kita2.... ;-p

Friday, August 26, 2011

malam tujuh likur

Malam 27 Ramadhan.. Org dulu2 panggil malam tujuh likur.. Sekeliling rumah dihias dgn pelita yg terang benderang menerangi laman. Tanda mengalu2kan kedatangan Syawal. Masa ni lah, ada jamuan makan2 sesama jiran tetangga mahupun penduduk kampung semperna meraikan bakal berakhirnya Ramadhan dan tanda sudah khatam sebuah Al-Quran yg dibaca secara tadarus. Suasana indah. Masing2 sibuk membuat persiapan tibanya lebaran.

Dan saya, masih di sini. Di kuaters klinik. Masih belum ada tanda2 mahu bersalin. Agak kebosanan setelah selesai mengemas barang2 yg ingin dibawa pulang ke kampung halaman. Tp kenapa belum balik2 lagi sedangkan saya suami isteri sudah mula bercuti?Hurmm, sebabnya, saya menunggu adik2 saya untuk pulang bsama2. Kak ngah dari Kuantan. Dia ke sana kerana berurusan dgn vendor kahwinnya. Acik pula dari KL. Tpaksa ambil bas lompat2 kerana semua tiket sudah habis. Mujur tiket Medan-KL nya selamat dibeli awal2 lg..Maka, menunggu di malam2 menjelang raya di kawasan perumahan yg sudah sunyi sepi ini amat menyeksakan..Arghhh!..Saya mahu segera pulang! (mood balik kampung tetap ada walaupun setiap hujung minggu balik kampung yg dekat itu..hehe)

Sekian.

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA..
Mohon maaf atas segala khilaf...

Wednesday, August 24, 2011

Minggu ke 38...

Assalamualaikum people...

Alhamdullillah, hari ni sudah 24 Ramadhan.. Sudah 24 hari saya berpuasa. Memang penat, memang dahaga, memang lembik. Dan semalam, menjelang tengah hari, saya mula pening kepala. Waktu rehat tengah hari, balik kuaters, terus baring di katil dan paksa diri tuk lelap seketika..Terus terlajak sampai pukul 3 pm. Huh, gaji buta. Tapi saya tak sengaja. Masa bangun tu pun masih sakit kepala..Pergi kerja jugak dlm sakit2 kepala tu..Sampailah petang.. InsyaAllah, esok Khamis, balik kerja awal..Pukul 3pm dah balik. So, saya xkan balik rehat tengah hari la..Ganti masa yg ponteng semalam..

Untuk berbuka semalam, gagahkan diri tuk masak. Sejak bulan puasa ni, Arjuna sangat liat untuk makan di luar @ beli kat bazar Ramadhan. Tak kene selera la tu. Lepas Arjuna masak nasi, siang lauk, saya pula yg masuk dapur. Ya, kami memang tolong menolong di dapur, tp bukan dlm waktu yg sama..Tak boleh 2 org serentak berada di dapur. Asik nak komen satu sama lain je..Jadi, lepas siapkan semua bahan, Arjuna serahkan pada saya tuk masak pula. Ingatkan xnak masak dah semalam, tp sian plak Arjuna nak kne masak sendiri. Jadi, saya buatkan asam pedas ayam dan goreng ikan je tuk dia. Saja tukar selera..Biasanya ikan yg dibuat asam pedas kan..hehe.. Sayurnya, ulam timun je. Dan tembikai..Ringkas..Tapi Arjuna mmg memuji2 lah asam pedas saya. Kembang rasanya hati dan hidung ini..Hahaha..Arjuna makan bertambah2..Biasanya kalau masak nasi byk tu, akan cukup2 tuk buat sahur..Tp mlm tadi, kne masak nasi lain sbb nasi yg sepatutnya mkn 2x tu tinggal secoet je..Itulah part yg best bila masak tuk suami..Setuju x kawan2?..Hehe..

Malam, lepas isyak, tekak rasa nak makan kuih sgt2..Arjuna x ke terawih..Dah kekenyangan melampau mulalah malas terawih..Saya terus ajak dia kuar beli kuih..Tak tau nak kuih apa sebenarnya..Tp kami ke kedai kek Sweeden..nak ke Secret Recepi jauh la plak..Sweeden pun Sweeden lah..Saya beli blueberry cheescake dan oren cheesetart tuk saya dan donut tuk Arjuna. Terus balik..Tepi jalan ada org buka kanopi jual biskut raya. Singgah.Beli tart nenas gulung..Hahh, tengok tu..Tart nenas gulung x comel langsung...Besar gedabak!..3x gigit baru habis..Saya dah makan 5 ketul tu..Dan Oren cheesetart pun dah habis sebiji...Sudahnya, malam tadi, blueberry cheescake x termakan sbb kenyang..Mlm ni la mkn..Hehehe...

Pagi tadi, pukul 7.30am, hujan turun dgn sgt lebat.. Nikmat sangat berada di atas katil, bawah selimut..Makanya, haruslah tak pergi kerja!..Haha..Takde patient apoinment hr ni..So, xpelah saya cuti..Lagipun, sakit pinggang mcm menyucuk2..Lagipun awal2 lg bagitau bos this week mungkin saya pergi kerja mungkin jugak tidak. Bergantung kepada kesihatan. Mujur bos faham. So, untuk minggu ni, Ahad dgn hr ni la saya cuti..InsyaAllah esok gagah tuk gi kerja. Saya dah hantar permohonan cuti bersalin 90 hari. Bila dikira2, start cuti bersalin 4 September iaitu selepas raya, dan saya akan mula kerja pada 4 Disember nanti..Bunyi macam lama kan..Tp mesti rasa x cukup sbb xpuas main dgn baby...

So, begitulah diari minggu ke 38 pregnancy ini..Baby, bila mau keluar ni???

Tuesday, August 23, 2011

persiapan raya & baby not engage yet..huuu

Dah semua orang mcm duk bcerita sal psiapan raya, saya pun nak cakap sal psiapan raya jugaklah. Walaupun sebenarnya, mood raya tu mcm belum menyerap ke dalam diri la. Mungkin sbb duk saspen nak sambut baby, jadi, keseronokan raya dengan sendiri teralih ke tepi.

So, persiapan raya saya?..As usual, theme colour adalah masih mengikut thema colour family saya..Kaler kalabu untuk tahun ini.. Baju raya adik2 dan jejaka2 dlm family dah siap tempah awal2 kecuali Arjuna. Dia degil, tetap nak tempah baju melayu dia kat cina siam kat sempadan golok nu hah..Cina tu suh amik 25 Ogos ni...Hahhh, dah nak dekat raya sgt tu...Then, xtau mcm mn nak balik amik sbb saya skang ni dah sarat sgt dan perut asik sakit main2..Tak kan Arjuna nak gi balik Kelate amik baju raya dia tinggalkan saya sekali lagi..Kne cari altenatif lain..Tp mcm mn pun, baju melayu kaler kelabu Arjuna tu mesti sampai Terengganu sebelum raya!..Kalau x, dia xle bgambor!..Saya sendiri dah beli sepasang jubah kaler kelabu tuk raya..Ye, jubah ok..No more kurung moden ikut bentuk body yg montok ini...Kalau beranak sebelum raya, baju tu jugak la yg saya pakai..Takde baju lain dah..Dan, hanya sepasang itu baju baruku!!!...

Tudung raya pun dah beli..Tp mcm x berapa puas hati sbb kirim kat orang tuk tolong belikan..Tak berapa nak bling2 la manik dia..Huuu...Songkok Arjuna, pakai yg akad nikah last year sj..Tak kan songkok hitam yg dah sah2 sama patern nak kne beli baru tiap tahun kan..Samping pun sama...Mungkin pakai yg akad nikah punya, xpun pakai yg lama punya. Kne tengok dulu mana yang matching dgn kaler kelabu..

