kita2.... ;-p

Thursday, May 23, 2013

hari terakhir

Sebagai penjawat awam.
Sebagai penerima gaji kerajaan.

Perasaan?

Ntah..Tak tau nak describe mcm mana.

Hari ni hari gaji. Kebetulan pulak kan. Lepas ni, xde dah tunggu tiba hari gaji mcm hari ni. Lepas ni xde dah perasaan seronok patient tak dtg appoinment. Sbb gaji tetap jalan. Lepas ni, patient x dtg appoinment, meh kita menangis.Hahaha...

Kebetulan hari ni, Timb Pengarah Kesihatan Pergigian Terengganu, datang Dungun. Semua officer diarahkan pergi ke perjumpaan dgn Datin tu. Nak bincang macam2 hal la tu. Saya, goyang kaki je la kat klinik. Buat apa nak pergi. Takde impak pun pada perkhidmatan kan. Semua klik dan staf dah pening2 dah sbb masa perjumpaan tu nnti,kne bentang prestasi. Saya, rasa aman je...Hihi...


Ramai jugak yg tny, klinik baru dah siap ke?..Belom la.
Habis kenapa cepat sgt resign?..Kenapa x tunggu klinik siap dulu?
Hurmmm.....

Kalo ikotkan hati, bulan 1 lg saya resign. Tak tahan dgn kebosanan rutin kerja. Tp, masa tu ada masalah dgn kenaikan pangkat. Saya kerja dgn gomen dah 6 tahun. Sepatutnya, masa tahun ke5 dah naik ke gred U48. Tp biasalah, proses lambat. Sekali, bila kawan2 satu batch dpt naik gred, nama saya pulak tercicir. Adola...Tak kan nak resign dgn jawatan U44. Sedangkan saya patut dah bergred U48 dr bulan 8 tahun lepas. Kalau saya resign tanpa menunggu kenaikan pangkat, yg berbulan2 saya kerja dr bulan 8 tahun lepas tu, tak dpt tunggakan gaji la..Sbb tu saya tungu dan tunggu dan tiap bulan kol Putrajaya tanya mananya surat kenaikan pangkat saya.

Akhirnya dapat. Bila dapat surat, terus tny kerani. Ni dah ada surat ni, kompem akan bayar kan tunggakan saya walaupun saya resign. Kerani ckp ya,akan byr..Apalagi,seminggu selepas dpt surat naik pangkat, saya resign..

Ada hikmahnya juga saya sabar tunggu U48 tu. Pertama, dpt tunggakan. Kedua, saya ada masa yg santai la tuk survey kedai tuk sewa buat klinik..Ada masa tuk survey dental equipment. Ada masa tuk ikot prosedur PUNB tuk buat pinjaman..Ok la kan..Kita hanya merancang, Allah lebih tahu yg terbaik..

Ada juga yg tanya, dah istikarah nak resign ni?..Tak..Saya tak istikarah...Saya hanya ikot gerak hati. Setakat ni, smooth je perjalanan ini..In shaa Allah, itu yg terbaik..

Saya target, paling lambat klinik saya beroperasi, awal bulan 7 la..Iaitu sebelum puasa. I dont mind pun kalo lambat operasi. Sbb saya akan ada masa yg banyak utk anak2. Dalam kepala ni dah merangka nak buat home schooling la, nak rajin masak homemade food siap guna bento la..Besar kan cita2..Haha..Tp, kalau lambat sgt klinik beroperasi, karang lambatlah boleh pakai Gucci. eh?..Takdelah, kalau lambat beroperasi, sapa nak bayar hutang PUNB, hutang tanah saya tu oi!..Keperluan harian, kehendak yg biasa2 tu, boleh la Arjuna tanggung. Sewa kedai, hutang PUNB, hutang tanah, mana nak korek kan kalo klinik lambat mula.. Haishh, saspen jugak kalo memikirkannya...

Tapi, rasanya ok je kot. Tak nak la stress2..Saya akan cuba tuk santai je. Doa banyak2. Niat kena sentiasa betul...

