiba bayi itu terjaga dan menangis. Alamak! Dari rengakan kecil menjadi laungan. Serius!!!, aku memang fail dalam bab memujuk mengangkat mendukung bayi! Gelabah juga. Tidak tahu nak buat apa. Mujurla makcikku berhenti makan dan datang mendodoikan bayi itu. Fuh!!. Maka cerita 24 Oktober 2009 itu berakhir. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam masa sebulan ini….Ermmmmm….

Jumaat, 23 Oktober 09


Dah nama pun Jumaat. Hari cuti-cuti. Macam biasa la rasa malas sangat nak bangun pagi. Lepas solat subuh dan berhelo dengan arjunaku, tarik bantal peluk nak sambung tidur. Tapi suara ibu memecah ruang sunyi rumah. Menyuruh (memaksa) aku bangun. Satu kerja pun belum siap! Bebel ibu. Aku terkelip-kelip memandang siling. Oh ya, memang aku ada task yang perlu diselesaikan hari ini. Dengan perasaan aku-mahu-tidur-lagi aku bergerak ke bilik air. Ibu sudah keluar ke pasar pagi dengan ayah. Aku di rumah, tidak sampai setengah jam sudah siap menggoreng meehun dan keropok lekor untuk sarapan( nak cite jugak pasal rajin memasak ni). Sambil bersarapan dengan ayah ibu kami bincang-bincang cerita tentang esok. Menu dan sesuatu untuk diberi kepada ma arjunaku. Dengan keadaan masih berkira-kira mahu membeli apa aku dan ibu sudah tercegat di kedai yang belum dibuka itu. Buka saja kedai kami jadi pelanggan pertama yang masuk. Tup tap tup tap, ok la aku beli dua bekas itu (seperti dalam gambar). Untuk letak buah dan kek. Selesai membeli buah, kek dan barang untuk masakan esok, kami pulang. Ibu tinggalkan aku di rumah. Disuruh membersihkan rumah (rumahku berdebu yang ampun sebab masih lagi dalam pembinaan menambah dapur dan bilik tidur). Ibu ada urusan di rumah pak cikku. Dan aku dengan semangat yang jitu membuat kerja-kerja rumah. Sehinggalah ke malam hari, sibuk mahu menghias bekas yang kubeli tadi pula. Baru aku sedar, rupanya aku tidak punya bakat dalam hal ini. Tidak tahu bagaimana mahu mengcantikkan bekas yang dah cantik ini. Akhirnya, aku tidak membuat apa-apa. Hanya meletakkan buah yang pelbagai dan kek itu ke dalam bekas itu. Sekian. Oh lupa, aku siapkan juga sedikit puding sebagai pencuci mulut untuk esok.