Kasut or sandle raya x beli pun..Mmg ada bkenan bbrapa sandle cun masa gi beli belah tuk adik..Tp xle nak try sbb kaki tgh gemoksss...Macam xde saiz plak..Semua sandle jd kecik tuk kaki ni..huuu..So, xpelah...Kalau x beranak lg, saya bukannya nak kuar bjalan2 di hari raya pun..Mesti melepek je kat rumah sbb x larat..Dan kalau beranak pun, sah2 xke mana2..Tak kisah pun xde sandle or kasut baru..

Tp handbeg, mmg xle tolak..Ngee ngee.. Tak peduli la larat bawa perut ke x, bpantang bsanggul tinggi ke x, handbeg mmg xle tolak..Dah order dr US pun...Katanya 2,3 hari lagi sampailah..Hihihi..Part ni lah paling best!!!... Sungguh x sabar.. (selain x sabar tunggu baby keluar la)...

Biskut raya?..Oh, saya bukan pbuat kuih raya..Tapi saya pembeli tegar biskut raya..Sejak kerja dan sampailah dah kawen, saya yg sponsor beli biskut raya untuk rumah ibu.. Tahun2 lepas didapati pembelian biskut raya adalah satu pbaziran..Ye la..adik2 saya dan saya sendiri x mkn sgt biskut raya..Beli biskut raya bbalang2 juz tuk tetamu sahaja..Dan biasanya sampai raya haji pun belum tentu habis..Maklumlah, masa beli, rambang mata..Semua jenis nak beli..Beli lak dlm kuantiti yg banyak..Sudahnya, xde org nak mkn..Nak harap tetamu yg mkn, berapa kerat sgt la tetamu yg dtg..Bukan rumah artis pun kan..Lagipun, tetamu biasanya lebih suka mkn kuih basah drpd biskut raya..Betol x?..Jadi tahun ni, kami (saya & ibu) berazam xnak beli & hidang biskut raya tu..Kami nak tukar style..Tukar kepada kek..Kek yae..Bukan kerepek, tapi kek..Sehari sebiji kek..Kek yg lawa yg ada hias2 tu la...Bukan kek yg dah potong letak dlm balang...Bukan juga kek secret recepi..Kopak la saya kalau nak kne beli kek secret recepi berbiji2..Dah siap tempah pun kek2 tsebut untuk seminggu hari raya..Pelbagai perasa g2..Tiramisu, coklat moist, blueberry cheesecake dan apa ntah lagi...Amik ko..Kalau tetamu x mkn, gemoks la adik2ku asik mkn kek tiap hari..hahaha...Dan akan gi amik kek setiap hari kat kedai kek mengikut order yg telah dibuat...Jenuh?..Hahaha...Saya dgn ibu mmg bukan2...Layan je la..Kita tengok, tahun ni, kek2 tu habis x setiap hari..InsyaAllah, saya akan update pic kek dan progressionnya sama ada habis ke x habis setiap hari..Kalau style ini bjaya, korang pun boleh try tukar selera yea..Kalau dah bosan mkn biskut raya la..Plus, akan beli kacang2 yg best mcm pistachio dan gajus..Kalau kaya boleh bli badam & hazelnut tuk tetamu..Ohh hoo...

Raya tahun ni, of kos la beraya rumah ibu ayah saya lg..Tak kan nak travel balik Kelate..Saya xnak tberanak kat Kelate ok...Apa2 pun, beranak di Terengganu lebih baik, sbb dkt dgn ibu sendri..Sian Arjuna, dah 2x raya dah raya rumah saya..Takpe, tahun depan, janji, kita raya Kelate okeh..Hehe...

Ok lah...udah2 la mbebel pasal raya..Nak cite sal baby pulak...In 2 weeks time, berat baby dah naik 1 kg lebih dah berat saya turun 1.5kg!..Tak sangka lak berat ms preggy leh turun..Sbb selalunya, tiap kali pergi check up, mmg naik bagai juara...Mungkin sbb puasa..Setakat ni, Alhamdulillah, syukur, saya belum tinggal puasa..Penat tu mmg la..Tp kata Dr, xpe je nak puasa..Sbb org bdn mcm saya ni, xde masalah..Banyak lagi lemak2 dan zat2 tkumpul yg baby boleh serap walaupun mummy puasa...Skang ni, asik tanya baby bila nak kuar je..Sbb perut mcm dah xle nak expand lagi dah..Bila bbuka, xle mkn nasi sepinggan penuh..Nanti xle nak masuk kuih dah..Tapi sy mmg byk minum air...Tp bkn air masak..Macam xle nak telan la air masak..Ais tu mesti..Sejak kencing kotor, ibu suh saya minum barli..Then, utk elak baby kuning, saya mula minum susu kambing HiGoat tu...Then nak kne minum Anmum Maternal jugak...Tp bulan puasa, saya suka soya ais & milo ais..Tengok brapa byk jenis minuman daa nak kne minum..Sbb tu tolak air masak..Huuu...tp saya cuba jugak la minum air masak 3,4 gelas...Hurmmm...

Ni br lepas check up kat KKIA dgn misi..Misi kata kepala baby lom engage..Sepatutnya untuk anak sulong, 36weeks dah engage..Ah sudah..Then misi refer MO..Dr tu ckp, jgn risau..Baby dlm normal weight..Kepala baby pun normal..Tak la besar..Katanya, benda ni luar jangka..Baby akan sesuka hati je nak engage bila...Mungkin saya kne byk bjalan..Tp kata Dr, xsemestinya byk jalan tu bleh wat kepala baby engage...Tp boleh cuba..Ok, mlm ni nak gi soping la..Nak jalan je x nak bhenti..Biarlah penat pun...huuuuu...

What if i kne induce or ceaser?..Ada sapa2 nak kongsi kisah kne induce or ceaser x?...Juz nak mentally prepare..Huuuu..

*boleh plak tukar tajuk tuk entry yg sama..hehe..sebab nak tambah sket entry sal baby engage....

When your baby's head moves down into your pelvis, or engages, depends on many things. And rest assured that if your baby's head engages early, it doesn't follow that you will give birth early.

Just as every mum's labour is different, every baby engages at different times towards the end of pregnancy.

When the time comes, your baby moves down because the lower part of your uterus (womb) expands. Your baby's head, or bottom if he's in a breech position, will sit a little lower in your pelvis.

When this happens, it's called lightening. You'll understand why it's called that when you suddenly feel you have more room to breathe. The pressure of your baby low down on your bladder, though, means that you'll need the loo more often!

First-time babies tend to engage from about 36 weeks. However, some babies only engage once labour starts.

If this is your first baby, it's natural to worry if he still hasn't engaged when your labour starts. Rest assured that, in most cases, this is not a problem. The power of your contractions will soon push your baby down.

Here are the things that can affect when your baby engages:

-Your baby is lying with his back to your back, in a posterior position. It's harder for your baby to engage like this and it can make labour harder too. Try our tips for helping your baby to turn.

-Your baby has room to move. This can happen if there's a lot of amniotic fluid or you have had a baby before. Your baby may lie across your tummy (transverse) or at an angle (oblique). In these positions, he's less likely to engage before labour starts.

-The shape of your pelvis, the position of the placenta, or a harmless growth (fibroid). All these may affect whether and when your baby engages.

-You are expecting a big baby. In this case, your baby may not engage until contractions start.

-You are expecting twins or more.

If you're not sure whether your baby has engaged yet, ask your midwife at your next appointment. By gently pressing around the lower part of your bump, she can feel how far your baby has dropped down into your pelvis.

Your midwife will write a figure in your notes to record how many fifths of your baby's head she can feel above the edge of your pelvis. So 5/5 or 4/5 in your notes means that your baby hasn't dropped down yet, while 3/5 or 2/5 or less means that your baby is engaged.