Tak sangka weh, saya sampai ke tahap ini...Mmg xde impian langsung nak buka klinik. Ini semua dorongan Arjuna. He always support apa saja impian saya. Lps beranakkan Qasyaf dulu, saya semangat nak sambung master. Masa dlm pantang tu, dia la yg tukang hntr borang, fotostat itu ini. Dia jugak yg teman saya gi interview. Then, x berjaya. Saya tawar hati. Beranak lg sorang. Haha..Pas beranakkan Qisya, dtg mood nak buka klinik sendiri. Arjuna jugak yg beriya tny mcm mn nak buat pinjaman, beriya cari kedai, beriya hantar saya ke KL jumpa supplier. Mmg dapat support 100% la..

Saya ni, jenis yg bercita2 besar. Saya bukan jenis yg biasa2. Kalau pertandingan, mmg nak menang, walaupun kudrat x seberapa, knowledge x seberapa. Saya bukan jenis, xpelah,xmenang pun xpe, asal masuk pertandingan...No,saya bukan mcm tu..Saya jenis yg, ehhh, mestilah nak menang!..Outspoken je walhal, xde lah hebat pun..Hahaha..Senang kata, saya jenis bcita2 besar. Kadang, cita2 je besar, bertindaknya tidak pun..Haha..Cita2 besar tapi kurang usaha..Usaha jugak, tapi x bsungguh sgt kot lebih2 lg kalo ada halangan..

Arjuna pulak, jenis yg biasa2..Takpelah, gaji kecik,asal bahagia..Takpelah x jadi bos pun,xyah pening kepala..Takpelah x naik pangkat pun, bukan nak sgt pangkat tu..Haaa,dia mcm tu..Tp bila dia dah mulakan sesuatu benda, mahukan sesuatu benda, he is a bit pushing. Dia sgt bsungguh2 dan akan usaha selagi x dpt...Baru ni, tiap hari dia kol saya waktu kerja , suh tny pihak PUNB bila duit nak masuk sbb pinjaman lulus dah lama,duit je blom dpt. Hari tu, dia push saya suh kol Putrajaya bila la nak dpt surat naik U48. Dia jugak push saya suh push supplier supaya proses cepat2 hal bli equipment...Mmg jenis mendesak la kalo nakkan something...

Maka,.eloklah tu kan..Saya tukang suarakan kehendak dan cita2, Arjuna tukang usaha..Hehe...

Hurmmm,panjang pulak luahan di hari terakhir kerja ni kan...
Petang ni saya balik Rantau Panjang, my sil nak kawen esok malam..Sabtu, kendurinya...Ahad lepak berehat je,Isnin majlis belah lelaki. Dan Selasa kami balik Paka tu packing barang kemas rumah.

At the same time, my parents akan berangkat ke Tanah Suci Mekah tuk mengerjakan umrah. My little sister x ikot. So, kami as kakak, akan gilir jaga dia. Mula2 kak ngah dulu yg teman adik kat rumah ibu ayah. Then, bila buka sekolah, saya pulak, sbb saya dah tak kerja kan..So, kesimpulannya, blog ini akan menyepi dalam seminggu dua jugak kot.

Sehingga jumpa lagi..Bai!...


Adik dah besar...Dah boleh main2 dgn abang..

Monday, May 20, 2013

Persahabatan yang tak akan putus....

In shaa Allah....
:-)
 
 
 
 
 
 
Kami buat plan ni dah lama dah. Iaitu awal tahun baru ni. Geng kami x ramai. Tapi susah sgt nak berjumpa bkumpul mcm dulu. Kalau ada saya, xde dia..Kalau ada dia, dia pulak xde. Mmg sejak grad 6 tahun yang lalu *ok,bunyi mcm dah lama sgt kan*, kami x pernah berkumpul.Kalau asik nak mengikotkan keterbatasan waktu dan jarak, mmg xle jumpa sampai bila2 la..Jadi,kami mesti luang sedikit masa tuk berkumpul. Plan ni dah beberapa kali ditukar. Asik kne postpone. Masing2 ada masalah. Bincang2 punya bincang, semua org mcm makin bizi selepas bulan 5,maka kali ni kami nekad. Mesti jumpa juga walau mcm mana susah pun..
 
