kita2.... ;-p

Wednesday, February 27, 2013

Monday, February 25, 2013

budak lasak cedera

Hari kedua ketiadaan daddy, sama je...Cuma,saya x bawa anak2 berkurung dlm bilik terlalu awal mcm mlm pertama daddy xde..


Lepas amik anak2 dr rumah bs, kami makan dulu...Suap2 Qasyaf..Qasyaf sekarang mkn apa saja yg mommy mkn..Cuma, masih kena jg pemakanan dia sbb dia still elergik pada hasil tenusu dan seafood.


Malam kedua daddy xde ni, kami tidur lambat sket. Tak kuasa nak paksa anak2 tidur awal..heee..


Hari ketiga daddy xde,iaitu hari Khamis, habis kerja, kami balik rumah my parents. Mulanya nak try drive sendri Paka-KT 1 jam setengah dgn dua org budak kecik ni..Tp x jadi. Bukan x boleh buat kot. Boleh je kalau nak cuba. Tp Arjuna x bagi. Tak harap katanya..Drive sorang2 Paka-KT pun x pernah,inikan pula nak drive dgn 2 babies.Ishk ishk..Saya pun suh my brother je dtg amik. Heee..
Boleh je kot nak cuba sebenarnya. Cuma, saya yg x nak. Saya yg jenis suka bgantung kat org. Dan saya xnak kelihatan tlalu berdikari. Biarlah saya ada sifat kebergantungan ni. Ini bmakna,saya perlukan suami saya. Sentiasa. Saya perlukan family saya. Sentiasa. Hehehe..Org boleh kata manja.Saya kata itu sifat kebergantungan. Kihkih...


Duk tiga beranak kat Paka tanpa Arjuna,xde apa pun blaku. Juz penat layan anak2 je. Balik je rumah ibu, ntah mcm mn,Qasyaf yg skang ni suka sgt berlari2, terjatuh. Dia kejar saya yg nak ke dapur. Sekali terjatuh,mata kena bucu meja. Luka!..Mata lebam.. Apa lagi,melalak la. Ibu cepat2 suh bawa gi klinik. Setelah dinilai oleh mommynya yg buka doktor mata ni,xyah gi klinik la. Sikit je. nampak mcm teruk sbb bleeding. ..Kalau gi klinik,akan ada adegan meronta2 xnak kne cek doktor plak..So, sapu ubat gamat je..Then,saya pantau sendri je Qasyaf..Tgk dia boleh main mcm biasa,boleh amik benda kat bawah kerusi macam biasa,maknanya,penglihatan dia xde apa2 la tu....Ni la rupa budak lasak..

Mommy x bgtau daddy pun. Diam2 sudah lah..Huuuu...
 
 
Bila daddy cakap rindu,minta whatsapp pic anak2,saya bg pic mcm ni..Kihkihkih
 
 
 
Hari sabtu, Arjuna discaj dr hospital. Dia balik rumah mak dia dulu. Doc x bg drive,takut bleeding katanya. Dapat MC sampai Rabu ni. Khamis,ada apoinment follow up. Saya mcm dah pasrah dah,kne stay 3 branak lg seminggu kat Paka. Tak kan nak suh Arjuna balik rumah,pergi balik sana tuk follow up..Kesian plak.
 
 
Ahad, saya cuti. Ada urusan dalam merealisasikan azam no 1 2013...Ingat,pas my brother habis kerja ptg nanti,nak suh dia hntr ke Paka semula. Dan plannya, Jumaat nanti,nak tumpang my sis plak balik rumah ibu ayah. Tetiba,kul 3pm,Arjuna sampai dr Kelate..Yeayyy!!!!...Belasah je drive sendri..Yg sakit,tekak katanya..Bukan tgn kaki..Boleh je drive..Alaaa,sebenarnya rindu bini la tu..Hihihihi...
 
 
Dan mcm biasa la,bila jumpa anak2,soalan pertama yg ditanya pasal sebarang kecederaan pd anak..Haishh...Tpaksa jugak bgtau..Tp nasib baik luka kat mata Qasyaf dah baik..Tinggal garisan merah sikit je..Huuuuuu..
 
 
Itu sajalah...
 
Daaaa!!..
 
Btw, ini mmg elegance kan...


Wednesday, February 20, 2013

satu tahun lima bulan....lima bulan


Ini budak satu tahun lima bulan

Ini budak lima bulan
 
 
 
Kedua2 gambar di ambil semalam. Gambar Qasyaf petang semalam selepas balik dari rumah babysitter. Gambar adik pagi semalam,otw pergi rumah babysitter. Diorang berdua duk dgn bs yg sama sekarang. Hepi i..Hehe...
 
