kita2.... ;-p

Sunday, March 31, 2013

gusar hati seorang mommy yg kerjanya dokter gigi

Fuhhh...
Panjang tu tajuk entry.
Dah tak tau nak letak tajuk apa.
Tulis je lah apa yg terlintas di benak.


Gusar kan apa?

Oncall !..

I used to sukakan oncall.
Suka jahit2 mulut muka orang.
Feeling surgeon gitu.
Dan pernah bercita2 nak jadi oral maxillofacial surgeon.
Pernah la.
Dulu.
Masa bujang.
Masa belom kawen.
Masa takde anak.
Masa tak tahu keseronokan jadi isteri jadi emak.
Masa tak tahu kegusaran hati bila kena tinggal anak sbb kerja.
Dulu.


Dulu.
Masa bujang, saya rajin je nak tolong gantikan oncall officer lain.
Saya kan bujang.
Takde tanggung jawab.
Rumah plak dekat dgn spital.
Tak salah saya tolong officer lain yg x dpt nak oncall sbb masalah keluarga,masalah peribadi.
Malah,kalau time raya, saya volunteer je nak oncall raya pertama kedua.
Bagi peluang pada officer lain yg dah berkeluarga.
Biarlah,kita yg bujang ni,setakat nak jalan2 raya, bila2 masa pun boleh kan.
Dulu.


Sekarang, gundah gulana tau bila dapat jadual oncall.
Duduk Paka, kne oncall spital Dungun. Jarak 23km. Tengah2 perjalanan,kne lalu Bukit Bauk, femes dgn puaka.
Ok, xnak percaya benda karut lah.
Tp kan,dlm sebulan mesti ada je kereta atau motosikal atau van atau lori yg accident kawasan tu.
Jadinya, ko x seram ke kalo nak lalu situ drive sorang diri pukul 2 pagi.
Meremang jugak kan.
Huuu..
Jadi, kne la Arjuna hantar.
Bila dia hantar kne bawa anak sekali sbb sapa nak jaga anak kat rumah kan.
Daddy dgn Qasyaf tunggu mommy dalam kete.
Skang,ada Qisya.
Mommy keje, daddy jaga Qisya, sapa nak jaga Qasyaf?
Sian anak hensem mommy tu.


Bulan 1, ibu dtg amik Qasyaf bawa balik kg sementara saya oncall.
3 malam Qasyaf xde rindu babe!..Rindu!...
Bulan 2, berjaya pujuk seorang officer bujang suh gantikan oncall saya.
Bulan 3 iaitu sekarang, ibu dtg teman kat rumah.
Khamis ibu datang dgn chudik.
Ada kes mlm semalam, tenang je rasa sbb ibu ada jaga Qasyaf dan Qisya kat rumah.
Tp pagi tadi ibu dah balik sbb chudik kne sekolah.
Malam ni ada satu malam lg kne standby oncall.
Tolong la doa supaya takde kes.
Kalau tak,kne berangkut bawa Qasyaf dan Qisya ke spital. Tunggu dlm kete je la kot. Huuu...
Bulan 4 oncall lagi.
Ibu cakap xle datang rumah sbb chudik ada kem.
Ibu suh tinggalkan Qasyaf kat rumah dia je.
Alahai.
Tak nak tinggal Qasyaf!..


Dokter gigi ni,xde la bnyk kes pun.
Lagipun kawasan tak sebok kan.
Biasanya xde kes pun.
Tp, kne standby la.
Sbb kadang2 once in a blue moon, ada kes serious, kes susah, mau 3,4 jam jugak kne handle.

Macam mana ek utk oncall bulan 4 ni?..
Adoyai!..
Makin membuak2 perasaan mahu berhenti kerja!.


Nak tinggal budak ni 3,4 malam kat rumah ibu?...No no no...Rindu nanti..Sapa nak kacau mommy lipat kain kacau mommy masak 4 hari tu?..


Sapa nak jadi bodyguard mommy?..Tolong jaga beg masa mommy sebok pilih tudung kat kedai?..Adoyai!...Malasnya nak tinggalkan budak ni kat rumah ibu.
 
 
Kalau ikotkan, Qasyaf ok je kot bila duk dgn ibu.
Sbb boleh main dgn chudik.
Boleh dia buli chudik dan chudik buli dia.

 
Tengok tu, mommy suh bgambar elok2,dia sebok tarik beg chudik. Kalau dgn chudik, ketawa manjang. Main manjang. Lupa kat mommy.


Kalau kat rumah, dia buli adik. Gigit, lepuk, ciom,peluk,riba..Semua dia buat. So, mcm mn?..Tinggal rumah ibu ke belasah je harungi oncall bersama2?..

Susah senang biarlah bersama kan....Huuuu

Thursday, March 28, 2013

Kenapa menggendong bayi?

Assalamualaikum dan hello beautiful people.

Hurmm,tuan punya blog ni manjang je cerita pasal kehidupan seharian dia kan. Bosan okay. Hahaha...Eleh,kalau korang bosan,xde lah plak korang asik nak masuk blog ni kan. Suka la tu sebenanrnya kan kan.

Hari ni jom saya nak share sikit tentang sesuatu yg berilmiah sikit. Bukan kisah peribadi. Ni kisah tambah ilmu. Tambah ilmu tentang apa? Tentang babywearing atau menggendong bayi.

