kita2.... ;-p

Tuesday, July 30, 2013

harap2 FELDA bg bonus banyak

Eh, eh...Nextwik raya dah kan...Kejapppp sgt rasa Ramadhan tahun ni...Sekali pun tak berterawih di masjid. Huuu...Dah janji dgn Qisya dah, in shaa Allah, jika dipanjangkan umur, nak berterawih di masjid tahun depan..Nak bawa Qisya..Masa tu Qisya kan dah besar skit..In shaa Allah, dia behave..Qasyaf plak boleh ikut daddy..

Bulan puasa tahun ni, xde sgt persiapan raya tuk diri sendiri. Kelmarin baru Arjuna tanya, baju raya sayang bape pasang?..
Mana ada baju raya..Sepasang je la yg sedondon semua tu..Nak pakai hari raya pertama...
Laaa, yang duk keluar dgn ibu hampir tiap hari tu beli apa?
Saya sengeh..

Ya..Saya x beriya sgt pun pasal baju raya. Sbb baju mcm dah bnyk kot..hihi...Ms SIL nak kawen last month, dah beli 2 pasang baju. Hari tu nak kenduri rumah sapa ntah, dah beli baju. Nanti acik nak kawen, nak kena beli baju lagi..Akad nikah baju lain, sanding baju lain, majlis belah pempuan baju lain..Ya, dah tua2 ni, baju gi kenduri lg penting dr baju raya..Haha...

Lagipun tahun ni, jiwa lebih kepada persiapan nak buka klinik. Org duk sibuk beli perabot baru tuk raya, saya sibuk beli perabut tuk letak kat klinik. Org duk pilih karpet tuk raya, saya duk pilih karpet tuk klinik. Mmg nampak ke sana ke mari, bukan untuk urusan raya tp urusan klinik. Kejap gi bank in duit kat supplier. Kejap gi jenguk klinik. Kejap gi amik barang kat currier sbb currier xle nak hntr klinik belum bukak..Tapi baju si budak cilik comel dah setel dah. Qisya dah setel dr hujung rambut ke hujung kaki..Walaupun rasa nak beli lg sebab semua skirt dan gaun adalah supercute miut..Tahan nafsu hokeh..Ingat sikit, diri tu x bergaji..Huuu..Cuma Qasyaf belom ada songkok dan kasut baru.

Klinik dah siap renovate!..
Cuma dental chair belum sampai..Supplier janji dalam minggu ni..Bila siap pasang dental chair, boleh la panggil UKAPS datang cek..Haihh, berdebar2 hokeh...

Saya rasa berdebar2..Arjuna plak nmpk sgt excited...Mcm klinik dia plak...hihihi...
Tp saya biasakan panggil "klinik kita"...Sbb semua ni tak akan terjadi kalau xde Arjuna. Dia yg beriya kan...

Ok lah...itu saja..bai

Saturday, July 20, 2013

cakap pasal gigi

Ok...Ada masa jap ni...Bebudak tido..Moh kita tulis blog...

Kali ni nak cakap pasal gigi sket...Sbb ada komen untuk entry lepas ada kawan2 sebut sal gigi, jd sebagai dentist yg bertanggung jawab, saya jawab la sket2 yea sementara sempat nih..Hihi....Nanti, entry panjang sal gigi, sila ke belog KP Dr Len yg belum rasmi lagi setakat ini..Hanya ada tajuk blog saja..Hahaha...

Ada 2 benda nak cakap berkaitan gigi..

Pertama, Klinik Pergigian Dr Len dah nak siap dah hoi...Bila tengok keadaan klinik sekarang, rasa mcm  x sabar plak nak beroperasi..Tp apa2 pun, lepas raya la..Senang..Lagipun, lepas siap renovate, kena panggil org mari chek klnik dan peralatan semua ikot spec ke x..Then, bila ok,tunggu lesen plak..Sebulan lg kot...
Baru tengok banner akan dibuka, dah rasa berdebar2..Saspen tau..Itu belum tengok signboard betul lg..Hahaha...
 
Tak sangka kan...Saya x pernah bermimpi nak buka klinik pun sebelum ni. Ingat saya akan jadi lecturer garang yg ajar budak nak jd doktor gigi..Heee..Takde rezeki ke situ..In shaa Allah, rezeki saya di sini...

