
Dah nama pun Jumaat. Hari cuti-cuti. Macam biasa la rasa malas sangat nak bangun pagi. Lepas solat subuh dan berhelo dengan arjunaku, tarik bantal peluk nak sambung tidur. Tapi suara ibu memecah ruang sunyi rumah. Menyuruh (memaksa) aku bangun. Satu kerja pun belum siap! Bebel ibu. Aku terkelip-kelip memandang siling. Oh ya, memang aku ada task yang perlu diselesaikan hari ini. Dengan perasaan aku-mahu-tidur-lagi aku bergerak ke bilik air. Ibu sudah keluar ke pasar pagi dengan ayah. Aku di rumah, tidak sampai setengah jam sudah siap menggoreng meehun dan keropok lekor untuk sarapan( nak cite jugak pasal rajin memasak ni). Sambil bersarapan dengan ayah ibu kami bincang-bincang cerita tentang esok. Menu dan sesuatu untuk diberi kepada ma arjunaku. Dengan keadaan masih berkira-kira mahu membeli apa aku dan ibu sudah tercegat di kedai yang belum dibuka itu. Buka saja kedai kami jadi pelanggan pertama yang masuk. Tup tap tup tap, ok la aku beli dua bekas itu (seperti dalam gambar). Untuk letak buah dan kek. Selesai membeli buah, kek dan barang untuk masakan esok, kami pulang. Ibu tinggalkan aku di rumah. Disuruh membersihkan rumah (rumahku berdebu yang ampun sebab masih lagi dalam pembinaan menambah dapur dan bilik tidur). Ibu ada urusan di rumah pak cikku. Dan aku dengan semangat yang jitu membuat kerja-kerja rumah. Sehinggalah ke malam hari, sibuk mahu menghias bekas yang kubeli tadi pula. Baru aku sedar, rupanya aku tidak punya bakat dalam hal ini. Tidak tahu bagaimana mahu mengcantikkan bekas yang dah cantik ini. Akhirnya, aku tidak membuat apa-apa. Hanya meletakkan buah yang pelbagai dan kek itu ke dalam bekas itu. Sekian. Oh lupa, aku siapkan juga sedikit puding sebagai pencuci mulut untuk esok.
No comments:
Post a Comment
this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)