kita2.... ;-p

Monday, December 31, 2012

31 December 2012

Hari terakhir untuk tahun ini. Ada blogger,wrap up semua yg berlaku sepanjang tahun. Ada blogger,tulis kat blog,azam 2013 pulak. Saya?..Xde masa nak wrap up cerita 2012. Nak tahu,baca balik je lah inti pati blog ni dalam entry2 sebelum,dapatlah tahu apa yg berlaku sepanjang 2012.

Azam 2013 saya? Saya ada satu azam besarrrr punya untuk tahun 2013. Biar saya simpan dulu sorang2. Next enrty baru cerita yea.

So, how’s your banjir?.Heeee,kami di pantai timur tahun ni,dah bukan teng”kujuh” lagi dah.. Dah macam teng”lapan” pun ada. Mcm hujan sgt2 lebat tiap hari. Bbrp tahun kebelakangan ni,xde la hujan sampai lebat begini. Tahun ni lain skit. Kan dlm berita cakap Terengganu mempunyai angka tertinggi mangsa banjir. Kesian kat diorang. Dan Alhamdullilah, saya sekeluarga x tmasuk dlm mangsa banjir ni. Cuma,kalau nak ke sesuatu tempat tu,ada la jugak kereta tpaksa mengarung air. Lumrah la musim begini.

Cuti Krismas baru ni, kami sekeluarga plan nak balik kampung Arjuna. Rantau Panjang yg tepi sungai Golok tu,mmg tiap tahun pun kena banjir. Cuma bezanya,banjir besar dgn x besar je. So,Arjuna sgt beriya nak balik kampungnya. Sbb takot banjir,nanti,xde sapa nak tolong simpan atau angkat barang bawah rumah mak dia. Sbb abah dia kan kena strok baru ni. So,mcm xde org lah nak uruskan rumah kalo banjir. Cuma yg lega sikit,rumah PIL tu mmg tinggi. Air mmg xkan masuk dlm rumah punya. Juz kena alihkan kereta,motor dan simpan barang2 yg ada bawah rumah sajalah.

Makanya,kami amik cuti jugak selepas Krismas tu. Lama tu cuti. Dr Selasa sampai Sabtu. Hehe. So,Isnin,lps balik kerja, packing barang semua, pukul 8.30pm,kami bertolak balik. Masa tu hujan lebat. Otw,MIL kol Arjuna. Katanya,xyah balik la. Bahaya hujan lebat. Dgn anak2 kecik lagi.Dan mungkin x akan boleh lalu jalan nak menuju ke rumah sbb sungai Golok dah melimpah. MIL ckp “mungkin” xle lalu. Sbb belom banjir,tp hujan sgt lebat. Arjuna degil. Dia fikir satu je la,nak tolong parents dia. Kang banjir,dgn abah sakit gitu,xde lelaki kat rumah PIL,naya. So,Arjuna berkerasa nak balik. Dia plan nak drop kan saya dan anak2 kat rumah my parents. Biar dia balik sorang harung banjir.

Sekali,blom pun sampai Kuala Terengganu,kat area Merchang,dah xle lalu dah. Air banjir,campur hujan lebat,campur air pasang besar. Kenderaan tinggi je berani lalu. Masa tu hujan sgt lebat. Gelap pulak tu kawasan tu. Arjuna bhentikan kereta tepi jalan,duk fikir nak lintas ke x. At the same time,MIL kol..Katanya jalan menuju ke rumahnya dah naik air. Bila dihitung kira,kalau Arjuna balik jugak,mebe akan sampai Rantau Panjang dlm pukul 2-3am memandangkan hujan sgt lebat dan banjir di sesetengah tempat. Dan bila dah sampai,belum tentu kereta boleh lepas lalu banjir kat sana. Last2 kami patah balik. Pukul 11pm,kami 4 beranak dah selamat berbungkus dlm comforter. Haha.

Esoknya,Krismas. Bergolek je atas katil.Tp anak2 Harzharun yg shomey2 tu x reti bgn lambat. Pukul 7.30am masing dah aktifkan diri. Haishh,mak bapak nak mbuta sampai tengah hari pun x boleh.Huuu..