Why babywearing?
Kenapa nak menggendong bayi. Saya dah cari merata2 (cheh,padahal google je pun),semua artikel pasal kebaikan menggendong bayi ni adalah dalam English. Saya tahu,ada mak2 kat sini,sgt lah malas nak membaca kalau artikel dlm bahasa omputih. Betul x?.Dah la benda ni mcm fakta semata2 xde lawak jenaka,lagi lah malas nak baca kan. Saya tahu,ada yg selesa baca artikel dalam bahasa Melayu. So,xpe lah. Saya dah baca dan meh,saya tolong simpulkan dlm bahasa melayu yea.

Kenapa menggendong bayi?
Kenapa tak guna je stroller mahal beribu yg ko beli masa baby blom lahir tu lg? Heee.. :-P
Kenapa nak menggendong jugak?

Okeh.
1. Menggendong bayi adalah mudah. Bila kita kendong baby kita dgn cara yg betul,kita boleh jln dgn bebas xpayah nak risau pasal nak kne tolak stoller sampai langgar org, xpayah risau pasal nak lalu tempat sempit bnyk brg byk org. Dan plg pasti,xyah sebok cari lif. Guna je escalator atau tangga kan. Itu masa gi jalan2 lah. Masa kat rumah pun boleh pakai carrier tuk menggendong bayi. Ada di antara kita yg baby nya asik nak bdukung je 24 jam kan. Sampai nak bgerak dlm rumah pun susah. Apa kata korang kendong je baby guna carrier,then jemur kain. Haaa,kan senang. Baby happy,kerja rumah settle. Cuma jaga2 la,kalau memasak tu,jgn la plak tkena minyak panas kat baby..Kesian weh!..

2.Untuk perkembangan motor bayi. Bukan motorsikal. Kahkah..Ok siyes. Untuk perkembangan sistem motor seorang baby. Baby dah secara semula jadinya selesa berada dlm keadaan melekap pada ibunya. Secara semula jadi selesa berada dlm keadaan yg hangat. Jadi,bila kita kendong baby kita,dekat pada dada kita,dekat pada bunyi jantung kita,baby akan sgt selesa. Kira mcm sambungan dr keadaaan dr dlm rahim. Jantung bayi dan pernafasan bayi akan seritma dan senada dgn ibunya.
3.Untuk perkembangan emosi bayi. Apabila dekat pada ibunya, ini dpt mengelakkan baby dr merasa takut dan merasa tidak selesa. Apabila menggendong bayi ni,seorang ibu akan dpt mengenalpasti terus keadaan baby nya sama ada lapar ke,panas ke,sejuk ke,takut ke,bnafas dgn baik ke. Jadi,keperluan baby amatlah tjaga dan tpelihara. Jadi baby akan kurang menangis sbb berasa sgt selamat.
4.Untuk perkembangan kognitif. Bila menggendong bayi ni,dan bawa gi jln2,baby akan melihat apa yg berada di sekeliling mereka dan akan belajar sendiri tanpa kita sedar. Mereka juga akan belajar apa saja yg kita buat. Dengar apa yg kita ckp dgn org sekeliling. Dgn kata lain,cepat pandai lah kot.
5.Bayi yg dikendong lebih gembira. Haaa,pendapat ni saya dpt dr mn ntah,dah lupa. Kononnya,bayi yg dikendong lebih gembira sbb sentiasa dekat pada penjaganya. Bayi yg duk dlm stroller x gembira la kononnya sbb asik kne tolak. Asik kne push away..Haha..Tak tau la. depends pada pendapat masing2. Tp pendapat ni jugak ada dinyatakan dlm satu cite omputih ni. Tp saya dah lupa tajuk movie tu.
6.Senang nak berkomunikasi dgn baby. Sambil2 kendong baby,boleh bcakap2 mengajar dia sesuatu. Boleh tahu keadaan dia mcm mn. Nak breastfeed sambil menggendong pon boleh!...Nanti kita belajar sama2 ek teknik tu. Org x akan perasan baby kita duk dlm tu sambil nenen..hehe..
7.Sihat untuk anda!. Haaa,ni penting. Apa2 pun,korang mmg kne dukung baby korang kalau nak ke mana2 kan. Dukung baby,especially yg lebih 5kg,dan lama plak tu mmg akan memenatkan badan,melenguhkan urat sendi kan. Kalau asik dukung baby,dikhuatiri akan menyebabkan sakit tulang belakang. Tak bagus la kan.Dah alang2 kne dukung tu,apa kata,pergi beli carrier dan kendong. Mudah. Tidak menyakitkan korang,tidak menyakitkan baby.
8.Merapatkan hubungan ibu dgn anak,bapa dgn anak. Ye lah..Asik melekap je kan. Mmg bonding habis la..Heee
9. Menggendong bayi adalah fesyen!..Yes..if u wear your baby,u r in trend & u make your own fesyen statement. Walllaaaaa!
Tak de lah fesyen statement sgt pun...Kalo pakai ring sling lg bergaya kan...Tp, Kak Angelina Jolie pakai je ssc,aku tgk bgaya je..Aku tak pong...Hamik,suka hati nak banding diri sendiri dgn kakak angkat...Kah kah...Ok lah..bai!

Sunday, March 24, 2013

bercanda di tepian pantai

Minggu lepas adalah minggu yang sangat bz.. Sama jugak dgn minggu ni. Jadi,sebelum blog ni terabai,meh la kita update cepat2.

Ingatan kita cepat pudar. Itu resam manusia. Bila tulis kat blog,forever la konon..Kalau xde org hack my blog..Kalo blogspot x bankrup atau tetiba ditutup...Heee..

So,meh nak cite sikit pasal aktiviti Jumaat baru ni. Kami sekeluarga, saya, Arjuna, Qasyaf, Qisya, ibu, chudik, acik dan Is picnic di Pantai Pandak Chendering. Ayah x ikot sbb kursus..