Hurmmm,Qisya dah masuk lima bulan dah kan. Tp saya belum cerita lagi mcm mn hidup sebagai mak beranak dua. Jenuh Asna menunggu cerita saya. Hahaha...Nak cerita satu persatu mmg panjang kot. To make it short and sweet,i juz can say, being the mother of two is awesome,marvellous yet exausted...Tapi dgn bantuan Arjuna tercinta,xde la exausted pun. Penat biasa2 je. Anak sorang pun ko penat kan. Takde anak lagi penat. Penat duk senyum bila org tanya bila nak ada anak kan. Heee,saya dah rasa semua tu dulu.
 
Tp,skang nak cite ni hah..Arjuna is away...
 
So,this is our 1st time duk bertiga kat rumah tanpa daddy..
 
Pergghh,saspen tau!...
 
Arjuna selalu demam dan sakit tekak. Kerap sangat. Doc ckp,dia ada tonsilitis. Bila request jumpa pakar, terus pakar suh operate. Jadi, smlm,Arjuna masuk wad. Kat Kota Bharu plak tu. 4 hours from here. Haiillaaahh...Mulanya saya nak ikot,tp bila difikirkan balik,kalo saya ikut pun x guna jugak. Bukan boleh teman kat wad pun sbb anak2 lebih memerlukan saya. Lagipun,bukan sehari kan. Mau 3,4 hari jugak kne stay kat wad. Kalau setakat saya ikot balik Kelantan,then lepak rumah MIL jg anak2,baik xyah..Baik saya kerja mcm biasa. Jimat cuti, settle kerja.
 
So,Arjuna balik Kelantan sorang2,masuk wad sorang2. Mcm sedih plak bunyinya. Alone..Haha...Tp saya x risau sgt. It juz a minor surgery kan. Bukan pembedahan jantung ke,otak ke kan. (adakah saya berhati kering bab2 ni?..Some people say,medical people hatinya kering. Anggap operation tu biasa..Darah tu normal..Hurmm,ntah la)
 
Maka,dgn ketiadaan Arjuna, waaaaa, exausted la jugak jg budak dua org tu. Arjuna bertolak pagi semalam. Sama2 dgn saya pergi kerja. Dia dah pesan, kalau nak mkn tu,beli je lah..Tak yah susahkan diri masak. Mcm mn nak handle anak lg..Then dia pesan,balik kerja tu,amik anak2 lambat sket la. Makan,mandi siap2 dulu br gi amik anak.Saya pun menurut perintah..Heeee...
 
Habis kerja kul 5pm semalam,saya terus balik rumah. Pam susu,basuh pinggan mangkuk, makan dan mandi. Tak lama pun buat tu semua. Pukul 5.45pm dah xtau nak buat apa. Apalagi,gi amik budak tecik dua org tu la. Mulanya saya dah pesan kat bs..Mintak dia tolong mandikan. Biasanya bs mandikan 2x sehari. Pagi dan tgh hari..Ni mintak tolong mandikan ptg plak siap bekalkan baju tido. Saya bagitau la Arjuna xde,so,nak mintak tolong dia jaga lebih masa skit la..Bs tu ok je..Sampai rumah bs, adik dah siap mandi..Tgh main toys gantung2 kat bouncer dia. Sengeh besar bila nmpk mommy..hehe..Si abang plak tgh mandi dgn bs. Siap mandi,tunggu bs siapkan Qasyaf lu..Then balik rumah. Bermulalah cabaran.
 
Biasanya, kalau Arjuna ada,dia akan sambut anak2 kat rumah. Amik dr kereta bawa masuk rumah. Saya bawa masuk beg2 anak2.. Semalam,semua sendri2 la.. Memula saya bawa masuk beg dulu. Then bawa masuk Qasyaf. Bila nak bawa masuk Qisya, Qasyaf dah main ketuk2 bag dgn payung yg ada tepi pintu. Terus amik payung simpan, sambil dukung Qisya. Suh masuk dlm rumah. Then saya terus kunci pintu,kunci gril..Tak nak keluar dah.
 
