Thursday, October 22, 2009
Gemooknya jariku!!
Semua orang tahu, aku mahu kurus. Sengaja tidak makan nasi sejak awal tahun ini (walaupun makanan lain aku bedal saja).Sebab badan aku yang montel ini akan lebih mengembang jika menjadikan nasi sebagai makanan ruji seperti manusia lain di Malaysia ini. Orang kata aku sudah kurus sedikit. Ntahla. Aku rasa macam sama. Lebih-lebih lagi sejak habis puasa Ramadhan lepas. Tak putus-putus rumah terbuka dan jamuan hari raya. Bukan salah aku kalau terliur dengan beraneka makanan itu. Salahkan saja hari raya yang disambut sebulan itu. Ha ha ha!. Aku cuba sungguh-sungguh untuk tidak makan secara manusia normal. Yang menelan dan memproses sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari. Susah! Payah!. Namun hasilnya, jeans terbaruku dua saiz lebih kecil. Ok la seronok. Tetapi kenapa timbangan tidak menurun? Kene diet lebih estrem? Dan oh ya, bersenam. Perkara yang paling malas aku lakukan. Dan terbaru apabila arjunaku menanyakan saiz cincinku,aku terdiam. Menelek jari sendiri. Alamak gemuknya. Malu mahu memberitahu saiz sebenar. Mahu saja aku reka-reka saiz yang lebih kecil,dengan harapan sempat untuk aku menguruskan jari. Tapi bagaimana mahu menguruskan jari? Urutan? Lebih banyak mencabut gigi? Senaman tangan? Arghh, mahu mengaku sajakah saiz jariku yang besar? Ya, mengaku saja. Sebab aku akan lebih malu jika cincin nanti tidak boleh muat ke jari. Ok lah arjunaku, saiz jari saya ialah.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku rs klu cbut gg byk2 n wat massage bkesan kot utk jari jd kurus...haha....tryla...mana tau nt cincin tunag ble turun 2 saiz...aku pun nk try jg la....
ReplyDeleteshida, kalo cincin tunang turun 2 saiz, hbs cincin risik nak letak mn?pkai di ibu jari?..(konon2 la jari ble kurus)..
ReplyDeletebila mao perkenalkn arjunamu kepadaku
ReplyDeleteJARI YANG GEMOK LEBIH CANTIK PAKAI CINCIN LA...KALO JARI TAKDE ISI..TAK CANTIK PAKAI CINCIN......
ReplyDelete