kita2.... ;-p

Tuesday, April 30, 2013

jangan jadi manusia durjana oi!

Kau masuk kerja sini masa aku tgh cuti pantang.
Pastu,aku masuk kerja, 1st impression aku kat ko, ko ni jenis berani, pandai bercakap..Pandai buat orng yakin dgn ko..Jarang la driver berperwatakan macam ko..Driver biasanya low profile.

Lepas 2 bulan ko keje sini, musim tengkujuh. 5 hari ko x dtg keje alasan banjir. Tapi housemate ko boleh je dtg keje. Ko ckp kete masuk air. Aku terima la..Aku kan bos yg baik. Tak nak la syak wasangka.

Then ko cite2 sal rumah tangga ko yg porak poranda konon bini lari dgn jantan lain..Ko dlm proses cerai..Anak, sorang mak mertua jaga,dua lg mak sendri jg kat kampung.

Then,ko x dtg keje lg 5 hari..Msg je bgtau ada kes mahkamah nak stel hal cerai ko. Tak isi borang cuti pun..Msg aku je..Tetiba ada org bgtau aku,ko x pergi pong mahkamah,kes ko sebenarnya kne tunda..Habis tu,ko cuti gi mana?..Ko masuk keje,aku mls nak tny..Aku cuba faham,ko kan ada masalah rumah tangga..Aku kan bos yg baik..Aku faham..

Tak lama lps tu,ko cuti lagi. Tak isi borang lagi. Aku dah angin dah. Sbb ko tu driver. Ko cuti,org lain xle ke mana2..Lupa dah apa alasan ko. Skang apa saja alasan ko,aku dgr masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

Then, kerani kirim duit RM150 kat aku melalui ko..Biasa ah tu,mmg nak kirim apa2 melalui driver je. Ko ckp duit hilang. Ko dah cari merata..Tp x jumpa. Ko janji nak byr bila gaji. Aku ckp ok.

Lepas tu ko mcm kerap sgt lepak kat kaunter pendaftaran. Aku rasa biasalah tu. Sbb driver yg baik mmg akan tolong2 daftar patient.
Tapi, tetiba 2 org assistant aku masuk bilik mengadap aku dgn muka saspen. Bagitau duit hasil daripada bayaran dari patient hilang. Klinik ni dah wujud berpuluh tahun. Staf sini dah keje berbelas2 tahun. Yg plg baru pun dlm 5-6 tahun...Selama ni staf sini jeling pun tidak kat duit klinik. Malah duit sendri dan purse sendri main tinggal2 je atas meja..Takde sapa nak amik. Tetiba hari tu, duit hilang!..Padahal dah disimpan dlm peti besi. Cuma kuncinya simpan kat laci dlm kaunter pendaftran. Klinik ni pulak,tak pernah ditinggal x berkunci. Lagipun,mn pernah org luar masuk dlm kaunter pendaftran. Ko mmg disyaki. Tp aku ada budi bicara. Assistant aku,staf aku yg lain sgt baik budinya. Sbb kami x nampak,kami xnak bising. Takot jadi fitnah. Kami semua sepakat diamkan saja. Aku pun diam. Juz bgtau suami je. Dan duit klinik yg hilang tu aku ganti oi sbb aku bos yg baik kan..

Lepas pada tu,ko selalu xde..Tak lepak2 dlm klinik dah..Mcm tak mesra dah..

Hari gaji,ko mc..MC sakit mata kata ko..Gila alasan budak sekolah!
Lps hari gaji ko x dtg keje sbb kete xle start.
Lps tu ko x dtg lg xde inform pape kat aku.
Hari ketiga ko x dtg keje,ko menyepi jugak..Aku pulak yg msg ko dulu tny..Aku bukan amik berat kat ko pong.Aku juz tny sbb aku bos.Karang bos aku tny aku sal ko aku nak jwb apa kan...

