kita2.... ;-p

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

terima kasih

Terima kasih kepada semua kawan blogger yang bagi kata semangat dan doa. Saya mmg sangat berdebar2 hokey. Sbb keputusan letak jawatan dr kerja kerajaan yang salary nya memuaskan adalah satu keputusan yang besar dan bukan mudah. In shaa Allah, saya akan sentiasa perbetulkan niat dan bertawakkal...

Hurmmm,part saspen dan bdebar dah habis dah sebenarnya...Skang,ada perasaan lain.. Cuba teka apa dia..Cuba teka apa yg saya tengah fikir,selain fikir nak beli barang2 tuk klinik sendri,apa lg saya fikir?..Apa agaknya saya rasa?.. Nak start buka klinik ni, apa agaknya yg boleh buat saya berangan?..Rasanya kalau kawan baik,teman blogger yg rapat dan dah "kenal" saya ni,boleh agak kot..Ce teka ce teka what im looking for??...Hihihi...

Btw, nak tayang hadiah anniversary plus hadiah besday yg sebulan di postpone boleh?..
Hihihihi...

Kan nak collect emas every year kan..
Kan nak cincin besar mcm tokey kosmetik pamoga vida beauty kan..
Heeee....


Tadaaa....

Hiksss....
Kawan saya cakap,mcm cincin makcik...Ahhh,x kesah lahhh...Asal besar ala2 tokey pamoga..Tp tokey pamoga punya lg besar...Saya baru nak jd tokey gigi,besar ni cukuplah...Hahahaha...
Btw, terima kasih Arjuna ku!
Itu saja..Daaa!!..
Nak buat e filing nih!

Friday, March 15, 2013

hari ni saya bersanding!

3 tahun lalu....
Saya bersanding dgn Arjuna hati la...
Malam tadi lps Isyak,akad nikah...hehehehe....


3tahun...Kejap je kan...

Selamat ulang tahun perkahwinan untuk saya...Ya,untuk saya sbb Arjuna bkn baca pun blog ni....

Ok lah,ti cite2 lg...
Gtg!
Bai...

Wednesday, March 14, 2012

2 tahun menyemai cinta

Alhamdulillah.. Syukur ya Allah diatas nikmatMu untuk 2 tahun ini.
Ku pohon ya Allah, Kau panjangkanlah nikmatMu ini hingga ke jannah. Kau limpahi keberkatanMu ke atas ikatan suci ini. Kau permudahkan segala urusan rumah tangga kami. Jadikan aku cintanya yang abadi. Jadikan kasihnya padaku kekal mekar. Kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah. Aku mahu tua bersamanya. Aku mahu hembusan nafas terakhir di ribaannya dgn penuh rasa cinta. Jadikan cinta ini kekal milik kami. Amin ya rabbalalamin...

Thursday, March 24, 2011

1st aniversary picas

14 Mac 2010 - 14 Mac 2011 ~ Setahun menyemai cinta sebagai suami dan isteri. Semoga cinta ini terus mekar tanpa batasan waktu... Hiksss..malas la nak start buat ayat munga2... Kebas tangan nak taip byk2...Kebas sampai xle tertekan kuku dah ni..huuu...So, layan gambar je la...

Kat tempat saya tinggal skang, xde byk pilihan restoran yg kononnya esklusif yg boleh dijadikan tempat yg special sket tuk sambut sesuatu...Jadi, kami amik keputusan nak sambut secara simple dgn makan2 biasa sahaja..
Kami ke Rumbia Resort Villa.
Bukan untuk candle light dinner..Sbb saya tahu, makan2 ala barat di celah liuk2 nyalaan lilin bukan kesukaan Arjuna. Jadi, untuk dia gembira dan saya puas hati, kami memilih steamboat sahaja.
Masih mentah. Tak sabarnya nak makan!
Pandangan sebelah lagi..Hehe..
Nasi goreng yang sedap.....
Tomyam pun sedap...Maka bermulalah acara merebus dan memanggang...
Tangan siapa yang halus itu?..Hahaha...Bukan tangan saya sbb tangan saya sudah gemoks sekarang...
Ya, tangan Arjunaku.. Semangat tu, sampai berdiri..
Ini org yg semangat nak makan tp x semangat nak masak...Duduk je...Lihat lenganku dan pipiku...Gemokss kan..Kalau aku nek KL jupe korang, sila jgn tak kenal okeh..Lebih2 yg dah pernah jupe..Siap kalo korang x kenal aku..Aku masih sama, cuma makin gemoksss..Huhu..
Doakan kami bahagia hingga hujung nyawa.. ;-D