Source : Baby centre

Dah tgk buku pink, Dr tulis 4/5.... Hopefully bbrp hari lg engage...Or insyaAllah engage ms contraction..Amin amin...Link

Saturday, August 20, 2011

was that false alarm?

Hello readers...
Assalamualaikum...
Haishh, lama pulak saya menyepi. Takde mood!..Langsung x buka lappy.. Malas!..Nesting instinct mungkin?

Straight to the point, dear diary.... :-P

Isnin 15 Ramadhan 1432H, saya bangun macam biasa. Siap je mandi, tetiba, perasaan malas gi kerja datang membuak2. Malas! Malas! Malas sangat2..Lagipun, hari tu saya xletak apa2 apoinment. Kalau pergi pun, mmg sekadar duduk melangut dan menunggu patient emergency saja.Itupun kalau ada. Dalam hati mmg bkira2 mau cuti saja. Tapi, cuti saya tinggal hanya 16 hari. Banyak x tu? Macam x banyak je kan. Sbb plannya, lepas cuti bersalin 90 hari, mau sambung cuti lagi. Atau saja nak simpan cuti tu kot2 ada hal2 yg x dpt dielakkan bila dah ada baby nanti. Tp, tetap, rasa malas menguasi. Saya pun terus kol klinik bagitau saya cuti. Ingat lepas kol klinik, nak sambung tidur. Tapi, oleh sebab dah mandi, badan rasa segar la plak. Tak boleh nak tidur la plak.. Dalam pada tu, bcakap2 dgn baby, "bila la baby nak keluar ni?"..Heee...

Dalam berangan2, terambil la jugak lappy. Buka blog kawan2..Baca sikit2..Mula rasa bosan..Buka pulak blog masakan..Sibuk la salin resepi..Bila dah xtau nak buat apa lagi, bangun dari katil, terus kemas rumah..Yea, rumah saya mmg berhabuk..Vacuum dah 2 minggu rosak. Dan saya mmg x suka guna penyapu. Tp oleh kerana nampak macam berhabuk sangat rumah tu, penyapu pun penyapu la..Saya menyapu, mengemop dan kemas rumah..Hah, amik ko, berhasil jugak cutiku hari tu. Lepas siap semua, mula la exhausted. So, baru boleh tidur dgn nyaman. Tidur sampai petang..Arjuna balik, saya still rasa penat..Arjuna pun masak la..Aiseh, bini dah separuh hari tidur, alih2 suami juga yg masak tuk buka. Huuu...

Selasa, xboleh nak cuti2 kerja dah.. Sebab ada apoinment gigi pelsu. Suka makcik pakcik dapat gigi baru tuk raya. Hehe..Petang, mmg plannya xnak masak sbb ingatt nak berbuka kat luar on the way balik rumah ibu ayah. Lama dah x mkn McD..Ingat nak solat margrib siap2 kat rumah, then lepak kat McD.. Masa tu, kami naik kereta Arjuna. Barang penuh la dlm kereta kecik tu. Plannya nak makan kat luar McD je..Open air..Plus, dekat dgn parking..Dekat dengan kereta Arjuna. Tp sekali, ada jejaka x siuman la plak kat luar McD Dungun tu..Tangan sebelah kanan pegang pisau siang daging tu, tangan sebelah kiri lak pegang kayu..Ayakk!..Bahaya tol..Maunya dia tikam & pecahkan cermin kereta camne?..Gerun seh...Tak jd lepak kat McD..Oleh kerana dah order, tak kan nak cancel. Take away je..Huu...Bhenti makan tepi jalan kat kawasan rahat Rantau Abang...Uihh, mcm org balik kampung dr jauh plak..Hahaha...

Rabu, cuti Nuzul Quran, lepak kat rumah ibu je...Petang, dalam penat2 kelelahan puasa tu, sempat jugak saya buat kuih. Kali ni, buat kuih tradisonal pula.

Cucur badak

Cek Mek Molek..Kuih tradisonal Terengganu & Kelate.

Kulit luarnya sama je..Dibuat dari tepung yg digauh dgn ubi keledek yg dilecek..Cuma bezanya inti..Cucur badak ada inti kelapa dan udang kering..Cek mek molek berintikan gula..Yum yum..Menjadi tau..Acik, sila makan..Hehe..

Ibu plak, buatkan mee kari untuk saya..Sangat la sedap...Ini untungnya duk dekat dengan parents..Rasa nak makan je, terus balik rumah & order masakan ibu.Jangan jeles..Hihi..Lagi2 la bila preggy & mengidam2 di bulan puasa..Mmg dipenuhi segala permintaan la..Hehe..Lepas berbuka, Arjuna bertolak balik Rantau Panjang Kelate. Rumah parents dia..Lama dah x balik sana..Lagipun, saja nak buka puasa kat sana sbb lepas ni lambat lg dah nak balik sana..Saya xdibenarkan ikut..Sbb Arjuna risau saya x larat or terberanak kat dlm pjalanan yg jauh tu...Tak la jauh mana..4jam je..Huuu...

Panjangnya cerita, so, apa yg false alarm nya?????

Khamis, 18 Ramadhan 1432H, ada apoinment dgn gynea kat Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital..Ibu yg hantar..Juz drop saya je sbb parking penuh..Maka, masuk la jumpa Dr sorang2 tanpa ditemani sesiapa..Dr cakap, baby semua ok..Baby x betul2 masuk tulang punggung lg katanya..Yg ada problem adalah saya..Kencing kotor..Malah lebih teruk dr result minggu lepas..Saya tpaksa diberi antibiotik. Tapi katanya, antibiotik tetap xakan bkesan jika saya kurang minum air..Huuu..Rasa cam dah x larat dah nak minum air...Asik minum je rasanya..Tp air manis la..Air masak kurang...Huuuu....

Balik rumah, dlm pukul 1.45pm, rasa sakit perut memulas..Pergi buang air besar..Lega..Solat Zohor, tidur..Tiba2 kul 3.45pm tjaga sbb sakit perut memulas yg teramat2 dgn tiba2..Terus blari ke toilet. Tp xle nak buang air besar pun. Tak terkeluar poo poo pun..Sakit sangat2 memulas2 sampai tbongkok2 kat toilet duduk tu..Tangan mmg pegang kat kepala paip kuat2 la..Sakit teramat..Terus teran lagi sbb rasanya mmg mcm nak buang air besar...Teran2 terkeluar la poo poo sikit...Tp x ilang rasa memulas tu..Ada la dlm setengah jam saya duk dlm toilet..Masa tu terus teringat cite2 kawan2 blogger..Ada yg ckp, sakit nak beranak mmg sakit memulas cam nak buang air besar...Saya dah berpeluh2..Kuar toilet, xle nak duduk, xle nak baring..Sakit sangat2 memulas2...Masuk toilet lg..Tapi x jugak buang air besar...Teran2 dgn sesungguh hati, kuar la poo poo sikit..Tp tetap x lega...Saya teran tu sbb mmg rasa mcm nak buang air besar..Rasa nak teran!...Ibu dah risau2...Sbb kata ibu, kalau nak beranak mmg akan sakit perut memulas cam nak buang air besar..Ahhh sudah...Im not ready!!!...