 
Dalam geng saya ni ada 8 org semuanya. 6 sudah berkahwin dan 2 belum. Yang dah kawen sorang je belum ada anak. Yang lain beranak sorang,dua dan tiga. Then, masing2 bawa haluan sendiri sekarang. Ada yg further study, ada yg stay gov ada yg nak resign *saya lah tu..Heee*...Jadi, boleh bayangkan betapa ramainya kami dan seribu satu cerita pasti terkeluar bila bkumpul nanti. Mmg sgt x sabar tunggu hari gathering ni.
 
Dalam 8 org, 2 org x dpt hadir. Dan saya sendiri ada masalah pada mulanya. Dah sebulan lebih bgtahu Arjuna tarikh gathering ni..Hampir tiap minggu pula sy ingatkan dia supaya jgn ada apa2 program masa saya gathering. Dia ok saja. Tup tup seminggu sebelum gathering Arjuna dpt iklan ada autoshow di Festival Tasik Kenyir. Aaahhh,saya x mahu berkompromi..Langsung x mahu!..Saya nak jugak pergi gathering tu. Arjuna kata ok. Then,makin dekat dgn hr gathering, Arjuna whatsapp pic piala tempat pertama autoshow Tasik Kenyir tu. Mak aih..Piala lebih tinggi dr org dewasa...
 
Then dia tanya, boleh x nak join autoshow?..
 
Habis gathering?..
 
Abang izin sayang pergi..Bawa ibu teman la..Nanti abang hantar & abang balik semula tuk masuk autoshow...
 
Aduhai...Kesian pulak..Saya kol ibu..Mintak temankan saya. Ibu mmg no hal..Sporting..Lagipun semua kawan2 saya tu kenal sgt dgn ibu..Derang semua pernah dtg tido rumah masa zaman belajar dulu. Then saya ckp kat Arjuna, trust me..Tak yah hntr la..Saya boleh je drive..No hal..Mulanya dia x bagi sbb sejak kawen, saya x pernah drive sendri melebihi 20km..Hahaha...Hey,xkan la hilang skill memandu ni abang oi..
 
 
Akhirnya..Arjuna benarkan...Dia cuma hantar saya ke rumah ibu..Ke tempat gathering,saya drive sendri...
 
 
Kami semua ke Villa Danialla kat Tok Bali Kelantan. Tempat tu not exactly situated at Tok Bali..Tp dekat la..Area situ2 jugak..
 
 
So,saya bertolak dalam pukul 11am hari Jumaat. Bawa ibu, adik dan Is...Is is my brother. Tukang jaga Qasyaf..Qasyaf 's fav pakcik tu..Jgn main2...Hehe...
 
 
Situasi dalam kereta... Qasyaf duk depan dgn Alangnya...Qisya duk dengan tok ibu & chudik...Masa ni Qisya x menangis lagi...Sampai pertengahan perjalanan,dia melalak sampai nak keluar anak tekak sbb nak neneng..Alih2, saya duk belakang, ibu pula yg drive sampai Tok Bali.
 
Sampai Tok Bali lepak di Pantai Tok Bali dulu. Sbb kawan2 yg lain semua belum sampai. Tengok la anakku Qasyaf..Tak sabar nak buka bekal..Haha..

Ibu masak nasi minyak pagi tu. Sedapnya!..Ibu mmg mcm ni..Kalau ke mana2 suka bawa bekal sbb dia sgt memilih tempat makan. Kalau terpaksa sgt barulah makan kat kedai..tu pun kne pilih kedai yg elok yg susah nak pilih..Heee..

My little sister aka chudik...Baru darjah 4 tapi sebok nak bgaya kaler bloking..

My Qasyaf....Haishhh...Kalau dapat makan, mmg x bangun la...Qasyaf skang suka mkn something yg berkuah dah pedas...Ayam masak merah nasi minyak tu,dia makan dgn selamba je..Hehe..

Alang & Chudik
 
 
 
 
Lepas makan tgh hari, hujan turun renyai2.. Saya pun amik keputusan tuk check in dulu. Sampai kat Villa Danialla, tak hujan pulak dah.. Lepas chek in,posing sket..Seb baik bawa Alang,boleh jadi tukang amik gambar..
Reception dekat dgn tempat makan..Open air..Cantik! 
 