Monday, March 14, 2011

setahun perjalanan cinta

Setahun ini indah
adanya kamu mengisi aku dengan cintamu



*malu2 gelak2 masa 1st time nak kiss dahi..hiksss





**nad, aku blank...selalunya aku sasterawan negara kan...tetiba ni xde idea nak bg ayat meremang bulu roma ko..huhu

Friday, January 14, 2011

cinta ini milik kami

14 Januari 2011...........

Alhamdullillah...

Ada perkara mmg sukar diungkap dgn kata. Kadang kala, raut wajah sj sudah cukup melafazkan perasaan. Dan wajah saya sekarang adalah senyum.

10 bulan kami melayari cinta. Semoga cinta kami tetap utuh untuk 10 dekad lg walaupun saya tahu, kami tidak mungkin hidup selama itu. 10 bulan ini, saya bahagia. Cukup bahagia. Walau gaduh dan selisih faham umpama resam hidup kami, saya bahagia. Kerana setiap pergaduhan dan selisih faham itu, membuatkan rasa semakin merasai cinta Arjuna pada saya.

Tidak perlu ucapan cinta yang kerap dibisik di telinga ini. Cukup dengan sikap diam dan sabar dia apabila saya marah2. Tidak perlu kad syair cinta di bawah bantal saya. Cukup dengan belaian tangan dia ketika saya sering sakit2 di awal kehamilan. Tidak perlu kejutan manis tanpa diduga. Cukup dengan air tangan masakannya apabila saya penat untuk ke dapur. Tidak perlu hadiah berjenama yang saya sendiri tidak reti menyebutnya. Cukup dengan kerisauannya apabila melihat saya tidak bermaya.

10 bulan ini, saya dapat merasakan hangatnya cinta Arjuna. Saya tidak akan menafikan itu. Saya cukup berterima kasih untuk cinta itu. Malah, kadang kala, bahang cinta itulah yang memujuk hati saya apabila saya sedang marah. Panas cinta itulah yang buat saya terfikir dan merenung kebaikkannya. Sehingga buat saya terfikir sendiri. Adakah saya isteri yang sempurna untuknya?

Saya berjanji, saya akan jadi yang terbaik buatnya. Kerana cinta saya terhadapnya juga hangat membara. Saya akan terus mencintainya...Setiap hembusan nafas..Sehingga selamanya.....

Sunday, November 14, 2010

sang kancil keluar kandang

Thanx to Hidayahdeiya dan Chuy4 kerana sudi menambahkan bilangan follower blog ini... Tepukan untuk anda berdua!.. Plez give me ur link ya!...

Saya sudah balik !.. Ya.. Setelah seminggu tidak menjengok blog, saya kembali mengadap skrin ini. Rindu..

Tapi, lebih rindu apabila tinggalkan Arjuna. Sangat2 rindu sebenarnya. Minggu lepas kali pertama saya berjauhan dengan Arjuna selama beberapa hari setelah 3 bulan hidup sebumbung. Perasaan tu, sama macam zaman duduk jauh dulu2. Tp lebih parah kot. Sbb sudah 3 bulan duk cium ketiak dia..Hahaha..Ketiak Arjuna wangi tau. Sbb dia suka mandi. Hahaha...
Hurmm, dulu, semasa bujangan, saya tak kisah pun kalau kene outstation lama2. Malah, rasa macam x best pun ada kalau kene tinggal rumah sehari dua je. Sebab, kalau balik pun, bukan ada apa. Takde siapa yang tunggu. Dan saya heran bila ada kawan2 yg tak nyempat2 nak balik. Ada tu, bila dah hari terakhir, mula la jadi cacing kepanasan. Tak senang duduk sebab tak sabar nak balik. Sekarang, tiba2 saya faham perasaan itu. Perasaan nak balik cepat tu. Sebab, ada yg menanti di rumah. Ada yang merindui. Rasa mcm, oh cepat la masa berlalu..Nak tengok muka dia. Nak peluk cium dia!.