Ni 1st time saya ke Pantai Pandak..Kawasan ni,kawasan lagoon. Cantik jugak..Sampai2 je Qasyaf dah cakap "air air"..Puas ajar "pantai"..."beach"..Dia tetap "air..air"...Hehe..Qisya masa tu, tido dr dlm kete,sampai pantai x terjaga pun...

Baru je setting tempat picnic, duduk2, tetiba ada org sapa.. "kak Harzlen kan"..Eh eh, sapa plak yg tegur aku dgn nama Harzlen ni..Nama glamer tu...Bajet retis la..Kah kah...Rupanya, blogger Tasha dgn babynya Khaira yg sangat comey, sangat putih gebu, sangat tembam geram nak gigit.


Bila jumpa kawan blogger, wajib la amik gambar kan...Abaikan posisi ribaan saya yg sangat luas tu...Heee...Tengok tu, Qisya x sporting..Pentingkan tido dari jumpa kawan...Haha...
 
 
Yea...Qisya dah bangun...Bangun2 je kompius tengok pemandangan sekeliling...Qasyaf lak, tak teruja pun nak gi mandi laut..Yang dia teruja adalah nak makan... Nomnomnom....

Nomnomnom lagi..Dapdap...Makan meehun..Lagi seronok bila dapat makan sendiri..Skang,hobi nak makan sendiri tak nak org suap..Tepi pantai x pelah..Tumpah xpe..Kat rumah,mommy stress asik kne kutip makanan tumpah..


Qisya dan Acik..Merenung masa depan kot...Acik duk khayal,alahai...lambat lg aku nak kawen..Hihi...

 
Pose ala boyband..Chehh!...That is Is, my brother yg paling besar...Study kat UiTM Chendering..Saja amik dia dr hostel bawa gi picnic sbb nak suh habiskan makanan..Sbb makanan mmg akan habis kalau dia ada...Muahahah....


Main air!...Is, Arjuna, Qasyaf dan chudik..Bukan main lagi chudik ketawakan Qasyaf yang takut air tu..


Ya, Qasyaf takot air...Pelik kan..Padahal kalo kat bilik mandi,kalau boleh,nak main air sampai xnak keluar...Tp bila kat pantai menangis plak bila daddy masukkan dlm air..


Alamak..Kantoi,ensem boy menangis bila kne air pantai!...


Alih2 duk atas dukung daddy je..

Mommy ajak amik gambar di gigi air pun xnak...


Meh la Qasyaf...Jom la...

Huuuuhuuuuu,tak nak!!!

Takot benar dia dgn air pantai...Susah nak bergambar.

Tadaaaa..Qisya yg asik berkerut kening..Kompius kenapa budak2 lain seronok main,abg sendri menangis..Haha..

Bila lepaskan atas pasir.seronok pulak dia..

Senyum ensem gitu...Haha..
 
 
Ok lah...Itu je la nak cite...
 
Daaaa!!!

Wednesday, March 20, 2013

peluk ketat-ketat

Qasyaf..
Makin besar makin adorable.
Balik dari rumah bs,kalo kebetulan time daddy yg amik,mommy tunggu kat rumah je,sampai rumah,dia mesti cari mommy.
Bila dgr mommy panggil,x kisah la, dr dlm bilik tidur ke,dr dapur ke,mesti dia dtg cari.
Then, peluk mommy ketat2 mcm lama x jumpa. Then kiss mommy...
Lps tu baru gi main ke,gi kat muka pintu balik ke tuk jengok nape daddy x masuk2.Haha..
Malam,kalo adik tido awal,mesti nak suh mommy peluk,gosok belakang sampai terlena.Manja hokey!
Tp,kdg2 naik geram jugak..Susah nak mandi skang. Bila ajak mandi,dia geleng kepala sambil lari. (daddy kata ikot perangai mommy..ye ke?..mesti nana kata ikot perangai saya jugak..nana dah lama x baca blog ni kot)..
Paling geram bila dia sengaja nak gi pukul adik bila nampak kita leka berwhatsapp atau asik tgk tv..Saja nak tarik perhatian!

Bai!

*sebenarnya tgh tunggu nak punch kad..belek pics anak...post lps pasal Qisya..kali ni pasal Qasyaf la plak..

Monday, March 18, 2013

Qisya dah 6 bulan

Hari ni, Qisya genap 6 bulan.
Rasa macam sekejapppp sgt.
Rasa macam baru je ketuban pecah.
Rasa macam baru je seksa sakit nak bangun selepas czer.

Kadang2 tu, saya sendri konpius, event2 yg blaku dulu, masa branak Qasyaf, ms preknenkan Qasyaf ke, masa branak Qisya & preknenkan Qisya.. Hahaha..

Sbb macam sekejap je masa berlalu skang ni.
Sedar tak sedar, Qisya dah 6 bulan dah pun.

Alhamdullillah, saya berjaya susukan Qisya sepenuhnya sehingga ke hari ini. Dan susu ini in shaa Allah, akan mencukupi untuk setengah tahun lagi kalau tak preknen lagi. Eh?..Heeee...

Hari ni, Qisya dah bawa bekal ke rumah babysitter. Apple puree. Skema kan mommy,genap 6 bulan baru bagi makan. Ke sebenarnya boleh bagi makan masa umur 6 bulan 1 hari?..Arghh!..Jgn obses sgt yea..Takde beza pun condition perut budak tu masa umur 5 bulan 29 hari dgn genap 6 bulan dgn 6 bulan 1 hari..Yang ni pun nak gaduh ke?..Opsss,ok ok..Dah dah la sentuh isu tu yea..Kita pandai2 la jaga anak kita sendri..Ngeee ngeee..Larik!..