Cantik kan...One thing pasal org pantai timur mcm saya ni, adalah,kami kurang menghargai tempat sendri..Masa bincang nak gathering kat mn dulu, saya beriya nak gi tempat org. I mean, belah2 sana la..Bukan area Kelate-Teganu..Sbb konon dah bosan dgn tempat sendri..Sama je..Asik pantai je..Padahal,kat tempat sendiri ni la yg cantik..Kan...
 
 
Pas posing sikit2 n jengok swimming pool,kami masuk bilik..Chudik nak main pool,tp sapa wei nak layan tgh panas trang tang tang mcm tu..Lepak bilik lg best..
 
Kami tempah Villa Zainab. Masa Matta Fair harga RM230..Harga biasa RM330...Ada queen bed dan 2 single bed...
Ini lah rupa dalam bilik Villa Zainab..Villa Danialla ni contains of many villas price range from RM330-RM1800...Kira bilik yg kami duduk ni yg plg murah la...
 
Lepas check out,saya lepak dalam bilik je..Badan penat, mata mengantuk..Tp xleh nak lelap sbb sgt excited tunggu kawan2 sampai..Masing2 asik update location masing2 tru whatsapp...Heee....

Tunggu punya tunggu, akhirnya Sheri sampai dgn husband dan 2 org anaknya...Then Izni sampai dgn 2 org adik iparnya merangkap babysitter 3 org anak lelakinya...Kemudian Shida pula sampai dgn husband. Akhir sekali Idah, the single lady in our group sampai dgn Nana dan anaknya Harris...Sampai2 je apa lg, bsalam ciom pipi sambil terpekik2...Hahaha...
 

Kami terus ke pantai...Tengok laut. Anak2 Izni awal2 lg dah terjum kolam...Qasyaf, saya x ajar main kolam sbb takot dia elergik..Kalau dia naik gatal2 yg teruk, habislah reunion saya terganggu..So,no pool for Qasyaf..Tak yah la try2..No need..Hehehe...Jalan atas pasir pun dia pakai kasut siap stokin..Takot gatal...Sensitif anak bujang i tau...Ms jalan2 petang tu, Qisya lena diulit mimpi dalam bilik.. 

Malam, kami makan bungkus je..Org jauh nak makan nasi kerabu..Nana belanja..Makan lah kami nasi kerabu bungkus..Saya pulak bawa kepok lekor..Plan asalnya nak BBQ..Tp atas request Nana dan Izni yg katanya x mampu nak BBQ sambil layan anak yg lasak,maka kami lepak depan bilik layan nasi bungkus je....


Yang penting keseronokan berkumpul..Makan apa pun x kisah..Semua jd sedap... 
 
 
 
Malam tu Jumaat malam, 17 Mei..19 Mei plak jatuh hari lahir Sheri..So,kami semua buat surprise party utk dia..Siap buat group asing without Sheri dlm whatsapp sbb nak bncang pasal surprise tu..Akhirnya terlaksana...
 We gave Sheri, loket emas...Dekat di hati..Diingati selalu...
And of kos ada kek.. Turkish Indulgence from secret recepi...My request neh..Tak puas makan hari tu..Malam tu boleh mkn bnyk..Owh,kalories!, bak kata Idah...But who cares..Hahaha..


Kalau berati betul2 pic nak potong kek ni,mmg kelakar...Anak Izni sebok nak terkam kek..Qasyaf xnak bgambar,meronta2 atas riba Idah..Havoc!
 

Sambil makan,sambil posing...Pakai camera hset saja..Lupa bawa kamera canggih!
 
 
 
Pas makan semua, sessi wajib yg ditunggu2 adalah, BERBORAK ATAS KATIL ,SAMBIL TERGOLEK2 mcm dulu2...Itu yg plg kami rindu...Cuma kali ni,dikelilingi anak2..Ada anak2 yg bermain berlari2 keluar masuk almari..Ada yg berebut toys..Ada yg mengantuk mntk dodoikan..Dan kami bf secara bjemaah..Semua lepak dlm bilik Nana dan Idah sbb yg lain bawa family kan...Owh, sgt seronok sampai rasa nak nangis bila kenang balik...Kami bercerita sampai pukul 2am...Siapa sangka kan,after 6 years....
 