Memang itu pun rancangan awal saya. Ahh, tak kira la apa org nak kata. Saya nak peluk cium Arjuna kat airport bila dia amik saya nanti. Kiss kat public mcm orang putih pun takpe. Hehe. Tp, malam tu, entah kenapa, perjalanan udara tu buat saya nak muntah. Berputar2 kepala saya. Saya mmg tak suka kapal terbang! Tapi, kali ni, saya makin tak suka kapal terbang!!. Di KLIA, bukan main lagi saya bersolek selepas solat Margrib tu. Guna make up baru lagi. ( of kos pergi KL kene soping kan..hihi). Konon2 nak cantik2 je bila jumpa Arjuna selepas 4 hari berindu dendam di telefon je. Tp, alih2, kawan saya ckp, turun dari kapal terbang, muka saya pucat. Pucat sangat! Mungkin sbb menahan diri dari muntah kot. Alahai...

Itu cerita rindu meninggalkan suami. Apa pula cerita saya di KL.. Saya ke KL atas urusan kerja. Ada conference. Conference apa?. Rujuk gambar je la yea. Malas nak taip tajuk conference yang panjang tu. Hehe.Hahh, itu lah dia. Org2 hebat dalam dunia pergigian ni. Oh ya.. Sekarang korang percaya x yang "Colgate, pilihan Dr2 Pergigian"... Macam mana tak pilih, dia yang banyak taja kami. Hehe..

Conference ni, waktu siang je. Dari pagi sampai petang duk dengar pembentangan research. Dah lama sangat rasanya saya tak dengar benda2 yang menyesakkan otak macam tu. Nak pulak bila orang Jepun atau Korea atau Thailand yang bagi talk. Susah payah derang cuba pronounce English dgn betul, susah payah jugaklah saya nak faham sebutan pelat derang tu. Tp, kadang2, mestilah saya lebih banyak bercakap2 dgn orang sebelah daripada mendengar talk. Haha. Sekali sekala jumpa member lama, terutamanya yang kerja negeri lain, apalagi, gosip la. Kalau rasa bersalah sbb kurang mendengar apa yg profesor2 hebat bentangkan, amik je la gambar setiap slaid yg tpampang tu..Nanti, ada masa tluang, kita review balik..Hihi...

Yang best tentang conference pergigian ni adalah, banyak booth jenama ubat gigi. Tp kali ni, tak banyak macam selalu pun. Tp, boleh la bawa balik bekalan berus gigi untuk bbrp bulan.Tadaaa...Ni dikira tak banyak ok..Selalunya lagi mewah kami boleh dapat. Mungkin sbb derang dah sponsor beg yang hebat kot..Dalam beg tu siap ada bbrp buka nota, key chain, bbrp batang pen dan journal2.Tapi nak buat apa beg tu kan..Lebih baik beri lebih banyak berus gigi..Huuu..Opss, catalog Coach & Nine West tu bukan disertakan dlm beg ok...Saya, saje je letak dlm beg tu..Bosan2 tgk slaid pasal gigi dan mulut boleh belek handbeg dan kasut..Haha