Hurmmm,Qisya dah pandai apa ek?
Meniarap dah terer.
Garu2 dagu org yg dukung dia pun terer.
Tarik telinga abang masa abang nyebok nak menempel dgn mommy pun terer jugak.
Membebel, menjerit2 bila xde org layan dia pun dah terer.

Masa gi check up 5 bulan hari tu, lewat 2 minggu..Berat Qisya masa tu 6.2kg...Cun la kan tu...
Paha dan makin berlipat2 skang ni.
Tapi xla nmpak gedebab. Heeee...

Masih lagi menunjukkan perangai yang bagus.
Takde la nak cranky2 mcm abangnya...Saja tolong mommy la tu..Dia tau mommy penat jg abang..Kalau dia pun buat hal,pengsan la mommy.


Sayannnggg anak mommy...Jadi anak yang baik yea..Bila besar jadi mcm Prof Muhaya..Dah la pakar dlm medical, ustazah plak tu....Abang Qasyaf plak,besar nanti mcm Ustaz Don Danial...Nama glamernya nanti, Ustaz Q Qusyairy...Ok,mommy ober sgt kan..heeee...


Mommy & Qisya...Mommy bukan main senyum,dia buat muka sepuluh sen plak...Qisya ni...Terkejut kot jumpa kawan yang cantik..Nama kawan dia Scha...Hihi..

Sebenarnya pics kat atas tu, masa last friday..Lepak kat secret recepi dgn blogger femes Atia atau lebih dikenali sbgai Cik Belle...

Tadaaa!!!....Tengok tu Qisya & Scha, bukan main lagi berborak ke?..Sampai x pandang kamera..


Ok lah..Itu je la tuk hari ni...
Daaaa!!!

Sunday, March 17, 2013

Dining at Harz's

Kat Paka ada restoran baru tau.
Western restaurant lagi.
Kelas you!.
Nama restoran tu, "Dining At Harz's"
Nama pun kelass gitu...
Hahahahaha!!!...


Ye la,ye la...Propa je lebih...

Sian tau kami rakyat Paka ni.. Susah benar nak merasa makanan barat yg sedap... Huuuu...
Tahun 2020 pun belum tentu ada Fullhouse kat sini kan..
Sbb tu tetiba wujud Dining At Harz..eh?..Hihihi....


Last Thursday was our 3rd anniversary.
Isteri yang solehah ni, cuba la nak buat ala2 candle lite dinner..
3,4 hari sebelum anniversary dah gigih cari resepi steak dan bahan2nya.

Sekali lagi,menyedihkan,kat sini mana la nak dpt daging steak. Maka,kita belasah saja guna daging kilo yg beli dgn pakcik tepi jalan..

Hasilnya..Tadaaa!!!....
Terserlah ketebalan daging tersebut...Hahahaha....Tp ok lah kan...Bakar dengan pemanggang ajaib..Walaupun tebal,still x liat...Masak sempurna..Sila beli pemanggang ajaib yea...
Eh,nak resepi?...I tau...Asna beriya2 nak resepi tu..Kalau saya x tulis kat sini,nanti dia sebok tny..Haha...
Ok...
Resepi steak :
-Perap daging steak dgn sos tiram, sos tomato, sos lada hitam dan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk atau dimayang halus.
-Bakar dlm non stick pan atau lg senang kalo ada pemanggang ajaib tu sbb daging akan masak serata.
-Untuk kuahnya plak, tumis bawang besar yg dimayang halus dgn sedikit mentega. Larutkan 2 sudu tepung gandum dlm lebih kurang seliter air..Agak2 la..Kalo nak bnyk,bnykkan air dan tambah sesudu gandum lagi..Kalo nak kurang,kurangkan air dan gandum...Masukkan air gandum tadi dalam tumisan bawang tadi...Pastu masukkan sos tiram,sos tomato,sos lada hitam (saya lebihkan sikit sbb nak pedas),kiub pati ayam,dan sedikit kicap pekat tuk bagi kaler hitam sket...Kalau ada cendawan butang,masukkan je..Saya x letak pun...Masukkan garam secukup rasa..Tp ms buat ni,saya x masukkan garam sbb sos tiram dan kiub pati ayam dah mmg masin...Kemudian,kacau2 sampai pekat..Siap!..Kompem sedappp!..Serious tau ni..Sedap...Hehe..


Resepi kentang putar plak ;
-Rebus kentang sampai empuk.
-Campurkan kentang rebus dgn mentega, garam,dan lada sulah..Lecek2 sampai hancur dan sebati.
-Masukkan  sus cair dan kacau rata..agak2 la bg pekat...Kemudian gaul dgn daun bawang yg dihiris halus...

Resepi coleslaw ;
-Potong kubis dan carrot...Gaul dgn bawang besar yg dihiris halus2..Campur semua dgn mayonis, sour cream (saya x jumpa pun sour cream neh kat sini), garam sikit,serbuk lada hitam sikit dan jus lemon...Siap!...


Senang je kan...Selamat mencuba!..






Psssttt...Ada 1 rahsia..
Saya punyalah semangat bkobar2 nak buat coleslaw dan kentang putar..Pagi2 lg,ms siapkan food Qasyaf tuk bekal rumah bs,saya dah potong kubis dan lobak tuk buat coleslaw..Sekali masa potong lobak,saya tpotong jari sendri!!...Tpotong isi di jari hantu!!..
 
 
Terus saya simpan semua..Tak kuasa nak sambung buat coleslaw dah..Darah menitik2..Pedih!...
 
Petang,habis miting,saya singgah KFC,bli coleslaw dan kentang putar..Sekian!..Heee..
 