 
 
Paling best, bila dah habis bgosip,masing2 balik bilik angkut anak2 yg dah tido..Heee...
 
 
Esoknya, breakfast ramai2..

Lepas breakfast derang lepak tepi pantai dan ada yg layan anak main pool lg..Tp,aduyai,i x tahan panas ok..Saya posing jap dgn my family then masuk bilik...Boleh pulak terlelap dgn jayanya..
 
 
 
Pukul 12pm, ibu kejut suh bangun..Katanya kawan2 yg lain dah sebok nak check out..Qasyaf dan Qisya pun sedap tido..Barang semua ibu dah pack..Saya bangun,terus pakai tudung mcm tu je..Lupa nak ikat rambutku yg dlm fasa panjang pun tidak,pendek pun tidak,tp asik mengerbang..Dats y gambar seterusnya nampak mcm tudung saya mengembang semacam..Ngee ngee..

 
;
 




 
 
 
 
 
Akhirnya, kami berpisah lagi..Masing2 bawa haluan masing2..In shaa Allah, akan ada reunion seterusnya...Dan in shaa Allah,persahabatan ini tak akan putus...
 
 
 
 
 
 
Last but not least........



Latest  pic of us without daddy...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: berbaloi daddy x ikot...dia menang piala yg tinggi dari dia tu..heee
 
 
 
 
Bai!

Wednesday, May 15, 2013

mencorak hidup sendiri

Semalam, saya balik kerja awal. Sbb Arjuna ajak pergi tengok rumah untuk disewa. Saya kan duk kuaters klinik kerajaan,bila berhenti kerja, kne keluar kuaters la. Klinik saya nanti dekat je dengan rumah ibu ayah. Dalam 15 minit perjalanan je. Tp,saya kan dah punya keluarga sendiri. Jadi, lebih baik tinggal sendiri. Lagipun, barang kami yang banyak ni nak letak mn?.Tak kan muat punya kalau nak letak rumah ibu ayah. Jadi,kami cari rumah sewa.


Rumah yg kami pergi tengok semalam sgt elok. Rumah baru. Belum pernah ada penyewa. Rumah berkembar dan rumah sebelah dah ada org. Tuan rumah pulak,org kampung yg mmg kaya kot. Yang ada bnyk tanah dan rumah sewa. Tuan rumah yg deal dgn kami,siap jemput kami ke rumah mak dia. Nak kenalkan pada mak dia katanya. Tapi saya tahu,derang sebenarnya nak tengok penyewa. Nak pilih penyewa jugak sebenarnya tu. Dapat penyewa yg mcm x mampu bayar or muka pecah rumah,derang jugak yg susah kan..


Selepas tengok2 dalam rumah, ok lah...Bayar deposit. Rumah tu mmg elok sgt. Suci murni lagi. Paling penting halamannya luas,muat tuk parking kereta kami dan kereta baru. Eh? ..heee... Cuma,rumah tu dalam kampung org la..Bukan taman perumahan. Kalau ikotkan hati saya,saya nak duk taman perumahan je..Tp mostly taman perumahan,laman kecik dan harga melampau. Takpelah..Duduk je la..Masa kunci rumah tu, Arjuna ckp "mcm ni hidup berdikari"...Pelan je dia ckp..Mcm ckp sendiri. Dan ayat itu buat saya berfikir sepanjang perjalanan pulang.


Apa ya maksud Arjuna.?


Kami berkahwin dan mempunyai sepasang anak yg comel. Lengkap hidup kami. Cuma,kami mahu mencari sesuatu yg lebih baik. Kami mencorak hidup sendiri. Keputusan nak berhenti kerajaan ni satu keputusan yg sangat besar. Dan keputusan tinggal berasingan suami ini adalah keputusan yg lagi besar. Kalau difikirkan, kadang2 goyah jugak hati saya. Mampu ke saya hidup berasingan dgn Arjuna. Ya,mungkin jarak kami cuma sejam setengah sj. Boleh je nak jumpa tiap hari. Cuma, nak hidup senang sentiasa berkepit mcm sekarang susahlah nanti. Mcm mn agaknya nanti yea.