 
Dari kedai kosong bekas kedai makan macam ni....
 
Jadi macam ni.

 Kemudian mcm ni.
 
 Kemudian mcm ni.
 
 Seterusnya mcm ni.
 
 Dan mcm ni...
 
 
Perkembangan terbaru, pintu dah siap pasang semua. Skang, Arjuna tengah tunggu dan pantau org pasang ekon...Ya, Arjuna banyak tolong...Benda yg dia x dpt nak tolong mcm pilih dental equipment, dental instrument & material semua tu, dia juz bg sokongan seperti menjaga anak2 ms saya perlu fokus tgk catalog..Thanx Arjuna!..Esok besday dia..Saya dah belikan hengpung cabuk sbb hengpung semat dia dah rosak..heee...Nnti dah kaya, sayang bg hengpung kelas yea...huuu...
 
 
Ok lah...Takle melalut..Kne taip cepat..Nanti bigboss bangun..
 
 
Perkara berkaitan gigi kedua.
 
Pasal gigi toddler..
 
Karang gigi adalah plak @ taik gigi yg keras yg melekat pada permukaan gigi. Kalo ada, kne gi cuci gigi atau scaling.
 
Karies adalah lubang atau kaviti gigi.. Kne gi tampal..
 
So, cek betul2..which one..
 
Kalau juz karang, xkan end up dgn pakai braces..
Kalau kaviti, then dibiarkan sampai besar dan dalam, akhirnya dah xle tampal,terpaksa cabut..Bila gigi budak dicabut terlalu awal, nanti, gigi kekal akan tumbuh tak teratur..Sbb xde guidence dr gigi susu...Terjadilah gigi berlapis bila besar nanti..end up dgn pakai braces kalo nak nmpk cantik balik...
 
Paham x penerangan ringkas ni? Heeee...
Nanti saya cerita balik dgn detail siap bg gambar ek..
Dental public education is my thing acctually...Camne leh masuk bidang bisnes neh..haha...
 
 
So,basic nya mcm tu lah...Kita kne sgt jaga gigi budak ni sbb xnak berlaku cabutan awal yg boleh sebabkan gigi kekal xde guidence seterusnya berlaku gigi berlapis..
 
Kepada mommies yg alami kesukaran gosok gigi anak2,  boleh bawa gi kenal2 dentist..Mintak dentist sapukan topikal flouride..
 
Kat rumah, ajar anak gosok gigi..Biarkan kalo dia nak gosok sendri..
 
Itu sj tuk kali ini..
 
Owhhh, sgt laju taip ni tau!
 

Sunday, July 14, 2013

jom sembang!

Lama x sembang kan. Rindu x? Hahaha, bajet ramai readers.

Assalamualaikum. Hari ni dah 5 Ramadhan. Kejap je masa bergerak. Rasa mcm baru je raya, dah nak raya pulak. Dan rupanya sebulan lebih dah saya x bekerja. Sbb tu lah lama x sentuh blog. Takde masa nak celah tuk tulis blog. Sbb, bila nak taip skit, ada je org sebok nak taip sama. Heee...Tp sempat la jugak buka blog kawan2. FB tu, x tinggal la. Hari2 buka. Maunya x. Jadi katak bawah tempurung la aku. Btw, a big congratulation to Yanie for her 2nd girl. Seronok pulak tgk kawan2 tambah anak ni. Sbb dah 2 tahun berturut2 beranak lepas raya kan, mcm pelik la pulak tahun ni x beranak.. Hahaha..Boleh gitu?





As for Qisya, dia dah besar dah oi. Few days lagi, masuk 10 bulan. Haaaahh, tengok, dah boleh berdiri sendiri dah. Asik nak merayap dan memanjat saje. Tp, mcm terbatas la jugak pergerakan dia, sbb ada “abang besar” yg melarang dia nak buat itu ini.

“adikkkk, anganlah..atuh!”

“adikkkkk, epi lah !”

“adikkk!!!”



Mak aih, sebuk benor melarang adik buat itu ini. Nak adik baring je kot. Biar dia je yg melasak.