Resepi coleslaw yg saya tulis kat sini x pasti la sedap ke x..Tak sempat cuba lagi..Tp resepi kentang putar mmg menjadi sbb dah pernah cuba dulu...
 
K lai...Bai!

Friday, March 15, 2013

hari ni saya bersanding!

3 tahun lalu....
Saya bersanding dgn Arjuna hati la...
Malam tadi lps Isyak,akad nikah...hehehehe....


3tahun...Kejap je kan...

Selamat ulang tahun perkahwinan untuk saya...Ya,untuk saya sbb Arjuna bkn baca pun blog ni....

Ok lah,ti cite2 lg...
Gtg!
Bai...

Wednesday, March 13, 2013

Post sajalah,drpd xde entry langsung

Tak tau nape blogspot saya jd weng...Gara2 entry panas bontut kah?.... Lupakan hal itu.... Geram seh blogspot weng.... Gambar pun xle susun mcm biasa.... Takpelah.... Dr kiri sebelah atas,ibu dan ayah....Masa kami keluar mkn2 kat foodcourt dpn Giant lastwiken nite... Ptg sabtu,bawa Qasyaf lepak Pantai Batu Buruk...Santai dgn Gino... Gambar bawah, Qisya dan chudik. Gambar last, nak buat rambut pacak,tp budak tu rambut kerinting mcm mommy..,Jadilah rambut upin ipin...Haha

Thursday, March 7, 2013

maaf...nak tegur sikit...

Plez mommies...Jgn obses!..Jgn pandang rendah pada org lain!..Jgn menghukum!...Jgn mengumpat di group!...


Sekarang ni, mak2 dah makin bijak. Mak moden la katakan. Internet dan google sentiasa di hujung jari. Makin maju teknologi, makin banyak informasi yg mak2 boleh dpt. Lagi2 tuk mak2 yg rajin membaca, yg rajin masuk group yg mcm2 kat FB tu. Bnyk sgt yg mak2 ni tahu. Sungguh berilmu mak2 moden ni.

Tp boleh x mak2 ni jgn terlalu obses?

Ya, saya tahu. Kamu adalah pengunjung tetap group penyusuan susu ibu kat FB.
Saya tahu kamu adalah pengulas tetap group menggendong bayi kat FB.
Saya tahu kamu adalah ahli lama dalam group anti vacsination  kat FB.
Saya tahu kamu selalu baca artikel yg ada dlm group tuk eczema babies kat FB.
Saya tahu kamu selalu amik resepi sihat untuk anak2 dr group homemade food kat FB.

Tp boleh x mak2 ni jgn terlalu obses? Obses sampai memandang rendah pada org lain. Obses sampai sikit2 nak naik angin bila ada org salah cakap tentang cara jaga anak skang ni. Obses sampai nak gaduh suami isteri, adik beradik ipar duai,mertua?..Jgn la obses sgt.

Tak ada yg betul atau salah dlm menjaga dan membesarkan anak2.Anak saya,lain dgn anak kamu. Malah,antara adik beradik pun,sikap,perangai,kesihatannya berlainan kan.

Saya selalu pesan pada diri saya,jgn jd obses dgn benda2 ni semua sampai menilai org sekeliling dgn pandangan rendah. Konon,kita la yg paling bagus sbb kita mak moden, kita mak yg bnyk membaca..Alaaa,baca artikel org post kat FB je pun. Bukan baca journal..Huu..

Ya, mungkin ada yg kata, bukan nak jadi obses,cuma nak bg kesedaran je. Biar semua org tahu tentang ilmu yg kita ada. Sharing is caring. Konon la kan. But i think sharing is caring is not applicable tuk semua org dan tuk semua situasi.

Ok..Susu ibu adalah susu yg terbaik. Tp jgn jadi boobs nazi..Setiap org ada masalahnya.. Kalau ada mak lain yg bg anak dia susu fm,kalo betul2 nak bg kesedaran,tanya dulu mak tu kenapa. Jgn terus ambush susu fm x elok,susu ibu elok,menafikan hak anak bdosa bla bla bla..Tgk dulu mak lain tu. Kalau dia mcm nak tahu,nak belajar,boleh tolong dia slow2...Kalau dia buat xtau,beri seribu alasan,biarkan.Tak payah la nak hot2 pergi ngadu kat group kat FB..Setiap org ada cara dia sendri untuk mbesarkan anak.

Sama jugak dgn menggendong bayi. Jgn ingat kamu tahu semua benda tentang babywearing, kamu menghukum mak lain yg x guna carriers akan sakit blakang bila tua nanti. Dan tolong la jgn perasan kamu pakai wrap or ring sling,semua org dlm pasaraya pandang..Saya tgk,kat group ramai sgt post mcm ni "smlm pergi Giant pakai ring sling,makcik2 kat situ asik toleh2 je"..Then akan ada berpuluh komen yg akhirnya jd unsur mengumpat makcik yg tertoleh2 tu plak..alahai...

Satu lg yg plg kronik, bab bagi anak mkn homemade food. Ya,kamu nak bg yg tbaik utk anak. Nak bg makanan plg sihat. Tp,jgn la sampai gaduh dgn ipar duai if derang suapkan anak kamu kek coklat. Bukan bnyk pun kan suapnya. Bukan setiap hari pun kan makan kek coklat tu. Sekali sekali balik kampung jumpa ipar duai,derang suka jumpa anak kamu sampai nak tolong suap kek,jgn la melenting mcm org tu bg racun. Ckp elok2 boleh kan. Tegur dlm gurauan pun boleh. Dan xyah la nak ngamok2 dlm group kat FB.