Arjuna kerja dgn Felda. Dia pegawai ladang. Kat Kuala Terengganu,mana la ada ladang kelapa sawit. Cuma ada ibu pejabat. Jadi,kemungkinan yg dia boleh pindah KT adalah 5% sahaja kot. Kes2 tertentu saja yg melayakkan pegawai yg jg ladang boleh duk ibu pejabat..


Saya tanya Arjuna,sampai bila ek kita nak duk jauh2..Dia xde jawapan.


Dalam hati saya, saya ada rancangan sendiri. Saya akan kerja keras selagi masih muda,dan selagi saya mampu. Dan bila saya dah bosan nanti,dan sudah capai target tertentu nanti, saya masih lagi muda untuk mulakan sesuatu yg lain pula. Jadi, target saya, saya mahu kerja keras dalam bidang profesional saya untuk 5 tahun akan dtg. Selepas 5 tahun,jika diizinkan Allah, saya hanya jadi bos. Siapa nak kerja klinik saya, silakan..Masa tu, saya boleh mulakan sesuatu yg baru yg lain pula. Kan dah pernah cakap,saya mudah bosan. Jadi, untuk masa ini, selagi semangat berkobar2, saya akan usaha. Soal jauh dgn Arjuna, tak perlu fikir sgt kot. Nanti ada la caranya tu.


Yang penting, di hujung usia nanti, di kala anak2 mencorak hidup mereka sendiri pula, saya masih ada Arjuna. Kami sama2 pergi masjid solat berjemaah naik mini cooper. Sesekali pergi kelas agama dgn Audi. Dan boleh wakaf sebuah masjid untuk org ramai.  Setahun sekali, pergi umrah dan melawat tempat2 sejarah Islam...Di kala petang, duduk berdua di beranda sambil berborak bercerita susah payah untuk hidup senang dan lapang...Owh, indah kan berangan.


Ya Allah,berkatilah hidup kami.

Monday, May 13, 2013

Tinggal 8 hari bekerja saja lagi.

Weee....
Selepas ni, xde dah setiap bulan tunggu 25 haribulan.
Selepas ni, xde dah perasaan seronok bila patient x ramai, gaji tetap jalan.
Selepas ni,kalo xde patient, menangis sorang2 la saya. Heeeee...

Perasaannya adalah excited. Sbb nak buka bisnes sendri kan..Label sendiri tu.. Oh ya Nahwal...Nama klinik, Klinik Pergigian Dr Len...Hihi...Hey, nama saya la tu. Nama saya Nurharzlena...People call me LEN...kalo kat Tganu ni,jarang la staf tau nama penuh saya..Semua panggil Dr Len...HARZ tu nama dlm alam maya je..But still my name kan...Hihi...

Perasaannya juga adalah takot. Takot klinik x laku. Takot bisnes x jalan. Takot bisnes org dengki. Nama pun bisnes kan..Macam2 dugaan..Haishhh..Sangat saspen.

Perasaannya juga adalah sedih bila memikirkan terpaksa long distance marriage. Semenjak ada anak ni, banyakkkkkk sgt Arjuna tolong kat rumah...Macam mana ni?..Tapi, bukan senang nak senang kan..Saya mahu senang dari segi masa..Mahu menguasai masa..Tak semua benda yg kita nak,kita boleh dpt..Nak sesuatu,tpaksa korbankan sesuatu...Huuuu....Sapa dia org kual Felda?...Or ayah org kuat Felda?..Sial ejas suami saya supaya dpt pindah KT... Nanti saya upah rawatan gigi percuma..Heee..


Ok,lah....Lupakan sekejap pasal perasaan yang macam2 tu..

Lastwiken, balik mengundi kat Kelate kan..