Ko pun reka la kereta ko rosak enjin, radiator, kipas, rim bar bagai..Amboi...Ko pakai Pesona baru tang tang rosak sampai mcm tu sekali?..Sah x nak bayar duit aku!!!!..Aku x halalkan!..


**********************************************************************
 
 
Ini bukan soal duit sangat..Tp ini soal sakit hati..Saya rasa saya dah cukup baik sebagai seorang bos. Tp bila ada staf buat onar mcm ni, menyusahkan semua org, jadi sgt geram...Saya dah cerita semua dah kat pihak atasan..Lepas tanggung jawab saya. Tak nak simpan2 dah. Haishhh,cepatlah sebulan berlalu..Dah x nak jumpa dah pekerja kerajaan yg durjana mcm ni...Btw, sepanjang 6 tahun kerja,staf ni lah paling teruk...Yg lain biasa2 je..Tp makin lama stay kerajaan, makin bnyk jumpa benda mcm ni kot..Baik blah...Huuuuu..


Bila bdepan benda2 mcm ni,saya selalu ingatkan diri. Supaya sentiasa doa, biar anak2 saya jadi manusia berbudi, jadi khalifah Allah yg beriman...Nauzubillah dr terkena penyakit hasutan syaitan ni...Ya Allah,peliharakanlah anak2ku...

Sunday, April 28, 2013

cepatnya Qasyaf besar

Satu kerugian besar bagi ibu yang berkerja adalah tidak dapat melihat perkembangan anaknya sepenuhnya.

Kepada ibu yang bekerja, saya nak tanya sesuatu.
Anda pasti 1st step anak anda adalah betul2 1st stepnya?..Bukan dia dah melangkah buat pertama kali di rumah babysitternya?
Anda pasti, sebutan mama anak anda adalah untuk anda?..Bukan untuk babysitternya?
Anda pasti setiap makanan yang masuk ke mulut anak anda?
Anda pasti banyak mana berak kencingnya setiap hari?
Anda tahu dia sudah boleh membilang satu sampai sepuluh atau one two three?
Anda tahu berapa kali dia jatuh dan menangis setiap hari?

Rugi kan, menjadi ibu yang bekerja.
Saya sendiri tidak dapat menjawab semua soalan tadi. Cuma, yg saya pasti,1st step Qasyaf adalah di depan mata saya sbb masa tu saya tak bekerja, cuti pantang beranakkan Qisya,jadi Qasyaf 24/7 dgn saya.

Semenjak kebelakangan ni, saya rasa saya sangat sibuk. Hari bekerja, mcm biasalah. Ni soal hari minggu. Sgt jarang rasanya kami lepak di rumah bila hari minggu. Kalau tak ke mana2 di hari minggu,sbbnya saya kne standby oncall. Jadi,hari minggu pun sibuk jugalah..

Kelmarin dan semalam, barulah lapang.. Hari minggu yg lapang yang ditunggu2. Jumaat Sabtu lepak golek2 kat rumah je. Jumaat Arjuna ada. Semalam, dia join autoshow, saya malas nak ikot sbb cuaca panas..Baik rehat di rumah dgn anak2.

Bila bertiga je dengan anak2, baru saya dapat discover, banyak perkembangan Qasyaf yg saya tertinggal..Sedih!...

Bukan saya x bersama Qasyaf sebelum ni, cuma, bila ada interuption dr daddynya, tok ibunya, chudiknya, banyak benda yg Qasyaf tak tunjuk. Dia asyik tunjuk manjanya je..

Semalam baru saya sedar, Qasyaf dah boleh membilang satu dua tiga. Walaupun pelat, saya tau dia sedang membilang.
Semalam baru saya sedar, Qasyaf fasih je sebut mommy..Selama ni, dia saja buat tak nak dengar bila kita ajar.
Semalam baru saya sedar, Qasyaf dah boleh sebut duduk, nak,malah bnyk arahannya,walau pelat,saya dapat tangkap apa yg dia nak kata..Ya Allah, Kau permudahkanlah anakku bertutur....
Semalam baru saya sedar Qasyaf sangat kedekut dgn barang permainannya..Pantang adik pegang,dia akan amik dan simpan. Sampai bersih satu ruang tamu dia kemas toys sbb xnak bagi adik main..Haha..

