Assalamualaikum...
Fuhhh...Dah nak dekat sebulan melahirkan Lil Q ,tp kisah kelahirannya x sempat nak cerita pun lg..Actually hari ni,sewaktu entry ni mula ditulis,Qisya dah masuk hari ke 21 ( hari ni 9 Oktober 2012 )..Bila entry ni akan di post,saya x tahu yea..Saya akan cuba curi masa tuk tulis cerita kelahiran adik Qasyaf ni. Qisya sangatlah behave. Baik sangat. Tak banyak karenah. Nangis bila lapar je.. Berak atau pampers penuh dengan kencing, penuh dgn poo poo pun tak nangis. Rilek je tidur. Senang sangat jg dia. Tp yg buat saya tetap x cukup masa adalah sebab melayan si abang. Qasyaf tu,manjanya menjadi2. Tapi mommy,daddy,tok ibu,tok ayah layankan je. Sebab kesian jgk kat dia. Bukan apa,dia kan kecik lg nak jd abang. We never ask him to mengalah. Biarlah kami penat pun. Layankan je.
Ok.. Mana nak mula yea? Cerita rumah terbuka & cerita besday party Qasyaf yg x menjadi x tulis lg kan. Aiseh. Tak yah cerita dulu la yg tu. Lagipun gambar2 semua dlm kamera. Blom sempat transfer pun lagi. Kita terus lompat kisah kelahiran Qisya la ek.
Ok...Let start.. Jeng jeng jeng.. Haha.. Mcm la saspen sgt.. Tak la saspen.. Tp a bit dramatic la jgk kot.. Kan drama quenn... Haha
Khamis, 13 Sept 2012, saya buat rumah terbuka hari raya serentak dgn besday party Qasyaf. Makanan semua tempah. But still,tunggang langgang la jugak kuaters kami. So, Jumaat tu,kami suami isteri mjalankan sesi kemas mengemas rumah. Bukan kami pun sebenarnya. Arjuna sorang je. Nasib baik ibu dan ayah ada lagi masa tu. Ibu la yg tolong kemas semua yg bsepah kat dapur. Ayah plak tukang jaga Qasyaf. Lps solat Jumaat,ibu,ayah dan adik btolak ke Kuantan. Ke rumah my sister yg ada baby baru jgk tu. Maka,tinggallah kami 3 beranak kepenatan. Apa yg penat pun xtau la. Tp siyes,kami melepek je sepetang Jumaat tu. Tido je. Malam,lps solat isyak,saya yg dah byk tido tu,ttp tido awal dgn Qasyaf. Kami tjaga lebih kurang pukul 11 malam. Saya kelaparan. Qasyaf,matanya membulat. Arjuna plak masih segar sbb tgk bola kat ruang tamu sorang2 sambil pasang speaker kuat2. Then,Arjuna ajak keluar mkn sbb dia pun lapar. Dgn berbaju tido,cover dgn cardigan je, sekelip mata je saya bsiap. Kami ke McD Kerteh. Fuhh,midnite supper,pekena quater fonder sebijik,kentang gorang besar dan milo ais. Siap pau ayam goreng McD yg Arjuna punya seketul. Hihihi..
Balik rumah, dah kenyang,mata pun mula la layu balik. Kami anak beranak terus masuk tidur. Qasyaf dah tidur. Arjuna dah bdengkur. Saya? Mengiring ke kanan salah,mengiring ke kiri salah. Tlentang lagi salah. Badan bpeluh semacam je padahal duk dlm air cond tu. Lps brapa kali mengiring kiri kanan,tetiba rasa sakit perut. Mild pain je. Tp perut mengeras. Bila hilang rasa sakit,saya tlena. Tak lama lps tu,tjaga balik sbb rasa mild pain lg. Yes,mild pain saja, tp boleh buat saya tjaga dari tido. Mulanya malas la nak kejutkan Arjuna sbb bkn sakit sgt. Ntah brapa kali ntah saya tjaga sbb sakit tu. Akhirnya kejutkan jugak Arjuna sbb bini dia ni kan manja tlebih. Hehe. Arjuna usap2 la perut. Dlm mamai2 tu sempat lg ckp 'abg rasa syg dah nk branak ni..pagi esok branak la ni'.. Ceh,kompiden.. Keadaan saya mcm tu,sekejap tidur sekejap tjaga sakit sampailah ke pagi.