Terus masuk bilik. Main2 dulu dgn budak dua org tu. Berpeluk cium dulu. Pastu Qisya nak bf. Ms duk bf Qisya,Qasyaf pun nak susu jugak!..Biasanya, "bang!!,Qasyaf nak susu..tolong buatkan"..Smlm,tpaksa stop bf Qisya, bangun wat susu. Qisya bad mood la..Dah tgh syok2 mengempeng,tbehenti pulak.. Then sambung bf..Sambil Qasyaf minum fm (dia xnak ebm! apatah lg direct bf!)...Bergolek mcm tu lah atas katil..Then Qasyaf beyak pulak..Basuh..Sambung golek...Skang tgh P,maka x solat la...Golek2 je atas katil sambil memantau Qasyaf. Qasyaf mmg suka sgt pukul muka Qisya skang. Lebih2 lg kalo dia tgk mommy asik bf Qisya je..Qisya plak,kalo mlm,mmg mengempeng je kerjanya...Cara Qasyaf buat adik dia, mula2 dia ciom muuuuaahhhhh (panjang tau)..Pas ciom,pang! sekali atas muka. Adoyai!..Sayang sangat kot sampai x tau nak buat mcm mn..Huuuuu....
 
Bila mommy bf Qisya,Qasyaf xtau nak main dgn siapa,dia sepahkan barang. Dia buka almari daddy,selongkar...Jumpa charger handset lama,dia amik,gi kat plug extension,cuba tuk masukkan dlm plug...Hahaha...Xde sp pun ajar...Habis dia selongkar..Stamp pad daddy pun dia main..Pastu cop atas pinggul mommy yg tgh mengiring bf adik..ayooo...
 
Dah sepah sgt bilik, saya suh Qasyaf kemas. Dia pun kemas. Dia kutip semua yg atas lantai, toys dia,bekas bedak yg dah habis, charger tadi, stamp pad daddy,letak dlm bakul laundry!..Suka hati la Qasyaf..Asal x menangis sudah...
 
Pukul 8pm, saya setelkan baju tuk bawa ke rumah bs esoknya, sterilize botol susu, bawa turun ebm beku dr peti atas ke peti bawah,bawa masuk susu Qasyaf dan termos siap2 ke dlm bilik tido, 9pm tutup lampu.. Qasyaf pun baring..Dia tau sgt,tutup lampu maknanya kne tido..Part ni yg susah!..Qisya nak mengempeng sambil baring.. Qasyaf nak tido nak kne tepuk bontut or gosok belakang. Biasanya tu tugas daddy. Malam tadi,tergeliat body mommy ni hah,kne bf sambil mengiring sambil tangan tepuk Qasyaf..Adolaaa...Akhirnya semua terlena. Saya tgk jam masa tu pukul 10.30pm..Amik,sampai sejam cubaan tidurkan anak2...
 
Tidurlah kami tiga beranak..Pukul 3.45am, Qasyaf merengek nak susu..Saya pun buatkan..Sekali bila pegang seluar dia,bocor!..Basah habis!..Lupa nak salin diaper Qasyaf sblm tido!..Biasanya daddy yg buat. Nak tido,Qasyaf pakai diaper babylove nite tape (eh ye ke nama gitu)..Sbb lebih tebal..Qasyaf ni kencing bnyk mlm2..Maka,tpaksa lah bgn tukar diaper,tukar seluar tukar baju n cabut cadar. Malas nak amik cadar baru,tido la atas tilam x bcadar..Nak sambung tido tu,Qisya terjaga. Bagi la bf..Sekali Qasyaf marah la,td mommy uruskan dia,sekali beralih kat adik plak..Menangis la si abang. Nangis2, muntah!..Kne comforter pulak..Tp sikit je muntahnya..Hujung comforter je kena..Pedulik la..Guna je comforter tu.Huhu..Saya bg perhatian kat Qasyaf pulak..Baju dia x kne muntah,so xyah salin..Qasyaf nak tido peluk2..Berpelukan la mommy dgn Qasyaf..Nasib baik Qisya ok..Qisya bcakap sorang2 then tertido semula..Saya pun sama..
 
Bgn kul 6.30am secara diam2..Turun katil slow..Buka pintu bilik slow..Tak nak kejutkan budak dua org tu la..Siapkan food Qasyaf tuk mkn kat umah bs..Sambil tu, salin ebm yg dah cair tu dr storage bag ke dlm storage botol ikut sukatan 3oz setiap satu..Skang Qisya minum 5-6 botol 3oz di rumah bs..Setel tu,masuk bilik,tgk Qisya dah bangun..Bf dia kejap,then tinggalkan gitu je atas katil..Qisya xde hal pepagi..Dah puas mengempeng semalam lah katakan..Saya terus mandi. Sambil tu, sumbat comforter dlm washing machine.Haha..Alaaa,comforter nipis je..Heee.Siap mandi,baru buka lampu bilik..Qasyaf pun tjaga. Kalau tjaga tgk muka mommy dulu,mmg dia akan good mood..Terus senyum..Bangun terus nak ciom adik..Alahai...
 