Tu bila sifat “keabangan” menebal..Bila kenakalan menebal plak, dia tolak adik, dia cuba duduk atas belakang adik bila adik merangkak. Nak pengsan rasanya mommy ni. Mana x penat layan dua org ni. Mcm2 ragam. Tu belom masuk bab berebut toys. Qasyaf tu, kalau dia geram, dia cakar je adik. Setakat ni, adik dah ada 3 parut halus cantik punya kat muka.Huhuhu..Kesian adik. Kadang2 tu, mendidih jugak hati ni bila Qasyaf buat onar mcm tu. Kadang, laju je tangan ni automatic lepuk tangan Qasyaf kalau dia buat adik. Bila dia nangis, peluk ciom balik. Siap salam dan angguk2 janji bila mommy bg nasihat. Esok lusa buat balik..Aduhai...Nama pun budak..

Satu benda yg saya belajar ms sepenuh masa jaga anak2 ni adalah, kita kne perhatian kat mereka sepenuhnya 100% tanpa kompromi. Setiap waktu!..Sbb, kalo kita buat benda lain, then, diorang cuba amik perhatian kita dgn  buat sepah atau nakal, kerja yg kita nak buat tu terganggu, dan kita akan naik angin. Mula la nak marah2 terjerit2. Kalau kita berada dlm keadaan sentiasa bg perhatian kat derang, xde la rasa nak marah sgt pun kalo derang nakal. Ok je pun.

Tak bermakna kita x boleh buat kerja lain. Of kos la boleh, dan mmg kne buat pun. Kalau masak, kne redha je la anak main dgn senduk periuk kita sekejap kat dapur tu. Karang,siap masak,kemas la balik. Kalau lipat kain, kne redha je la korbankan sehelai baju bersih yg nak dilipat tu bg anak lipat sama,then dia buat lap perabot dgn baju tu. Kalau vacuum rumah, kne redha je la bila dia nak tolong sama. Macam tu lah rutin saya. Nak tunggu derang tidur baru wat kerja, xde maknanya..Sbb saya pun tidur sama..Hahaha...

Selepas resign gomen hari tu, saya kne keluar kuaters. Seminggu lepas resign, kami dah pindah rumah sewa kat Kuala Ibai ni. Kira dekat la dengan klinik saya kat Chendering tu nanti. Arjuna pula, still kerja tempat yg sama. Dia pegawai Felda, mmg ada kuaters. So, Arjuna stay kuaters dia la. Pagi Ahad, lepas subuh, dia bertolak gi kerja. Petang Selasa, dia balik la. Then, pagi Rabu pergi semula, balik petang Khamis. Begitu lah rutin setakat ni. Tp dlm kadang2, dlm seminggu, 2,3 kali jugak dia balik tidur rumah sewa kami. Jarak adalah dlm sejam setengah hingga dua jam. Hari penat, dia lepak kuaters je. Hari rajin, dia balik la.

Masa Arjuna xde, saya lari balik rumah ibu ayah yg jaraknya hanya 15 minit dr rumah sewa kami. Hehehe...
Lepas Subuh Arjuna bertolak gi kerja, dalam kul 10 pagi atau tgh hari, saya pergilah rumah ibu ayah. Kalau Arjuna x balik, kami 3 beranak ni, tidur rumah ibu ayah je.Begitulah kehidupan setakat ni.

Sekali sekala tu, pergi jenguk klinik yg tgh reno. Lebih kurang 3% lagi nak siap kot. Tengah buat laminated flooring dan pasang pintu. Kalo ikutkan esok lusa siap dah reno kot. Cuma dental chair nya belom sampai. Kne tunggu lagi. Biasalah, banyak je benda yg x dijangka dan over bajet kan. Mcm buat rumah la. Bajet 100k, bila siap, kira bajet jadi 150k..Betul x?