Saya bukan nak mengata kat sapa2..Ini secara umum..Sbb sy tgk,sebahagian dr kita yg berilmu ni,buat perangai sampai mak2 lain yg kurang membaca tu rasa mcm loser. Buat mak lain yg x mampu beri yg terbaik tuk anaknya rasa rendah diri. Sedih!

Saya sendri join semua group yg saya sebut kat atas tu.Tp saya cuba untuk tidak obses.
Sekadar tahu cara penyimpanan susu ibu,cara memperbanyakkan susu cukuplah.
Sekadar tahu faedah menggendong bayi,dan carrier apa yg sesuai tuk saya dan anak2 cukuplah.
Sekadar tahu apa yg boleh baby mkn mengikut umur2 tertentu,cukuplah.
Then, saya praktikkan ilmu saya tu,tuk anak2 saya. Cukuplah.

Jangan obses yea...

Tuesday, March 5, 2013

Semalam birthday saya

Senyum...

Syukur alhamdullilah. Diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati keindahan hidup ini.

Senyum lagi...

Eh,patut xle senyum sgt la..Sbb Arjuna belom bagi hadiah. Huuu..
Tahun lepas dpt gelang mas..Hadiah besday merangkap hadiah anniversary. (nasib la,besday & anniversary bulan yg sama)..
Tahun ni mcm nak emas lg..Nak cincin la..Cincin besarrr punya mcm yg tokey pamoga vida beauty tu pakai..Hahaha..
Idah,ko dah kenal tokey pamoga tu belom?..Ko kne gugel CEO vida beauty baru kuar kot..Hahahaha...
Mak2 la sgt saya ni kan nak cincin emas..Kompem la makin tua sbb perangai dah mcm mak2..haha..


Semalam juga merupakan public holiday untuk negeri Terengganu. Hari ulang tahun pertabalan sultan. Tgk,satu negeri celebrate besday saya..Hehe..

Semalam,saya hantar anak2 ke rumah bs mcm biasa. Tp lewat sikit la. Sbb plannya nak gotong royong suami isteri bersihkan rumah. Rumah kami berhabuk tebal 5 inci hokey!..Dan kain yg dah siap basuh ada 2 guni x berlipat. Dapur plak, berminyak kotor..Kalau nak bersihkan rumah dgn jayanya,terpaksa hantar anak2 ke rumah bs,barulah xde gangguan. Plannya,lps siap bersihkan rumah,nak gi tgk wayang & makan2 kat Mesra Mall.

Sekali, ada org kol ajak jumpa tuk merealisasikan azam no 1 saya. Dekat kul 12 pm bgegas la kami ke KT..
 
Ini pic dlm kereta. Siap pakai cun melecun sedondon (xle nak tunjuk la plak baju sbb xde org nak amik gambar),konon lps jumpa org tu nak gi celebrate my besday...Tp,kul 4.30pm br setel semua benda..
 
 
Kol bs,bs ckp ebm Qisya dah habis. Qisya minum bnyk la plak..Kul 4.30pm dah habis 5 botol 3-4oz..Alamak cuak!..Arjuna pun terus memecut balik Paka...
 
Sampai rumah bs pukul 6.15pm sbb kami bhenti solat dulu...Terus bf Qisya ..Sian dia kelaparan...Seb bek bs x bg fm or air masak...Seb bek bs tu jenis takut sket nak bg anak2 saya apa2 tnpa tnya saya dulu..
 
 
Malam gi mkn western..Arggghhh!!..Stress hokey,kat Paka ni xde kedai western yg best.. Dinner mlm td mmg xbest langsung..Nak masak western sendri la esok lusa..Huuuu...
 
So,xde besday celebration sgt pun..Saya x kisah pun..Asal dpt cincin emas besar..Eh?..Haha...Bila nak dpt ni?..
 
 
 
 
 
Btw,..
 
Arjuna masih lg sakit tekak. Luka operate hari tu x berapa sembuh lg. Doc pesan suh mkn benda2 lembut dan makan benda2 sejuk especially ais krim..Tp doc x pesan pun suh ajak bini teman makan..Bini yg sebok nk mkn benda sejuk jugak..Layankan Arjuna mimun ais,mkn ais krim, susu saya drop!...Ishk ishk...Selalu leka dan lupa diri!!!...Sekali pam dpt 6oz paling bnyk..Itupun bila breast betul2 engorge..Ayaaakk!!..
 
Jadi,sejak 3 hari lepas,saya insaf..No more cold drink & ice & ice cream!
Arjuna makan ABC yg sgt menyelerakan pun,saya tgk je...
Asik minum milo panas.
Carrot susu pun mintak carrot susu panas..
 


 
Alhamdulillah...Sessi pertama pagi tadi. Meriah balik dah..Banyak ni la saya selalu dapat bila jg makan..Qisya minum 5-6 botol 3-4oz sehari kat rumah bs..Melihatkan stok ebm yg ada, in shaa Allah, boleh complete 6 bulan penyusuan susu ibu secara ekslusif..Dan saya bcita2 nak susukan sampai dia umur 2 tahun..In shaa Allah....

 
Eh,cepatnya adik besar...Hari tu mommy pakaikan topi ni,xmuat lg..Longgar lg..Semalam,mommy pakaikan,dah muat2 kepala dah..Dik,jgn lah cepat sgt besar..Mommy x puas gomol adik lg..Nanti kalau dah besar abang,mommy nak gomol pun susah sbb dia yg gomol mommy..Haha...

Sunday, March 3, 2013

tak tau nak letak tajuk apa

Hi readers...


Esok besday saya!

Yang ke...

