kita2.... ;-p

Wednesday, June 9, 2010

itu pinjaman.....

Hi hi hi kepada Dieba & S!ezan. Terima kasih banyak2 sebab tambahkan awek2 cun dlm Kita2. Sori Dieba, xdpt cr link blog awak la...Nanti inform me ur blog adress ya!

Musim perayaan cinta. Sana sini terpacak tanda arah berhiaskan bunga manggar. Kartu jemputan memenuhi laci. Dapur rumah pula tak berasap dek sibuk memenuhi jemputan walimah. Anak gadis si pengapit turut sama memasang angan perkahwinan sendiri. Saya turut turun padang. Kali ini memeriahkan undangan orang pula. Dalam penat dan seronok meraikan dua hati bersatu, saya mendengar desus. Seorang pakcik yang saya kenali dengan agak akrab, mahu memadukan isteri. Ini hati perempuan. Saya terusik. Sedikit terkedu namun saya tidak terlopong terperanjat.
Saya tahu. Topik ini tidak digemari kita. Malah paling tidak sesuai disebut dalam ruangan penuh cinta ini. Tapi saya mahu berpijak pada realiti. Jangan selalu terbang tinggi. Seketika, ada waktu, kita juga perlu renung ke tanah.
Di mana-mana ada cerita suami menduakan isterinya. Di mana-mana ada kisah suami mencari hiburan di luar rumah. Di mana-mana ada berita suami menzalimi perasaan keluarga. Sampai saya sering terfikir, semudah itukah manusia bisa berubah sedangkan dulu mereka berkasih sayang? Perihal pakcik ini yang mencuit perasaan saya. Saya kenal dia. Pernah tinggal dengan dia dan keluarganya untuk seketika. Terima kasih kepada mereka kerana pernah menjaga saya ketika saya jauh dari ibu ayah dan tempang sebentar dulu. Saya tahu dan saya sedar pakcik itu ada rupa paras yang elok. Penampilan juga kerap tip top. Kerjaya? Oh memang sedang dipuncak. Isterinya juga cantik. Mungkin kelihatan terlalu ringkas untuk bergandingan dengan pakcik saya itu. Tapi diakui dia cantik. Sebagai seorang ibu dan isteri, dia cukup cantik untuk menjadi suri di rumah.Itu pandangan mata saya. Anak-anak mereka sedang berlumba untuk berjaya. Tuhan kurniakan mereka pelajaran yang cemerlang. Malah, mereka yang saya selalu panggil adik-adik saya itu membesar menjadi kacak dan cantik. Terserlah baka pakcik makcik saya itu. Entah di mana silapnya, di tengah kesempurnaan itu, si suami dan bapa mahu membahagi kasihnya. Terlalu banyakkah hati dan cinta pakcik itu sehingga mahu membiarkan isteri dan anak berbahagi cinta dengan perempuan luar? Saya tidak tahu yang sebenar di sebalik cerita ini. Saya tidak tahu apa yang berlaku disebalik keluarga gembira mereka. Tapi, ini hati perempuan. Saya terusik.
Saya punya kawan lelaki yang sangat rapat dengan saya. Yang kadang kala dicemburui arjuna. Tapi kami tetap teguh sebagai kawan sahaja. Kadang kala dia bertindak seperti abang kepada saya. Dia biasa mengacah saya dengan isu-isu sebegini. Tanyanya, bagaimana kalau arjuna mahu berpoligami. Saya akui saya benci bila diaju begitu. Bila difikirkan tentang itupun saya terasa sayu. Tapi saya cuba menjawab rasional. Saya jelaskan, jika ditakdirkan , arjuna mahu menduakan saya, itu bermakna kasih dan cintanya pada saya sudah berkurang. Saya akan gigih meraih cinta saya kembali. Namun, jika ditakdirkan dia dengan keputusannya, saya izinkan. Kenapa mahu menagih lagi jika pasti cinta itu sudah berkurang? Saya izinkan. Soal keredhaan, itu antara saya dengan Tuhan…. Ya, itu jawab saya. Kawan saya membantah! Katanya pemahaman saya salah. Katanya perempuan bercakap mengikut amarah dan rajuk. Katanya, jika seorang lelaki mahu berpoligami, tidak semestinya kasihnya berkurang. Dia cuba menganalogikan situasi. Katanya, ibu ayah kita memberi kita kasih dan sayang. Adakah sepuluh orang adik beradik mendapat kasih sayang yang lebih sedikit berbanding adik beradik lima orang? Kerana kasih dan sayang itu dibahagi sepuluh berbanding dibahagi lima tadi. Katanya lagi, ibu ayah kita menyayangi kita, adakah kurang kasih dan sayang mereka kepada ibu dan ayah mereka? Dia cuba memahamkan saya tentang konsep kasih sayang. Kononnya, cinta juga boleh dikongsi dengan perempuan lain tanpa sedikit pun berubah takat cinta pada isteri terdahulu. Cinta dikongsi. Bukan dibahagi. Uhhhh!!!... Ini hati perempuan. Saya tidak terima hujah itu. Saya mahu milik mutlak. Hanya saya. Tiada kedua ketiga dan seterusnya. Ini hati perempuan. Sama juga seperti hati kamu kan. Hati perempuan.
Satu lagi kisah. Di musim perayaan cinta ini. Pakar Pergigian Kanak-kanak Negeri Kelantan kehilangan suami dan anak ke2 nya serentak dalam satu kemalangan ngeri. Anak ke3nya dalam keadaan kritikal. Sesunguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. Saya terusik lagi. Sekelip mata kehilangan itu. Sedegup jantung hidup berubah. Tuhan telah mengambil miliknya semula. Saya menjadi sedar. Suami milik Tuhan. Kasih, sayang, cinta, kebahagian, kegembiraan, kejayaan itu semua milik Tuhan. Yang diberi pinjam untuk kita melalui kehidupan yang sementara ini. Yang diberi sebentar untuk menguji sejauh mana kita mampu beryukur dan menghargai. Milik mutlak, milik Tuhan. Kita hanya peminjam. Dan kita tidak perlu sombong. Malak tidak layak tamak. Kerana kita hanya hamba yang meminjam. Redha dan insafi diri.Semoga Allah memberi saya pinjam apa yang saya ada ini sehingga hujung nyawa saya. Semoga saya lebih bersyukur atas segala yang saya punyai. Renung-renungkan.