Lepak2 je kat rumah. Sekali Arjuna Tanya “Yang,sekarang tgh sale ke?”

“Uihhhh..Ye la bang..YES. Year End Sale. Kita je terperuk kat sini tunggu hujan dan banjir. Org lain duk soping tau”...Dasar bini banyak mulut. Sepatah suami tanya,berpatah2 dijawab. Kahkah..

Then Arjuna ckp “nak gi KL x?”

Eh,xkan x nak...Lama x nek KL..Last hari tu,sebelum puasa. Then,raya,then beranak. Pastu x gi mana2 pun lg.

Tetiba,pukul 12pm hari Krismas tu,kami semua dah duk dlm kereta menuju ke KL. Haha. Saya suka jalan2 x plan mcm ni. Excited lebih sbb x plan kan. Cuma,saya lupa something. Saya bawa je beg pakaian yg saya dah packing tuk balik kampung. Dlm tu ada baju basahan duk rumah time banjir hujan je..Aiseh..Mmg betul2 baju basahan duk rumah. Sekerat jalan baru teringat. Sehelai jeans pong x bawa. Yg kat badan saya,saya pakai elok la. Yg kat dlm beg tu,baju duk rumah. Haha. So,kalo korang mcm tnampak saya merayau2 dlm soping kompleks dgn begitu selekeh,dah tau lah kenapa yea..Iyolah,mcm ko femes bajet org kenal..Hahaha...

Otw,nak sampai KL tu,ada la 3 tempat kot banjir. Kereta kena mengarung air. Trafic pun sgt slow!..Sbb ada jalan pecah,ada air melintas,dan kereta ntah dr mana dtg,kenapa la bnyk sgt hr tu. Mcm semua org nak lari dr banjir mcm kami je. Paka-KL hr tu 7 jam hokey!..7 jam!..

Kami stay KL 2 mlm je. Siang soping , malam makan2 n lepak hotel. Soping dgn 2 org baby kena banyak sabar. Ada masa dua2 behave. Ada masa,Qasyaf mengaruk,Qisya terkelip2 tengok je. Ada masa Qisya plak meraung (Qisya jarang nangis,tp sekali menangis mmg mcm meraung selak,semua org pandang),Qasyaf pulak terkinja2 seronok dlm stroller. Ada masa dua2 mengamuk. Daddy stress. Mommy x stress pong. Sbb soping kan retail terapi tuk mommy. Anak2 buat hal,kita uruskan anak2 dulu. Then sambung soping.Takde pun lari mood ke apa. Hihi..

Budak ni 1st time dapat tgk LRT lalu dari tingkap bilik hotel. Jakun. Asik nak tgk je. Paka xde LRT ok...Hahaha!!...Sblm ni,dah selalu sgt bawa Qasyaf nek KL. Tp masa tu dia belum boleh jalan. Ni dah boleh jalan,semua tempat dia nak explore,semua benda dia nak sentuh. Dlm bilik hotel,x duk diam pong. Kat soping kompleks pun nak jalan sendri. Haishhh,penat nak control!..

Hey, this is her 1st krismas ok...Takpelah nak jakun dgn giant krismas tree pong...hahaha...

Ok,thats all for now!...
Selamat tahun baru!

Saturday, December 29, 2012

jenama baby carrier

International
Ergobaby
Bjorn
Boba baby
Storchenwiege
Didymos
Balboa
Maya wrap
Peanutshell
Manduca
Moby
Woven
Ellaro
Local
Snuggbaby
Jumpsac
Neeza Needles
Babyvibes
Apootaern
Deana Design
Mama Patch





*sekadar menyebut bbrp nama.

Monday, December 24, 2012

type of carriers

Eh, malas lah nak ckp omputih. Dah banyak sangat artikel pasal menggendong bayi ni dalam bahasa omputih. Osman Baku kan suh ckp Melayu dgn betul (korang yg x tgk TV2 kompem x tahu siapa Osman Baku..Heeee)..

Memula sekali, saya nak betulkan ejaan. Ia adalah "menggendong bayi" bukan "mengendong bayi".

So,...eh salah..