Then,saya siapkan Qisya..Saya mmg dr dulu lg akan siapkan anak sebelum hntr rumah bs..Salin diaper..Basuh bontut, basuh muka, gosok gusi or gigi..Mandi je x..Then tukar baju..Biasanya,saya siapkan Qisya..Daddy siapkan Qasyaf..Pg tadi,saya la semua..Qasyaf plak,saja nk susahkan mommy..Dah elok2 siap,sekali beyak la pulak..Adolaa,kne ulang balik. Tukar diaper balik..
Pastu, hantar ke rumah bs...Fuhhhh....
 
Ptg ni berulang benda yg sama pulak...
 
Tu kisah anak2..Hal daddy pulak...

Ini daddy sblm masuk operation room.Belum sakit lagi dah buat muka sakit..hihi.. Semoga daddy cepat sembuh..Dan dpt balik cepat..Jgn biar sampai mommy menangis or pengsan uruskan Qasyaf dan Qisya..Heeee....

Sebelum mengakhiri, sedikit perkembangan anak2..

Qasyaf belum boleh bcakap..Aiseh..Buat mommy risau..Kadng2 je dia sebut adik, meme(mommy),didi(daddy)..owh,smlm ms xde sapa nak tidurkan dia,dia panggil didi!..Then kdg2 dia sebut mama(mak @ bs dia)..Tp kadang2 sgt la dia sebut semua tu.. Habit terbaru, bila dpt satu perkataan baru,dia lupa perkataan lama..Mcm br ni,asik sebut atal (gatal)..Then pandai sebut aceh (Qaseh @ Qisya)..Lupa dah nak sebut atal..Balik rumah MIL br ni,dpt sebut abah(tok abah), lupa dah nak sebut aceh!..Alahai Qasyaf..Risau jugak sbb org duk sebok pasal vaksin MMR sebabkan autisme..Tp Qasyaf xde ciri autisme pun..Semua yg kita ckp dia faham. Kita bg arahan dia buat..Kita tny dia pandai angguk dan geleng.Dia jugak xde masalah bersosial..Ok je duk main dgn kazen dia..Cuma bab nak bcakap tu berat sungguh!..Saya ada tjumpa satu blog ni..Suh amalkan ayat Quran , ayat Toha 25-28 supaya anak boleh bcakap.. Alaaa,ayat penerang hati yg kita duk baca selalu ms skolah tu. Robbi srohli sodri, wayasirli amri wahllul ukdatang millisani yaf kahukauli. (sori yea..tpaksa tulis kot rumi..xdpt cr tulisan jawinya..ni juz nak suh korang tahu..sori kalau salah ejaannya)..Amalkan baca,dan hembus pd mulut anak2...Sama2 kita doa..In shaa Allah..Tiba masanya,bcakap la tu...

Qisya pula..Dah meniarap..Tp masih tkial2 la..Saya selalu nmpk Qisya as bayi yg masih kecil...Sbb dia x bam bam sgt kot..Qasyaf dulu,selambak..Haha..Padahal Qisya dah 5 bulan dah..Heee..

Itu saja untuk kali ini..
Rajin korang baca sampai habis..Haha..
Daaaa!!!

Monday, February 18, 2013

sentiasa bernafsu

Nafsu membeli-belah lah....

Nafsu shopping....

Ko ingat nafsu apa? kahkah...

Ya,nafsu membeli barang. Nafsu ni x pernah pudar apatah lagi padam dari jiwa ni. Payah betul. Bila tgh2 bulan macam ni,rasa sesak nafas betul. Kenapa sesak nafas?..Sbb rasa nak membeli itu ini membuak2,tp duit tinggal nyawa2 ikan tunggu next coming gaji. Maka bnafaslah mcm ikan tu..huhhh...

Sapa kata gaji doktor gigi kerajaan besar?..Takde lah besar mana pun.. Mak nak beli ini tgh bulan macam ni pun x mampu noks!
Alahai... Keinginan yang x pernah habis kan..Tgn mcm gatal je nak bayar tuk beli handbag ni. Tetiba teringat, kena bayar upah baju kurung moden dulu. Saya ni,sekali gi hantar baju kat tailor,x pernah sepasang dua. Last month hantar enam pasang. Trip kali ni,kain english cotton. Semua buat baju kurung moden. Nak pakai gi kerja. So,duit tu dah selamat jadi rezeki tailor. Tak dpt la nak bayar handbeg di atas.

Tahan nafsu..Tahan nafsu..Lupa sekejap pada handbeg,tetiba cek akaun,masuk duit oncall..Jeng jeng..Teringat balik kat handbeg ni..Tapi,dalam masa yg sama, mahu beli kasut/sandal baru la. Sandal yg saya tgh pakai ni dah huduh...Huu...Mau sandal yang selesa. Tuk wat gi kerja. Yang tidak menyakitkan pinggang dan pinggul sewaktu bertungkus lumus mencabut gigi..Dalam masa yang sama tetap stylish..Hurmm...