Sabtu pagi,kul 9 am pas siap mandikan Qasyaf semua,Arjuna bawa saya gi klinik swasta yg biasa kami pergi. Sekali doc xde la pulak. Klinik swasta lain buka je,tp malas la pulak nk pergi sbb x biasa. Saya amik keputusan pergi cek kat KKIA je. Lagipun, saya mmg kne buat bp test everyday sbb berat badan naik bnyk dr yg sepatutnya. Mulanya segan jgk nak ke KKIA sbb nnti sah2 kne seluk dgn misi yg kenal saya.. Tapi dah sakit mcm tu,xpelah, relakan ajelah. Bl cerita kat misi simptom yg saya alami, then misi cek baby heart rate,timing contraction,misi tu pun mintak izin nak buat ve. Ok. Malu. Tp rela. Buat ve. Ok,x sakit pun. Terer misi tu. Masa tu bukaan 1cm. Misi tny nk bsalin kat mana. Saya ckp la nak bsalin kat KT. Then misi suh segera ke hospital tempat nk bsalin tu. Mak aih,br 1 cm dah nak kne pergi spital?. Saya pun balik rumah,jamah sarapan sikit,kol ibu ayah yg ada kat Kuantan bgtau ada sakit perut then baru packing barang. Baju Qaseh dah siap pack few days before. Nak kne pack baju2 n barang Qasyaf jgk. Hospital bag tuk saya sendri pun blom ready. Mmg amik masa la jgk nk setel semua tu. Lps dah siap semua,kami pun btolak ke KT. Haaa,ni satu lg hal. Qasyaf buat karenah baik punya!. Elok2 dah dia duk dlm carseat dia. Sekali dtg angin apa ntah,ngamok2 xnak duduk. Dodoi bg susu suh tido pun xnak. Biasa ok je. Alahai anak. Saya tpaksa keluarkan dia dr carseat dia dan riba. Riba ok. Riba. Dgn perut saya yg boyot,dgn mild contraction,Qasyaf tidur atas ribaan saya dr Paka - KT. Pjalanan sejam setengah!. Sampai KT,btambah sakit perut saya. Ingt nk blk rumah ibu ayah dulu. Tp Arjuna suh gi spital jgk. Kami ke KTS hospital. The one and only private hospital kat Terengganu. Sampai sana, bgtau sakit perut,derang suh masuk labour room terus. Siap naik welcha. Dlm hati,dah boleh rasakan yg situasi masa nak branakkan Qasyaf berulang lg. Hehe. And yes,my instict betul. Lps obigyn buat ve,bukaan baru 1.5cm,dia suh balik dulu berehat kat rumah. Sama la situasi ni mcm Qasyaf dulu. Beriya masuk labour room dgn welcha sekali keluar balik dgn melenggang mak itik.. Haha.. Balik rumah,mild pain still ada.. Malam,lps solat Margrib,sempatlah solat hajat dan baca surah Maryam. Tp x hbs satu surah tu pun sbb x larat. Lps solat Isyak,terus tidur. Dlm kul 11 pm tjaga. Baru teringatkan Qasyaf. Mana Qasyaf? Terus turun bawah. Semua org belum tidur lg. Qasyaf pun tgh seronok main dgn chudik dia. Semua org tny nk branak dah ke? Tapi ajaibnya,dah x rasa sakit langsung. Malah rasa lapar. Haha.. Yelah,seharian x lalu mkn. So,mkn dulu, then sambung tidur. Mlm tu,Qasyaf tidur dgn ibu.