Siang, menambah ilmu. Malam, menabur duit. Ya, itulah yg best. Bagi kamu2 yang memang duduk kat kota metropolitan, mungkin tak heran sangat soal shoping di shoping complex yang besar. Tp, bagi saya yang di pantai timur ini, dapat ke KL adalah sangat seronok. Sound pathetic rite?!.Huhu.. Saya akui, kami takde shoping complex yang hebat di sini. Bukan nak kata kat sini kampung terus. Tak jugak. Kalau bijak mencari, boleh je pakai Guess dan Levis. Tp, jangan harap nak tengok bayang2 Burberry ataupun French Connection. Silap hari bulan, ada orang gelak kot bila kita pakai kasut nama Miu Miu. Nama kucing ke?..erkkk... Jadi, bila sekali sekali ke KL tak salah kita amik peluang keluar masuk shoping complex kan. Saya sendiri lama tak ke KL. Terakhir, June yang lalu. Hurm, wajar kalau saya jadi macam "sang kancil keluar kandang" kan. Tak boleh guna "rusa masuk kampung" sbb bukan saya tak pernah ke KL. Jadi, marilah guna peribahasa baru ciptaan saya tu..Hehe..

Conference di Hotel Istana. Tapi saya lambat book bilik, hotel dah penuh, jadi saya tinggal di Royale Bintang Hotel. Di tengah Bukit Bintang g2. Antara kawan2 dr Terengganu yang ikot serta, saya lah kononnya yg pernah jadi warga kota. Dulu la. Zaman belajar. Jadi, saya ketua rombongan Che Kiah. Malam pertama kami ke Pavillion. Belum mampu untuk rembat2 sesuka hati di Pavillion. Tp sekurang2nya saya boleh cium bau dan pegang2. Hehe. Malam kedua kami ke KLCC dan malam terakhir, saya balik "kampung" iaitu Mid Valley. Bukankah Mid Valley kampung budak UM?..Haha..Hurmm, dah tak cukup malam untuk ke The Curve. Tak apalah, lain kali saja. Kawan2, hanya mengikut saja rancangan saya. Yang menarik, bos yang digeruni kami pun join kumpulan shoping saya!.. Mungkin sbb dia takde kawan kot. Tu yang tak kisah ikot anak buah lenguhkan kaki. Nak tau tak hasil shopingan saya??..Hehe..Tak payah la yea..Haha...

Itu kisah saya minggu lepas. Hari minggu, saya balik rumah ibu ayah. Bawa balik bantal hantaran yang saya dah siap jahit. Ibu teruja! Saya sendiri macam tak sabar nak hias buat hantaran. Tp, majlis tunang adik saya lambat lagi. Sebulan lebih lagi. Tp, Sabtu, saya pergi kedai bunga. Beli bunga. Untuk bunga dan hiasan saya yang belanja. Sbb saya mahu DIY mini dais untuk adik saya. Biarlah mengikut citarasa dan kesukaan saya. Adik saya hanya mengikut saja. Kat kedai bunga, saya baru tau nama satu jenis bunga ni. Siti Zubaidah. Korang tau bunga Siti Zubaidah?Haaa..Inilah dia...Pic dr Google..Juga dikenali sebagai Hindrangea. Saya baru tau nama si cantik ni Siti Zubaidah. Padahal dulu, saya guna bunga ni sebagai bunga tangan majlis sanding saya.

Hihi..tayang pic kawen sket...Owh ya, hari ni genap 8 bulan kami berkahwin. Sangat cepat masa berjalan kan.. Doakan kami cepat dapat baby yea...

Ok, berbalik kepada bunga. Saya dah beli bunga untuk mini dais dan bunga untuk hantaran. Again, this time i choose to use artificial flowers untuk hiasan hantaran. Sbb saya ni jenis tak sabar. Nak buat awal2 sbb nak tgk hasil cepat2. Update lain mengenai majlis kak ngah, saya dah book OP. Bukan OP terkenal serata Malaysia. Tp, tengok hasil dlm website dia, dia mampu pergi jauh. Biar kami jadi antara pelanggan yg boleh bawa dia pergi jauh. Tak salah mcuba kan. Asalkan dia boleh dibawa berunding tentang konsep yg saya mahukan.Ya, yg saya mahu. Bukan adik saya mahu. Sbb saya lebih tahu..Hehe..