I always end up buying something like this..Dari rumah tanam azam nak beli kasut selesa,last2 bayar tuk kasut cenggini..Haishhh..Masa muda2,mampu je cabut gigi sambil pakai kasut cenggini. Ni,dah tua2 *read,dah beranak dua* ni,sakit pinggul oi!..Saya heran macam mana Kate Reed dlm Fairy Legal boleh berlari2 ke sana ke mari dgn heels 4 inci..Huuu..

So,nak beli handbeg ke kasut? Handbeg ke kasut?

Dangggg!!!..Tetiba kereta saya buat hal..Not that x boleh bergerak ke apa..Cuma break dia bunyi semacam..And door lock kereta pun buat hal..And tali kipas kereta pun buat hal...Ini saya menyampah!..Paling menyampah kalau kena habiskan duit kat kereta. Tapi,bab kereta Arjuna setelkan. Dia bawa gi baiki,dialah yg bayar.Sama mcm road tax. Sejak kawen,dia yg bayarkan roadtax kereta saya.Muahaha...Tp,lg bagus duit bayar baiki kereta tu dia bagi saya tuk bayar nafsu serakah membeli ni kan...Heeee..

So,handbag ke kasut?..Handbag ke kasut?

Rasa mcm nak tukar handphone jugak..Apple nak lancar aipong tbaru kan..

Handbag ke kasut?..Handbag ke kasut?

Eh, carseat Qisya mcm dah x selesa la tuk dia..Lagipun,tu carseat Qasyaf dulu..Qasyaf besar,beli carseat baru..Ni Qisya plak nak besar,nak kne beli carseat baru jugak la kan..

Handbag ke kasut?...Handbag ke kasut?

Eh, nampak kat blog sapa ntah,dia ada bread maker...Best kan kalo boleh buat roti sendri..Teringin!..Brapa ek harga bread maker?..Hurmmmm..

Handbag ke kasut?...Handbag ke kasut?

Tetiba Qisya ada baju baru..Haiiillaaaahhhh!

Sunday, February 17, 2013

ok...wahai blog, ini cerita saya

Hahaha...dah tak tau nak buat tajuk apa. Belasah!..

Assalamualaikum beautiful people..

Agak2 saya ada Chinese Reader x?..Takde kot eh...So xyah ucap Gong Xi Fa Chai  la...Heeee...

Cuti CNY, kami balik ke kampung Arjuna iaitu Rantau Panjang. Anak2 masih belum sembuh dr batuk sepenuhnya. Kalau sejuk sikit,Qasyaf tu mula la batuk2. Bila batuk,dia mcm nak marah,pastu dia nangis. Thats make the cough worse. Dan bila teruk, dia akan muntah. Sian Qasyaf!..Mulanya kami plan nak bertolak awal sikit. Paka-Rantau 5 jam perjalanan tambah tolak berhenti isi minyak,basuh berak anak2 semua tu. Tp alih2,lewat jugak bertolaknya sbb Arjuna kepenatan sepagi duk berarak maulidur rasul dalam panas. Bila dah bertolak lambat, cecah malam jugak lah tibanya..Adala Qasyaf muntah sekali dlm kereta. Tp x bnyk..Sempat tadah dgn kain.

Di rumah MIL, Qasyaf biasalah,tetap xnak dgn org. Asik nak bgayut di kaki mommy daddy saja. Kalau ada yg menegur, mmg dia balas dgn senyuman paling manis paling hensem. Buat org makin geram. Tp,plez,dont u ever try to touch Qasyaf..Nnti dia akan menepis tgn anda sambil mggeleng kepala..Haha...(tp bagus jugak kan..xde la ramah tamah sgt dgn strangers kan..xde la org berani peluk ciom Qasyaf sesuka hati kan...)....Qisya plak ok je...Sapa2 pun boleh amik dia. Tp x lama la..Sbb Qisya pun makin kenal dgn org..Org x biasa,memula dia akan ok..Lama2 mkin x selesa dia akan nangis la..