Esoknya Ahad,x rasa sakit jugak. Boleh bgembira mcm biasa. Ptg tu,Arjuna balik Paka sbb Isnin kne kerja. Mulanya saya rasa mcm nk blk jgk. Tp dah nama pun pemalas nk kerja,saya cancel saja niat konon nak gi kerja tu..Masa nak mandi petang,saya tgk ada blood stain kat panties. Tp x bnyk. SMS my doc fren. Dia ckp,kalo juz stain yg pekat,lekat kat panties,no need to rush. Lgpun x rasa sakit. Dia suh saya rehat dan tunggu saja.. Isnin blalu tanpa rasa sakit jgk. Haishhh,ni yg xbest ni. Tunggu sakit nk beranak adalah sgt mbosankan. Blood stain still ada. But without any contraction. Malamnya, saya tidur kat ruang tgk tv dgn Qasyaf. Ibu pun teman tidur situ sama2. Saja,malas nak tidur dlm bilik sbb panas. Dalam kul 2.45 am,mcm biasa,saya tjaga sebab nak kencing. Kuar dari bilik air,tetiba ada rasa sesuatu cecair pekat keluar meleleh. Kaler jernih. Saya terus kejutkan ibu. Ibu kelam kabut bangun dan terus naik bilik Acik,adik lelaki saya,kejutkan dia suh hantar saya ke KTS. Ibu yg kelam kabut. Saya rilek je sbb x rasa sakit langsung. Masa tu juz teringatkan Arjuna. Kol Arjuna bgtau air ketuban dah pecah,and serta merta suara dia do sebelah sana telefon kedengaran segar. Hehe. Arjuna terus btolak balik dan saya ke KTS dgn Acik. ( Ada ke org spital ingat Acik tu hubby aku. Ingt i kawen dgn org muda ke?..hihi ).. Sampai kat KTS, awal2 lg nmpk my obigyn duk menulis sumthing kat kaunter pendaftaran. Dia terus suh bawa naik ke labour room. Lom sempat misi siap pasang CTG dia dah sampai nk buat ve. Bila buat ve,bukaan baru 2 cm. Ayooo!. Tp ketuban dah pecah. Doc ckp,dia akan pecahkan air ketuban sepenuhnya dan induce bagi bukaan tbuka cepat sikit. Owh no!. Sgt fobia dan trauma dgn pkataan induce.!. Then,doc masukkan satu alat yg panjang,godek2 sikit,blusshhhhhhh,terus terasa keluar segala2 yg air yg ada dlm uterus. Then doc geleng2 kepala. Hahhh? Kenapakah? Sgt bdebar2 rasanya. Then doc tunjuk kidney dish yg berisi air ketuban saya. Kaler coklat2 macam air najis. Doc bgtau,baby dah berak kat dlm. Bdasarkan my history beranakkan Qasyaf,i need 3 days utk fully dilate and its not a good sign. Doc bgtau,even induce,dia x jamin saya boleh fully dilate dlm masa 4-5 jam. So,i need emergency czer. Saya mntak nak tunggu hubby,tp my obigyn suh ckp tru phone je. Mula2 dia yg ckp dulu dgn Arjuna bgtau my condition. Then barulah saya ckp. Dgr suara Arjuna, terus nak nangis. Huuu.. Lupa plak nak mntk ampun ke apa masa tu. Ingat nk nangis je. Haha. Lps tu,dgn sekelip mata, saya berada dlm OT. Rupa2 diorang semua baru siap satu emergency czer. My obigyn td duk kat kaunter pdaftaran rupanya tgh siap2 nk blk rumah. Dan semua team OT yg baru sampai rumah,or baru otw nk blk,kne panggil semula. Masa tu pukul 4 am.
