Ok....ni dah bjaya upload gambar....kisah family day Felda lastwik 12 & 13 September 2014.. Buat kat Gambang Resort.
Gambar2 di sini adalah tunggang tbalik x ikot flow kejadian. Belasah je lah. Malas nak susun dah. Dahla payah benor nak upload satu2.
Yg penting,ada la sket kenangan nak tulis kat blog.
Kami check in kat Carrebian Bay Resort. Sampai sana kul 2pm hari Jumaat tu. Arjuna terus ke padang setel hal sukaneka. Dia AJK sukaneka. Saya dan anak2 lepak bilik setel hal baju nak pakai diner malam tu. Arjuna bgtau temanya hitam putih. Aiseh..Lama x berdiner bagai ni. Takde heels baru. Takde clutch baru. Tp seb bek ada dress hitam putih dan kimono cardigan baru. Seb bek pernah beli dokoh gedabak. Leh la jugak melaram walaupun dlm hati gusar kot2 saya plg x cun. Hehe....
Arjuna dgn Qasyaf pakai jubah putih. Sebab department Arjuna buat psembahan nasyid. Qasyaf pun akan naik pentas bernasyid jugak.
Qisya lak pakai jubah hitam ibu beli kat Mekah last year. Labuh sgt lagi. Tp dah xde baju lain,saya gigihkan diri jahit sembat jubah tu.
Setel hal iron baju, terus turun ke padang jugak. Tak masuk apa2 acara pun. Lelah jaga Qasyaf dgn Qisya je. Budak 2 org tu konon masuk pertandingan mewarna. Sorang asik main susun2 pencil kaler,sorang asik tgk org kiri kanan,mcm mn la nak mewarna. Huuuu....
Lepas margrib, terus siap2 nak diner. Berpuluh kali tanya Arjuna ok x pakai mcm ni. Hehe
Saya siap bawa sepasang lg baju spare. Maxi skirt hitam and blouse hitam polkadot putih. Tapi kalo pakai tu nmpk simple sgt. Tak nampak mcm melaram. So belasah ke kimono cardigan ni. Dokoh gabak tu penambah gaya. Hihi. Tapi agak saspen la. Kot2 org lain lagi bgaya,koman la i. Heeee....
Bila masuk hall diner,lega rasanya. Takde yg terlampau bgaya melaram sehingga menenggelamkan saya. Kihkih itu yg penting. Cuma bila geng budak2 promoter iaitu staf Arjuna masuk dewan,gamat la sket. Sebab derang semua perempuan anak dara tang tang tang. Plus make up beriya plak tu sbb nak perform kat stage kan. Takpe2...As mak dara anak 2, bini kepada pengurus,saya rasa ok dah mlm tu. Hahahhahha....Hey, saya bukannya cun melecun pun. Tp xnak la selekeh bila disamping Arjuna. Nak2 pulak event mcm tu. T org kata bini dia selekeh la. Tak padan. Owhhhh....no no no... Kalo org ckp bininya cun tp suaminya xensem, itu xpe..Saya x kisah. Kahkah...
Dan paling best,mlm tu kami menang pasangan paling sporting. Hihi.. Saya suapkan Qasyaf makan,Arjuna amikkan makanan dan air. Saya layankan Qasyaf blari sana sini,Arjuna dukung Qisya. Arjuna dan Qasyaf bernasyid atas stage,saya amik gambar sambil kejar Qisya yg berlari2...Kira pasangan sporting la tu kot kan. Heeee....
Esoknya, pagi ada acara sukaneka lagi. Setel dlm kul 11am, check out terus g mandi manda. Qisya menangis2 bila dedinya letak atas pelampung. Qasyaf plak main kejap je. Nak main kat tepi je katanya. Lahai....Kami duk dlm water theme park tu dlm 2 jam je. Pastu balik KT.
K lah...tu je nak cite. Layan la gambar yg x ikot susun penceritaan ni yea. Bai!
No comments:
Post a Comment
this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)