Thanx to
Hidayahdeiya dan
Chuy4 kerana sudi menambahkan bilangan follower blog ini... Tepukan untuk anda berdua!.. Plez give me ur link ya!...
Saya sudah balik !.. Ya.. Setelah seminggu tidak menjengok blog, saya kembali mengadap skrin ini. Rindu..
Tapi, lebih rindu apabila tinggalkan Arjuna. Sangat2 rindu sebenarnya. Minggu lepas kali pertama saya berjauhan dengan Arjuna selama beberapa hari setelah 3 bulan hidup sebumbung. Perasaan tu, sama macam zaman duduk jauh dulu2. Tp lebih parah kot. Sbb sudah 3 bulan duk cium ketiak dia..Hahaha..Ketiak Arjuna wangi tau. Sbb dia suka mandi. Hahaha...
Hurmm, dulu, semasa bujangan, saya tak kisah pun kalau kene outstation lama2. Malah, rasa macam x best pun ada kalau kene tinggal rumah sehari dua je. Sebab, kalau balik pun, bukan ada apa. Takde siapa yang tunggu. Dan saya heran bila ada kawan2 yg tak nyempat2 nak balik. Ada tu, bila dah hari terakhir, mula la jadi cacing kepanasan. Tak senang duduk sebab tak sabar nak balik. Sekarang, tiba2 saya faham perasaan itu. Perasaan nak balik cepat tu. Sebab, ada yg menanti di rumah. Ada yang merindui. Rasa mcm, oh cepat la masa berlalu..Nak tengok muka dia. Nak peluk cium dia!.
Memang itu pun rancangan awal saya. Ahh, tak kira la apa org nak kata. Saya nak peluk cium Arjuna kat airport bila dia amik saya nanti. Kiss kat public mcm orang putih pun takpe. Hehe. Tp, malam tu, entah kenapa, perjalanan udara tu buat saya nak muntah. Berputar2 kepala saya. Saya mmg tak suka kapal terbang! Tapi, kali ni, saya makin tak suka kapal terbang!!. Di KLIA, bukan main lagi saya bersolek selepas solat Margrib tu. Guna make up baru lagi. ( of kos pergi KL kene soping kan..hihi). Konon2 nak cantik2 je bila jumpa Arjuna selepas 4 hari berindu dendam di telefon je. Tp, alih2, kawan saya ckp, turun dari kapal terbang, muka saya pucat. Pucat sangat! Mungkin sbb menahan diri dari muntah kot. Alahai...
Itu cerita rindu meninggalkan suami. Apa pula cerita saya di KL.. Saya ke KL atas urusan kerja. Ada conference. Conference apa?. Rujuk gambar je la yea. Malas nak taip tajuk conference yang panjang tu. Hehe.

Hahh, itu lah dia. Org2 hebat dalam dunia pergigian ni. Oh ya.. Sekarang korang percaya x yang "Colgate, pilihan Dr2 Pergigian"... Macam mana tak pilih, dia yang banyak taja kami. Hehe..
Conference ni, waktu siang je. Dari pagi sampai petang duk dengar pembentangan research. Dah lama sangat rasanya saya tak dengar benda2 yang menyesakkan otak macam tu. Nak pulak bila orang Jepun atau Korea atau Thailand yang bagi talk. Susah payah derang cuba pronounce English dgn betul, susah payah jugaklah saya nak faham sebutan pelat derang tu. Tp, kadang2, mestilah saya lebih banyak bercakap2 dgn orang sebelah daripada mendengar talk. Haha. Sekali sekala jumpa member lama, terutamanya yang kerja negeri lain, apalagi, gosip la. Kalau rasa bersalah sbb kurang mendengar apa yg profesor2 hebat bentangkan, amik je la gambar setiap slaid yg tpampang tu..Nanti, ada masa tluang, kita review balik..Hihi...
Yang best tentang conference pergigian ni adalah, banyak booth jenama ubat gigi. Tp kali ni, tak banyak macam selalu pun. Tp, boleh la bawa balik bekalan berus gigi untuk bbrp bulan.

Tadaaa...Ni dikira tak banyak ok..Selalunya lagi mewah kami boleh dapat. Mungkin sbb derang dah sponsor beg yang hebat kot..

Dalam beg tu siap ada bbrp buka nota, key chain, bbrp batang pen dan journal2.