Meh kita tgk gambar Qisya..Esok Qisya genap 5 bulan..Sekejap je kan...
Anak mommy yg adorable...Hihi..Sentiasa buat mommy rasa nak ciom bertalu2..Pipi makin tembam..Bs baru @ bs Qasyaf mmg jg dia dgn baik..Paksa minum susu biar cepat gemok..Hehe..
Saya paling suka pic ni..Gelak besar!..Tp agak blur la..Camera handset je..Tak best langsung!..Hai bila nak beli samsung galaxy camera ni.. Huuuuu
 
Alang2 dah kat Kelantan, Arjuna pergi Hospital Pakar Perdana tuk cek tonsilitis dia. Sebenarnya dah lama dia dpt tonsilitis. Asik demam batuk..Masa demam batuk,beriya nak gi buang tonsil tu. Bila dah mkn antibiotik,dah sembuh,lupa..Then berulang demam batuk lg. Last2 pas saya lecture kan dia sket,akhirnya dia setuju buat operation buang tonsil dia tu. So, dah buat appoinment semua. 19/2 ni masuk wad, 20/2 operate. Kat Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. Saya x ikot sbb ada permata hati dua org ni. Arjuna tpaksa bdikari. Balik rumah mak dia dulu,then suh adik dia hntr hospital. Then duk spital sorang2. Kesian pulak bunyinya kan. Sedangkan masa saya bsalin,dia x lekang dr sisi. Tp nak buat mcm mn,kalo saya ikot,mcm mn plak Qasyaf dgn Qisya kan. Takpe daddy,kami mendoakan dr jauh.It juz a minor surgery kan. Daddy juga kne mendoakan kami. Sbb bila daddy masuk spital nanti,saya akan stay je kat Paka dgn anak2. Maknanya,inilah kali pertama saya stay dgn anak2 tanpa bantuan sesiapa..Fuhhh,challenging sungguh bunyinya. Saspen plak rasanya nak tunggu tgh mggu ni..Haishh...
 
Rantau Panjang masa musim cuti mmg pack!..Gigih betul org mbeli belah barang Golok. Saya sempat tinjau pekan Rantau Panjang kejap je. Masa tu dah pukul 6pm dah..Ingtkan org dah reda..Tp rupanya masih bduyun2 org duk angkut periuk,kuali,comforter,tikar dan mcm2 lah..Hishh,saya ni nama je balik Rantau Panjang..Tp x sempat beli apa pun..Sempat mkn mee celup je...
 
Balik dr kampung, anak2 semua dah fully recover..Takde batuk dah. Agaknya cuaca nyaman kot. Tak mcm kat Paka ni..Sah2 dekat dgn kilang Petronas. Udara kotor..Huuu...
 
Selesa slps cuti CNY,saya kerja mcm biasa. Mlmnya,mls nak masak sbb xde lauk kat dapur. Arjuna pun suh masak nasi je,dia belikan lauk yg dah masak la..Ikan siakap 3 rasa. Makan la kami dgn bselera. Tgh mlmnya, kami bgilir ke toilet.Perggg,hebat penangan siakap 3 rasa tu wei!..Memulas perut kami suami isteri!!!!..Esoknya,saya x mampu nak gi kerja. Giler ko nak kerja,perut tgh memulas. MC 2 hari. Huuuuu...
 
Qisya pun kne tempias sbb dia bf..Sian dia...Pic ni xde kena mengena dgn sakit perut. Ni pic cubaan Qisya nak minum air bandung. Bsungguh2 dia pegang gelas tu..Hahaha...

Lastweek,blk rumah my parents..Qasyaf mcm fobia. Taknak dgn ibu. Taknak dgn ayah. Even dgn adik lelaki saya,Is,yg sememangnya pak sedara kegemaran dia pun Qasyaf xnak..Rasanya sbb dia fobia kot. Dia takut kne tinggal lg..Kan saya tinggalkan dia kat rumah my parents ms oncall bln lps..Sian Qasyaf. Mmg dia menangis2 sampai selak bila ibu nak amik...Bila dah lama sikit,bila dia mcm dah yakin saya x tinggal,saya pun stay sama,barulah ok sket..Sian sgt anak mommy..Pasni mommy x tinggal dah yea sayang..Untuk bulan Feb ni,saya dah ejas dah oncall..Mntk tolong officer lain coverkan. Takpelah saya bayar elaun oncall tu kat dia pun..Apalah sgt RM80 sehari bayaran standby kes berbanding Qasyaf di sisi mommy kan...Qisya pun sama,bila Qasyaf menangis,dia pun join sama.Padahal xde sapa nak tinggal dia..heee...
 
Ni pic terbaru iaitu pic semalam. Cubaan untuk meniarap sudah bjaya. Tp x lama pun btahan sbb dia menangis bila x mampu tampung kepala. Thantuk2 jadinya..Haha...Acik panggil Qisya dgn nama Nabila Huda.Tau kenapa?..Ya,sbb anak mommy yg ni gelap skit. Takpelah dik,adik manis apa..Kannn...
 