Wiken baru ni plak naik KL...
Penat tau travel ke sana dan ke mari..Bukan dekat.. Paka - Rantau Panjang = 5 jam..
Paka - KL = 5 jam
Ada dua org kanak2 riang lagi.
Penat!..
Plus, saya x suka basuh baju rumah org mahupun rumah mak mertua..Tak kira la lama mana pun balik kampung, saya x basuh baju. Siap2 dah bawa baju tuk 2 hari?, 5 Hari?, seminggu?...Jadi, boleh bayangkan laundry yg tpaksa dibuat bila balik dr kampung mahupun balik dr bercuti...Dgn nak sidai lagi..Dgn nak lipat lagi..Jadi, travel + laundry after travel adalah penat..Sekian..

Heeee....


Wiken baru ni saya ke KL sbb ada dental conference and exhibition..Biasanya ada banyak booth jual peralatan dental. Maka harus pergi sbb nak bli barang tuk klinik kan..Barang besar2 mcm dental chair, compresor dan lain2 mesin2 tu semua dah order. Ni naik KL sbb nak mintak quotation tuk brg2 kecik mcm playar cabut gigi,spana cabut gigi dan sebagainya..Hahaha..Bunyi mcm horror...Tu bahasa Arjuna la..Playar n spanar cabut gigi..Hahaha...

So, terpaksalah nek KL..Kalo ikotkan badan penat,mmg malas..Tp tpaksa la kan sbb nak bli dental instrument and dental material..Conference ni bukan macam soping komplek,ko boleh bawa anak then anak akan berlari2 atau meraung2 buat perangai..Jadi,tpaksa tinggalkan anak...

Terbaru saya tinggalkan anak2 dua minggu lepas sbb saya ada kursus..Tinggalkan dgn ibu. Siang saja. Malam saya balik tido rumah sbb kebetulan kursus area KT je..Qasyaf ok..No hal..Dia dah  besar..Kerjanya main je la..Tp Qisya, Ya Allah, dia buat hal...Nangis nangis dan nangis..Tak nak susu, tak nak makan dan tak tido..Sampaikan ibu xtau nak buat apa..Ibu x mkn x minum sbb jg Qisya..Seb bek kursus tu sehari setengah je..Hari pertama Qisya buat hal..Hari kedua, awal2 lg ibu bawa dia gi jalan..Pusing Giant dr pagi sampai tengah hari..Qisya gembira..Haha...

Jadi, naik KL wiken baru ni, saya bawa Qisya dan tinggalkan Qasyaf..Sian Qasyaf..Sedih sgt nak tinggalkan dia. Tp xde cara dah sbb Arjuna of kos xle handle 2 org sekali gus masa saya nak jumpa supplier nanti..Lagipun,budak xle masuk dlm exhibition..Beberapa hari sblm tinggalkan Qasyaf, bukan main manja lagi dia..Mcm tau je mommy nak tinggalkan..Asik nak berdukung,berkepit dan berpelukan je..Adik plak terabai..Hehe...

Sebelum hantar ke rumah ibu, sempatlah blikan beskal baru tuk Qasyaf..Takot dia bosan kat rumah ibu,boleh main beskal...

Tengok, kan dah cakap, semua benda nak bawa masuk bilik tido..Dengan beskal ni sekali dia main dlm bilik...Gambar ni sebelum kena hantar ke rumah ibu ayah...Sian anak mommy...Masa nak tinggal pun,tinggalkan senyap2..Tok ayah bawa dia naik motor pusing kampung,kami pun blah..Kalau dia nampak sure meraung nak ikot..Sian anak mommy...Mommy terpaksa sayang...Mommy dah bli baju baru dah sebagai upah kne tinggal..Heee...


Kami bertolak ke KL kul 9pm hari Khamis..Sampai dlm pukul 2am..Terus check in hotel...

Baru sampai....Mata bulat sbb dah pulun tido dlm kete...Mommy pun sama,tido dlm kete..Sedar2 dah masuk KL...Hampeh kan mommy..Sian daddy drive sorang...


Pagi esoknya, kami ke conference kat KLCC naik cab je..Sbb pergi dgn Gino, daddy amat sensitif soal parking bila pergi dgn Gino...


Ini anak tunggal tuk 2 hari...Hehe..2 hari x kne lepuk dek abang. 2 hari aman dr sebarang cubitan dan cakaran...Hahaha...