MUA untuk adik saya belum dijumpai. Yang best2 dah fully book...Tiba2 saya rasa mahu masuk kelas make up pengantin. Boleh x??..

Sekian.. Daaa!!!!

Psstt...boring dah tengok header pasangan duk tepi jalan tu kan...So, Tales About White Lace And Tiara akan tiada header untuk bbrp ketika..Sehinggalah penulis ada idea baru nak letak apa sebagai header...heee

Thursday, October 14, 2010

tujuh purnama

Tuhan. Jadikan dia milikku hingga hujung waktu. Jadikan aku miliknya yang paling indah.

Saturday, August 14, 2010

Ini memori kita...

** warning ! - enrty meleleh...**

Hubby dearie,
I still remember how we met...Yes, u do catch my eyes...i keep denial it...but yes, u do... (malu kat nana & idah la!)
I still remember the 1st time u said the beautiful words, I Love U...After u met my parents on the 3rd Syawal last year..Rite?
I still remember the biggggg war we had....It was a war...But it make me trust u more...
I still remember every single moment of our Merisik Day...but i cant remember how u propose me...Becoz u never propose officially... Cruel u!..I always dream the sweetest proposal since im a little girl....
I still remember our e-day... Owh, i had triller dramatic with our tailor....
I still remember ur cuak face in front of tok kadi...hehehehe...
I still remember how that happen.....
And now, we celebrating our 5th month as husband and wife..
I love u abang....

*td cam byk idea nak tulis...tiba2 blank!...aiseh*


Baju tu yang kembang ok...bukan perut i yg buncit !!.huuuuu.....

Wednesday, July 14, 2010

Jurugambar professional perkahwinan

Assalamualaikum semua…. (Jarang benar saya bagi salam sebelum memulakan sessi bercerita kan..Selalunya duk hai2 je..Hehe)..Arjuna dah ok....Dah gi kerja..Alhamdullillah...Ok, dah lama saya tak ckp2 sal wedding prep kat sini kan..Asyek duk berpanglipur lara sal kegiatan harian je…Meh, ubah topic sket…Kita amik mood B2B yang duk giat buat persiapan kawen masing…Setelah menyerap mood Ally (17 Julai 2010),wanie (18 Julai 2010), Thalha (25 Julai 2010), Huda (31 Julai 2010), Xora, Nawal dan lain2 lagi ( semua dlm list beautiful B2B saya la ek, x larat nak taip semua…Tapi yang saya sebut tu,nak dekat dah tarikh mereka kan..),saya rasa nak berkongsi sedikit tentang jurugambar professional (OP) untuk perkahwinan…It based on my true story..Apa yang saya alami dan apa yang saya pelajari..Kita kongsi2 yea…(sambil2 layan saya yang sambut 4th months aniversary dgn menatap pics kawen sendri...Heee...:-D )