Rugi kan jadi ibu bekerja.
Hurrmmm,itu kerugian dari satu sudut.

Tapi,percayalah, ibu bekerja dapat tolong suami tampung pendapatan keluarga.
Ibu bekerja dapat sediakan pakaian yg lebih elok kpd anak.
Ibu bekerja dapat sediakan permainan yg pelbagai untuk anak.
Ibu bekerja dapat sediakan tabungan masa depan yg lebih kukuh untuk anak2.
Percayalah, Allah dah tetapkan rezeki untuk kita.
Jangan gusar. Pergi sajalah kerja..Selebihnya serah pada Allah.

Cuma,banyakkan luangkan masa dgn anak.
Jangan bawa balik kerja ke rumah.
Lapangkan hari minggu.
Bermanjalah dgn anak.
Selagi diorang masih kecik ni..

Budak ni, pantang tgk seat driver kosong..Cepat je dia pergi pulas stereng..Kalau pulas stereng saja takpe lagi,ni siap buka lampu kete, tekan sana,tekan sini..Paling dia suka,buka ekon tahap max,pastu tadah muka dia kat ekon...

Pastu, semua benda kepunyaan dia nak bawa masuk main dlm bilik..Buat semak bilik je..Bila naik motor dia tu,tak reti sgt nak konar2...Kita plak yg kne alih barang2 nak bagi dia lalu...Baru ni, daddynya baru beli kerusi makan..Alaa,high chair tu la..Amik ko,siap tolak high chair tu nak bawa masuk bilik..Banyak ensem muka anak mommy..Haha...

Skang, dah pandai nak buat sendiri semua benda dah..Nak makan sendiri..Nak minum guna gelas org besor,sendiri..Nak gosok gigi sendiri...

Satu lagi,pandai bagitau bila kencing..Bukan bagitau nak kencing,dah kencing baru bagitau..Hari tu,dia bogel, daddy tgh cari baju nak pakaikan kat dia,sekali mommy yg tgh make up ni dgr dia ckp "cing cing"..Rupanya dah kencing...Alahai..
Berak pun bagitau..Cuma x sebut..Caranya,tunjuk bontut,pastu tutup hidung ckp "chuk"...Maknanya dah berak dlm pampers dan bau busuk la tu..Kahkah...

Ni piala daddy menang semalam..Lagi tinggi dari Qasyaf..Tu yg Qasyaf heran..Sekejap je herannya..Pastu dia ketuk2 ke lantai..Berdesup daddy amik piala dia simpan tempat selamat...Haha..


 
Paling tak tahan, asik nak riba adik...Nak iom adik...Panggil adik bukan main lembut...
"Adiiiikkkkk, aceeehhhh"...Lepas ciom adik dua tiga kali,pok,lepok muka adik..Sian sgt kat adik...Kadang2 adik pejam mata je ,x nangis pun..Adik dah kebal..
 
Walaupun dah besar, Qasyaf tetap manja..Sangat manja compare to adik. Pandai sangat berlakon menangis berderai air mata..Bila time ngantok, elok plak time tu adik dah tido, dia suka sgt la mommy peluk2 ciom2 dia sambil dia kelebet2 muka mommy...Kalau mommy kne bf adik,dia cari daddy...Dipeluknya daddy,diciom2..Alahai Qasyaf....


Itu sajalah kisah Qasyaf yg dah 19 bulan...

Daaaa...

Thursday, April 25, 2013

terima kasih

Terima kasih kepada semua kawan blogger yang bagi kata semangat dan doa. Saya mmg sangat berdebar2 hokey. Sbb keputusan letak jawatan dr kerja kerajaan yang salary nya memuaskan adalah satu keputusan yang besar dan bukan mudah. In shaa Allah, saya akan sentiasa perbetulkan niat dan bertawakkal...