Sakit berterusan sampailah pukul 6pm...Lepas solat Asar, mula reda sikit tp still sakit..Barulah bagitau Arjuna..Lepas buka, sakit lagi..Tp x sekuat td..Ibu ayah ajak gi spital..Tp, saya xnak..Sbb instict kata belum masanya..Plus, im not ready..Arjuna kan xde...Nanti, siapa nak teman kat hospital nanti..Ibu mmg boleh teman..Tp nak Arjuna jugak...Malam tu, mmg baring atas katil je..Resah gelisah..Sakit memulas still ada tp mild..Risau sangat..MIL kol..Dia ckp tu mmg tanda nak beranak..Huhu..Saya berkeras taknak pergi spital..I mmg takot spital!!!...Statement memalukan dr seorang Dr..huuu....Lagipun, ms ibu mengandungkan adik bongsu dulu, false alarm jugak..Sakit bukan main, sampai wad, ilang rasa sakit..Free2 je kne duk spital 1 malam & free2 je kne seluk..Oh tidak...Selagi xde show, selagi saya boleh bertahan & selagi Arjuna x sampai, rasanya xperlu lah ke hospital dulu..Boleh g2?..huuu...Ibu la yg duk pantau saya..Bilik saya kat tingkat atas..Ibu & adik asik duk turun naik tengok keadaan saya...Saya plak duk fikir macam2..Teringat kata gynea td yg baby masih belum engage sepenuhnya..So, kenapa boleh sakit?..Kalau betol2 nak beranak, mesti susah nak keluar sbb baby masih floating kan..Kne guna forsep kah..Kne guna vacuum kah..Ke kne ceaser?..Owhhh, gerun!

Kul 12.30am, Arjuna sampai dari Kelate..Perut pun mula behave..Dah kurang sakit..Just mild pain mcm senggugut...Huuu...Kesian Arjuna..Sempat bbuka dgn parents dia sekali je..Tak sempat nak beli bbrp barang yg saya kirim dari sana..Huuuu....

Jumaat, saya dah ok...Tp asik kne tny "sakit perut x?..Sakit perut x?"..Arjuna asik tanya..Ibu asik tanya..Ayah asik tanya..Mil asik kol tanya...Heeeeee..Tengok, dah menyaspenkan semua org..Haha...

So, begitulah cerita saya sepanjang bbrp hari menyepi ni....Kalau begitulah rasa sakit nak beranak, im think im ready now..Janji, ibu & Arjuna sentiasa ada menemani...Baby, kalau nak keluar, boleh keluar..Mummy ready now...erkkk!!

Sunday, August 14, 2011

penat, sakit pinggang, sakit perut...

Itulah 3 perkara yg tidak lekang dari saya sekarang...Huuuu...

Dear diary...
11 Ramadhan 1432H balik rumah ibu ayah. Buka puasa dengan my faveret rendang ayam..Fuhh, sangat sedaaaappp!!..Makan bertambah lupa akan bahana kalau makan banyak..Saya suka rendang ibu saya ok.. Saya suka makanan yg bsantan, berempah dan berlemak..Sebab itu saya gemoks. Sekian!..Hehe...Seminggu di rumah sendiri asik masak menu kesukaan Arjuna. Ikan stim lah, ikan asam pedas la..Tom yam la..Semua masakan berair2 g2 faveret Arjuna. Bukan feveret saya. Jadi, bila balik rumah ibu sendiri, harus ikut selera tekak saya pula. Sempat juga bawa balik sebalang kecil conflake madu yg saya buat mlm sebelum tu. Khas untuk my little sister. Dessert untuk saya pula, ibu buat pengat pisang..Ya, saya buat kuih tuk adik, ibu buat tuk saya..Hehe..

Resepi confake madu saya, panaskan butter, masukkan madu,gula ising dan peanut butter..Agak2 la jgn bg manis sangat..Masa bancuhan masih panas, gaulkan conflake sampai rata, cepat2 letak dlm paper cup tu,then tabur cokelat rise..Siap...

Malam, selepas buka puasa, terus tinggal pinggang mangkuk tsadai g2, (ibu x suh saya basuh pun..hihi), dan solat margrib & isyak, terus flat.. Ibu, ayah & Arjuna gi terawih. Adik masuk bilik saya main FB (ya, budak 8 thn skang dah ada FB), dan saya kepenatan dalam kesemputan kekenyangan...Penat, sakit pinggang & sakit perut..

12 Ramadhan 1432H, lepas sahur dgn rendang ayam lagi, sambung tidur. Sangat nikmat sbb hujan lebat di pagi Jumaat yg indah itu..Tidur sampai tengah hari. Kemudian bangun uli gandum untk buat donut. Pertama kali buat donut tau!..Selepas Arjuna balik solat Jumaat, pergi soping2 raya.. Ya, sangat kesian. Soping raya di bandar Kuala Terengganu yg xde apa2 itu saja..Dalam kesian2 tu pun, dapat la juga rembat Levis tuk Arjuna, sepasang kain baju kurung & tudung tuk MIL, sehelai t-shirt tuk FIL, dua helai t-shirt tuk ayah, sepasang sandle tuk adik2 lelakiku yg dah besar & demand xnak pakai barangan xde brand..Huuu...Untuk ibu & adik bongsu, awal2 dah belikan bbrpa pasang baju raya..Mereka berdua mmg special sbb tu selalu didahulukan & dapat lebih..Hihi..Adik kot yg paling special sbb seluar dalam pun beli baru..Amik ko,dari hujung rambut ke hujung kaki, ke dalam, dapat yang baru tuk hari raya!..Hak hak hak!!!

Mana la x special kalo comey mcm ni kan...Hehe..

Kalau wat muka huduh macam ni pun tetap comey kan...Haha..

Balik rumah selepas soping2 itu, mmg sgt penat...Tp, donut td belum dibuat bentuk donut kan..Doh dah naik, kne la canai & buat bentuk donut tu...Sepatutnya, tunggu doh naik lagi sebelum goreng, tp dah malas nak tunggu..Dan inilah hasilnya cubaan kali pertama..

Donut kaya gula...Haha..Makan donut ke makan gula???

Berbuka hari tu, ibu masak tomyam ayam+sotong dan dessert sira pisang..Itu feveret Arjuna. Huu..Nasib baik ada lagi rendang ayam semalam yg sengaja saya simpan tu..Saya sorang makan rendang ayam..Suke benor dengan rendang ayam..Sekurang2nya kalau orng lain bgembira makan ketupat dgn rendang ayam di hari raya nanti, saya xlah kempunan sangat kan..

Malam, macam biasa, flat lagi...Penat, sakit pinggang & sakit perut..

Sabtu, keluar dgn ibu & adik pula. Sbb Arjuna pergi handle kereta kesayanganku yg ada problem dgn lining disk break ntah ke apa tu..Kuar dengan ibu, juz bli besen mandi baby, besen tuk rendam baju2 baby, bakul tuk letak baju busuk baby & hanger tuk sidai baju baby..Maka, lengkaplah all the baby stuf..Baby nak keluar minggu ni pun dah boleh yea baby...Opss!,ada lagi, botol2 susu baby belum basuh sbb belum beli bottle cleaner..Ok baby, postpone lagi seminggu boleh? (alasan sbb mummy not ready...huuuu)

Hari ni, pagi tadi, masih gagah untuk mencabut gigi...Takde gigi yg x tcabut ok...

Penat, sakit pinggang, sakit perut...Dah seminggu..Ada sapa2 x yg alami keadaan macam saya ni?.Dah seminggu gnie...Sakit cam senggugut + sakit cam nak yak yak...Huuu...Its not all the time, ada masa2nya especially bila bdiri tlalu lama...Huuuu

Friday, August 12, 2011

minyak selusuh ke air selusuh???

Saya sendiri tidak tahu asal perkataan selusuh tu..Tp, sebut saja selusuh, semua orang tahu, ia adalah melibatkan sesuatu yg memudahkan untuk bersalin. Betul x? Jadi, hari ni nak cite2 sket mengenai selusuh. Ada sapa2 kat sini yang minum minyak atau air selusuh sebelum bersalin?