Jadi, tajuk yang sebetulnya;

Jenis2 penggendong bayi.

Setelah google, setelah baca beberapa artikel dalam bahasa orang putih (saya tak jumpa artikel bahasa melayu pong), saya baru tahu rupanya banyak sgt cara untuk menggendong bayi ni. Kat sini, saya nak kongsi sikit apa yg saya tahu drpd pembacaan saya semenjak dua tiga hari ni. Dan saya harap otai2 babywearing di luar sana yg baca artikel ni,tlg tegur kalau apa yg saya tulis ni salah dan tunjuk ajar lah mana yg betul. Boleh kan. Macam yg athidean buat. Dia komen dlm entry lepas,bgtau cara Jessica Alba menggendong bayi tu salah. Baru saya tau. So, babywearing guru,plez teach me ya! (oppss,xpe lah ckp omputih sikit2)..

Ok..Sebenarnya, banyak cara kita boleh guna untuk menggendong bayi ni. Dan cara2 tersebut mempunyai namanya yang tersendri. Dalam entry ni, saya x akan huraikan dulu mcm mana caranya hendak amik bayi,kemudian menggendong bayi tu satu persatu sbb bnyk sgt. Nanti jenuh nak taip. Saya juz nak kongsi nama jenis penggendong bayi berserta gambar2nya supaya kita boleh lihat perbezaannya.

1) Mei Tai



Penerangan macam dalam gambar yg 1st tu. Ada shoulder strap yg tebal, ada waistband. Kalau nak ketatkan,juz ikat dan ketatkan tali yg kat pinggang tu.


2) Soft structured carrier

 
 

Carrier ni style dia mcm backpack. Ala2 mei tai. Tapi,bila nak ketatkan,adjuz dekat buckle je,bukan ikat. Waistband pun ada padding. SSC ni lebih keras skit la. Tak boleh nak lipat2 jd kecik masuk dlm handbag. Tapi,katanya,untuk beginner,sesuai pakai yg ni sbb senang.

3) onbuhimo



 
 
Nampak macam sama je dgn mei tai kan..Tp x..Perasan x yg kat bahagian pinggang tu,ada ring. Haaa,tali dari bahu tu,masuk ikot ring tu,then ikat ke belakang. Mei tai punya,xde ring. Tali dari bahu,ikat cross blakang bayi,then ikat kat badan mommy..Saya ni,tgk bnyk kali baru jumpa perbezaan. Kalau tgk gmbr org tgh menggendong bayi tu mmg x perasan pun. Tgk struktur carrier baru tau.
 
 
4) Sling
Ada bbrp jenis.
 
                                                                         Sling biasa
 
pouch sling
                          *pouch sling,baby mcm duduk dlm poket. Biasanya carrier ni ada saiz*


ring sling
 
Sling ni nampak macam stylo kan. Tapi as for me,x berani lg kot nak try.
 
5) Wrap
Wrap = membalut. Membalut tubuh dgn sehelai kain tuk menggendong bayi. Ada banyak jenis wrap.
 
                                                                        Woven wrap. 

 
Moby wrap. Moby is a brand name. Dan cara balutan dia lain skit dr woven wrap tu. Carrier ni jgak merupakan sehelai kain panjang.
 
 
Berbeza dgn ini. Ini dipanggil wrap conversion mei tai (WCMT).. Ia bukan sehelai kain panjang. Tempat untuk baby duduk tu,dijahit mcm dlm gambar,kira mcm ada body dia la..Then,ada kain panjang tuk lilit2 pada bahu dan pinggang mommy.

                                                                        WCMT

Ini plak wrap conversion ring sling (WCRS). Nampak mcm xde beza pong dgn ring sling. Agaknya balut2 badan jugak cuma tambah ring. Ntah la..Kena tanya sifu.
 
 
Ini wrap conversion half buckle (WCHB). Ada strap atas bahu Tuk lilit2, tapi kat pinggang ada buckle mcm pic bawah ni.

                                                                          WCHB
 
Jadi,itulah dia antara cara menggendong bayi yang saya tahu. Semua gambar ihsan Google. Jenuh perati apa perbezaan antara satu sama lain. Ini yg saya faham la. Kalau salah,tolong bagitau dalam komen yea.
 