Hurmmm,part saspen dan bdebar dah habis dah sebenarnya...Skang,ada perasaan lain.. Cuba teka apa dia..Cuba teka apa yg saya tengah fikir,selain fikir nak beli barang2 tuk klinik sendri,apa lg saya fikir?..Apa agaknya saya rasa?.. Nak start buka klinik ni, apa agaknya yg boleh buat saya berangan?..Rasanya kalau kawan baik,teman blogger yg rapat dan dah "kenal" saya ni,boleh agak kot..Ce teka ce teka what im looking for??...Hihihi...

Btw, nak tayang hadiah anniversary plus hadiah besday yg sebulan di postpone boleh?..
Hihihihi...

Kan nak collect emas every year kan..
Kan nak cincin besar mcm tokey kosmetik pamoga vida beauty kan..
Heeee....


Tadaaa....

Hiksss....
Kawan saya cakap,mcm cincin makcik...Ahhh,x kesah lahhh...Asal besar ala2 tokey pamoga..Tp tokey pamoga punya lg besar...Saya baru nak jd tokey gigi,besar ni cukuplah...Hahahaha...
Btw, terima kasih Arjuna ku!
Itu saja..Daaa!!..
Nak buat e filing nih!

Monday, April 22, 2013

sampai di sini saja khidmat saya

Khidmat dalam kerajaan...

Ya,saya letak jawatan...

Dengan lafaz bismilahhirrahmanirahim, saya letak jawatan sebagai pegawai pergigian Kementerian Kesihatan Pergigian Malaysia.

Dan saya akan meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan menceburi bidang perniagaan pula.

Bukan jual korset PB yea (owhhh,ko ingat aku tak teringin jd mcm dealer PB boleh gilir pakai LV dgn Chanel setiap hari..heee), tp in shaa Allah, saya akan memiliki sebuah klinik di bawah nama sendiri.

Ini bukan tentang wang semata2..Kalau tentang wang, lebih baik jual korset PB. Modal x banyak,kalau usaha sungguh2 x kira masa dan tempat,dalam masa setahun dah boleh pakai LV Vernis Alma kot...(Teringin jugak,tapi saya xde kemahiran jumpa customer,promote jual barang gitu..Poor me..)

Ini tentang merubah kehidupan. Hidup saya bukan tidak baik. Hidup saya sangat baik. Malah saya berada di zon selesa. Pagi, hantar anak2 ke rumah pengasuh yang baik,petang amik anak2 dr rumah pengasuh, mereka sentiasa berada dalam emosi gembira, masak untuk suami, makan sama2,tiap malam kami empat beranak habiskan masa atas katil,depan tv bergurau senda. Sesekali ubah angin,makan malam di luar. Sesekali curi masa pergi bercuti,paling tidak balik kampung ziarah ibu ayah, ma abah.

Hidup saya sangat baik. Tempat kerja hanya beberapa langkah dari rumah. Begitu juga dgn Arjuna. Sesekali,kami suami isteri amik masa lapang waktu tengah hari untuk makan bersama. Kami gembira,kami selesa.

Kewangan juga tidak membebankan. Boleh menyimpan,boleh hulur pada org tua,boleh belanja adik2.

Jadi,mengapa saya mahu keluar dari zon selesa ini?

Saya punyai sebab tersendiri.

Saya tidak biasa tidak punyai matlamat dalam hidup. Dulu,masa sekolah, saya sentiasa ada matlamat. Masa sekolah rendah, mahu cemerlang dlm UPSR. Masa sekolah menengah rendah, mahu cemerlang dlm PMR..Kemudian SPM..Kemudian berusaha untuk grad tepat masa sewaktu di universiti. Sentiasa mempunyai matlamat. Sesuatu untuk dikejar. (Lepas belajar,matlamat cari suami pulak..kahkah)...