24 comments:

  1. if i have to share i dun thk im able to....

    lebih rela tak disayangi dari terpaksa berkongsi..sgt sakit

    ReplyDelete
  2. idina ~ kadang2 kita kene renung diri kan...

    kay ~ dulu i pun ada pegangan cam u tu...malah skang pun...tp kalo tuhan amik blk terus, selamanya, lagi sakit kan....

    ReplyDelete
  3. sedihnyer...dua2 x sanggup..huhu

    ReplyDelete
  4. WOW......itu ungkapan pertama bila baca ur luahan hati kali ni...rasanya olahan pendapat yg semakin matang, memebezakan antara hukum,hak, emosi, dan rasionaliti dalam bilik masing2.....persoalan yang begitu sensitif untuk dibicarakan oleh si suami dihadapan isteri....mungkin semua sudah menerimanya...poligami adalah harus..islam mengjanurkannya kepada sang suami yg mampu berlaku adil...tapi hakikatnya...kebykan perempuan akan menjawab, dia faham tentang hukum poligami tapi tidak mahu hukum Allah itu berlaku kepada mereka. Disinilah membezakan tahap keimanan kita secara luarannya...kita hanya mengmbil hukum Allah bila ia hanya bersesuaian dengan nafsu kita..(ada juga kes2 ustazah,,,yang saban hari mengajar tentang hukum2 islam tp akan mintak cerai bila suami kawin lain)...disini bukanlah saya ingin memperkecilkan golongan wanita, mungkin semua ini berdasarkan sikap lelaki yang masih lagi tidak mampu menjalankan poligami tetapi meneruskannya dengan menggunakan alasan mengikut sunnah.....masih terlalu ramai lelaki yang tidak mampu berlaku adil tetapi kerana nafsu....jika poligami yang ditegakan memang berlandaskan kerana Allah, tidak mungkin kezaliman akan berlaku kepada para isteri.....Kembali kepada asas perkahwinan pertama, jika ia didirikan kerana kecantikan, sudah pasti suatu hari, setelah melihat isteri sepanjang masa,mungkin kecantikan itu menjadi biasa.....jika perkahwinan dibina atas dasar kekayaan, sampai satu masa, kekayaan itu juga telah menjadi tepu, tetapi..jika perkahwinan memang didasari ikhlas kerana Allah, jika poligami juga tetap berlaku, ia akan berlaku dalam keadaan adil seperti yang digariskan oleh Alla s.w.t.