Bila ckp pasal bajet, satu hal nak bagitau, sesak napas oi xde gaji!... Org yg biasa bekerja, lebih2 lg gaji mmg lumayan, bila xde gaji, sgt lah sesak napas. Sesak napas kepanasan..Hahaha...Dan rasa sgt2 la inferior bila xde duit plus, asik duk umah je jaga anak..Rasa sgt aduh, sgt kerdil diri ini. Hahaha...Baru faham perasaan isteri2 x bekerja yg mmg xde education, yg hidup mmg mengharapkan pemberian suami..Bila suami buat hal, cari perempuan luar, sanggup tutup mata pendam perasaan sbb takut hilang tempat bergantung diri dan anak2..Baru faham..Eh, apa lak melalut sampai ke situ ni?..heeee...Tp ye lah..Nak ckp mcm tu lah..Perasaan xde gaji plus xde duit. Yg jadi xde duitnya sbb saya kan berhabis2an sbb nak buka klinik..Mmg dpt pinjaman..Tp, luak jugak saving sendri. Bukan Arjuna x bagi nafkah...Bil, sewa rumah, duit belanja semua dia bagi..Duit joli sakan je xde..Hehehe..Sbb saya kan biasa belanja sendiri..Buka FB, buka blog, buka website, cantik je beli..Sale je beli..Promosi je beli. Baju anak beli. Tudung 3 tingkat beli. Shawl lawa beli. Krim ke,pis perut? Beli jugak. Tepung serbaguna wat masak2 pun beli. Org wat cookies, terus whatsapp nak beli. Tu belum masuk bab, nak gi bli brg dapur, tetiba ternampak ada butik baru tepi jalan. Tak beli pun terbeli jugak. Sbb tu, bila xde duit sendiri ni, mau nya x sesak napas. Haha...Duit joli tak kan mintak Arjuna kan. Kne consider la jugak. Arjuna kne tampung bil2 tuk 2 buah rumah. Kuaters dia dan rumah sewa kami. Dan duit minyak berulang alik lagi kan. Maka, sabar je lah...

Tp kan, Alhamdulillah, di tengah2 sesak napas tu, duit tunggakan U48 saya masuk..jeng jeng jeng...Perasaan best mula kembali..Hahaha..Cuma kne sedar diri la..Sbb klinik blom buka, nanti bulan2 seterusnya nak pakai duit kan..Sabar2..Takpe..Tahun ni je xde handbag raya..Tahun depan i nak tayang microguccisima u!
Ok lah, panjang pulak cerita bab duit. Hihi..

Qasyaf dan Qisya makin manja dgn saya. Qasyaf tu, mmg xle hilang saya. Tinggal sekejap kat ibu sbb saya nak gi bank atau setel urusan klinik, mula dia mencari. Momi,momi,momi. Jenuhlah tok ibu nak memujuk. Qisya pulak definitely rejek botol..Sanggup tahan dahaga x minum ebm. Mommy balik baru bf. Ok la kot sbb skang dia dah mkn mcm2 dan saya pun xde la tinggal lama2 sgt. Cuma risau bila saya dah kerja balik je. Mcm mn la yea. Ingat nak hntr taska je budak dua org tu. Qasyaf tu of kos la xnak dah dgn pengasuh baru sbb dia mmg xnak dgn strangers. Saya fikir, hntr taska mmg pilihan terbaik la kot sbb nak bg dia belajar dan aderun plak budak2 lain,xde lah dia teringat kat mommy..Kot la..Ntah..

Hari tu saya mmg dah beriya survey taska. Niat di hati, nak hntr taska yg islamik skit. Yg ajar ngaji, ajar hafal Quran. Tp kat sini, kalo taska mcm tu, sgt la doif. Takde bantuan. Mmg sgt doif la dr segi bangunan dan suasana. Kesian wei nak tinggal anak kat tempat mcm tu. So, sy cari taska biasa. Adala amik borang 3,4 taska ni. Tp sampai sudah x submit. Risau sebenarnya. Sebab Qasyaf is super duper manja. Mmg xle hilang mommy langsung. Asik nak berkepit je. Kat rumah pun, kalau saya ke dapur,.dia ke dapur. Saya ke bilik,dia ke bilik. Saya mandi, dia sebut ketuk pintu bilik air. Haiilahh!..
Satu lagi, Qasyaf kan alergik pada dairy product. Tu mcm susah kot kalo hantar taska. Tp xde pilihan lain dah. Tengok la mcm mn..Lepas raya la fikir...Heeee....

Ok lah...Dah panjang dah sembang...Nanti ada masa saya hapdet lg yea...
Daaaa!!!!

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kareem

Ok...Pecah rekod sebulan x update...
Esok  puasa...
Semoga Ramadhan tahun ini Allah dekatkan saya padaNya...
Saya mahu khatam quran.
Saya mahu jadikan dhuha sebagai rutin...
Permudahkan ya Allah!