Tapi,di sini,dgn kerja di kerajaan ni,saya tak punyai matlamat. Hanya mengikut arus. Rutin semata2. Tiada apa yang perlu dikejar selain KPI yg tak pernah habis dan sentiasa berubah. Bosan!..Ya,mudah kata adalah saya bosan!..Bosan buat benda yang sama. Sudah 6 tahun saya mengulang buat benda yang sama. Setiap hari..

Saya sudah cuba untuk sambung belajar. Saya dah temuduga untuk sambung belajar. Saya hampir berjaya. Tapi, mungkin sbb salah sistem. Mungkin salah birokrasi..Tiba2 semua senyap begitu saja. Saya malas untuk mencuba lagi. Bukan putus asa, malah saya sentiasa melihat diri saya sebagai pegawai pakar. Yg sentiasa ada kajian terbaru,yang selalu berada di podium di persidangan saintifik membentangkan penemuan terkini. Tapi,jika saya mencuba lagi,memohon untuk sambung belajar,menunggu keputusan,semua tu akan amik masa yang lama. Semangat nak belajar tu pun dah hilang ntah ke mana. Yang ada hanyalah bosan!..

Sebab tu saya perlu berhenti, dan mencorak perjalanan mencari rezeki saya sendiri. Dan saya harap,jalan yang saya pilih ini, boleh merubah sesuatu dalam hidup saya yang tak akan dpt saya kecapi jika saya terus bertahan di kerajaan.

Saya harap,dengan membuka klinik sendiri,saya mampu menguasai masa dgn cara sendiri. Bukan terikat dgn mesyuarat yang panjang berjela sampai terlambat dari mengambil anak2 dari rumah pengasuh. Bukan terikat dgn arahan bos supaya menghadiri kursus sampai meninggalkan anak2 sampai 2,3 malam. Bukan terikat dgn jadual giliran oncall sampai tpaksa mengangkut anak2 dan suami menemani saya ke hospital jam 2,3 pagi. Biar saya yang menjadualkan hidup saya. Bukan sistem,bukan jabatan,bukan bos.

Saya harap dengan membuka klinik,saya boleh pantau perkembangan anak2 dgn lebih kerap dan dekat. Dalam kepala ni,dah merangka macam mana nak jaga anak nanti. Mungkin Qasyaf dan Qisya tak perlu pergi rumah pengasuh lagi selepas ni.

Saya harap dengan membuka klinik, jika ditakdirkan ibu ayah jatuh sakit (nauzubillah...Ya Allah,sihatkan mereka sentiasa) bila dah tua nanti, saya langsung tak kisah tinggalkan kerja tuk jaga mereka. Sbb jika klinik saya berjaya,kewangan kami sangat kukuh,saya tak berkerja pun xpe. Kesedaran ni saya dapat masa FIL jatuh sakit hari tu. Anak2 FIL kerja kerajaan. Berapa lama sgt la boleh amik cuti. Habis cuti,masing2 kne balik kerja. Masa ni,semua menangis sebak nak tinggalkan FIL kat kampung,tmasuklah Arjuna. Menangis2 mereka anak beranak. Tak kerja x boleh. Kita terikat dgn kerajaan. Nak amik cuti tanpa gaji,sampai bila?Nanti x mampu nak sara hidup pulak. Masa tu lah saya tanam azam. Saya perlu teruskan niat saya untuk berhenti kerja kerajaan. Saya ada kemahiran profesional. Saya boleh guna kemahiran profesional saya ni sebagai satu perniagaan. Saya boleh kerja keras untuk masa ini. Sebagai bekal pada masa depan. Pada masa ibu ayah perlukan saya nanti... Jika saya tak kaya sekalipun, tak mewah sekalipun, saya tetap tak ralat sbb saya mengusai masa. Siapa peduli jika saya tutup klinik sbb nak jaga ibu ayah. Saya tak terikat dengan sesiapa kan...