Thats all for now. Happy babywearing!

Sunday, December 23, 2012

nyawa mommy



Tiap pagi mereka buat mommy kelam kabut.
Pagi ni, mommy lambat tukar diaper adik. Semalaman adik x tukar diaper. Diaper adik penuh dgn air kencing. Pagi td sementara buat food tuk Qasyaf,mommy letak adik dlm quinny.Sekali adik berak. Lekat tahi pada quinny ok.
Daddy buat muka  x puas hati.Tp daddy xle marah mommy sbb sapa suruh daddy mandi lambat mcm anak dara?Kalo daddy mandi cepat td,boleh daddy tlg pegang adik sementara mommy kat dapur.Kan kan..
 
 
 
 
Btw, tolong like kami di sini yea http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=309093852536131&set=a.307858259326357.66974.188654047913446&type=1&theater  ...Hehehe..Like gambar kami,like juga page somethinglovablebynang tu...Thanx all...Muahhh!!


Ok,Bye!

Thursday, December 20, 2012

say no to durian crepe

Or any other kuih yg berasaskan durian.
Or a raw durian itself.


Itu untuk saya la. Sbb Qaseh Qisya Qairina (amikk,nama penuh tu), sangat senditif pada durian. Dah 2x saya mkn durian. 2x jugak dia x tidor,cranky, serba x kena. Ptg kelmarin, saya beli 3 pack durian crepe.
1 tuk babysitter Qasyaf, 1 tuk babysitter Qisya dan 1 tuk mkn kat rumah. Saya dah beringat dah. Qisya ni sensitif durian. Tp ms kejadian sebelum ni,saya mkn durian banyak. Berulas2. So,kali ni,mkn 1 biji durian crepe je lah. Tliur. Takpe kot.

Tenyata saya salah. Qisya dapat sugar rush jugak!

Smlm,di rumah babysitter Qisya buat hal. Cranky. Biasa,dia suka tgk tv,cepat senyum bila ada org bcakap dgn dia,tp semalam sgt bad mood. Bs ckp,muka asik berkerut mcm nak marah. Tido pun xnak. Paling dasat, tak nak hisap botol. Kena je puting botol susu kat mulut,dia menangis meraung sampai serak. Padahal,dah 3 hari dah dia semakin pandai hisap botol susu. Tetiba smlm buat hal. Aiseh.

Jadi smlm,saya tpaksa la berulang pergi bf rumah bs. Dia bf mcm biasa. Tp muka ttp mcm x puas hati. Tak tahu kenapa. Sekali fikir mungkin sbb sugar rush. Sekali fikir mungkin sakit perut sbb saya makan maggi ketam malam tu. Sekali fikir mungkin sbb dia x selesa sbb dia agak selsema. Sejuk sekarang di sini. Takde hari dan takde malam yg x hujan. Hujan manjang. Cuma kadang2 lebat,kadang2 x je. Semua faktor tu menyumbang la kot sampai anak mommy ni badmood.

Malam tadi pulak,Qisya asik nak mengempeng je manjang. Biasanya sebelum ni,sebelum saya masuk kerja dan sebelum dia duduk dgn bs, kalau tido malam,dia bf sblm tido je. Bgn malam nak susu juz sekali dlm pukul 2am or 3am. Kadang2 x bgn langsung. Pukul 5am baru nak susu. Tp sejak duk dgn bs,x kenyang agaknya siang hari hisap botol,lagipun dia baru nak pandai hisap. Hisap sikit2 je masa siang hari. Malamnya,balas dendam. Mengempeng je la. Tp mlm td,over plak mengempengnya. Sepanjang malam kot. Sampai lenguh badan saya bf sambil mengiring. Sampai kul 4am td dia muntah sbb bnyk sgt minum susu. Pagi ni,bangun je,bila ditegur,terus sengeh ketawa. Bila angkat nk tukar diaper,burrppp,sendawa besar. Mn x sendawa,sepanjang mlm menyusu. Tp sebelum naik kereta hantar ke rumah bs,saya bf lg..Bg dia betul2 kenyang. Semoga x cranky la hr ni.