Mula2, saya rasa agak janggal bila dengar ada orang minum minyak selusuh..Mcm, "haaaa, minum minyak??"...Tp sebenarnya kata ibu, bukan minum segelas pun..Hanya seteguk sahaja. Minyak itu diperbuat dari kelapa parut yang digoreng sehingga mengeluarkan minyak..Dan dibacakan ayat2 jampi pada minyak itu. Boleh disapu pada perut dan dibuat minum semasa sedang sakit hendak bersalin. Kalau zaman dulu2, (malah zaman sekarang pun diamalkan lagi oleh sesetengah orang), minyak selusuh ni, dibuat oleh mak2 bidan atau org yg arif dlm ilmu perubatan tradisonal. Ada sesetengah tempat tu, minyak selusuh ni, diperbuat daripada kelapa yg digolek atas perut semasa adat melenggang perut.

Ibu saya sendiri minum minyak selusuh dulu. Dibuat oleh seorang pengamal perubatan tradisional di kampung.Tp sekarang, ibu x pula paksa saya jumpa orang tu untuk mintak minyak selusuh. Mungkin sbb saya yang konon berfikiran moden kot.. Ibu xnak mendesak la kot...Tak pun ibu mula faham, tiada penjelasan saintifik tentang minyak selusuh ni...Ntah...

Apa2 pun, untuk pengalaman pertama yg berharga ini, saya cuak la jugak kalau nak tolak mentah2 ideologi minyak selusuh ni. Jadi, saya mula google untuk cari maklumat. Ok,yang saya jumpa, mmg ada pendapat tentang minyak selusuh seperti yg saya katakan tadi. Tp, ada juga perubatan moden yg melarang keras minyak selusuh yg diambil dr pengamal perubatan tradisional sbb takut minyak tersebut dicampur dgn bahan2 yg boleh memudaratkan kesihatan terutamanya yang boleh menyebabkan berlaku tumpah darah..Ishk, ngeri pulak kan..Setelah menggoogle lagi, akhirnya saya jumpa cara2 membuat air selusuh yang tidak meragukan dari segi Islam...

Tidak perlu menggunakan minyak!..Hanya menggunakan air masak biasa atau lebih baik menggunakan air zam zam.. Kemudian dibacakan air itu dengan beberapa doa. Cara2nya...
1) Membaca Al-Fatihah
2)Membaca selawat syifa
3)Membaca surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
4)Membaca doa selusuh
5)Membaca doa pemudah
Semua ayat2 tersebut dibaca berulang2 pada air zam zam tadi. Lebih elok jika dibaca oleh suami. Dan diberi minum kepada isteri seminggu sebelum dijangka bersalin atau semasa mengalami contraction. Juga seeloknya disapu pada perut selepas Asar...InsyaAllah, cara begini lebih meyakinkan kerana kita menggunakan ayat suci Al-Quran dan meminta hanya pada Allah..Betul x??...

Saya sendiri hanya ada air selusuh yg dibuat Arjuna ini sahaja..Tiada minyak selusuh yg diminta dr pengamal perubatan tradisional..Tp, masa beli ubat2 kampung untuk mkn selepas bersalin hari tu, pakcik yg jual buat ubat tu bg jugak pil selusuh katanya..2 biji ala2 jamu g2..Makan bila dah masuk labour room katanya..Jadi, itu saja bekal saya nanti..Dan juga kurma mekah sebagai pemberi tenaga...Semua dah siap pack dlm bag...Kecuali air selusuh sbb Arjuna still ulang baca ayat2 tu semua kat air tiap mlm...Jgn lupa nak amik air tu bila kecoh2 nak gi spital tuk branak nanti sudah..Huhhh, saspen!



*klik pd gambar tuk nampak lebih jelas*

Thursday, August 11, 2011

sayang ni macam doraemon lah....


What?!!!!!!...
Doraemon?...
Takde perumpamaan lain yg lebih comel ke?
Kenapa doraemon???!!!
Ok, masa tu saya duduk di katil. Terbongkok2 menjahit manik di baju raya adik. Ya, saya sekarang mmg jadikan katil sebagai port untuk buat segala benda (kecuali memasak) sbb katil sgt selesa. Lembut, ada bantal dan bilik saya mmg nyaman sebab ada ekon. Kawasan lain dlm rumah xde ekon, sgt panas. Dan masa tu saya pakai seluar biru muda bsama t shirt ketat biru muda juga..Bayangkan t shirt ketat & seluar stretchable, mmg menampakan bonjolan perut la kan...Mmg doraemon!...Tp jgn la ckp..Diam2 dah la..Dush dush Arjunaku!

Lupakan soal itu...Hari ini 11 Ramadhan. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih berjaya berpuasa di bulan yg mulia ini..Dah sepuluh hari!..Menempuh dgn penuh kepenatan, kelaparan, kesakitan sana sini..

(Ishk, blog ni dah mcm diari harian plak dah sbb asik nak cite apa yg blaku setiap hari di bulan Ramadhan ni kan...Xpelah..layan je la..huuu)

Setelah MC pada hari Ahad, saya kembali berkerja dgn semangat yg berkobar2 pada hari Isnin. Sepatutnya saya ke sekolah untuk mbuat rawatan..Tp, risau rasanya..Sbb kalau ke sekolah, mmg mgunakan kudrat yg banyak...Risau saya akan sakit perut seperti hr Ahad tu...Sudahnya, saya mhabiskan masa di klinik sahaja..Ada jugalah seorang dua patient emergency yg dtg...Ptg, saya teruskan dgn patient appoinment..Dan bila balik kerja,walaupun sakit perut dan pinggang, ada la juga tenaga untuk memasak...Jadi, menu 8 Ramadhan 1432H adalah ikan kembung masak stim, sotong goreng tepung dan ulam timun.. Haish, saya bukannya suka sgt masak2 stim ni, tp buat jugak atas permintaan Arjuna...Dah lama dia suh saya try..Dan pcubaan kali pertama itu mmg dipuji2..

Resepi ikan masak stim:
Lumur garam pada ikan.Letak ikan tu dalam bekas untuk letak dlm pengukus.Tabur hirisan bawang puteh, halia dan serai.Kukus 20 minit.Masukkan tomato yg telah dipotong.Masukkan air gula melaka dan sos tiram.Kukus lagi 5 minit.Masukkan jus limau nipis dan cili padi.Kacau2 biar sebati. kukus 5 minit lagi.Sebelum makan, hiasa dgn daun sup.

Sotong goreng tepung xde gambar sebab rupanya huduh..Telbih air semasa bancuh..Huhu..

Malamnya, saya ponteng terawih lagi. Tak larat!..Selepas solat Isyak mmg dah buat benda lain dah..Bsantai2 atas katil je..Mmg itulah rutin. Malam, saya xle mkn byk sgt sbb takut semput xle nak tidur..Makan masa bbuka tu je la. Kalau ada makanan lain cam kuih2 atau roti, makan lah sikit konon sebagai persediaan esok hari.Tp siyes, mmg x mkn byk..Minum air masak pun x berapa byk..Sbb perut dah gelembung sgt2..Nanti tlebih makan atau minum mmg semput susah nak tidur sedangkan saya perlu tudur yg berkualiti supaya senang nak bangun untuk sahur plak.

Setakat ni, saya belum miss sahur..Mesti bangun! Macam x percaya plak saya gigih bangun sahur. Mungkin inilah persediaan untuk menjadi ibu yg baik..Chewah..Hihi..

