kita2.... ;-p

Thursday, July 3, 2014

bulan ibadah bukan bulan juadah

Kenapa yea?. Asal bulan puasa je org sebok sgt la bcerita pasal makan. Makin puasa makin banyak makan. Puasa je, bukan main memasing duk upload juadah berbuka. Puasa je,memasing duk salin resepi. Apa,masa bulan tak puasa x cukup makan ke?...heeeee....Bukan mengata org lain neh. Peringatan tuk diri sendiri jugak. Heeee....

Bulan puasa ni,jadual kerja Arjuna sama je. Selang satu malam kne gi kerja. Cuma waktu kerja tu  berubah la. Dia tutup Sawari kul 5pm. Buka balik kul 8.30pm. Time kne kerja,lepas berbuka,kami sama2 keluar rumah ke tempat kerja masing2. Time Arjuna xyah kerja, dia akan solat terawih kat masjid area klinik saya. Alhamdulillah,setakat ni kami x miss berbuka bersama.

2nd day of Ramadhan, saya berjaya buat ayam percik. Resepi sama mcm ibu buat. Tp kenapa rasa dia x se ong yg ibu buat ek?...Masakan seorang ibu ttp jadi pujaan anak2nya kan. Kerabu yg bli kat Rantau Panjang masih elok. Rebus telor masin. Goreng  keropok keping. Walahhhh,berbuka dgn nasi kerabu la kami.



3rd day of Ramadhan, saya beli sotong dan ikan cencaru. Sepetang duk sibok Google resepi sambal ikan cencaru belah belakang. Tanya kawan2 kat group whatsapp jugak. Last2 mntk resepi dgn biras. Nak masak utk suami,kne la ikot selera kampung halaman dia kan. Maka terhasillah ikan cencaru sambal belah belakang dan kerabu sotong. Arjuna ckp sedap. Tp xsama dgn ma dia buat katanya. Sekali lg,xle lawan masakan seorang ibu. Takpe2, nanti Qasyaf besar ,dia plak puji masakan saya dpn bini dia kan. Hehehe.

Semalam,kami berbuka di rumah ibu. Saje nak berbuka ramai2. Menunya nasi minyak ayam masak pedas. Dan pengat pisang yg superb!.

Hari ni plan nya nak buat tomyam tenggiri. So,kiranya masih mampu btahan utk tidak ke bazar ramadhan la ni. Hihi.... Sekian cerita pasal makanan. Daaaa...

No comments:

Post a Comment

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)