Tp,masuk je kereta,duk dlm carseat dia,kening dah bkerut2. Saya mengagah pun x senyum. Puas ckp mcm2 tp x berbalas. Qasyaf pulak yg lebih. Bcakap bahasa Jerman kat seat belakang. Masa nak tinggal td pun,x pandang muka mommy.

Ni saya br lps kol bs Qisya. Katanya Qisya badmood mcm smlm. Tak nak hisap susu. Dia tidurkan je. Alahai anak mommy. Nnti kul 10.30am nanti,mommy pergi bf la.

Kenapa yea?
Tak suka duk dgn bs ke apa?
Dah cari tanda2 kot kena dera kat bs,xde plak.
Qisya aktif mcm biasa bl kat rumah mlm td.
Bs tu plak,dah bnyk pengalaman jg baby. Dah btahun dia jd bs. Apa yg x kena?
Stress bila fikir semua ni.

Mungkin Qisya akan rejek botol susu sampai bila2 kan. Mcm anak kawan saya. Cuma kne btahan berulang alik pergi rumah bs tuk bf sampai umur 6 bulan. Bila dah mkn solid food,ok la skit. Kenyang la skit even x menyusu di siang hari kan. Cuma yg saya risau,kalu saya ada miting or kne pergi kursus. Masak la oii!..
Qisya on 18/12/12. Last Tuesday. Genap 3 months old. Gmbr ni lps balik dr rumah bs. Masa ni, dia hisap je botol. Huuuu


Tuesday, December 18, 2012

babywearing

Wear a baby.
Memakai bayi.
Mengendong bayi.

Ini adalah benda baru yang saya belajar.
Menjadi mommy,banyakkkkk sgt sebenarnya yg perlu kita belajar.
Qasyaf is 1 year and 3 months old now.
Saya ingat,saya dah tau serba serbi tentang bayi,ternyata saya salah sama sekali.
Seperti mana saya belajar satu persatu tentang penyusuan susu ibu, tentang homemade food for baby,saya sekarang sedang bertatih untuk belajar tentang babywearing.

Ilmu baru ni,saya terima secara tidak sengaja. Sebelum2 ni, saya anggap mengendong bayi adalah sesuatu yg tidak cool,agak kolot sbb mcm org dulu2 lebih2 lagi bila guna kain belilit2 tu. Mcm org asli kendong bayi dia pun ada kan. Arghh,sgt bodoh rasanya. Mmg betul,jika kita tidak berilmu,kita mmg nampak dan kedengaran bodoh kan. Saya lah tu.

Masa Qasyaf umur 2 bulan lebih dulu,saya pernah membeli carrier. Masa tu,tertinggal Quinny kat rumah. Lps 15 minit dukung Qasyaf dalam shopping complex,terasa cramp bahu dan tangan. Terus rembat satu carrier cap ayam. Ye,xde pilihan. Yg ada cap ayam saja sbb masa tu kat shopping complex kat Kota Bharu je pun. Lagipun,masa tu,saya ingat semua carrier ni sama je. Tp bila pakai, mcm x confident. Takut carrier tu terkoyak la sbb macam x kukuh je carrier tu. Bila x confident, tangan saya pun x bebas sbb duk tampung berat Qasyaf. Haishh,sama jugak jadinya. Lenguh jugak jadinya. Lps pakai dalam 3x kot,carrier tu tersadai begitu saja. Dan saya mcm serik dah nak beli carrier walaupun apa saja jenama. Sbb x yakin boleh guna dgn baik.