9 Ramadhan, saya hanya seharian di klinik. Layan patient gigi pelsu..Mmg berazam nak setelkan semua kes denture sebelum beranak..Kalau x, kesian la makcik pakcik gigi derang x siap. Tapi, buat kerja semua dalam keadaan duduk je..Mmg sgt mengelakkan wat kerja sambil berdiri..Tapi, pukul 12pm je, dah mula sakit perut & pinggang..So, tengah hari tu, balik kuaters, baring2 atas katil jap..Petang sambung buat rawatan..Patient pun dah faham kot..Dr gigi ni dah sarat sgt...Takde la nak byk songeh pun derang..Hehe...Petangnya,tiba2 ada semangat nak buat kuih..Request from adik.Dia nak kuih conflake madu. Ala, yg cam kuih raya tu..So, ajak Arjuna gi cari bahan. Plannya nak buat mlm nanti...Balik dari cari bahan2 wat kuih, terus masuk dapur masak tuk buka puasa. Menu hari ni, sotong goreng kunyit & asam pedas ikan kembung..Ikan kembung je yg ada..Malas nak gi cari tenggiri, patin tu semua. Betol2 ikut resepi kawan blogger kita tp dah lupa siapa..Sori sgt2!..Belum sempat habis masak, rasa sakit pinggang menyucuk2..Macam sakit senggugut. Terus tinggalkan dapur suruh Arjuna ambil alih. Saya pergi mandi dan bersantai atas katil. Sampai waktu buka, Arjuna siap gi jemput dlm bilik siap pimpin mcm sakit bebenor nak beranak dah..Hehe..Saja manja2..Apa salahnya..Sampai meja makan, amboi..Siap berhidang dah..Siap ada air tembikai & air kelapa..Arjuna wat sendri tu..Pas bbuka, mcm biasa, terus flat..Huhu...

Kisah semalam pula, waktu pagi, saya ke sekolah. Buat treatment dgn gigih tanpa melayan sapaan, teguran, pertanyaan dan karenah budak2 sekolah tu semua. Semua dah besar2,remaja, kalo dilayan karenah derang, mmg tambah penat la jadinya..Saya juz buat rawatan dlm diam saja..Nak jimat tenaga la kunun..Hey, pakai tenaga tau wat dental treatment ni..Nak2 plak kalo kne cabut gigi geraham tu..Huuu...Tengah hari, sakit perut & pinggang...Perut x sakit mana, tp pinggang mmg sgt lenguh dan sekali lg sakit mcm senggugut tu..Balik kuaters rehat. Tp, kul 2pm, xlarat sgt nak bangun..Sakit pinggang makin kuat, sakit perut pun kuat..Terus SMS staf ckp xle gi keja.. Dan tanpa diduga my staf dtg jengok kat kuaters..Saya xdgr pun derang panggil & handset pun saya silentkan sbb xnak diganggu..Sedar2,derang dah ada kat tingkap bilik..Dua org staf saya dtg..Dua2 tu mmg assistant saya kat klinik..Sorang tu senior yg dah nak pencen..Dia la yg btanya itu ini mcm mn rasa sakit..Katanya, dlm masa2 skang,xle pandang ringan sal sakit2 area perut & pinggang ni..Sbb katanya, lain org, lain sakitnya,lain pengalamannya..Dia takot saya terberanak sorang2 je kat kuaters..Haishh, terharu la plak dgn keprihatinan stafku itu..Pas yakinkan derang saya ok, derang pun balik ke klnik..(kami bcakap tru tingkap je..Hampeh kan bos ni,x ajak staf masuk umah pun..Huuu..Ahh, dah tgh2 sakit,xdenya nak mikir nak ajak masuk rumah yg bsepah tu...Huu)...Dan ptg tu, kami bbuka dgn lauk pauk Param je..Lepas bbuka, perut & pinggang saya still sakit..Tp xde show apa2..Huuu...Nak gi hospital, rasanya it juz a mild pain. Takde lah sakit sampai xle bangun ke apa...Tp rasa sakit tu sentiasa ada..Huuu..Korang ada pengalaman cam ni x???

Hari ini, dtg keje, tp x buat kerja...Rawatan sekolah dah setel..Assistant saya ckp, derang dah kira reten, dah capai dah target rawatan sekolah tu..So, no more work at school for this year..Alhamdullillah..Lega skit nak cuti beranak lama2..Takdelah kerja kita org lain kne tanggung kan..Tp hari ni, still sakit pinggang..Dah mula rasa sakit kat area bawah pinggang atas bontut...Tak tau nak ckp mcm mn specific place tp situlah....My assistant ckp, kalau ikut pengalaman dia, mmg dia akan rasa sakit pinggang 3,4 hari sebelum beranak..Ishkk, masa saya sudah dekat ke ni?..Takottt!..Baby, bertahan lah at least 2 minggu lagi..Boleh?..Hurmmm....

Boleh teka x boy or girl??..Hehe

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan...mereka berperang tegakkan syiar Islam...

Saya berperang membawa sebuah nyawa kecil.....

Ramadhan tahun ini benar2 menguji keimanan, kesabaran saya sebagai seorang muslim. Kali ini, saya benar2 merasa "puasa"..

Masuk 3 Ramadhan, saya mula merasa kesusahan puasa. Waktu rehat tengah hari sepatutnya dipendekkan setengah jam. Tapi, bila saya mula berehat dan meletak kepala pd bantal di kuaters, mula terlajak sampai satu jam lebih..Haish..Berdosa makan gaji buta.. Tp mmg sangat x larat..Mujur sessi petang, patient apoinment kurang. Malah ramai yg tidak hadir langsung..Saya di klinik, tidak mampu nak buat apa..Juz blegar2 di ruang maya dan menyalin resepi2 yg kelihatan sedap di mata..Dan petang itu, resepi entah ke mana, mood saya entah ke mana..Sudahnya, saya hanya panaskan lauk yg bsisa semalam dan mengubah suai rasanya supaya tidak jemu makan benda yg sama.Mujur Arjuna memahami..

4 Ramadhan..Saya mula rasa sesuatu di perut . Sakit!..Sakit yg sederhana..Dirasa sekali sekala. Rasa macam nak senggugut pun ada. Rasa sakit tu dtg sekali sekala dari pukul 11am. Rasa tu berterusan sampailah waktu berbuka puasa. Pas buka puasa di rumah ibu ayah, terus tak rasa sakit. Mungkin lapar agaknya sbb sahur pagi tu saya hanya makan burger special yg Arjuna buat sahaja..

5 Ramadhan..Di rumah ibu ayah..Selepas sahur, sambung tidur..Bangun sudah agak lambat..Pukul 10.30am..Bergegas bsiap sbb mau jumpa Dr kat Kuala Terengganu Specialist(KTS).. Saya mmg bcadang mahu bersalin di KTS..Jadi sbgai persiapan, rasanya elok pergi jumpa pakar O&G di situ dahulu supaya senang, derang dah ada rekod saya bila saya bersalin nanti..Tp, x sangka pula patient ramai..Dr dah x amik walk in patient dah..Tpaksa postpone nextwiken la nampaknya..Otw balik, ada selisih faham dgn Arjuna..Terus menangis..Sampai rumah, sambung menangis dlm bilik.Tp Arjuna pekakkan telinga dan tidur dgn aman dlm bilik yg sama!!!..Geramnya..Terus saya menangis lebih kuat2 lg (tp tekapkan muka kat bantal takot ibu ayah dengar...hikhik)..Arjuna tetap x bgerak nak memujuk..Last2 saya pun tertidur sama. :-P

Ptg, kul 3pm dah masuk dapur dgn ibu sbb nak buat onde2..Tau onde2?..Ala, korang panggil buah melaka..Saya panggil onde2..Dalam duk buat onde2 tu, tetiba rasa sakit perut yg mcm nak poo poo..Pergi toilet, x poo poo pun..Sakit tu makim lama makin kuat..Baby pun mengeras semacam je..Then hilang..Then sakit lagi..Ibu ckp tu mcm nak beranak dah tu...Oh no!..Baru 35 weeks!..Baru puasa 5 hari!..Maternity shoot pun x buat lg!..Ibu ckp, dah tu, pergi la shoot gambar dulu..Pastu gi spital..Haishh..Boleh g2?..Gi spital tu boleh tunggu dulu..Yg penting kne amik gambar!..Lepas Asar, saya, Arjuna dan adik, kluar cari port tuk buat maternity shoot la kunon..Xde OP2 bagai..Amik sendiri2 je..Asalkan ada gambar sebagai kenangan..Mula2, kami ke Pulau Warisan..Tp masa tu pukul 5.30pm, matahari stil memancar2!..Untuk OP hebat, mungkin tu 1 kelebihan tuk shoot.Tp untuk Arjuna yg amatur neh, matahari terik sure akan rosakkan gambar punya..Kena shoot kat cuaca yg sedang2 saja..Tp, bagi sesiapa yg nak wat nite outdoor fotoshoot,Pulau Warisan mmg the best place la..Selain atas jambatan Terengganu mcm saya dolu2..Hikss..