Dengan sokongan Arjuna, saya teruskan. Ia bukan mudah. Kami akan jauh sbb Arjuna masih berkerja di tempat asal. Ia bukan mudah sbb perniagaan ni memerlukan modal yang besar beratus ribu dan saya akan dikelilingi dgn hutang. Ia bukan mudah sebab saya perlu menguruskan semuanya, segalanya sedangkan sebelum ni,saya terima saja apa yg tersedia di dlm sistem dan di dalam klinik kerajaan. Ia bukan mudah.

Tp,in shaa Allah,saya akan berusaha.

Saya akan pastikan saya berjaya.

Doakan saya.
Doakan saya supaya perniagaan saya berjaya.
Doakan saya supaya perniagaan saya berkat.
Doakan saya supaya sentiasa iklas dan jujur dalam mencari rezeki.

Pesan saya pada adik2,jika satu hari nanti,kak long betul2 berjaya,betul2 kaya, betul2 mampu miliki walk in wardrobe,rak bertingkat penuh dgn Prada dan Gucci,tp saya lupa diri, lupa niat asal saya,leka dgn dunia,tolong lempang saya sampai saya sedar!






Surat perletakan jawatan notis 1 bulan. Kejap lagi nak serah pada bos. Berdebar2 hokey! 
 
 
 
 
 

Sunday, April 21, 2013

rindu nak bermonolog

Rindunya pada blog.
Bukan pada blog, rindu hendak bermonolog meluah rasa sebenarnya.
Banyak yang berlaku dalam kesibukan menghirup udara tuhan.
Sibuk menguruskan rezeki pemberian tuhan, sehingga kadang kala lupa pada Pemberi rezeki itu sendiri..Astagfirullah....

Malam tadi, dalam perjalanan, singgah di sebuah masjid untuk solat jamak dan qasar. Sebelum ini pun selalu singgah. Cuma malam tadi, singgah kebetulan betul2 baru masuk waktu solat isya'. Saya solat sendiri. Atas alasan musafir,saya mahu cepat, anak2 menunggu di kereta. Mendengarkan jemaah lain bersolat jemaah,iman mengalunkan ayat suci dengan indah,sekilas terdetik di hati, sudah lama diri ini tidak bermunajat kepada Pencipta. Sudah lama tidak sama2 menjadi jemaah rumah Allah. Solat di rumah pun hanya yang wajib. Alasannya anak. Sesungguhnya anak itu rezeki. Dan rezeki adalah ujianNya. Astagfirullah. Sungguh kerdil diri ini.

Saya sedang usahakan azam no 1 tahun ini. Ke hulu ke hilir curi masa menguruskannya. Ada waktu, anak ditinggalkan. Ada waktu dua permata hati itu saya kendong. Alhamdullilah, syukur, Arjuna banyak membantu. Malah, terlalu banyak sokongan yg diberikan. Azam saya bukan kecil dan bukan mudah. Terima kasih Arjuna kerana menjadi tunggak di belakang isterimu.

Ada kawan baik bercerita, dia mendapat layanan paling istimewa di hari lahirnya. Sambutan, hadiah. Kelihatan sungguh bahagia dan bertuah. Malah sangat romantis. Seakan drama tv dan novel yang kita semua suka tonton suka baca. Tipu jika saya kata saya tak mahu dilayan begitu. Tapi, apabila seorang lagi kawan baik bercerita, suami tercinta bermain asmara dengan wanita lain, luluh jantung ini mendengar. Dan perasaan syukur datang tiba2. Walau Arjuna tidak pandai bermain kata, tidak reti merai hari lahir, saya bersyukur kerana setiap malam dia bersama saya dan anak2. Saya bersyukur kerana dia bantu mandikan anak2. Saya bersyukur kerana dia ringan tangan menolong di dapur. Saya bersyukur dia sentiasa di sisi.