Bagi saya, OP ialah individu yang sangat2 penting semasa majlis perkahwinan berlangsung…Sebab peranan OP adalah kekal..Dengan adanya OP, majlis kita jadi abadi dalam memori…Chewah…Boleh g2?..hehe…Tapi, mcm mana nak jadikan memori tu betul2 bermakna?..Apa yang penting dalam pemilihan OP?...
1… Cara gambar diambil – Lain org, lain ragam, lain citarasa…Ada org suka gambar yang melodramatic…iaitu berposing meliuk lentuk di hadapan kamera persis sang model…Cara ini amat sesuai bagi yang fotogenik…Sbb dia xkan nampak keras di dlm gmbr walaupun semasa mengambil gambar tu, dia sebenarnya xbnafas pun! (I tau la, korang mesti selalu gak tahan nafas masa bgambar nak suh perut nampak kempis kan..haha)…Cara macam ni lebih mudah untuk OP sendri sbb masa mengambil gambar tu, pengantin pegun…Posing gaya ni, snap…Tukar posing gaya tu, snap…Berlakon peluk2 sket, snap…Mudah kerja OP..Tapi mcm saya kata tadilah, si pengantinnya mesti pandai meliuk lentuk…Br gambar jadi hidup…Cara ini juga amat sesuai kalau ingin mengabadikan fesyen baju pengantin korang….Ala, senang kata, bgambar macam dalam majalah tu….
Ada org lain pula, suka gambar2 candid…Diambil secara tidak disedari…Ini bagus untuk pengantin kaku seperti saya…Saya sendri gemarkan cara ini…Secara peribadi, saya rasa gmbr candid lebih tepat menceritakan kisah perjalanan majlis perkahwinan saya…Ia boleh memperlihatkan apa yang sebenarnya berlaku sekitar majlis…Mmg ini yang saya pesan pada OP saya…Banyakkan gambar candid…Biar muka saya nampak separuh je sbb x pandang kamera…Saya xkesah…Sbb saya suka begitu…Saya suka wajah saya di celah2 kegembiraan org ramai…Saya suka wajah saya disebalik deco2 majlis…Saya suka gambar saya yang x tgk lensa DSLR tu…Tapi, kalo nak pilih cara ni, mesti betul2 kene pilih OP yg betul2 mahir….Sbb x semua OP boleh mengambil gambar candid secara berjaya…X semua OP boleh m’capture perasaan org dlm gmbr…. Saya akui, mmg ramai yg boleh amik candid..Tp x ramai yg boleh buat kita merasi perasaan org dlm gambar tu kan…Kalau rajin, cuba buat research (B2B mmg patot rajin buat research!!) …Tgk pages OP2 hebat…Pasti korang boleh bezakan gambar yang ada jiwa dan gambar kaku…
Satu lagi, ada orang suka gambar yang diedit…Jerawat batu kat dahi dihilangkan…Langit gelap jadi cerah….Hidung pesek jadi mancung….Lipstik merah jadi pink dan macam2 lagi lah….Cara ini sesuai tuk menutup cela…Jika kita xdpt nak hindari kecacatan yang berlaku pada majlis kita secara live tu, ubah saja pada gambar…Zaman IT ni, mcm2 boleh buat kan…Kalau kita rasa majlis kita x cantik, sekurang2nya, ia nampak cantik dlm gambar..Tidak salah pun…Ikut kemahuan masing2..
Cara saya?...I vote for candid picture…nasib baik saya pesan pada OP supaya banyakkan candid..Sbb gmbr posing saya mmg agak kaku la…Dan saya pesan pada OP, jgn edit ok….Let it be just like the real one…X kesah la saya nmpk berjerawat pun…I want it original..Heeee….
Muka berjerawat halus…Inilah kulitku yang sebenar….

Apa hal ni?...Muka serabut sbb Arjuna byk kali kol bgtau rombongan dia xle nak paking sbb area rumah saya dah full….

Hey, mana kipas?..Tala la kat sini…Panas ok…

Arjuna yang gubra sbb xlepas2 jawab nikah…Ayah yang bdebar…Saya yang bdoa dlm hati semoga dipermudahkan…

Owhhh, sgt hepi bsuapan2 kek…Idah la ni duk wat lawak….
Hurmmm, saya mmg suka candid2 itu….Gmbr yg hidup….

Ini adalah kayu yang kaku….Mebe sbb br lepas akad nikah kot…Masih malu nak daring2…Tgk la tgn Arjuna…Nape keras g2??!!!!

Oohh tidak!...Sungguh x reti berlakon!!!!!....Saya x letak dlm album pun pic ni tau…Korang je dpt tgk..Korang mmg special la dpt tgk my pic yg x menjadi ni…Lengan saya pun nape sebegitu besar?...huuuu…

It supposed to be romantic scene…Tp saya nmpk mcm sgt takot pada Arjuna kan…Mcm “hey hey, ko nak wat apa kat aku nih?!”…..
Sbb tu la saya lebih suka candid!

