1 januari 2015.
Buku baru yang helaiannya masih kosong.
2014 saya kurang menulis. Hanya mencatat kejadian penting cukup sekadar buat ingat ingatan. Itupun travelog Sarawak bersama seluruh anak menantu cucu ibu ayah tidak sempat dicoretkan. Tengoklah, jika ada kelapangan masa, kemudahan internet yang laju, in shaa Allah, saya cerita yea.
2014 saya tidak berkongsi perasaan di blog. Bagaimana rasa menjaga Qasyaf dan Qisya di klinik, bagaimana rasa murung kerana pernigaan masih merangkak, bagaimana rasa lemas dihimpit panggilan bayaran hutang piutang, bagaimana rasa sedih kerana tidak mampu mewahkan ibu ayah adik beradik seperti bekerja di kerajaan. Ya, klinik saya masih merangkak. Kata seorang penasihat, beginilah situasinya untuk 3 tahun pertama perniagaan. 3 tahun? Saya baru menginjak ke tahun ke2. Saya perlu terus bersabar.
Namun begitu, keajaiban pertolongan Allah tidak ada siapa pun faham. Kalau ikot kiraan matematik, memang kewangan kami sempit. Tapi, masih boleh makan sedap, pakai lawa. Jika itu keberkatan rezeki yang halal, syukur Alhamdulillah.
Setelah dibelek belek tulisan 2014, saya tidak berazam di awal tahun 2014. Tidak tahu kenapa. Lupa untuk imbas balik. Mungkin kerana saya sudah berazam besar awal tahun 2013.Mungkin juga saya berazam, tapi tidak mencoret di blog. Yang pasti, saya berazam ketika menyambut hari lahir saya pada Mac 2014. Saya mahu jadi muslimah yg lebih baik. Menutup aurat dgn sempurna. In shaa Allah, akan diteruskan.
Jadi, tahun ini perlu ke saya berazam?
Ntahlah.
Apa yang saya tahu, saya mahukan beberapa perkara dicapai tahun ini.
1) Kurus – paling utama setiap awal tahun. Mesti letak di carta pertama. Tolong jangan gelak yea. Azam ni tak akan berubah. Kali ni, saya mahu cuba atkins diet. Hari ni hari pertama. Kita tengoklah berapa lama boleh bertahan. Haha.
2) Vernis alma untuk harijadi ibu 11 oktober 2015.
3) Tissot untuk harijadi Arjuna 21 julai 2015.
Impian perlu tinggi. Usaha kena kuat. Doa dan redha.
Apabila 2 dan 3 tercapai bermakna saya lega dari kekangan hutang.
In shaa Allah.
Semoga 2015 klinik saya sibuk, rezeki melimpah ruah. Doakan yea. Amiinnnnn…
alhamdulillah.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki ya...
ReplyDeleteamin...mudah2an mek!!!
ReplyDeleteSelamat tahun baru :-)
ReplyDeleteOh...vernis alma tu buatkan saya tumpang teruja...hihihi..*tetiba*
insha Allah mudah2an tercapai impian Dr. na..
ReplyDeleteKlinik Dr. kt mana?
Sue nak cabut gigi kat klinik Dr. boleh ke?
<3,
susue