Saya sendiri seusaha mungkin, mendidik diri ini supaya menjadi isteri solehah untuknya walau kadang kala hati ini cepat marah, mulut ini cepat melenting. Saya mahu jadi isteri terbaik. Sentiasa cuba mencantikkan diri untuk suami. Dua tiga hari ni, mula terfikir soal kecantikan dari dalam. Konon mahu merawat tubuh dari dalam. Saya tidak malu bertanya sana sini. Pelbagai tips saya perolehi. Semoga usaha untuk bahagiakan suami ini mendapat berkat. Siapa yang tidak mahu cantik kan. Semua org mahu cantik. Tapi, niat mesti betul. Mahu cantik untuk suami. Yuk, sama2 kita usaha.

Dan alhamdullilah, rezeki kami sekeluarga bulan ni memang murah. Pendapatan Arjuna meningkat. Semoga kami tidak lalai dengan rezeki Allah ini.

Akhir monolog, lihatlah anugerah Allah di sekeliling saya. Alhamdulillah..Syukur..



Allah anugerahkan suami yang tidak kekok melayan kerenah anak. Kalau makan, Qasyaf memang akan duduk sebelah daddy. Mommy pula, layan Qisya.
 
Allah anugerahkan persahabatan yang tidak putus. Siapa kata kami tidak pernah bergaduh terasa hati?.Tapi kami kawan baik kan.
 
Allah anugerahkan anak yang comel. Yang senyuman paginya boleh buat mommy tidak mahu pergi kerja.
Allah anugerahkan anak yang baik yang tidak menyusahkan mommy.
 
Allah anugerahkan anak yang bijak. Yang perangainya mengajar mommy erti sabar. 
Allah anugerahkan anak yang pandai. Yang sikapnya buat mommy mahu ketawa. 
 
 
 
Syukur ya Allah...Dekatkan lagi aku padaMu...






Tuesday, April 16, 2013

MQQ dan QQQ

Tak tahu nak letak tajuk apa.
Malas nak pikir.
Letak je la MQQ dan QQQ.


Kedua2 anak saya demam last week..Adik Aceh yg demam dulu, then saya, then abang demam...Adik Aceh demam ok lagi..Cuma kesian bila dia batuk je la..Saya demam pun ok la..Sendri mkn ubat, sendri berehat, biarkan Arjuna buat kerja rumah..

Ni haaaahh,anak bujang demam, penat mommy tau..

Anak bujang saya is super duper manja kededek...Bila demam, merengek je. Nak bdukung je. Tgk ubat,terus muntah.Tak nak makan, kurang minum susu..

Tp Alhamdulillah,semua dah ok..Qasyaf ada selsema je sikit2 lg..Tp selera makannya belum pulih mcm biasa..Takpelah, kurus sikit anak mommy..Hihi..

Petang semalam, bs mintak off sbb ada hal..Bs off, saya pun kne off keje jugaklah..Alang2 off,bawa budak dua org tu klinik, amik vaksin. Qasyaf injek tuk 18 bulan walaupun dia dah masuk 19 bulan. Dan Qisya injek tuk 6 bulan walaupun dah masuk 7 bulan..Ok, i still choose to vaccinate my babies..Plez dont judge me and plez dont paksa2 saya baca artikel dan baca dialog yg bmacam2 sgt tu..

Btw, owhhh,alangkah bahagia kalau tetiap hari kerja separuh hari je kan..I always dream that!..

Lagi2 lah skang ni mcm manjang je bizi..Bizi sbb selain kerja hakiki, saya tgh usahakan sesuatu..Alaaa,azam no 1 tahun ni...Makin dekat dah rasa..Bdebar!..

Ok lah..itu saja..

Layan gambar wiken baru ni..

Masa tu,cucu2 teman tok ibu dan tok ayah jogging di pagi Sabtu..


Anak bujang saya. Harap2 demam dia kali ni sbb demam nak bercakap..Berat sgt mulutnya..Org kata, parents kena sentiasa bcakap dgn anak supaya anak cepat belajar bcakap..Dah saya ni, dah bnyk sgt cakap dgn Qasyaf..Sambil peluk2 pun saya mengomel,eh bercakap..Siap boleh pesan besar nanti, jadi budak pandai dan ensem tp jgn simpan ramai aweks..Eh?..Heee..