So, kami ke Pantai Batu Buruk..Ya, klise..Org Terengganu ni, asik2 Pantai Batu Buruk...Tp xpelah..Saya dah kesuntukan masa..Daripada beranak xde gambar maternity,klise pun klise la...Dah la xde tema...Xde props..Huuu...Makanya, bposing2 la sket..Arjuna jd cameraman..Bila nak bposing dgn Arjuna, adik saya yg umur 8 tahun tu lak jadi cameragirl..Haha..Mesti korng ckp, "buleh plak si Harz ni posing2 dgn hubby..Padahal pagi td gaduh nangis bagai nak rak"...Haha...Dats me ok..Sbb tu Arjuna dah x lut dgn tangisan2 xde sbb neh..Haha..

Masa posing2 tu,mmg ada rasa sakit...Juz mild pain..Tp rasa sampai ke pinggang belakang...Balik rumah, pas buka puasa, sakit tu hilang...Rasa mengah kekenyangan plak..Maklumlah, makan nasi ayam & onde2 masakan ibu...Sedap..Makan sampai semput...Malamnya, pas solat Margrib, terus tertidur x sedar diri sampailah Arjuna balik terawih..Perut still rasa x selesa..Mild pain..Susah nak describe...

6 Ramadhan..Adik sibuk nak baju raya tambahan..Baju raya tempah dah siap..Nak baju raya beli siap plak..Kuar rumah dgn ibu dan adik dlm pukul 10.30am..Balik dlm pukul 2pm...Kul 3pm, rasa dahaga yg teramat amat amat...Badan pun rasa lemah semacam..Perut rasa sakit macam senggugut..Tp juz mild pain juga..Tak tahu nak buat mcm mn, saya masuk je bilik air, bsiram bwh shower lama2..Sepanjang saya hidup ni, rasanya itulah pertama kali saya mandi di waktu bpuasa dgn tujuan menyejukkan badan dan menghilangkan rasa dahaga..Sungguh..Sebelum2 ni saya tak pernah kurangkan pahala puasa dgn mandi mcm tu..Rasa tak nak kluar bilik air je!..Pas mandi, saya cuba tidur..Tp xlelap sangat sbb dahaga dan penat sangat2.. Arjuna suh berbuka..Tp saya tak nak..Sayang juga nak bbuka..Dah pukul 5pm..Adik plak yg masuk bilik pujuk saya.."Nape,dahaga sgt ke?..Sabar la..Jap je lagi..Perut sakit x?"...Ok, dah macam org dewasa dah adik bongsu saya tu...Terubat kejap kepenatan bila layan dia..Tak tahan dahaga, saya mandi lagi..Lama2 lg di bilik air...Pas mandi saya baring je di dapur..Dah x mampu buat apa2..Rasa penantian setengah jam tu seksa sgt...Sampai menangis2 sbb penat dan dahaga..Ok..Saya mmg ratu tangis..Huhu...Perut pun masih rasa x selesa...Sakit mcm senggugut..Sakit mcm nak poo poo..Semua ada..Tp juz mild...

Buka puasa, dgn soya+cincau...Ya Allah...Nikmat yg teramat!..Serta merta jadi btenaga..Lupa pada sakit perut...Menu masakan ibu kali ni, sayur lemak terung, ikan tongkol masak pedas, ayam goreng tepung dan bubur kacang...Semua saya pulun makan sekaligus..Mcm org kebulur!..Puasa kali ini benar2 menguji kesabaran saya..Mlmnya, balik ke Paka...

Tp hari ni, saya x kerja pun..Selepas sahur pagi td, perut rasa x selesa..Saya x boleh sambung tidur..Lepas kol Dr ganti, terus golek2 atas katil...Sempat msg Izni, kawan lama yg ada pengalaman beranak in 35 weeks..Izni terus kol cite pengalaman dia..Dia cadangkan saya pergi cek..Sbb dia sendri, kedua2 anak lahir in 35weeks..Anak yg pertama, contraction yg kuat masa 29 weeks.Dah ada bukaan 1cm..Tp Dr x bg beranak sbb paru2 baby blom matang..Juz dpt injection ubat tuk matangkan paru2 baby..Then, dpt mild contraction in 35weeks..Dah ada bukaan 4cm even juz mild pain.Kena beranak terus....Then, anak kedua dia, juz mild contraction jugak in 35weeks..Tp ada leaking..Tiap kali dr duduk, kemudian berdiri,rasa mcm panties basah katanya..Bila pegi cek, air ketuban dah bkurang..Leaking sikit2 tanpa dia sedar rupanya..Bila dengar cerita Izni, saya terus bangun & mandi..Terus pergi jumpa Dr walau dlm hati mmg saspen takot free2 kena seluk..Siap msg Farah tny nak pakai pants ke maxi..Heee...

Bila jupe Dr, kne wat urine test..Rupanya saya kene kencing kotor..Sbb itulah perut rasa x selesa...Huhuhu..Dr juz bg MC & ubat untuk bersihkan air kencing...Dr ckp, itu normal untuk some preggy mommy yg dah masuk late pragnancy...Hurmmm...

So, insyaAllah, baby masih mahu bertahan dalam perut mommy for maybe 4 weeks more..Lagi lama baby berada dlm perut, lagi bagus untuk kesihatan dan perkembangan baby kan...Mummy plak,isyaAllah, akan terus bertahan untuk puasa kali ini...Sebelum mengakhiri, sila jamu mata tengok perut mak buyung yg besor ini...Daaa!

Saturday, August 6, 2011

perut siapa itu???

jeng jeng jeng....!!..haha!

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan..jgn lupa pada mereka yg susah...


Menu 2 Ramadhan 1432H
Daging masak merah, gulai kuning kepala ikan merah dan ulam timun
Teh o ais diletak sedikit oren sunquick..Sedap!


Saya menyuap dgn laju. Baby dah kelaparan sgt. Alasan!..Tetiba Arjuna berkata "mcm mn la org xde duit makan ek..Sian derang.."..Hurmmm...Itulah Arjunaku...Mudah teringat pada yg susah tiap kali mkn sedap2..Sejak zaman bchinta, saya perasan,dia mudah menghulur pada org yg memerlukan..Habit itu kekal sampai sekarang..Tak mcm saya, mmg kesian pada yg minta sedekah, tp tfikir jugak, ada sindiket kah..Betul ke anak yatim ni..Dan mcm2 lg la...Berbeza dgn Arjuna..Dia akan memberi walau sedikit..Semoga baby ikut perangai daddy..Bukan perangai mummy...

p/s: ikan merah mentah RM28 seekor!!!!...mahal amat!