2… Tahu kehendak anda – Pastikan korang tahu apa yang korang mahu…Nak OP amik gambar sewaktu bila?..Nak amik dari celah mana…Nak amik kot kiri ke, kot kanan ke, nak amik kot blakang?...Nak amik details kat baju ke, nak amik detail yang atas kepala…Macam saya, saya nak ada gmbr saya tgh pakai kasut..Nak gmbr saya tgh bsiap…Nak gambar inai di jari…Nak gambar baju tergantung…Nak gambar turun tangga mcm princess..Nak gambar saya tgh butangkan baju ( gambar wajib ada kalo pakai baju berbutang….Saya tau Qis particular sal ni sbb dia nak gambar dr belakang yang menampakkan tangan suaminya memeluknya dan dlm masa yang sama nampak tali2 pengikat korset tu…Betul x Qis?..Hehe…I suke gambar u tu tau!..)..Dan macam2 lagi la…
Apa motif gambar ni pun saya x tau….Yang saya tahu, posing cara ini in trend okeh..haha..

OMG….giler suke pic Aween ni!!!!...Jatuh hati habis pada scene ni…Saya dah pesan pada OP nak macam ni…Tp OP saya big saiz sket…Tak muat nak masuk belakang pelamin daaaaa…..Maka, angan tinggal angan sahaja…..

3… Pakej OP – Hohoho…OP gempak malatop habis mmg harganya pun malatop bom bom…Setimpal dgn kerja la kan…Juga setimpal dgn nama yang telah mereka ukir dlm industry amik2 gambar ni….Tp, bg B2B yang biasa2 macam saya ni, jgn putus harap yea…Sekali lagi, research!...Cari Mr Google…Jgn malu tny org….Masih ada OP mentah yang sgt berbakat di luar sana yang baru nak mencorak nama …Cuma luangkan sedikit masa untuk duduk berbincang dgn mereka tentang konsep korang…Jelaskan kehendak korang…Teliti kerja2 dia yang terdahulu….Pasti ada yg korang berkenan….
Selain tu, cari pakej yg betul2 dapat memenuhi tuntutan tempoh majlis…Perlu diingatkan, ada pakej yang terhad batas waktunya…Biasanya dlm 3-4 jam sahaja…Jika lebih masa, maka kene keluar lebih duit jugakla…Tapi ada jugak OP yang available sepanjang hari..Bergantung pada jadual OP masing2 la…Yang penting, kene tentukan dr mula korang nak pakai diorang brapa jam sbb xnak blaku pkara yang x diingi nanti..Contonhnya, majlis korang lmbt start, tp OP dtg ontime…Pastu, pas 3jam dah nak balik padahal majlis lom habis…Tak nak g2…Haru biru kelabu nanti….
Pastikan juga pakej OP tsebut memenuhi tuntutan acara majlis dan lokasi….Sbb ada OP yang xnak buat outdoor fotoshoot jauh2 selepas majlis akad nikah or sanding… Ada yang nak buat sekitar kawasan rumah je…Kalo dah kene travel sket, ada yang mintak bayar lebih…Jadi, sblm gadoh2 masa hr kenduri tu, baik discuss awal2…
Ada jugak OP yang buat pakej berasingan untuk majlis akad nikah, sanding dan outdoor…So,kena timbang tara la soal bayaran untuk semua tu…
Plg penting, bgtau OP pjalanan majlis korang…Biar dia faham dan sentiasa alert…
Saya mmg tekankan soal komunikasi dgn OP ni…Diskuss awal2 segala benda yea…Sbb ada bbrp kawan saya yang x puas hati dgn OP lps mjls blangsung…Semuanya pasal x discuss detail2…Biar la dicop cerewet pun..Sbb bila gambar kita cantik dan kehendak kita tcapai, kita jugak yg gembira kan…
Saya sendri mmg sgt susah nak pilih OP dulu…Sbb selera saya besar…Poket saya je yang kecik…Saya nak OP ada bersama saya sepanjang majlis..Dr psiapan sampailah tutup pintu rumah selesai majlis….Saya nak wat outdoor fotoshoot siang dan malam sbb saya tamak…Hahaha…Tp kalo g2, mampos lah kene bayar bjuta2 lebih kat OP…Jadi sudahnya, saya pilih OP merangkap kawan saya yang saya kenal masa kat UM dulu…Dia bukan nama besar dlm industry amik2 gambar ni…Tp saya tau hasil kerja dia…Saya dah pernah kelihatan cantik dlm gmbr diner final year yang dia amik dulu..Hehe..So, saya pilih dia…Cuma saya perlu byk bincang tntang kehendak saya supaya dia tahu mahu bkerja macam mana…Lagipun saya import dia dr KL…Jadi dia mmg xble nak balik cepat2 kan…Dia available untuk saya selama 2 hari…Sbb tu la saya boleh guna khidmat dia habis2an sampai dia penat giler…Hehehehe….