Tapi,bulan lepas,masa jalan2 blog Dina. Baca catatan perjalanan dia pergi Turki dan Rom,tnampaklah satu gambar dia sedang mengendong bayinya. The carrier look so stylish!. Tak heran pun dgn aksi mengendong bayi tu. Tp teruja tgk carrier yg cantik. Nampak mcm ikatan Mei tai.Tp x nampak terbelit2 pun. Corak carrier pun cantik. Oleh kerana Qisya still dont have her own gadget,semua pakai yg Qasyaf punya,ingat nak belilah carrier baru satu tuk Qisya. Lagipun,yg mcm Dina punya tu kan nampak stylo. So,i personally msg Dina. Dina pun reply la dan cerita la sikit2 pasal brand carrier ni. Lepas Dina bagitau brand apa yg best,saya pun mula la google. Ooooo,rupanya carrier pun ada designer carrier. Bukannya ada designer diaper bag je. Tak lama lepas tu,saya terbaca post seorang member kat fb. Dia wish kawan dia sorang lg "enjoy babywering!"..Post tu mcm ramai yg komen. Dari situ saya dpt tahu,kat fb ada group Malaysia Babywearers. Oooooo,ada jugak rupanya group tuk ibu mengendong bayi. Saya pun join group tu. Bila join baru tau derang adalah satu group yg besar. Pernah masuk paper. Ada banyak artikel tentang babywearing kat situ.Ooooo,begitu rupanya. Dan oooooooooo lg,rupanya ada bnyk jenis cara mengendong bayi ni. SSC la,mei tai la,wrap la,ring sling la,sling la...Banyak2...Saya yg x pernah tahu ni rasa jakun sangat.

Dari situ saya mula belajar. Pemakaian carrier yg betul dan mengendong bayi secara betul sememangnya tak akan mbebankan si ibu. Malah mengeratkan lg hubungan ibu dan anak...Oooo..Saya baru tau...Ni pun masih belajar lagi. So,lepas ni,in shaa Allah,akan ada entry pasal babywearing lagi. Sbb saya nak kongsi ilmu ni dgn kamu semua. In shaa Allah,saya akan kongsi tentang jenama carrier yg bagus (saya x kata yg murah tu x bagus,tp we all know, alah membeli,menang memakai kan). Juga akan kongsi tentang cara2 mengendong bayi, kebaikkan dan bnyak lagi la kot. Yg mana saya tahu,saya akan kongsi ok.

But for now,meh kita sama2 cuci pemikiran kolot kita. Kalau kamu mcm saya la. Kata mengendong bayi mcm org kampung zaman Hang Tuah konon. Tgk ni..!


                                                             Jessica Alba and SSC


                                                            Tisha Cambell and wrap


                                                         Gwen Stefani and ring sling


                                                             Julia Robert and sling


                                                             Keri Russel and pouch


                                                   Julia Robert again..This time SSC..

Haaa,stylo kan...Ko kalo celebrity buat terus stylo mylo la...Hahahaha...
Tu kaum ibu...
Kaum bapak pun nampak sgt cool mengendong bayi...

  
                                                            Orlando Bloom and SSC


                                                           Cam Gigandet and pouch


                                                               Brad Pitt and hip carry

Perggghhhh...Macho sgt kan..
Dan gambar mengendong paling seksi dan stylish di mata saya adalah....
Jeng jeng...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
My kakak !!!!!

                                                            Angelina Jolie and SSC

Wowww!!!
 
 
That all for now...Will write again about babywearing..Until then,daaaaaa!

Monday, December 17, 2012

back to work

Ya. Hari ni hari pertama masuk kerja selepas 3 bulan cuti. Owh,betapa seronoknya cuti panjang. Panjang ke? Rasa mcm sekejap je. Sepatutnya kerajaan bagi cuti bersalin 6 bulan kan. Gila ko,setengah tahun tu. Kahkah. Satu je yang x best pasal cuti bbulan2 ni. Elaun kritikal kena potong. Aiseh. Kalau potong terus setiap bulan xpelah jugak kan. Ni,bila dah masuk kerja,kerani mula kol mintak bayar balik elaun yg x dipotong terus tu. Sayangnya rasa nak bg duit cash kat org di atas benda yg x nampak. Kalau bg duit sbb beli handbeg xpelah jugak kan. Handbag lagi. Bukan Harzharun ok kalau x bcakap sal handbag. Ehem..Cantik x Coach yg mcm dlm gambar ni?


 
                                                                       Leather Brooke

Senyum...hihihi...