    ReplyDelete
  5. cantiknya bahasa untuk post ni. saya baca berulang kali :D

    ReplyDelete
  6. mai ~ yep..kita tamak..dua2 xnak...huhuhuhu....

    fara ~ yang,aku feling2 insaf, ko komen pelamin lak....hahh, nak tgk pelamin bc enrty lepas2 ok...heeee

    mon <------------ ini la org itu...suke pusingkan kepala saya dgn isu sensitip....ckp byk kan...kat my page pong dia nak tulis pnjg lebar..xckup dgn blog sendri :-)

    ReplyDelete
  7. hai kak.. u wlcme, dlu sye jd silent reader je.. bru skrg tergerak nk jd follower.. hee (^_^)
    ni link kte

    http://diebalichouzz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. tadi kte rasa da bg comment da.. tp xde pown..u welcme.. dlu mmg ske jd silent reader blog ni.. tp da jemu..so tu yang nk tukar jd follwer lak..

    ni link saya
    http://diebalichouzz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. xora ~ sbb ini hati pempuan kot...mudah terusik dgn bnda2 cam2...ada jiwa..tu ble tulis g2...

    dieba ~ ok dear...2x kuar komen tu hah

    ReplyDelete
  10. hermm.. kalau CIK SENAH ler ditakdirkan melalui perihal poligami nie.. cik senah sanggup beralah.. maksudnya.. kalau hasben cik senah nak menikah kali ke-2 dan seterusnya.. gasak lahh.. janji.. "lepaskan" cik senah..

    cik senah tamau berkongsi okeyy.. berkongsi harta benda.. makanan ka..tak kesah.. hasben..? no-no-no.. tidak sekali-kali naa..

    cik senah sanggup jd independent woman daripada berkongsi kasih..coz.. cik senah penah tgk sendiri nasib isteri tua yg dimadukan.. nasib tak terbela langsung bila si hasben lebih pentingkan isteri muda..

    p/s : sabit tue cik senah tamau jadik apa yg dah jagik depan mata cik senah.. sapa yg sanggup (bermadu) tuee.. baguih laa.. tahniahh cik senah ucapkan..

    ReplyDelete
  11. cik senah :......barangkali apa yg kita benci itu baik ntuk kita....dan apa yg kita suka itu buruk ntuk kita : al baqarah..216

    ReplyDelete
  12. cik senah dan mon....boleh je nak bdebat di sini...i akan aprove...

    ReplyDelete
  13. pandainyeh abg kamu tu pusing2 ayat yeh harz. ai x suker tau. nyampah. kalo jadik kat ai, mesti ai campak dia jauh2 pastu ai kikis sume harta dia dulu. haha. cam saiko lak

    ReplyDelete
  14. fasha ~ abg?....owh, my fren yg byk ckp tu?..hehe..kdg2 kita ble pnggil dia atuk..haha...btw, hati pmpm kan...sama je..rasa saiko ada gak sket2...

    ReplyDelete
  15. hehe.....cik senah blom jawab...tp cik sha (cik ke puan ek) tlg backup....owh.....bkn nak promote laki suh poligami...coz poligami hanya digalakkan untuk org yg btol2 buat kerana Allah...nak membela kaum wanita yg lemah....cuba anda sekalian byangkan..berapa ramai ibu2 tunggal yg perlukan seorang suami untuk membimbing anak2...???tapi kalo setakat isteri kedua itu cantik melecun, muda trang tang2....apakah ia bertujuan membela kaum wanita jugak?????? so...poligami itu sgt2 ... (fill n da blank)

    ReplyDelete
  16. Memangla poligami tu halal, tapi mampu ke lelaki berlaku adil dari segala segi? Maksud saya SEGALA SEGI tau?. Wang..mungkin..camner ngan kasih sayang, masa, perasaan?.. Sgt susah kalau lelaki pk kan dari semua sudut.

    ReplyDelete
  17. tak sanggup berkongsi!
    :) na mao..na mao!!
    tapi,
    teringat janji Allah, payung emas di syurga! :)
    hmmmm..

    ReplyDelete
  18. hurm.. pegangan saya sama cam kay.. :) biar apa pun terjadi.

    ReplyDelete
  19. nak kongsi sikit je..
    nabi SAW x menduakan isteri pertama baginda..

    ReplyDelete
  20. to be honest....
    saya tak sanggup...

    ReplyDelete
  21. salam perkenalan..
    tertarik ngan post ni.. secara jujurnya sy pn x sanggup.. sy sendiri pernah dilamar (secara indirect) oleh seorang ustaz yang telah ada anak 5..

    tapi sy jawab dan tolak secara baik dan sopan.. sy x rasa mampu utk bermadu dan sy mahu lelaki yg bujang yg byk masa utk sy bukan yg perlu agihkan masa sbb sy jd yg kedua huhuhuhu~~

    ReplyDelete
  22. hehe....len...cam hangat plak topik u yg ni ek :)...... see....wat i told u ....still applicable rite????sume bg alasan sbb xnak berkongsi....:)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)