Itu sajalah nak cerita. Takde cerita sgt pun...Oh ya..Masa MC sbb cirit birit tu,sempat la guna ms free tu tuk uruskan azam no 1...Dah makin dekat ni,makin bdebar plak..Doakan kejayaan saya yea..Nnti bila dah ada hasil,saya reveal semua...Sebelum mengakhiri,nah,pic 2 beradik ni...
 
 
Tenung gambar anak sendri tiap2 hari pun xpe kan...Ni pic masa saya bjaya tidurkan derang serentak. Bf kan Qisya,sambil tgn tepuk Qasyaf..Last2 dua2 tertido..heeeee...

Thursday, February 7, 2013

tukar babysitter lagi

Ya...cerita tentang bs ni mcm x akan habis kan. Ada je kisahnya.

Bs Qisya tetiba mintak maaf sbb x boleh jg Qisya lg. Mak dia sakit. Kencing berak dah x boleh urus sendiri. Adik beradik dia dua org je dan dia yg perempuan. Jadi,dia ada tanggungjawab lebih besar iaitu kne jaga mak dia.

Haishhh,saya dah malas nak cari bs lain. Nak dpt yg elok,baik,menepati citarasa amat susah. Maka saya kol je bs Qasyaf mengadu. Bs Qasyaf pernah jaga Qisya sekali masa bs Qisya demam. Dia rasa Qisya ok kot,dia pun setuju la nak jaga Qisya. Sementara saya dapat pengganti baru katanya. Tp siyes,saya malas nak cari lain. Duk situ je la.Lagipun,jika azam no 1 2013 saya tcapai,saya akan pindah dr Paka ni x lama lg.So,malas nak menyusahkan diri cari bs lain. Biar la dua beradik tu duk situ dulu.

Ya,kalau azam ni tcapai dlm ms tdekat, saya dan Arjuna akan LDM again...I know it will be hard sbb kami x pernah jauh sejak ada anak ni,kecuali ms saya dlm pantang la...But we sort it later. Untuk mdapatkan sesuatu kita perlu bkorban kan..Tak semua benda kita boleh dapat dlm hidup ni kan..Soal LDM tolak tepi dulu...

Ok lah..Itu saja luahan pagi ini...

Akan balik ke kg Arjuna ptg ni sampai hari isnin...Daaaa!




p/s: a friend of my mine baru kehilangan baby berumur 8 bulan. People keep wishing her condelences at fb...i know,people juz to be nice,to show emphathy,tp kan,plez la...can u understand?saya yg baca ucapan takziah tu semua pun rasa sebak sgt sampai melelh air mata..bg saya,boleh x kalau kita semua juz shutup our mouth bl benda2 sedih ni semua blaku..let her cry...biarlah...one fine day she will stand up again...untuk masa2 genting ni,ko yg x brapa kenal dia,yg xpernah tny khabar sblm ni,diam2 sudah...itu pendapat saya la..sbb saya x suka org tenangkan saya bl saya sedih...as for me,i know what i do..i juz want to cry...hurmmmm..
eh,ada org phm x maksud aku ni..heee...

Wednesday, February 6, 2013

rindu kawan lama...tambah azam

Hello people..

Siapa yang rajin buka blog ni,tau je kan azam 2013..
Sapa x tau, boleh rujuk sini kalau nak tau. Haha..

Skang,saya mahu tambah azam.

6) Reunion dgn kawan baik lama..

And we r working on this!...Tgh buat perancangan...semua willing to join..Haishh,rasa mcm x sabar sgt nak jumpa 6 years after graduation..OMG,6 tahun dah?..Bukan x pernah jumpa semua,cuma jumpa,tp x serentak...And few x jumpa langsung sejak grad. Owh,cant wait to see them!


 
 

Hahahaha!!...big laugh!!!... Ini gambar lama...Masa derang dtg Terengganu 7 years ago...Tbukti kegilaan anak2 dara ini dgn melompat dan blari di pantai..Gila!...

Psstt,saya tiada dlm gambar sbb saya yg amik gambar..Plus,kat tempat sendri kan..Sebelah pantai tu hospital tempat kerja ayah...Sekali kawan ayah nmpk,apalah anak En Harun ni melompat2 blari2 kat pantai tgh hari buta tgh panas tang tang...Weng ke apa?..Haha..At least tukang amik gambar kurang la skit wengnya..Hahahaha..

Haishhhh,tak sabar nak jumpa mereka...Sungguh!!!..

Thats all...bye!









p.s: I know,some of them still read my blog..






p.s II : Btw, done reading "i've got your number", latest book by Sophie Kinsella..Beli 3 bulan lps kot,baru sempat baca....And i think, semua novel minah ni patut difilemkan sbb mmg hilarious, melodramatik dan x logik..Yes,x logik mcm fairy tales..But,thats how novels should be kan...Kalo novel pun xde angan2,xde prince charming,xde happily ever after,bek x yah baca...hehehe...