Pusing2 exhibition, tinggalkan kontek no kat supplier, dlm kul 2pm,selesai...Jumpa my aweks aka my old frens Idah and Shida. Pergi lunch sama..Petang balik hotel,ingat nak lepak je,sekali kawan2 ajak makan2 plak..Ni mommy rasa bersalah ni tinggalkan Qasyaf..Kalo hal kerja mommy mcm pagi tadi x bersalah sgt sbb mmg hal kerja kan.Ni hal bergembira,makan2, Qasyaf xde rasa x best sgt..Huhu...2 tempat kami mkn..Kawan sekolah blanja makan kat Kg Baru...Restoran ada kapal tu..Korang org KL mesti tau...Kawan Gino Arjuna blanja makan kat Ampang..Dapat la merasa beger bakar Abang Burn...Femes eh?...

Malam,balik hotel,pengsan..Sbb penat dan kenyang.....

Ini budak yg pengsan dulu...Sian, kepenatan sbb mommy usung ke hulu ke hilir...
Sabtu pagi, check out...


Qisya kena kipnap...Lama benor tunggu lift kat hotel,sampai Qisya kne buli kat foreigner...Heee

Bukti tunggu lif sgt lama...Siap posing2...Haha...Lama weh tunggu masa tu..Dlm setengah jam jugak...
Lepas check out, balik Tganu...
Masa sampai rumah ibu, Qasyaf tgh mandi..Saya intai,nampak saya,terus x nak mandi dgn ibu..Hahaha....Malam tu, Qasyaf tido,asik nak suh peluk dan gosok belakang dia je..Rindu sgt la tu...
Oklah..Tu saja nak coret...
This coming wiken plak, nak ber reunion dgn awek2 UM kat Pantai Tok Bali Kelate...Tak sabarnya... Dah 6 tahun kami x berkumpul sama2...Sangat x sabar hokey!.. :-)

Monday, May 6, 2013

hidup dengan sejahtera

Jangan gaduh2.
Jangan menyusahkan orang.
Sama2 tingkatkan produktiviti.
Cari rezeki yang halal.
Enjoy hidup yg singkat ni.
Gapai semua impian.

Pesanan ringkas dari saya setelah beberapa hari menyepi. Hehe...

PRU13 dah berakhir. Saya xde komen dan malas nak reka2 komen. Cuma satu je..Kepada yg berkenaan, sila simpan balik semua bendera anda. Nampak ada yg tlondeh di tepi jalan. Kalau tjatuh, kne pengguna jalan raya, menyekat pandangan,boleh bawa kpd kemalangan pulak. Mintak dijauhkan.


Saya bcuti dari Rabu hingga Ahad. Rabu, jumpa supplier, sain cek bg RM10k untuk order dental chair. Berpeluh2 seh nak sain cek..Maklumlah,pes tyme..Sebelum ni reti terima cek je. Ni nak berniaga, kne la buat akaun syarikat dan ada cek syarikat. Feeling bisnesswomen sgt. Haha..

Lps urusan dgn supplier, terus balik Kelate. Sampailah Ahad. Nama je duk lama2,tp x ke mana. Juz pusing Kota Bharu on Khamis sbb nak cari baju shantek tuk wedding SIL akhir bulan nanti..Tak sempat nak tempah,bli yg dah siap je la. Jumaat, Sabtu, Arjuna sebok mengecat umah MIL. Saya jaga anak2. Ahad, baru balik Paka dan hari ni keje. Tp nama je pergi kerja, x kerja pun sbb xde staf. Ni tinggal bertiga je. Yang lain semua ada hal yg x dpt elak. Nasib la..

Takde benda nak cakap pun..Saja je jengok blog sementara tunggu nak puch kad kul 5pm...
Ok lah..Daaaa...


Eh,btw, bs Qasyaf & Qisya tny, saya peknen ke sbb muka bseri..Adoyai!..Saspen mak..Sbb mmg 2 bulan dah miss piyed..Terus wat UPT...2x buat tau...Petang terus piyed..Kahkah...Ni muka berseri org nak resign lah..Hahaha






Sekali sekali tayang gambar mommy apa salah kan..Asik Qasyaf & Qisya je interprem kat blog mommy...heee...Bai..