Tapi nak buat apa beg tu kan..Lebih baik beri lebih banyak berus gigi..Huuu..Opss, catalog Coach & Nine West tu bukan disertakan dlm beg ok...Saya, saje je letak dlm beg tu..Bosan2 tgk slaid pasal gigi dan mulut boleh belek handbeg dan kasut..Haha
Siang, menambah ilmu. Malam, menabur duit. Ya, itulah yg best. Bagi kamu2 yang memang duduk kat kota metropolitan, mungkin tak heran sangat soal shoping di shoping complex yang besar. Tp, bagi saya yang di pantai timur ini, dapat ke KL adalah sangat seronok. Sound pathetic rite?!.Huhu.. Saya akui, kami takde shoping complex yang hebat di sini. Bukan nak kata kat sini kampung terus. Tak jugak. Kalau bijak mencari, boleh je pakai Guess dan Levis. Tp, jangan harap nak tengok bayang2 Burberry ataupun French Connection. Silap hari bulan, ada orang gelak kot bila kita pakai kasut nama Miu Miu. Nama kucing ke?..erkkk... Jadi, bila sekali sekali ke KL tak salah kita amik peluang keluar masuk shoping complex kan. Saya sendiri lama tak ke KL. Terakhir, June yang lalu. Hurm, wajar kalau saya jadi macam "sang kancil keluar kandang" kan. Tak boleh guna "rusa masuk kampung" sbb bukan saya tak pernah ke KL. Jadi, marilah guna peribahasa baru ciptaan saya tu..Hehe..
Conference di Hotel Istana. Tapi saya lambat book bilik, hotel dah penuh, jadi saya tinggal di Royale Bintang Hotel. Di tengah Bukit Bintang g2. Antara kawan2 dr Terengganu yang ikot serta, saya lah kononnya yg pernah jadi warga kota. Dulu la. Zaman belajar. Jadi, saya ketua rombongan Che Kiah. Malam pertama kami ke Pavillion. Belum mampu untuk rembat2 sesuka hati di Pavillion. Tp sekurang2nya saya boleh cium bau dan pegang2. Hehe. Malam kedua kami ke KLCC dan malam terakhir, saya balik "kampung" iaitu Mid Valley. Bukankah Mid Valley kampung budak UM?..Haha..Hurmm, dah tak cukup malam untuk ke The Curve. Tak apalah, lain kali saja. Kawan2, hanya mengikut saja rancangan saya. Yang menarik, bos yang digeruni kami pun join kumpulan shoping saya!.. Mungkin sbb dia takde kawan kot. Tu yang tak kisah ikot anak buah lenguhkan kaki. Nak tau tak hasil shopingan saya??..Hehe..Tak payah la yea..Haha...
Itu kisah saya minggu lepas. Hari minggu, saya balik rumah ibu ayah. Bawa balik bantal hantaran yang saya dah siap jahit. Ibu teruja! Saya sendiri macam tak sabar nak hias buat hantaran. Tp, majlis tunang adik saya lambat lagi. Sebulan lebih lagi. Tp, Sabtu, saya pergi kedai bunga. Beli bunga. Untuk bunga dan hiasan saya yang belanja. Sbb saya mahu DIY mini dais untuk adik saya. Biarlah mengikut citarasa dan kesukaan saya. Adik saya hanya mengikut saja. Kat kedai bunga, saya baru tau nama satu jenis bunga ni. Siti Zubaidah. Korang tau bunga Siti Zubaidah?

Haaa..Inilah dia...Pic dr Google..Juga dikenali sebagai Hindrangea. Saya baru tau nama si cantik ni Siti Zubaidah. Padahal dulu, saya guna bunga ni sebagai bunga tangan majlis sanding saya.

Hihi..tayang pic kawen sket...Owh ya, hari ni genap 8 bulan kami berkahwin. Sangat cepat masa berjalan kan.. Doakan kami cepat dapat baby yea...
Ok, berbalik kepada bunga. Saya dah beli bunga untuk mini dais dan bunga untuk hantaran. Again, this time i choose to use artificial flowers untuk hiasan hantaran. Sbb saya ni jenis tak sabar. Nak buat awal2 sbb nak tgk hasil cepat2. Update lain mengenai majlis kak ngah, saya dah book OP. Bukan OP terkenal serata Malaysia. Tp, tengok hasil dlm website dia, dia mampu pergi jauh. Biar kami jadi antara pelanggan yg boleh bawa dia pergi jauh. Tak salah mcuba kan. Asalkan dia boleh dibawa berunding tentang konsep yg saya mahukan.Ya, yg saya mahu. Bukan adik saya mahu. Sbb saya lebih tahu..Hehe..
MUA untuk adik saya belum dijumpai. Yang best2 dah fully book...Tiba2 saya rasa mahu masuk kelas make up pengantin. Boleh x??..
Sekian.. Daaa!!!!
Psstt...boring dah tengok header pasangan duk tepi jalan tu kan...So, Tales About White Lace And Tiara akan tiada header untuk bbrp ketika..Sehinggalah penulis ada idea baru nak letak apa sebagai header...heee