Arjunaku ialah suamiku...
Arjuna si Fynn Jamal ialah anak dia. Heeeee..
Mcm janggal pulak bila dengar lagu Fynn Jamal tu. Sbb mmg saya bahasakan en.suami sebagai Arjuna sejak dari mula blog ni tercipta kan. Sapa yg baca blog ni dari mula mmg tau sgt la. Hihi..
Besday Arjuna yg ke 32 adalah pada 21/7/2014 yg lepas. Si isterinya ni, x buat apa2 celebration pun sbb Arjuna x reti celebrate besday neh semua. Nak belikan hadiah, xdak duit. Sbb bila tanya Arjuna, dia cakap nak hadiah jam tangan. Tak kan bagi jam tangan limaploh hengget. Baik dia pakai je jam dia skang ni kan...Heeeee...
Saya ajak celebrate besday makan2 kat restoran westeng, dia ckp, aik?,besday sapa ni?...Arjunaku itu x minat sgt westeng2 neh. Apatah lagi utk buka puasa.
Maka, saya masak nasi ayam je utk berbuka hari tu. Marbeles tau nasi ayam i. Arjuna siap pesan suh mask lebih sebab dia nak bawa bekal balik kampung dia. Nak buat bersahur dgn abah dia katanya. Oh ya, pada pagi 21/7 tu, my MIL warded untuk buat prosedur buang batu karang. Arjuna balik Kelate selepas buka puasa. Saya tak ikot pun. Klinik kan xle tinggal selalu. Mcm mana nak maju.
Alhamdulillah, esoknya, MIL selamat buat prosedur buang batu karang tu. Arjuna terus balik sini selepas berbuka jugak. Dia pun banyak sgt kerja kat opis. Saya pun agak bz di klinik. Nak raya dah kan, org dtg nak cantikkan gigi la...Tp, sempat la saya curi masa setelkan cari baju raya Qasyaf.
Baju raya Arjuna still xde. Tengoklah, malam ni kita pergi cari selai dua t shirt. Setakat nak John Master, Polo dan Levis tu, ada je kat K.Tganu ni. Jgn pandang rendah tau!...Huuuuu
Semalam, ada jamuan buka puasa kat tempat kerja Arjuna. Kecik2 je. Berbuka dgn staf2 dia je. Sekali derang buat seprise sambut besday Arjuna. Kekok benor nampak Arjunaku itu..Kihkih...Maklumla, dia x reti seprise2 n celebrate2 neh...
Staf dia x ramai pun...Arjuna kan bos kat outlet Sawari Terengganu..Staf dia tu, budak2 promoter la...Bbrp org dah balik kampung...Tinggal yg tu je...
Kek secret recepi tu...Hahahaha...Arjuna x makan kek hokey..Apatah lagi kek yg fancy..Dia reti makan kek pisang kedai runcit je oi...Bini dia ni peminat kek..especially kek mahal...Kihkih...Bila staf potong nak bg dia makan, dia ckp, dia kenyang sbb mkn banyak masa berbuka..Dia ckp kongsi dgn wife je la...Eh eh, saya nak makan sorang,xnak kongsi...Haha...Arjuna buat2 makan je sikit2...Dia mana la suka...Seb bek buka cheesecake...Kalo x, dia kemam dlm mulut, pastu buat muka masa nak telan...Hahahaha...
Qasyaf pun xle makan kek sbb elergik...makan ceri je la sayang oi....Qisya geng mami...Semua benda boleh makan dan suka makan...heeeee....
Oklah, itu je la nak cite...Rasanya ni entry terakhir tuk Ramadhan kali ni...
Kalau ada salah dan silap sepanjang penulisan saya, saya mintak maaf banyak2 ye...Sehingga berjumpa lagi lepas raya...Saya beraya kat Rantau Panjang tahun ni....Klinik still buka hingga esok (sabtu)...Tengoklah, kalo patient ramai, kami balik kampung hari Ahad je...Kalo xde org, petang Sabtu balik lah...
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin....
Daaa!!
No comments:
Post a Comment
this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)