Tuesday, August 2, 2011

sesuci Ramadhan

Tiba2, terdetik di hati.. Teringin rasanya merasai sebulan Ramadhan di Mekah.. Orang kata, suasana Ramadhan di tanah suci itu berbeza sekali di tempat kita mahupun di tempat2 lain di muka bumi ini.. Ramadhan di sana khabarnya sangat meriah dgn pesta ibadah..Bukan pesta makanan.. InsyaAllah...Semoga dimurahkan rezeki menjadi insan terpilih untuk menyambut Ramadhan di Mekah bersama2 Arjuna suatu hari nanti..

Entry lepas saya ada menyatakan kerisauan untuk menempuh Ramadhan kali ini. Risau xdpt menjalankan ibadah puasa dgn sempurna kerana sedang sarat mengandung. Malah awal2 lg saya berat untuk berterawih di masjid kerana nak solat di rumah pun, mengah2 dan tsekat perut bila mau sujud. Tapi, Alhamdullillah...Masuk saja waktu margrib 1 Ramadhan, semangat saya bkobar2 pula. Sibuk tanya Arjuna mau berterawih di mana. Dan malam itu, kami berterawih di Masjid Jamek Paka. Masjid penuh!. Tempat parking juga penuh!.. Datang ke masjid kerana mahu beribadah. Jika mahu beribadah, hati mestilah suci. Namun, satu perkara yg buat hati saya "mengumpat" atau "marah2" sendiri adalah apabila tiba waktu membetulkan saf. Saf yg paling baik adalah saf yg lurus dan rapat dari bahu ke bahu. Saya tahu itu. Malah saya yakin ramai juga yg tahu. Tahu sahaja, tapi x buat x guna juga. Selalunya apabila nak betulkan saf, ada saja, kakak2 atau makcik2 yg suruh orang lain di belakangnya, atau di tepinya bergerak penuhkan saf depan. Sampai memanggil2 org belakang atau tepi dgn suara yg kuat..Sampai melambai2 bsungguh2 suruh kita ke depan penuhkan saf sedangkan dia sendiri tercegat di situ. Sayang sangat dgn sejadahnya dan port nya!..Owh, situasi ini sangat2 kerap berlaku..Bukan di Masjid Jamek Paka saja, tp di masjid2 dan surau2 lain. Sepatutnya, yang di depan itulah yg perlu bergerak makin ke depan..Yang belakang pula bergerak memenuhkan depan yg kosong td..Bukan langkah panggil org belakang ke depan kita..Kita pula x bergerak2..Asik duk suruh org lain bergerak..Kadang2 tu, Imam dah siap baca Al-Fatihah pun, soal saf perempuan ni x setel lagi sbb saling duk suruh menyuruh ke saf depan sedangkan diri sendri xmau bergerak.. Haishhh!!!...Sedih betul dgn situasi begini..Perkara begini, bukan sekali dua saya temui. Sudah acap kali.. Oleh sebab itu, saya menegur di sini. Untuk kita semua baiki diri. Tmasuk juga diri saya. Bukankah kita mahu hati kita suci bila berada di tempat ibadah..

Ok..Tinggalkan dulu soal saf dan masjid.

Masa anak dara dulu, saya jarang bgn sahur. Dah pesan kat ayah siap2, xyah kejutkan sahur, saya xnak bangun. Hampeh kan anak dara. Hehe.. Tahun lepas, tahun pertama bpuasa sebagai seorang isteri..Tp boleh kira brapa hari je kami suami isteri bangun sahur dan betul2 makan..Sebab Arjuna pun x kisah x makan sahur..Selalunya, saya dah bawa air masak siap2 ke dalam bilik. Bunyi jam pukul 5am, kami bangun, minum air masak tu atas katil, terus sambung tidur. Haha..Romantik x?..Tapi tahun ni, saya kena makan!.Sahur pertama kami semalam, saya agak liat untuk bangun. Tapi saya awal2 dah pesan kat Arjuna suh kejutkan saya. Saya perlu bangun sahur, perlu makan nasi!.. Mmg risau sgt kot2 x mampu btahan sampai bbuka..Ibu pun ada kol kejutkan kami sahur..Bangun je, saya terus masuk bilik air, shi2 dulu..Pas basuh muka dan gosok gigi baru segar..Arjuna dah kat dapur, tolong panaskan nasi dan sup ayam yg saya masak tuk diner sblm tu..Beriya saya makan. Siap bertambah..Arjuna pun bertambah jugak. Lawan saya la tu..Hehe..Arjuna juz minum air masak je waktu sahur..Tp saya kena minum minuman manis..Habis 1 mug milo, 2 mug air masak pula saya pulun. Siap mkn vitamin preggy sekali. Takut benar x dpt tahan puasa nanti..Hehe..

So, hari pertama puasa, saya kurangkan aktiviti membebel.Ya, saya selalu membebel!..Kat budak sekolah la..Budak sekolah pulak, budak sekolah menengah..Budak2 remaja..Yg mmg byk perangai!..Masa buat rawatan kat sekolah, tgn saya laju buat kerja, mulut pulak laju mbebel dan marah2 mana2 budak yg xjg gigi dgn baik..Juga marah2 budak2 yg banyak songeh..Org suh cabut gigi, dia nak tampal..Org pnggil wat tampal gigi, dia lengah2kan jalan melenggang..Mmg saya bising la..So, smlm, saya kurangkan bebelan..Diam je..Tp kalo ada budak byk songeh bila dipanggil wat rawatan, saya jegilkan mata, tarik je tangan budak tu suh duk kat kerusi rawatan!..Heee..Tp saya garang dgn budak sekolah yg byk songeh je..Dgn org lain saya Dr Gigi yg baik tau..Hihihi..

Buat rawatan kat sekolah ni mmg memenatkan..Mula dr pukul 9am sampailah kul 12.30pm..Sedar x sedar, tanpa rehat, tanpa bhenti mau 20 org lebih jugak budak yg dpt rawatan..Dgn keadaan bilik rawatan sekolah yg panas dan sempit, duk tbongkok2 ngadap mulut org,dgn perut buncit dan semput2, mmg sangat exhausted la mjelang tengah hari. Fuhh!..Tengah hari smlm, saya balik tidur kat kuaters..Patot waktu rehat bulan puasa juz setengah jam saja..Tp saya dah tlajak tidur sampai sejam...Mujurlah waktu petang patient apoinment x ramai..Ada 2,3 org yg tak datang..Malas nak nganga wat rawatan di bulan puasa agaknya..Jadi, ada la masa tuk saya merayau2 di blog...Baby dlm perut toksah ckp la, asik duk mlompat2 ckp "lapar!..lapar!.."..hehe...

Ptg, balik kerja kul 4.30pm..Terus solat Asar dah landing atas katil tunggu Arjuna balik..Arjuna dah ckp, dia yg nak masak tuk bbuka nanti..Saya pula, terasa nak mkn kuih muih manis..Pelik jugak..Selalunya saya ni bukan peminat atau pemakan kuih muih manis..Kalau bulan puasa pun, saya lebih suka mkn karipap, pulut panggang atau roti jala sebagai dessert..Tp semalam, sangat teringin makan yg manis2..So, ptg smlm, pas Arjuna setel dgn periuk kuali dia, saya pula sambung masuk dapur sekejap..

Menu 1 Ramadhan 1432H kami..Tom yam ayam dan daging goreng dari Arjuna...Puding karamel dari saya..Selebihnya dlm mangkuk tu, juz timun sebagai ulam, limau nipis n daun ketumbar tuk tambah perasa tom yam tu...Puding karemel mmg nampak huduh..Tp sedap tau..Hehe..Lepas bbuka, alhamdulillah, saya kembali btenaga untuk solat terawih dan sahur tadi, kami mkn menu yg sama dgn bbuka juga..Panaskan je..Senang..Yang penting kenyang..

Begitulah hari pertama berpuasa dlm keadaan mengandung ni..Cerita kamu bagaimana?