Ok...Ni dah masuk kerja ni, inshaa Allah, blog ni akan aktif seperti biasa la. Takde patient kat klinik,bolehlah saya membelog. Kat rumah,usahkan nak buka blog,nak buka hphone tgk siapa msg pun x sempat. Aceh,bz benor bunyinya. Hehe..2 org baby seh..What do you expect kan..To Asna, nanti2 lah i cerita sal mjaga 2 org baby sekaligus ek. Mmg semput. Ni,dah masuk kerja lg semput. Nnti ada masa baikk punya,i cerita ek. Dan kepada yg tertunggu2 entry khas tuk hubby,sila tunggu jugak yea. Hahahaha..Perasaan tsentuh masa hubby jg slps beranak tu dah habis la..Hahaha..Kne pikir balik tuk amik mood.

For now,nak cerita skit kisah FIL yg diserang stroke tempoh hari. It was last last wednesday. 28 Nov 2012. Masa tu,kami kat kuaters kat Paka ni. Arjuna pun x kerja hari tu sbb demam. Lps jumpa doc pagi tu,dia tidur je kat rumah. Qasyaf kami awal2 dah hntr rumah bs. Dlm pukul 3pm kot, abang Arjuna kol ckp FIL jatuh dlm bilik air. Terus jd x sedarkan diri. Kami dgn sekelip mata bsiap dan amik Qasyaf,terus balik. Dalam kereta baru tfikir,lebih baik saya dan anak2 x ikut sbb nnti kang menyusahkan plak Arjuna nak jaga abah dia kan. so,after drop saya dgn anak2 kat rumah my parents,Arjuna terus ke Rantau Panjang dgn abangnya. Nasib baik dia x drive sendri sbb demamnya belum kebah. Derang bmalam kat hospital dlm 3 mlm jgk rasanya. After FIL discharge,barulah Arjuna balik sambung kerja 2 hari,then kami semua balik kampung Arjuna. Duk kat sana dekat seminggu jugak tu. Tu blog menyepi,fb menyepi. Sana xde line 3G.

Skang,FIL is getting better. Tp yelah,stroke kan,sembuh pun,x mcm dulu la. Derang dah bawak FIL gi berurut dan jumpa doc swasta. Benda kan amik masa jugak tuk sembuh. Kena bnyk sabar dan family kne banyak bg sokongan. Selepas ni nampaknya kami akan kerap balik kampung la kot. Sbb kat kampung,ada FIL dgn MIL dan sorang SIL je. Susah jgk tu MIL dgn SIL nak uruskan FIL ka..

Dalam pada Arjuna susah hati dgn abah dia,saya ni plak susah hati dgn Qisya. Qisya rejek semua jenis botol dan puting susu!..Sampai naik stress saya!..Last Wednesday,try hantar Qisya ke bs. Owhhh,Qisya kan sgt baik,sgt behave,ok je duk dgn bs dia. Tp bila time dia lapar nak susu,bs bg botol,dia meraung keluar anak tekak!..Sampaikan hari tu,saya berulang ke rumah bs 3x dlm masa dr kul 9am-1pm..Last2,tgh hari tu saya bawak balik je..Bila dpt direct bf,uihh,dia nenen mcm org kebulur. Kesian sgt. Saya dah try Tommee Tippie, Tupperware, Pigeon peristatik plus,MAM, puting Fiffy yg kaler kuning yg orthodontik tu..Then puting Pigeon yg kuning tu..Semua rejek. She dont even try to suck!..Kne je puting palsu tu ke bibir dia,terus melalak sekuat hati..Sampaikan ada satu masa,dgn saya sekali menangis. Sampaikan saya pernah paksa jugak dia hisap..Saya tolak puting masuk mulut dah picit pipi secara urutan konon nak ajar dia sucking..Haishhh...Then,hari Khamis tu,saya x hantar dah ke bs..Saya suh Arjuna bawa saya gi Kemaman. Kedai Qaseh Bonda ada jual Mimijumi. Paka-Kemaman,dlm sejam jugak la. Dah la hujan..Sampai kedai,amik Mimijumi, bayar,  terus balik.. Kat rumah,sterilize,terus bg Qisya..Dia rejek jugakkk!!!!Sgt stress ok..