Sunday, February 3, 2013

senyap.... tapi banyak cerita

Eh, dah masuk bulan Feb !
Sekejapnya masa bergerak.
Awal2 Januari bukan main banyak entry..
Hampir tiap hari ada je benda yg nak ditulis,dikongsi.
Alih2 hujung Januari,senyap.
Haishh,mak bz noks!.. Heeee..

Ok.. Assalamualaikum..

Banyak cerita nak kongsi sebenarnya. Tapi sikit je masa yang ada. So,ringkaskan dgn gambar je la ek. Last wiken,Arjuna ada mega gathering Gino kat Putrajaya. Terus diorang konvoi ke PD. Mak beranak dua ni malas nak ikot,satu,sebab Gino adalah sempit untuk sebuah perjalanan jauh bagi dua baby. Mn nak letak carseat Qasyaf yg gedabak. Mana nak letak beg2 baju semua. Kedua sbb,malas nak menyusahkan diri. Karang org duk berpanas ber gathering,ko tpaksa suh laki ko basuh berak anak. Lari ke laut nanti mood org nak ber gathering. Jadi,balik rumah ibu lepak2 lagi best.
Petang Jumaat, kami ke Pantai Batu Buruk. Acik jd drebar. Saya dgn anak2,ibu dan adik tukang ngikot.Ingat nak mkn beger bakar yg femes. Sekali ramai giler org. Tak jadi la. Bawa Qasyaf pijak pasir je. Balik rumah,gatal2 kaki,padahal dah pakai kasut siap pakai stokin tu. Sensitip!
 
 Ptg Sabtu,ajak kawan2 zaman bujang yg skang dah x bujang lg lepak2 kat Tutti Frutti. Bdasarkan gambar,saya beranak dua, Qoy belom ada anak dukung Qasyaf dan Hanan beranak satu.. Rasa mcm tua la tgk gmbr beranak pinak ni..Haha...
 
 Ahad, my sister balik. Dia plak jd drebar kami ke bandar. Tak beli apa pun. Saja memanaskan diri. tgk Qasyaf tu,panas pun boleh tido.
 
 Petang Ahad, ke beger bakar lagi. Nak jugak merasa!..Hehe..Chudik punya,beger kosong,bek mkn beger Ramli je chudik oi..
 
 Ini baru betul begernya. Qasyaf eksyen je. Mana buleh makan sayang oi. Mommy je boleh. Tu,kat tepi tu Wafiq,my one and only nephew..Lepas mkn2,tapau sebijik dan gi hantar kpd Is yg duk asrama Uitm Chendering. Tetiba jumpa sebuah tempat strategik tuk merealisasikan azam no 1 2013 saya. Kontek org bkenaaan,esoknya gi jumpa org bkenaan. In shaa Allah,tempat tu kompem bakal jd tempat saya merealisasikan azam no 1. Doakan saya.
 
 
Selasa baru masuk kerja. Eh,ada parcel atas meja (buat2 terkejut) padahal sendri beli.Kah kah. Another Coach in the house. Kali ni leather. Suka mak..Hihi..
 
At the same time,anak2 mula demam. Balik dr rumah bs,Qasyaf asik merengek. Demam, batuk,selsema dan muntah. Asik nak duk atas riba. Abaikan tilam dan bantal yg x bsarung tu. Semua sbb muntah Qasyaf.
 
Adik jugak demam. Tapi adik berdikari. Takpe duk sorang2. Adik kuat. Bagi chan kat abang yg manja kededek la.
 
Another pic of budak baik + kuat + bagus. Demam tp x menyusahkan langsung. Mommy plak kesiankan dia sbb Qasyaf asik konker mommy. Daddy pun xdpt nak lyn anak2 sgt sbb daddy pun demam teruk. Mommy je x sempat nak demam sbb duk btungkus lumus jg org demam.
 
 
Muka budak demam. Tak nak makan,xnak minum susu apatah lg air masak. Sampai bibir pun dah mgelupas kekeringan. Qasyaf sgt2 sgt2 susah mkn ubat. Dia tgk syringe ubat tu pun dah muntah. Adoyai!...Sehingga hari ni,Qisya dah ok..Dah x demam cuma ada batuk dan selsema sikit2. Qasyaf plak still batuk yg sgt kesian bila menengoknya..Huuu..
 
Cepat sembuh yea anak2 mommy...
 
Thats all for now. Nak sambung buat kerja. Nak merealisasikan azam no 1 secepat mungkin!..