Yang ke...

Yang ke 18!..yeayy!

Hahahaha....



Ok, meh nak simpan cerita wiken dlm blog.

Khamis lepas,Arjuna ada appointment follow up kat Hospital Pakar Perdana KB. Saya dan anak2 pun ikot sekali la. Boleh balik rumah PIL jugak kan. So, kami bertolak petang Rabu. Lastwik,kawasan pantai timur ni asik hujan lebat je. Mcm musim tengkujuh. MIL dah kol,bgtau Rantau Panjang banjir. Rumah x kena banjir,tp jalan nak ke rumah tu banjir. Tp,kami balik jugak. Ada la bbrp tempat kat Besut tu banjir. Kereta saya kena mengarung air banjir lagi la. Dah la kereta baru baiki Selasa lepas. Baiki apa,saya xtau. Dah spoloh kali saya tny Arjuna baiki apa,dan spoloh kali jugak saya lupa. Kereta bukan bidang saya ok. Nasib pandai bawa kereta auto. Heee...Otw balik Kelate tu,Kia Spectra saya tu  mengeluarkan bunyi yg x best. Arjuna ckp,mebe mekanik salah pasang apa benda ntah. Alahai. Dah la kereta uzur,kne harung banjir pulak. Lantak la. Guna je la kereta tu sampai lunyai. Lg 3 tahun br hbs byr..Dah hbs byr nanti,nak beli Harrier la,ehh?

Dah tau x boleh balik Rantau Panjang, kami plan nak stay kat KB je. Biasanya, kalau kami ke mana2 then nak tidur hotel, kami walk in je. Takdenya nak book hotel tru internet. Sbb saya x pakai kad kredit. Ya,saya bukan pengguna kad kredit walaupun kuat soping. Kat KB x bnyk hotel yg best. Sebenarnya, saya x kisah pun hotel mana2. Kalau ada hotel RM80 semalam pun x kisah. Alaaa,nak tidur kejap je kan. Bukan nak bcuti sakan. Asal hotel tu bersih,bilik air bersih sudah. Tp Arjuna sgt la cerewet bab2 hotel. Sempit la. Cadar x basuh la. TV xde gambar la. Heyy,pedulik apa dgn tv,nak tidur untuk bbrp jam je pun. Mmg susah betul kalau bab2 hotel ni. Kalau bcuti ke mana2,bab cari hotel sj boleh jd berjam2.Kami akan keluar masuk tny harga bilik,then Arjuna tgk2 dulu gmbr bilik tru pamphlet. Kalau harga bilik tu murah,dia akan was2 tentang keselesaan. Kalau mahal, sayang duit pulak. Susah!

Untuk kali ni, saya dah book hotel awal2 tru phone. Mmg x akan dpt harga murah mcm tru internet la.Tp,at least,xde la mahal mcm walk in kan..Tp saya x bgtau pun Arjuna. Diam je la. So,kami sampai KB around 9pm. Pusing2 cr hotel. Adala bbrp hotel saya cadangkan. Tgk bangunan je Arjuna x nak. Then, Arjuna pergi tny harga bilik kat Hotel Sutra. Saya dah bbrp kali ada kursus kat hotel tu. Not bad. Tp sbgai isteri yg sgt memahami,i know, Hotel Sutra still can not reach my husband taste. Lps dia tny harga bilik, Arjuna ajak gi makan dulu. Pusing2 kat KB,saya tnampak satu kedai makan cantik ni. Nampak ekslusif. Terus ajak Arjuna bhenti. Arjuna terus ckp, “bab2 mkn kedai mahal ni bg kat syg la.”..Saya pun jwb, “ye la, mcm abg jugak,bab2 hotel mahal ni,bg kat abg la”....Then dia ckp, “yang, hotel kwn syg kawen dulu tu,mahal sgt ke?” dgn muka sengeh...Saya pun bgtau la rate harga bilik. Baru sy bgtau saya dah book bilik tru phone. Maka btambah sengeh la suamiku bila bini dia sokong kehendak dia. Kami pun mkn dgn ceria. Heee...

Arjuna still xle mkn pedas dan benda2 kering sbb tekak dia still sakit. So,dia order kuewtiaw ladna saya order nasi goreng USA. Ingt nak mkn western. Western apanya kalau kne mkn dgn sebelah tgn. Susah nak kerat2 lambchop tu. Owh,lama x mkn western. Sbb tiap kali kluar diner,ada Qisya kan. Sebelah tgn suap mknan,sebelah tgn pegang Qisya. Saya x berani letak Qisya dlm babychair lg. Bila dah besar sket,saya akan letak dlm bumboo seat,then letak atas meja. Mcm Qasyaf dulu. Hee.. Then saya order milo panas (ya,2,3 hr ni insaf,kne minum milo panas je sbb susu drop asik minum ais dan mkn ais krim..huu)...Then order fries untuk Qasyaf. Bukan Qasyaf mkn semua pun. Juz tuk diamkan dia,supaya mommy daddy boleh mkn dgn aman. Selebihnya mommy ler yg perabis..Hihi..Dan harganya x mahal langsung!!..Tak padan dgn kerusi empuk. Harga sama dgn mkn kat warung buruk kat Paka ni hahh..Nak pergi lg la restoran tu. Nama restoran tu WAU..Wau nya dlm jawi. Unik kan...

Adik sebok tengok org sebelah la plak, Tapi tangan tetap nak meraba..Tengok tu,dia tarik2 baju mommy yg ada tali kat dada..
Budak comot yang dah boring duk dlm kereta..Skang dah pandai dah..Tak nak duk dlm carseat dia...
Lepas mkn,kami check in di Grand Riverview Hotel.
Gambar dari Google...