Lps buat spinal blok,kebas la separuh badan. Baru tahu beza spinal blok dgn epidural. Masa branakkan Qasyaf,saya amik epidural. Epidural x sekuat spinal blok ni. Epidural still dpt rasa sakit nk branak. Yg ni x rasa apa2. Cuma, masa derang nak keluarkan baby tu rasa la. Siap bgoyang lg badan ni. Saya x nampak apa2 pun. Xde reflection lngsung yg boleh buat saya nampak diri ini dibelah mcm siang ikan. But i know what they were doing sbb saya pernah tgk life proses czer ni. Badan bgoyang tu sbb derang selak perut ni hah dah tarik baby keluar. Tak lama pastu dgr suara tangisan Qisya. Sebenarnya,saya rasa mcm dgr suara tu masa Qisya x fully keluar lg. Mebe kepala dah keluar kaki tlekat ke apa kan. Ntah. Ajaib kuasa Allah. Proses belah dan keluarkan baby kejap je. Dlm 15 minit je kot. Tang jahitnya tu yg lama. Satu benda penting saya nak kongsi, adalaa satu ketika masa proses jahit mjahit tu kan,saya rasa macam perut saya disumbat2 dgn sesuatu. Tak rasa sakit. Tp rasa macam ditolak2 perut ni sampai pedih ulu hati dan rasa loya. Saya pun bgtau la pada misi yg duk kat kepala saya yg saya nk muntah. Dia pun amik kidney dish dah tadah kat mulut dan suh saya sabar. Katanya, tu reaksi biasa. Rasa mcm tu sbb derang tgh masukkan balik rahim. Td,derang jahit rahim kat luar. I was...what??!!!... Terus lupa sal loya. Terus tbayang rahim kat luar. Masa saya tgk org kne czer dulu,part jahit2 saya x tgk sbb mls nk tunggu lama. So, bila misi ckp mcm tu,juz buat imiginasi sendri la. Rahimku kat luar??!..Yes i know,xde la derang keluarkan sebijik rahim gitu kan. Mesti la rahim tu still attch dgn muscle dlm abdomen kan. Agaknya la. Huuuui.. Haru!..
Proses czer selesai lps sejam kot. Bila keluar OT, terus nmpk muka Arjuna tsengeh2.. Owh,lupa lak. Masa tgh jahit,derang sempat tunjuk baby dan suh bgtau boy ke girl. Satu lg,pas selesai czer, my obigyn tny, saya ada demam x masa preggy. Mmg la ada. 2,3 kali jgk la demam sepanjang preknankan Qisya. Then doc bgtau, kat badan baby ada mcm merah2. Dia ckp tu mcm septic spot which is tjadi bila baby cuba defend diri sendri masa dlm womb bila ada jangkitan dr emak yg demam. InsyaAllah boleh hilang katanya dgn antibiotik. Soalan ptama yg saya tny,ada kat muka x? Doc ckp xde,tp penuh kat badan je. Syukurlah. Kalau ada kat muka,xcun la anak daraku. Heee.. Syukur,Qisya juz dpt septic spot. Yg lain Allah bg sempurna. Merah2 kat badan Qisya tu mula hilang lps masukkan antibiotik. Cepat je hilangnya. Tp tmpt yg spot merah2 tu timbul bintik2 mcm freakle kat muka Lindsay Lohan tu. Ibu ckp,ni lekat kenan omputih ni. Mommy nak gi further study kat obersi x dpt, anak dapat kenan kulit mcm omputih. Haha.. Sehingga entry ni ditulis,freakle tu dah xde dah.. Dah pudar dah.. Juz tinggal sikit2 kat dada dan blakang badan.
Okeh,sambung cerita branak. Lps kluar dr OT, masuk la ke wad. Doc suh baring tlentang tanpa mkn dan minum selama 24 jam! Lamanya!... Ok lah. Setakat ni dulu lah. Jenuh tau nak taip guna tablet. Yg penting,kisah beranak dah habis kan. Nanti saya buat enrty khas tuk cerita sal Arjuna yg setia mjaga isterinya yg kurang upaya lps kne bedah tu.. Hehehe...