Wiken,kami balik rumah my parents. Lps drop saya dan anak2,Arjuna terus balik kampung dia. Bila dah duk rumah parents,ada ramai orang ( i mean,ada adik2),xde masa la plak nak train Qisya hisap botol. Jumaat,ibu ayah kata,nak ke kampung Arjuna. Nak melawat my FIL. Saya pun ikot la. Otw balik,singgah pulak wedding BFF my sister. Malam,kul 10pm baru sampai rumah. Dah setel mandikan anak2,bg derang tido, saya bjoget kat dapur plak dgn my sister dan ibu. Kami buat puding sket tuk acara esok..Eh acara apa plak?...My brother btunang esoknya...

Kami jamu sate dan puding tuk geng2 rombongan yg singgah kat rumah sblm berangkat ke rumah pihak perempuan...Dalam kul 3.30pm,sah la my brother jd tunangan org..Tu kita cerita lain kali bserta gambar ek.

Malam,terus balik Paka...Semalam,Ahad,saya try lagi hantar Qisya ke rumah bs.. Sampai je rumah bs,saya bf dia. Kenyang,terus tidur. Qisya ni,kalau pagi,mmg tido lama.. kalau tido kul 8.30am, kul 10-11am br bgn..Tgh hari saya kol bs,bs ckp,dia xnak hisap Mimijumi tu..Saya pun pergi rumah bs tuk bf dia. Then saya balik..Petang,kul 5pm saya gi amik. Sampai je rumah bs,anak bs ckp "baby dah hisap botol dah"..Saya mcm "hahhh,ye ke?"....Bs try bagi puting Pigeon kuning yg saya bekalkan..Qisya hisap!..Lorrr,hari tu dah try bg,dia rejek..Bs try bg sekali lg,dia terima. Qisya dah redha dah kot kne hisap botol bila mommy xde..Heheheh..Syukur sgt..Lega sgt gi kerja hari ni...So, all the Tommee Tippie, MAM dan Mimijumi tu, masuk kotak balik la...puting Pegeon kaler kuning yg RM5 sebiji jugak yg Qisya nak akhirnya....Takpelah..Asalkan dia hisap...

Hurmmm,itulah dia ceritanya...Thats all for now...Daaa!!!

Monday, December 3, 2012

we have a winner

Hello girls...
Dah ada pemenang pun...
Tp ni bkn ptandingan..
Mcm lucky draw je pun kan..
Komen 2x dikira sekali je ek..hehe..
So,seperti yg tertera kat ruangan komen entry lepas,pengomen ketiga ialah Umi Medina manakala pengomen kelima adalah Umairaharis...Tepuk tepuk...hehe...
Kepada anda bdua,plez email me your adress & phone no yea...

That all for now..I have to go...Daaaa!

Saturday, December 1, 2012

who want a voucher?

Assalamualaikum preety people.
Hurmmm,ingtkn kehidupan seharian dah kembali normal mcm biasa.Normal,maksud saya,dah kembali kepada rutin biasa.Tp,tiba2 perkara x dijangka blaku. My FIL suddenly collaps last wednesday. Kne strok. Kami trus kemas barang,balik kampung.Actually Arjuna balik sorang dulu dgn abang dia.Saya x ikot lg sbb susah kan nak bmalam,lepak kat spital dgn anak2 kecik ni.So,tuk mudahkan keadaan,saya dan anak2 stay rmh my parents.Dan......bnyk lg nak cite..Tp postpone dulu la ek..

Ok..Oleh kerana masa x mengizinkan,teknologi jg x mengizinkan,saya straigh to the point sajalah..Saya ada 2 set of voucher..Saya juz nak bg free je kat u all..Anggap ni goodies kedua selepas buku yg dimenangi oleh Dot tu yea.

Setiap set voucher ada 5 voucher utk brand Mom's Care, Phillips Avent,Fischer Price,Bumbee Bee and Esprit..
So,sila komen entry ni kalo nak voucher tu..Tak kisahlah komen apa pun..Tak kisah pnjg ke pendek..Komen yg ke 3 dan yg ke 5 akan dpt voucher tu sorang satu set ok..Daaaa! Oh ya....Semua voucher expire 31 jan 2013....