kita2.... ;-p

Monday, June 30, 2014

azam Ramadhan Harzlena

Kihkih..Takde tajuk nak letak..So, kita pinjam tajuk azam Ramadhan Su. Heeee...Patotnya tajuk ni utk entry lepas kan..Takpe lah...

Sapa tgk cite tu?...Bestlah..Lain dari yang lain sbb setiap episod ada resepi. Boleh cilok2 buat menu berbuka puasa. Drama ni dah tayang seminggu dah..Saya dah try dah pun resepi kebab dia. Senang dan sedap. Meh kita tgk sama2 jom.

Eh, saya bukan nak promote drama Rita Rudaini tu. Ni hah nak bebel sket. Last year kan, apa aktiviti Ramadhan saya ek? Dah godek2 dari blog ni, tp entry masa bulan Ramadhan tahun lepas ada 2,3 entry je. Tu pun x cite sgt pun pasal bulan puasa. Bila recall balik, Ramadhan last year saya dah resign. Tp klinik blom buka. Kiranya surirumah terhormat la. Sbb tu kot xde enrty. Sbb sebok melayan anak teruna dan anak dara yg dua org tu. Ramadhan last year Arjuna still kerja kat Kerteh. Still berulang alik 2,3 hari sekali. Dah tu?..Saya buka puasa kat rumah ibu?..Ye la kot ek..Kat mana lagi?...Tp siyes x ingat. Mcm samar2 je ingatan ni. Rasanya ada jugak ikot Arjuna lepak di Kerteh. Bertolak ke sana selepas bersahur. Hurmmm, nampaknya, Ramadhan tahun ni kne rajin sket menulis. Barulah kejadian2 penting mahupun kejadian harian tak akan dilupakan. Kan. Saya masak apa tuk buka puasa tahun lepas pun sikit xde tulis kat blog. Ke tak masak langsung. Tak kan la kot. Siyes xingat.

Untuk Ramadhan tahun ni, 1st day puasa kami kat kampung Arjuna. Alkisahnya my MIL sakit2 sejak kami balik kampung yg bbrp minggu lepas tu. My MIL ada gallstone, bladder stone, kidney stone. Dah siap buat ct scan kat private hospital..Tp dia xnak proceed treatment.. Takot sgt dgn spital. Sejak hari tu, dia x boleh makan. Bau nasi loya, bau lauk pauk loya. Memula tu, boleh jugak la telan mee dan laksa. Skang, semua xnak. Loya katanya. Kalau paksa jugak muntah katanya. Ntahlah...Kalo org preknen, boleh kata sbb perubahan hormon. Ni, sbb apa pun xtau. Mebe sbb kesakitan stone kot. Mebe takot nak makan nanti sakit. Mebe ikotkan perasaan sgt?..Ntah la...Bila x makan, mana la ada tenaga. Melepek je baring...Sekejap2 menangis. Saya pun xtau nak buat mcm mana. Huuuu...Arjuna pun risau2.

Mulanya saya xnak ikot balik. Sayang wei tinggal klinik. Miracle of 30 Syaaban. Lambakan patient di klinik gigi. Tp Arjuna mcm nak jugak bini dia ni balik. Sanggup tunggu sampai tgh hari. Bagi peluang saya setel patient di sebelah pagi. Saya sempat buat 6 org patient. 2 org tpaksa tolak sbb Arjuna nampak resah gelisah nak balik kampung. Kami bertolak balik kul 12 tgh hari. Klinik still buka. Jual ubat2 je la. Ptg, staf saya melaporkan, patient bduyun2 datang dan ada yg marah2 sbb mcm mana boleh xde Dr, sedangkan klinik lain sgt pack. Wahhhh....Hebatnya hari terakhir sebelum Ramadhan. Heeee...Tp nak buat mcm mn. Takde rezeki saya dr segi income la tu. Huuuu...

Oh ya...Jumaatnya, saya buat program sket kat klinik. Sapa tahu pasal betulkan gigi tanpa perlu pakai braces?...Haaaaa...im doing that treatment ok!...So, the company dtg buat taklimat kat my clinic. Saya ajak 5 org kawan lagi join. Dan dah ada seorang patient dah!...Sapa nak tahu lebih lanjut boleh buka fb Klinik Pergigian Dr Len or my IG ok...

Oh ya lagi satu....Wafiq, anak sedara saya kne operate jantung dia Khamis baru ni. Ibu, ayah dan adik je pergi IJN naik bas Khamis mlm Jumaat tu. Kalo ikot hati, mmg saya nak ikot. Tp saya kan ada program Jumaat. Tak dpt la. Huuu.. Now hari ke4 selepas operation. Wafiq is going well. In shaa Allah, if ada rezeki soping raya kat KL dlm ms terdekat ni, mamilong pergi tgk Wafiq yea.

Tgk, cerita pun dah jadi tunggang langgang..Nak cite pasal Ramadhan kan. So, 1st Ramadhan Arjuna bawa MIL gi klinik lagi. Otw balik, dia borong pelbagai jenis lauk. Gulai ikan merah, ikan kembong percik, ikan patin masak tempoyak, ikan keli gulai daun kesom, kerabu, buah melaka dan air soya. Sakan seh. mentang2 selera kampung sendiri. Kami balik KT selepas solat isya'. Nampaknya saya blom sempat berterawih Ramadhan kali ini. Last year 2x kot terawih berjemaah kat masjid dgn Qisya yg giat merangkak ke mana2.

Ramadhan ni, klinik beroperasi macam biasa. Cuma waktu je berubah sket ikot keselesaan bos. Haha.. Buka klnik pukul 10.30am, bos aka saya sendri bajet nak tido balik lepas Arjuna gi kerja setiap pagi. Hahaha.. Ptg tutup kul 5pm sbb bajet nak balik masak setiap hari. Malam klinik buka kul 8.30pm-10.30pm.

Ada ramai yg tny, buat treatment gigi masa puasa tak batal puasa ke?...If sengaja telan air tu, batal la. Sebenarnya banyak pendapat pasal ni. Ada ustaz yg kata makrukh. As for me, utk ptt yg dtg bulan puasa ni, saya akan buat treatment yg diminta sajalah. Takde proses marketing la. Kalau x, patient nak tampal, bila saya cek, ada yg perlu cabut or scaling, saya bagitau la. Bulan2 puasa ni, xperlu la kot. Kan menyumbang kepada kurang pahala puasa patient plak kan. 

Hurmmm, petang ni nak masak apa ek?...Santan dah beli. Dlm freezer ada ayam..Kerabu yg Arjuna bli semalam pun ada sebungkus lagi x usik. Mebe jadi nasi kerabu ayam percik tuk buka puasa nanti?..Walahhh...Heeee

Ok lah...Sekian dulu untuk coretan 2 Ramadhan 1435H. Bai.




3 comments:

  1. lama gile tak baca blog u, harzlen! hehe

    rezeki patient dtg berduyun akan tiba lagi nanti. dun worry. ikot cakap suami tu, banyakkkkk pahalanyer! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun jarang tulis skang ni....Ni ramadhan kali ni nak tulis bnyk...ganti ramadhan tahun lepas xdak entry...haha

      Delete
  2. sedapnya nasi kerabu ayam percik. dah la pepetang ramadhan ni iskkk. salam kenal awk :)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)