Kesayangan saya. Abaikan Qisya yg pinjam stokin Qasyaf tu..Haha..
Esoknya, lepas sarapan, saya dan anak2 balik bilik. Arjuna pergi follow up sorang2..hihi...Mulanya nak ikot je,tp kang, nanti Qisya buat hal mcm hr tu, susahkan diri plak. So,bek tunggu kat bilik. Mandikan anak2 dan golek2.
Qisya cakap, "kak icha is my idol !"....Sapa faham kenapa?..Hihi
Dah pandai meniarap..5 bulan...Qasyaf dulu 8 bulan br meniarap..Qasyaf manja kededek..Adik lebih berdikari..hehe..Nampak x budak kat blakang tu...Dia tgh selongkar semua benda dan tempat..Suka hati la nak oi...
Bek mommy layan adik..Fotoshoot adik..Qasyaf buat hal dia...

Dah penat, baru cari mommy nak susu....
Tak lama pun Arjuna pergi. Dlm sejam je. Then kami check out. Sebelum keluar sempat la gi jenguk swimming pool..Hujan renyai2...
Nasib dia x mengamuk nak mandi pool...
Daddy & Qasyaf

Mommy & adik...& storksak...Lunyai dah Storksak Olivia ku...Nak kne beli Storksak Elizabeth la kan..eh?..Alaaa,bini angkasawan pakai Storksak Elizabeth..Nak jugak boleh?..Tp Arjuna bukan angkasawan..Haha..
Arjuna kol MIL tny pasal banjir. MIL ckp,air banyk lg...Kawasan rumah MIL mcm pulau lg..Arjuna pun ajak pergi Tesco cari barang dapur dan cari makan. Dia kelaparan. Sarapan kat hotel x menepati diet org  tgh sakit tekak. Sian dia..hehe...Kami tpusing2 je dlm Tesco tu. Kutip2 barang dapur,pampers anak2. Then makan sekali lg.
Bukti budak lasak ini kepenatan...Sampai tertido dlm troli..Lama jugak Qasyaf tido..Tu jugak bukti Olivia ku sudah lunyai..Terpenyek dlm troli sama dgn barang2..Kne beli baru!..Tp xnak beli skang la..Kalo ada baby baru, baru beli Storksak baru..Heeee...

Budak ni plak, memula sampai Tesco,tido..Bila abg tertido dlm troli,dia bgn plak..Nmpk sgt xnak kongsi stroller dgn abang..Abang dah elok2 tertido dlm troli Tesco baru dia buka mata..

Tgk jam,dah dekat pukul 4pm dah. Arjuna kol MIL..MIL ckp,ada sesetengah jalan dah boleh lalu. Kami pun terus balik Rantau Panjang. Sampai je Rantau Panjang,amik ko. Derang berpesta air!..Masih banjir. Tak selamat nak lalu dgn kereta. Tp,saya yg jakun ni,heran betul tgk penduduk kat sana. Derang mandi banjir mcm mandi swimming pool!..Siap ada pelampung pelbagai warna,pelbagai bentuk. Siap main bola besar lg!..Ishk ishk, soal bahaya tu satu hal..Yg saya duk tfikir,soal air tu..Kan kotor..Tak gatal ke?..Adola..Ms tu Qasyaf & Qisya tidur. Kalau Qasyaf tgk,mesti dia pun nak turun main agaknya. Haha..
Arjuna patah balik..Dia lalu jalan hutan. Jalan org bawa lari barang seludup dari Golok kot. Mak aihhh,jalannya...Dah la kereta saya uzur..Bertambah uzur la bila kne lalu jalan lubang2. Siap sesat dlm ladang getah lg..Nasib baik anak2 semua tidur,dan saya tgk jalan betul2..Sbb saya tau,Arjuna mmg mudah panik. Kalau sesat tempat mcm tu,dia mesti panik punya..Dah la dalam kebun getah Felcra yg besar tu. Seorang manusia pun x ada. Masa tu pukul 6pm..Plg teruk yg saya boleh terfikir masa tu,kereta rosak,line telefon xde,dan anak2 menangis,dan tetiba gelap gelita..Huishh!..Tp alhamdullah..Kami selamat keluar dr ladang getah tu..Nasib baik saya mudah cam jalan bila saya fokus..Kalau saya x fokus mmg saya lupa...huuu..
Kami sampai rumah PIL dekat pukul 7pm...Malamnya,Qisya xnak mengempeng sngt..Tak nak dukung jugak..Rupanya dia lenguh badan kot..Dia nak baring dan tgolek2 je..

Rambut belah tepi tu..Hahaha..
Dah tembam sket dah anak mommy ni..Thanx to bs yg bg Qisya minum susu mommy dgn bnyk..heee..
Kami lepak rumah PIL sampai Sabtu..Pg Sabtu,balik Paka..Otw tu singgah Pasir Mas tuk betulkan kereta yg berbunyi aneh tu...Sian anak2 mommy berpanas tunggu kat bengkel...
Ni keadaannya dlm kereta...Saya mmg duk belakang..Senang nak riba Qisya..Kalo lenguh,boleh baringkan dia..Qasyaf duk dpn dlm carseat dia. Tp skang Qasyaf sebok nak duk blakang jugak..Nak jugak menyempit dgn mommy dan adik..Adik plak,bila tgk abg baring sebok nak baring sama..Hahh,amik,baring la korang..Tp x lama pun,nnti akan ada adegan adik tarik2 baju abg,then abg tampar2 adik..Haishh....
Itu sajalah cerita wiken baru ni...
Daaaa!!!