4… Pasukan OP – Ini juga penting bagi majlis yang diadakan secara besar2an… Seorang OP tidak cukup nak cover semua ok…Korang perlukan pasukan…Mungkin 3-4 org dlm satu pasukan…Atau paling tidak pun, dua org…Mjlis saya bukanlah mjlis besar…Tp, rasanya kalo ada pasukan lagi bagus…Bila OP pertama duk amik gmbr pengantin pmpuan tgh make up dlm bilik, OP kedua boleh amik gmbr org yang dah dtg duk dlm khemah or dewan…Tu kalo korang nak cover semua la…Untuk mjlis saya, rumah saya dua tingkat…Dr dlm rumah, org duk kat atas boleh nmpk org kat bawah…Saya nak sgt gmbr suasana majlis saya yang diambil dr ats…Masa akad nikah..Masa sanding…Tp OP saya sorang…Kalo dia duk ats, sapa plak nak amik gmbr kat bawah…So, xdela pic idaman saya tu….Jadi, kalo korang suka berangan macam saya, carilah OP yg berpasukan…Harga pun lain la kot babe!...

5… Kepelbagaian gambar – Haaa, ni kreativiti masing2 la…Saya pun xreti sgt…Yang saya tau, ada gmbr palaroid….Ada gambar hitam puteh….Ada gambar fish eye…Macam2 la…Xle nak ulas sbbb x terer…hihi…Tp cuba tny OP korang yea…
Ermmmm apa lagi ek?...Ada nak tambah x? Eh, cam dah pnjg giler je saya membebel….Ada x yang baca ni?..heee….Xpe la…Ini untuk ingatan pada diri saya jugak…Mana tau, leh guna untuk adik2 plak…Ok….salam sayang….Daaaaa!!!

*thanx to Khairuzzaman Abd Razak for the fabulous moment captured by you*En.Kerol xde blog ke website ke apa...Dia hanya ada sekeping fesbuk...so,xdapat la saya nak iklankan dia kat sini...Tp dia ni laku la di kalangan budak UM


nota kaki : ( harap membantu yea )
Juru gambar profesional perkahwinan di sekitar Terengganu :
ahmadfairus
fazrien
hasbifelix
markless
photoaura

Monday, June 14, 2010

sudah tiga bulan

Ku pohon padamu Ya Allah, jadikan dia imamku untuk sepanjang hayatku.




* thanx tlg aminkan...doakan kami cepat2 dpt duk sm jugak!

Friday, May 14, 2010

two months


Two months………

I love the way he called my name……. whereas nobody used….
I love the way he gently rub my hand for the 1st time, after Akkad….
I love the way he smile every time his sparkle eyes meet mine….
I love the way he make me laugh & giggle…..
I love the way he apologized for the wrong he did…..
I love the way he swap my pearl tear drops every time I cry….
I love the way he throws nice word to comfort me…..
I love the way he master my every single voice tones….
I love the way he kiss me back when I wake up him in the morning….
I love the way he lead me in Solat….
I love the way he convey surah just beside me….
I love the way he passionately bites my ears….
I love the way he express his deep love for me….
I love the way he loves me…..
And I love the way I was unconditionally & irrevocably in love with him….

Wednesday, April 14, 2010

1 month aniversary


Arjunaku...genap sepurnama aku halal bagimu....