 
Ini pula anak dara..Dah terer meniarap dan kalau nak bgerak dr satu tempat ke satu tempat,dia bguling atau menunjah2 ke atas..Paling kesian,selalu sgt kne lepuk kat abang..Sampai dah tak nangis dah..Dah kebal..Sian anak dara mommy..
 
 
Ok lah..itu saja..
 
Daaaa..

Monday, April 15, 2013

sungguh ajaib pemanggang itu


Lihat kek coklat ini....Nampak sedapkan?...Mmg sedap!....



 
Hanya menggunakan pemanggang ajaib!...Hanya 15 minit..Hanya menggunakan api yg kecil...

 
Resepi amik sini....Lupa nama blog dan nama tuan punya resepi...Sori!

Wednesday, April 10, 2013

jenguk blog sekejap

Super bizi!..

Eh, mcm salah guna term je...

Im not that bizi...

Cuma xde bnyk masa untuk tulis blog.

Dalam kepala ni,ada bbrp perkara, bbrp isu berat yang saya nk tulis. Dan perkara tsebut perlu ditulis dgn ayat sempurna untuk menyentuh hati pembaca. Tak pun, sentuh hati sendiri bila baca balik esok lusa. Bila nak reka ayat yg sempurna dan melankolik, saya perlukan masa yg tenang di depan laptop kesayangan. Sudahnya, xde post selama seminggu. Heeeee..

Skang ni pun bukan ada masa sgt. Tinggal kurang 30 minit saja sebelum waktu rehat tgh hari. Jadi, jom lah jenguk blog sikit.

Hokeh...

Panjang lak intro..

Aku nak tulis apa sebenarnya kali ni?..hihi..

Blank la..

Ok..Juz want to mention, saya akhirnya dapat surat kenaikan pangkat yg ditunggu2 sekian lama!..

Bukan pangkat yg ku kejar..

Tapi duit tunggakan itu yang ku mahu..

Tunggakan dr bulan ogos 2012 tu..ngeee ngee...

Dgn kenaikan pangkat itu, bermulalah episod mencorak kehidupan baru.

Cuma saya tak pasti bila nak mula.

Saspen tau.

Tp, in shaa Allah, semoga dipermudahkan...

Ok lah..bai..




Ehh...ada lagi sikit....






Ni nak tunjuk pic Qisya je...With animal printed dress and animal printed headband...Musim animal printed kan..Haruslah ikot trend kata Qisya...hihihi....


Qasyaf and his fav junk food which is keropok lekor!...Nama pun rakyat Terengganu kan. Mestilah suka kepok getel (yup, rakyat Terengganu sejati panggil kepok getel sebenarnya)..


WWF dia atas katil..Ayyaakkk!!!!...Boleh bayang tak bila Qisya pandai melawan nanti...Mami akan jadi pengadil yg adil hokeh!..


Last sekali, yours truly...Hikhikhik...Pic terbaru iaitu semalam...Tudung pun tudung terbaru...Sekian...
 
 
 
 
 
 
#sapa la yg baca enrty ni, x best langsung!!...kahkahkah

Monday, April 1, 2013

kendong bayi anda dengan betul

Lastwiken 1st time pergi pasar malam bawa Qisya dalam carrier. Siap tertido lagi. Seronok la tu duk bertempek dengan mommy. Masa jalan2 tu, nmpk la 2,3 org mak ayah yg bw anak dia jugak. Tp ada sorang tu, pakai salah la. Anak dia mengadap depan. Alahai. Siapalah saya nak menegur. Gila kau nak gi tegur cara org bawa anak guna carrier depan2 gitu. So, meh nak share kat sini cara menggendong bayi dengan betul.





Perhati pic tu betul2..Kalo tak jelas,boleh tekan pada gambar tuk besarkan...

Happy babywearing!